pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

11
1.0 Pengenalan Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggung jawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang. Pada asanya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti maupun di institut- institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah. Antara model pengurusan bilik darjah adalah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Disiplin Asertif Canter, Akibat Logical Dreikurs, Pengurusan kelompok Kounin dan Terapi Realiti. Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku oleh Skinner menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif yang mempunyai peranan yang tersendiri. Sebagai rumusan, pengurusan disiplin bilik darjah adalah sangat penting untuk membentuk iklim 1

Upload: epal-hijau

Post on 20-Jan-2016

108 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Page 1: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

1.0 Pengenalan

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas,

peranan dan tanggung jawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak

melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang

juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Sehubungan

dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar

pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan

sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.

Pada asanya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar

dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di

universiti maupun di institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan

dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan

menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar

yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most wonderful

jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru dan

berbeza di bilik darjah.

Antara model pengurusan bilik darjah adalah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.

Skinner, Disiplin Asertif Canter, Akibat Logical Dreikurs, Pengurusan kelompok Kounin dan

Terapi Realiti. Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku oleh Skinner

menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran untuk

meningkatkan tingkah laku.  Terdapat  dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan

peneguhan negatif yang mempunyai peranan yang tersendiri. Sebagai rumusan,

pengurusan disiplin bilik darjah adalah sangat penting untuk membentuk iklim bilik darjah

yang kondusif agar keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dipertingkatkan.

1

Page 2: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

2.0 Tugasan Esei

Senario 1

Cikgu anita adalah seorang guru di sebuah sekolah pinggir Bandar. Beliau menghadapi masalah

tingkah laku pelajar dalam bilik darjahnya. Beliau kecewa kerana pelajarnya tidak pernah

menyambutnya dengan baik apabila dia memasuki kelas. Ada pelajar yang minum air dan ada

juga yang mengemas buku diatas meja dan ada yang masih berbual. Semasa sesi pembelajaran

ada pelajar yang memanggil kawannya, ada yang meninggalkan tempat duduk mereka, bercakap

dengan pelajar lain dan ada juga yang mengedarkan nota. Cikgu Anita menulis nama-nama

pelajar yang bercakap selepas diberikan amaran beberapa kali supaya berhenti bercakap. Dia

telah memberikan amaran dua kali kepada seorang murid lelaki kerana memberikan jawapan

kepada pelajar lain yang telah dipanggil untuk menjawab. Beliau menahan dua murid lelaki yang

menembak bola kertas ke dalam tong sampah dan menyebabkan pelajar-pelajar lain ketawa.

Namun demikian tindakan beliau dan hukuman itu tidak berjaya mengatasi masalah ini.

Senario 2

En. Andy mengambil berat mengenai dua orang muridnya Danish yang jarang menyiapkan

kerjanya walaupun en. Andy membantunya untuk memahami pelajaran yang diajar. Sebaliknya

Ani dapat menyiapkan kerjanya tetapi seringkali menggangu pelajar lain. En. Andy berusaha

untuk menyelasaikan masalah ini dengan memindahkan meja Danish dekat dengan mejanya

supaya Danish dapat menyiapkan kerja yang diberi. Ani seringkali tidak mengendahkan apa yang

dicakap oleh gurunya dan dia akan tersengih setiap kali ditegur. Dia juga sering melakukan

perkara yang menjengkelkan dan menyebabkan orang lain ketawa. Cikgu Andy telah beberapa

kali memindahkan meja Ani jauh dari kawan- kawannya namun Ani tidak berubah sikap dan

menganggu pelajar lain.

Berdasarkannscenario diatas, analisis kedua-dua kajian tersebut. Kenal pasti dan

bincangkan cabaran dan tingkah laku dan pengurusan bilik darjah yang dihadapi oleh guru.

Nilaikan keberkesanan strategi pengurusan disiplin di kalangan guru dalam kedua-dua kes.

Berikan hujah-hujah dan cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah dengan merujuk

kepada model- model disiplin bilik darjay yang sesuai.

2

Page 3: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

2.1 Penyelasaian Masalah Senario 1

Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh cikgu Anita, beliau boleh

mengunakan model pengurusan bilik darjah iaitu disiplin Asertif Canter untuk menghadapi

masalah pelajar- pelajar dalam kelas. Disiplin Asertif ini telah diusulkan oleh Lee dan

Marlene Canter apabila mereka mendapati ramai guru kurang berdaya mengawal tingkah

laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik darjah. Dalam hal ini , cikgu Anita boleh

menberikan arahan yang tegas, jelas dan ringkas dalam menangani murid-murid dalam

kelas. Contohnya sebelum masuk kelas, pastikan semua pelajar berdiri dan memberikan

salam hormat kepada guru dan harus dilakukan sekali lagi sekiranya murid- murid tidak

memberikan perhatian. Selain itu, cikgu Anita haruslah mengambil pendekatan dengan

murid adalah bukan musuh dan tidak boleh menggunakan gaya dan bahasa yang kasar ,

menyindir, menghina dam marah kepada murid. Hal ini akan menimbulkan kebencian

murid dan mereka akan tidak berminat untuk belajar subjek yang diajar oleh cikgu Anita.

Selain itu, cikgu anita harus percaya bahawa bilik darjah di bawah kawalan guru yang

tegas adalah yang terbaik untuk murid- murid. Dalam hal ini, sikap kurang tegas akan

menyebabkan murid- murid dalam kelas akan sambil lewa dan tidak menumpuhkan

perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Model ini juga melibatkan

ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan

bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).  Canter menekankan

tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu

untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru

adalah mengajar tanpa gangguan.

Dalam hal ini, cikgu Anita harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang

membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk

belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku.

Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan

tegas dalam menetapkan peraturan. Oleh itu, cikgu Anita haruslah yakin dalam

menjalankan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas dengan memastikan semuanya

dalam keadaan yang terkawal. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan

berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan

pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala

tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid

3

Page 4: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

lain untuk belajar dengan selesa. Sebagai seorang guru yang bijak , cikgu Antia harus

menyuruh murid menyalin peraturan bilik darjah dan kemudian menyuruh mereka

membawa balik ke rumah untuk ditandatangani oleh ibu bapa mereka dan sekiranya

berlaku tingkah laku yang tidak diingini, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah

dengan serta merta. tindakan seperti ini dapat membantu cikgu anita mengawal kelas

dengan baik dan suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan.

Selain model disiplin Asertif Canter, cikgu Anita juga boleh menggunakan model

Akibat Logikal Dreikurs ( Logical Concequences Dreikurs ) dimana cikgu Anita haruslah

memahami punca masalah tingkah laku murid dalam kelasnya dengan menyelidiki latar

belakang mereka. Mengikut Dreikurs, murid yang bertingkah laku laku disebabkan

kekurangan keperluan kepunyaan dalaman, dan memberi sumbangan kepada sesuatu

kumpulan sosial yang berinteraksi dengannya. Untuk memenuhi kekurangan ini, murid

akan menggunakan tingkah laku yang tidak diingini untuk mencapai matlamatnya. oleh itu ,

cikgu Anita harus mengenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang

ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid

bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik

tingkah lakunya agar murid sedar akan kesalahan yang dilakukan.

Seterusnya, cikgu Anita juga boleh menggunakan Model Pengurusan Kelompok

Kounin. Model ini  telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik

darjah iaitu Jacob Kounin. Dalam hal ini, cikgu Anita harus sedar seorang murid yang

melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang

berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect).

Oleh itu, cikgu Anita harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah

dalam setiap masa bagi memastikan semua murid mematuhi arahan yang telah diberikan.

4

Page 5: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

2.2 Penyelasaian Masalah Senario 2

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh en. Andy, beliau boleh mengaplikasikan

model Modifikasi Tingkah Laku yang dipelopori oleh Skinner dalam menyelasaikan

masalah dua orang muridnya iaitu Danish dan Ani. Model ini menggunakan prinsip

peneguhan yang mengutamakan elemen- elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku. 

Terdapat  dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Untuk menyelasaikan masalah Danish yang jarang menyiapkan kerjanya walaupun

sering dibantu oleh gurunya, en. Andy boleh mengunakan peneguhan positif iaitu berlaku

apabila rangsangan, seperti hadiah, pujian dan sokongan di atas apa yang dilakukan.

Dalam hal ini, en. Andy boleh memberikan hadiah atau pujian bagi meningkatkan lagi

motivasi Danish untuk terus belajar dan membuat kerja yang disuruh selain menghargai

usahanya walaupun sedikit. Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah laku

murid yang diingini. Untuk menangani masalah Ani pula, en. Andy boleh menggunakan

kaedah peneguhan  negatif iaitu berlaku apabila rangsangan yang lebih keras diberi.

Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tingkah laku pelajar.

Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya menyiapkan kerja rumah, akhirnya

pelajar menyiapkan kerja yang diberi. 

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan

berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif

yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Contohnya, Pelajar membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada

pelajar. Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas. Pembentukan tingkah laku boleh

dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu

tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Walaubagaimanapun, dendaan hanya memberikan

kesan dalam tempoh yang singkat sahaja , selepas itu tingkahlaku yang tidak diingini akan

berulang semula. Murid yang didenda kerana tidak boleh menguasai sesetengah

kemahiran dalam matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap

pembelajara matematik.

5

Page 6: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

Selain itu, model Disiplin Asertif Canter juga boleh digunakan oleh en. Andy dalam

menyelasaikan masalah muridnya iaitu Ani yang suka menganggu pelajar lain. Dalam hal

ini, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan

lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru

perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku

yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi

murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus

jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan.

En. Andy haruslah tegas dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dalam

kelas dengan memastikan semua murid mematuhi peraturan bilik darjah yang telah

dibincangkan bersama dengan ibu bapa murid dan haruslah mengambil tindakan serta

mertasekiranya terdapat mana- mana murid yang melakukan kesalahan mengikut

peraturan bilik darjah. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku

adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan

pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala

tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid

lain untuk belajar dengan selesa.

Bagi masalah Danish pula, en. Andy boleh menggunakan model Akibat Logikal

Dreikurs ( Logical Consequences Dreikurs ) dimana beliau haruslah menyelidiki tentang

latar belakang danish iaitu, tentang pekerjaan ibu bapa Danish, bilangan adik- beradik, dan

dimana muridnya tinggal dan minta laporan pihak hospital sama ada Danish menghadapi

masalah “Slow learner “ ataupun tidak. Hal ini sangat penting agar en. Andy boleh memilih

kaedah pengajaran yang sesuai berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi. Aspek-

aspek ini harus diambil perhatian yang serius kerana ia mampu mempengaruhi

perkembangan murid sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Selain itu,

en. Andy juga boleh bertanya terus tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya dan guru

boleh berbincang terus dengan ibu bapa pelajar tentang bagaimana cara menangani

masah tersebut.

6

Page 7: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa untuk

mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Oleh itu, dalam hal ini en.

Andy haruslah mengambil satu masa yang sesuai untuk mengenal pasti punca tingkah laku

Danish dan Ani dalam kelas seterusnya perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. En.

Andy juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan

dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Suasana kelas

yang menarik dan kondusif dapat menarik perhatian murid untuk belajar.

Selain itu, en. Andy harus mempertingkatkan cara penyoalan dan

mengadakan perbincangan dengan murid-murid mengenai sesuatu tajuk yang berkaitan

dengan tugasan. Contohnya dalam mata pelajaran kajian tempatan dimana en. Andy

berbincang dengan murid mengenai punca- punca berlakunya tanah runtuh. En. Andy juga

boleh membawa murid- muridnya ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam

orang yang menyelia mereka. Ini bagi menimbulkan lagi minat murid untuk belajar selain

dapat merasai pengalaman terus mengenai sesuatu tajuk, sebagai contoh kelas kajian d

tempatan dimana en. Andy membawa muridnya di kawasan tanah runtuh dan membuat

pemerhatian mengenai tugasan mereka.

7

Page 8: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

3.0 Rumusan

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak

bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru

yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid.

Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu

memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat

pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah

dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk

menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang

ampuh dalam membentuk disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan

peranan penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup

murid tersebut. Sekian

8

Page 9: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

4.0 Rujukan

Akhlar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah

Laku. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd,

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah

Laku , Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd, Shah Alam

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Izajah

Sarjana Muda Perguruan, Kuala Lumpur: Edisi Kedua, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam

Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis.

Kuala Lumpur:

Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS Professional , Plublishing Sdn.

Bhd

Mok Soon Sang. ( 2011 ). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd,.Puchong

Maklumat daripada internet :http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-

_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf : Dilayari pada 25 March 2014

9