penggunaan internet untuk tujuan pembelajaran … · penggunaan internet untuk tujuan pembelajaran...

25
PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lythien

Post on 07-Aug-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN

REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH

SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …
Page 3: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN

REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH

SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

Page 4: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

ii

Page 5: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

iii

Page 6: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

iv

DEDIKASI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teristimewa Buat

Ayanhanda & Bonda

AHMAD KERYA & HASIMAH ABDULLAH

Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Sejak Kecil Hingga Akhirnya

Doa Dan Restumu Menjadi Sumber Kejayaanku

Dulu,Kini Dan Insyaallah Seterusnya

Buat kakak dan adik-adik

NURUL AINI AHMAD, INTAN TASNIM AHMAD,KHAIRUN NISAK AHMAD

& NUR IMANINA AHMAD

Terima Atas Sokongan Kalian

Buat Guru-guru dan pensyarah

Jasamu Kan Ku Kenang

Kerana Mendidik Diri Ini

Buat

Rakan-Rakan Seperjuangan

Sahabat-sahabat yang Disayangi

Semoga Kalian

Berjaya Dalam Bidang Yang Diceburi Dan Diramati Oleh Yang Maha Esa

Page 7: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan

rahmat dan izin-Nya dapat penulis menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan

jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan

seluruh ahli keluarga baginda.

Pertama-tamanya penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Tn Hj Johari b. Hassan selaku penyelia Projek Sarjana Muda dan juga jutaan

terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana banyak membantu dan member

tunjuk ajar kepada penulis sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga

segala tunjuk ajar yang diberikan dirahmati dan diredhai oleh Allah.

Ingatan tulus ikhlas yang tidak terhingga kepada ayanhanda dan bonda yang

tercinta yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan anakanda di dunia dan akhirat.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keduanya.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Page 8: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

vi

ABSTRAK

Penggunaan internet dikalangan masyarakat Malaysia umumnya semakin meluas

sehingga ke kawasan luar Bandar termasuklah di daerah Pulau Langkawi,Kedah. Kajian

ini bertujuan untuk melihat penggunaan internet di kalangan remaja sekolah, faktor

penggalak dan faktor penghalang pelajar menggunakan internet untuk tujuan

pembelajaran. Kajian ini melibatkan seramai 180 orang pelajar tingkatan satu hingga

tingkatan tiga di 3 buah sekolah sekitar daerah tersebut yang dipilih secara rawak

berstrata. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soal selidik yang dibahagikan

kepada tiga bahagian. Kajian merangkumi latar belakang responden, tahap kekerapan

penggunaan aplikasi internet di kalangan pelajar, faktor penghalang dan faktor

penggalak bagi pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Data yang

diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science,

Version 18.0 (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan

purata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan aplikasi internet di

kalangan responden, adalah pada aras rendah. Hal ini kerana lebih daripada 50%

responden sukar untuk mendapatkan kemudahan internet dan kebanyakkan responden

menjadikan sekolah atau cyber café sebagai tempat untuk mendapatkan kemudahan

internet. Responden telah memperuntukkan masa 1 hingga 3 jam untuk mendapatkan

maklumat berbanding hanya 1 jam untuk tujuan hiburan. Guru dan ibu bapa merupakan

faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran

manakala kemudahan internet dan sikap pelajar menjadi faktor penghalang kepada

penggunaan internet dalam pembelajaran.

Page 9: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

vii

ABSTRACT

Internet usage among Malaysian public is getting wider even to the rural areas,

including the island of Pulau Langkawi, Kedah. The aims of the study are to look at

Internet usage among adolescents, barriers and motivations factors to students in using

the Internet for learning. This study involved 180 students from Form One to Form

Three at 3 different schools in the district that were chosen randomly. The research

instruments used was a questionnaire that was divided into three parts; the background

of the respondents, the frequency of usage, and the barriers and motivations factors for

the students using the Internet for learning. The data was processed by using the

Statistical Package for Social Science, Version 18.0 (SPSS) and presented in form

percentages, frequencies and averages. The findings indicated that the used of the

Internet among the respondents, were at low levels. This is because more than 50% of

respondents had difficulty in getting the internet access and most of the respondents used

school or a cyber café as for place to get internet access. Respondents allocated about 1

to 3 hours to get information as compared to only one hour for entertainment purposes.

Teachers and parents were the main factors that encourage students to use the Internet

for learning while the internet facilities and students' attitudes were the hindering factors

to the usage of Internet for learning.

Page 10: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

STATUS PENGESAHAN TESIS

JUDUL i

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

Page 11: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

ix

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Permasalahan Kajian 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Kepentingan kepada pelajar 7

1.6.2 Kepentingan kepada Guru 7

1.6.3 Kepentingan kepada sekolah 7

1.6.4 Kepentingan kepada ibu bapa 8

1.6.5 Kepentingan kepada masyarakat 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi/Istilah 9

1.8.1 Pembestarian sekolah 9

1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 10

1.8.3 Remaja 10

1.9 Penutup

11

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

Page 12: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

x

2.2 Internet 13

2.3 Internet dalam Pendidikan 14

2.4 Penggunaan Internet di Kalangan Pelajar 16

2.5 Sumber internet yang dapat membantu dalam proses

pembelajaran dan pengajaran

18

2.6 Pembelajaran berpusatkan murid 21

2.7 Gaya Pembelajaran Konstruktivisme 22

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27

3.4 Instrumen Kajian 28

3.4.1 Bahagian A 29

3.4.2 Bahagian B 29

3.4.3 Bahagian C 30

3.5 Keesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 30

3.6 Kajian Rintis 31

3.7 Analisis Data 32

3.8 Prosedur Kajian 34

3.9 Kesimpulan

35

Page 13: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

xi

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden) 37

4.2.1 Jantina 37

4.2.2 Pendapatan Keluarga 38

4.2.3 Tahap Pendidikan Bapa dan Ibu 38

4.2.4 Kemudahan Mendapatkan Internet

4.2.5 Tempat Mendapatkan Kemudahan Internet

39

40

4.2.6 Tujuan Penggunaan Internet

4.2.7 Peruntukan Masa Mencari Maklumat untuk Sehari

4.2.8 Peruntukan Masa untuk Hiburan dalam Sehari

40

41

41

4.3 Analisis Data Bahagian B 42

4.3.1 Perbezaan Min antara Sekolah Menengah

Kebangsaan Mahsuri dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Kedawang

44

4.4 Analisis Data Bahagian C 47

4.4.1 Faktor penggalak kepada pelajar untuk

menggunakan internet dalam pembelajaran

47

4.4.2 Faktor penghalang kepada pelajar untuk

menggunakan internet dalam pembelajaran

50

4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian

53

Page 14: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

xii

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Ringkasan Kajian

5.2.1 Latar Belakang Responden

57

57

5.3 Perbincangan 58

5.3.1 Sumber Penggunaan Internet di Kalangan

Responden

58

5.3.2 .Jenis Aplikasi Internet yang Kerap Dilayari oleh

Pelajar

60

5.3.3 Faktor penggalak pelajar menggunakan internet

untuk tujuan pembelajaran

63

5.3.4 Faktor penghalang pelajar menggunakan internet

untuk tujuan pembelajaran.

64

5.4 Kesimpulan 65

5.5 Cadangan 66

5.5.1 Pihak Pelajar 67

5.5.2 Pihak Guru 67

5.5.3 Pihak Ibu Bapa 68

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.7 Penutup 69

Rujukan 71-74

Lampiran 75-85

Page 15: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Pengkelasan Skala Likert 30

3.2 Pekali Alpha Cronbach 31

3.3 Jadual Pentafsiran Min 32

3.4 Skor Kekerapan Melayari Internet 33

3.5 Klasifikasi terhadap item 34

3.6 Skala min 34

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Kekerapan Penggunaan Internet ( Tujuan

Pembelajaran)

43

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Kekerapan Penggunaan Internet ( Tujuan

Lain Seperti Hiburan, Sosial dan Lain-lain)

44

4.3 Perbezaan Min antara Sekolah Menengah

Kebangsaan Mahsuri dan Sekolah Menengah

45

Page 16: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

xiv

Kebangsaan Kedawang

4.4 Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK

Mahsuri untuk Kekerapan Menonton Video

46

4.5 Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK

Mahsuri untuk Kekerapan Melayari Laman Web

Berunsur Ponografi

46

4.6 Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK

Mahsuri untuk Kekerapan Membeli Belah Secara

Atas Talian

47

4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak

Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Guru)

48

4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak

Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Ibu Bapa)

49

4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak

Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Laman

Web)

50

4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang

Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Guru dan

Ibu Bapa)

51

Page 17: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

xv

4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang

Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Internet)

52

4.12 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang

Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Sikap

Pelajar)

53

4.13 Analisis Keseluruhan Min Responden yang

Menjawab Persoalan 4 dan 5

54

Page 18: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

4.1 Peratusan Mengikut Jantina 37

4.2 Peratusan Pendapatan Keluarga 38

4.3 (i) Peratusan Tahap Pendidikan Bapa 39

4.3 (ii) Peratusan Tahap Pendidikan Ibu 39

4.4 Peratusan Kemudahan Mendapatkan Internet 39

4.5 Peratusan Tempat Mendapatkan Kemudahan Internet 40

4.6 Peratusan Tujuan Penggunaan Internet 41

4.7 Peratusan Peruntukan Masa Mencari Maklumat per Hari 41

4.8 Peratusan Peruntukan Masa untuk Hiburan per Hari 42

Page 19: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

xvii

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran EPRD 77

B Set Soal Selidik 78-86

Page 20: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan masa kini telah mengalami perubahan ekoran daripada

perubahan taraf sosial masyarakat daripada era agrarian sehinggalah kini memasuki era

teknologi maklumat. Sistem pendidikan kini dikatakan mengalami perubahan daripada

penggunaan teori behaviorisme kepada kognitisme dan seterusnya ke konstruktisme.

Melalui perancangan pelaksanaan pembestarian semua sekolah menjelang tahun

2010, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diterapkan dan

diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada proses

pembestarian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-

sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah

dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan

komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses

Page 21: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

2

pengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah

RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah

seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan

berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006).

Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang

mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia

(NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Dengan bermulanya penciptaan

komputer, teknologi ini menjadi salah satu alat yang memudahkan golongan pendidik

untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan pelbagai gaya dan menjadi tarikan

kepada pelajar.

Pengunaan komputer bukanlah sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak

awal 60 an lagi terutama di Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia

juga tidak ketinggalan dalam melopori teknologi ini untuk diadaptasikan dalam dunia

pendidikan.

Dewasa ini, internet menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di kalangan

pelbagai lapisan masyarakat. Tidak mengira golongan, samaada kanak-kanak seawal

umur pra sekolah sehinggalah golongan emas, internet sudah menjadi kebiasaan

digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga

untuk hiburan. Dengan kemajuan teknologi yang pesat pada masa kini, internet dapat

diakses di mana sahaja dengan mudahnya ditambah lagi dengan adanya teknologi jalur

lebar, wifi dan sebagainya.

Internet di lengkapi dengan kemudahan “world wide web” memudahkan

pengguna untuk mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan. Maklumat yang

diperoleh merangkumi seluruh pelosok dunia. Dengan kemudahan yang sebegini

menjadikan masyarakat Malaysia khususnya mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan

lebih cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling hinggalah ke dunia luar.

Page 22: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

3

1.2 Permasalahan Kajian

Secara tradisinya, proses pengajaran dan pembelajaran di sampaikan melalui

interaksi antara guru dan pelajar. Dimana guru menjadi gedung ilmu kepada pelajar.

Masalah yang selalu timbul adalah apabila pelajar terlalu mengharap kepada guru untuk

mendapatkan sesuatu ilmu. Di sini akan timbul isu “spoon feeding” dalam proses guru

menyampaikan isi pengajaran. Sekaligus secara tidak langsung, dunia persekolahan

melahirkan pelajar yang ‘pasif’, tidak mempunyai sikap berdikari dan tidak ada

semangat kompetatif.

Oleh itu, sudut pandang para pelajar perlu diubah untuk melahirkan pelajar yang

bersikap berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh, mempunyai sifat-sifat yang mulia

dan bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita

yang dicita-citakan. (Mohd Hajiman Haji Mat Jusak,2002) Selari dengan perkembangan

semasa, menjadikan internet sebagai salah satu solusi terbaik untuk menjadi jalan keluar

kepada permasalahan di atas.

Kata pepatah ada mengatakan,antara guru terbaik adalah pengalaman. Hal ini

juga perlu diserapkan kepada pelajar. Oleh itu, internet menyediakan pelajar untuk

menimba ilmu sendiri melalui pengalamannya mencari, menganalisa dan menimbal

buruk baik sesuatu maklumat. Dengan kaedah ini bukan sahaja dapat melatih pelajar

untuk berdikari dan bertanggungjawab malah dapat mendidik pelajar untuk berfikir

secara lebih kritis dan kreatif. Internet juga dapat menjadi platform untuk pelajar

mengambil bahagian dengan cara tersendiri dan menjadikan pelajar tidak terlalu

mengharapkan kepada orang lain.

Selaras dengan perkembangan dunia masa kini, pelajar dan guru perlu menukar

paradigma dengan tidak meletakkan tumpuan ilmu itu hanya kepada guru. Pelajar perlu

dididik untuk menjana cara fikir tersendiri. Masa kini pelajar dan guru perlu sedar akan

persaingan yang akan dihadapi apabila pelajar-pelajar ini melangkah ke dunia luar.

Guru perlu berperanan sebagai fasilitator dan motivator kepada pelajar untuk berfikiran

lebih terbuka dan berpandangan jauh.

Page 23: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

4

Untuk tujuan pembelajaran pelajar, internet menyediakan pelbagai kemudahan

seperti tutorial elektronik seperti Skor A, portal-portal pendidikan, email, enjin carian

maklumat dan sebagainya.

Kemudahan teknologi yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem

telekomunikasi dan pengkalan data (data base) membolehkan segala maklumat

diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Walau bagaimana pun, ia

bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti maklumat tersebut dalam

WWW (World Wide Web), bagaimana ia diperolehi, dan bila seharusnya ia patut

digunakan.

Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, Internet adalah pilihan

yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai penyalur

pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubungkan antara manusia sejagat setiap

masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi

jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995).

1.3 Pernyataan Masalah

Dewasa ini, internet menjadi sumber maklumat yang tidak terbatas. Hal ini

menjadikan internet di gunakan oleh semua lapisan umur. Dengan kemudahan world

wide web (www), internet digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat,

komunikasi dan tidak kurang juga untuk tujuan hiburan semata-mata.

Akibat daripada penyalahgunaan internet terutama di kalangan pengguna yang

berusia muda menjadi kebimbangan kepada guru, ibu bapa dan juga masyarakat.

Kebimbangan ini diakibatkan oleh masalah-masalah yang wujud akibat penyalahgunaan

internet di kalangan pengguna muda ini, contohnya seperti masalah sosial, ponteng

sekolah dan internet juga menyebabkan pengguna di kalangan pelajar hilang minat untuk

belajar kerana banyak masa dihabiskan untuk melayari internet.

Page 24: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

5

Dalam isu pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat

berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ini. Hal ini kerana mungkin

kerana kekurangan kesedaran di kalangan guru, pelajar dan juga umum tentang

kelebihan internet yang dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tetap di takok lama dengan

hanya menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan guru. Dan isu spoon feeding

tetap menjadi budaya dikalangan pelajar di Malaysia.

Dalam membincangkan isu ini, tidak dapat lari daripada turut membincangkan

tentang isu pembestarian sekolah yang mula dilaksanakan semenjak tahun 1996.

Perancangan pembestarian sekolah ini mengsasarkan pada tahun 2010 semua sekolah

sudah dapat mengaplikasikan pembelajaran berdasarkan komputer sepenuhnya. Pada

tahun 2010, sejauhmanakah semua sekolah dapat menggunakan komputer sebagai

sumber utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana keadaan

semasa yang masih mangalami masalah keterbatasan kemahiran guru dalam penggunaan

komputer dan juga kekurangan kemudahan sekolah.

Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kajian kepada kawasan di daerah

Pulau Langkawi, Kedah. Rasional penyelidik memilih kawasan ini adalah bertujuan

untuk mengkaji tahap penggunaan dan pendedahan internet di daerah ini. Dalam masa

yang sama dapat mengaitkan penggunaan internet di dalam pembelajaran pelajar. Jika

dilihat daripada sudut geografi, Pulau Langkawi adalah daerah yang terpisah daripada

tanah besar. Daerah ini dapat diklasifikasikan sebagai kawasan luar Bandar secara

umumnya. Namun begitu, daerah ini terkenal sebagai pusat pelancongan yang sentiasa

menjadi tumpuan bukan sekadar pelancong tempatan malah ia juga menjadi tumpuan

kepada pelancong asing. Oleh itu, pengkaji dapat mengetahui kaitan antara geografi dan

persekitaran daerah ini dalam mempengaruhi penggunaan internet di kalangan remaja.

Page 25: PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN … · PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI …

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana internet

membantu pelajar dalam pembelajaran. Antara objektif kajian adalah:-

1.4.1 Mengenalpasti sumber penggunaan internet di kalangan pelajar.

1.4.2 Mengenalpasti jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar.

1.4.3 Mengenalpasti faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet

sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran.

1.4.4 Mengenalpasti faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai

saluran maklumat untuk pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa persoalan yang merangkumi

aspek-aspek berikut:

1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet?

2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar?

3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet

sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran?

4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar mmenggunakan internet sebagai

saluran maklumat untuk pembelajaran?

1.6 Kepentingan Kajian

Pada era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan kini menjadikan internet

merupakan salah satu alat komunikasi yang penting dalam segala aspek kehidupan.