penggunaan bahasa inggeris di kalangan pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di...

19
Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik Abstrak Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji penggunaan bahasa Inggeris yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kajian ini melibatkan responden yang dipilih secara rawak berkelompok bagi jabatan kejuruteraan elektrik di politeknik. Dapatan kajian menunjukkan persediaan dari aspek penggunaan alat bahan bantu mengajar asas amat diperlukan oleh responden. Selain itu, penggunaan nota pengkuliahandalam bahasa Inggeris perlu diperbanyakkan. Hasil kajian juga menunjukkan penguasaan bahasa inggeris yang kurang memuaskan bagi pensyarah di politeknik. Oleh itu, untuk menjayakan perlaksanaan penggunaan bahasa Inggeris ini, program-program peningkatan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan warga politeknik wajar dijalankan. Pengenalan Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa yang paling utama atau bahasa nombor satu dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan di era perkembangan pesat dan teknologi moden seperti pengenalan televisyen satelit, telefon selular dan rangkaian komputer malahan hampir 99 peratus maklumat dalam internet adalah dalam bahasa Inggeris (Ahmad Zahri Jamil, 2002). Ia menjadi sangat penting kerana globalisasi dan pengantarabangsaan telah mengubah struktur kerjaya,

Upload: sashindran-viliam

Post on 28-Jul-2015

295 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Politeknik

Abstrak

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji penggunaan bahasa Inggeris yang diperlukan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah di Jabatan Kejuruteraan

Elektrik, Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kajian ini melibatkan responden yang dipilih secara

rawak berkelompok bagi jabatan kejuruteraan elektrik di politeknik. Dapatan kajian

menunjukkan persediaan dari aspek penggunaan alat bahan bantu mengajar asas amat

diperlukan oleh responden. Selain itu, penggunaan nota pengkuliahandalam bahasa Inggeris

perlu diperbanyakkan. Hasil kajian juga menunjukkan penguasaan bahasa inggeris yang

kurang memuaskan bagi pensyarah di politeknik. Oleh itu, untuk menjayakan perlaksanaan

penggunaan bahasa Inggeris ini, program-program peningkatan kemahiran berbahasa

Inggeris di kalangan warga politeknik wajar dijalankan.

Pengenalan

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa yang paling utama atau bahasa nombor satu dunia. Ia

dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan

berkesan di era perkembangan pesat dan teknologi moden seperti pengenalan televisyen

satelit, telefon selular dan rangkaian komputer malahan hampir 99 peratus maklumat dalam

internet adalah dalam bahasa Inggeris (Ahmad Zahri Jamil, 2002). Ia menjadi sangat penting

kerana globalisasi dan pengantarabangsaan telah mengubah struktur kerjaya, mempengaruhi

pendidikan, latihan kemahiran dan mencabar reka bentuk kurikulum dalam budaya majmuk

serta pendidikan kosmopolitan. Dalam konteks ini, penguasaan bahasa Inggeris menjadi salah

satu indikator graduan cekap berbahasa, berkomunikasi dan berhujah, kekuatan berfikir dan

menyelesaikan masalah, kecerdasan emosi dan sifat kepimpinan.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi, perubatan perdagangan dan

lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan pengetahuan ekonomi.

Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Bahasa Inggeris banyak digunakan

seolah-olah ia menjadi satu hakikat bahawa untuk memperolehi ilmu dan maklumat mesti

Page 2: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

menerusi Bahasa Inggeris. Ini menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang

sangat penting (Fadhlina Mohd. Azizuddin, 2006).

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam

subjek teknika lmemberikan peluang pensyarah mahupun pelajar untuk menimba ilmu

dengan lebih mendalam lagi. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan bakal

pensyarah perlu berada pada tahap yang baik kerana bahasa merupakan alat yang digunakan

dalam penyampaian maklumat ilmu pengetahuan. Pertukaran bahasa pengantar boleh

membawa kejutan budaya bagi sesetengah golongan pelajar dan guru terutama cara mereka

berfikir dan memahami aspek-aspek yang dipelajari. Ini selari dengan penyataan oleh Gilbert

(1982) iaitu kepercayaan dan pengalaman lepas pelajar sangat sukar untuk diubah.

Latar Belakang Masalah

Penguasaan bahasa seseorang adalah bergantung kepada aspek mendengar, membaca,

menulis dan bertutur (Radha Nambiar, Noraini Ibrahim dan Pramela, 2008). Kemahiran-

kemahiran ini merupakan empat kemahiran asas yang tidak boleh kurang dalam

pembelajaran. Sebagaimana yang kita tahu apabila sesuatu pengajaran dijalankan maka

pelajar akan memberi perhatian dengan mendengar apa yang diajar oleh pensyarah. Serentak

dengan itu, mereka akan mencatatkan perkara penting dalam pengajaran tersebut. Apabila

terdapat soalan atau tempat yang tidak faham atau kurang faham, mereka akan bertanya

dengan bertutur kepada pensyarah. Selepas sesuatu pengajaran biasanya pensyarah akan

meminta pelajar membaca atau dipanggil membuat ulang kaji di rumah sebelum kuliah

seterusnya diadakan. Inilah merupakan perkaitan di antara empat kemahiran ini yang biasa

digunakan dalam pembelajaran. Jika kita mendengar sahaja, kita akan lupa dengan cepat

berbanding kita mencatat sambil mendengar (Ab. Rahim Selamat, 2000).

Ini disokong oleh Marhaini Kamaruddin dan Amree Ahmad (2002) yang menyatakan bahawa

kelemahan masyarakat melayu terletak pada masalah penggunaan dan penguasaan Bahasa

Inggeris untuk pertuturan atau komunikasi. Daripada semua aspek inilah dapat diketahui

penguasaan mereka terhadap kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Ini

sekaligus akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Page 3: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

Menurut P.Ramanathan (2002), pensyarah perlu memberi penjelasan dan penerangan tentang

sesuatu topik dengan terperinci dan jika pensyarah tidak mahir Bahasa Inggeris maka proses

pengajaran dan pembelajaran di kelas akan terjejas. Masalah itu juga akan menjejaskan

proses penyampaian ilmu kepada pelajar sekali gus menjejaskan proses pemahaman pelajar

terhadap sesuatu topik.

Daripada permasalahan yang telah dikenalpasti, penyelidik merasakan adalah penting untuk

mengkaji tahap penguasaan pensyarah-pensyarah dalam Bahasa Inggeris dan juga

mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai

persediaan untuk mengajar dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

1. Mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pensyarah Jabatan

Kejuruteraan Elektrik.

2. Mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris

sebagai persediaan untuk mengajar dalam menghadapi proses pengajaran dan

pembelajaran.

Skop Kajian

Skop kajian ini hanya tertumpu kepada mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris di

kalangan pensyarah. Ia juga tertumpu untuk mengenalpasti persepsi pensyarah mengenai

kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk mengajar dalam

menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian penyelidikan ini terbatas kepada lokasi, tajuk,masa, sampel dan kewangan yang

ditetapkan seperti berikut:

a) keputusan, analisis dan kesimpulan bagi kajian ini hanya relevan untuk pensyarah-

pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE).

Page 4: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

b) pengkaji hanya menggunakan satu jenis instrumen kajian sahaja iaitu dengan

menggunakan boring soal selidik.

c) penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris ditekankan pada aspek kemahiran

membaca, bercakap, menulis dan mendengar.

d) pengkaji tidak mengambil kira aspek lain yang ada pada responden selain aspek yang

dikaji.

e) hasil kajian bergantung kepada kejujuran responden semasa menjawab borang soal

selidik.

Kepentingan Kajian

Tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pensyarah amatlah penting di mana ia

memerlukan pensyarah untuk menguasainya memandangkan subjek-subjek teknikal sudah

diperkenalkan di dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap

penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pensyarah sebagai persediaan untuk mengajar dan

menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran..

Di antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Pensyarah dapat mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dari aspek bertutur,

membaca, menulis dan mendengar sebagai persediaan untuk mengajar.

2. Pensyarah juga dapat mengenalpasti masalah mereka dalam berkomunikasi dalam

Bahasa Inggeris dan merancang strategi untuk mengatasi masalah tersebut.

3. Melalui dapatan kajian, pensyarah boleh berusaha dalam meningkatkan lagi tahap

penguasaan komunikasi dalam Bahasa Inggeris mereka.

4. Proses pembelajaran juga boleh berjalan dengan lancar sekiranya pensyarah dapat

menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris.

5. Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak atasan seperti Ketua Jabatan agar lebih

peka terhadap masalah komunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan mengadakan

program yang bersesuaian untuk meningkatkan penguasaannya.

Page 5: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

Metodologi

Prosedur Persampelan

Menurut Mohd. Majid Konting (2000), persampelan merupakan satu proses mendapatkan

sampel bagi mewakili populasi. Kajian ini dijalankan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

Politeknik Ungku Omar. Populasi ialah satu kumpulan elemen atau kes, sama ada individu,

objek atau peristiwa yang menurut kriteria yang terperinci ataupun individu yang

keputusannya boleh dibuat sebagai kesimpulan umum (McMillan, 1996). Populasi kajian

bagi kajian ini hanya tertumpu kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

Politeknik Ungku Omar.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa jika jumlah populasinya adalah

kecil, penyelidik boleh menggunakan keseluruhan ahli sebagai sampel dan penyelidikan

tersebut adalah sebuah kajian kes. Justeru itu, keputusan penyelesaian masalah yang dibuat

adalah lebih tepat.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik sebagai satu kaedah untuk

mendapatkan data kajian. Soal selidik ialah satu instrumen kajian yang mengandungi satu siri

soalan di mana individu menjawab berdasarkan kehidupan mereka atau kepercayaan mereka

seperti melahirkan pendapat mereka. Kelebihan menggunakan soal selidik adalah

membolehkan penyelidik mengumpul maklumat dalam jumlah yang besar dan boleh dibuat

dalam masa yang singkat (Thomas, 2005). Menurut Mohd. Majid Konting (2000), soal

selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan

ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah disebabkan ia

tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan pendapat sendiri

untuk menjawab setiap item yang diberikan. Melalui kaedah soal selidik ini juga,

maklumbalas terhadap aspek yang dikaji dapat diperolehi secara terus, cepat, menjimatkan

masa dan perbelanjaan. Segala maklumat yang diterima boleh ditafsirkan secara kuantitatif.

Page 6: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

Populasi

Populasi kajian ini terdiri daripada 10 orang pensyarah yang dipilih secara rawak di Jabatan

Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Tiada faktor umur atau pengalaman kerja

diambil. Faktor-faktor sampingan lain juga tidak diambil kira atau diabaikan semasa

penyelidikan dijalankan.

Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji dari sudut kefahaman pensyarah dari segi

tatabahasa, isi kandungan, dan kebolehpercayaan item soal selidik. Menurut Noraini Hj. Md.

Noor (1996), 10 set soal selidik boleh digunakan sebagai kajian rintis. Oleh itu, 10 set soal

selidik telah diedarkan secara rawak ke atas 10 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan

Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Data yang diperolehi daripada kajian rintis diproses dan

dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) bagi

mendapatkan nilai min dan variance. Menurut Wiersma (1995), kajian rintis membolehkan

penyelidik membuat pengubahsuaian daripada kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti. Oleh

itu, Setiap soalan yang dibuat akan diteliti terlebih dahulu dan akan diubah sekiranya tidak

sesuai atau terlalu umum untuk setiap objektif yang telah ditetapkan.

Data kajian dikutip dengan mengguna borang soal selidik yang mengandungi 10 item dengan

perukuran skala 5 tahap kecekapan seperti dalam Jadual 1 dibawah:

Jadual 1Tahap Tahap Kecekapan

1 Amat tidak memuaskan

2 Tidak memuaskan

3 Sederhana

4 Memuaskan

5 Amat memuaskan

Page 7: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

Soal selidik merangkumi 10 item untuk mendapat maklumat berkaitan dengan sub-topik

berikut.

a. Kemahiran (4 item)

b. Penstukturan ayat (3 item)

c. Penulisan (3 item)

Dapatan Kajian

Jadual 2 menunjukkan dapatan-dapatan daripada data-data yang dikumpulkan.

Bil Kemahiran Min Variance

1 Pertuturan 3.39 0.32

2 Penstukturan ayat 2.75 0.52

3 Penulisan 3.06 0.48

Keseluruhan 3.24 0.24

Dapatan kajian yang diperolehi adalah seperti yang terdapat pada jadual 2 di atas.

Kemahiran dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu kelancaran, penstukturan ayat, kefasihan,

membaca dan melafaz dan juga penulisan. Kombinasi kelima-lima kemahiran ini

menghasilkan sejumlah 10 item. Kesemua item-item ini membantu dalam kajian yang

melibatkan pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar.

Kemahiran pertuturan mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 3.39. Ini diikuti oleh

penulisan yang mencatatkan 3.06. Kemahiran penstukturan ayat pula hanya mencatatkan 2.75

yang juga merupakan nilai min yang terendah.

Nilai variance tertinggi dicatatkan oleh kemahiran penstukturan ayat iaitu 0.52. Ini

diikuti oleh kemahiran penulisan yang mencatatkan 0.48. Kemahiran kelancaran kurang

memuaskan dan berada di tempat yang tercorot dengan 0.32.

Nilai keseluruhan bagi kemahiran-kemahiran diatas adalah 3.24 bagi nilai min.

Manakala nilai variance keseluruhan ialah 0.24.

Page 8: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

PERBINCANGAN

Dari dapatan kajian yang diperolehi, jelas kelihatan bahawa kelebihan serta

kelemahan pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar

dapat dikesan dan dikenalpasti. Pada keseluruhannya, pensyarah-pensyarah telah menguasai

kemahiran pertuturan dengan baik sekali. Pada keseluruhannya, pensyarah- pensyarah ini

telah menguasai kemahiran pertuturan. Ini mungkin kerana tahap keyakinan diri yang tinggi

dikalangan pensyarah menbuatkan mereka berani dan tidak takut akan kesilapan yang akan

dilakukakan semasa pertuturan. Melalui pertuturan, seseorang itu dapat membantu diri dalam

mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. Pensyarah juga dapat menggunakan

perkataaan yang sesuai dalam pertuturan. Kebanyakan dari mereka tidak berjaya menjadi

model pelafaz teks yang baik kerana intonasi mereka tidak menarik. Semasa pertuturan,

penggunaan perkataan yang sukar tidak digalakkan kerana yang penting semasa pertuturan

ialah penyampai mesej yang tepat. Impak yang bakal diterima oleh pelajar-pelajar juga akan

mendorong kepada perubahan yang positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan

seterusnya mensintesiskan idea keseluruhan tentang sesuatu topik.

Pensyarah didapati berada di tahap sederhana dari segi kemahiran penulisan. Melalui

perbincangan yang dilakukan terhadap pensyarah, mereka merasakan pertuturan hanya

melibatkan penyampai dan sebutan manakala penulisan melibatkan pengejaan perkataan yang

disifatkan terlalu sukar untuk mereka. Tambah mereka lagi, suasana tidak pasti menyelubungi

diri mereka semasa menulis kerena mereka sendiri tidak pasti sama ada mereka pasti dengan

ejaan yang ditulis. Kepastian terhadap penyediaan ayat juga menbuatkan mereka sangsi akan

mesej yang hendak disampaikan melalui penulisan.

Pensyarah-pensyarah ini paling lemah dalam aspek penstukturan ayat. Mereka agak

lemah kerana medium bahasa inggeris tidak dapat diadaptasi dalam kehidupan mereka.

Penstukturan ayat yang baik memerlukan kemahiran dan kepakaran yang sangat tinggi.

Penggunaah tatabahasa sebelum dan selepas kejadian adalah berbeza. Kepakaran dalam

memenuhi kehendak semasa pertuturan adalah sesuatu yang sangat kompleks tetapi ini

diperlukan dalam memastikan pelajar-pelajar dapat mensintensiskan apa yang dipelajari di

dalam sesi kuliah.

Page 9: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

CADANGAN

Memandangkan pensyarah-pensyarah di Jabataan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik

Ungku Omar masih mengalami masalah dalam penggunaan bahasa inggeris dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran, maka sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Antara cara atau kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menghadiri kursus pendek

pengajian bahasa inggeris yang ditawarakan oleh badan-badan NGO seperti Institusi SGA,

Ipoh. Institusi ini menawarkan kos-kos yang membolehkan seseorang itu mempelajari teknik-

teknik pengunaan bahasai inggeris dengan baik dan berkesan. Selain itu, pengunaan buku

rujukan yang hampir semuannya dalam bahasa inggeris dapat merumitkan keadaan dari segi

pemahaman dan akan menjejaskan proses penyampaian maklumat berkesan kepada pelajar.

Penilaian dari masa ke semasa juga perlu dilakukan bagi memudahkan pihak berwajib untuk

mengesan dan memperbaiki prestasi pensyarah-pensyarah khususnya dalam memperbaiki

tahap penguasaan bahasa inggeris.

PENUTUP

Sistem pengajaran di politeknik telah berubah mengikut sistuasi atau keperluan pada

masa kini. Pengunaan bahasa inggeris menjadi satu senjata yang sangat penting dalam dunia

pendidikan. Sistem di politeknik telah berubah kepada menjadikan penggunaan bahasa

inggeris sebagai bahasa utama dalam pengajaran. Nota dan sukatan pelajaran telah diubah

dan berkuatkuasa bermula pada semester ini. Melalui kajian yang telah dijalankan, objektif

kajian dapat dicapai. Penguasaan bahasa inggeris di kalangan pensyarah masih lagi berada di

tahap yang membimbangkan. Langkah-langkah yang wajar perlu diambil bagi menangani

dan mengatasi masalah yang melanda pensyarah-pensyarah politeknik. Persepsi pensyarah

juga menunjukkkan perkembangan positif dimana pensyarah juga merasakan penggunaan

bahasa inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya kerana

negara berada di landasan yang betul bagi menegahkan kepentingan bahasa inggeris dalam

dunia tanpa sempadan di kala negara sedang menuju ke arah visi wawasan 2020.

Page 10: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

RUJUKAN

1. Bahagian Pendidikan Guru (2007). Sukatan Pelajaran Pengajian Ingerris Kursus

Diploma Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Ahmad Tajudin Ab. Rahman (1997). “Persepsi Terhadap Penguasaan Dan

Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar SPH, UTM Johor Bahru.”

Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda.

3. Aris, A.P., dan Azizuddin, N., (2003). Persepsi Guru-guru Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Sains dan

Matematik Tingkatan Satu. Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem

Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 11: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

LAMPIRAN

Borang Kaji Selidik

Penggunaan Bahasa inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran Di Politeknik

Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.

1. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan

2. Umur: __________ tahun

3. Jawatan:

[ ] Pelajar Ijazah Dasar (sila terus menjawab Bahagian II soal selidik ini)

[ ] Pelajar Pasca Ijazah

[ ] Guru Sekolah

[ ] Pegawai Pendidikan di Jabatan/Kementerian Pelajaran

3a. Kelayakan Akademik:

[ ] Sarjana Muda (sila nyatakan) __________________________

[ ] Sarjana (sila nyatakan) _______________________________

[ ] Kedoktoran (sila nyatakan) ____________________________

3b. Kelayakan Perguruan/Pendidikan:

[ ] Sijil (sila nyatakan) __________________________________

[ ] Diploma (sila nyatakan) ______________________________

[ ] Sarjana Muda (sila nyatakan) __________________________

[ ] Lain (sila nyatakan) _________________________________

Page 12: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

4. Pengkhususan Mata pelajaran:

[ ] Kaedah Pertama (sila nyatakan) ________________________

[ ] Kaedah Kedua (sila nyatakan) ________________________

5. Pengalaman mengajar: __________ tahun

6. Negeri tempat berkhidmat (sila rujuk kod negeri): [ ]

7. Kategori sekolah tempat berkhidmat:

[ ] Bandar

[ ] Pinggir Bandar

[ ] Luar Bandar

KOD NEGERI

1. Johor 8. Perlis2. Kedah 9. Pulau Punang3. Kelantan 10. Sabah4. Melaka 11. Sarawak5. Negeri Sembilan 12. Selangor6. Pahang 13. Terengganu

Page 13: Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang diberikan.

No Perkara San

gat

tid

ak

setu

juT

idak

se

tuju

Tid

ak

pas

tiS

utu

ju

San

gat

1 2 3 4 5

Pertuturan

1 Tahap keberanian dalam pertuturan 1 2 3 4 5

2 Penggunaan perkataan yang sesuai dalam pertuturan 1 2 3 4 5

3 Kelancaran dalam pertuturan 1 2 3 4 5

4 Keyakinan diri dalam pertuturan 1 2 3 4 5

Penstukturan Ayat

5 Penggunaan perkataan yang betul 1 2 3 4 5

6 Penggunaan tatabahasa yang betul 1 2 3 4 5

7 Tahap kepastian terhadap penggunaan ayat 1 2 3 4 5

Penulisan

8 Kepastian terhadap penulisan dan penyediaan ayat 1 2 3 4 5

9 Kepastian ejaan yang ditulis 1 2 3 4 5

10 Tahap kebolehan dalam penulisan 1 2 3 4 5

~ ~ ~ T E R I M A K A S I H ~ ~ ~