pengkelasan bumbung

Upload: andrew-tan

Post on 16-Jul-2015

775 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PENGKELASAN BUMBUNG

Bumbung boleh dikelaskan kepadadua kumpulan iaitu :a) Bumbung Rata b) Bumbung Curam

BUMBUNG RATA

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu.Jeriau kayuyang berukuran 50mm tebal dan lebarnya diantara 100mm-300mmdiletakkan menegak pada sisi masing-masing dengan jarak 375mm450mm.Bumbung ini adalah bumbung yang kecerunannya tidakmelebihi 10.

BUMBUNG CURAM

Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasaukayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dansatu lagi ke atas tulang bumbung.Selain dari itu,ia boleh jugadigunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air.Cerunbumbung berubah-ubah dari sudut 10-45 dari garis lintang.

Jenis-jenis bumbung curam:y y y y y Bumbung ganding(couple roof) Bumbung ganding tertutup(closed couple roof) Bumbung simpai(collar roof) Bumbung gulung-gulung(purlin roof) Bumbung pisang sesikat(lean to roof)

Bumbung ganding

Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulangbumbung digandingkan di sebelah atasnya.Biasanya rentangmaksima bagi bumbung ganding ialah 3.5 meter.

Bumbung ganding tertutup

Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat ataugeleger siling.Bumbung ini dapat menaggung beban yang lebih besar dengan rentang maksimum 5.5 meter.

Bumbung simpai

Satu lagi cara untuk mengelakkan kasau dari mengembangialah dengan mengikat kasau ditengahtengah diantara kedua-dua jarak 1/3 tiggi bumbung dari paras atas dinding.Biasanya simpaiberukuran 100mm x 38mm.

Bumbung gulung-gulung

Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mmx50mm tetapi bagibumbung ganding dan simpai saiz ini hanya boleh digunakan untukrentang tidak melebihi 15 kaki.Gulung-gulung ialah kayu yangmelintang dibawah kasau-kasau berukuran 175mmx75mm untukmenumpangnya di antara tulang bumbung dan pelit tembok.

Bumbung pisang sesikat

Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagisesebuah bangunan tetapi merupakan sebahagian kecilsahaja.Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kapada bangunanutama seperti anjung,dapur,verenda dan garaj dengan rentangnyatidak melebihi 2.5meter.

Terminologi Keduda

A : Anggota Atas B : Daya Tumpu C : Anggota Dalaman Condong D : Anggota Dalaman Pugak E : Anggota Bawah F : Nod

JENIS-JENIS SAMBUNGAN

Sambungan adalah satu elemen struktur yang penting untuk memindahkan daya dari satu anggota ke satu anggota yang lain. Antara sambungannya ialah: I. II. III. Sambungan bolt Kimpalan Sambungan skru

Sambungan bolt

Penyambungan anggota struktur keluli tergelek panas biasanya adalah mudah dan ekonomi jika dilakukan dengan sambungan bolt. Oleh itu, sambungan bolt perlu digunakan sebanyak mungkin. Bolt digunakan di dalam pembinaan struktur keluli boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu bolt hitam dan bolt genggam geseran. Bolt hitam banyak digunakan di dalam pembinaan struktur keluli dan kosnya lebih murah berbanding dengan bolt genggam geseran. Gambah rajah menunjukkan jenis bolt yang banyak digunakan sebagai penyambung anggota kekuda bumbung.

SAMBUNGAN KIMPAL

Kimpalan anggota struktur kebanyakannya dilakukan secara elektrik. Elektrik digunakan untuk mencairkan elektrod yang akan digunakan sebagai penyambung di antara dua plat keluli. Semasa proses kimpalan, hujung plat keluli yang terlibat dalam penyambungan juga akan menjadi cair. Terdapat dua jenis sambungan kimpal yang utama iaitu kimpal temu dan kimpal kambi.

SAMBUNGAN SKRU

Sambungan skru jenis self drilling screw pula digunakan untuk menyambung anggota kekuda tergelek sejuk. Skru juga hendaklah menpunyai lapisan perlindungan karat seperti saduran galvaniatau lapisan bersesuaian anti karat dengan ketebalan minimum 10 12mm.