penghargaan.docx

11
PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi . Bersyukur kepada Allah kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin dan tepat pada masa yang ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat membantu dalam menyelesaikan tugasan ini terutamanya pensyarah dan rakan-rakan sekelas Matematik 1 yang banyak membantu memberikan idea dan pandangan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah iaitu Encik Asbullah yang banyak membantu memberikan tunjuk ajar kepada kami.Penerangan dan tunjuk ajar beliau semasa sesi interaksi telah banyak memberi maklumat tentang tugasan dan membuka jalan untuk kami memulakan langkah melaksanakan tugasan ini. Panduan dan tunjuk ajar oleh beliau tentang apa yang perlu dilaksanakan adalah sesuatu yang amat berharga sebagai langkah memudahkan kami mencari idea dan sebagainya. Segala ilmu yang dicurahkan dan nasihat yang diberikan sentiasa menjadi panduan untuk kami berdua memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.Meskipun,agak sukar bagi kami serta kurangnya pengetahuan tentang pembinaan JSU yang sebenar, namun kami bertekad untuk membuat yang terbaik mengikut spesifikasi tugasan tersebut. Di samping itu juga tidak lupa saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugasan ini. Terima kasih kepada pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad, Pokok Sena di atas kerjasama sepanjang kami melaksanakan tugasan ini khususnya semasa pelaksanaan Ujian Pentaksiran yang lalu.Kerjasama mereka amatlah dihargai selain maklumat yang begitu berharga kami perolehi sepanjang menjayakan tugasan ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada suami dan anak-anak yang cuku memahami dan sentiasa memberi dorongan dalam melaksanakan tugasan ini.Dorongan yang diberikan telah menguatkan semangat kami berdua secara tidak langsung dalam menyiapkan pelbagai tugasan yang lain.Komitmen terhadap tugasan lain tidak menghalang kami menyelesaikan

Upload: nur-afiqah-bt-zulkafli

Post on 12-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHARGAAN.docx

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi . Bersyukur kepada Allah kepada Allah

s.w.t. kerana dengan izin-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan sebaik

mungkin dan tepat pada masa yang ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua

pihak yang terlibat membantu dalam menyelesaikan tugasan ini terutamanya

pensyarah dan rakan-rakan sekelas Matematik 1 yang banyak membantu memberikan

idea dan pandangan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah iaitu

Encik Asbullah yang banyak membantu memberikan tunjuk ajar kepada

kami.Penerangan dan tunjuk ajar beliau semasa sesi interaksi telah banyak memberi

maklumat tentang tugasan dan membuka jalan untuk kami memulakan langkah

melaksanakan tugasan ini.

Panduan dan tunjuk ajar oleh beliau tentang apa yang perlu dilaksanakan adalah

sesuatu yang amat berharga sebagai langkah memudahkan kami mencari idea dan

sebagainya. Segala ilmu yang dicurahkan dan nasihat yang diberikan sentiasa menjadi

panduan untuk kami berdua memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke

semasa.Meskipun,agak sukar bagi kami serta kurangnya pengetahuan tentang

pembinaan JSU yang sebenar, namun kami bertekad untuk membuat yang terbaik

mengikut spesifikasi tugasan tersebut.

Di samping itu juga tidak lupa saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-

pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan

tugasan ini. Terima kasih kepada pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Wan Abdul

Samad, Pokok Sena di atas kerjasama sepanjang kami melaksanakan tugasan ini

khususnya semasa pelaksanaan Ujian Pentaksiran yang lalu.Kerjasama mereka

amatlah dihargai selain maklumat yang begitu berharga kami perolehi sepanjang

menjayakan tugasan ini.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada suami dan anak-anak yang cuku

memahami dan sentiasa memberi dorongan dalam melaksanakan tugasan

ini.Dorongan yang diberikan telah menguatkan semangat kami berdua secara tidak

Page 2: PENGHARGAAN.docx

langsung dalam menyiapkan pelbagai tugasan yang lain.Komitmen terhadap tugasan

lain tidak menghalang kami menyelesaikan tugasan diberikan sebaik mungkin kerana

dorongan dan semangat dari semua pihak yang terlibat.

Sesungguhnya, setiap dorongan,semangat dan tunjuk ajar semua pihak dalam

proses menyiapkan tugasan ini adalah sesuatu yang amat dihargai.Tiada kata-kata

yang mampu diucapkan hanya jutaan terima kasih. Semoga setiap kejayaan yang

dihasilkan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.Insyaallah.

Page 3: PENGHARGAAN.docx

1.0 Pengenalan

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses merupakan

langkah ,tindakan atau operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang

dikehendaki. Maklumat ialah bukti tentang prestasi murid dalam sesuatu perkara

yang ditafsir. Penghakiman pula merujuk kepada proses pertimbangan tentang

pencapaian pendidikan murid-murid. Manakala, produk merupakan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang murid-murid perolehi setelah melalui proses pendidikan.

Menurut Mokhtar Ismail; pentaksiran dapat ditafsirkan sebagai langkah untuk

menentukan sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. Status dan nilai juga

dapat ditentukan selepas pentaksiran dijalankan selain bagi menentukan kedudukan

atau pencapaian murid-murid.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang

murid bagi tujuan tertentu.

Namun, pentaksiran dalam matematik merupakan satu alat pengukuran yang

amat penting digunakan untuk mengusai matematik. Ianya digunakan untuk

mengesan penguasaan dan kefasihan murid-murid dalam kemahiran matematik. Ia

bergantung kepada pereka bentuk ujian terhadap teori dan amalan dalam

matematik.

Berteraskan pelbagai konsep pentaksiran, maka kita boleh melihat bahawa

pentaksiran bukan hanya untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang

dalam pembelajaran. Malahan, ianya meliputi aktiviti yang dijalankan semasa P&P,

aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan mendapat

pembelajaran yang baik. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran merangkumi

instrumen, kumpulan yang ditaksir, respon, kumpulan yang mentaksir dan skor.

Dalam mempelajari ‘Amalan Pentaksiran Dalam Matematik (MTE 3112) ini, kita

bukan hanya memfokuskan kepada konsep pentaksiran semata-mata kerana ia

juga merangkumi unsur-unsur pengukuran, penilaian dan pengujian.Ketiga-tiga

unsur ini walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan

Page 4: PENGHARGAAN.docx

dan ciri-ciri, namun ianya berkait rapat dengan proses pelaksanaan. Malahan,

ketiga-tiganya saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam

proses pendidikan.

Umumnya, pengujian digunakan untuk melihat darjah kemahiran matematik yang

dicapai melalui pembelajaran matematik.Malah, ia merupakan cara yang sistematik

untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Oleh kerana proses

pembelajaran itu penting dalam sistem pendidikan, maka soalan pengujian harus

diberi perhatian yang sewajarnya.

Konsep ujian matematik kepada murid-murid adalah menjadikan apa yang

dipelajari menjadi lebih sistematik dan mengukuhkan serta meningkatkan proses

pembelajaran.Ia amat berkesan dalam membantu murid-murid mengulangkaji apa

yang dipelajari secara menyeluruh dan mengulangkaji mengikut keutamaan serta

mengukuhkan diri dalam kemahiran matematik.

Melalui ujian matematik, guru juga boleh mencari dan mengenalpasti kelemahan

diri dalam pengajaran, memperbaikinya dan mengubah suai cara penyampaian

dalam pengajaran termasuklah mengaplikasi pelbagai teknik, strategi atau kaedah.

Ini merupakan pengajaran matematik ke arah yang lebih praktikal. Belajar

memahami teori dan amalan matematik, mengkaji dengan teliti, mencari titik

keutamaannya, merekabentuk ujian matematik, menjalankan ujian serta

menganalisis keputusan ujian serta membuat justifikasi terhadap item adalah antara

prosedur-prosedur yang harus dilaksanakan.

Justeru,melalui setiap proses yang dilaksanakan, dipercayai kita boleh melalui

ujian matematik, meneroka pelbagai masalah dan ini akan menjadikan kita lebih

mengenali matlamat pengajaran dalam usaha memperbetulkan proses pengajaran.

Pengalaman ini akan berguna dalam dunia pendidikan kerana impaknya sangat

besar dalam meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat lebih baik sama ada

kepada murid-murid atau guru itu sendiri.

Page 5: PENGHARGAAN.docx

2.0 Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Dalam membina JSU, kami telah mengambil beberapa langkah penting seperti mana

yang lazimnya dilakukan agar JSU yang dibina menepati kehendak tugasan.

2.1 Menyenaraikan tajuk dan bilangan jam waktu mengajar

Setelah berbincang dengan rakan pasangan saya, iaitu Masyitah bt Yusuf, kami

mengambil keputusan untuk hanya memilih 3 topik matematik Tahun 5.

Ini kerana, sehingga awal bulan Mac, murid-murid baru sahaja mempelajari 3 topik iaitu

Nombor Bulat, Pecahan dan Perpuluhan.

Justeru itu, kami membuat keputusan untuk memilih 3 topik yang dinyatakan tersebut

selaras dengan tahap dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid-murid.

2.2 Mengagihkan bilangan item mengikut jumlah masa mengajar.

Untuk menentukan bilangan item, kami sepakat untuk merujuk kepada bilangan

kemahiran yang terkandung dalam satu-satu topik yang telah dipelajari.

BIL TAJUK BIL.KEMAHIRAN BIL. ITEM1 Nombor Bulat 6 6

16x 15≈6

2 Pecahan 5 516x 15≈5

3 Perpuluhan 5 416x 15≈ 4

JUMLAH 16 15

Page 6: PENGHARGAAN.docx

2.3 Menentukan taksonomi objektif pendidikan dan domain. Agihkan item

mengikut aras taksonomi dan kesukaran.

Dalam interaksi kedua pada 25 Februari 2014, kami telah bersepakat bahawa nisbah

item bagi topik-topik matematik ialah 4 : 7 : 4

4 adalah soalan aras pengetahuan, 7 adalah soalan aras kefahaman dan 4 juga adalah

soalan aras aplikasi.

Penentuan nisbah ini adalah mengikut keadaan pendidikan sekarang di mana JSU lebih

mementingkan soalan aras tinggi (HOT).

2.4 Menentukan jenis ujian yang hendak diuji.

Jumlah soalan yang dipersetujui ialah 15 soalan aneka pilihan.

Soalan tersebut harus meliputi aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dengan

nisbah 4 : 7 : 4

BIL TAJUKBIL. KEMAHIRAN

BIL.ITEM

Tahu Faham Aplikasi26.7 % 46.6 % 26.7 %

1 Nombor Bulat 6 616x 15≈6 2 2 2

2 Pecahan 5 516x 15≈5 1 3 1

3 Perpuluhan 5 416x 15≈ 4 1 2 1

Jumlah 3 16 15 4 7 4

Page 7: PENGHARGAAN.docx

2.5 Menyediakan Jadual Penentuan Ujian yang lengkap

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN ABDUL SAMAD,

POKOK SENA, KEDAH.

JADUAL PENENTUAN UJIAN

MATEMATIK TAHUN 5 AB ~ UJIAN PENTAKSIRAN 1 ( BULAN MAC ) 2014

BIL. TOPIK-TOPIK

MATEMATIK

AGIHAN JAM

ARAS KEMAHIRAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM

JUMLAHKESELURUHAN

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi1 Nombor Bulat 6 2 2 2 6

2 Pecahan 5 1 3 1 5

3 Perpuluhan 4 1 2 1 4

JUMLAH 15 4 7 4 15

SKALA (%) 26.7 % 46.6 % 26.7 % 100 %

Agihan jam merujuk kepada bilangan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid-murid

sehingga awal Mac.

Bilangan kemahiran akan menentukan bilangan item bagi setiap topik yang dipilih.

Page 8: PENGHARGAAN.docx

3.0 Menulis Item Ujian

Soalan jenis aneka pilihan jawapan dikatakan sukar dibina dan juga sukar dijawab oleh

murid, tetapi mudah diperiksa. Justeru itu, dalam menyediakan soalan jenis aneka

pilihan jawapan ini, terdapat 9 prinsip yang perlu diikuti agar item soalan tersebut

menepati kriteria yang sepatutnya.

3.1 Prinsip Penyediaan Item Aneka Pilihan Jawapan

Arahan hendaklah jelas.

Soalan dan jawapan ditulis

secara padat

Perkataan sepunya tidak diualng-ulang.

Jawapan harus munasabah.

Taburan jawapan secara rawak.

Jawapan pilihan sama panjang.

Jawapan pilihan perlu

dikurangkan.

Aras kesukaran perlu setara.

Sistem susunan jawapan pilihan boleh dilakukan.

Page 9: PENGHARGAAN.docx