penilaian kompetensi anggota lembaga: kaedah transformasi ... · cgl berada di kedudukan pertama...

5
T anggal 10 hingga 20 Julai 2011 yang lalu penulis buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Manchester, United Kingdom bagi menjalani program sangkutan. Ternyata peluang yang diberikan oleh Maktab Koperasi Malaysia benar-benar memberi satu perasaan teruja kepada penulis kerana di bumi inilah lahirnya gerakan koperasi yang pertama dalam sejarahnya. Kunjungan ke Cooperative Group Limited (CGL) amat bermakna bagi penulis kerana sedikit sebanyak maklumat yang diperoleh amat berguna untuk dikongsi bersama dengan gerakan koperasi di Malaysia. Kejayaan koperasi ini bukan sewenang- wenangnya dicapai malah turut mengalami pelbagai rintangan untuk sampai di kedudukan sekarang. Berdasarkan Laporan 2009, CGL telah menjana perolehan sebanyak £12.5 bilion dan ini menjadikan CGL berada di kedudukan pertama dalam senarai koperasi yang berjaya di United Kingdom. CGL telah melalui pelbagai proses transformasi sehingga berjaya berada di kedudukan sekarang. Penggabungan beberapa koperasi pengguna masa lalu adalah antara proses kewujudan CGL. Koperasi ini terlibat dengan beberapa aktiviti perniagaan seperti peruncitan, kewangan, farmasi, perkhidmatan pengebumian, estet dan bidang ke- pakaran misalnya perkhidmatan perundangan, perancangan kehidupan, ejen pelancongan, per- khidmatan sokongan, E-store dan lain-lain lagi. Mengekalkan kejayaan yang dimiliki bukan perkara yang mudah. Setiap komponen dalam koperasi perlu berfungsi dengan sewajarnya. Apa yang paling utama pihak yang mentadbir koperasi iaitu Anggota Lembaga Koperasi (ALK) perlu mempunyai wawasan, kepakaran, pengetahuan dan pelbagai lagi kebolehan untuk membawa koperasi ke mercu kejayaan. Oleh yang demikian, sebagai satu usaha CGL untuk memelihara serta meningkatkan prestasi koperasi ini ialah dengan menilai kompetensi para Anggota Lembaganya. Bersama dengan Cooperative College of Manchester (CCM), satu kaedah yang dikenali Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga telah dibangunkan dan dilaksanakan. Sehubungan itu, artikel ini cuba memaparkan kaedah ini untuk tatapan koperator dan diharapkan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada koperasi untuk melakar kejayaannya. Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga: Kaedah Transformasi The Cooperative Group Limited Oleh | Norazlan Hasbullah Hasrin Abu Hassan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, MKM DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia 62 dimensi.jan.2012.indd 62 5/11/12 9:46 AM

Upload: others

Post on 24-Oct-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga: Kaedah Transformasi ... · CGL berada di kedudukan pertama dalam senarai koperasi yang berjaya di United Kingdom. CGL telah melalui pelbagai

Tanggal 10 hingga 20 Julai 2011 yang lalu penulis buat pertama kalinya men jejakkan kaki ke Manchester, United Kingdom bagi

menjalani program sangkutan. Ternyata peluang yang diberikan oleh Maktab Koperasi Malaysia benar-benar memberi satu perasaan teruja kepada penulis kerana di bumi inilah lahirnya gerakan koperasi yang pertama dalam sejarahnya. Kunjungan ke Co operative Group Limited (CGL) amat bermakna bagi penulis kerana sedikit sebanyak maklumat yang diperoleh amat berguna untuk dikongsi bersama dengan gerakan koperasi di Malaysia. Kejayaan koperasi ini bukan sewenang-wenangnya di capai malah turut mengalami pelbagai rintangan untuk sampai di kedudukan sekarang. Berdasarkan Laporan 2009, CGL telah menjana perolehan sebanyak £12.5 bilion dan ini menjadikan CGL berada di kedudukan pertama dalam senarai koperasi yang berjaya di United Kingdom.

CGL telah melalui pelbagai proses transformasi sehingga berjaya berada di kedudukan sekarang. Penggabungan beberapa koperasi pengguna masa lalu adalah antara proses kewujudan CGL.

Koperasi ini terlibat dengan beberapa aktiviti perniagaan seperti peruncitan, kewangan, farmasi, perkhidmatan pe nge bumi an, estet dan bidang ke-pakaran misalnya perkhidmatan perundangan, perancangan kehidupan, ejen pelancongan, per­khidmatan sokongan, E-store dan lain-lain lagi. Mengekalkan kejayaan yang dimiliki bukan perkara yang mudah. Setiap komponen dalam koperasi perlu berfungsi dengan sewajarnya. Apa yang paling utama pihak yang mentadbir koperasi iaitu Anggota Lembaga Koperasi (ALK) perlu mempunyai wawasan, ke pakaran, pengetahuan dan pelbagai lagi kebolehan untuk membawa koperasi ke mercu kejayaan. Oleh yang demikian, sebagai satu usaha CGL untuk memelihara serta meningkatkan prestasi koperasi ini ialah dengan menilai kompetensi para Anggota Lembaganya. Bersama dengan Cooperative College of Manchester (CCM), satu kaedah yang dikenali Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga telah dibangunkan dan dilaksanakan. Sehubungan itu, artikel ini cuba memaparkan kaedah ini untuk tatapan koperator dan diharapkan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada koperasi untuk melakar kejayaannya.

Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga: Kaedah Transformasi

The Cooperative Group LimitedOleh | Norazlan Hasbullah Hasrin Abu HassanPusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, MKM

   

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

62

dimensi.jan.2012.indd 62 5/11/12 9:46 AM

Page 2: Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga: Kaedah Transformasi ... · CGL berada di kedudukan pertama dalam senarai koperasi yang berjaya di United Kingdom. CGL telah melalui pelbagai

Pada kurun ke­19, CWS telah memainkan peranan sebagai koperasi yang melaksanakan pengeluaran berskala besar. Boleh dikatakan CWS adalah antara firma yang terbesar di dunia ketika itu. CWS mula mengambil alih secara keseluruhannya

Co-operative Insurance Society (CIS) selepas tahun 1973. Pada tahun yang sama, CWS telah mengambil alih The Scottish Co-operative Wholesale Society (SCWS). Ini mengakibatkan peng am bilalihan keseluruhan aset serta anggota ke dalam CWS. Ini merupakan peristiwa

peng ambilalihan yang pertama terjadi. Kongres koperasi pada masa itu meluluskan resolusi untuk mengurangkan jumlah koperasi kepada 25 buah sahaja. Beberapa koperasi lain juga turut melakukan pengambilalihan contohnya pada tahun 1985, The London Co-operative Society telah di ambil alih Co-operative Retail Society (CRS). Pada tahun yang sama, Belfast South Suburban & Royal Arsenal Society telah menjadi milik CWS. Pengambilalihan ini menyebabkan struktur CWS mula berubah dan terlibat dengan penubuhan kumpulan pengeluaran makanan seperti untuk koperasi runcit, minuman ringan, arak, kilang marjerin dan kilang susu.

Kumpulan perancangan peruncit an diwujudkan bagi membentuk jabatan perkhidmatan pengurus an runcit. Kumpulan-kumpulan lain yang diwujudkan adalah seperti penjualan motor dan minyak, perkhidmatan pe masar an, hartanah dan kumpul-an pengeluaran yang bukan berasaskan makanan. Pada tahun 1990, The North Eastern Society berpindah milik kepada CWS. Tahun tersebut juga

Nama Sekarang The Cooperative Group Limited

Nama Asal Cooperative Wholesale Society (CWS) / The North of England Co-operative Wholesale Industrial and Provident Society Limited

fungsi Pengguna

Aktiviti Perniagaan Makanan, Pelancongan, Perkhidmatan Kewangan, Kesihatan, Pengurusan pengebumian, Farmasi, Perkhidmatan Perundangan, Penjualan Motor dan Pembelian barangan elektrik secara online

Jumlah Keanggotaan

5.8 juta anggota (12.8 juta anggota bagi keseluruhan koperasi di UK)

Tabungan Anggota 69.9 juta Great Britain Pound (1 pound minimum)

Jumlah Pelanggan 17 Juta pelanggan seminggu

Jumlah outlet 5000 outlet (3000 outlet darinya adalah kedai runcit)

Jumlah Pekerja 123,000 orang

Jumlah Turnover 13.7 billion Great Britain Pound (33.2 billion Great Britain Pound bagi seluruh koperasi di UK)

Operasi Pusat Manchester (sejak tahun penubuhan 1863)

 Antara aktiviti perniagaan yang

dilaksanakan oleh The Cooperative Group Limited.

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

63

RENTETAN SEJARAH PERKEMBANGAN COOPERATIVE GROUP LIMITED

Secara ringkasnya pengenalan Cooperative Group Limited adalah seperti berikut:

The Co­operative Wholesale Society (CWS) pada awal me mulakan perniagaan pada tahun 1860-an dikenali sebagai The North of England Co-operative Wholesale. Ia dimiliki oleh 300 buah koperasi pengguna dengan pelaburan sebanyak £350 ribu. Pada tahun 1872, nama North of England digugurkan dan koperasi ini mula dikenali sebagai CWS.

Sejak dari tahun 1863 sehingga kini, CWS mampu men corak kan perkembangan ekonomi per niagaan dan industri British. The Whosales merupakan panggilan asas kepada koperasi ini yang mana pada mulanya ditubuhkan untuk memperoleh barang-barang dan membekalkannya kepada seluruh koperasi untuk dijual kembali di kedai koperasi. Bagi memudahkan urusan perolehan tersebut, banyak koperasi-koperasi peng guna menjadi anggota kepada CWS. Pada tahun 1903 terdapat 1,455 buah koperasi pengguna. Kemudiannya jumlah tersebut berkurangan kepada 859 pada tahun 1960, 357 pada tahun 1970, 206 pada tahun 1980, 79 pada tahun 1990 dan hanya 46 pada tahun 2000

dimensi.jan.2012.indd 63 5/11/12 9:46 AM

Page 3: Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga: Kaedah Transformasi ... · CGL berada di kedudukan pertama dalam senarai koperasi yang berjaya di United Kingdom. CGL telah melalui pelbagai

menyaksikan berlangsungnya per bincangan peng­gabungan di antara CWS dengan CRS.

Berikutnya, pada tahun 1992, The Greater Nottingham Society telah diambil alih oleh CRS. Pada tahun seterusnya, kilang pengeluaran makanan CWS dijual kepada Hobsons sebanyak £111 Juta. CWS pada tahun 1998 mula memperkemaskan strategi peruncitan dengan terus memberi fokus kepada format peruncitan bersaiz kecil. Suasana ini menyebabkan berlaku pe nurunan bilangan superstore dari 77 kepada 35, supermarket 1397 kepada 1303, department store dari 102 kepada 81, penjual motor dari 91 kepada 79, kedai cermin mata daripada 71 kepada 68. Namun begitu, bilangan kedai convenient store bertambah daripada 871 kepada 1050, ejen pelancongan bertambah dari 486 kepada 600, kedai farmasi daripada 428 kepada 590 dan ejen perkhidmatan pengebumian daripada 1000 kepada 1250.

Menjelang kurun ke-20, CWS mula mengambil alih firma peruncitan berskala besar yang lain. Pada tahun 2001, CWS telah menjadi koperasi pengguna terbesar di dunia. Seterusnya, pada tahun yang CWS dan CRS telah bergabung dan dikenali sebagai The Co-operative Group Limited (CGL). Penggabungan ini menyebabkan penjualan dalam sektor makanan meningkat dari pada £1.2 bilion kepada £2.2 billion. Kini, The Cooperative Group Limited telah menjadi sebuah koperasi pengguna yang berjaya. Koperasi bertaraf konglomerat ini menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan seperti makanan, perkhidmatan kewangan, farmasi, per khidmat an pengurusan pengebumian per niagaan runcit khusus, perniagaan komersil khusus dan estet. Setakat tahun 2011, aktiviti ini telah menjana pendapatan tahunan koperasi sebanyak £13.7 bilion.

Manakala lebih 5.8 juta individu telah menjadi anggota koperasi pengguna ini. CGL juga telah memiliki tenaga kerja sebanyak 123,000 orang dan mempunyai perniagaan kedai runcit sebanyak 5,000 buah. Keupayaan ini mampu memberikan perkhidmatan ke pada 17 juta pelanggan setiap minggu.

MEMBANGUNKAN PENILAIAN KOMPETENSI ANGGOTA LEMBAGA

Perniagaan yang dikendalikan oleh CGL semakin meningkat dan me libatkan jumlah transaksi yang besar. Oleh yang demikian, maka sewajarnya koperasi ini diuruskan oleh golongan Anggota Lembaga

yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya di dalam perniagaan agar tidak lari daripada falsafah, nilai dan prinsip koperasi itu sendiri. Pada bulan Januari 2010, Anggota Lembaga The Cooperative Group Limited telah mencapai kata sepakat bahawa satu proses perlu dilaksanakan serta dikemas kini bagi memantapkan tadbir urus koperasi ini. Sehubungan itu, CGL mewujudkan satu mekanisme agar ALK perlu memiliki ke mahiran dan pengetahuan yang se wajarnya bagi menjana wawasan strategik yang mem bolehkan koperasi tersebut maju ke hadapan.

Maka, beberapa tindakan yang dipersetujui bersama oleh Anggota Lembaga telah diambil iaitu dengan memperkenalkan Pusat Pembangunan (Development Centres) bagi Anggota Lembaga yang sedang mentadbir koperasi dan berhasrat untuk bertanding semula jawatan Anggota Lembaga serta anggota biasa yang bercadang untuk bertanding jawatan Anggota Lembaga.

Selain itu mereka juga merancang program latihan yang spesifik bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota yang terlibat di dalam proses demokratik ini. Oleh demikian, bagi ALK atau anggota yang telah berjaya menamatkan program ini, mereka telah memenuhi syarat untuk bertanding bagi jawatan Anggota Lembaga untuk tempoh 3 tahun.

A. Pusat Pembangunan (Development Centre)

Pusat pembangunan tidak melibatkan sebarang tempat secara fizikal atau merujuk kepada perkara tertentu. Ia merupakan proses formal di mana ALK perlu meng hadirkan diri bersama dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan semasa men jawat jawatan atau segala pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki sewaktu menghadiri sebarang latihan atau program­program tertentu. Ini dapat menunjukkan individu tersebut memiliki standard minimum yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai Anggota Lembaga The Cooperative Group.

Tahap-tahap yang perlu dilalui dalam Pusat Pembangunan adalah seperti berikut :

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

64

dimensi.jan.2012.indd 64 5/11/12 9:46 AM

Page 4: Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga: Kaedah Transformasi ... · CGL berada di kedudukan pertama dalam senarai koperasi yang berjaya di United Kingdom. CGL telah melalui pelbagai

Tahap Pertama Menghadirkan diri bagi sesi taklimat untuk mendapatkan bimbingan dan kertas kerja yang terperinci diperlukan.

Tahap Kedua Mengumpulkan segala portfolio bukti-bukti yang menunjukkan calon telah memiliki kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.

Tahap Ketiga Penilaian awal terhadap portfolio adalah dikenali sebagai ‘desktop review’.

Tahap Keempat Pertemuan bersemuka dengan penilai bebas untuk menilai portfolio serta menjalankan perbincangan secara pro-fesional.

Tahap Kelima Makluman tentang keputusan penilaian serta tindakan yang perlu diambil seterusnya.

Bermula tahun 2013, ALK atau anggota yang bercadang untuk menjadi ALK akan dinilai berdasarkan lapan bidang kompetensi iaitu seperti berikut:

Analitikal

Kebolehan untuk menganalisis dan memahami maklumat serta kebolehan menterjemah maklumat kepada proses pembuatan keputusan yang efektif.

Strategik

Pengetahuan tentang proses pembangunan strategik, memahami kehendak serta plan strategik The Cooperative Group dengan baik serta berkebolehan untuk melaksanakan strategi melalui pembuatan keputusan.

Kewangan

Kemampuan untuk menginterpretasikan dan menganalisis maklumat kewangan. Berkebolehan menggunakan maklumat tersebut untuk menganalisis trend dan memantau kemajuan, belanjawan serta urusan kewangan secara objektif.

Bisnes

Pengetahuan dan pemahaman terhadap faktor utama yang memberi kesan kepada perniagaan, meliputi aspek undang-undang serta pengetahuan komersil terkini.

Perundangan

Memahami kerangka undang­undang yang melibatkan koperasi serta undang-undang yang melibatkan peranan sesuatu ALK tersebut.

Koperasi

Pemahaman yang mendalam berkenaan operasi perniagaan dan strategi operasi The Cooperative Group

Prinsip dan Nilai Koperasi

Memahami dengan mendalam prinsip serta nilai koperasi yang boleh diaplikasikan ke dalam The Cooperative Group

Stakeholders

Pengetahuan dan pemahaman tentang kepentingan stakeholders di dalam perniagaan The Cooperative Group.

B. Kepentingan Portfolio Di Dalam Penilaian

Portfolio merupakan segala maklumat atau bukti-bukti yang dapat dikumpulkan secara teratur dan terperinci. Portfolio yang disediakan oleh calon mestilah dapat meng gambarkan calon tersebut dapat memahami dengan mendalam dan kemampuannya untuk meng aplikasikan secara berkesan. Antara bentuk-bentuk portfolio yang diterima di dalam penilaian adalah seperti berikut:

Maklumat berasaskan penge tahuan dan ke-mahiran yang diperlukan yang ditulis di atas kertas dan perlu disimpan di dalam folder dengan baik.

Maklumat juga boleh dalam bentuk elektronik yang disimpan di dalam thumbdrive yang tertakluk kepada polisi keselamatan maklumat The Cooperative Group.

C. Syarat Kepada Calon

Calon perlu bertanggung-jawab ke atas diri sendiri untuk mendapatkan, me rekodkan dan menyimpan segala bukti-bukti yang diperlukan semasa sesi taklimat serta melengkapkan portfolio di dalam tempoh masa yang dipersetujui.

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

65

dimensi.jan.2012.indd 65 5/11/12 9:46 AM

Page 5: Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga: Kaedah Transformasi ... · CGL berada di kedudukan pertama dalam senarai koperasi yang berjaya di United Kingdom. CGL telah melalui pelbagai

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

66

Penilai akan memberikan segala panduan yang lengkap berkenaan maklumat yang diperlukan bagi setiap bidang yang dapat membantu calon melalui proses tersebut dengan mudah.

D. Bukti Yang Perlu Dikemukakan

Segala bukti-bukti yang di sertakan oleh calon ALK perlu mematuhi syarat-syarat berikut iaitu:

per bincangan profesional yang telah dijalankan. Sekiranya berjaya calon akan di maklumkan.

G. Kelayakan Panel Penilai

Panel penilai bagi sesi ‘desktop review’ dan perbincangan profesional adalah di kalangan mereka yang berkelayakan, bebas dan tidak memegang sebarang jawatan di dalam gerakan

koperasi sekurang-kurangnya bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Kesemua panel mestilah mempunyai kemahiran yang luas bagi menilai peringkat pegawai kanan di dalam sesebuah organisasi.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, usaha yang dijalankan oleh CGL dengan kerjasama CCM ini amat bertepatan untuk meneruskan ke sinambungan kejayaan koperasi. Pusat Pem-bangunan yang ditubuhkan ini diharap

dapat membentuk keperibadian Anggota Lembaga dari segi pengetahuan dan pengalaman untuk mentadbir CGL yang menjalankan urus niaga yang besar ini. Dengan kewujudan pusat ini, keutamaan difokuskan kepada Anggota Lembaga supaya menjadi lebih bertanggungjawab serta mempunyai kredibiliti untuk menjalankan perniagaan dengan lebih cekap dan berkesan serta tidak lari daripada prinsip yang berlandaskan sistem dan prinsip koperasi. Selain itu, Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga pula dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan modal insan yang dapat mentadbir koperasi dengan lebih cekap dan berkesan. Apa yang diharapkan dengan paparan maklumat ini sedikit sebanyak memberi buah fikiran kepada ALK untuk mentransformasikan koperasi baik dari segi infrastruktur termasuk juga strategi. Ini adalah kerana koperasi yang berjaya adalah koperasi yang memberi manfaat kepada anggota, ALK dan juga pihak pengurusan.

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

66

Rujukan

Annual Report & Accounts. (2010). The Co-operative Group Building A Better Society. (Report). Manchester,UK: Co­operative Group Limited

Annual Review. (2010). The Co-operative Group Building A Better Society. (Report). Manchester,UK: Co-operative Group Limited

The Co-operative Group Board Development Centre (2011). Briefing Session For The Co-operative Group Development Centre (Brochure). The Co-operative Group, UK.

Tulen Bukti-bukti mestilah menunjukkan bahawa tugas tersebut dilakukan sendiri oleh calon.

Sah Bukti yang sah dapat menunjukkan calon mempunyai segala kemahiran, pengetahuan dan kemampuan untuk menjawab apabila diajukan soalan sewaktu sesi penilaian.

Mencukupi Dokumentasi yang mencukupi dan terperinci bagi menerangkan calon cukup berkelayakan bagi setiap bidang kompetensi adalah mustahak

Terkini Ia merujuk kepada kerja-kerja yang dilaksanakan oleh calon sejak 3 tahun kebelakangan. Hal ini menunjukkan keupayaan calon melaksanakan segala kerja dengan baik dan dapat menggunakan sepenuhnya kemahiran serta pengetahuan di dalam bidang tugas. Berkelayakan dan kehadiran calon di dalam program latihan adalah tidak dianggap sebagai memenuhi standard minimum yang ditetapkan.

E. Perbincangan Profesional

Perbincangan profesional akan dijalankan secara ber semuka apabila calon telah berjaya me lepasi tahap ‘desktop review’ yang telah ditetapkan. Calon boleh me nempah kehadiran bagi sesi profesional yang dijangka dijalankan dua kali setahun. Tujuan perbincangan profesional ini adalah bagi membolehkan penilai bebas untuk mempertimbangkan serta membincangkan segala bukti-bukti portfolio secara lebih mendalam. Ini dapat memastikan bahawa calon telah melepasi tahap kompetensi asas bagi melayakkan diri menjadi Anggota Lembaga The Cooperative Group. Perbincangan ini dijangka dijalankan selama 1 hingga 1½ jam.

f. Pengesahan Luaran (External Verification)

Panel bebas yang dikenali sebagai external verifier akan dilantik untuk menilai segala bukti dan maklumat yang telah dibincangkan sewaktu

dimensi.jan.2012.indd 66 5/11/12 9:46 AM