penghargaan

8
Penghargaan Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Md Radzi yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar- tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.

Upload: muhamad-syafiq

Post on 20-Jun-2015

25.570 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penghargaan

Penghargaan

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami

menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun kerana memberi

peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan

seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang

berkaitan dengan tajuk tugasan kami.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Md Radzi yang telah

banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal

lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan

ini .Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi

kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan

serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa

sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini

dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga

kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan

tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja

kursus ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat

menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang

bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga,

harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta

kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas

dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah

dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

Page 2: Penghargaan

PENGENALAN

Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan aplikasi dalam membangunkan

pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Statistik berasaskan teori

statistik iaitu salah satu daripada cabang matematik. Dalam teori statistik, kerawakan

dan ketidakpastian dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Statistik termasuk

perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu.

Statistik juga merupakan satu disiplin pembangunan dan aplikasi kaedah untuk

mengumpul, menganalisis dan mentafsir data. Moden kaedah statistik termasuk reka

bentuk dan analisis eksperimen dan kaji selidik, kuantifikasi fenomena biologi, sosial

dan saintifik dan aplikasi prinsip statistik untuk memahami lebih lanjut mengenai dunia

di sekeliling kita. Sejak data yang digunakan di dalam kebanyakan bidang usaha

manusia, teori dan kaedah statistik moden telah digunakan untuk pelbagai bidang.

Beberapa kawasan yang menggunakan kaedah statistik moden dalam perubatan, sains

biologi dan sosial, ekonomi, kewangan, penyelidikan pemasaran, pembuatan dan

pengurusan, kerajaan, institut penyelidikan dan banyak lagi.. Tujuan statistik adalah

menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orang

menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan.

Jadi, kami sudah melakukan soal selidik bagi 50 orang responden. Kami memilih

beberapa soalan berkenaan dengan fesyen oleh pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun

untuk ditunjukkan di dalam tugasan ini. Borang soal selidik yang telah diedarkan boleh

didapati di bahagian lampiran.

Page 3: Penghargaan

OBJEKTIF

Antara objektif kajian dijalankan :

1. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui cara peragaan fesyen oleh pelajar-

pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.

2. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui berapakah perbelanjaan pembeliaan

untuk barangan fesyen yang dibeli oleh pelajar-pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.

3. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi fesyen

pelajar-pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.

KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN

Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat

dan benar. Kaedah yang telah kami gunakan ialah :

1. Pemerhatian

Kami telah membuat pemerhatian ke atas tajuk tugasan bagi soal selidik yang hendak

dijalankan. Kami juga telah membuat pemerhatian akan soalan-soalan yang sesuai bagi

tajuk tugasan kami.

2. Soal selidik

Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 50 orang responden pelajar Institut

Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun untuk mendapatkan maklumat berkenaan

dengan kajian kami iaitu tentang fesyen yang diikuti oleh pelajar IPTB.

3. Rujukan

Kami merujuk kepada buku teks dan buku-buku rujukan di perpustakaan untuk

mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, kami membuat rujukan internet

melalui komputer untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang kajian dan

tajuk statistik.

Page 4: Penghargaan

SOALAN SOAL SELIDIK :

Untuk menghasilkan borang soal selidik ini kami telah berbincang dan membuat

penyemakan semula soalan- soalan tersebut dengan pensyarah lebih kurang

seminggu. Melalui soalan soal selidik ini kami menyoal berkenaan fesyen yang menjadi

pilihan hati kebanyakan pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun. Bukan itu sahaja, kami

juga dapat mengetahui anggaran perbelanjaan yang pelajar-pelajar gunakan untuk

membeli barangan untuk melengkapkan diri dengan fesyen dan kami juga mengetahui

faktor yang mendorong para pelajar terpengaruh dengan fesyen.

Contoh Soalan Kaji Selidik Yang Diedarkan

Rujukan

BUKU RUJUKAN

Cheang Chooi Yoong, K. b. (2005). Mathematics Form 4. Kuala Lumpur: Cerdik

Publications Sdn. Bhd.

mun, c. (2004). siri teks referens SPM matematik. Selangor: pearson malaysia

sdn. bhd.

Rahman, A. S. (1997). Matematik Matrikulasi Jilid 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

SUMBER INTERNET

http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-3-bab-4.html

www.amaljaya.com/guru/.../Statistik%20Asas.pdf

http://cikgunaza-matematik45.blogspot.com/2011/11/matematik-4-5.html

http://matematikkkktu.blogspot.com/2010/08/nota-statistik-untuk-pelajar-

diploma.html

Page 5: Penghargaan

Refleksi

Muhamad Syafiq Bin Hussin

Saya dan rakan- rakan sekumpulan saya telah menerima satu tugasan mengenai tajuk

statistik. Pendapat awal saya apabila menerima tugasan ini adalah tugasan ini remeh

dan tajuknya tidak menyeronokkan. Ini kerana, saya tidak berapa menggemari tajuk

statistik sejak dari sekolah menengah lagi. Selain itu, sepanjang proses pembelajaran

dalam kelas ia menyukarkan saya untuk memahami istilah-istilah dalam tajuk statistik

tersebut kerana proses pembelajaran saya menggunkan bahasa Melayu sedangkan

sewaktu sekolah menengah dahulu pembelajaran saya menggunakan bahasa Inggeris.

Hal ini membuatkan saya kurang berminat untuk mempelajari dan memahami tajuk

statistik dengan mendalam.

Namun, dalam keterpaksaan membuat tugasan ini hadir juga keikhlasan untuk

mempelajarinya dengan lebih mendalam. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan

dan mengkajinya secara bersendirian, saya mula merasakan tajuk statistik ini adalah

tajuk yang menyeronokkan sebenarnya jika difahami dengan lebih mendalam.

Sepanjang perbincangan dengan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini, banyak

perkara baru yang saya belajar. Saya cuba belajar dan mengingatkembali cara

bagaimana membina carta bar, carta pai dan histogram menggunakan aplikasi dalam

computer riba. Sebelum ini, dalam kelas komputer saya hanya belajar acuh tak acuh

sahaja apabila berkaitan dengan pembinaan carta. Sekarang, barulah saya sedar akan

fungsi dan kepentingannya dalam kehidupan manusia.

Saya juga mula belajar cara memindahkan, menganalisis data dan mentafsir data

dengan lebih mendalam dan daripada maklumat-maklumat tersebut saya dan ahli

kumpulan berbincang memindahkaanya ke dalam bentuk jadual dan pelbagai lagi

persembahan data. Bukan itu sahaja, saya juga belajar dan cuba memahami konsep

perbincangan yang sebenar dalam sesebuah kumpulan. Bukan sekadar untuk

meyiapkan tugasan tetapi dalam masa yang sama mengamalkan nilai-nilai murni dalam

kerja berpasukan seperti mendengar dan menerima pendapat ahli kumpulan. Bagi

kumpulan kami, prinsip menerima dan mendengar pendapat orang lain merupakan

Page 6: Penghargaan

tunjang dan kekuatan utama. Saya mempelajari bagaimana cara menyesuaikan diri

dengan ahli kumpulan yang berbeza dan cuba memahami dan menghormati cara ahli-

ahli kumpulan saya bekerja. Mereka juga menghormati pandangan saya dan kami

saling mengamalkan konsep bekerjasama, bersama-sama berkongsi buah fikiran dan

berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan kami bagi menghasilkan

mutu tugasan yang berkualiti.

Saya berharap semoga penghasilan tugasan kami ini dapat memberikan saya dan

rakan-rakan suntikan semnagat agar jangan pernah mengalah selagi belum mencuba

sesuatu perkara. Semoga usaha kami dalam penghasilan tugasan ini dapat

menjadikan saya dan rakan-rakan individu yang lebih berusaha untuk memperbaiki diri ,

mempunyai jati diri yang mantap dan menjadikan saya dan rakan- rakan bakal guru

yang komited dalam menjalankan tugas selari dengan tanggungjawab yang

diamanahkan. Saya berharap agar segala usaha saya ini dapat diterima oleh

pensyarah kami dan juga memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalam

bidang pendidikan.