pengudaraan

35

Upload: ramu-velusamy

Post on 13-Jun-2015

8.557 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

natural vantilation notes

TRANSCRIPT

Page 1: pengudaraan
Page 2: pengudaraan

SISTEM PENGUDARAAN DALAM BANGUNAN

TAKRIF: peredaran udara ialah satu proses pertukaran udara dari ruang-ruang yang terdapat dalam bangunan.

FUNGSI PENGUDARAAN Pengudaraan berfungsi menentukan tahap kesihatan, keselesaan terma dan penyejukan struktur bangunan. Keutamaan dalam memenuhi ketiga-tiga fungsi ini bergantung kepada keadaan iklim setempat. Untuk memenuhi ketiga-tiga fungsi, ia perlu melibatkan rekabentuk secara terperinci.

 

Page 3: pengudaraan

Kesihatan

•Mengekal kebersihan / kualiti udara di dalam ruang•Menyediakan oksigen secukupnya untuk pernafasan, memasak dan melakukan berbagai aktiviti•Mencegah peningkatan karbon dioksida yang tinggi dan bau yang tidak menyenangkan•Mengawal pembuangan wap air dalam ruang bilik air, dapur dan sebagainya•Pembuangan produk pembakaran dan pernafasan / respirasi•Keberkesanan proses pengudaraan yang bergantung kepada jenis penghunian, jumlah dan jenis aktiviti•Bau yang tidak diingini seperti bau badan, makanan, rokok dan sebagainya dikurangkan kesannya menerusi pencairan

Page 4: pengudaraan

Keselesaan Terma 

•Meningkatkan kehilangan haba daripada badan dan mencegah ketidakselesaan oleh kelembapan dan kelekitan kulit

•Menyediakan keadaan yang selesa di dalam bangunan yang merangkumi pencegahan ketidakselesaan oleh kelekitan kulit

•Keperluan kadar alir angin (rate of flow) yang tinggi

•Meningkatkan kelajuan angin pada zon taburan tidak sekata

•Menambahkan kehilangan haba secara perolakan

•Mempercepatkan proses sejatan

•Menentukan perincian rekabentuk dari aspek geometri ruang dan lokasi bukaan untuk mempengaruhi kadar aliran angin dalam bangunan

•Meningkatkan kelajuan udara pada ruang yang bersuhu tinggi untuk memperolehi keselesaan terma

 

Page 5: pengudaraan
Page 6: pengudaraan

SISTEM PENGUDARAAN SEMULAJADI

DEFINISI: ialah satu proses pertukaran udara dalam bangunan tanpa bantuan kipas.

Pengudaraan semulajadi berlaku secara dua cara:

1.Perbezaan tekanan2.Perbezaan suhu.

PERBEZAAN TEKANAN•Udara bergerak daripada tekanan tinggi kepada tekanan rendah. Kelajuan pergerakan udara bergantung kepada besar kecilnya perbezaan tekanan antara tekanan tinggi dengan tekanan rendah. •Pengudaraan jenis ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu. a)Pengudaraan tingkapb)Pengudaraan bumbungc)Pengudaraan dinding.

Page 7: pengudaraan
Page 8: pengudaraan

PENGUDARAAN TINGKAP

•Tingkap adalah satu-satunya cara bagi mendapatkan pengudaraan semulajadi. Rekabentuknya dari segi bentuk, kedudukan, saiz dan bilangan tingkap akan menentukan kesan pengudaraan.•Sebaik-baiknya tingkap perlu ditempatkan pada semua bahagian dinding bangunan.

Page 9: pengudaraan

PENGUDARAAN PADA BUMBUNG

•Pembukaan boleh juga dibuat pada bumbung untuk membolehkan/ memerangkap angin masuk.

Page 10: pengudaraan

PENGUDARAAN MELALUI DINDING

•Pengudaran ini diperolehi dengan cara membuat bukaan pada dinding tersebut seperti mengadakan ram tetap ( fixed louvred), bata rongga dan unjuran dindidng.

• Kesemua bukaan ini membolehkan angin masuk ke dalam ruang melalui kesan tekanan angin ( wind Effect)

Page 11: pengudaraan

PERBEZAAN SUHU ( KESAN STACK)

•Pergerakan udara berlaku disebabkan oleh keasn stack. Kesan ini wujud apabila berlaku perbezaan suhu udara di dalam dan diluar banguanan. Udara panas didalam bangunan akan naik keatas dan akan diganti dengan udara sejuk dari luar. •Kadar pergerakan udara ini bergantung kepada :

1. Perbezaan suhu2. Ketinggian ruang3. Saiz dan kedudukan bukaan masuk udara.

Page 12: pengudaraan

KEBAIKAN PENGUDARAAN SEMULAJADI

• Jimat. Tidak menggunakan kos dan tenaga • Senyap . Tidak berbunyi bising

KELEMAHAN PENGUDARAAN SEMULAJDI

• Pergerakan udara sukar dikawal. Perbezaan tekanan dan suhu sentiasa berubah ubah didalam bangunan. Bangunan tinggi tiupan angin adalah terlalu tinggi. •Suhu sukar dikawal. •Kadar kelembapan udara tidak dapat dikawal•Pergerakan udara tidak menyeluruh

Page 13: pengudaraan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PERTUKARAN UDARA.

1.KEDUDUKAN TINGKAP DAN LUBANG PERMUKAAN

2.SUSUNAN PERABOT DALAM BILIK

3.SUHU

4.KELEMBAPAN UDARA

5.KEBERSIHAN UDARA

PARAS TIDURPARAS BERDIRIPARAS YANG LEBIH TINGGI

PARAS TIDURPARAS BERDIRIPARAS YANG LEBIH TINGGI

Page 14: pengudaraan

1. KEDUDUKAN TINGKAP DAN LUBANG PERMUKAAN

Page 15: pengudaraan

1. SUSUNAN PERABOT DALAM BILIK

Page 16: pengudaraan

MASALAH YANG DIHADAPI DALAM SISTEM PEREDARAN UDARA

•ANGIN SEDUT KE BAWAH

Page 17: pengudaraan

•ANGIN SELARI

Page 18: pengudaraan

Faktor-faktor yang mempengaruhi aliran angin di dalam bangunan

1.Orientasi Anggaran arah dan kelajuan angin boleh diperolehi dari jadual angin / iklim tempatan. Halakan bukaan utama / terbesar ke arah angin utama. Angin datang dari arah oblik (45) berupaya menambah kelajuan dan memberi taburan yang lebih sekata di dalam bangunan daripada arah tegak (90)

Page 19: pengudaraan

2. Halangan-halangan di luarKelajuan angin akan meningkat sekiranya ada halangan (kesan terowong)

Page 20: pengudaraan

3. Pengudaraan rentasSekiranya tiada bukaan keluar atau terdapat sekatan yang penuh, aliran angin tidak akan terbentuk. Oleh itu bukaan keluar perlu disediakan

Page 21: pengudaraan

4. Lokasi bukaan Bukaan mestilah dapat mengalirkan angin ke arah badan (living zon) pada ketinggian + 2 m. sekiranya bukaan masuk terletak pada bahagian atas dinding, aliran angin akan menghala ke atas. Sekiranya bukaan masuk terletak rendah di bahagian bawah dinding, aliran angin menghala ke lantai. Bukaan eloklah berada di bahagian tengah dinding agar aliran selari dengan aliran angin di luar

Page 22: pengudaraan

5. Saiz bukaan Kelajuan yang tinggi dapat dihasilkan dengan merekabentuk bukaan masuk kecil dan bukaan keluar besar (kesan venturi). Sekiranya bukaan masuk lebih besar, kelajuan menjadi kurang, tetapi corak aliran lebih sekata (aliran keseluruh ruang)

Page 23: pengudaraan

6. Kawalan bukaan Aliran angin di dalam ruang dipengaruhi oleh adanya unjuran, alat peneduhan luaran dan dalaman seperti yang ditunjukkan

Page 24: pengudaraan

7. Kesan Tingkat / terowong  Dipengaruhi oleh kuasa terma, berlaku apabila terdapat perbezaan suhu yang besar antara udara di dalam dan di luar bangunanSekiranya terdapat tingkap atau bukaan, udara panas naik dan keluar menerusi bukaan di atasUdara sejuk akan masuk dari bawah menggantikan kekosongan yang terbentuk (sama prinsipnya dengan kejadian angin)Proses ini berlaku dan membentuk aliran masuk dan keluar secara semulajadi

Page 25: pengudaraan

MECHANICAL VENTILATION SYSTEM

Page 26: pengudaraan

Pengudaraan mekanikal merupakan satu proses pertukaran udara dalam bangunan menggunakan bantuan jentera.

SEBAB KEPERLUAN PENGUDARAAN MEKANIKAL:

1.Sukar mendapatkan kuantiti, kualiti dan kawalan pengudaraan yang baik. cth. Wayang, kilang dan sebagainya

2.Mengendalai dan mengawal persekitaran dalaman

3.Untuk menentukan udara yang cukup didalam ruang

4.Mengeluarkan haba yang berlebihan.

Page 28: pengudaraan

1. Alir masuk semulajadi dengan alir keluar berjentera

• Udara masuk ke dalam bangunan dengan sendiri dan dipaksa keluar dengan pengunakan kipas. Kipas-kipas ini dipasang di bumbung, diding dan tingkap. Sesuai digunakan di kilang, bilik dapur, makmal dan bilik air.

2. Alir masuk berjentera dengan alir keluar semulajadi

• Udara akan masuk dengan mengunakan kipas. Udara dipaksa keluar dengan sendiri. Bukaan diletakkan di paras bawah. Sesuai untuk kilang-kilang kecil, pejabat dan rumah dandang.

3. Alir masuk dan keluar berjentera• Cara ini dapat mengawal kelajuan peredaran udara, tekanan udara. Penapis udara diguanakn untuk memastikan kebersihan udara. Sesuai

digunakan di pawagam, bilik tari, restoran dan bangunan besar.

Page 29: pengudaraan

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PEREDARAN UDARA BERJENTERA

KEBAIKAN1.Peredaran udara dapat dikawal2.Udara segar boleh ditapis3.Keadaan lebih selesa4.Sesuai untuk bilik sever

KELEMAHAN1.Kos penggunaanya mahal2.Bunyi bising

Page 30: pengudaraan

FAKTOR PERMILIHAN KE ATAS PENGGUNAAN SISTEM GANTIAN UDARA BERJENTERA

1.Ketidakupayaan gantian udara semulajadi •Bilik yang terdapat dibawah tanah pada kebisaanya tidak akan mendapat pergerakan udara secara optimum. Dengan itu jentera perlu digunakan untuk mendapatkan pergerakan udara.2.Ruang-ruang yang sesak• Ruang seperti dewan perhimpunan, bilik darjah dan dapur selalu sesak dengan orang. Udara cepat menjadi kotor atau panas. Pergerakan udara yang perlahan akan menjadikan ketidakselesaan bagi , manusia. Udaran berjentera diperlukan untuk bekalan oksigen, mengawal kenaikan suhu , haba atau kelembapan dan memelihara kebersihan udara.3.Mengeluarkan udara kotor lagi merbahaya.•Gas-gas yang berbahaya seperti karbon dikoksida perlu dikeluarkan secara segera. Ia akan menganggu kesihatan. Bilik makmal biasanya memerlukan kipas penyedut untuk megelurkan gas bahaya.4.Mengeluarkan bauan•Kawasan yang ramai pengunaa seperti tandas, dewan dan restoran perlu mengeluarkan bau. Kebersihan udara disitu perlu dijaga.

Page 31: pengudaraan

5. Bangunan Tinggi• Pengunaan pengudaraan semulajadi tidak sesuai untuk bangunan tinggi. Tiupan angin yang kuat mendatangkan masalah kepada penghuni. Oleh itu tingkap perlu ditutup dan penyaman udara diperlukan

6.Kawasan yang sukar mendapat angin

7. Lebihan haba dari semua arah ( pulau panas)

8. Kawalan udara dan suhu

9. Kenaikan taraf hidup

Page 33: pengudaraan

2. ) air-conditioner

Window Air Conditioning System

Split Air Conditioner System

Page 34: pengudaraan

Packaged Air Conditioners

Central Air System

Page 35: pengudaraan