penghargaan

2
Penghargaan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur atas limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan yang diamanah kepada saya walau pun dalam kepayahan, keupayaan terbatas dan kekangan masa yang sentiasa mencemburui usia demi perjuangan menuntut ilmu yang sememangnya tiada jalan penghujungnya. Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w, “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.” Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu : 1. Golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu 2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain 3. Golongan yang mendengar orang yang mengajar ilmu 4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu. Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya Encik Bukhari Shafie

Upload: abu-bakar-saad

Post on 02-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

penghargaan

TRANSCRIPT

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur atas limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan

tugasan yang diamanah kepada saya walau pun dalam kepayahan, keupayaan terbatas dan

kekangan masa yang sentiasa mencemburui usia demi perjuangan menuntut ilmu yang

sememangnya tiada jalan penghujungnya. Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan

beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,

“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :

1. Golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu

2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan

mengajar kepada orang lain

3. Golongan yang mendengar orang yang mengajar ilmu

4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka

seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di

dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu

itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan

semua digalakkan menuntut ilmu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor

saya Encik Bukhari Shafie atas sumbangan kepakaran ilmu dan tenaga beliau dalam

memberi segala tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya

menyempurnakan tugasan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada e-tutors saya iaitu Puan Nor

Azizah binti Atan, rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan di ruangan forum yang telah

menyumbang ilmu dan berkongsi pengalaman, pengetahuan sepanjang saya menyiapkan

tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan ini ditujukan khas buat keluarga tercinta

kerana memahami serta memberi semangat kepada saya dalam mengharungi segala

kepayahan ini, berusaha meneruskan cita-cita ke peringkat yang lebih tinggi.

Sesungguhnya segala bentuk pengorbanan, kesabaran dan penat lelah pastinya ada

hikmat disebaliknya.