penghargaan

14
Penghargaan. Alhamdullilah, syukur ke atas rahmat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja dan menghantar pada waktu yang ditetapkan. Sekalung penghargaan diberikan kepada Tn Haji Azmi bin Mat kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah oleh kami. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu dan menolong kami terutama sekali kepada pensyarah Kemahiran Belajar iaitu En. Shukri Bin Mansur . Selain itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan terhadap rakan-rakan yang telah banyak membantu dan berkerjasama dalam mencari serta mengumpul bahan-bahan untuk digunakan dalam kajian kami ini. Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada ibu bapa kami yang senantiasa memberikan dorongan dan semangat serta banyak membantu kami dari segi kewangan dan moral sepanjang kami menyiapkan kerja kursus. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang perseorangan yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Akhir sekali ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada semua yang membantu kami secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang proses kerja kursus ini berlangsung

Upload: fahmi-haikal

Post on 21-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Penghargaan

TRANSCRIPT

Page 1: Penghargaan

Penghargaan.

Alhamdullilah, syukur ke atas rahmat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-

Nya, saya dapat menyiapkan kerja dan menghantar pada waktu yang ditetapkan. Sekalung

penghargaan diberikan kepada Tn Haji Azmi bin Mat kerana sudi meluangkan masa untuk

ditemuramah oleh kami. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih

kepada semua yang telah banyak membantu dan menolong kami terutama sekali kepada

pensyarah Kemahiran Belajar iaitu En. Shukri Bin Mansur .

Selain itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih dan setinggi – tinggi penghargaan

terhadap rakan-rakan yang telah banyak membantu dan berkerjasama dalam mencari serta

mengumpul bahan-bahan untuk digunakan dalam kajian kami ini. Ucapan terima kasih juga

kami tujukan kepada ibu bapa kami yang senantiasa memberikan dorongan dan semangat

serta banyak membantu kami dari segi kewangan dan moral sepanjang kami menyiapkan kerja

kursus.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang perseorangan yang telah

banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Akhir

sekali ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada semua yang membantu kami secara

langsung ataupun tidak langsung sepanjang proses kerja kursus ini berlangsung

Page 2: Penghargaan

1.1 PENGENALAN

Dalam kalangan guru, kemahiran untuk berkomunikasi, mendengar, mendapatkan maklumat,

dan menganalisis maklumat amat mustahak untuk menepati ciri-ciri seorang guru yang baik.

Dalam melaksanakan kerja kursus pendek kemahiran belajar ini; menemubual salah seorang

pensyarah yang memegang jawatan khas dalam institut, kemahiran-kemahiran di atas dapat

dipraktikkan dan dapat melatih bagaimana untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut

dengan baik. Hal ini kerana, dalam menemubual seseorang terutamanya seseorang yang

berjawatan tinggi, adalah penting untuk mempunyai kemahiran berkomunikasi, mendengar dan

mendapatkan maklumat. Seterusnya maklumat akan diproses semula untuk dimasukkan ke

dalam laporan. Oleh sebab itu, melalui hasil temubual ini, kemahiran-kemahiran belajar tersebut

dapat dipelajari dan diperbaiki tekniknya dari masa ke semasa.

1.1 Objektif Kajian

a. Untuk mendapatkan maklumat dan mengenali pensyarah tersebut dengan lebih teperinci.

b. Untuk melatih bagaimana untuk menyusun rancangan sebelum melakukan temubual

c. Untuk melatih kemahiran berkomunikasi dan mendengar

d. Bagi melatih untuk memproses maklumat yang diperoleh.

2.0 Proses Persediaan Untuk Menemubual

Page 3: Penghargaan

Sebelum melaksanakan temubual, beberapa perkara harus dititikberatkan dan diambil kira

untuk mengelakkan berlaku kesilapan semasa temubual dan sekaligus akan mempengaruhi

hasil laporan nanti.

Langkah pertama yang diambil oleh saya dan ahli-ahli kumpulan ialah mengenal pasti

orang yang hendak ditemuramah seperti Ketua Jabatan, Ketua Unit Gerko, Pegawai Tadbir,

Ketua Warden dan sesiapa lagi yang mempunyai jawatan khas. Dan akhirnya kami sepakat

untuk menemubual Tn Hj Azmi bin Mat selaku Timbalan ketua Jabatan Kajian Sosial.

Kemudiannya, kami menyelidik latar belakang dan mengumpul maklumat sebanyak mungkin

mengenai beliau seperti nama dan jawatan beliau.

Seterusnya, kami mengatur temujanji dengan beliau dengan pergi ke bahagian Jabatan

Kajian Sosial dan berjumpa dengan beliau. Saya dan ahli-ahli kumpulan menjelaskan

kedatangan kami kepada Tn Hj Azmi dan memohon untuk mengadakan sesi temubual bagi

melaksanakan kerja kursus ini. Beliau bersetuju untuk ditemubual.

Kemudiannya, kami merangka soalan bagi memudahkan sesi temubual dan agar tidak

lari dari topik yang sepatutnya. Kami juga menyediakan peralatan seperti perakam dan kamera

yang terdapat pada telefon bimbit bagi membantu kami dalam mendapatkan maklumat dari

temubual nanti.

3.0 Prosedur Semasa Proses Temubual

Prosedur semasa proses temubual merupakan bahagian yang paling penting. Hal ini kerana,

semasa proses inilah kemahiran komunikasi dan kemahiran mendengar diperlukan bagi

mengumpul maklumat sebanyak mungkin.

Untuk memulakan proses temubual dengan baik, kami sekumpulan memastikan kami

tiba awal di lokasi temubual iaitu di bilik Kajian Sosial. Hal ini untuk menunjukkan komitmen dan

disiplin yang tinggi dalam melakukan temubual dan melaksanakan tugasan.

Seterusnya, menggunakan ucapan yang bertatasusila apabila menyambut kehadiran

beliau. Kemudiannya, kami menerangkan sekali lagi tujuan temuramah ini diadakan.

Langkah berikut ialah menunjukkan minat yang mendalam apabila beliau menjawab

soalan dan menjelaskannya. Kontak mata juga penting kerana ia merupakan salah satu cara

untuk berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain.

Seterusnya, kami mendengar dengan teliti dan mencatat isi-isi penting yang

Page 4: Penghargaan

diucapkan oleh Tn Hj Azmi. Dan akhir sekali setelah tamat sesi temuramah, kami

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Azmi atas kesudian beliau melapangkan masa

untuk ditemuramah oleh kami sekumpulan. Kami juga memberi cenderamata kepada beliau

sebagai tanda penghargaan kerana sudi membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini.

4.0 Selepas Temubual

Setelah tamat sesi temubual bersama Tn Hj Azmi, kami sekumpulan berbincang mengenai isi-

isi penting yang perlu dimasukkan serta skop yang diambil kira hanyalah mengenai maklumat

diri dan latar belakang pendidikan,perjawatan dan pengalaman,bidang tugas,wawasan serta

misi ke dalam folio ini. Seterusnya kami menfoliokan hasil kerja yang diperolehi sepertimana

yang telah dimaktubkan oleh pensyarah kami,En. Shukri Bin Mansor.Kemudiannya,kami

membuat penambahbaikan pada hasilkerja temubual kami yang telah siap ditaip.

Tugasan kami diteruskan lagi dengan mencetak dan menfoliokan hasil kerja.Kami kemudiannya

mennyerahkan hasilkerja yang telah siap pada tarikh yang telah ditetapkan.

5.0 Hasil Laporan

Dilahirkan di Kampung Dulang, Yan, Kedah, anak jati Kedah yang dahulunya merupakan

anak pasangan petani; Mat bin Mat Yunus dan Rajmah binti Ismail memiliki empat orang

cahaya mata iaitu dua laki – laki dan dua perempuan kini memegang jawatan sebagai Timbalan

Ketua jabatan kajian Sosial. Dilahirkan sebagai anak tunggal dalam keluarga yang serba

sederhana pada 27/10/1958.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan

Dulang.Pada peringkat menengah,beliau melanjut pelajaran di Sekolah Menengah

Yan.Kemudian, beliau melanjutkan lagi pengajian di Sekolah Teknik Alor Setar dalam kursus

Sains Pertanian.

Dimudahkan cerita,beliau seorang pelajar yang pandai dan buku – buku latihan beliau

senantiasa dijadikan bahan rujukan rakan – rakan.Menceritakan pengalaman pertama kali

berada di asrama, beliau amat teruja dengan frasarana yang lebih baik berbanding dengan

keadaan rumah beliau.Berbalik kepada cerita pemilihan kursus Sains Pertanian, ianya

hanyalah secara kebetulan kerana beliau pada mulanya memilih kursus kejuruturaan namun

oleh kerana kesilapan teknikal yang tidak disengajakan berlaku menyebabkan beliau terpilih

Page 5: Penghargaan

secara rawak bagi mengisi kekosongan kursus Sains Pertanian.Disebabkan beliau merupakan

anak kampung dan masih belum mampu untuk memahami situasi menyebabkan beliau tidak

menyatakan sebarang suara bantahan dan sekadar mengikut rentak . Secara kebetulan pula,

semasa menunggu keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) beliau terus

bekerja.Beliau bekerja sebagai pemandu jentera membajak tanah milik bapa saudaranya.

Menceritakan kisahnya di sekolah teknik, beliau banyak mengisahkan tentang kegemaran

beliau iaitu bertani sehingga mendorong beliau menggunakan jentera membajak tanah yang

terdapat di sekolah untuk membajak sawah.Beliau menghasilkan sebidang sawah dan hasilnya

sempat dijual. Ianya merupakan antara pengalaman manis beliau.Beliau menerangkan lagi

bahawa hanya beliau yang mengendalikan jentera tersebut kerana hanya beliau yang mampu

berbuat demikian.Disebabkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diduduki

pada tahun 1975 kurang cemerlang menyebabkan beliau tidak diterima masuk ke menara

gading.Namun ia langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk mengangkat martabat

keluarga sekaligus mengubah nasib keluarga dan keluar dari kepompong kemiskinan .

Beliau meneruskan pengajian ke tingkatan 6 dan merupakan antara pelajar tingkatan 6

yang terawal memasuki sekolah tersebut kerana sekolah tersebut merupakan sekolah yang

baru dibuka.Jumlah keseluruhan pelajar dalam kelas tersebut hanyalah seramai 20

orang.Oleh kerana beliau dan rakan – rakan yang lain merupakan antara golongan pioneer,

sekolah tersebut masih belum mempunyai guru yang betul – betul berkelayakan bagi mengajar

mereka.Guru – guru yang mengajar mereka ialah guru yang sama mengajar mereka pada

tingkatan 5.Oleh kerana guru yang mengajar mereka kurang berpengalaman dalam pengajaran

tingkatan 6,beliau menceritakan bahawa hanya sekitar 2 atau 3 orang sahaja yang Berjaya

melanjutkan pengajian ke menara gading.Akhirnya, memikirkan situasi yang runcing beliau

mengambil keputusan untuk menjadi guru.Memikirkan masa depan yang terjamin dan

teringatkan kisah lama yang suka membantu rakan – rakan minat beliau semakin bertambah.

Hasil dari berkat doa kedua orang tua, akhirnya beliau dan 3 lagi sahabat berjaya

mendapat tempat di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di Johor Bahru.Namun, berita

tersebut kurang disenangi oleh Guru Besar sekolah terbabit dan memutar belitkan pelbagai

perkara antaranya memeras ugut bahawa beliau terpaksa membayar ganti rugi kepada

kerajaan kerana pada masa itu beliau menerima biasiswa dari kerajaan kerana berjaya

melanjutkan pengjian ke tingkatan 6. Guru Besar juga berkata bahawa beliau perlu berurusan

sendiri dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.Walaupun mereka menghadapi cabaran

Page 6: Penghargaan

yang begitu berat namun ia tidak mematahkan langsung semangat beliau dan rakan –

rakan .Dengan semangat dan tekad yang tinggi beliau dan rakan – rakan menaiki teksi dari

asrama sekolah terus ke Kuala Lumpur bagi menyelesaikan.Mereka tidak sedikit pun

menyusahakn kedua ibu bapa masing – masing.Setibanya di Kuala Lumpur, mereka menerima

berita gembira dari pihak yang berwajib. Dengan berbekalkan harapan ibu bapa serta cita – cita

yang menggunung mereka meneruskan perjalanan ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim

di Johor Bahru.Mendengarkan kejayaan beliau, rakan – rakan yang lain turut beralih arah ke

maktab. Hampir separuh dari ahli kelas beliau meninggalkan bangku persekolahan dan

melangkah ke alam pendidik .

Semasa di maktab, terdapat dua kursus yang disediakan iaitu Program Pendidikan Awal

Remaja (PPAR) dan Program Pendidikan Awal Kanak – Kanak (PPAK).Beliau telah memilih

untuk mengikuti kursus Program Pendidikan Awal Remaja (PPAR).Setelah satu etengah tahun

mendalami ilmu seorang pendidik, beliau sekali lagi melangkah ke alam persekolahan namun

kali ini bukan lagi sebagai seorang pelajar namun sebagai seorang pendidik anak

bangsa.seawal usia 20 tahun, beliau sudah mampu menjadi seorang guru. Sebelum memasuki

maktab, antara penjamin beliau ialah salah seorang dari guru yag mengajar beliau di sekolah

teknik .Beliau memperolehi kepercayaan yang tinggi dari guru terbabit kerana guru tersebut

amat terhutang budi dengan beliau kerana beliau banyak berjasa kepada sekolah.Beliau

banyak menguruskan hal – hal kecerian persekitaran, stor pertanian dan AJK asrama. Beliau

gemar berkawan dengan pelajar Cina kerana mereka amat berdisiplin dan rajin.Beliau

menyatakan bahwa terdapat perbezaan yang ketara antara pelajar Cina dan Melayu.Kawannya

banyak membimbing beliau teruamanya dalam pengurusan masa.Contohnya beliau selalu

diajak ke perpustakaan untuk mengisi masa yang terluang.

Beliau kurang aktif dengan kegiatan ko – kurikulum kerana kekangan jarak antara rumah

dan sekolah adalah jauh iaitu 8 kilometer.Sekiranya terdapat sebarang yang berkaitan dengan

ko – kurikulum dan ia pula diadakan pada waktu petang, beliau semestinya didenda kerana

tidak dapat menghadirkan diri.Beliau hanya mampu memiliki basikal pada penghujung tahun

kerana keadaan keluarga yang tidak mampu. Namun beliau mula aktif dalam sukan setelah

menjejakka kaki ke sekolah teknik.Oleh kerana tidak mempunyai kemahiran beliau berasa

agak janggal dan sekadar bermain untuk rekreasi.Antara sukan pilihan beliau ialah bola sepak

dan softball .Berbalik kepada cerita di maktab, beliau merupakan seorang ahli persatuan yang

aktif. Beliau dikenali oleh hampir kesemua individu di makab oleh kerana kerajinannya.Beliau

Page 7: Penghargaan

turut memegang jawatan contohnya setiausaha, AJK, dan pembantu presiden. Beliau sekadar

menjadi pembantu kerana tidak berani tampil ke hadapan untuk menyuarakan pendapat.

Disampung itu, tarafnya sebagai anak tani mungkin membuatkan diri beliau terasa agak rendah

diri.

Setahun setengah berlalu begitu pantas dan beliau akan mula mengajar.Tahun 1979,Tn.

Haji bin Mat telah dianugerahkan oleh Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dengan Sijil

Guru.Beliau memulakan karier sebagai seorang pendidik di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu

di Sekolah Menengah Gunong, Bachok Kelantan Darul Naim . Semasa di sekolah tersebut,

beliau menetap di tempat seolah – olah sebuah stor.Beliau amat bernasib baik kerana terdapat

pelajar yang membawa beras jadi bolehlah beliau makan setelah dimasak di kantin. Hasil dari

ihsan pihak tertentu juga, beliau menerima sebuah katil. Disamping itu, setibanya di sekolah

tersebut beliau diamanhakan untuk memantau 10 orang pelajar. Beliau difahamkan bahawa

pelajar yang berhadapan dengan banjir dan mereka perlu menempuhi peperiksaan, mereka

dibenarkan untuk tinggal di sekolah.Minat yang ditunjukkan oleh beliau dalam menguruskan hal

– hal yang berkaitan penginapan pelajar di sekolah menyebabkan Guru Besar memohon

peruntukan bagi pembinaan asrama pelajar. Hasil dari permohonan tadi, pada peringkat

awalnya, peruntukan bagi makanan diluluskan. Setelah setahun menguruskan kebajikan

asrama pelajar, beliau disarankan Guru Besar agar memohon elaun warden.Namun, kelibat

pembinaan asrama belum kelihatan.

Secara kebetulannya oleh kerana beliau merupakan seorang guru Sains Pertanian, secara

kebetulan beliau telah memohon peruntukan bagi pembinaan reban ayam. Namun,setelah

reban itu siap, Guru Besar mendapati adalah lebih baik reban tersebut dijadikan asrama bagi

pelajar.Beberapa pengubahsuaian telah dibuat. Dinding reban tersebut ditukar dan diletakkan

tingkap.Lantainya juga diubahsuai agar lebih sesuai untuk dijadikan asrama. Tidak lama

kemudian, permohonan bagi pembinaan asrama diluluskan namun semua itu tidak dapat

dirasai beliau kerana pada masa itu beliau telah berpindah ke sekolah lain.pengalamannya

menjadi “anak Kelantan” buat seketika amat menggembirakan kerana keadan di Kelantan

mengingatkan beliau tentang kampung halaman.Semasa di Kelantan, beliau seorang yang

amat peramah dann suka bergaul dengan semua orang. Kenangan pahit manisnya selama 6

tahun di Sekolah Menengah Gunong, Bachok Kelantan Darul Naim akan dikenang sehingga

ke akhir hayat beliau.Suka duk disana telah mengajar beliau erti sebenar pengorbanan seorang

guru.

Page 8: Penghargaan

Sebelum menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, beliau banyak menghabiskan masa

bagi mentelaah pelajaran untuk melayakkan beliau memasuki dan menggenggam segulung

ijazah.Akhirnya pada tangga 1985, setelah enam kali berusaha, kini segala penat lelahnya

berbaloi dan dibalas dengan sesuatu yang amat bermakna. Universiti Putra Malaysia yang

dahulunya Universiti Pertanian Malaysia menjadi pilihan hati beliau.Disana, beliau telah

mengikuti jurusan Pendidikan Sains Pertanian.Oleh kerana ianya adalah dibawah selian

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), beliau mendapat elaun sebanyak RM 390.00 iaitu separuh

dari gaji sebenar.Tahun 1987,dua tahun setelah beliau menyambung pengajian pada peringkat

ijazah, beliau menemui teman hidupnya iaitu Alawiyah Binti Mustafa.Genap tahun 1989, beliau

dengan jayanya dianugerahkan dengan segulung ijazah Pendidikan Sains Pertanian.Antara

kajian dan tesis yang dijalankan ialah Persepsi Guru Besar Terhadap Mata Pelajaran Sains

Pertanian.

Pengalaman mengajar beliau setelah menggenggam segulung ijazah ialah di Sekolah

Menengah Kuala Ketil 2 atau kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Tanjung

Puteri.Pengalaman 3 tahun yang diperoleh mematangkan lagi beliau.Beliau mendapat

kepercayaan yang tinggi dari pihak pengurusan sekolah kerana setelah bertugas selama satu

setengah tahun kemidian iaitu pada tahun 1991, beliau sudah dinaikkan pangkat menjadi

Penolong Kanan Ko – Kurikulum.Antara rentetan perjalan hidup beliau ialah

1975 – Sijil Pelajaran Malaysia

1979 – Sijil Guru

1989 – Ijizah Pendidikan Sains Pertanian

1999 – Master

Menceritakan tentang peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, beliau kadang – kala belajar

di stadium kerana musim bola berlansung.Beliau amat pelik dan bersyukur kerana tidak pernah

memegang berus sekalipun sehinggalah pada malam sebelum peperiksaan. Nasib amat

menyebelahi beliau kerana pelajar yang dijaganya baharu saja selesai menjawab soalan kertas

Pendidikan Seni dan beliau meminjam alat – alat yang diperlukan dari pelajar – pelajar terbabit.

Page 9: Penghargaan

Di antara pengalaman manis yang beliau masih ingat sehingga kini ialah kegembiraan

yang dirasa ketika ditawarkan bagi memasuki maktab perguruan.Disampig itu,antara

pengalaman manis yang lain ialah beliau tidak pernah dimarah oleh orang atasan namun

teguran yang membina adalah perkara lumrah.Beliau menegaskan bahawa seandainya kita

menyediakan apa yang orang inginkan,beri sebelum diminta dan pergi sebelum

disuruh,nescaya tidak akan menghadapi sebarang masalah.

Antara prinsip beliau ialah sentiasa berbuat baik dan melakukan kebaikan yang tidak

diketahui orang lain.Sebagai Timbalan Ketua Jabatan Kajian Sosial,beliau bertanggungjawab

melihat perjalanan jadual waktu kelancaran kelas dan memantau para pensyarah.Beliau

berharap agar guru yang bakal terhasil nanti lebih berkualiti dan bukan sekadar ramai pada

kuantitinya.

Page 10: Penghargaan

KESIMPULAN

Berdasarkan daripada tugasan yang di berikan,kami mampu mendedahkan diri kami dengan

suasana sebenar situasi sebelum, semasa dan selepas menemuramah. Kami juga mampu

mengenal pasti kelemahan dan kesilapan yang kami lakukan sepanjang menjalankan tugasan

yang diberikan hasil dari teguran dan panduan yang diberikan oleh golongan yang berkerjaya

dan mempunyai jawatan penting di Institut ini yang telah kami temubual. Disamping

menyiapkan tugasan yang diberikan, kami juga dapat mengenali pensyarah yang ditemu ramah

dengan lebih rapat dan dapat bermesra dengan mereka.Seandainya kesempatan seperti ini

tidak diberikan maka agaklah berat bagi kami untuk pergi berbual dengan pensyarah yang

terlibat kerana kami juga sedar bahawa mereka amat sibuk.Bagi skop yang lebih kecil, kami

berasa amat selesa semasa menemu ramah Tn.Hj Azmi bin Mat kerana keramahannya . Selain

itu,Kami juga dapat mempelajari cara – cara yang betul dalam menemuramah orang.

Contohnya,tidak mengulang soalan – soalan yang sama semasa sesi temuramah dan

menggunakan bahasa yang kasar semasa temuramah diadakan.Selain itu penggunaan kata

panggilan bagi mennggantikan nama turut penting seperti saya atau awak. Penggunaan nada

yang betul juga amat penting kerana kesilapan dalam antonasi boleh membawa makna yang

berbeza. Pendedahan seperti ini amat penting dalam kegunaan seharian contohnya dalam

pencarian maklumat daripada sumber yang hidup seperti manusia kerana tanpa asas yang

betul seperti tugasan ini,kami mungkin tidak memperoleh maklumat yang betul dan tepat

mengenai sesuatu perkara terutama mengenai fakta atau maklumat yang tidak boleh diubah