pengurusan kokum

Upload: imran-amin

Post on 03-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 pengurusan kokum

    1/8

    PENGENALAN

    Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.

    Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat

    pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepadasemua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

    Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalamsistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat

    membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untukmewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan

    kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )

    Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yangmempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dania dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN

    KURIKULUM

    1.0 Falsafah pendidikan

    Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak

    sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan

    kebangsaan kita adalah seperti berikut :

    " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaqmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran

    diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara "

    ( PPK, 1988 )

    Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadappembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang

    diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan

    yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ;

  • 7/28/2019 pengurusan kokum

    2/8

    i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspekkesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti

    penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan

    penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia

    seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di

    sekolah.iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

    berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umumdiperkenalkan.

    v. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.vi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.

    vii. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.viii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.ix. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu

    pengetahuan.x. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

    xi. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri danbersikap berdikari.

    ( Kamaruddin Haji Husin, 1994 )

    2.0 Kehendak masyarakat

    Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat.

    Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengankehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan

    masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagidalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.

    Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan :

    " It is not an easy task to establish what demands society makes oneducation and what contribution education can or should make to

    culture, especially in a complex society in which vast and rapid

    changes are occuring."

    Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dankehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam

    masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri

  • 7/28/2019 pengurusan kokum

    3/8

    ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat

    pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.

    Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asasseperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat

    dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertaikehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan,kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.

    KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid :

    - menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan.

    - menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis.

    - menguasai kemahiran mengira

    - menguasai Bahasa Inggeris

    - membina dan memupuk akhlak yang mulia

    - meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam

    - dapat bergaul dalam masyarakat

    o mengembangkan bakat dan daya kepimpinan

    3.0 Faktor politik

    Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " :

    "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with

    people and their various power bases and their views of what makes for good

    education"

    Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide toPractice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan

    perkembangan sesuatu kurikulum.

    Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh prosespolitik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka

    setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikanmenjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh

  • 7/28/2019 pengurusan kokum

    4/8

    mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar

    dengan hasrat pemerintah.

    Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanyabertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik

    daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduanrakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, DasarPelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran

    Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-

    aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja.Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk

    keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arahperpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh

    Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan

    kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

    4.0 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia

    Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan

    perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnyamempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut

    peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) :

    "Technology has changed and is changing not only the face of theearth and the institutions of our society, but man itself "

    Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telahmembawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh

    itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara danperkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan

    mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerjayang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah

    Meng, 1995)

    5.0 Faktor perubahan sosial

    Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran

    akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah,nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.

    Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah,

    minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkarajenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika

  • 7/28/2019 pengurusan kokum

    5/8

    tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan

    negara.

    Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yangbertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajardengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus

    ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

    6.0 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum

    Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari

    ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancangkurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa.

    Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan

    mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.

    Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa

    ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat

    diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkanmasalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula

    bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-muridharus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yangcepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apayang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus

    sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaiandalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam

    7.0 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat

    Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytangmelibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih

    sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang

    akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agarkehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. Ini

    bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuandan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh

    iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).

  • 7/28/2019 pengurusan kokum

    6/8

    Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta

    mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat danperkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu

    difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.

    Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu, sekurang-kurangnya dariperingkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkanke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan

    berkesan.

    Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggotamasyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-

    murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka

    tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

    8.0 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya

    Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya

    menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan

    keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia

    sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusiperancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak

    masyarakat dan negara.

    Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya

    menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini penting dalam

    pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agarilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi

    keperluan zaman.

    Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikanmembantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, mem[erkenalkan

    ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam biodang pendidikan, khususnya kedalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan

    kuriklum itu sendiri.

    9.0 Pengaruh psikologi pendidikan

    Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Platodan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah

    satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakultimempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu

  • 7/28/2019 pengurusan kokum

    7/8

    dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan mengaggap

    pembelajran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-Guntuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilakn startegi

    pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilaisecara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik

    diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa,

    1992).

    Pemikiran psikologi `behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum pendidikan

    matematik sejak awal 60an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagaigelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam

    gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yangsekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.

    Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matetamati yang memberikantumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan

    pada penghujung tahun 70an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran danpembelajran Matematik ditekankan kepada fahamanb binaan (konstuktivm) dan

    kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

    (Nik Aziz Nik Pa, 1992)

    PENUTUP

    Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut

    dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang

    terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itumenggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada

    kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri.

    Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan [perkembangankurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah

    dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itusendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara,

    melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau

    mencetuskan tamadun baru.

  • 7/28/2019 pengurusan kokum

    8/8