pengurusan ujian iq

4
UJIAN KECERDASAN BEBAS DARIPADA KEBUDAYAAN ANGKA GILIRAN………………………………………………………..JANTINA: L / P SEKOLAH…………………………………………………………..TINGKATAN………………………. Tarikh Lahir………………………………………………………………………………………………… Arahan: 1. Sila isikan butir-butir peribadi anda di bahagian atas muka surat ini. 2. Buku ini mengandungi 4 ujian yang berbentuk rajah semata-semata. Tiap-tiap ujian didahului dengan contoh sebagai latihan anda. Setiap pendahuluan ujian, anda akan diberi arahan secara lisan dan penjelasan mengenai contoh menggunakan rajah-rajah oleh guru anda sebagai panduan. Sila dengar dan fahamkan arahan serta panduan yang diberikan. 3. Anda diminta cuba menjawab sebanyak mana yang boleh. Sekiranya anda tidak dapat menjawab, cuba anda tandakan jawapan yang anda fikirkan betul. Jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab. Markah tidak akan ditolak sekiranya jawapan anda salah. 4. Anda tidak dibenarkan mengulangi soalan-soalan sebelumnya. Sila tuliskan jawapan anda di ruang jawapan yang disediakan. Pengelolaan Ujian: (Hanya diedarkan kepada guru-guru yang mengendalikan ujian. Ianya akan dibacakan oleh guru-guru dengan kuat supaya setiap murid dapat mendengarnya. Ujian 1: Sila lihat kertas ujian 1. Ia mengandungi 13 soalan. Sekarang perhatikan contoh 1. Di situ ada 3 kotak di bahagian kiri, atas. Setiap kotak mengandungi bulatan yang semakin kecil dari kotak 1 ke kotak 3. Kotak ke 4 seharusnya mengandungi bulatan yang kecil dari bulatan dalam kotak 3. Daripada 6 kotak di sebelah kanan, anda dikehendaki memilih jawapan yang betul. Anda akan mendapati bahawa kotak ke 3 dengan huruf c adalah jawapan yang betul. C telah pun ditulis dalam kertas ujian ini.

Upload: mrsjojo

Post on 09-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ujian IQ

TRANSCRIPT

UJIAN KECERDASAN BEBAS DARIPADA KEBUDAYAAN

ANGKA GILIRAN..JANTINA:

L / P

SEKOLAH..TINGKATAN.

Tarikh Lahir

Arahan:

1. Sila isikan butir-butir peribadi anda di bahagian atas muka surat ini.

2. Buku ini mengandungi 4 ujian yang berbentuk rajah semata-semata. Tiap-tiap ujian didahului dengan contoh sebagai latihan anda. Setiap pendahuluan ujian, anda akan diberi arahan secara lisan dan penjelasan mengenai contoh menggunakan rajah-rajah oleh guru anda sebagai panduan. Sila dengar dan fahamkan arahan serta panduan yang diberikan.

3. Anda diminta cuba menjawab sebanyak mana yang boleh. Sekiranya anda tidak dapat menjawab, cuba anda tandakan jawapan yang anda fikirkan betul. Jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab. Markah tidak akan ditolak sekiranya jawapan anda salah.

4. Anda tidak dibenarkan mengulangi soalan-soalan sebelumnya. Sila tuliskan jawapan anda di ruang jawapan yang disediakan.

Pengelolaan Ujian:

(Hanya diedarkan kepada guru-guru yang mengendalikan ujian. Ianya akan dibacakan oleh guru-guru dengan kuat supaya setiap murid dapat mendengarnya.

Ujian 1:

Sila lihat kertas ujian 1. Ia mengandungi 13 soalan. Sekarang perhatikan contoh 1. Di situ ada 3 kotak di bahagian kiri, atas. Setiap kotak mengandungi bulatan yang semakin kecil dari kotak 1 ke kotak 3. Kotak ke 4 seharusnya mengandungi bulatan yang kecil dari bulatan dalam kotak 3. Daripada 6 kotak di sebelah kanan, anda dikehendaki memilih jawapan yang betul. Anda akan mendapati bahawa kotak ke 3 dengan huruf c adalah jawapan yang betul. C telah pun ditulis dalam kertas ujian ini.

Sekarang lihat contoh 2. Pada kotak 1, ada satu garisan yang diikuti dengan 2 garisan dalam kotak 2 dan 3 garisan dalam kotak 3. Berapakah garisan yang harus ada dalam kotak 4? Kotak yang sama harus anda pilih daripada 6 kotak di sebelah kanan? Jawapannya ialah kotak e dan ianya telah ditulis dalam kertas ujian ini.

Anda akan diberi isyarat untuk mula menjawab. Mula menjawab dari kotak bawah garisan . Anda mungkin tidak dapat menghabiskan semua soalan, tetapi jawab sebanyak mana yang dapat dengan cepat.

Masa untuk ujian 1 ialah 4 minit sahaja.

Anda boleh mula menjawab sekarang.

Ujian 2:

Kertas ujian 2 mengandungi 14 soalan. Sekarang lihat contoh 1. Anda akan lihat 3 bentuk itu serupa dan 2 bentuk lagi berbeza. Anda disuruh memilih 2 bentuk yang berbeza daripada yang lain. Di barisan kotak-kotak yang diberikan, 2 bulatan yang didapati berbeza daripada bentuk yang 3 lagi ialah bulatan dalam kotak b dan d. Dengan itu jawapannya ialah b dan d.

Sekarang lihat contoh 2. Ada 2 kotak yang mengandungi titik-titik di dalam nya dan yang lain kosong. Kotak mana yang mempunyai jawapan yang betul? Ya, jawapannya kotak bertitik c dan e. Tuliskan jawapan dalam buku ujian ini.

Anda akan mula menjawab apabila saya memberikan isyarat. Pilih 2 gambar pada setiap barisan yang berbeza daripada yang lain. Jawab dengan cekap dan teliti dan cuba jawab sebanyak mana yang dapat.

Masa untuk ujian 2 ialah 6 minit sahaja.

Anda boleh mula menjawab sekarang.

Ujian 3:

Lihat contoh 1. Ada 4 kotak segi empat kecil di dalam satu segi empat besar tetapi satu daripada segi empat kecil itu kosong. Pilih satu daripada 6 jawapan di kanan supaya kotak segi empat besar itu kelihatan lengkap. Jawapannya ialah b yang telah pun ditulis.

Sekarang lihat contoh 2. Apakah jawapan yang betul untuk melengkapkan kotak segi empat besar itu? Ya, jawapannya ialah kotak c.

Lihat contoh 3. Bentuk yang diperlukan ialah 2 segi bujur putih dan leper. Manakah yang betul? Ta, f adalah jawapan yang betul.

Masa untuk ujian 3 ialah 4 minit sahaja.

Anda boleh mula menjawab sekarang.

Ujian 4:

Lihat contoh 1. Ada satu titik di dalam sebuah segi empat bujur tetapi tidak berada di dalam bulatan. Lihat kotak-kotak di sebelah kanan. Anda boleh meletakkan titik itu di dalam empat segi bujur tetapi di luar bulatan. Jawapannya ialah kotak c.

Lihat contoh 2. Di sini anda harus mencari jawapan di mana titik itu boleh diletakkan ke dalam dua-dua segi tiga. Kotak manakah di sebelah kanan yang memberikan jawapan yang betul? Ya, jawapannya ialah d.

Lihat contoh 3. Anda perhatikan titik berada di dalam kotak segi empat dan di bahagian atas garisan bengkok. Kotak yang sesuai untuk meletakkan titik dalam keadaan yang sama ialah b. Dengan itu jawapannya ialah b.

Masa untuk ujian 4 adalah 3 minit sahaja.

Anda boleh mula menjawab sekarang.

JAWAPAN UJIAN IQ

UJIAN 1

UJIAN 2 UJIAN 3 UJIAN 4

1B1BE1E1B

2C2AE2E2A

3B3AD3E3D

4D4CE4B4D

5E5BE5C5A

6B6AD6D6B

7D7BE7E7C

8B8BE8E8D

9F9AD9A9A

10C10BD10A10D

11B11AE11F

12B12CD12C

13E13BC13C

14AB