pengurusan strategi peperangan: satu kajian berdasarkan hadis sahih bukhari

14
1 PENGURUSAN STRATEGI PEPERANGAN: SATU KAJIAN BERDASARKAN HADIS SAHIH BUKHARI Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Istilah peperangan seringkali membawa kepada gambaran keganasan, kemusnahan dan pembunuhan yang berleluasa dan tidak terkawal. Oleh kerana terdapatnya doktrin peperangan di dalam ajaran Islam, maka secara tidak langsung juga Islam digambarkan sebagai sebuah agama yang menganjurkan keganasan dan kemusnahan melalui konsep peperangannya. Hadis-hadis yang berkaitan peperangan yang terkandung di dalam Sahih Bukhari adalah landasan yang terbaik untuk mengetahui rekod sejarah peperngan umat Islam. Hadis-hadis ini bukan sahaja menggambarkan berkaitan sejarah malah menyentuh juga bidang politik Islam melalui peperngan. Malah, yang lebih menarik untuk dibincangkan ialah berkaitan pengurusan strategi peperangan yang bermula daripada pendidikan dalaman anggota tentera sehinggalah kepada strategi-strategi ketenteraan termasuklah peraturan-peraturan peperangan. Hasilnya, apabila dikaji dari sejumlah 237 hadis berkaitan peperangan yang terkandung di dalam Sahih Bukhari ini membuktikan bahawa peperangan bukanlah cara terbaik menyelesaikan masalah politik dalam Islam. Jalan yang terbaik untuk merungkaikan kemelut politik dalam Islam ialah melalui cara perdamaian. PENGENALAN Peperangan adalah satu kejadian yang amat ditakuti oleh manusia sejagat. Kerakusan peperangan akan mengakibatkan berbagai kerosakan disamping kematian yang menjadi satu kesan langsungnya. Walau bagaimanapun di dalam menghadapi kekalutan peperangan, terdapat beberapa peraturan samada yang dikuatkuasakan oleh undang- undang dunia atau dikuatkuasakan oleh undang-undang agama perlu dipatuhi. Tujuan umumnya adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan dan kematian. Oleh itu, pengurusan yang berkesan dan strategik amatlah perlu diadakan bukan setakat untuk memenangi peperangan tetapi yang lebih penting adalah untuk menjamin kesejahteraan umat manusia yang hidup selepas itu. Di dalam dunia Islam, peperangan adalah salah satu metod dan ajaran yang menyebabkan Islam itu terus berkembang. Perkembangan Islam sehingga sekarang adalah kesan secara tidak langsung peperangan yang dilalui oleh umat Islam. Ini tidak bermakna doktrin peperangan yang ada dan dicanangkan di dalam ajaran Islam mengasuh dan mendidik umatnya menjadi individu atau kelompok yang sukakan peperangan atau dengan lain perkataan dianggap sebagai individu atau kumpulan yang mewarisi keganasan lantaran dilabelkan Islam itu dalam dunia sekarang sebagai agama pengganas.

Upload: razaleigh-muhamat

Post on 25-Oct-2015

92 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

article

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

1

PENGURUSAN STRATEGI PEPERANGAN: SATU KAJIAN BERDASARKAN

HADIS SAHIH BUKHARI

Oleh

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Abstrak

Istilah peperangan seringkali membawa kepada gambaran keganasan,

kemusnahan dan pembunuhan yang berleluasa dan tidak terkawal. Oleh

kerana terdapatnya doktrin peperangan di dalam ajaran Islam, maka

secara tidak langsung juga Islam digambarkan sebagai sebuah agama

yang menganjurkan keganasan dan kemusnahan melalui konsep

peperangannya. Hadis-hadis yang berkaitan peperangan yang terkandung

di dalam Sahih Bukhari adalah landasan yang terbaik untuk mengetahui

rekod sejarah peperngan umat Islam. Hadis-hadis ini bukan sahaja

menggambarkan berkaitan sejarah malah menyentuh juga bidang politik

Islam melalui peperngan. Malah, yang lebih menarik untuk dibincangkan

ialah berkaitan pengurusan strategi peperangan yang bermula daripada

pendidikan dalaman anggota tentera sehinggalah kepada strategi-strategi

ketenteraan termasuklah peraturan-peraturan peperangan. Hasilnya,

apabila dikaji dari sejumlah 237 hadis berkaitan peperangan yang

terkandung di dalam Sahih Bukhari ini membuktikan bahawa peperangan

bukanlah cara terbaik menyelesaikan masalah politik dalam Islam. Jalan

yang terbaik untuk merungkaikan kemelut politik dalam Islam ialah

melalui cara perdamaian.

PENGENALAN

Peperangan adalah satu kejadian yang amat ditakuti oleh manusia sejagat. Kerakusan

peperangan akan mengakibatkan berbagai kerosakan disamping kematian yang menjadi

satu kesan langsungnya. Walau bagaimanapun di dalam menghadapi kekalutan

peperangan, terdapat beberapa peraturan samada yang dikuatkuasakan oleh undang-

undang dunia atau dikuatkuasakan oleh undang-undang agama perlu dipatuhi. Tujuan

umumnya adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan dan kematian. Oleh itu,

pengurusan yang berkesan dan strategik amatlah perlu diadakan bukan setakat untuk

memenangi peperangan tetapi yang lebih penting adalah untuk menjamin kesejahteraan

umat manusia yang hidup selepas itu.

Di dalam dunia Islam, peperangan adalah salah satu metod dan ajaran yang

menyebabkan Islam itu terus berkembang. Perkembangan Islam sehingga sekarang

adalah kesan secara tidak langsung peperangan yang dilalui oleh umat Islam. Ini tidak

bermakna doktrin peperangan yang ada dan dicanangkan di dalam ajaran Islam mengasuh

dan mendidik umatnya menjadi individu atau kelompok yang sukakan peperangan atau

dengan lain perkataan dianggap sebagai individu atau kumpulan yang mewarisi

keganasan lantaran dilabelkan Islam itu dalam dunia sekarang sebagai agama pengganas.

Page 2: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

2

Tujuan peperangan di dalam Islam adalah jelas, yang tinggal hanyalah penafsiran umat

Islam sendiri dan umat dunia terhadap peperangan yang ada dalam ajaran Islam. Jika

penafsiran peperangan dalam Islam didasarkan kepada keganasan, maka sebab itulah

lahirnya istilah keganasan di dalam Islam, bergitulah juga sebaliknya.

Jika diamat-amati, umat Islam sejak zaman bermulanya telah menghadapi

beberapa peperangan yang amat memberi pengajaran. Tidak salah jika dikatakan umat

Islam akan menghadapi peperangan ini setiap satu abad sekurang-kurangnya sekali. Jika

pandangan ini diambil kira, peperangan yang terakhir umat Islam ialah pada abad yang

ke-20, iaitu apabila umat Islam terlibat di dalam peperangan yang menentukan maruah

kegemilangannya dalam mempertahankan empayar Islam yang diwarisi oleh kerajaan

Otmaniah. Walaupun sesetengah penyelidik menganggap peperangan itu telah dapat

mengalahkan Islam, tetapi bagi umat Islam kesan peperangan itu amat berguna untuk

kesinambungan dan pengajaran umat Islam selepas itu. Buktinya, walaupun diakui kalah

di dalam peperangan, tetapi kesinambungan dan kesejahteraan umat Islam selepas itu

tetap terjamin.(Sulaiman Noordin, 1994: 16)

Terdapat banyak sumber-sumber pengetahuan berkaitan dengan peperangan di

dalam Islam. Tujuan sumber-sumber ini disimpan dan diwarisi adalah untuk memberi

pendedahan dari berbagai sudut berkenaan peperangan dalam ajaran Islam. Ini kerana

peperangan dalam Islam disamping diakui sebagai satu cara mempertahankan maruah,

ianya juga melibatkan beberapa peraturan dan pengurusan yang perlu ada dan dipatuhi.

Peraturan dan pengurusan ini adalah sebagai satu rekod peperangan yang melibatkan

peraturan dan pengurusan bermula dari peperangan Islam yang pertama, iaitu pada tahun

ke-2 Hijrah yang disertai oleh Rasulullah s.a.w sehinggalah peperangan yang terakhir

Islam pada masa kejatuhan kerajaan Otmaniah. Satu perkara yang disisihkan oleh umat

Islam sendiri berkaitan dengan peperangan ini ialah pengaturcaraan atau pengurusan

strategi. Umat Islam zaman sekarang dilihat lebih banyak membincangkan berkaitan

tanggapan dunia tentang istilah pengganas dalam Islam berbanding banyak

membincangkan berkaitan pengurusan strategi peperangan dalam Islam. Berdasarkan

fakta ini, pemahaman berkaitan dengan strategi peperangan perlu dibincangkan dari dasar

lagi. Hadis yang terkandung di dalam Sahih Bukhari berkaitan perkara ini dianggap

secocok untuk dibincangkan kerana ianya meriwayatkan peperangan yang dilalui oleh

Rasulullah s.a.w sendiri sebagai dasar perbahasan disamping banyak mengenengahkan

pengurusan strategi peperangan di dalam Islam.

SOROTAN HADIS PEPERANGAN DALAM SAHIH BUKHARI

Sahih Bukhari adalah satu buku himpunan perbicaraan dan perbuatan Rasulullah s.a.w

yang dikarang oleh al-Imam Abu Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Istilah al-

Bukhari sebenarnya merujuk kepada tempat asal tokoh tersebut yang bernama Bukhara,

iaitu sebuah tempat yang terletak di Asia Tengah. Ketokohan keilmuannya memang tidak

dapat dinafikan lantaran pengalaman hidup yang dilaluinya dalam mencari sumber ilmu

di dalam Islam. Walaupun banyak karya-karyanya yang lain, tetapi Sahih Bukhari adalah

karyanya yang agong dan diletakkan sebaris dengan buku-buku hadis yang lain seperti

Sahih Muslim, Sahih Abu Daud, Sahih Ibn Majah dan lain-lain lagi. Di dalam Sahih

Page 3: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

3

Bukhari ini terdapat 237 hadis yang membincangkan tentang peperangan dari berbagai

sudut. Istimewanya hadis-hadis peperangan yang terkandung di dalam buku ini ialah

sebahagian yang diriwayatkannya terutama dari sudut pengurusan strategi peperangan

belum lagi dilaksanakan dimana-mana peperangan yang telah dilalui oleh Rasulullah

s.a.w dan umat Islam sendiri. Ini memberi dua kemungkinan, pertama; strategi-strategi

tersebut tidak sesuai dilaksanakan di dalam peperangan umat Islam yang terdahulu,

kedua; kesesuainnya adalah pada masa sekarang dan akan datang.(al-Bukhari, t.th.: 105-

224)

Sahih Bukhari bukan sahaja dapat dibaca di dalam penulisan asalnya yang

menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar, tetapi berbagai versi terjemahan

boleh didapati, antaranya termasuklah di dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,

Bahasa Peranchis, Bahasa Latin dan berbagai lagi versi bahasa. Penulisan dalam versi

bahasa asal Sahih Bukhari ini, hadisnya tidak disusun secara teratur ataupun dengan lain

perkataan hadis-hadis berkaitan dengan peperangan ini diletakkan bertaburan dan

bercampur aduk dengan hadis-hadis yang membincangkan perkara-perkara lain.

Manakala dalam versi terjemahan dalam berbagai bahasa pula, penterjemahnya

cenderung meletakkan tajuk-tajuk umum tertentu untuk membezakannya dari perbicaraan

bidang-bidang lain. Kebanyakkan dari penterjemah ini meletakkan tajuk umum terutama

sekali menggunakan tajuk ‘Jihad’ diawal perbicaraan hadis-hadis peperangan ini. Oleh

yang demikian, pengkaji terkemudian lebih suka menikmati Sahih Bukhari ini dalam

versi bahasa terjemahan untuk memudahkan penafsiran. Walaupun bergitu, samada versi

Bahasa Arab atau versi terjemahan, hadis-hadisnya tetap ditulis menggunakan bahasa

Arab, cuma terjemahannya sahaja dibuat dalam berbagai versi bahasa. (A. Rahman

Zainudin, 1988: 41-93)

Oleh kerana Sahih Bukhari adalah buku yang meriwayatkan tentang kata-kata dan

perbuatan Rasulullah s.a.w, maka sudut-sudut perbincangan yang teratur berdasarkan

kepada tajuk-tajuk khusus berkaitan pengurusan peperangan ini tidak tercatat. Pengkaji

hanya dapat mengketegorikan tajuk-tajuk khusus tersebut apabila membaca dan

menghayati kesemua 237 hadis yang ditulis. Secara umumnya, tajuk-tajuk khusus yang

dapat dibuat berkaitan dengan hadis berkenaan pengurusan strategi peperangan dalam

Sahih Bukhari dapat diringkaskan seperti berikut;

1. Unsur dalaman sebelum menghadapi peperangan.

Unsur dalaman adalah satu faktor yang amat dititikberatkan di dalam menghadapi sesuatu

peperangan terutama sekali oleh Rasulullah s.a.w. Ini terbukti apabila Sahih Bukhari

sendiri meriwayatkan berkaitan perkara ini sebanyak lebih daripada 70 hadis. Unsur

dalaman yang pertama yang ditekankan ialah berkaitan dengan niat seseorang individu

atau askar ketika hendak menyertai peperangan. Rasulullah s.a.w telah mengajarkan dan

menanamkan niat utama menyertai peperangan ialah kerana Allah s.w.t dan bukan kerana

lain. Kemudian barulah diikuti oleh niat-niat baik yang lain seperti melakukannya demi

untuk kesinambungan Islam, melakukannya kerana mempertahankan negara dan

melakukannya demi mempertahankan diri atau maruah Islam dan negara. (al-Bukhari,

t.th.: 81-98)

Page 4: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

4

Di dalam sejarah peperangan yang disertai oleh umat Islam, kebanyakkan kes

yang berlaku adalah atas dasar untuk mempertahankan diri. Islam telah melalui sekurang-

kurangnya lima peperangan diawal pertumbuhannya atas dasar mempertahankan diri

kemudian barulah diikuti oleh peperangan yang menjurus kepada dasar perluasan

pengaruh Islam. Bergitupun, negara atau musuh yang diserang kebanyakkannya sudah

diberi pilihan samada untuk mengelakkan peperangan atau menghadapi peperangan

dengan cara yang paling hormat. Daripada fakta ini, terdapat beberapa tindakan yang

harus diberi perhatian sebelum seseorang atau askar itu menyertai peperangan, antaranya;

i. membetulkan niat dan matlamat peperangan.

Perkara niat dan matlamat individu dalam menyertai peperangan adalah suatu

perkara yang amat diutamakan. Dari satu sudut, niat dan matlamat individu yang

menyertai peperangan adalah hak individu tersebut dan tidak dapat diketahui oleh orang

lain tetapi Rasulullah s.a.w sangat menekankan sesuatu peperangan itu adalah kerana

Allah s.w.t dan bukan kerana lain seperti rampasan peperangan, membalas dendam,

mencari permusuhan, melakukan kemusnahan dan seumpamanya. Di dalam salah satu

hadis yang tercatat diterangkan bahawa sekiranya pembetulan niat tidak dilaklukan maka

peperangan itu hanyalah sia-sia dan akan menghadapi kekalahan. Jika mendapat

kemenangan sekalipun, kemenangan itu tidak akan membawa apa-apa makna terutama

sekali dalam usaha memperkembangkan Islam.

ii. Pendidikan kepada ajaran Islam yang sebenar.

Niat dan matlamat peperangan dalam Islam yang dinyatakan di dalam Sahih Bukhari

dihubungkaitkan dengan masalah pendidikan kepada ajaran Islam yang betul terutama

sekali yang menyentuh masalah akidah atau anutan jiwa. Ini kerana tanpa pendidikan

yang betul tentang ajaran Islam askar yang menyertai peperangan akan bergantung

kepada niat dan matlamat yang berbeza-beza. Ketika Rasulullah s.a.w mengungkapkan

hadis-hadis yang berkaitan dengan pendidikan Islam ini kepada askar yang hendak

menyertai peperangan, golongan sahabat baginda pun merasa hairan kenapa baginda

mengungkapkannya kerana pada masa itu askar-askar Islam ditahap anutan yang benar-

benar kukuh. Tetapi kebenarannya terbukti dalam peperangan umat Islam yang kedua

apabila umat Islam kalah dalam peperangan tersebut kerana tamakkan harta rampasan

peperangan. Pendidikan Islam ini bertambah penting apabila umat Islam melalui

beberapa lagi peperangan terutama sekali pada zaman-zaman kerajaan Umawiyyah dan

zaman kerajaan Abasiyyah. Pada ketika ini, umat Islam menghadapi peperangan ditempat

musuh dan berbagai kekayaan peperangan boleh diperolehi melalui peperangan yang

berlaku.

Page 5: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

5

iii. Mengelakkan kemusnahan yang besar.

Faktor ini juga amat penting di dalam menghadapi sesuatu peperangan dari perspektif

Islam. Walaupun faktor ini lebih berbentuk kepada peraturan, tetapi di dalam senario

kekalutan peperangan unsur-unsur dendam dan kemusnahan besar-besaran tidak dapat

dielakkan. Menyedari hakikat ini, mengelak dari melakukan kemusnahan yang besar

adalah sebenarnya datang daripada unsur kejiwaan seseorang askar yang menyertai

peperangan. Antara strategi-strategi untuk mengelakkan dan mengurangkan kemusnahan

di dalam Islam yang tercatat di dalam hadis-hadis di dalam Sahih Bukhari ialah tidak

boleh membunuh musuh yang lemah terutama sekali orang tua, kanak-kanak dan

golongan wanita yang tidak terlibat dalam peperangan, tidak dibenarkan memusnahkan

tempat-tempat ibadat masyarakat tempatan walaupun anutan yang berbeza dengan Islam,

tidak dibenarkan membunuh musuh yang berlindung di rumah ibadat atau musuh yang

telah menyerah diri, mengurangkan menghancurkan dan mencatas tumbuh-tumbuhan dan

dilarang seboleh bolehnya daripada menghapuskan sesuatu dengan menggunakan api

atau dengan kata lain tidak boleh melakukan kemusnahan dengan membakar secara besar

besaran.

2. Peranan pemimpin negara dan pemimpin peperangan.

Peranan pemimpin negara atau ketua negara Islam dan ketua peperangan juga disentuh

dengan panjang lebar di dalam Sahih Bukhari. Ini menunjukkan bertapa pentingnya

peranan dua tokoh pemimpin ini di dalam peperangan. Terdapat sekurang-kurangnya 40

hadis dalam Sahih Bukhari yang menyentuh perkara ini. (al-Bukhari, t.th.: 48-60) Antara

peranan pemimpin negara yang disentuh termasuklah;

i. Peranan diplomatik atau diplomasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang

timbul antara negara. Tidak menyelesaikan permasalahan tersebut berdasarkan faktor

dendam dan menindas. Ini kerana kesejahteraan umat Islam amat perlu dijaga dan jika

berlaku peperangan rakyat yang akan menerima kesannya secara langsung.

ii. Sedaya upaya mengelakkan peperangan jika terdapat pilihan untuk menegakkan

Islam. Peperangan adalah pilihan terakhir dalam menyelesaikan sesuatu masalah terutama

masalah politik. Jika peperangan tidak dapat dielakkan, peperangan tersebut hendaklah

didasarkan kepada menjaga maruah Islam dan mempertahankan negara Islam.

iii. Menganjurkan permesyuaratan dan permufakatan (syura) dikalangan pemimpin

tempatan lain untuk mencari penyelesaian yang dihadapi dan untuk mengatur strategi-

strategi peperangan yang bakal dihadapi. Dengan adanya permesyuaratan dan

permuafakatan ini diharap dapat mencari altenatif mengelakkan peperangan.

iv. Memberikan pemimpin musuh berbagai pilihan dan altenatif yang ada untuk

mengelakkan peperangan. Pilihan dan altenatif ini sebenarnya adalah salah satu cara

menyatakan pendirian Islam dalam peperangan.

Page 6: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

6

v. Pemimpin negara Islam digalakkan untuk mengetuai sendiri angkatan peperangan

Islam sebagai tanda perihatin dan sebagai simbol untuk menguatkan semangat askar

Islam yang menyertai peperangan.

Antara peranan pemimpin tentera yang dinyatakan di dalam hadis-hadis dalam

Sahih Bukhari pula termasuklah;

i. Memperingatkan tentera dan askar Islam berkaitan tujuan dan matlamat

peperangan terutama sekali berkaitan dengan niat setiap individu yang terlibat dalam

peperangan.

ii. Memperingatkan tentera dan askar Islam berkaitan perkara-perkara yang disuruh

dan digalakkan dalam peperangan dan perkara-perkara yang dilarang di dalam

peperangan.

iii. Memberikan pidato atau ucapan umum di depan tentera dan askar Islam yang

terlibat dalam peperangan sebagai satu cara untuk menguatkan semangat dan cita-cita

setiap tentera yang terlibat.

iv. Tidak meniupkan semangat dendam dikalangan tentera dan askar yang terlibat

dengan peperangan, malah dianjurkan supaya sentiasa memperingatkan tentera yang

terlibat tentang bahaya unsur-unsur dendam.

v. Menyusun strategi-strategi peperangan dengan teratur agar peperangan yang

dihadapi benar-benar mencapai matlamat dan tujuan yang telah digariskan.

3. Risikan ketenteraan.

Risikan atau pengumpulan maklumat ketenteraan adalah satu strategi ketenteraan yang

tercatat di dalam hadis-hadis Sahih Bukhari. Terdapat tidak kurang dari 20 hadis yang

membicarakan berkaitan perkara ini. Risikan ketenteraan ini bergitu penting sehingga

setiap peperangan yang dilalui oleh Islam menggunakan kaedah dan cara ini. Risikan ini

juga sebagai maklumat pertama berkaitan persiapan dan jumlah tentera pihak musuh

yang terlibat. Selain daripada itu, ianya juga sebagai persiapan ketenteraan Islam

menghadapi musuh-musuh Islam. (al-Bukhari, t.th.: 114-119) Antara risikan ketenteraan

yang dibicarakan termasuklah;

i. Keutamaan menghantar seorang perisik untuk mengetahui persiapan musuh.

Seorang perisik ini adalah lebih utama jika dibandingkan daripada sekumpulan perisik

kerana kehadirannya tidak dapat dikesan.

ii. Keutamaan perisikan adalah kepada persiapan ketenteraan pihak musuh yang

merangkumi bilangan askar dan persiapan persenjataan.

Page 7: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

7

iii. Tugas perisik juga mengenalpasti kedudukan ketenteraan, tempat ibadat, tempat

perkumpulan awam dan keadaan tempat pertempuran samada sesuai untuk pertempuran

atau tidak.

iv. Dilarang bagi perisik melakukan adu domba atau permusuhan dikalangan rakyat

negara musuh kerana ia hanya akan mendatangkan ketakutan.

v. Rasulullah s.a.w mengangkat martabat perisik sebagai salah seorang yang

dianggap sebagai orang yang paling hampir dengan baginda.

4. Peranan pusat perubatan.

Peranan perubatan di dalam peperangan adalah amat penting. Di dalam Sahih Bukhari ini

diterangkan bagaimana pusat perubatan ini sepatutnya beroperasi. Di dalam perkara ini

terdapat kira-kira 5 hadis yang membincangkannya. Kebanyakkan daripada hadis-hadis

ini menonjolkan peranan wanita dalam tugas-tugas perubatan dan tugas-tugas sokongan

seperti memberi minuman kepada tentera, merawat tentera di medan peperangan dan

memberi kata-kata perangsang kepada tentera yang berperang. Hal ini secara langsung

memberi gambaran bahawa kaum wanita juga mempunyai peranan di dalam ketenteraan

dan tidak salah melantik wanita sebagai anggota tentera. Antara peranan pusat perubatan

yang dibicarakan ialah;

i. Sebagai pusat pengumpulan dan rawatan kepada tentera yang cedera dan luka.

ii. Sebagai pusat istirehat kepada tentera yang terlibat di medan peperangan untuk

mendapatkan bekalan-bekalan seperti perubatan dan air.

iii. Digambarkan wanita sebagai pekerja perubatan (jururawat) yang mengendalikan

rawatan kepada tentera yang cedera dan luka.

5. Perjanjian dikalangan anggota tentera.

Perjanjian atau dalam Bahasa Arab disebut sebagai 'Bai'at' adalah bertujuan untuk

mengelakkan tentera Islam daripada lari dari medan peperangan. Peranannya adalah

sangat penting di dalam menerangkan tentang tujuan dan matlamat peperangan yang

dihadapi disamping menjadi satu wadah kepada tentera Islam untuk menunjukkan

ketaatsetiaan kepada Islam. Di dalam peperangan yang dilalui oleh umat Islam, Bai'at ini

dilangsungkan pada permulaan peperangan, iaitu sebelum angkatan tentera Islam bertolak

ke medan perang. Pada masa ini, akan terserlah individu-individu atau tentera-tentera

yang setia dan berpura-pura (munafiq). Juga akan diketahui sebahagian daripada tujuan

dan matlamat tentera-tentera yang terlibat samada berperang kerana Islam atau kerana

yang lain. Perkara ini dibuktikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w bermula daripada

peperangan Uhud, iaitu peperangan Islam yang kedua sehinggalah peperangan yang

seterusnya. Terdapat tidak kurang daripada 5 hadis yang membicarakan tentang Bai'at ini

dan antara tujuan diadakan Bai'at ini termasuklah;

Page 8: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

8

i. Melarang tentera daripada meninggalkan medan peperangan kerana takut atau

sebagainya.

ii. Bertujuan untuk menerangkan tentang tujuan dan matlamat peperangan terutama

sekali peperangan yang bertujuan untuk menegakkan Islam.

iii. Memberikan kata-kata perangsang dan kata-kata semangat yang terakhir kepada

tentera yang terlibat sebelum terlibat dalam peperangan.

iv. Bertujuan untuk mengingatkan tentang niat anggota tentera dalam peperangan

yang akan dihadapi.

v. Mengingatkan tentera tentang akibat daripada melanggar Bai'at samada akibat

daripada sudut agama atau dari pandangan umum masyarakat.

6. Persiapan ketenteraan.

Persiapan ketenteraan adalah antara perbincangan yang penting yang dibicarakan oleh

hadis-hadis di dalam Sahih Bukhari. Walaupun hanya sekitar 10 hadis yang

membincangkan berkaaitan persiapan ketenteraan ini tetapi hadisnya dilihat lebih

panjang berbanding hadis-hadis yang menyentuh bidang-bidang lain. Persiapan

ketenteraan yang terdapat di dalam hadis-hadis dalam Sahih Bukhari ini adalah yang

sesuai dengan keadaan masa dan suasana pada masa tersebut. Penganalisaan yang lebih

mendalam perlu dilakukan untuk menyesuaikan bentuk-bentuk persiapan ketenteraan

tersebut dengan zaman kecanggihan ketenteraan sekarang, terutama sekali yang berkaitan

dengan persenjataan. Antara sudut-sudut persiapan persenjataan yang dinyatakan dalam

Sahih Bukhari termasuk di dalam bidang-bidang logistik dan pengangkutan contohnya

seperti kuda dan laluan kuda, bidang persenjataan seperti menyediakan peralatan perang

yang mencukupi, bidang persiapan alat peperangan peribadi seperti pedang dan cara-cara

membawa pedang dan bidang keselamatan peribadi seperti melindungi kepala dengan

penutup kepala dan badan dengan baju yang sesuai.

7. Panji-panji kebesaran.

Panji-panji bermaksud alat kebesaran yang boleh melambangkan kebesaran ketenteraan

Islam. Di dalam hadis-hadis yang terdapat di dalam Sahih Bukhari ini ada

membincangkan berkaitan dengan panji-panji kebesaran ini tentang bagaimanakah

bentuknya dan bagaimana ia dibawa. Panji-panji peperangan ini mula diperkenalkan

sejak peperangan umat Islam yang kedua lagi iaitu pada peperangan Uhud, dimana

Rasulullah s.a.w telah menugaskan bapa saudaranya iaitu Saidina Hamzah untuk menjaga

panji-panji Islam. Panji-panji Islam yang sering digunakan ialah bendera yang

berlatarbelakangkan putih dan mempunyai tulisan Kalimah Shahadah. Islam juga

membenarkan tiupan nafiri sebagai satu tanda atau simbolik untuk memulakan

peperangan atau menghentikannya. Satu perkara yang digalakkan di dalam Islam dan

secara tidak langsung juga dianggap sebagai panji-panji Islam di dalam peperangan ialah

laungan 'Allahu Akhbar' yang bermaksud 'Allah Maha Besar' dikalangan tentera Islam.

Page 9: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

9

8. Pengkhianatan.

Pengkhiatan dalam peperangan adalah satu masalah yang dihadapi oleh mana-mana

pasukan ketenteraan. Di dalam sejarah peperangan Islam pun berlaku unsur-unsur

pengkhiatan terutama sekali yang dilakukan oleh golongan yang berpura-pura di dalam

Islam (munafiq), golongan yang tidak memahami konsep peperangan di dalam Islam dan

golongan-golongan yang takutkan kematian. Ianya juga berlaku dipihak musuh yang

mengkhianati perjanjian dengan pihak Islam. Hadis-hadis di dalam Sahih Bukhari juga

menyentuh berkaitan dengan perkara ini termasuklah kedudukan pengkhianat peperangan

di dalam Islam, sebab-sebab berlakunya pengkhianatan dan balasan golongan

pengkhianat di dalam agama dan pandangan masyarakat umum. Di dalam Sahih Bukhari

ini dihubungkan unsur pengkhianatan dengan Bai'at (perjanjian) yang dibuat oleh tentera

Islam. Dalam kebanyakkan hadis yang menyentuh perkara ini masalah pengkhianatan itu

hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa berlangsungnya Bai'at. Dengan cara ini,

pengkhianatan yang berlaku dapat dikurangkan.

9. Tebusan dan rampasan perang.

Menyedari tentang lumrahnya di dalam sesuatu peperangan yang disertai Islam berkaitan

dengan tebusan dan rampasan perang maka hadis-hadis di dalam Sahih Bukhari ada

menerangkan tentang perkara ini merangkumi tentang kedudukan tebusan termasuk cara

menyelesaikan para tebusan, rampasan perang, merangkumi cara untuk

mengaggihkannya dikalangan tentera Islam dan bagaimana cara perbendaharaan negara

menyelesaikan berkaitan rampasan perang. Sejarah Islam membuktikan bahawa tebusan

tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya, perlu ada cara yang terbaik untuk

menyelesaikannya dengan cara yang tidak mendatangkan kemudharatan kepada umum

dan tebusan. Hal berkaitan tebusan ini diterangkan di dalam salah satu hadis di dalam

Sahih Bukhari ini yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah s.a.w meminta

pandangan umum cara yang terbaik untuk memperlakukan para tebusan yang ditawan di

dalam peperangan pertama Islam, iaitu peperangan Badar. Rampasan perang juga jika

tidak diselesaikan dengan bijaksana akan menjadi 'duri dalam daging' kepada umat Islam

dan seterusnya akan menghancurkan Islam seperti yang berlaku di dalam peperangan

Islam yang kedua, iaitu peperangan Uhud.

10. Perdamaian.

Suatu perkara yang menjadi asas kepada peperangan di dalam Islam ialah perdamaian

yang dilakukan selepas peperangan berlangsung. Daripada sudut ini, membuktikan

bahawa peperangan di dalam Islam adalah hanya sebagai satu cara untuk mendapatkan

perdamaian. Ini bermaksud, jika pihak musuh inginkan perdamaian diperingkat awal dan

tiada tanda-tanda memusuhi negara dan umat Islam selepas itu, maka jalan perdamaian

ini mesti dipilih. Di dalam Sahih Bukhari terdapat hadis-hadis yang membicarakan

perkara ini termasuklah tentang bagaimana cara perdamaian itu patut dilakukan,

penguatkuasaan terhadap perdamaian yang dilakukan dan cara-cara untuk bertindak

terhadap perdamaian yang telah dilanggar. Sebenarnya melalui peperangan ini, Islam

Page 10: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

10

cuba untuk menonjolkan perdamaian sejagat sebagai motif utama politik Islam. Oleh

yang demikian, maka diwujudkan segala peraturan peperangan yang mesti dipatuhi oleh

tentera Islam.

CONTOH-CONTOH BERKAITAN

1. Unsur dalaman sebelum menghadapi peperangan.

i. Dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata: "Bersabda Rasulullah s.a.w: Tidak ada lagi

hijrah selepas pembukaan Mekah, yang ada hanyalah berperang dijalan Allah dan niat.

Apabila umat Islam diperintahkan berperang dijalan Allah maka berangkatlah" (2656:

44)

ii. Dari al-Bara'ra, ia berkata: “Seorang lelaki yang bertopeng besi datang kepada

Rasulullah s.a.w, lalu ia berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, bagaimanakah keadaanku jika

aku berperang dijalan Allah kemudian barulah aku mengistiharkan diriku masuk Islam?.

Baginda bersabda: Masuklah Islam dahulu, kemudian berperanglah" Lalu lelaki tersebut

masuk Islam kemudian dia berperang dan terbunuh, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia

beramal sedikit tetapi diberi pahala banyak" (2677: 63)

2. Peranan pemimpin negara dan pemimpin peperangan.

i. Dari Anas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Khandak dan pada

ketika itu orang-orang Muhajirin dan Ansar sedang menggali parit di pagi yang terlalu

dingin dan tidak ada hamba dikalangan mereka yang dapat membantu mereka dalam

melakukan pekerjaan tersebut. Ketika itu Rasulullah s.a.w melihat mereka dalam keadaan

letih dan kelaparan lalu baginda bersabda: Ya Allah, sesungguhnya mereka sedang

mencari kehidupan akhirat, maka ampunilah mereka. Lalu orang Muhajirin dan Ansar

menjawab: Kami adalah orang-orang yang berbai’at (membuat perjanjian) dengan

Rasulullah s.a.w untuk berperang selama mana kami masih hidup dan selama-lamanya”

(2704: 83)

ii. Dari Zaid Ibnu Khalid r.a, dia berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa dari kalangan kamu (pemimpin) yang membantu memperlengkapkan askar yang

hendak berperang dijalan Allah maka sesungguhnya dia berperang (walaupun dia tidak

pergi berperang) dan sesiapa yang menggantikan (di rumah) askar yang pergi berperang

dijalan Allah dengan baik, maka sesungguhnya dia berperang” (2713: 88)

3. Risikan ketenteraan.

i. Dari Jabir r.a, dia berkata: “Bersabda Rasulullah s.a.w: Siapakah yang akan

membawa berita kaum Bani Quraizah (iaitu satu kaum yang memerangi umat Islam dan

agama Islam) itu kepadaku sebelum peperangan?” al-Zubair Ibnu al-Awam menjawab:

“Aku”, lalu baginda bersabda lagi: “siapakah yang akan membawa berita kaum itu

kepadaku?” al-Zubair Ibnu al-Awam menjawab lagi: “Aku”, lantas Rasulullah s.a.w

bersabda: “Sesungguhnya sahabat setiaku adalah al-Zubair” (2716: 90)

Page 11: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

11

ii. Dari Malik Ibnu al-Huwairith, dia berkata: “Aku beredar dari sisi Rasulullah s.a.w

(menjadi sukarelawan untuk melihat keadaan musuh dalam satu peperangan) lalu

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu dan kawan kamu (tidak bersendirian), azanlan kamu

berdua dan iqamahlah kamu berdua (sebelum bertolak ke tempat musuh) dan sesiapa

yang besar antara kamu dialah yang akan menjadi ketua” (2718: 91)

4. Peranan pusat perubatan.

i. Dari Rubayyi’ binti Muawwidz, dia berkata: “Kami bersama Rrasulullah s.a.w

dalam satu peperangan dan kami bertugas sebagai pemberi minum dan melayani tentera

Islam yang terluka. Kami juga menguruskan orang yang terluka dan terbunuh untuk

dihantar pulang ke Madinah” (2751: 110)

ii. Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata: “Ketika dalam peperangan Uhud, tentera

Islam lari meninggalkan Rasulullah s.a.w tetapi aku melihat Aisyah binti Abu Bakar dan

Ummi Sulaim bersungguh-sungguh dan bersemangat. Aku melihat gelang dibetis

mereka, mereka melompat-lompat sambil membawa bekas air dan menuangkan ke

mulut-mulut tentera Islam yang terluka, kemudian keduanya kembali dan memenuhkan

bekas air mereka dan terus menuangkan ke mulut-mulut tentera Islam yang terluka”

(2749: 109)

5. Perjanjian dikalangan anggota tentera.

i. Dari Abdullah bin Zaid r.a, dia berkata: “Ketika peperangan Harrah (berlaku pada

tahun 63 Hijrah diantara pasukan Yazid bin Muawiyyah dan penduduk Madinah) datang

seorang lelaki kepadaku dan berkata: Sesungguhnya Abdullah bin Hanzallah telah

membai’at tentera yang berperang dengan memperingatkan tentang kematian” Abdullah

bin Zaid berkata: “Aku tidak membai’at kerana kematian sesudah Rasulullah s.a.w

kecuali kerana Allah” (2823: 165)

ii. Dari Ibnu Umar r.a berkata: “Kami kembali ke Hudaibiyyah pada tahun

berikutnya, iaitu setahun setelah peristiwa bersejarah Hudaibiyyah dan ada dua orang

lelaki daripada kami tidak mengingati apa yang dibai’atkan dipohon yang mulia ini, lalu

salah seorang bertanya kepadaku: Atas apakah Bai’at itu dilakukan, adakah atas dasar

kematian? Lalu aku menjawab: Bukan, tetapi atas dasar ketabahan” (2822: 164)

6. Persiapan ketenteraan.

i. Daripada Sahl, dia berkata: “Ketika topi perisai di atas kepala Rasulullah s.a.w

pecah dan wajah baginda berdarah serta gigi baginda tertanggal, Saidina Ali

membawakan air dengan perisai badan yang dipakainya dan Fatimah membasuh luka

tersebut. Tetapi darah yang mengalir bertambah banyak, lalu Fatimah mengambil tikar

dan membakarnya dan meletakkan abu bakaran tersebut diluka baginda dan darah yang

mengalir segera berhenti” (2772: 125)

Page 12: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

12

ii. Daripada Abdullah bin Umar r.a, dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w

bersabda: Sesungguhnya kekalahan peperangan itu terletak pada tiga perkara; kuda yang

ditunggang, mengingati perempuuan yang ditinggalkan dan mengingati rumah dan isi

rumah” (2728: 95)

7. Panji-panji kebesaran.

i. Daripada Nafi’ bin Jubair, dia berkata: “Aku mendengar Abbas r.a berkata kepada

Zubair r.a: Disini (dipuncak bukit) Rasulullah s.a.w memerintahkan kamu menegakkan

bendera” (2837: 177)

8. Pengkhianatan.

i. Daripada Auf bin Malik r.a, dia berkata: “Aku datang kepada Rasulullah s.a.w

dalam peperangan Tabuk sedang baginda berehat di dalam khemahnya, lalu baginda

bersabda: Hitunglah enam tanda-tanda sebelum datangnya kiamat; kematianku,

penaklukan Bait al-Maqdis, wabak penyakit yang meragut nyawa kalian, melimpah

ruahnya harta sehingga setiap daripada kamu diberi seratus dirham walaupun kamu tidak

menyukainya, fitnah yang akan melanda seluruh bangsa Arab dan perdamaian yang kamu

lakukan dengan bangsa Ashfar (Rumawi) lalu mereka mengkhianatinya, sebaliknyya

mereka mendatangi kalian dengan lapan puluh panji-panji dan dalam setiap panji-panji

mempunyai dua belas ribu tentera” (3027: 336)

9. Tebusan dan rampasan perang.

i. Daripada Abu Musa al-Asyaari r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda:

lepaskanlah tawanan (tebusan), berilah makan orang-orang yang lapar dikalangan mereka

dan rawatlah orang-orang yang cedera dikalangan mereka” (2904: 228)

10. Perdamaian.

i. Daripada Bara’ra r.a berkata: “Bersabda Rasulullah s.a.w kepada penduduk

Khaibar: perdamaian tanpa batas waktu. Sesungguhnya aku menetapkan untuk kalian

(perkara perdamaian) sebagaimana Allah telah menetapkannya” (3035: 342)

KESIMPULAN

Pengurusan strategi peperangan yang terkandung di dalam hadis-hadis Sahih Bukhari

menunjukkan bertapa doktrin peperangan yang dicanangkan oleh Islam bukannlah

didasarkan kepada dendam kesumat atau sengaja mencari permusuhan atau bertujuan

untuk memusnahkan dan jauh sekali untuk menggalakkan keganasan. Sebaliknya,

pengurusan strategi peperangan ini membuktiikan bahawa Islam itu berperang dengan

etika dan peraturan-peraturan tertentu yang telah dikuatkuasakan oleh ajaran Islam

sendiri. Seperkara yang penting di dalam peperangan dalam Islam ini ialah sifat

perdamaian menjadi tunjang kepada sesuatu permusuhan. Oleh itu, jika terdapat jalan

Page 13: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

13

untuk menuju perdamaian, maka jalan itulah yang paling baik dalam Islam daripada

peperangan.

Daripada sini dapat disimpulkan bahawa tujuan dan matlamat peperangan dalam

Islam itu adalah pertama; berjuang demi Allah tuhan yang esa dan demi menegakkan

agamanya, kedua; demi mempertahankan maruah agama dan maruah umat Islam yang

tergugat, dan ketiga; demi mempertahankan diri, agama bangsa dan negara Islam yang

diceroboh dan dihina. Dakwaan bahawa terdapat unsur-unsur keganasan di dalam doktrin

peperangan Islam dan yang disertai oleh umat Islam adalah tidak benar kerana Islam

tidak mengajar pengikutnya menggunakkan pertimbangan akal fikiran dan nafsu semata-

mata dalam masalah peperangan.

RUJUKAN

Abdullah Basmih. t.th.. Tafsir pimpinan al-Rahman. Kuala Lumput: t.pt..

Abu Zahrah, Muhammad. t.th.. Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah al-Siyasah wa al-

Aqaid wa tarikh al-Madhahib al-Fiqhiyyah. Mesir: Dar Fikr al-Arabi.

Abu Dawud, Sulaiman bin al-Ash’ath. 1969. Sunan Abu Dawud. Hims: Maktabah

Muhammad al-Sayyid.

Al-Attas. 1972. Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: t.pt..

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. t.th.. Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Ansar.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1993. Terjemahan Sahih Bukhari. Jilid 2,3 dan 4.

Kuala Lumpur: CV al-Syifa’.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. t.th.. Sahih al-Bukhari. Tahqiq Ahmad Mahmud

Shakir. Beirut: Dar al-Jyal.

Al-Fayruz Abadi. 1986. Qamus al-Muhit. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Al-Sakhawi, al-Imam Shams al-Din Mmuhammad bin Abd al-Rahman. t.th.. al-Maqasid

al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-Mushthahirah ala al-alsinah. Beirut:

Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

A. Rahman Zainuddin. 1988. Terjemahan Sahih Bukhari. Jilid 1,2,3 dan 4. Klang:

Klang Book Centre.

B. Aisha Lemu. 1980. Methodology of primary Islamic studies. Nigeria: Academy Press

Ltd., Lagos.

Gibb & Kraemers. 1953. Shorter Encyclopedia of Islam. Leiden: E.J Brill.

Page 14: Pengurusan Strategi Peperangan: Satu Kajian Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari

14

Kamus Dewan. 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muslim, Abu Husain Muslim bin al-Hajjaj. t.th.. Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi.

Mesir: Dar al-Rayyan li al-Thurah.

Rauf, M.A. 1964. A brief history of Islam with special reference to Malaya. Kuala

Lumpur: Oxford University Press.

Sulaiman Noordin. 1994. Gerakan antarabangsa dan keselamatan negara. Bangi: Pusat

Pengajian Umum, UKM.