pengurusan latihan vokasional(nota)

8
Pengurusan Latihan Vokasional 1) Pembangunan Kokurikulum Latihan a) Mengenalpasti keperluan Latihan b) Pendekatan DACUM c)Kriteria ahli komiditi DACUM d) Prosedur DACUM e) Kredibiliti Perancang Keperluan Latihan 2) Melaksanakan Tugas Mengajar a) Persediaan Mengajar b) Penilaian pelatih 3) Pengendalian Latihan Vokasional a) Penyediaan dan pelaksanaan program latihan sepenuh masa. b) Penyediaan dan pelaksanaan program latihan separuh masa. c) Laporan penilaian kemajuan, keberkesanan dan cadangan-cadangan pengubahsuaian. d) Pengendalian latihan dalam loji 4) Pengurusan Kemudahan Latihan a) Pengendalian daftar harta modal dan inventori b) Pengendalian daftar bahan gunahabis. c) Penyenggaraan kemudahan-kemudahan latihan. 5) Hal Ehwal Pelajar a) Program pembangunan diri pelatih dan ko- kurikulum. b). Penyenggaran displin dan tatatertib pelatih. c). Program kemajuan kerjaya,kaunseling dan kebajikan pelatih. 6) Panduan Keselamatan dan Kebersihan a) Prosedur atau peraturan-peraturan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. -Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994. - Akta Kilang dan Jentera 1967. b). Program pencegahan kebakaran dan latihan pencegahan kebakaran. 1) Pembangunan Kokurikulum Latihan a) Mengenalpasti keperluan Latihan i. Analisis daripada rancangan pembangunan negara. - Skop analisis perlu mengambil kira keperluan negara dan matlamat jangka panjang pembangunan ekonominya. Secara umum data dan maklumat kajian yang ada di dalam RM7 pelan Induk perindustrian merangkumi maklumat arah aliran teknologi dan strategi untuk menghadapi persaingan pasaran antarabangsa boleh diambil kira. ii. Analisis pasaran buruh - Analisis diperingkat nasional boleh mendapatkan maklumat kekurangan dan lebihan tenaga mahir di industri dalam bidang- bidang tertentu untuk membolehkan pembentukan polisi dan pengaturan strategi bagi mengatasi masalah tersebut. iii. Analisis Bidang pekerjaan - Kajian ini memberi maklumat bagi mengenalpasti keperluan latihan bidang-bidang baru yang berkaitan dengan pekerjaan yang ada juga memberi peluang peningkatan ke tahap yang lebih tinggi di dalam kerjaya pekerja. iv. Soal Selidik - Temuduga wakil majikan,ketua kesatuan pekerja dan pekerja industri. - Hantar borang soal selidik ke industri dan buat lawatan susulan. - Lawatan pemerhatian dan bincang dengan pegawai industri. Tatacara Asas melaksanakan program latihan kemahiran I. Analisis- Analisa 2. Design - Merekabentuk 3. Developement - Membangunkan 4. Implementation- Melaksanakan 5. Evaluation.- Membuat penilaia b) Pendekatan DACUM i. Pekerja mahir merupakan orang yang pailng layak mendefinasikan/mengambarkan bidang pekerjaan mereka daripada orang lain. ii. Setiap kerja boleh digambarkan dengan berkesan dalam bentuk tugasan yang telah dilaksanakan oleh pekerja dengan jayanya. iii. Setiap tugasan mempunyai kaitan langsung dengan pengetahuan dan sikap yang mesti ada pada pekerja untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan betul. c). Kriteria Ahli komiti DACUM i. Pekerja mahir dalam bidang berkenaan atau secara langsung menjadi penyelia dalam bidang pekerjaan tersebut. ii. Pekerja yang diiktiraf oleh kawan kerja dan penyelia sebagai pekerja pakar. iii. Orang yang hanya menumpukan kepada bidang pekerjaannya sahaja dan tidak memikirkan tentang program latihan yang dirancangkan disepanjang proses tersebut. iv. Orang yang suka bekerja dalam kumpulan dan menghormati pendekatan persetujuan ramai dalam membuat keputusan. d) Prosedur DACUM i. Penerangan oleh fasilitator kepada ahli supaya setiap ahli mempunyai pendekatan yang sama mengenai DACUM. ii. Ahli komiti mengenalpasti duti-duti Utama. iii. Ahli komiti mengenalpasti tugas-tugas setiap Duti. iv. Ahli Komiti menyusun sekuan duti dan tugas-tugas. v. Komiti mengenalpasti tugas-tugas untuk digunakan dalam latihan dan komponen- komponen tugas tersebut.

Upload: hazmilplv

Post on 10-Jun-2015

4.589 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan latihan vokasional(nota)

Pengurusan Latihan Vokasional

1) Pembangunan Kokurikulum Latihan

a) Mengenalpasti keperluan Latihan

b) Pendekatan DACUM

c)Kriteria ahli komiditi DACUM

d) Prosedur DACUM

e) Kredibiliti Perancang Keperluan

Latihan

2) Melaksanakan Tugas Mengajar

a) Persediaan Mengajar

b) Penilaian pelatih

3) Pengendalian Latihan Vokasional

a) Penyediaan dan pelaksanaan program latihan

sepenuh masa.

b) Penyediaan dan pelaksanaan program latihan

separuh masa.

c) Laporan penilaian kemajuan, keberkesanan dan

cadangan-cadangan pengubahsuaian.

d) Pengendalian latihan dalam loji

4) Pengurusan Kemudahan Latihan

a) Pengendalian daftar harta modal dan inventori

b) Pengendalian daftar bahan gunahabis.

c) Penyenggaraan kemudahan-kemudahan latihan.

5) Hal Ehwal Pelajar

a) Program pembangunan diri pelatih dan ko-

kurikulum.

b). Penyenggaran displin dan tatatertib pelatih.

c). Program kemajuan kerjaya,kaunseling dan

kebajikan pelatih.

6) Panduan Keselamatan dan Kebersihan

a) Prosedur atau peraturan-peraturan berkaitan

dengan keselamatan dan kesihatan.

-Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

- Akta Kilang dan Jentera 1967.

b). Program pencegahan kebakaran dan latihan

pencegahan kebakaran.

1) Pembangunan Kokurikulum Latihan

a) Mengenalpasti keperluan Latihan

i. Analisis daripada rancangan pembangunan negara.

- Skop analisis perlu mengambil kira keperluan negara dan

matlamat jangka panjang pembangunan ekonominya. Secara

umum data dan maklumat kajian yang ada di dalam RM7

pelan Induk perindustrian merangkumi maklumat arah aliran

teknologi dan strategi untuk menghadapi persaingan pasaran

antarabangsa boleh diambil kira.

ii. Analisis pasaran buruh

- Analisis diperingkat nasional boleh mendapatkan

maklumat kekurangan dan lebihan tenaga mahir di

industri dalam bidang-bidang tertentu untuk

membolehkan pembentukan polisi dan pengaturan

strategi bagi mengatasi masalah tersebut.

iii. Analisis Bidang pekerjaan

- Kajian ini memberi maklumat bagi mengenalpasti

keperluan latihan bidang-bidang baru yang berkaitan

dengan pekerjaan yang ada juga memberi peluang

peningkatan ke tahap yang lebih tinggi di dalam

kerjaya pekerja.

iv. Soal Selidik

- Temuduga wakil majikan,ketua kesatuan pekerja

dan pekerja industri.

- Hantar borang soal selidik ke industri dan buat

lawatan susulan.

- Lawatan pemerhatian dan bincang dengan pegawai

industri.

Tatacara Asas melaksanakan program latihan

kemahiran

I. Analisis- Analisa

2. Design - Merekabentuk

3. Developement - Membangunkan

4. Implementation- Melaksanakan

5. Evaluation.- Membuat penilaia

b) Pendekatan DACUM

i. Pekerja mahir merupakan orang yang pailng layak

mendefinasikan/mengambarkan bidang pekerjaan

mereka daripada orang lain.

ii. Setiap kerja boleh digambarkan dengan berkesan

dalam bentuk tugasan yang telah dilaksanakan oleh

pekerja dengan jayanya.

iii. Setiap tugasan mempunyai kaitan langsung

dengan pengetahuan dan sikap yang mesti ada pada

pekerja untuk melaksanakan tugasan tersebut

dengan betul.

c). Kriteria Ahli komiti DACUM

i. Pekerja mahir dalam bidang berkenaan atau secara

langsung menjadi penyelia dalam bidang pekerjaan

tersebut.

ii. Pekerja yang diiktiraf oleh kawan kerja dan

penyelia sebagai pekerja pakar.

iii. Orang yang hanya menumpukan kepada bidang

pekerjaannya sahaja dan tidak memikirkan tentang

program latihan yang dirancangkan disepanjang

proses tersebut.

iv. Orang yang suka bekerja dalam kumpulan dan

menghormati pendekatan persetujuan ramai dalam

membuat keputusan.

d) Prosedur DACUM

i. Penerangan oleh fasilitator kepada ahli supaya

setiap ahli mempunyai pendekatan yang sama

mengenai DACUM.

ii. Ahli komiti mengenalpasti duti-duti Utama.

iii. Ahli komiti mengenalpasti tugas-tugas setiap Duti.

iv. Ahli Komiti menyusun sekuan duti dan tugas-

tugas.

v. Komiti mengenalpasti tugas-tugas untuk digunakan

dalam latihan dan komponen-komponen tugas

tersebut.

Page 2: Pengurusan latihan vokasional(nota)

e). Kredibiliti Perancang Keperluan

Latihan

i. Memahami konsep dan perlaksanaan latihan

vokasional pada keseluruhannya.

ii. Mempunyai kemahiran berbincang dan kualiti

kepimpinan.

iii. Memahami dan mendalami teknik soal selidik,

temuduga dan perbincangan.

iv. Mempunyai asas kefahaman dalam kaedah

pembangunan kurikulum latihan kemahiran.

v. Mempunyai pengetahuan asas mengenai trend

teknologi masa kini.

vi. Mempunyai pengetahuan mengenai punca-punca

untuk mendapatkan maklumat mengenai latihan

vokasional.

2) Melaksanakan Tugas Mengajar

a). Persediaan Mengajar

Persediaan Bahan Mengajar

* Menyusun dan merancang susunan tajuk-tajuk

pembelajaran selari dengan piawaian sukatan

pelajaran setiap kemahiran.

* Menyediakan kertas-kertas penerangan, tugasan,

dan kerja yang relevan dan rapi serta baik dari segi

tatabahasa dan mudah difahami oleh pelatih-pelatih.

* persediaan dokumen-dokumen berkaitan sistem

pentauliahan, bukti-bukti penilaian.

Peralatan Bengkel dan Bahan Latihan

*menyediakan peralatan latihan dan memastikan

keselamatan penggunaan peralatan tersebut.

*Menyediakan bahan-bahan latihan.

*menyediakan kelengkapan latihan.

Penyediaan Alat Bantu Mengajar

*menyediakan alat bantu mengajar- carta-carta ,

transperasi, model, slaid, video, multimedia dsbnya.

b). Penilaian Pelatih (ujian pencapaian)

i) Jenis-jenis ujian.

- Criterion referenced test – Menilai domain

kognatif- pembangunan keupayaan dan kemahiran

intelektual. Penilaian berdasarkan kepada satu set

standard atau kriteria. Di ukur dengan ujian bertulis.

- Performance test – Menilai domain saichmotor-

melibatkan pergerakan fizikal dan kombinasinya.

Diukur berdasarkan kepantasan, ketepatan, jarak,

prosedur atau teknik dalam pelaksanaanya. Boleh

juga dinilai untuk menilai domain kognitif.

- Attitude test – Menilai domain efectif- berkaitan dari

segi emosi seperti nilai, perasaan, penghargaan,

keazaman, motivasi dan attitude. Tidak boleh di ukur

dengan ujian. Dilihat darisegi kelakuan dan

tindaktanduk seperti kehadiran tepat pada waktunya,

boleh memberi kerjasama dengan baik,

melaksanakan tugas dengan tertib dan sebagainya.

ii) Ujian bertulis

*Subjektif - Esei, Mengisi tempat kosong,

Ya/tidak atau Benar/salah.

* Objektif – Aneka pilihan

iii) Performance Test

Tujuan

- Mengkaji kebolehan pelatih melaksanakan tugas.

- Menguji kebolehan pelatih dalam menjadualkan

tugas, penggunaan peralatan latihan dll apabila

melaksanakan beberapa tugas.

Elemen-elemen yang diuji

-Kualiti hasilkerja. Dinilai berdasarkan ketepatan dan

kekemasan hasilkerja. Keberkesanan penggunaan

peralatan yang ada.

- Kemahiran menggunakan peralatan, penggunaan

peralatan yang betul, penjagaan peralatan, ciri-ciri

keselamatan dan kebersihan.

- Kebolehan menganalisa tugas dan merancang

prosedur kerja.

- Kepantasan menyiapkan kerja.

- Kebolehan membaca dan menterjemah pelan,

gambarajah atau kebolehan menggunakan manual

dan handbooks.

- Berkebolehan membuat keputusan berdasarkan

maklumat yang ada.

Page 3: Pengurusan latihan vokasional(nota)

3) Pengendalian Latihan Vokasional

i) Penyediaan dan pelaksanaan program latihan

sepenuh masa.

- Bermula dengan pendaftaran pelatih. Nama dihantar

oleh Ibupejabat.

- Mengendalikan minggu Orientasi/Silaturahim.

- Pendaftaran SKM (30 hari)

- Penyediaan jadual waktu untuk satu semester

lengkap dengan bilangan jam,kelas teori,kelas

amali, ujian dan tenaga pengajar – Gunakan NOSS.

- Merancang lawatan industri

- Keperluan latihan : Bahan gunahabis, gas, dsbnya.

- Asrama dan surau,Makan minum pelatih,Elaun

-Keperluan riadah: padang bola,alat permainan dsb.

ii) Penyediaan dan pelaksanaan program latihan

separuh masa.

- Bermula dengan pendaftaran pelatih. Calon dipilh

oleh Institut.

- Pendaftaran SKM jika perlu

- Penyediaan jadual waktu untuk modul yang

berkenaan lengkap dengan bilangan jam, kelas

teori,kelas amali, ujian dan tenaga pengajar -

Customise.

- Merancang lawatan industri jika perlu.

- Keperluan latihan : Bahan gunahabis, gas, dsbnya.

- Asrama jika perlu dan surau.

-Makan minum pelatih jika perlu.

-Keperluan riadah: padang bola,alat permainan dsb

-Persijilan.

iii) Laporan penilaian kemajuan, keberkesanan

dan cadangan-cadangan pengubahsuaian.

- Ujian setiap task

- Ujinilai yang tidak trampil

- Profile ,PP,PPD,PPL

iv) Pengendalian Latihan Dalam Loji

-Senarai nama pelatih yang terlibat dan pemilihan

Tempat ,Buku Log dan Kebajikan pelatih

- Lawatan susulan dan khidmat nasihat.

4) Pengurusan Kemudahan Latihan

i) Penyenggaraan kemudahan-kemudahan latihan

-Matlamat- untuk memastikan sumber-sumber fizikal

sentiasa dalam keadaan produktif dan boleh

dipercayai (reliable)

- Fungsi – satu kombinasi tindakan yang diambil

untuk mengekal atau membaikpulih sesuatu sumber

fizikal dalam keadaan berfungsi dan selamat.

-Jenis Pemulihan – Kerja yang diambil untuk

membaiki atau mengganti komponen atau sumber

fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard

yang ditetapkan.

-Jenis Pencegahan – Kerja yang diambil untuk

memeriksa,servis,membaiki atau mengganti

komponen atau sumber fizikal secara teratur

mengikut jadual yang ditetapkan.

- Langkah mengujudkan sistem penyenggaraan

-Melantik seorang pegawai kanan sebagai yang

bertanggungjawab atas semua aspek.

- Menyediakan daftar aset penyelenggaraan

- Menyediakan jadual penyelenggaraan

- Menilai program penyenggaraan

Manfaat

- Pemberian perkhidmatan atau keluaran produk yang

berkualiti kepada pelanggan Institut.

- Penjimatan perbelanjaan dan kos mengganti jangka

panjang

- Pengujudan suasana kerja yang selesa demi

mempertingkatkan produktiviti Institut.

- Pemeliharaan imej Institut sebagai satu yang

berkualiti dan Unggul

5) Hal Ehwal Pelajar

a) Pengambilan Pelatih

i) Promosi Institut Latihan

Tujuan

- Memperkenalkan institut dan kursus yang

ditawarkan.

- Memberikan kesedaran kepada belia-belia.

- Menyampaikan maklumat ttg kualiti dan kuantiti

keluaran institu kepada Industri.

- Memperkenalkan kepakaran institut dlm

menyediakan program latihan kepada industri.

Aktiviti

- Menggunakan media massa

- Hari konvokesyen dan hari terbuka Institut.

- Edar Brouchers,pamplet dsbnya.

- Lawatan Industri dan perbincangan mengenai

keperluan industri dan cadangan kursus.

- Menubuhkan jawatankuasa penasihat Institut.

- Mengadakan seminar dan bengkel latihan

- Mengadakan ceramah kerjaya di sekolah.

ii) Perancangan Institut

*Peruntukan mencukupi untuk mengurus program

latihan

* Mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan

berpengalaman.

*Peralatan mencukupi, berkeadaan baik dan selamat

digunakan.

* Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi.

iii) Proses Pengambilan

* Bahagian pengambilan keluar iklan.

* Penjualan atau pengedaran borang permohonan

pada tempoh tertentu.

*Penerimaan borang dan mengisihkata(shortlist)

kemasukan borang.

*Perlantikan panel temuduga dan proses temuduga.

*Pemilihan terakhir dan surat tawaran.

Page 4: Pengurusan latihan vokasional(nota)

iv) Minggu Orientasi.

*Tujuan

- Bimbing pelatih memahami dan menghayati

matlamat pusat latihan.

- Membantu pelatih menyesuaikan diri.

- Memberi motivasi kepada pelatih supaya berusaha

gigih untuk cemerlang

- mengujudkan persefahaman dan menanam sifat

kekitaan dikalangan pelatih, pengajar dan kakitangan.

- Mewujudkan kemesraan dan kerjasama diantara

pelatih.

-Penerapan nilai murni melalui ceramah yang

dianjurkan.

-Aktiviti kerja berkumpulan dapat melahirkan sifat taat

setia kepada pemimpin dan sifat tolak ansur, berdikari

dan bertanggungjawab.

b) Program pembangunan diri pelatih dan ko-

kurikulum.

i) Tujuan

- Meluaskan dan meningkatkan pengetahuan pelatih

dalam bidang tertentu.

- Mengeratkan perhubungan kerjasama antara institut

dan masyarakat.

-Memupuk interaksi dan intergrasi kaum

- Mencapai kecermelangan dalam sukan.

- Aktiviti kokurikulum lebih banyak

menanam,memupuk dan memberi latihan awal

daripada aspek kepimpinan, siasah dan

kemasyarakatan dikalangan pelajar.

- Kepimpinan dapat dilatih melalui pasukan pakaian

seragam, persatuan, kelab dan sukan yang

mempunyai struktur kepimpinan yang tersendiri

bermula daripada pengerusi atau ketua sehingga ahli

biasa.

-Meningkatkan tahap kesihatan.

-Guna masa lapang dengan berfaedah.

ii) Bidang Tugas penyelaras.

-Menguruskan mesyuarat dan penasihat persatuan

dan kelab

-Merancang dan mengurus semua aktiviti tahunan

-Meneliti semua program aktiviti yang dirancang

supaya berjalan dengan lancar.

-mengumpul laporan program aktiviti tahunan.

-Menyelaras penggunaan dewan dan kemudahan lain

bagi kegunaan persatuan.

-Menyediakan laporan kemajuan untuk sijil tamat

latihan.

c). Penyenggaran displin dan tatatertib pelatih.

i) Disiplin

- Suatu sistem peraturan dan tatatertib yang

ditetapkan oleh sesuatu badan atau kelompok yang

dilaksanakan bagi memudahkan perjalanan proses

pembelajaran dan pengajaran.

- Kesanggupan seseorang individu menghormati dan

mematuhi undang-undang yang dikenakan dari luar

dengan kerelaan sendiri.

ii) Faktor wujudnya masalah disiplin.

*Faktor keluarga

- suasana keadaan keluarga mempengaruhi

perkembangan emosi pelatih.

- Status sosio ekonomi keluarga.

* Faktor institusi latihan.

-Kawalan disiplin yang terlalu ketat atau terlalu

longgar.

*Faktor perlatih

-Perasaan ingin tahu remaja.

-Tidak berminat

*Faktor persekitaran

- Contoh keadaan dan nilai sosial yang tidak terkawal.

iii) Jawatankuasa Displin pelatih.

*Keanggotaan

-Pengerusi- Pengetua/ Penolong pengetua, pengajar

kanan.

-Ahli-ahli-Ketua bahagian, warden, penyelia asrama.

*Fungsi-fungsi

- Mengubal peraturan dan disiplin institut.

-Menasihati pelatih yang bermasalah.

- Menguatkuasa peraturan.

-Menyediakan format-format tertentu dan

garispanduan tindakan yang perlu diambil oleh

pengajar-pengajar, warden dan lain-lain.

- memastikan kes-kes disiplin ditangani segera.

- Membuat laporan kes untuk keputusan terakhir

pengetua/ Jawatankuasa Rayuan Jabatan.

iv) Strategi mengawal dan meningkatkan displin

pelatih

*Menubuhkan Jawatankuasa Displin Institut

* Menyediakan buku panduan peraturan dan displin.

* Memenuhkan masa lapang pelatih dengan kerja-

kerja yang berfaedah

* Mengaktifkan aktiviti kokurikulum pelatih dan

matlamatnya.

*Ceramah motivasi dan agama.

d). Program kemajuan kerjaya,kaunseling dan

kebajikan pelatih.

*Sesi penerangan- Carrier path yang jelas untuk

masa depan pelatih.

* Penerangan untuk peluang melanjutkan pelajaran

ketahap yang lebih tinggi.

*Unit kaunseling – khidmat nasihat kepada pelatih

bermasalah.

*Jawatankuasa kebajikan pelatih.-aktiviti dan program

sosial pelatih.

*Wakil pelajar- Suara pelatih disampaikan kepada

pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Page 5: Pengurusan latihan vokasional(nota)

6) Panduan Keselamatan dan Kebersihan

a) Prosedur atau peraturan-peraturan berkaitan

dengan keselamatan dan kesihatan.

-Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

-Akta Kilang dan Jentera 1967.

i) Punca Kemalangan

* Sebab-sebab teknikal

-Tempat kerja yang tidak kemas.

- Rekabentuk bengkel dan susunan peralatan yang

tidak selamat.

-Tiada adang atau adang yang tidak selamat.

- Kecacatan pada mesin-mesin atau peralatan latihan.

- Kecacatan pada kabel bekalan elektrik mesin atau

peralatan tangan.

*Sebab-sebab manusia

-kecuaian

-Tidak sihat/Tidak kemas berpakaian.

-Tidak bertanggungjawab atau pentingkan diri sendiri.

-Guna peralatan tanpa penyeliaan.

*Sebab-sebab persekitaran

- ruang sempit, kurang cahaya dan peredaran udara

- Tiada adang yang sempurna.

- Ruang kotor, licin dan berdebu.

- Penyimpanan bahan-bahan latihan dan peralatan

yang tidak sempurna.

ii)Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

*Takrif : Sebuah jawatankuasa yang wajib ditubuhkan

oleh majikan di sesuatu tempat kerja yang

mempunyai 40 orang pekerja @lebih dengan di

pengerusikan oleh pengurus @ pegawai atasan serta

dianggotai oleh wakil pengurusan serta wakil pekerja.

* Objektif :

- Menyalurkan pengetahuan dan pelajaran serta

meningkatkan motivasi.

- Sebagai alat komunikasi berhubung bahaya atau

risiko ditempat kerja serta langkah pekerjaan.

-Mematuhi kehendak undang-undang seksyen 30dan

31 Akta Keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994.

-Membolehkan pihak pengurusan dan pekerja menilai

dan mengambil tindakan keatas masalah

keselamatan dan kesihatan yang wujud.

* Fungsi-fungsi utama:

- Memastikan pematuhan kehendak Akta

Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan 1994 oleh

pihak pengurusan dan pekerja.

-Menjalankan kegiatan galakan kepada amalan

keselamatan.

- Menyiasat kemalangan dan membuat cadangan

untuk mengelakkan kejadian yang serupa.

- Merancang dan melaksanakan program kesedaran

keselamatan dan kesihatan.

*Tugas Jawatankuasa:

-Membincang perihal dan sebab sesuatu kemalangan

serta penyakit pekerjaan.

- Mengemukakan cadangan serta syor bagi

mencegah atau menghindarkan berulangnya kejadian

yang serupa.

- Membuat pemeriksaan ditempat kerja & peralatan.

- Menjalinkan perhubungan serta kerjasama yang

lebih erat dengan pekerja dalam pencegahan

kemalangan.

- Memupuk minat pekerja-pekerja di dalam perkara-

perkara yang bersangkutan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan.

- Menyertai majikan di dalam merangka sistem kerja

selamat

- Menilai keperluan pertolongan cemas, perkhidmatan

kesihatan, pencegahan kebakaran serta kemalangan.

- Menasihati pihak pengurusan berkaitan perihal

keselamatan dan kesihatan.

- Menjalankan kajian statistik kemalangan, syor bagi

mempertingkatkan tahap keselamatan dan menilai

keberkesanan langkah-langkah kawalan.

*Aktiviti

-Adakan kempen kesedaran-ceramah,video

-Pamerkan poster keselamatan

-Anjur pertandingan keselamatan dan kebersihan.

- Lakukan pemeriksaan berkala.

- Adakan fire Drill.

b). Program pencegahan kebakaran dan latihan

pencegahan kebakaran.

i. Tujuan

-supaya penghuni institut boleh bertindak dengan

teratur dan tenang

- supaya jalan keluar dan tangga keselamatan

digunakan mengikut kaedah yang dirancang.

- supaya tindakan pengosongan bangunan

dilaksanakan dengan cepat dan teratur.

-supaya petugas dapat menjalankan tugas dengan

sempurna mengikut prosedur.

- supaya dapat mengkaji keupayaan bertindak serta

keberkesanan alat-alat dan sistem pencegah

kebakaran.

ii. Persediaan latihan.

-Menubuhkan jawatankuasa bertindak

-Menyediakan pelan lantai dan rancangan bertindak.

-mengenalpasti tempat berkumpul

-Menentukan jalan laluan,pintu keluar dan tangga

keselamatan tidak dihalang.

-Menentukan sistem pengcegahan kebakaran

berfungsi.

-Memberi arahan yang jelas kepada petugas dan

penghuni institut.

- menghubungi pihak bomba untuk hadir sebagai

pemerhati.

iii) Tindakan yang perlu diambil

-Membunyikan isyarat/loceng kecemasan

- Memanggil Bomba

- Menghentikan pergerakan mesin dan jentera.

- Keluar dari bangunan untuk menyelamatkan diri.

- berkumpul jauh dari bangunan yang terlibat

Page 6: Pengurusan latihan vokasional(nota)

-panggilan baris oleh pegawai insiden setiap

tingkat/bangunan

- Melawan kebakaran dilakukan oleh pasukan

pemadam kebakaran.

c) Pertolongan Cemas

i) Takrif

-Bantuan awal atau rawatan utama yang diberikan

kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang

kemalangan atau mengalami kesakitan atau sakit

mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau

pakar perubatan yang berkelayakan.

ii) Matlamat

* Menyelamatkan nyawa

- Jika pesakit tidak sedarkan diri pastikan saluran

udara tidak terganggu. Pastikan pesakit bernafas.

Jika berlaku pendarahan hendaklah diberhentikan

segera. Beri rawatan mengikut keutamaan.

* Mengelakkan kecederaan menjadi bertambah

buruk.

-Alihkan pesakit sekiranya keadaan

membahayakannya dan elakkan sebarang

kecederaan dari berlanjutan. Selesakan dan beri

keyakinan kepada pesakit. Berikan perlindungan dari

kesejukan atau beri kehangatan sekiranya pesakit

dalam keadaan sejuk.

* Mendapatkan bantuan kecemasan.

Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil

ambulans dengan kadar segera yang boleh. Pastikan

anda berada disisi pesakit hingga bantuan selesai.

iii) Pemulihan Pernafasan (ABC)

* Saluran udara (Airway)

Condongkan kepala mangsa dan angkat dagunya

untuk membuka saluran udara. Kedudukan ini akan

mengangkat lidah mangsa dari arah tekak dan ini

supaya tidak menghalang laluan udara.

*Pernafasan

Jika mangsa tidak bernafas,lakukan pernafasan

bantuan mulut kemulut iaitu cara tercepat untuk

menyampaikan oksigen kedalam paru-paru mangsa.

*Peredaran Darah

Jika jantung terhenti, pemampatan dada hendaklah

dilakukan untuk memaksa darah beredar menerusi

jantung dan keseluruh badan. Cara ini hendaklah

digabungkan dengan pernafasan bantuan supaya

oksigen dapat mengalir kedalam darah.

HOW TO DEVELOP NOSS

(DACUM)

Definasi – Developing A CurriculuM

Satu pendekatan kepada analisa pekerjaan yang

dibuat oleh pakar dari Industri dalam bidang

berkenaan.

Profil pekerjaan digunakan untuk:-

-Perancangan program pengajaran

-Pembangunan Kurikulum

-Pembangunan bahan-bahan latihan

-Rundingcara kerjaya

-Perhubungan Awam

-Sebagai Maklumat majikan

-Huraian kerja

-Mengenalpasti kemahiran latihan.

Falsafah

i. Pekerja mahir merupakan orang yang pailng layak

mendefinasikan/mengambarkan bidang pekerjaan

mereka daripada orang lain.

ii. Setiap kerja boleh digambarkan dengan berkesan

dalam bentuk tugasan yang telah dilaksanakan oleh

pekerja dengan jayanya.

iii. Kejayaan pelaksanaan setiap tugasan adalah

berkait secara langsung dengan pengetahuan dan

sikap yang mesti ada pada pekerja .

Occupational analysis

Bertujuan untuk mengenalpasti Nama pekerjaan,

Struktur Pekerjaan, Tahap dan kedudukan, Tajuk

pekerjaan pada setiap tahap.

Job Analysis-Fasa I

i.Bertujuan untuk menentukan profil pekerjaan (Duties

& Task) bagi pekerjaan tertentu.

ii. Sumber terbaik untuk mendapatkan maklumat

mengenai analisa pekerjaan ialah daripada pekerja

mahir, berpengalaman dan sedang bekerja.

iii. Dibuat tanpa apa-apa bahan rujukan.

Page 7: Pengurusan latihan vokasional(nota)

Task Analysis-Fasa II

Bertujuan untuk menentukan profil Tugasan (task

Profile) bagi semua task dalam pekerjaan tertentu.

Panduan Pelaksanaan

i. Setiap ahli diberi peluang sama rata.

ii. Bebas memberi pandangan dan pendapat

iii. Boleh mengkritik pendapat ahli yang lain

iv. Hendaklah membuat cadangan yang membina

daripada mengkritik yang negatif

v. Semua kenyataan tugasan perlulah

dipertimbangkan dengan teliti.

vi. Bahan rujukan tidak dibenarkan sama sekali.

vii. Semua kenyataan tugasan boleh diperhati dan

dinilai.

viii. Semua kenyataan tugasan mesti dimulakan

dengan ‘action verb’

ix. Pemerhati tidak dibenarkan menyertai

perbincangan.

Proses DACUM

i. Tugas sebagai Pembangun Kurikulum ialah untuk

memecahkan pekerjaan kepada unit modular

(Modular Unit)

ii. Ia boleh dilaksanakan melalui kaedah sessi

DACUM

iii. Dibahagikan kepada 2 Fasa

Job Analysis-Fasa I

i).Terdiri dari kumpulan kecil (8-12 orang) dari

personal industri “ Industry driven”.

- Berpengalaman (hand-on) dan sedang bekerja.

- Pakar (disahkan pakar oleh pegawainya).

- Boleh bekerja sama dalam kumpulan.

ii) Diadakan selama 2 hari

iii) Di tempat yang bebas dari sebarang gangguan.

iv) Di fasilitatorkan oleh pihak yang membuat

kurikulum.

v) Menggunakan kaedah ‘” Brain Storming” dan

tanpa sebarang rujukan.

vi) Sediakan asas perbincangan seperti ‘Global

Profile’ atau contoh “ National Profile” untuk

mempercepatkan kerja.

vii) Buat analisa Pekerjaan (job analisis)

- Bertujuan untuk menentukan profil pekerjaan (Duties

& Task) bagi pekerjaan tertentu.

- Sumber terbaik untuk mendapatkan maklumat

mengenai analisa pekerjaan ialah daripada pekerja

mahir, berpengalaman dan sedang bekerja.

viii) Kaji semula dan teliti kenyataan duti dan tugasan

supaya boleh dilihat dan dinilai dimana ada produk,

servis dan keputusan.

ix) Susunatur duti dan tugasan mengikut keutamaan

x) Kenalpasti tahap tugasan berkenaan.

xi) Hasilnya ialah profile pekerjaan (job Profile)

Task Analysis-Fasa II

Bertujuan untuk menentukan profil Tugasan (task

Profile) bagi semua task dalam pekerjaan tertentu.

i) Terdiri dari pakar dari Industri dan pengajar(8-12

orang)

ii) Diadakan selama 5 hari/4 malam.

iii) Diadakan ditempat yang bebas dari sebarang

gangguan.

iv) Difasilitatorkan oleh pihak yang membuat

kurikulum.

v) Tugas Kumpulan fasa II ialah

- Menentukan profil tugasan untuk semua tugasan

dalam pekerjaan tertentu

- Bilangan duti dan tugasan

- TPO / performance Standard (action, condition, &

standard.

- Subtask/step

-keupayaan / keperluan memboleh (knowledge, skill,

attitude, safety)

- Peralatan & kelengkapan

-Terminologi dan singkatan nama.

vi) Lain-lain pilihan dan keperluan

vii. Hasilnya adalah profil tugasan.

Duti(Duty)

a. Mencerminkan tugas kerja yang besar

b. Mewakili satu kumpulan tugasan yang berkaitan.

c. Aktiviti yang berterusan

d. Satu tanggungjawab yang umum.

e. Mulakan kenyataan dengan kata kerja.(transive

verb)

*semua maklumat itu direkodkan keatas sekeping kad

kertas dan ditampal di dinding untuk perhatian semua

ahli. Susunan kad berkenaan boleh disusun semula

mengikut susunan yang logik.

Tugasan(Task)

a. Satu aktiviti kerja Khusus

b. Jelas,tepat dan boleh dilakukan bersendirian

c. Mempunyai permulaan dan akhiran langkah

kerja

d. Boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

e. Mulakan kenyataan dengan ‘action verb’

f. Task tidak boleh diulangi semula pada duti yang

lain.

g. Setiap task tidak boleh mengandungi dua objek.

h. Tidak boleh diulangi kata kerja yang sedia ada

pada duti.

i. Mempunyai 2 atau lebih langkah kerja.

j. Boleh diperhati dan dilihat (boleh dinilai)

k. Menghasilkan bentuk produk, perkhidmatan atau

keputusan.

l. Elakkan merujuk kepada pengetahuan,

peralatan, kelengkapan dan sikap.

Langkah Kerja(steps)

a. Kata kerja (active verb) untuk

melaksanakan tugasan

b. Berbentuk prosedur dan aturan kerja.