pengurusan tingkah laku

14
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. MenurutLewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Definisi Tingkah laku

Upload: umagul

Post on 21-Mar-2017

248 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan tingkah laku

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh

seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang

boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan

sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan

nilai-nilai tertentu. MenurutLewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan

yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau

separa sedar.

Definisi Tingkah laku

Page 2: Pengurusan tingkah laku

Definisi Pengurusan Tingkah Laku

• Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).

• Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.

Page 3: Pengurusan tingkah laku

FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU

• Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah

seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

• Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan

berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah

laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas.

• Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal

sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah

laku yang negatif. 

Page 4: Pengurusan tingkah laku
Page 5: Pengurusan tingkah laku
Page 6: Pengurusan tingkah laku

Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-

•  Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat

•  Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.

• Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir

•  Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain

Page 7: Pengurusan tingkah laku

TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pengukuran personal (personal tools)

Teknik pencegahan (preventives technique).

Tindakan pembetulan (correction measure).

Page 8: Pengurusan tingkah laku

pengukuran personal (personal tools)

• Pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan

menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity).

• Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid yang

mempunyai masalah tingkah laku.

• Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal

(physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang,

ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan.

• Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan,

menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik

pertama ini.

Page 9: Pengurusan tingkah laku

• Teknik ini dapat mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses

pengajaran supaya menjadi lancar.

• Selain itu, melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang

terurus dapat diwujudkan.

• Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh

digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik

darjah, membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk

peraturan yang digubal.

• Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau

tidak.

Teknik pencegahan (preventives technique)

Page 10: Pengurusan tingkah laku

• Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan

pembetulan.

• Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah

secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan

apa-apa.

• Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan

tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga

dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan

ini.

Tindakan pembetulan (correction measure)

Page 11: Pengurusan tingkah laku

Sambungan……

• Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid

dan relevan seperti ketuk-ketampi.

• Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah

itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas

pengajaran.

• Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya

menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau

mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku tersebut

Page 12: Pengurusan tingkah laku

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU

• Prinsip PeneguhanPeneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan

tingkah laku.Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang

diberikan hendaklah sesuai dan berkesan.

Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat

meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa

kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan

datang.

Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar

Page 13: Pengurusan tingkah laku

• Prinsip pemerhatian Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis

mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati

sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpreation) dan

tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan

menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa    tetapi

membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu

yang berkenaan.

Page 14: Pengurusan tingkah laku

• Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah

dirancang dan secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati

kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah

dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau

di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif

penilaian tersebut.

• Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek

dan jangka panjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut

urutan dalam      jangka masa berperingkat  supaya mendapat

dapatan yang berkesan dan  bermakna tentang perkembangan

proses atau peristiwa terhadap        sesuatu tugasan.