pengubah
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Pengubah
1/3
Pengubah
Binaan Asas Pengubah.
Binaan asas pengubah terdiri daripada sebuah teras yang dililit dengan dua belitan
pengalir, seperti yang ditunjukkan di sebelah. Belitan-belitan ini masing-masing
mempunyai fungsi dan bilangan lilitan tertentu.
Bahagian teras dililitoleh pengalir kuprum berpenebat dengan bilangan lilitan tertentu.
Nama dan jenis pengubah bergantung kepada bilangan belitan pengalir kuprum
tersebut dibuat dan jenis teras yang digunakan.
Teras.
Teras diperbuat daripada kepingan-kepingan keluli silikon yang ditebat diantara satu
sama lain. Ketebalan setiap kepingan biasanya adalah antara 1 mm hingga 5 mm. Di
samping tahan lasak, kepingan keluli silikon mempunyai sifat histerisis yang rendah
bagi mengurangkan kehilangan kuasa. Teras dibuat berlapis-lapis untuk mengelakkan
kehilangan kuasa yang disebabkan oleh arus pusar.
http://asyyshafiesmtmt.blogspot.com/2009/07/pengubah.htmlhttp://tbn2.google.com/images?q=tbn:sL96eZYhzYiQbM:http://www.sayedsaad.com/fundmental/19_TRANSFORMERS%20_files/image003.gifhttp://asyyshafiesmtmt.blogspot.com/2009/07/pengubah.html -
7/29/2019 Pengubah
2/3
Teras dibuat mengikut bentuk tertentu bagi mengurangkan lesapan kuasa. Bentuk
utama teras yang lazim digunakan ialah bentuk kelompang (E-I) dan bentuk tingkap (U-
I) seperti ditunjukkan di bawah. Walau bagaimanapun, pemilihan jenis dan bentuk teras
adalah bergantung kepada penggunaan pengubah.
Bentuk kelompang (E-I).
Bentuk tingkap (U-I).
Belitan.
Binaan asas pengubah terdiri daripada dua belitan yang dililit pada teras. Belitan yang
disambung ke punca voltan dinamai belitan utama dan digunakan untuk menyalur
masuk tenaga elektrik kepada pengubah. Belitan yang disambung ke litar beban
dinamai belitan sekunder dan digunakan untuk menyalur keluar tenaga elektrik dari
pengubah. Terdapat juga pengubah yang mempunyai hanya satu belitan iaitu auto-
pengubah. Bahagian sekunder auto-pengubah diambil sebahagian daripada belitan
utama.
http://tbn3.google.com/images?q=tbn:LudvQ-2C0bh8nM:http://img-asia.electrocomponents.com/images/RD213450-01.jpg -
7/29/2019 Pengubah
3/3
Contoh Auto-pengubah.
Terdapat pelbagai kaedah belitan, antaranya termasuklah belitan sepusat dan belitan
apit.
Keratan rentas jenis belitan pengubah.
http://tbn0.google.com/images?q=tbn:aCLwK6b8PhgB7M:http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/6/64/Transformer3d_col3.svg/400px-Transformer3d_col3.svg.pnghttp://tbn0.google.com/images?q=tbn:vjoM1BY-m7o-aM:http://sunelec.com/images/x240.jpghttp://tbn0.google.com/images?q=tbn:aCLwK6b8PhgB7M:http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/6/64/Transformer3d_col3.svg/400px-Transformer3d_col3.svg.pnghttp://tbn0.google.com/images?q=tbn:vjoM1BY-m7o-aM:http://sunelec.com/images/x240.jpg