penghargaan - studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/5216/11/penghargaan-28_april... ·...

Download PENGHARGAAN - studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/5216/11/Penghargaan-28_April... · Pengajian Islam Universiti Malaya dan Nilam Puri Kelantan, Perpustakaan Universiti

If you can't read please download the document

Upload: dangkhue

Post on 08-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • v

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah segala pujian dipanjatkan kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan

    Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

    SAW, keluarganya, para sahabat yang berjuang demi Islam dan para ulama yang

    berjuang menyebarkan agama dan ilmu pengetahuan.

    Penghargaan yang tidak terhingga kepada Prof. Dato Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli

    bin Hj.Mohd Yusoff selaku penyelia kepada penulis yang telah banyak mengajar,

    membimbing dan memberi pengalaman yang amat berharga kepada penulis dalam

    menyelenggarakan penulisan ini. Semoga Allah memberikan kesihatan yang

    berpanjangan kepada beliau.

    Penulis juga mengalas ucapan terima kasih dan segunung penghargaan yang tidak

    terhingga kepada para guru yang mengajar penulis semasa mengikuti kursus Sarjana

    Usuluddin Bahagian I di Universiti Malaya iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Rashid, Prof.

    Madya Mohd. Kamil Abdul Majid, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Deraman begitu

    juga kakitangan akademik Puan Noriah, Puan Habibah dan sokongan Akademi

    pengajian Islam yang banyak membantu penulis sepanjang kursus sehingga siapnya

    disertasi ini.

    Ucapan terima kasih kepada para pegawai dan kakitangan perpustakaan Akademi

    Pengajian Islam Universiti Malaya dan Nilam Puri Kelantan, Perpustakaan Universiti

    Islam Antarabangsa Gombak, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Bangi,

    Perpustakaan Islam Kelantan, dan Perpustakaan Al-Zahra Kota Bharu yang telah

    menyediakan kemudahan bahan bacaan kepada penulis dalam merealisasaikan kajian

    ini.

    Penghargaan yang tidak terhingga kepada mama, abah, bapa mertua penulis (al-

    Marhum Hj.Mohamad Ghazali bin Seman) tanpa suntikan serta dorangan mu tesis

  • vi

    tidak dapat diteruskan, uMMi, adik-adik dan seluruh keluarga tercinta yang sentiasa

    memberi semangat, perangsang dan dorongan kepada penulis.

    Kepada isteri yang tercinta Dr.Mazima Hj.Mohamad Ghazali yang sentiasa

    memberikan semangat, sokongan dan dorongan bagi menyiapkan penyelidikan.

    Terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan komitmen yang telah

    diberikan serta pengorbanan segunung kesabaran dari mu maka penulisan ini dapat

    disiapkan secepat mungkin.

    Tidak lupa juga kepada sahabat penulis Ustaz Nik Saiful Azizi Al-Hafiz(UIA),

    Muhammad Nadhir Hj Narowi (UIA), Ustazah Nur Fazliyaton Alina Hijaz@Junid,

    Ustazah Walijah Ahmad Jamburi serta dan rakan-rakan seperjuangan dengan penulis

    di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong, yang banyak menyumbangkan buah

    fikiran, idea dan dorongan dalam membantu penulis sepanjang menjalankan

    penyelidikan dan penulisan.

    Pada kesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan segunung ucapan terima kasih

    yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dengan penyelidikan ini, atas

    kerjasama yang telah diberikan khususnya Mudir Maahad MTAQ Pulai Chondong

    iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Mansor Hj Daud ASK, Ustaz Zakaria Mohamad selaku

    Penolong Pengarah (Peperiksaan), Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir Mohamed Hasbullah

    (Mantan Pengetua MTAQ Pulai Chondong), gugu-guru MTAQ Pulai Chondong,

    pegawai-pegawai YIK dan para guru YIK yang terlibat dengan kajian ini.

    Sekalung setinggi penghargaan juga buat Brig Jen Hj.Kamaruddin bin Hj.Mamat

    Pengarah Kor Agama ATM (KAGAT), Kol Hj.Nawawi bin Hj.Daud TPO (Tim

    Pengarah Operasi) KAGAT. Begitu juga mantan Pengarah KAGAT YBhg Brig Jen

    (B) Dato Hj.Najmie bin Hj.Ahmad begitu juga Pegawai Memerintah Lt.Kol Hamdan

    bin Hj.Othman Batalion Pertama Rejimen Sempadan tanpa kebenaran dan keizinan

    tesis serta pembelajaran ini tidak dapat diteruskan juga dihasilkan. Akhir sekali buat

    semua yang telah membantu penulis dalam merialisasikan penyelidikan ini,

  • vii

    diucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan anda semua

    Jazakumullah Khairal Jazaa

    Sekian, terima kasih.

    Tarikh :03 September 2009M

    Bersamaan :13 Ramadhan 1430H.

    KAPTEN MUHAIDI HJ. MUSTAFFA AL-HAFIZ

    IGB 040017

    Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith,

    Bahagian Pengajian Usuluddin,

    Akademi Pengajian Islam,

    Universiti MALAYA,50603

    Kuala Lumpur.

    Lot 323, Kampung Wakaf Hj Abdullah

    Kota,15100 Kota Bharu, Kelantan.

    Email : [email protected]

  • viii

    DEDIKASI

    Ya Allah Ya Rabbi,

    Dengan NamaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

    Selawat dan Salam ke atas junjungan-Mu,

    Nabi Muhammad S.A.W,

    Pensyarah yang dihormati,

    Hanya ungkapan terima kasih,

    Yang mampu kuungkapkan

    Atas ilmu yang kalian curahkan,

    Kan tetap kujadikan pedoman,

    Dalam meneruskan pengembaraan,

    Di bumi nan gersang ini

    Ayahbonda tersayang,

    Yang mengajar erti perit jerih kehidupan,

    Pengorbanan kalian,

    Ibarat lilin yang membakar diri,

    Isteri tercinta

    Dikaulah sumber inspirasi

    Hadirmu bagaikan mentari

    Memberikan sinar harapan,

    Untukku terus berjuang,

    Mencapai matlamat dan impian,

    Adik-adikku dikasihi

    Kalianlah sumber motivasi,

    Doaku agar kalian juga akan temui,

    Sinar kejayaan,

    Walau ianya tidak semudah yang diimpikan,

    Teman-teman seperjuangan

    Suka-duka ketika bersama,

    Kan tetap ku jadikan kenangan,

    Pintaku agar ukhuwwah antara kita,

    Akan terus terjalin.

    Wassalam.