penggunaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar sekolah

Upload: khairul

Post on 06-Jul-2018

308 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    1/20

     

    Halaman

    1.0 Pendahuluan 1

    1.1 Latar Belakang Kajian 1-2

    1.2 Pernyataan Kajian 2

    1.3 Objektif Kajian 3

    1.4 Skop Kajian Dan Batasan Kajian 3

    1.5 Kepentingan Kajian 4

    1.6 Definisi Istilah 4-5

    2.0 Tinjauan Kajian Berkaitan 6

    2.1 Kajian Berkaitan 6

    2.2 Kajian Lepas 7

    3.0 Metodologi Kajian 8

    3.1 Pengenalan 8

    3.2 Reka Bentuk Kajian 8

    3.3 Subjek Kajian 8-9

    3.4 Tempat Kajian 9

    3.5 Prosedur Pengumpulan Data 10

    3.5.1 Teknik Pengumpulan Data 10

    3.5.2 Instrumen Kajian 10-12

    3.6 Prosedur Penganalisisan Data 12-13

    3.7 Kesimpulan 13

    4.0 Penutup 14-15

    Rujukan 16-17

    Lampiran 18-21

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    2/20

    1

    1.0  Pendahuluan

    Bahagian ini akan membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan

    masalah yang memnyebabkan pengkaji terdorong untuk mengkaji. Bahagian

    ini juga akan menyatakan beberapa objektif yang telah ditetapkan untuk

    kajian ini. Selain itu, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian serta

    definisi istilah kajian juga akan dibincangkan di dalam bahagian ini.

    1.1  Latar Belakang Kajian

    Membaca merupaan satu amalan yang sangat digalakkan kepada

     pelajar terutama sekali menggunakan bahan bacaan berbahasa

    Inggeris. Banyak faedah yang dapat diperoleh dengan membaca,

    sebagai contoh pelajar yang banyak membaca memiliki pengetahuan

    yang luas berbanding pelajar yang kurang membaca. Hal ini seiring

    dengan kempen membaca negara iaitu bangsa membaca bangsa

     berjaya.

    Selain itu, mereka yang mahir berbahasa Inggeris dari segi membaca.

    Menulis dan bertutur memiliki pekerjaan yang lebih baik daripada

    mereka yang tidak. Oleh itu, seseorang itu memiliki kemahiran

     berbahasa Inggeris menjadi asset kepada dirinya.

     Namun begitu, pelajar pada hari ini dilihat jarang menggunakan bahan

     bacaan berbahasa Inggeris kerana rata-ratanya merasakan bahawa

     bahasa Inggeris ini sukar untuk dipelajari dan difahami. Perkara ini

     berlaku kerana mereka melihatnya dari sudut negatif.

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    3/20

    2

    Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di dunia. Bahasa Inggeris

     juga merupakan bahasa ilmu kerana ia merupakan jambatan kepada

    semua ilmu (Harison Mohd Sidek, 2010). Kemahiran berbahasa

     bermula dari membaca. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagi

    memastikan penguasaan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

    meningkat, pelajar perlu membaca sekurang-kurangnya tiga buah

     buku dalam setahun. Hal ini mampu memberikan peluang kepada

     pelajar tersebut untuk meneroka ilmu kerana majoriti buku ilmiah

     berbahasa Inggeris.

    1.2  Pernyataan Kajian

    Bahan bacaan berbahasa Inggeris didapati mendapat kurang perhatian

    daripada dalam kalangan orang ramai terutama sekali dalam kalangan

     pelajar. Fenomena ini apat dilihat dengan ketara sekali apabila melihat

     bahan bacaan yang dipinjam di perpustakaan sekolah majoritinya

     berbahasa melayu dan bahan bacaan berbahasa Inggeris dapat dikira

    dengan jari bilangannya.

    Selain itu, jarang dan sukar untuk melihat pelajar membaca mahupun

    memegang sebarang bahan bacaan berbahasa Inggeris di kalayak

    ramai.

    Hal diatas telah mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian ini.

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    4/20

    3

    1.3  Objektif Kajian

    Terdapat beberapa objektif bagi menjalankan kajian ini. Antaranya

    ialah:

    i.  Menyenaraikan jenis penggunaan bahan bacaan berbahasa

    Inggeris dalam kalangan reponden.

    ii.  Mengenal pasti punca penggunaan bahan bacaan berbahasa

    Inggeris dalam kalangan responden.

    iii.  Membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat dalam

     penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris dalam kalangan

    responden.

    1.4  Skop Dan Batasan Kajian

    Terdapat beberapa skop dan batasan yang telah disenaraikan oleh

     pengkaji bagi memudahkan kajian ini dijalankan dan mengelakkan

    kekeliruan dan kecelaruan. Antaranya ialah:

    i. 

    Kajian ini dijalakan tertumpu kepada pelajar tingkatan lima di

    sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan

    Seri Manjung sahaja manakala pelajar dan sekolah yang lain

    tidak diambil kira.

    ii.  Pengkaji telah mempericikan mengenai jenis bahan bacaan

     berbahasa Inggeris yang bercetak sahaja. Oleh itu, bahan

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    5/20

    4

     bacaan berbahasa Inggeris yang tidak bercetak tidak akan

    dikaji.

    1.5  Kepentingan Kajian

    Kekurangan membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris dalam

    kalangan pelajar sangat membimbangkan. Hal ini kerana pelajar perlu

    memperbanyakkan penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris.

    Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memberikan gambaran mengenai

    kepentingan penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris kepada

     para pelajar.

    Selain itu, kajian ini dijalankan bagi membantu pihak sekolah untuk

    mengenal pasti punca penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris

    dalam pada masa yang sama memberikan cadangan kepada pihak

    sekolah untuk melakukan penambah baikan untuk menarik perhatian

     para pelajar terutama pelajar tingkatan lima untuk menjadikan bahan

     bacaan berbahasa Inggeris pilihan pelajar.

    Bagi pihak kementerian pelajaran pula, usaha perlu dijalankan supaya

     penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris dalam kalangan elajar

    diterapkan dalam usaha memastikan generasi pemimpin negara yang

    akan datang celik pengetahuan.

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    6/20

    5

    1.6  Definisi Istilah

    Bahagian ini membincangkan definisi istilah yang diguna pakai

    sepanjang perbincangan kajian ini. Antara definisi istilah yang diguna

     pakai ialah perkataan penggunaan, bahan bacaan, dan berbahasa

    Inggeris.

    i.  Penggunaan menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2008)

     bermaksud “pemakaian, pemanfaatan”. (hlm.279) Manakala

    menurut Kamus Melayu Global (1997) pula “perihal

    menggunakan sesuatu atau pemakaian” (hlm.411). Oleh itu,

    istilah penggunaan boleh ditakrifkan sebagai mengguna pakai

    sesuatu.

    ii. 

    Istilah bagi bahan menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan

    (2008), membawa maksud “maklumat iaitu data, fakta, idea,

    nota isi atau perkara” (hlm.60). Manakala menurut Kamus

    Besar Bahasa Melayu Utusan pula, bahan bermaksud “benda

    atau alat untuk belajar” (hlm.126). Oleh itu istilah yang dapat

    dirumuskan dari perkataan bahan ialah alat belajar yang

    mengandungi maklumat.

    Istilah bagi bacaan pula menurut Kamus Bahasa Malaysia

    “ bahan yang dibaca, apa yang dibaca” (hlm.28). Menurut

    Kamus Melayu Global pula “bahan untuk dibaca” hlm.89) .

    Sebagai kesimpulan, definisi untuk istilah penggunaan bahan

     bacaan boleh ditakfirkan kepada menggunakan sesuatu alat

     belajar yang mengandungi maklumat untuk dibaca.

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    7/20

    6

    iii. 

    Istilah bagi perkataan berbahasa menurut Kamus Melayu

    Global ialah “mempunyai bahasa, memakai atau

    menggunakan” (hlm.93). Seterusnya, Tesaurus Bahasa Melayu

    Dewan mendefinisikan sebagai “bertutur, bercakap, berkata-

    kata, berbicara, berucap, berfirman, bersabda dan bertitah” 

    (hlm.62). Perkataan bahasa Inggeris pula ditakrifkan oleh

    Kamus Melayu Global ialah “bahasa sebagaimana yang

    dituturkan oleh orang Inggeris” (hlm.476). Oleh itu, berbahasa

    Inggeris membawa maksud menggunakan bahasa yang

    dipertuturkan oleh orang Inggeris di barat.

    2.0  Tinjauan Kajian Berkaitan

    2.1  Kajian Berkaitan

    2.2  Kajian Lepas

    Mohd Fauzi Abdul Aziz, 2002. Hasil dapatan kajian beliau didapati

     bahawa pelajar kurang berkeyakinan untuk menggunakan bahan

     bacaan berbahasa Inggeris sebagai sumber dan bahan rujukan. Hal ini

    kerana mereka tidak yakin bahawa pengetahuan mereka dalam

     berbahasa Inggeris mampu membantu mereka dalam menggunakan

     bahan bacaan berbahasa Inggeris. Beliau menjalankan kajian

     berbentuk soal selidik dan pengumpulan data dari pustaka di

    Universiti Pendidikan Sultan Idris berkaitan dengan tahap penggunaan

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    8/20

    7

     bahan bacaan dalam bahasa Inggeris sebagai rujukan dalam kalangan

     pelajar program sains sukan tahun satu di Universiti Pendidikan

    Sultan Idris.

    Selain itu, Adibah Abdul Latif dan Azizah Binti Abu Hanifah (2006).

    Kajian ini didapati bahawa penguasaan pelajar secara purata hanya

    memiliki tahap sederhana dari ketiga-tiga aspek iaitu dari membaca,

    menulis dan bercakap. Hal ini menyebabkan pelajar kurang

    memahami pengajaran yang disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh

     pensyarah dengan baik.

    Dari kedua-dua kajian lepas ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar di

    Malaysia ini rata-ratanya mengalami masalah berbahasa Inggeris. Di

    zaman yang semakin maju ini, tahap penguasaan para pelajar masih di

    aras serdahana.

    3.0  Metodologi Kajian

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi bermaksud “ilmu tentang

    metode atau system yang merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip

    yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan.” Oleh itu, metodologi membawa

    maksud kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian dengan efektif dan

     berkesan.

    3.1  Pengenalan

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    9/20

    8

    Bahagian ini membincangkan beerkaitan reka bentuk yang dipilih

    oleh pengkaji bagi menjalankan kajian ini dan tempat kajian serta

    subjek kajian yang telah menjadi pilihan kepada pengkaji.

    Selain itu, pengkaji akan membincangkan mengenai prosedur

     pengumpulan data dan prosedur penganalisisan yang akan dijalakan.

    3.2  Reka Bentuk Kajian

    Kajian ini menggunakan menggunakan bentuk kuantitatif. Kuantitatif

    merupakan sesuatu yang boleh diukur, difahami dan boleh dibuat

    generasi. Hal ini menyebabkan pengkaji memilih reka bentuk

    kuantitatif kerana ia memudahkan pengukuran berdasarkan

     pengumpulan data yang akan dijalakan.

    3.3  Subjek Kajian

    Menurut Mohd Majid (2005), populasi didefinisikan sebagai satu set

    ciri-ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas

    sekumpulan individu atau objek. Dalam kajian ini populasi pelajar

    tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung adalah

    seramai 350 orang. Pengkaji akan mengambil semua pelajar tingkatan

    5 di sekolah itu sebagai responden. Oleh itu, responden pengkaji

    untuk kajian ini adalah seramai 350 orang. Menurut S. Margono

    (1997), semakin besar sampel yang diambil, akan semakin tinggi taraf

    representativeness sampelnya. Hal ini menyebabkan pengkaji akan

    menggunakan semua pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah sebagai

    responden kajian ini.

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    10/20

    9

    3.4  Tempat Kajian

    Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri

    Manjung. Sekolah ini terletak di tengah-tengah Bandar Seri Manjung,

    Perak. Kawasan ini dipilih adalah kerana statusnya sebagai sekolah

     bandar. Oleh itu, pengkaji ingin melihat sama ada status sekolah

     bandar memainkan peranan penggunaan bahan bacaan berbahasa

    Inggeris berbanding sekolah kampung.

    Sekolah ini berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji. Perkara ini

    memudahkan pengkaji untuk melakukan kajian sewaktu pulang

     bercuti ke rumah.

    Selain itu, sekolah tersebut merupakan sekolah lama pengkaji. Oleh

    itu, ia memudahkan pengkaji mendapatkan kerjasama dari pihak

    sekolah untuk mengutip data daripada pelajar-pelajar tingkatan lima

    di sekolah tersebut.

    3.5  Prosedur Pengumpulan Data

    Bahagian ini akan membincangkan teknik pengumpulan data

    dijalankan dan instrument kajian yang dipilih oleh pengkaji untuk

    digunakan dalam kajian ini.

    3.5.1  Teknik Pengumpulan Data

    Teknik pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji ialah

    soal selidik. Soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan

    kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan

    yang diberi. Ketidak hadiran secara langsung mendorong

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    11/20

    10

    responden untuk memberikan jawapan yang lebih tepat dan

     benar. (Mohd. Majid ,2005). Keselesaan responden untuk

    menjawab tanpa pengetahuan pengkaji menyebabkan

    responden berani memberikan jawapan yang jujur berbanding

    responden yang ditemu bual. Oleh itu, teknik soal selidik ini

    lebih praktikal digunakan terutama sekali apabila responden

    yang ingin dikaji memiliki populasi yang besar.

    Soal selidik ini merupakan soal selidik tertutup. Soal selidik

     jenis ini memberikan kemudahan kepada responden dan tidak

    mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada

    soal selidik yang akan dijalakan oleh pengkaji. Setiap soalan

    yang ditanyakan hanya memerlukan responden untuk menanda

     perasaan responden sahaja tanpa perlu memerlukan kemahiran

    memikir untuk melahirkan idea.

    3.5.2  Instrumen Kajian

    Kajian yang berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrument

     borang soal selidik. Menurut Mohd. Majid (2005) soal selidik

    merupakan alat ukuran yang digunakan di dalam penyelidikan

     pendidikan. Soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan

    maklumat berkenaan faktor-faktor, kepercayaan, perasaan,

    kehendak dan banyak lagi.

    Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah

    dibina sendiri oleh pengkaji. Borang soal selidik ini dikonstruk

     berdasarkan objektif yang telah dikonstruk. Hal ini supaya

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    12/20

    11

    setiap hasil dapatan menjawab setiap persoalan dan objektif

    kajian.

    Borang soal selidik ini memiliki skala linkert. Setiap item

    mesti ditanda oleh responden berdasarkan skala linkert yang

    diberikan. Skala linkert merupakan satu set gerak balas

    terhadap sikap tersebut diberikan di dalam bentuk skala

    ordinal. (Mohd. Majid, 2005). Skala linkert di dalam borang

    soal selidik yang digunakan ini mengandungi 5 mata. Skala

    linkert bermula dari skala 1 yang mewakili sangat tidak setuju,

    skala 2 pula mewakili kenyataan tidak setuju dan skala 3

    mewakili kenyataan tidak pasti. Seterusnya, skala 4

    menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan kenyataan

    item tersebut dan skala 5 menunjukkan bahawa responden

    sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Responden

    diminta untuk memilih salah satu daripada 5 skala ini untuk

    mewakili perasaan responden berkaitan item yang disediakan.

    skala linkert ini dapat dilihat pada jadual 1 di bawah.

    J

    adual 1: Skala linkert

    Borang soalan ini mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian A,

     bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Jadual 2 dibawah

    SangatTidak Setuju TidakSetuju Tidak Pasti Setuju SangatSetuju

    STS TS TP S SS

    1 2 3 4 5

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    13/20

    12

    menunjukkan bahagian yang terdapat pada borang selidik

     pengkaji.

    Bahagian A Demografi

    Bahagian B Jenis Bahan Bacaan Berbahasa Inggeris

    Bahagian C Punca Penggunaan Bahan Bacaan

    Berbahasa Inggeris

    Bahagian D Langkah-Langkah Meningkatkan Minat

    Penggunaan

    Jadual 2: Bahagian borang soal selidik

    Bahagian A merupakan soalan berkaitan demografi.

    Demografi merupakan soalan berkaitan butir diri responden.

    Bahagian yang selebihnya mengandungi item soalan berkaitan

    objektif kajian. Setiap bahagian tersebut masing-masing

    mengandungi antara 6 hingga 7 item soalan.

    3.6  Prosedur Penganalisisan Data

    Kajian ini akan menjalankan prosedur penganalisisan data. Kajian

    yang menggunakan reka bentuk kuantitatif ini akan menggunakan

    analisis deskriptif. Deskriptif adalah mencari kekerapan dan

     peratusan. Dapatan akan dipaparkan di dalam bentuk grafik seperti

    graf, carta pai dan banyak lagi.

    Borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden akan diberikan

    kod R1 hingga bilangan R terakhir. Mengikut bilangan responden

    yang telah ditetapkan oleh pengkaji, maka kajian ini akan mempunyai

     borang soal selidik yang diberikan kod R1 sehingga kod R350.

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    14/20

    13

    Seterusnya, satu jadual analisis akan dibina untuk merekod jawapan

    yang telah ditanda oleh responden. Kesemua data yang telah

    direkodkan akan dikira untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan.

    Setelah itu, jadual akan dibina dan lakaran grafik akan dibina.

    Lakaran grafik akan dibina bagi memudahkan pengkaji untuk

    menghuraikan dapatan daripada analisis tersebut.

    Akhir sekali, perbincangan dan rumusan akan dilakukan bagi

    melengkapkan laporan kajian ini.

    3.7  Kesimpulan

    Metodologi kajian ini telah mengutarakan kaedah yang akan

    dijalankan oleh pengkaji bagi memastikan setisp objektif yang telah

    dirangka terjawab. Setiap prosedur perlu diambil kira bagi

    memastikan kajian ini akan berjalan dengan lancar dan pembaca

    laporan ini memahami setiap perjalanan kajian ini dengan jelas.

    4.0 

    Penutup

    kajian ini dijalankan bagi mengetahui penggunaan bahan bacaan berbahasa

    Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah

    Kebangsaan Seri Manjung. Kajian ini mengandungi pernyataan masalah

    dimana, pengkaji ingin mengetahui apakah bahan bacaan berbahasa Inggeris

    yang menjadi pilihan responden. Bagi menjayakan kajian ini tiga objektif

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    15/20

    14

    telah dibina. Antaranya ialah menyenaraikan jenis bahan bacaan berbahasa

    Inggeris dalam kalangan responden, mengenal pasti punca penggunaan bahan

     bacaan berbahasa Inggeris dalam kalangan responden dan membincangkan

    langkah-langkah untuk meningkatkan minat penggunaan bahan bacaan

     berbahasa Inggeris dalam kalangan responden.

    Pengkaji juga telah mengecilkan skop kajian dengan menghadkan hanya

     pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah sahaja dan bahan bacaan yang dikaji

     pula hanya bahan yang bercetak sahaja.

    Kajian ini memberi kepentingan kepada pelajar, pihak sekolah dan pihak

    kementerian pelajaran. Hal ini merujuk kepada semua pihak yang terlibat

     perlu menyedari masalah ini dan mengambil tindakan bagi memastikan

    masalah ini tidak meninggalkan kesan kepada negara kelak.\

    Menurut kajian lepas Mohd. Fauzi (2002), pelajar mengalami masalah

    keyakinan diri untuk menggunakan bahan bacaan berbahasa Inggeris sebagai

    rujukan dan kajian ilmiah. Manakala, Adibah Abdul Hanif dan Azizah Abu

    Latif pula dalam kajian lepas mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa

    Inggeris masih ditahap sederhana. Hal ini menyebabkan pelajar sukar untuk

    memahami maklumat yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

    Dalam kajian ini pengkaji menggunakan reka bentuk kuantitatif. Kaedah ini

    menggunakan borang soal selidik sebagai instrument. Borang soal selidik

    tersebut merupakan jenis borang soal selidik tertutup. Data yang dikutip

    dianalisis dan diproses untuk mencari kekerapan dan peratusan. Seterusnya,

    data tersebut akan diolah kepada bentuk lakaran grafik beserta huraian

     berdasarkan hasil dapatan.

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    16/20

    15

    Rujukan

    Adibah Abd Latif dan Azizah Abu Hanifah. (2006). Penguasaan dan penggunaan

    bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG Kemahiran Hidup Universiti

    Teknologi Malaysia. (tesis yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi

    Malaysia: Skudai.

    Baca 3 buku bahasa Inggeris setahun. (2014 September 30). Berita harian, hlm 22.

    Hasan Hamzah. (1997). Kamus Melayu Global (pp. 83-476).

    Harison Mohd Sidek. (2010). Bahasa kedua. Negeri Sembilan: Universiti Sains

    Islam

    Malaysia.

    Ilmu terhad jika tidak dalami bahasa Inggeris Dr. M. (2008, November 26).Utusan Malaysia, hlm. 11-12. Diperoleh daripada

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=utusan_ 

    malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm&arc=hive

    Izyan Liyana. (2008, November 2008). Kepentingan bahasa Inggeris. Kosmos, hlm

    26-27. Diperoleh daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib

    .asp?y=2008&dt= 1111&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_01.htm

    Mohd. Fuazi. (2002). Tahap penggunaan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris di

    kalangan pelajar-pelajar Program Sains Sukan (ambilan Mei 2002)

    Universiti Pendidikan Sultan Idris, sewaktu membuat rujukan dan

    menyediakan tugasan. (Jenis tesis yang tidak diterbitkan). Universiti

    Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim.

    Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan (7th ed.). Selangor:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

     Norrasyidah Arshad. (2013, Julai 17). Perkasa bahasa Inggeris beri kesan ketara.

    Berita Harian Diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/

     berita/nasional/perkasa-bahasa-inggeris-1.6093 

    S. Margono. (1997). Metodologi penelitian pendidikan. Jakarta. PT Rineka Cipta.

    Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Bahasa Melayu Utusan (pp. 105-562).

    Selangor: utusan publication & distributors sdn. bhd.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=utusan_malahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=utusan_malahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/arkibhttp://www.utusan.com.my/%20berita/nasional/perkasa-bahasa-inggeris-1.6093http://www.utusan.com.my/%20berita/nasional/perkasa-bahasa-inggeris-1.6093http://www.utusan.com.my/%20berita/nasional/perkasa-bahasa-inggeris-1.6093http://www.utusan.com.my/%20berita/nasional/perkasa-bahasa-inggeris-1.6093http://www.utusan.com.my/%20berita/nasional/perkasa-bahasa-inggeris-1.6093http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkibhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=utusan_malahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=utusan_mala

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    17/20

    16

    Lampiran 1

    BORANG SOAL SELIDIK

    PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA INGGERIS

    DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA DI

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MANJUNG

     Nama Pengkaji:

     No. Matrik:

     No. Tel:

    Kajian ini untuk memenuhi keperluan kursus BMW 3032: Wacana Akademik Bahasa

    Melayu.

    Arahan:

    1.  Borang Soal selidik ini mengandungi empat bahagian:

    Bahagian A: DEMOGRAFI

    Bahagian B: JENIS PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA

    INGGERIS.

    Bahagian C: PUNCA PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA

    INGGERIS

    Bahagian D: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MINAT

    PENGGUNAAN

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    18/20

    17

    Arahan: Tandakan (_/) pada pilihan jawapan yang berkaitan mengikut skala berikut.

    Sangat Tidak

    Setuju

    Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

    STS TS TP S SS

    1 2 3 4 5

    BAHAGIAN A: DEMOGRAFI

    A1. Jantina: Lelaki

    Perempuan

    A2. Kelas: 5SAINS1

    5SAINS2

    5SAINS3

    5ST

    5VT1

    5VT2

    5K1

    5K2

    5K3

    5MPV

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    19/20

    18

    BAHAGIAN B: JENIS PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA

    INGGERIS

    Bil ItemSkala

    STS TS TP S SS

    1 2 3 4 5

    B1. Saya membaca komik berbahasa Inggeris

    B2. Buku kegemaran saya berbahasa Inggeris

    B3. Saya pernah meminjam buku novel berbahasa Inggeris

    di Perpustakaan

    B4. Saya menggunakan buku rujukan berbahasa Inggeris

    B5. Saya membaca surat khabar berbahasa Inggeris

    B6. Saya membaca buku motivasi berbahasa Inggeris

    B7. Majalah berbahasa Inggeris antara majalah yang pernah

    saya baca

    BAHAGIAN C: PUNCA PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA

    INGGERIS

    Bil Item

    Skala

    STS TS TP S SS

    1 2 3 4 5

    C1. Saya meminati bahan bacaan berbahasa Inggeris.

    C2. Saya menggunakan bahan bacaan berbahasa Inggeris

    untuk membaiki kemahiran bertutur dalam Bahasa

    Inggeris.

    C3. Saya menggunakan bahan bacaan berbahasa Inggeris

    untuk membaiki kemahiran membaca dalam Bahasa

    Inggeris.

    C4. Saya menggunakan bahan bacaan berbahasa Inggeris

    untuk membantu saya menulis karangan yang baik

    dalam Bahasa Inggeris.

    C5. Saya dapati bahawa bahan bacaan berbahasa Inggerissangat menarik.

    C6. Saya sudah terbiasa dengan bahan bacaan berbahasa

    Inggeris sejak kecil.

    C7. Ibu bapa saya selalu membelikan bahan bacaan

     berbahasa Inggeris di rumah.

  • 8/18/2019 Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    20/20

    19

    BAHAGIAN D: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MINAT

    PENGGUNAAN

    BAHAN BACAAN BERBAHASA INGGERIS

    SOAL SELIDIK TAMAT

    TERIMA KASIH

    Bil ItemSkala

    STS TS TP S SS

    1 2 3 4 5

    1. Saya perlu ada kesedaran diri mengenai kepentingan

    membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris.

    2. Ibu bapa saya perlu memberikan galakan kepada saya

    untuk membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris.

    3. Rakan – rakan saya tidak sepatutnya mengejek saya

    apabila saya membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris.

    4. Pihak sekolah perlu memperbanyakkan bilangan bahan

     bacaan berbahasa Inggeris di perpustakaan sekolah.

    5. Pihak sekolah perlu pelbagaikan jenis bahan bacaan

     berbahasa Inggeris di perpustakaan sekolah.

    6. Saya sepatutnya mempengaruhi rakan-rakan saya untuk

    lebih banyak menggunakan bahan bacaan berbahasa

    Inggeris.