penggunaan_kaedah_permainan_detektif_ali.pdf

Upload: ay

Post on 07-Aug-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/20/2019 PENGGUNAAN_KAEDAH_PERMAINAN_DETEKTIF_ALI.pdf

    1/8

     

    1

    PENGGUNAAN KAEDAH PERMAINAN DETEKTIF ALIF

    MENINGKATKAN PENGUANSAAN MURID

    MENULIS IMBUHAN AKHIRAN “AN” 

    Wan Mohd Fakhruddin Bin W.Ibrahim, Zainudin bin Lateh

    Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected],[email protected]

    ABSTRAK

    Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu murid menulisimbuhan akhiran “an” dengan betul menggunakan kaedah permainan “Detektif Alif”. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan adalah untuk menarik minat peserta kajian

    terhadap bidang Jawi dengan kaedah permainan. Peserta kajian terdiri daripada 5orang murid Tahun 3 Ibnu Sina sekolah Kebangsaan Chendering, Kuala Terengganu

    yang telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam menulis imbuhan akhiran “an”

    dengan betul. Data bagi kajian ini dikutip melalui analisis dokumen, ujian bertulis,temubual dan juga pemerhatian. Data tersebut kemudiannya dianalisis secaradeskriptif mengikut individu. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan bagi setiapsesi yang dijalankan. Peserta kajian juga menunjukkan minat sepanjang sesi

     pelaksanaan intervensi dijalankan. Kaedah Permainan “Detektif Alif”. 

     Kata kunci: Imbuhan akhiran “an”, Detektif Alif  

    REFLEKSI

    Tulisan jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam disekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Qur’an. Matlamat pelajaranJawi adalah untuk membolehkan murid memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam..

    Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Chendering,Kuala Terengganu. Sepanjang menjalani praktikum, pengkaji diamanahkan untuk mengajar muridTahun 3 Ibnu Sina iaitu kelas pertama daripada dua kelas di Sekolah Kebangsaan Chendering, KualaTerengganu. Salah satu subjek yang diajar pengkaji ialah dalam bidang Jawi. Pengkaji mendapatiwujudnya masalah dalam menulis jawi bagi perkataan berimbuhan bagi murid Tahun 3sewaktu PdPdijalankan pada praktikum Fasa ketiga.

    Semasa sesi PdP, pengkaji telah meminta murid untuk menjawikan huruf rumi kepada jawi. Murid

    dapat menjawikan huruf dengan betul dan apabila pengkaji menambah sahaja imbuhan akhiran “an”, pengkaji dapat melihat sebahagian daripada murid tidak dapat menjawikan dengan betul.

    Pengkaji telah menjalankan sesi ujian ringkas kepada beberapa orang murid dalam melihat masalahyang di hadapai oleh murid dan ia adalah bertujuan melihat sejauh mana tahap kebolehan murid

    dalam menjawikan huruf apabila kata dasar ditambah dengan imbuhan akhiran “an”. Hasil daripadaujian ini, pengkaji melihat sebahagian murid yang mempunyai masalah apabila pengkaji menambahimbuhan akhiran “an” ke dalam kata dasar. 

  • 8/20/2019 PENGGUNAAN_KAEDAH_PERMAINAN_DETEKTIF_ALI.pdf

    2/8

     

    2

    RAJAH 1 : Contoh Jawapan Murid

    Bertitik tolak daripada masalah ini, pengkaji merasakan perlu mengambil inisiatif untuk membantumurid yang lemah dalam menulis perkataan berimbuhan akhiran “an”  pada internship yang di jalankan selama sebulan di sekolah tersebut. Pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagimembantu murid lemah dalam menulis perkataan imbuhan akhiran “an” dengan menggunakan kaedah permainan “Detektif Alif ”. 

    SOROTAN LITERATUR

    Menurut Kamus Dewan (DBP,2005), permainan ialah suatu aktiviti yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal dan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran. Allessi & Trollip (1991), permainan mampu untuk mewujudkan suatu suasanayang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran. Permainan tidakmempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah apabila ada fokus dan objektifnya.

    Kajian Akram Kamarudin (2010) hasil nukilan Nur Hanis Binti Mohd Hatta (2012), menunjukkanteknik permainan dapat mengelakkan murid menjadi bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran sewaktu gurumenjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik

    Roslita Ab Rahman (2008) Kebanyakan pelajar adalah kinesthetic learners dan permainan adalahsebagai strategi pembelajaran yang mencukupi. Pelajar menumpukan perhatian yang lebih dan belajar

    dengan mudah apabila melibatkan pergerakan.

    Berdasarkan kajian oleh Juliza Rozi (2010), penggunaan warna dalam pembelajaran murid dapatmeningkatkan kefahaman konsep dan isi pelajaran.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid lemah Tahun 3Ibnu Sina SekolahKebangsaan Chendering dalam meningkatkan penguasaan murida menulis imbuhan akhiran “an”dengan menggunakan kaedah permainan “Detektif Alif”. 

    Objektif

    Meningkatkan penguasaan murid lemah Tahun 3 Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan Chendering dalammenulis imbuhan akhiran “an” dengan betul menggunakan kaedah permainan “Detektif Alif”. 

    Persoalan Kajian

    Bagaimanakah Kaedah Permainan “Detektif Alif” dapat membantu murid lemah menulis imbuhanakhiran “an” degan betul?

  • 8/20/2019 PENGGUNAAN_KAEDAH_PERMAINAN_DETEKTIF_ALI.pdf

    3/8

     

    3

    METODOLOGI KAJIAN

    Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid lemah Tahun 3 Ibnu Sina Sekolah KebangsaanChendering, Kuala Terengganu di mana terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian diagnostik iaituujian bertulis. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian bertulis, pemerhatian dan temu bual.Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.

    Pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi sampel dalam kajian ini. Terdapatdua jenis pemerhatian iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Gay & Airasian(2000), seperti yang dinyatakan dalam Farah Wahida (2012), dalam pemerhatian tidak turut serta, pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan, manakala dalam pemerhatian turut serta pemerhati terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan.

    Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian berstrukturdan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak manakala pemerhatian tidak berstruktur menggunakan nota lapangan. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian berstruktur terhadap sampel. Pemerhatian tersebut dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu sebelum sesi

    rawatan diberikan. Antara item-item tingkah laku yang diperhatikan oleh guru ialah dari segi minatatau kesungguhan, penglibatan, sikap atau sahsiah, tingkah laku negatif dan pencapaian objektif.

    Selain itu, pengkaji juga menggunakan instrumen ujian untuk mengumpul data peserta kajian. Ujianmerupakan salah satu alat kajian yang digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan

     peserta kajian dalam pembelajarannya. Pengkaji telah memutuskan untuk menjalankan ujian pencapaian bagi menilai pencapaian murid sebelum dan selepas sesi rawatan diberikan oleh pengkaji.

    Ujian pencapaian ini dijalankan setiap kali sesi dijalankan bermula dengan ujian pra sehinggalahkepada ujian pos.

    Instrumen mengumpul data seterusnya pula ialah temu bual. Temu bual di jalankan kepada pesertakajian dan guru Pendidikan Islam di mana untuk mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Temu

     bual di jalankan kepada peserta kajian setiap sesi bertujuan mendapat maklum balas setiap sesidijalankan. Bagi temu bual yang dijalankan bersama guru Pendidikan Islam pula adalah untukmengenal pasti sama ada murid yang dipilih untuk di jadikan peserta kajian itu mempunyai masalahataupun tidak.

  • 8/20/2019 PENGGUNAAN_KAEDAH_PERMAINAN_DETEKTIF_ALI.pdf

    4/8

     

    4

    SPESIFIKASI INTERVENSI

    RAJAH 2 : Alat Intervensi yang digunakan 

    Kaedah permainan “Detektif Alif” merupakan alat permainan yang berkonsepkan kepada

     permainanan “Saidina”. Kaedah ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu peserta kajiantahun 3 Ibnu Sina dalam menjawikan imbuhan akhiran “an” dengan betul. Pengkaji menggunakan dua

    alat iaitu yang pertama sebelum bermain di khendaki memahami konsep berdasarkan “Kad Warna an”seterusnya meneruskan sesi dengan bermainan permainan “Detektif Alif”. Konsep warna dijalankandahulu melalui penerangan konsep dengan memberi kad warna kepada setiap peserta kajian bertujuanuntuk memahami dan mengingat warna ketika bermain.

    Kajian ini dijalankan melalui 3 sesi kesemuanya. Pada sesi yang pertama, objektif yang ingin dicapaioleh ialah kesemua 5 peserta kajian dapat mengingati pecahan imbuhan akhiran “an”  berdasarkanwarna. Pengkaji terlebih dahulu menerangkan konsep pecahan warna imbuhan akhiran ini kepada peserta kajian dengan memberikan “Kad Warna An” dengan berbantukan slaid untuk memberi penerangan. Peserta kajian dikehendaki mengingat pecahan warna kerana berkait dengan permainan“Detektif Alif”. 

    Pada sesi kedua pula, objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji ialah kesemua peserta kajian dapatmenulis kata dasar imbuhan akhiran “an” dengan menggunakan alat permainan “Detektif Alif”. Cara penggunaan alat permainan “Detektif Alif” , di mana pada awal peserta kajian dikehendaki melempardadu terlebih dahulu, dan bergerak mengikut jumlah yang terdapat pada dadu tersebut. Seterusnya peserta kajian dikehendaki mengambil soalan mengikut warna di mana peserta berhenti. Pesertakajian dikehendaki menulis jawapan bagi soalan di atas kertas yang disediakan dan pengkaji akanmemberi token kepada peserta kajian yang menjawab dengan betul.

    Seterusnya pula bagi sesi terakhir iaitu sesi ketiga, objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji ialah peserta kajian dapat menulis kata dasar imbuhan akhiran “an” dengan betul tanpa menggunakan alat permainan “Detektif Alif”. Pengkaji meminta kesemua peserta menjalani ujian  untuk memastikan

    kesemua peserta kajian sudah mencapai objektif sesi terakhir seterusnya sudah mampu menulis

    imbuhan akhiran “an” dengan betul. 

  • 8/20/2019 PENGGUNAAN_KAEDAH_PERMAINAN_DETEKTIF_ALI.pdf

    5/8

     

    5

    Dapatan Kajian

    Seorang peserta kajian iaitu Firdaus (bukan nama sebenar) merupakan seorang murid yang sederhanadi dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Firdaus juga merupakan antara murid yang agak aktifsemasa di dalam kelas. Selain itu, Afiq juga merupakan murid yang pandai membaca dan menulis jawi. Majoriti murid di dalam kelasnya adalah yang telah pandai membaca dan menulis jawi dan

     bukan dari kalangan murid JQaf.

    Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan ke atas Firdaus, pengkaji dapat melihat bahawaFirdaus hanya dapat menjawab lima soalan sahaja betul daripada 15 soalan keseluruhanya berkaitandengan soalan imbuhan akhiran “an”. Daripada 3 pecahan soalan, Firdaus memang mengalamimasalah dalam menulis kata dasar imbuhan akhiran “an” dengan betul. 

    Sebelum sesi intervensi dijalankan, pengkaji telah mendapati bahawa Firdaus tidak dapatmenumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan.Selain itu, Firdaus juga banyak bermain sepanjang PdP tersebut dijalankan. Apabila pengkajimengajukan soalan berkaitan imbuhan akhiran “an”, dia seolah-olah terkejut dan tidak dapat

    menjawab soalan yang diajukan tersebut. Hal ini kerana Firdaus tidak memberikan tumpuan yang

    sepenuhnya semasa proses PdP dijalankan.

    RAJAH 3 : Sebelum sesi intervensi dijalankan 

    Manakala semasa kajian dijalankan, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen bagimemastikan objektif setiap sesi dalam kajian tersebut tercapai. Pada sesi pertama, pengkaji telahmenerangkan konsep pecahan imbuhan akhiran “an”  berdasarkan warna. Pengkaji memberi “Kad

    Warna” kepada setiap peserta kajian dan menerangkan konsep dengan berbantukan slaid. Setelahmemberi penerangan setiap peserta kajian dikehendaki mengetahui dan mengingat warna yang

    terdapat pada kad tersebut untuk meneruskan sesi seterusnya. Pengkaji mengadakan satu ujian bertulisuntuk melihat sejauh mana tahap kefahaman peserta kajian terhadap sesi pertama. Firdaus bukannama sebenar dapat menyelesaikan ujian tersebut tanpa sebarang masalah selepas di jalankan penerangan dengan berbantukan “kad warna”. Temu bual juga dijalankan selepas sesi pertama di jalankan, antara jawapan yang telah di respon oleh Firdaus ialah “Ooo, masing masing ada warna dia

    lah ustaz, kalau tak tahu warna tak boleh main la lepas ni”. Pengkaji melihat di mana Firdaus dapatmemahami konsep warna ini kerana pengkaji telah menceritakan jika ingin bermain perlu kepadakefahaman pecahan warna.

  • 8/20/2019 PENGGUNAAN_KAEDAH_PERMAINAN_DETEKTIF_ALI.pdf

    6/8

     

    6

    RAJAH 4 : Ujian bertulis Sesi pertama

    Bagi sesi intervensi kedua pula, pengkaji menggunakan beberapa instrumen untuk mencapai objektif

    yang ditetapkan iaitu dengan menggunakan instrumen pemerhatian, ujian bertulis dan juga temubual.Pengkaji telah merakam sesi intervensi kedua yang dijalankan ini. Melalui rakaman tersebut, pengkajidapat melihat perubahan demi perubahan yang berlaku kepada Firdaus. Firdaus dilihat semakin bertambah seronok apabila sesi kedua dijalankan kerana ia berkonsepkan bermain. Firdaus

    menyatakan kepada pengkaji bahawa dia berasa seronok untuk belajar dengan kaedah permainan. Sesiujian dilakukan ketika sesi permainan ini dijalankan dan pengkaji telah bertanya kepada Firdaus berkaitan dengan sesi kedua ini dan respon daripada Firdaus “kalau main ni lagi mudah ustaz, sebabdia ada warna doh”.

    RAJAH 5 : Ujian bertulis Sesi Kedua  RAJAH 6 : Firdaus kelihatan seronok

    Bagi sesi terakhir pula iaitu sesi ketiga, pengkaji meminta kesemua peserta kajian menjalankan satu

    ujian bertulis di mana dikehendaki menjawikan perkataan dasar imbuhan akhiran “an” tanpa bantuan permainan “Detektif Alif”.Pengkaji menggunakan beberapa instrument bagi mencapai objektif ini

    iaitu menggunakan instrumen pemerhatian, soal jawab dan juga ujian bertulis. Pengkaji telahmembuat pemerhatian melalui video yang dirakam dan mendapati bahawa Firdaus begitu yakin dan

     bersemangat untuk menjawab soalan yang diberikan. Selain itu, Firdaus juga telah berjaya menjawab

    semua soalan yang diajukan oleh pengkaji. Selepas di jalankan ujian itu, pengkaji menemu bual danfirdaus memberi respon “ustaz, kita ingat doh tiga warna tu, kalo tak tengok pon boleh jawab”. Hal inimerupakan suatu perubahan yang sangat ketara yang telah ditunjukkan oleh Firdaus.

    RAJAH 6 : Firdaus kelihatan bersemangat RAJAH 7 : Ujian bertulis Sesi Ketiga 

  • 8/20/2019 PENGGUNAAN_KAEDAH_PERMAINAN_DETEKTIF_ALI.pdf

    7/8

     

    7

    Jadual 1: Perbandingan perubahan tingkah laku sebelum dan selepas kajian.

    Kesimpulannya, kaedah permainan “Detektif Alif” yang dilaksanakan oleh pengkaji dapat membantu peserta kajian untuk dalam menulis kata dasar imbuhan akhiran “an” dengan betul. Hal ini dapatdibuktikan dengan melihat kepada jawapan yang telah diberikn oleh kesemua lima orang pesertakajian dalam setiap sesi intervensi yang telah dijalankan. Selain itu juga, hal ini juga dapat dibuktikandengan adanya perubahan tingkah laku yang ketara terhadap kesemua lima orang peserta kajiantersebut. Mereka kelihatan sangat seronok dan ceria sepanjang sesi intervensi dijalankan.

    KESIMPULAN

    Secara kesimpulannya, kaedah permainan “Detektif Alif” yang dilaksanakan oleh pengkaji ini dapat

    mencapai objektif yang telah ditetapkan. Melalui proses kajian tindakan menggunakan alat intervensi, pengkaji telah mendapati bahawa kesemua lima orang peserta kajian telah dapat menulis perkataanimbuhan akhiran “an” dengan betul. Kaedah permainan amat membantu murid dalam mengubah

    tingkah laku daripada negatif kepada positif. Melalui warna yang telah di terapkan dalam permainan juga telah membantu murid untuk mengingat cara menulis perkataan imbuhan akhiran “an” dengan

     betul dalam masa yang singkat.

    Terdapat pelbagai kekuatan intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji, antaranya ialah kaedah permainan “Detektif Alif” berkonsepkan kaedah bermain di mana ia dapat menarik minat murid untuk belajar dan lebih menumpukan perhatian. Ia bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Roslita AbRahman (2008) yang menyatakan bahawa “Kebanyakan pelajar adalah kinesthetic learners dan permainan adalah sebagai strategi pembelajaran yang mencukupi. Pelajar menumpukan perhatianyang lebih dan belajar dengan mudah apabila melibatkan pergerakan”. 

    Konsep warna juga di terapkan di dalam alat intervensi ini dan boleh dijadikan kekuatan kepada alatintervensi ini disamping pengkaji memberikan peneguhan positif kepada peserta kajian sewaktu sesiintervensi dijalankan. Dengan konsep warna ia dapat memudahkan peserta kajian untuk membezakansewaktu menulis perkataan imbuhan akhiran “an”. 

    Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang ada pada intervensi yang dijalankan iaitu iaterhad kepada satu skop pembelajaran sahaja di mana tidak meluas. Bagi kajian akan dating, pengkaji

    mencadangkan agar pengkaji yang akan datang memperluaskan lagi skop melalui kaedah permainan

    ini.

    ASPEK   Sebelum  Selepas Ujian -  Hanya dapat menjawab

    lima soalan sahajadaripada 15 soalan.

    -  Boleh menjawab semua

    soalan dengan betul.

    Sikap  -  Tidak memberikantumpuan sepenuhnyasemasa PdP dijalankan.

    -  Kelihatan bermain semasaPdP dijalankan.

    -  Memberikan tumpuan yang penuh sepanjang sesi PdPdijalankan.

    -  Kelihatan sangat ceria danseronok sepanjang sesi PdP

    dijalankan.

  • 8/20/2019 PENGGUNAAN_KAEDAH_PERMAINAN_DETEKTIF_ALI.pdf

    8/8

     

    8

    RUJUKAN

    Aimi Bin Hamzah, Mohd Fauzi Bin Daud & Mohd Syah Bin Ujang (2008).  Buku Teks

     Pendidikan Islam Tahun 3 Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Atan Long. 1993 .  Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya, Amiza Publishing Sdn.

    Bhd.

    http://penyelidikantindakan1.blogspot.com

    Juliza Rosli. (2007). Mengurangkan Kesalahan Murid Tahun Dua Membaca Tanda Fathah,

    Kasrah dan Dhammah dengan Menggunakan Kaedah Mesra Warna. Prosiding

    Penyelidikan Tindakan 2010 PISMP Ambilan Januari 2007. Pp. 71-78

    Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasan Dan Pustaka.

    Mook Soon Sang. 2010.  Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak : Selangor, Penerbit

    Multimedia Sdn. Bhd.

     Nur Hanis Binti Mohd Hatta . 2009 .  Keberkesanan Penggunaan Kaedah Bermain

     Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4

    Othman Lebar. 2007.  Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metod . Perak

    :Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001),  Pembelajaran

     Akses Kendiri. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

    Roslita Bt Ab Rahman . 2008 .  Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Modul

     Permainan Bagi Topik Enzim Dalam Subjek Biologi

    Rosinah Edinin (PhD) . 2012 . Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur;

    Freemind Horizon Sdn. Bhd.

    http://penyelidikantindakan1.blogspot.com/2012/02/panduan-kursus.htmlhttp://penyelidikantindakan1.blogspot.com/2012/02/panduan-kursus.html