penggunaan peralatan elektrik di kolej kediaman jati

7

Click here to load reader

Upload: fairus

Post on 13-Jun-2015

590 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pelajar yang menginap di kolej kediaman lazimnya membawa pelbagai peralatan untuk kegunaan peribadi dan pembelajaran. Peralatan elektrik adalah antara peralatan yang kerap dibawa oleh pelajar ketika menginap di kolej kediaman. Kertas kerja ini merupakan kajian rintis untuk mengetahui jenis peralatan elektrik yang lazimnya digunakan oleh pelajar semasa menginap di kolej kediaman. Hasil kajian ini mendapati 42% pelajar memiliki pengecas bateri telefon bimbit, 45%; komputer riba, 23%; cerek air elektrik, 13%; saterika, 10%; dan pelbagai jenis peralatan elektrik yang lain. Setiap peralatan elektrik pelajar yang digunakan di kolej kediaman dimestikan untuk didaftar dan dikenakan bayaran pendaftaran. Seramai 36% pelajar menyatakan sangat tidak setuju, 29% menyatakan tidak setuju dan 26% menyatakan kurang setuju dengan prosedur pendaftaran peralaran elektrik ini. Hasil kajian ini juga dapat mengumpul maklumat dan cadangan daripada pelajar berkaitan dengan peralatan elektrik yang sewajarnya disediakan oleh pihak pengurusan kolej kediaman.

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Peralatan Elektrik Di Kolej Kediaman Jati

PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK DI KOLEJ KEDIAMAN:

KAJIAN KES DI KOLEJ JATI Ab Malik Marwan Ali

ab, Hamdani Abu Hassan

a, Mohd Hafiz Mohd Hanafiah

a, Rosli Ahmad

a,

Abdul Khatab Mudaa dan Fairus Muhamad Darus

b

aKolej Jati, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

bFakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

[email protected]

Abstrak

Pelajar yang menginap di kolej kediaman lazimnya membawa pelbagai peralatan untuk

kegunaan peribadi dan pembelajaran. Peralatan elektrik adalah antara peralatan yang kerap

dibawa oleh pelajar ketika menginap di kolej kediaman. Kertas kerja ini merupakan kajian rintis

untuk mengetahui jenis peralatan elektrik yang lazimnya digunakan oleh pelajar semasa

menginap di kolej kediaman. Hasil kajian ini mendapati 42% pelajar memiliki pengecas bateri

telefon bimbit, 45%; komputer riba, 23%; cerek air elektrik, 13%; saterika, 10%; dan pelbagai

jenis peralatan elektrik yang lain. Setiap peralatan elektrik pelajar yang digunakan di kolej

kediaman dimestikan untuk didaftar dan dikenakan bayaran pendaftaran. Seramai 36% pelajar

menyatakan sangat tidak setuju, 29% menyatakan tidak setuju dan 26% menyatakan kurang

setuju dengan prosedur pendaftaran peralaran elektrik ini. Hasil kajian ini juga dapat

mengumpul maklumat dan cadangan daripada pelajar berkaitan dengan peralatan elektrik yang

sewajarnya disediakan oleh pihak pengurusan kolej kediaman.

Kata kunci: Peralatan Elektrik, Kolej Jati, Universiti Teknologi MARA

1. Pengenalan

Kolej Jati merupakan salah sebuah di antara 11 buah kolej kediaman yang terdapat di kampus Unversiti

Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kolej ini berbeza dengan kolej-kolej kediaman yang sedia ada di kampus

UiTM. Kolej Jati terletak di luar kawasan kampus iaitu di Seksyen 3 berdekatan dengan Bulatan Bestari. Kolej

ini juga bersebelahan dengan Kolej Meranti dan berdekatan dengan bangunan perniagaan dan gerai makanan di

Seksyen 2. Rajah 1 menunjukan lokasi Kolej Jati.

Rajah 1: Lokasi Kolej Jati di Seksyen 3, berhampiran dengan kampus UiTM, Shah Alam

Kolej Jati

Page 2: Penggunaan Peralatan Elektrik Di Kolej Kediaman Jati

Mengimbas kembali sejarah, Kolej Jati pada asalnya ialah bangunan kediaman pangsa kos rendah yang

dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pada tahun 1980, UiTM (pada ketika itu disebut

ITM) telah menyewa dua buah kawasan kediaman kos rendah ini untuk dijadikan kolej kediaman iaitu Kolej Jati

dan Kolej Meranti (Fairus, 2008). Oleh kerana tempoh menggunaan yang lama, maka pihak pengurusan telah

membuat keputusan untuk membeli terus bangunan ini dan menjadikan ianya sebagai bangunan UiTM.

Kolej Jati terdiri daripada enam buah blok bangunan kediaman pangsa lima tingkat dan mempunyai 296 unit

kediaman. Setiap kediaman mempunyai 3 bilik atau 2 bilik lengkap dengan kemudahan asas seperti bilik

air/tandas, katil, tilam, almari, meja, kerusi dan kipas angin. Setiap kediaman didiami seramai enam orang siswa

dan jumlah keseluruhan yang boleh ditampung di Kolej Jati adalah seramai 1072 orang. Kolej Jati diurus tadbir

oleh sekumpulan pentadbir yang diketuai oleh Pengetua Kolej (staf akademik) dan dibantu oleh Pengurus

Asrama, Penolong Pengurus Asrama serta staf sokongan yang lain. Perbezaan reka bentuk bangunan di Kolej

Jati menjadikan tadbir urusnya sedikit berbeza khususnya dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan

kepada para penghuninya.

Penggunaan peralatan elektrik peribadi di Kolej Jati atau mana-mana kolej kediaman di UiTM merupakan

satu kemudahan yang diberikan kepada penghuni kolej secara bersyarat atau terkawal. Penghuni yang ingin

menggunakan sebarang peralatan elektrik di bilik atau kediaman mereka perlu mendaftarkan terlebih dahulu

peralatan tersebut dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 10 bagi setiap unit bagi tempoh penggunaan satu

semester. Rajah 2 menunjukan carta alir proses pendaftaran penggunaan peralatan elektrik di kolej kediaman.

Rajah 2: Carta alir proses pendaftaran penggunaan peralatan elektrik di kolej kediaman

Bilangan unit peralatan elektrik peribadi yang dibenarkan untuk digunakan dibilik atau kediaman pelajar

berbeza-beza antara satu kolej dengan kolej kediaman yang lain kerana ia bergantung kepada bilangan penghuni

yang boleh ditampung di dalam sesebuah bilik atau kediaman. Yuran pendaftaran penggunaan peralatan elektrik

ini mula dikenakan kepada penghuni semenjak tahun 2002 dengan tujuan untuk mengawal selia peralatan

elektrik yang dibawa dan digunakan dalam bilik atau kediaman pelajar. Kertas kerja ini membincangkan tentang

jenis-jenis peralatan elektrik peribadi yang digunakan oleh pelajar khususnya di Kolej Jati dan mengupas

permasalahan dan cadangan daripada para pelajar berkaitan dengan pendaftaran penggunaan peralatan elektrik.

Pelajar membawa peralatan elektrik di

pejabat kolej untuk tujuan pemeriksaan

dan kebenaran mendaftar

Setelah mendapat kebenaran, pelajar

mengisi borang pendaftaran penggunaan

peralatan elektrik dan membuat bayaran

di pejabat kewangan (bendahari)

Setelah membuat pembayaran, salinan

resit diserahkan ke pejabat kolej untuk

mendapatkan pelekat

‘daftar barang elektrik’

Pelekat yang diterima hendaklah

ditampal pada peralatan elektrik di

bahagian yang mudah dilihat

Page 3: Penggunaan Peralatan Elektrik Di Kolej Kediaman Jati

2. METODOLOGI 2.1 Kaedah persampelan

Kajian ini melibatkan hanya melibatkan penghuni Kolej Jati yang menginap pada sesi disember 2008 dan Julai

2009. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang inventori kendiri bagi mengetahui jenis peralatan

elektrik peribadi yang digunakan di Kolej Jati. Pemilihan responden dibuat secara rawak melalui kunjungan ke

bilik atau kediaman pelajar oleh Pengawai Pembangunan Pelajar (PPP) dan juga Jawatankuasa Perwakilan Kolej

(JPK).

2.2 Kaedah analisa data

Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif untuk mengetahui peratusan jenis-jenis peralatan elektrik peribadi

yang digunakan oleh pelajar di Kolej Jati. Analisa juga dibuat terhadap cadangan atau ulasan yang diberikan oleh

pelajar.

3. PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

3.1 Latar belakang responden

Kajian ini melibatkan seramai 296 orang pelajar siswa yang menginap di Kolej Jati. Lima puluh lima peratus

daripada responden dalam kajian ini adalah pelajar di dalam jurusan penganjian sains dan teknolgi, manakala

45% pula adalah daripada pengajian sains sosial. Rajah 3 menunjukkan pecahan peratusan bilangan responden

mengikut semester pengajian. Didapati majoriti daripada penghuni Kolej Jati terdiri daripada pelajar di tahun

pengajian pertama iaitu yang sedang belajar di semester satu dan dua. Perkara sebegini adalah lumrah bagi kolej

kediaman siswa kerana bilangan kolej yang boleh menampung pelajar-pelajar adalah sangat terhad. Justeru itu,

keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar baru untuk menginap di kolej kediaman.

Rajah 3: Pecahan peratusan responden mengikut semester pengajian

3.2 Jenis Penggunaan Peralatan Elektrik Peribadi

Berdasarkan borang inventori kendiri yang diisi sendiri oleh pelajar menunjukkan sebanyak 11 jenis peralatan

elektrik yang menjadi kelaziman pelajar siswa guna di Kolej Jati. Rajah 4 menunjukkan jenis-jenis peralatan

elektrik peribadi yang ada di dalam bilik atau kediaman pelajar di Kolej Jati. Berdasarkan rajah tersebut didapati

peratusan tertinggi peralatan elektrik yang kerap digunakan di kolej kediaman ialah telefon bimbit (45%) iaitu

melibatkan pengecas bateri telefon bimbit. Corak kehidupan para pelajar di universiti pada masa kini

menunjukkan keperluan memiliki telefon bimbit sebagai satu keperluan peribadi. Namun ramai pelajar yang

Page 4: Penggunaan Peralatan Elektrik Di Kolej Kediaman Jati

tidak mendaftarkan pengecas bateri sebagai peralatan elektrik kerana peralatan ini mudah disimpan atau disorok

jika pemeriksaan ke bilik dilakukan oleh Pengawai Pembangunan Pelajar.

Rajah 4: Jenis-jenis peralatan elektrik yang digunakan oleh pelajar di Kolej Jati.

Peralatan elektrik kedua yang kerap digunakan di Kolej Jati oleh para pelajar ialah komputer riba (23%) atau

‘labtop’. Peralatan elektrik ini merupakan peralatan yang kerap digunakan untuk pembelajaran seperti

menyiapkan tugasan, melayari internet dan juga digunakan untuk berhibur seperti menontot video dan

mendengar lagu. Komputer riba menjadi pilihan pelajar kerana ianya mudah dibawa ke mana-mana dan ianya

juga tidak memerlukan ruang yang banyak berbanding dengan komputer meja atau ‘Desktop’ komputer.

Cerek air elektrik (13%) merupakan peralatan elektrik ketiga yang banyak digunakan oleh penghuni di Kolej

Jati selepas pengecas bateri telefon bimbit dan komputer riba. Cerek air elektrik digunakan oleh pelajar untuk

menyediakan air minuman dan juga untuk menikmati makanan segera yang memerlukan air panas. Lazimnya

penggunaan cerek air elektrik ini dikongsi bersama oleh pemiliknya dengan rakan-rakan sebilik atau serumah.

Satu lagi peralatan yang lazimnya dikongsi bersama oleh pemilik dengan rakan-rakan sebilik atau serumah ialah

seterika atau peralatan pengosok baju (10%) . Peralatan ini digunakan oleh pelajar untuk mengosok pakaian

kameja yang diwajibkan oleh pihak pengurusan universiti untuk dipakai setiap hari isnin.

Lain-lain peralatan elektrik yang digunakan oleh pelajar dalam peratusan yang kecil ialah Pencetak atau

printer (3%), komputer maja atau komputer ‘desktop’ (1%), lampu meja (1%), pembesar suara komputer (1%),

pemain MP3 (1%) dan kipas (1%).

3.3 Bilangan unit peralatan elektri peribadi

Dalam kajian ringkas ini, responden diminta juga menyatakan bilangan unit peralatan elekrik peribadi yang

mereka miliki. Rajah 5 menunjukkan pecahan peratusan mengikut bilangan unit peralatan elektrik bagi setiap

pelajar. Pelajar yang menggunakan satu unit peralatan elektrik peribadi di Kolej Jati adalah seramai 65%, diikuti

dengan 18% menggunakan 2 unit peralatan elektrik peribadi. Manakala 13% pelajar menyatakan mereka

menggunakan 3 unit peralatan elektrik peribadi. Hanya 3% dan 1% pelajar di Kolej Jati menggunakan peralatan

elekterik peribadi sebanyak 4 unit dan 5 unit.

Terdapat sebahagian kolej kediaman melaksanakan polisi mengehadkan bilangan unit peralatan elektrik

peribadi yang boleh digunakan di kolej mereka. Lazimnya, had ini dikenakan kepada peralatan yang boleh

dikongsi bersama seperti seterika, pengering rambut dan sebagainya. Tujuan mengehadkan bilangan unit

peralatan elektrik bertujuan untuk mengelakkan beban menggunakan tenaga elektrik di waktu puncak. Walau

bagaimanapun, di Kolej Jati bilangan unit peralatan elektrik peribadi yang dibenarkan adalah berdasarkan budi

bicara pengurusan kolej.

Page 5: Penggunaan Peralatan Elektrik Di Kolej Kediaman Jati

Rajah 5: Pecahan peratusan bilangan pelajar yang membawa peralatan elektrik peribadi

mengikut bilangan unit di Kolej Jati

3.4 Yuran pendaftaran penggunaan peralatan elektrik

Yuran yang dikenakan bagi setiap pendaftaran penggunaan peralatan elektrik peribadi di Kolej Jati ialah RM 10

bagi setiap unit. Pada peringkat awal apabila yuran pendaftaran penggunaan peralatan elektrik diperkenalkan

pada sesi Julai 2002, ramai di kalangan pelajar yang membantah. Meskipun, pelaksanaan yuran peralatan

elektrik bukanlah sesuatu yang baru di kolej-kolej kediaman universiti tempatan. Malahan, pelaksanaanya yuran

ini di UiTM adalah antara yang paling lewat dilaksanakan berbanding dengan universiti-universiti yang lain di

Malaysia.

Dalam kajian ringkas ini, responden diminta memberi cadangan jumlah yuran pendaftaran penggunaan

peralatan elektrik peribadi yang wajar dikenakan kepada pelajar bagi setiap semester. Rajah 6 menunjukkan

peratusan bilangan pelajar yang mencadangan jumlah yuran yang wajar dikenakan untuk pendaftaran

penggunaan peralatan elektrik peribadi di kolej kediaman.

Rajah 6: Cadangan yuran pendaftaran penggunaan peralatan elektrik peribadi di kolek kediaman

Seramai 49% pelajar mencadangan tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas penggunaan peralatan elektrik

peribadi di kolej kediaman. Manakala 18% pula mencadangan hanya RM 1 sahaja dikenakan bagi setiap unit

peralatan yang digunakan. Bagi yuran pendaftaran RM 2 hanya 12% pelajar yang bersetuju. Begitu juga yuran

Page 6: Penggunaan Peralatan Elektrik Di Kolej Kediaman Jati

pendaftaran RM 5 hanya 10% sahaja yang bersetuju. Bagi yuran pendaftaran RM 10 iaitu jumlah yang

dikenakan pada ketika ini hanya 4% sahaja yang bersetuju. Hasil dapatan kajian ini mendapati hampir 90%

daripada penghuni Kolej Jati tidak bersetuju dengan yuran pendaftaran penggunaan peralatan elektrik peribadi

sebanyak RM 10 yang sedang dilaksanakan pada masa kini.

3.5 Cadangan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan peralatan elektrik di Kolej Jati

Dalam kajian ini responden diberi peluang untuk member saranan dan cadangan untuk penambah baikan tadbir

urus pengurusan kolej kediaman khususnya berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan berkaitan dengan

peralata elektrik di Kolej Jati. Antara cadangan yang kerap dikemukakan oleh responden ialah cadangan

memansurkan yuran pendaftaran penggunaan peralatan elektrik di kolej kediaman. Mereka berpendapat bahawa

pemansuhan yuran ini akan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka. Terdapat juga

cadangan memohon untuk pihak pengurusan kolej untuk mempertimbangan pengurangan yuran pendaftaran

penggunaan peralatan elektrik.

Cadangan yang kedua yang kerap diutarakan dalam maklum balas kajian ini ialah cadangan memohon pihak

pengurusan kolej menyediakan peralatan elektrik yang boleh digunakan bersama oleh penghuni kolej seperti

cerek air elektrik dan seterika serta lampu meja untuk belajar.Dengan penyediaan peralatan ini penghuni tidak

perlu membawa peralatan elektrik sendiri dan seterusnya tidak perlu membayar yuran pendaftarannya.

Selain itu juga, penghuni kolej memohon pihak pengurusan kolej untuk menambah bilangan soket yang sedia

ada di bilik atau kediaman mereka di Kolej Jati. Bilangan soket yang terhad menyebabkan pelajar terpaksa

menggunakan sambung soket untuk mengguna peralatan elektrik peribadi mereka.

3.6 Implikasi kajian

Kajian ringkas ini dapat memberi gambaran tentang reaksi penghuni Kolej Jati terhadap pelaksanaan tadbir urus

berkaitan penggunaan peralatan elektrik peribadi di kolej kediaman. Dengan mengetahui jenis-jenis peralatan

elektrik yang kerap dibawa dan digunakan oleh pelajar membolehkan pihak pengurusan kolej merancangan dan

memenuhi keperluan infrastruktur bagi menampung kegunaan peralatan elektrik di kolej kediaman. Sebagai

contohnya, berdasarkan dapatan kajian ini didapati bilangan soket yang sedia ada di dalam kediaman pelajar

perlu dikaji semula. Cadangan oleh pelajar untuk menambah soket adalah wajar untuk dipertimbangkan. Ini jelas

dapat dilihat dengan penggunaan sambungan soket yang digunakan oleh pelajar bagi mengatasi masalah

kekurangan soket di bilik mereka. Cadangan untuk memansuhkan atau mengurangkan yuran pendaftaran

penggunaan peralatan elektrik mungkin sukar dilaksanakan diperingkat kolej kerana ianya diluar bidang kuasa

pihak pengurusan kolej. Langkah yang boleh diambil ialah dengan membawa perkara ini ke pengetahuan pihak

pengurusan atasan untuk dipertimbangkan.

4. KESIMPULAN

Kajian penggunaan peralatan elektrik di kolej kediaman dalam konteks di Kolej Jati ini merupakan satu kajian

rintis bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang kemudahan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan

peralatan elektrik di kolej kediaman. Kajian ringkas telah dapat menyenaraikan peralatan elektrik peribadi yang

digunakan di kalangan penghuni di Kolej Jai. Selain itu juga, maklum balas penghuni terhadap kadar yuran

pendaftaran penggunaan peralatan elektrik telah memberi petunjuk tentang jumlah wang yang dianggap tinggi

oleh pelajar untuk membayar yuran pendaftaran tersebut. Faktor ini boleh dijadikan sebab kenapa sebahagian

daripada penghuni enggan untuk mendaftar peralatan elektrik mereka.

Penghargaan

Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada semua Pengurus Asrama dan kakitangan Kolej Jati dan

Jawatankuasa Perwakilan Kolej serta Jawatankuasa Perwakilan Blok Kolej Jati yang terlibat di dalam

menjayakan kajian ini. Sekalung penghargaan juga kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UiTM

kerana memberi sokongan dan dorongan untuk merealisasikan kajian rintis ini.

Rujukan

Fairus Muhamad Darus. (2008). Memperkasakan tadbir urus kemudahan kediaman pelajar menuj kecemerlangan

hari esok. Dlm. Syed Yusainee Syed Yahya, Fairus Muhamad Darus dan Adnan Omar. Prosiding Seminar Tadbir

Urus Kemudahan Kediaman Pelajar. UPENA UiTM. Shah Alam

Page 7: Penggunaan Peralatan Elektrik Di Kolej Kediaman Jati

Ab Malik Marwan Ali, Hamdani Abu Hassan, Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, Rosli Ahmad, Abdul Khatab Muda

dan Fairus Muhamad Darus. 2009. Penggunaan Peralatan Elektrik Di Kolej Kediaman: Kajian Kes Di Kolej Jati.

1st Regional Residential Officers’ Convention: Towards Students’ Holistic Development. 7 – 8 October 2009.

Intekma Resort & Convention Center, Shah Alam. ISBN: 978-967-305-421-5