penggunaan internet lebih banyak memberi kebaikan daripada keburukan

Upload: mr-a-nazri

Post on 07-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan Daripada Keburukan

    1/3

    Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan

    Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para

    pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum danselamat sejahtera.

    Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu Penggunaan

    Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan. Saya sebagai

    pembangkang amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya

    ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

    Para hadirin sekalian,

    Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang

    kita faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem

    maklumat global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala

    bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada penggunaan Internet ini. Tetapiternyata ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

    Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa

    sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan

    sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam

    Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan

    akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatuyang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang

    asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan

    tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan

    boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila.

    Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan

    mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka jugamembazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan

  • 8/6/2019 Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan Daripada Keburukan

    2/3

    permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di

    depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu

    bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-

    kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan

    dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan

    menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang

    sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar

    memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi

    menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.

    Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang

    semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet.

    Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluarbergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet

    sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-

    pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet.

    Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak

    dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan

    kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh

    dijalankan.

    Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet

    meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat

    malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka

    kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah

    penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan

    mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan.

    Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku

    penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan

    oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

    Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara

    masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang

    mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah

    penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang

    agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita

    perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa

  • 8/6/2019 Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan Daripada Keburukan

    3/3

    agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang

    menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain.

    Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan

    bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai.

    Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah Terlajak perahu

    boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

    Sekian sahaja, terima kasih