penghargaane

Upload: laitenglow

Post on 06-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

PENGHARGAANMelalui peluang keemasan ini, tiga ahli kumpulan kami dari unit 6 PISMP Pendidikan Seni Visual SJK(C) ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberi bantuan kepada kami dalam sepanjang tempoh menyiapkan portfolio Ko-kurikulim-Persatuan (WAJ3131). Bersyukur kepada Tuhan, kami dapat siapkan kerja kursus bagi subjek Sukan Permainan ini dengan jayanya dan dapat dihantar dalam masa yang ditetapkan. Pertama sekali, kami juga ingin meluahkan penghargaan kami kepada pensyarah saya iaitu En. Abdullah Bin Mohamad yang tidak jemu membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kumpulan kami sehingga tersiapnya tugasan ini.Tidak lupa juga kami berikan penghargaan dan terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu kami dalam hal kewangan dan tenaga untuk membantu kami menyiapkan tugasan ini. Kumpulan kami turut ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan tidak jemu dalam memberi tunjuk ajar.Tugasan ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi kami. Kami berharap pencapaian kumpulan kami dalam mata pelajaran ini akan bertambah baik. Semoga tugasan seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi kami dalam menjayakan tugasan tersebut.Akhir kata, sekali lagi kumpulan kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam tugasan ini. Kami ingin meminta maaf seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam tugasan ini. Sekian, terima kasih.