pengurusan kediaman pelajar luar kampus uitmpp_fairus

16
Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis 95 PENGURUSAN KEMUDAHAN KEDIAMAN PELAJAR LUAR KAMPUS: PENGALAMAN UiTM PULAU PINANG Fairus Muhamad Darus dan Zainuddin Al-Mansor ABSTRAK Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) merupakan kampus negeri yang menerima peningkatan kehadiran pelajar baru pada setiap tahun. Dengan kemudahan kediaman pelajar yang terhad maka sebahagian daripada pelajar di UiTMPP terpaksa menyewa kemudahan kediaman di luar kampus. Bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menginap di luar kampus (pelajar non-resident), maka pengurusan kolej telah mewujudkan Unit Penempatan Luar Kampus (UPLK) bagi mengurus segala urusan yang berkaitan dengan mereka. Kertas kerja ini membincangkan perkongsian pengalaman urus-tadbir UPLK di dalam mengendalikan isu dan masalah pelajar non-resident di UiTMPP. Kata kunci: Kediaman Pelajar non-resident, Luar Kampus, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) PENGENALAN Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan salah sebuah daripada 13 kampus negeri (cawangan) UiTM. Pengambilan pertama pelajar di UiTMPP dilakukan pada Julai 1996 dengan pendaftaran seramai 230 orang pelajar. Tumpuan pengkhususan UiTMPP adalah kepada bidang Kejuruteraan seperti Kejuruteraan Elektrik, Kejuteraan Mekanikal, Kejuteraan Awam dan Kejuteraan Kimia di peringkat Diploma. Selain itu terdapat juga penawaran program dalam bidang Farmasi dan Pengurusan Hotel dan Pelancongan di UiTMPP. Pada Ogos 2003, UiTMPP berpindah ke kampus tetap di Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh di Daerah Seberang Perai Tengah. Sehingga tahun 2007 bilangan pelajar telah meningkat dengan ketara sehingga melebihi 5500 orang (Nurhayati, 2008). Kemudahan kediaman yang disediakan oleh pihak pengurusan UiTMPP adalah terhad bilangannya maka sebahagian besar pelajar terpaksa menyewa kediaman diluar kampus. Bilangan pelajar yang menyewa diluar kampus meningkat dari masa ke semasa sehinggakan pihak pengurusan universiti mewujudkan satu unit bagi mengtadbir uruskan hal ehwal pelajar ini. Pada hari ini, UiTMPP merupakan kampus negeri yang menguruskan pelajar Non-Resident (NR) yang paling ramai jika dibandingkan dengan kampus-kampus negeri yang lain kecuali kampus induk Shah Alam (Rajah 1). Objektif kertas kerja ini adalah untuk berkongsi pengalaman yang

Upload: fairus

Post on 08-Jun-2015

1.066 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) merupakan kampus negeri yang menerima peningkatan kehadiran pelajar baru pada setiap tahun. Dengan kemudahan kediaman pelajar yang terhad maka sebahagian daripada pelajar di UiTMPP terpaksa menyewa kemudahan kediaman di luar kampus. Bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menginap di luar kampus (pelajar non-resident), maka pengurusan kolej telah mewujudkan Unit Penempatan Luar Kampus (UPLK) bagi mengurus segala urusan yang berkaitan dengan mereka. Kertas kerja ini membincangkan perkongsian pengalaman urus-tadbir UPLK di dalam mengendalikan isu dan masalah pelajar non-resident di UiTMPP.

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

95

PENGURUSAN KEMUDAHAN KEDIAMAN PELAJAR LUAR KAMPUS:

PENGALAMAN UiTM PULAU PINANG

Fairus Muhamad Darus dan Zainuddin Al-Mansor

ABSTRAK

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) merupakan kampus negeri yang menerima peningkatan kehadiran pelajar baru pada setiap tahun. Dengan kemudahan kediaman pelajar yang terhad maka sebahagian daripada pelajar di UiTMPP terpaksa menyewa kemudahan kediaman di luar kampus. Bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menginap di luar kampus (pelajar non-resident), maka pengurusan kolej telah mewujudkan Unit Penempatan Luar Kampus (UPLK) bagi mengurus segala urusan yang berkaitan dengan mereka. Kertas kerja ini membincangkan perkongsian pengalaman urus-tadbir UPLK di dalam mengendalikan isu dan masalah pelajar non-resident di UiTMPP. Kata kunci: Kediaman Pelajar non-resident, Luar Kampus, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP)

PENGENALAN

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan salah sebuah daripada 13 kampus negeri (cawangan) UiTM. Pengambilan pertama pelajar di UiTMPP dilakukan pada Julai 1996 dengan pendaftaran seramai 230 orang pelajar. Tumpuan pengkhususan UiTMPP adalah kepada bidang Kejuruteraan seperti Kejuruteraan Elektrik, Kejuteraan Mekanikal, Kejuteraan Awam dan Kejuteraan Kimia di peringkat Diploma. Selain itu terdapat juga penawaran program dalam bidang Farmasi dan Pengurusan Hotel dan Pelancongan di UiTMPP. Pada Ogos 2003, UiTMPP berpindah ke kampus tetap di Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh di Daerah Seberang Perai Tengah. Sehingga tahun 2007 bilangan pelajar telah meningkat dengan ketara sehingga melebihi 5500 orang (Nurhayati, 2008). Kemudahan kediaman yang disediakan oleh pihak pengurusan UiTMPP adalah terhad bilangannya maka sebahagian besar pelajar terpaksa menyewa kediaman diluar kampus. Bilangan pelajar yang menyewa diluar kampus meningkat dari masa ke semasa sehinggakan pihak pengurusan universiti mewujudkan satu unit bagi mengtadbir uruskan hal ehwal pelajar ini. Pada hari ini, UiTMPP merupakan kampus negeri yang menguruskan pelajar Non-Resident (NR) yang paling ramai jika dibandingkan dengan kampus-kampus negeri yang lain kecuali kampus induk Shah Alam (Rajah 1). Objektif kertas kerja ini adalah untuk berkongsi pengalaman yang

Page 2: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

96

dihadapi oleh pengurusan UiTMPP di dalam mengendali dan menangani masalah pelajar yang tinggal menyewa di luar kampus.

0

500

1000

1500

2000

2500

Pela

jar

No

n-R

esid

en

t

Per

lis

Ked

ah

Pulau

Pinan

g

Per

ak

Melak

a

Joho

r

Pah

ang

Teren

ggan

u

Kelan

tan

Sar

awak

Sab

ah

Kampus negeri

Rajah 1: Perbandingan bilangan pelajar non-resident (NR) antara kampus UiTM negeri di seluruh negara

kecuali kampus induk (Shah Alam) bagi sesi Julai – Oktober 2007 (Nota: Kampus Negeri Sembilan tiada pelajar NR)

LATAR BELAKANG

Semenjak dari UiTMPP mula dibina di Seberang Perai, Pulau Pinang; bilangan pelajar telah meningkat dari tahun ke setahun sehinggakan pada tahun 2007 sahaja bilangan pelajarnya berjumlah 5,397 orang pelajar yang menuntut sepenuh masa (Nurhayati, 2008). Rajah 2 menunjukkan graf peningkatan bilangan pelajar yang berlaku setiap tahun. Peningkatan jumlah pelajar ini tidak selari dengan kemudahan kediaman di dalam kampus yang hanya terhad kepada 1820 orang. Kemudahan kediaman pelajar di dalam kampus hanya boleh menampung 960 tempat untuk pelajar lelaki di Kolej Zamrud dan 960 tempat lagi untuk pelajar perempuan di kolej Baiduri.

Page 3: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

97

Rajah 2: Bilangan pelajar mengikut tahun di UiTM Pulau Pinang (UiTMPP)

Bilangan kemudahan pennginapan pelajar yang terhad ini telah mempaksa pihak pengurusan UiTMPP untuk membeli dua buah blok pangsapuri berhampiran kawasan kampus yang kemudian diberi nama Kolej Mutiara. Dua blok bangunan ini hanya dapat menempatkan seramai 1100 orang (400 pelajar lelaki dan 700 pelajar perempuan).

Jumlah keseluruhan kemudahan kediaman pelajar yang diuruskan oleh pihak

universiti berjumlah hanya dapat menampung 3020 orang pelajar di tiga buah kolej kediaman, sedangkan bilangan pelajar sepenuh masa pada sesi Disember 2006 – Mei 2007 sahaja berjumlah 4,820 orang. Bilangan pelajar ini meningkat pada sesi Julai 2007 – Oktober 2007 seramai 5,397 orang. Jadual 1 menunjukkan taburan dan bilangan pelajar mengikut jantina serta status kediaman mereka. Keadaan ini memaksa seramai hampir 2400 pelajar untuk mencari alternatif lain iaitu dengan menyewa kediaman awam di kawasan sekitar kampus. Tren ini dijangkakan akan berterusan, lebih-lebih lagi dalam usaha UiTM mencapai hasratnya untuk menampung 200,000 pelajar menjelang 2010.

Jadual 1: Taburan dan bilangan pelajar mengikut jantina serta kemudahan kediaman pelajar

Pelajar Lelaki Pelajar perempuan JUMLAH

Pelajar berdaftar pengajian sepenuh masa (Julai 2007)

2753 2644 5397

Kolej Baiduri - Siswi (Dalam kampus)

- 960 960

Kolej Zamrud – Siswa (Dalam kampus)

960 - 960

Kolej Mutiara - Siswa dan Siswi (Luar kampus)

400 700 1100

Penempatan Luar Kampus (Pelajar non-resident)

1393 984 2377

Page 4: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

98

UNIT PENEMPATAN LUAR KAMPUS (UPLK)

Unit Penempatan Luar Kampus (UPLK) mula diwujudkan pada awal tahun 2007 bagi mengurusakan pelajar-pelajar yang menyewa di luar kampus atau juga dikenali sebagai pelajar non-resident (pelajar NR). Sebelum terbentuknya unit ini, pengurusan pelajar NR adalah dibawah tanggungjawab Pengurusan Kolej yang diketuai oleh Pengurus Asrama. Bilangan staf yang terhad menyebabkan urustadbir ini dikendalikan secara sendirian oleh Pengurus Asrama. Pada ketika itu UPLK lebih dikenali sebagai Unit Kebajikan Non-Resident (UKNR).

Nama UKNR ditukarkan kepada UPLK adalah selari dengan peranan utama unit ini iaitu membantu pelajar untuk mendapat penempatan dan memantau hal ehwal pelajar NR. Hal ehwal kebajikan pelajar NR tidak diabaikan meskipun perkataan kebajikan Non-Resident tidak disebut di dalam nama UPLK. Hal ehwal kebajikan pelajar sama ada tinggal di dalam atau di luar kampus adalah dirujuk kepada ke Unit Bantuan Kewangan Pendidikan dan Kebajikan Pelajar. Selain itu, kebajikan dan keselamatan pelajar NR turut sama di pantau oleh Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) NR.

Pertambahan jawatan dan bilangan staf di dalam pengurusan kolej telah

membolehkan UPLK di tadbir urus secara teratur dan lebih mantap. Di samping itu juga, pelantikan tiga orang Pegawai Pembangunan Pelajar NR dan pembentukan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR seramai 12 orang pelajar turut melancarkan lagi pengurusan unit ini.

Rajah 3: Struktur organisasi Unit Kolej Kediaman dan Unit Penempatan Luar Kampus UiTMPP (nota:

# mula lapor bertugas pada 15 ogos 2008 dan sebelum daripada tarikh tersebut dua unit berkaitan

dengan kemudahan kediaman pelajar hanya diketuai oleh seorang Pengurus Asrama)

PENGARAH KAMPUS

Timb. Pengarah Kampus (HEP)

Pengurus Asrama

(Unit Kolej Kediaman)

Pengurus Asrama #

(Unit Penempatan Luar Kampus)

Pen. Pengurus Asrama (Kolej Baiduri)

Pen. Pengurus Asrama

(Kolej Zamrud)

Pen. Pengurus Asrama (Kolej Mutiara)

Pegawai Pembangunan Pelajar NR

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR

Page 5: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

99

Setakat ini, UPLK di ketuai oleh seorang Pengurus Asrama dan dibantu oleh dua orang staf sokongan iaitu seorang Penyelia Asrama dan seorang Pembantu Am Pejabat. Rajah 3 menunjukan struktur organisasi Unit Kolej Kediaman dan UPLK yang menguruskan kemudahan kediaman pelajar di UiTMPP.

Fungsi, Tanggungjawab dan Perkhidmatan Yang Disediakan

UPLK memainkan fungsi utama bagi membantu pelajar-pelajar UiTMPP (Pelajar NR) untuk mendapatkan kemudahan kediaman awam bagi tujuan penyewaan. Bagi melaksanakan fungsi dan tanggungjawab ini, UPLK akan membuat hebahan dan iklan kepada penduduk awam yang berminat untuk menyewakan kediaman mereka kepada pelajar UiTMPP. Hebahan dan iklan dibuat dalam pelbagai cara iaitu melalui email, poster, kain rentang (banner) dan juga laman web UiTMPP. Maklumat yang diperolehi daripada orang awam akan dimasukkan ke dalam sistem maklumat rumah untuk disewa bagi memudahkan pelajar untuk merujuk dan mendapatkan informasi. Maklumat-maklumat kediaman untuk disewa juga akan dihebahkan kepada pelajar khususnya diakhir semester atau diawal semester ketika pelajar sibuk mencari kediaman luar untuk disewa.

Selain membantu pelajar mencari kediaman untuk disewa, unit ini juga berfungsi untuk memantau keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar NR. Langkah pertama dilakukan ialah dengan mewajibkan semua pelajar NR untuk mendaftar supaya lokasi kediaman mereka diketahui oleh pihak pengurusan universiti melalui unit ini. Pelajar NR yang gagal atau tidak mendaftar akan diambil tindakan tatatertib atas kesalahan tidak mematuhi atau ingkar arahan universiti. Kerjasama dengan unit keselamatan diperlukan memastikan semua pelajar NR mendaftar.

Maklumat pendaftaran pelajar NR ini akan disimpan dalam sistem senarai nama pelajar NR (Pelajar NR directory) bagi tujuan rujukan bila diperlukan. Maklumat peribadi pelajar NR dan lokasi kediaman mereka dapat membantu pihak universiti untuk mengesan mereka jika berlaku sesuatu kecemasan seperti berlaku sebarang kecelakaan kepada waris pelajar NR atau pelajar NR melanggar peraturan universiti atau undang-undang awam.

Jadual 2: Statistik pelajar mengikut lokasi kediaman bagi tahun 2007 dan 2008

Bilangan pelajar Kawasan - Taman

2007 2008

Taman Sutera 163 173

Taman Pauh Jaya 86 86

Taman Pauh Indah 128 96

Taman Pauh Damai 26 54

Taman Pauh 72 74

Taman Naluri 6 0

Taman Janggus 6 0

Taman Hj Md Amin 84 68

Kawasan - Pangsapuri

Pangsapuri Seri Pauh 65 51

Pangsapuri Pesona 175 91

Pangsapuri Pauh Indah 14 5

Pangsapuri Pauh Damai 282 184

Page 6: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

100

Bilangan pelajar Kawasan - Taman

2007 2008

Pangsapuri Idaman 517 333

Kondominium Mutiara 120 152

Astaka Bandar Perda 13 5

Apartment Permata 48 39

Kawasan - Kampung

Kampung Tersusun 0 1

Kampung Surau 3 0

Kampung Pertama 143 114

Kampung Belah Dua 78 78

Permatang Pauh 11 18

Permatang Nibong 7 10

Kubang Semang 9 7

Jalan Baru 2 9

Seberang Jaya 9 13

Kawasan - Lain-lain

Tasek Gelugor 6 3

Tanah Liat 8 0

Simpang Empat 1 2

Penang 11 3

Penaga 1 1

Kulim 10 3

Kepala Batas 6 2

Juru 2 4

Jalan Baru 2 9

Butterworth 12 8

Bukit Mertajam 17 6

Berdasarkan maklumat pelajar NR ini, tugas pemantauan lebih mudah dilakukan kerana unit ini mengetahui bilangan dan taburan pelajar mengikut sesuatu lokasi. Ini akan memudahkan UPLK untuk merujuk dan mengadakan perbincangan dengan masyarakat di kawasan yang terlibat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Jawatankuasa Rukun Tertangga (JRT). Tugas pemantaun turut dilakukan secara bersama dengan Pegawai Pembangunan Pelajar NR dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR. Jadual 2 menunjukkan taburan pelajar NR yang berdaftar mengikut lokasi kediaman mereka.

Disamping itu, UPLK turut membantu pelajar NR untuk melaksanakan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar serta mengadakan program berinteraksi dan berdialog antara pelajar NR dengan masyarakat setempat.

Berdasarkan fungsi dan tanggungjawab yang dibincangkan di atas tadi, maka perkhidmatan yang disediakan oleh UPLK ini boleh diringkaskan seperti berikut:

� Mencari dan mengumpul maklumat rumah untuk disewa kepada pelajar NR � Menyediakan senarai maklumat rumah untuk disewa kepada pelajar NR � Mengurus dan mengendalikan pendaftaran pelajar NR

Page 7: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

101

� Menyediakan senarai maklumat pelajar NR � Menyediakan panduan yang berkaitan dengan penyewaan kediaman

kepada pelajar NR � Memantau kebajikan dan keselamatan pelajar NR melalui lawatan yang

diadakan � Mengadakan program interaksi dan dialog bersama penduduk yang terlibat

dengan pelajar NR � Mengadakan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar melalui

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR

Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident (NR)

Jawatan Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident (PPPNR) diwujudkan bagi membantu pengurusan UPLK menjaga kebajikan dan mengendalikan program pembangunan dan kepimpinan pelajar NR. PPPNR ini diberi kemudahan rumah universiti iaitu di Kolej Mutiara dan Kolej Zamrud. Tugas PPPNR tidak jauh bezanya dengan Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) di kolej kediaman. PPPNR diberi tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar NR dilaksanakan dengan baik. Perbezaanya hanyalah PPPNR tidak mempunyai jadual tugasan secara harian. Jesteru, PPPNR akan melaksanakan tugasan mengikut program yang diaturkan oleh UPLK atau Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Namun, jika ada keperluan PPPNR akan dipanggil bertugas untuk mengendalikan hal ehwal pelajar NR.

Pada ketika ini, hanya tiga orang staf bukan akademik yang dilantik untuk menjawat jawatan sebagai PPPNR. Bagi memudahkan tugas PPPNR ini, pembahagian tugas mereka dibahagikan mengikut zon kawasan kediaman pelajar NR. Jesteru, tugas pemantauan keselamatan dan kebajikan pelajar NR akan lebih mudah. PPPNR akan menjadi perantara untuk berbincang dengan penduduk atau wakil penduduk di kawasan yang di duduki oleh ramai pelajar NR.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non-Resident (NR)

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non-Resident (JPPNR) merupakan sebuah persatuan pelajar NR yang bertanggungjawab membantu menjaga kebajikan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan bagi pelajar-pelajar NR. Jawatankuasa ini terdiri daripada pelajar NR yang menyewa kediaman diluar kampus. Peranan JPPNR ini adalah menjadi perantaraan antara pihak pengurusan UPLK dan pelajar-pelajar NR. Pada masa yang sama juga JPPNR bertindak sebagai sebuah organisasi yang melaksanakan segala aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar dengan dibantu oleh PPPNR sebagai penasihat dan pemantau. Diperingkat awal penubuhan JPPNR ini, komitmen ahli jawatakuasanya sangat rendah menyebabkan organisasi ini tidak berfungsi sepenuhnya untuk membantu UPLK. Hal ini berlaku disebabkan ke semua ahli adalah dikalangan pelajar NR di mana budaya pelajar NR pada ketika itu tidak berminat untuk terlibat dengan sebarang program pembangunan dan kepimpinan pelajar anjuran pihak universiti.

Bagi mengatasi masalah ini pemilihan ahli jawatankuasa ini telah dilakukan dengan cara yang lebih teliti, di samping itu bukan semua ahli jawatankuasa ini adalah di kalangan pelajar NR. Terdapat di kalangan mereka yang tinggal di kolej kediaman luar kampus tetapi dilantik untuk menjadi ahli JPPNR. Ini dilakukan atasan kebolehan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut. Hasilnya, JPPNR mula bergerak

Page 8: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

102

dengan aktif dan berjaya menarik minat pelajar-pelajar NR untuk terlibat di dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar.

Demi memasikan sesuatu program itu berjaya, JPPNR sentiasa bekerjasama

dan berganding bahu dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kerjasama yang terbentuk ini memberi satu sinergi antara Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPLK, PPPNR, JPPNR dan MPP. Di sebabkan aktiviti pelajar NR melibatkan penggunaan kawasan diluar kampus, bantuan dan kerjasama daripada unit keselamatan turut melancarkan lagi aktiviti yang dirancang.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan melibatkan pelajar-pelajar NR. Semua aktiviti, sama ada dirancang dan dilaksanakan oleh UPLK (aktiviti wajib), PPPNR dan JPPNR (aktiviti sokongan) adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan serta membentuk peribadi pelajar-pelajar NR.

Aktiviti wajib seperti Minggu Pendaftaran Pelajar NR, Sesi Dialog Bersama Pengarah Kampus dan Lawatan Muhibah NR antara program yang diatur fokus kepada menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar NR. Manakala aktiviti sokongan yang dianjurkan oleh JPPNR dengan bantuan PPPNR adalah untuk memberi peluang pelajar-pelajar NR berinteraksi sesama mereka di samping melatih mereka di dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi.

PROGRAM LAWATAN MUHIBAH NR

Salah satu aktiviti anjuran bersama antara PPPNR, MPP, JPPNR ialah Program Lawatan Muhibah NR. Program ini merupakan antara program aktiviti pelajar NR yang penting kerana ianya mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu:

� Kunjungan mesra untuk bertanya khabar dan melihat suasana tempat tinggal pelajar-pelajar NR

� Menyemak atau audit lokasi kediaman pelajar NR berdasarkan maklumat

pendaftaran pelajar NR

Program lawatan ini dilakukan secara berkala iaitu sebulan dua kali mengikut kawasan yang dipilih berdasarkan kepadatan pelajar NR di kawasan tersebut. Pelaksanaannya dilakukan di waktu malam pada jam 8.00 hingga 10.30 malam secara berkumpulan dan ditemani oleh pegawai universiti iaitu dari UPLK, PPPNR dan juga staf daripada Unit Keselamatan. Lawatan ini turut melibatkan pemimpin pelajar di kalangan JPPNR dan MPP. Dalam lawatan ini juga, borang soal selidik diedarkan kepada pelajar NR untuk mengetahui kemudahan yang dimiliki dan juga masalah yang dihadapi.

Latar belakang responden

Program lawatan pelajar NR yang julung kali diadakan ini telah berjaya mengunjungi seramai 405 pelajar NR di empat buah kawasan yang mana pelajar NR banyak

Page 9: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

103

menyewa kediaman di loaksi tersebut. Rajah 4 menunjukkan bilangan pelajar NR yang dikunjungi mengikut lokasi kediaman mereka dalam program lawatan ini.

193

143

29

40

0

20

40

60

80

100

120

140

160

180

200

Bil

an

gan

pela

jar

Pangsapuri

Idaman

Pangsapuri Pauh

Damai

Pangsapuri Pauh

Indah

Taman Sutera

Lokasi Kediaman Pelajar

Rajah 4: Bilangan pelajar mengikut lokasi kediaman yang dikunjungi dalam Program Lawatan Muhibah

Majoriti pelajar NR yang menyewa di luar kampus merupakan pelajar yang berada di semester tiga dan ke atas. Ini adalah selari dengan dasar penempatan UiTMPP yang memberi keutamaan kepada pelajar-palajar baru bagi tempoh dua semester atau setahun. Rajah 5 dan 6 menunjukkan taburan peratusan pelajar mengikut semester pengajian dan fakulti. Meskipun kebanyakkan pelajar NR merupakan pelajar yang mengambil program di peringkat Diploma (tempoh pengajian 6 semester), terdapat juga pelajar NR yang terdiri daripada pelajar program di peringkat Sarjana Muda (degree). Oleh sebab itu, terdapat pelajar NR yang belajar di semester 7 dan 8.

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

Pera

tusan

, %

Sem 3 Sem 4 Sem 5 Sem 6 Sem 7 Sem 8

Semester pengajian

Rajah 5: Peratusan pelajar NR mengikut semester pengajian yang

dikunjungi dalam Program Lawatan Muhibah.

Kampus UiTMPP merupakan kampus kejuruteraan yang menawarkan program-program berkaitan kejuruteraan seperti Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrikal dan Kimia. Di samping itu, terdapat juga penawaran program Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan dan Fakulti Farmasi. Maka itu, bilangan pelajar NR daripada fakulti

Page 10: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

104

kejuteraan yang ditemui dalam kunjungan ini melebihi 75%. Rajah 7 menunjukkan latar belakang pencapaian akademik bagi pelajar-pelajar NR yang terlibat dalam lawatan ini.

0 5 10 15 20 25 30

Peratusan, %

FK Elektrikal

FK Mekanikal

FK Awam

FK Kimia

FPH Perlancongan

F FarmasiF

ak

ult

i

Rajah 6: Peratusan pelajar NR mengikut fakulti yang dikunjungi

dalam Program Lawatan Muhibah.

2.00 – 2.49

17%

2.50 – 2.99

38%

3.00 – 3.49

37%

3.50 – 4.00

8%

Rajah 7: Pecahan peratusan pencapaian akademik pelajar-pelajar NR

yang dikunjungi dalam Program Lawatan Muhibah.

Majoriti pelajar NR (85%) yang menyewa di luar kampus memperolehi sumber kewangan melalui pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala yang lain menerima sumber kewangan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kerajaan atau Yayasan Negeri dan juga daripada pihak badan korporat swasta. Dari segi latar belakang pendapatan keluarga pula, sebanyak 12% daripada mereka pendapatan keluarga adalah kurang daripada RM 500 sebulan. Bagi pendapatan di antara RM 501 hingga RM 1,000, peratusannya adalah sebanyak 31%. Manakala 28% lagi, pendapatan keluarganya adalah di antara RM 1,001 hingga RM 2,000. Seramai 17% pula, pendapatan keluarganya adalah di antara RM 2,001 hingga RM 3,000. Bagi pendapatan keluarga yang melebihi RM 3,000 jumlah peratusannya adalah sebanyak 12%.

Maklumat Kediaman Sewa

Page 11: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

105

Dalam Program Lawatan Muhibah ini, kunjungan telah dibuat ke atas buah jenis kediaman iaitu rumah pangsa (Pangsapuri Idaman, Pangsapuri Pauh Damai dan Pangsapuri Pauh Indah) dan rumah teres (Taman Sutera). Jadual 3 menunjukkan maklumat ringkas berkaitan dengan purata isi rumah dan kadar sewa sebulan dan kos yang ditanggung oleh seorang pelajar NR bagi setiap lokasi.

Jadual 3: Ringkasan maklumat berkaitan kediaman sewa mengikut lokasi

Lokasi Kediaman Bilangan penghuni dalam

kediaman (orang) Sewa bulanan untuk satu kediaman (RM)

Kadar purata perbelanjaan seorang pelajar NR untuk bayaran sewa kediaman

sebulan (RM)

Min. Purata Maks. Min. Purata Maks. Min. Purata Maks.

Pangsapuri Idaman

3 6 10 250 300 400 30 57 100

Pangsapuri Pauh Damai

3 6 10 250 300 400 30 53 130

Pangsapuri Pauh Indah

4 5 7 280 300 400 30 56 80

Taman Sutera

6 10 13 600 800 1100 50 75 117

Berdasar soal selidik yang dijalankan dalam lawatan ini didapati 52% daripada pelajar NR yan menyewa di sekitar kawasan Permatang Pauh membayar secara purata sewa bulanan antara RM 300 hingga RM 399. Bayaran sewa yang paling rendah ialah RM 80 sebulan dan yang paling tinggi ialah RM 1000. Rajah 8 menunjukkan taburan peratusan kadar sewa kediaman pelajar NR di kawasan yang dikunjungi dalam Program Lawatan Muhibah. Kadar sewa yang terendah (RM 30 seorang sebulan) adalah di kediaman jenis rumah pangsa iaitu di Pangsapuri Idaman. Manakala kadar sewa yang tertinggi (RM 117 seorang sebulan) adalah jenis rumah teres dua tingkat di Taman Sutera.

RM 200 - 299

9%

≤ RM 199

2%≥ RM 500

11%

RM 400 - 499

26%

RM 300 - 399

52%

Rajah 5: Peratusan pecahan kadar sewa kediaman pelajar NR yang terlibat

dalam soal selidik Program Lawatan Muhibah.

Bilangan pelajar NR yang menghuni di dalam satu kediaman yang disewa paling rendah ialah 3 orang serumah dan yang paling tinggi ialah 13 orang serumah. Bilangan pelajar yang menginap di dalam kediaman sewa bergantung kepada saiz ruang rumah, bilangan bilik dan kadar sewa yang dikenakan. Rajah 9 menunjukkan bilangan penghuni kediaman yang disewa mengikut lokasi. Pangsapuri Idaman dan

Page 12: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

106

Pangsapuri Pauh Damai merupakan kediaman yang memiliki penghuni yang paling minima (3 orang serumah) di sebabkan kadar sewa yang berpatutan, manakala Pangsapuri Pauh Damai pula bilangan yang paling rendah dalam serumah ialah 4 orang. Bagi kediaman Taman Sutera, bilangan penghuni serumah paling rendah ialah 6 orang serumah. Ini disebabkan kadar sewa terendah di Taman Sutera ialah RM 700 sebulan, namun kadar sewa ini masih tinggi jika dibandingkan dengan lokasi yang lain.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Bilangan penghuni dalam satu rumah

Kekera

pan

Pangsapuri Idaman Pangsapuri Pauh Damai

Pangsapuri Pauh Indah Taman Sutera

Rajah 9: Taburan dan kekerapan bilangan penghuni dalam satu rumah mengikut lokasi.

Dalam aspek kemudahan yang dimiliki sama ada disediakan oleh tuan rumah atau dibeli sendiri oleh pelajar adalah berbeza-beza. Dalam soal selidik ini pelajar NR ditanyakan peralatan atau kemudahan yang ada di kediaman rumah sewa mereka. Rajah 10 menunjukkan peratusan jenis-jenis kemudahan / peralatan yang ada di kediaman sewa pelajar-pelajar NR. Berdasarkan Program Lawatan Muhibah ini, didapati 12% sahaja kediaman pelajar NR yang mempunyai semua lima kemudahan yang ditanya dalam soal selidik ini.

Katil / Tilam

20%

Mesin Basuh

14%

Dapur

16%

Televisyen

27%

Lan-lain

23%

Rajah 10: Pecahan peratusan kemudahan atau peralatan

di kediaman sewa pelajar-pelajar NR.

Tahap kepuasan atau keselesaan pelajar NR terhadap kediaman sewa mereka turut ditanya dalam soal selidik ini. Didapati 48% daripada mereka berpendapat keadaan kediaman mereka adalah memuaskan, manakala 27% pula berpendapat

Page 13: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

107

keadaan kediaman mereka adalah baik. Hanya 11% berasa keadaan kediaman sewa mereka tidak memuaskan dan 2% menyatakan kediaman sewa mereka dalam keadaan sangat tidak memuaskan. Seramai 12% pelajar NR yang menyatakan bahawa keadaan atau keselesaan kediaman sewa mereka adalah sangat baik. Apabila pelajar NR diminta memberi komentar atau cadangan dalam soal selidik yang dikemukakan, didapati 15% daripada pelajar NR yang ditemui memberi maklum balas pelbagai isu berkaitan dengan kediaman rumah sewa mereka. Antara perkara yang dinyatakan ialah kos sewa kediaman yang mahal, kelengkapan rumah yang tidak mencukupi, sikap tuan rumah yang tidak memperbaiki kerosakan atau tidak ambil peduli, jiran tertangga yang menimbulkan masalah, sistem keselamatan kawasan kediaman yang tidak mesra pelajar, tempat letak kenderaan yang terhad di kawasan kediaman dan kes kecurian yang kerap berlaku serta kediaman yang tidak dilengkapi elemen keselamatan seperti ketiadaan gril pintu dan tingkap.

Pengangkutan

Kebanyakkan pelajar NR menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang disediakan oleh pihak universiti. Hampir 65% daripada pelajar NR menggunakan pengangkutan sendiri iaitu 20% kereta dan 45% motorsikal untuk ke kampus. Hanya 27% pelajar NR menggunakan perkhidmatan kenderaan universiti. Bagi pelajar NR yang tinggal di kediaman sewa yang hampir dengan kampus, mereka hanya berjalan kaki sahaja. Manakala mereka yang tinggal kawasan yang tidak dilalui oleh kenderaan universiti terpaksa menggunakan kenderaan awam untuk ke kampus. Rajah 11 menunjukkan pecahan peratusan jenis pengangkutan yang digunakan oleh pelajar NR untuk ke kampus. Seramai 19% daripada Pelajar NR yang menggunakan kenderaan universiti berpendapat perkhidmatan yang disediakan adalah baik, manakala 56% lagi menyatakan perkhidmatan tersebut adalah memuaskan. Namun ada juga pelajar NR yang menyatakan perkhidmatan kenderaan universiti tidak memuaskan (18%) dan sangat tidak memuaskan (7%).

Bas Awam

5%

Jalan Kaki

3%

Motorsikal

45%

Kereta

20%

Bas UiTM

27%

Rajah 10: Pecahan peratusan jenis pengangkutan yang digunakan oleh

pelajar-pelajar NR untuk berulang-alik ke kampus.

Apabila pelajar NR diminta memberi komentar atau cadangan dalam soal selidik yang dikemukakan, didapati 18% daripada pelajar NR yang ditemui memberi maklum balas berkaitan dengan tempat letak kenderaan yang terhad di kampus dan juga kediaman mereka, sticker kenderaan di kawasan kediaman mereka yang sukar diperolehi dan mahal harganya, larangan membawa masuk kenderaan di dalam persekitaran kampus, perkhidmatan kenderaan universiti yang tidak konsisten, laluan masuk kedua di kampus dan keselamatan kenderaan yang mereka miliki.

Page 14: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

108

Perbelanjaan makanan

Kebanyakkan pelajar NR adalah terdiri daripada pelajar diperingkat pengajian Diploma yang mendapat bantuan makanan sebanyak RM 4.00 sehari. Bagi pelajar NR di peringkat pengajian Sarjana Muda tidak diberi sebarang bantuan makanan. Secara purata perbelanjaan makanan pelajar NR dalam sehari adalah RM 9.30. Perbelanjaan makanan miniman sehari adalah RM 4.00 dan yang paling tinggi (maksima) pula ialah RM 20.00 sehari. Apabila pelajar NR diminta memberi komentar atau cadangan dalam soal selidik yang dikemukakan, didapati 24% daripada pelajar NR yang ditemui memberi maklum balas berkaitan dengan bantuan makanan dan juga isu tahap penyediaan dan kebersihan serta mutu makanan di kafeteria universiti. Isu bantuan makanan banyak diperkatakan oleh pelajar NR kerana mereka berpandangan nilai bantuan RM 4.00 sehari adalah tidak mencukupi dengan kos sara diri yang semakin meningkat pada masa kini. Bagi pelajar NR diperingkat pengajian Sarjana Muda pula mempertikaikan tindakan atau polisi universiti yang tidak memberi bantuan makanan kepada mereka.

CABARAN

Dalam mengurus dan mengendalikan kemudahan kediaman pelajar NR, UPLK menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Di peringkat awal, bilangan staf yang ada hanyalah seorang sahaja iaitu Pengurus Asrama. Tugas Pengurus Asrama pula adalah mengtadbir urus dua unit iaitu Unit Kolej Kediaman dan Unit Penempatan Luar Kampus (ULPK) dan ini menyebabkan tumpuan pada ULPK tidak dapat diberi perhatian yang sewajarnya. Kemudian barulah UPLK berkembang dengan pertambahan dua staf sokongan iaitu Penyelia Asrama dan Pembantu Am Pejabat.

Dengan kekuatan tenaga kerja seramai 3 orang sahaja bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal pelajar NR seramai 2400 orang adalah sesuatu yang mencabar namun terpaksa jua dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jika terdapat keperluan untuk menggunakan staf yang ramai, maka UPLK akan meminta bantuan daripada staf Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Unit Kolej Kediaman untuk membantu.

Mengurus dan membantu pelajar diluar waktu pejabat merupakan perkara yang diberi perhatian oleh ULPK. Jesteru, ULPK telah mewujudkan jawatan Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident (PPPNR). Pelantikan PPPNR adalah untuk memberi khidmat kepada pelajar selepas waktu pejabat khususnya dalam hal ehwal kebajikan dan keselamatan yang melibatkan situasi kecemasan. Namun, bilangan PPPNR seramai 3 orang untuk memantau dan membantu pelajar NR yang tinggal di serata lokasi sekitar Permatang Pauh adalah perkara yang begitu mencabar. Jesteru, PPPNR mengambil pendekatan proaktif dengan berinteraksi dan berdialog dengan pemimpin masyarakat setempat serta dengan pihak berkuasa khususnya dengan pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Agama Negeri Pulau Pinang.

Usaha mendekati dan memahami pelajar NR dilakukan melalui perwakilan

pelajar yang dipilih dan dilantik membentuk sebuah organisasi yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non-Resident (JPPNR). Fungsi JPPNR sebagai perantara antara pihak pengurusan dan pelajar NR adalah sangat penting kerana penerimaan pelajar NR di kalangan rakan sebaya lebih berkesan dalam aspek memberi nasihat dan bimbingan serta memahami masalah yang mereka hadapi.

Page 15: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

109

Kepimpinan JPPNR harus memahami tanggungjawab dan peranan mereka untuk membantu pihak universiti bagi mengendalikan rakan-rakan pelajar NR mereka serta menjaga nama dan imej universiti.

Keberkesanan pengurusan dan pemantauan pelajar-pelajar NR tidak akan

berjaya tanpa kerjasama masyarakat di luar. Pelajar-pelajar NR ini tinggal di dalam masyarakat dan adakalanya mereka alpa atau tidak kisah akan adap dan tatacara hidup bermasyarakat. Sehinggakan terdapat kes-kes yang melibatkan pelajar-pelajar NR dan menyebankan masyarakat di tempat tersebut merasa tidak selesa, seterusnya menyalahkan pihak universiti kerana gagal mengawal selia pelajar-pelajarnya. Jesteru, UPLK telah mangatur dan manganjurkan perjumpaan atau mesyuarat secara berkala dengan persatuan penduduk atau jawatankuasa rukun tertangga di taman perumahan yang banyak diduduki oleh pelajar UiTMPP.

Kerjasama daripada semua pihak dengan mengambil langkah-langkah proaktif

adalah perlu untuk mengawal dan mengurangkan gejala yang tidak sihat dikalangan pelajar-pelajar NR. Cabaran di sini ialah untuk meminta masyarakat luar bekerjasama dan saling memahami serta mengambil tindakan proaktif. Tindakan menyalahkan pihak universiti tanpa mengambil sebarang langkah-langkah pencegahan dan pembetulan di kawasan kediaman masyarakat tersebut menyukarkan lagi untuk UPLK untuk bertindak secara berkesan. Pihak universiti tidak boleh mengambil tindakan dengan sebarangan kepada pelajar-pelajar NR kerana terikat dengan undang-undang awam. Kerjasama yang erat dengan pihak berkuasa dan persatuan penduduk yang terjalin dapat membantu pihak universiti untuk sama-sama menangani pelajar yang bermasalah.

Program bimbingan dan kempen kesedaran kepada pelajar-pelajar NR sentiasa

diadakan untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dan memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terpelihara. Cabaran di sini pula ialah tentang kehadiran pelajar-pelajar NR terhadap program-program sebegini. Meskipun bilangan pelajar NR adalah ramai, usaha sebegini perlu dilakukan secara berkala dan berperingkat-peringkat. Dalam usia yang masih muda, UPLK menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Perkara yang dibincang di sini hanyalah sebahagian daripada cabaran tersebut. Kerjasama daripada pelbagai pihak banyak membantu melancarkan lagi fungsi dan tanggungjawab UPLK ini. Tunjuk ajar dan bimbingan daripada rakan-rakan sekerja khususnya Unit Kebajikan Non-Resident di UiTM Shah Alam juga banyak membantu.

KESIMPULAN

Peningkatan bilangan kemasukan pelajar ke UiTMPP dari tahun ke setahun telah memberi kesan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk mengurus dan mengendalikan kebajikan pelajar dalam konteks tempat kediaman mereka. Bilangan kemudahan kolej kediaman yang terhad menyebabkan pelajar tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan tinggal menyewa diluar kampus. Peningkatan bilangan pelajar yang menyewa diluar atau lebih dikenali sebagai pelajar non-resident (NR) ini sehingga mencecah bilangannya melebihi 2400 orang memerlukan pihak pengurusan universiti untuk menguruskannya dengan bersistematik. Jesteru, UPLK diwujudkan

Page 16: Pengurusan Kediaman Pelajar Luar Kampus UiTMPP_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

110

bagi memberi fokus kepada pengurusan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar NR di sekitar kawasan Permatang Pauh, Pulau Pinang. Adalah diharapkan perkongsian pengalaman UPLK ini dapat membantu pihak-pihak lain yang mempunyai pelajar-pelajar NR di universiti masing-masing. Perkara yang dilakukan oleh UPLK tidak seperti yang terbaik dan bersesuai dengan persekitaran di tempat lain. Namun begitu, pengalaman yang dilalui oleh UPLK dapat dijadikan sebagai satu panduan. Sebarang cadangan dan pandangan serta komentar adalah amat dialu-alukan demi membantu UPLK untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang diberi.

PENGHARGAAN

Penghargaan ini diberikan kepada Pengarah Kampus Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan di dalam mengendali dan menguruskan pelajar-pelajar non-resident di UiTMPP. Terima kasih juga atas keizinan yang diberi bagi menyediakan kertas kerja ini untuk berkongsi pengalaman UiTMPP di dalam menguruskan kediaman pelajar non-resident. ------- Fairus Bin Muhamad Darus Fakulti Sains Gunaan [email protected] Zainuddin Al-Mansor Kolej Zamrud Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang Fairus Muhamad Darus dan Zainuddin Al-Mansor. 2008. Pengurusan Kemudahan Kediaman Pelajar Luar Kampus: Pengalaman UiTM Pulau Pinang. Dlm. Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008. Ed.: Syed Yusainee Syed Yahya, Fairus Muhamad Darus dan Adnan Omar. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).