pengetahuan masteri 2 : kemahiran mengelas

Upload: syafiqah-matyusof

Post on 18-Jul-2015

772 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

NAMA : SYAFIQAH BT MAT YUSOF Aktiviti 3 : CLASSIFYING BUTTONS Pengetahuan masteri. 1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini? Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui bahawa aktiviti pengelasan merupakan salah satu aktiviti penting dalam kemahiran proses sains bagi memudahkan data dibaca dan dianalisis. Pengelasan awal boleh membawa kepada penyiasatan yang dapat timbulnya persoalan dan membawa kepada pengelasan semula. (Hemsley, 1988). Aktiviti mengelas ialah mengasing dan meng

TRANSCRIPT

NAMA : SYAFIQAH BT MAT YUSOF Aktiviti 3 : CLASSIFYING BUTTONS Pengetahuan masteri. 1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini? Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui bahawa aktiviti pengelasan merupakan salah satu aktiviti penting dalam kemahiran proses sains bagi memudahkan data dibaca dan dianalisis. Pengelasan awal boleh membawa kepada penyiasatan yang dapat timbulnya persoalan dan membawa kepada pengelasan semula. (Hemsley, 1988). Aktiviti mengelas ialah mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri, kualiti atau sifat sepunya. Dengan itu, saya dapat mengetahui bahawa mengelas boleh dibahagikan lagi kepada tiga jenis iaitu pengelasan binari, pengelasan bersiri dan pengelasa multistage. Pengelasan binari ialah pengelasan dimana objek dibahgikan lagi kepada dua subset. Pengelasan ini selalunya melibatkan objek itu ada atau tiada ciri tersebut. Sebagai contoh, pengelasa haiwan dibuat kepada dua bahagian, bertulang belakang dan tidak bertulang belakang. Pengelasan bersiri ialah objek dibahagikan mengikut urutan tertentu berdasarkan satu ciri. Contohnya, murid dikelaskan secara bersiri mengikut ketinggian atau berat. Pengelasan multi- stage pula, dimana daripada pengelasan binari ia dibahagikan lagi kepada beberapa pengelasan sehingga satu ciri diwakili oleh satu objek sahaja. Melalui aktiviti ini, saya mengetahui penguasaan kemahiran mengelas membolehkan saya menyusun sesuatu mengikut peraturan umum, belajar sesuatu yang baru dengan mudah hanya dengan membandingkan ciri-cirinya dengan pengelasan yang berdasarkan ciri- cirinya yang sedia ada, menyedari bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk mengelas sesuatu objek atau peristiwa dan menyedari bahawa pengelasan menjadikan kefahaman tentang sesuatu lebih tersusun. Mengelas ialah kemahiran berfikir aras tinggi, penting untuk perkembangan kognitif (Bruner, 1956). Aktiviti ini turut merangsang saya berfikir dengan lebih kreatif untuk mengelas sesuatu.

1

2. Bahagian manakah di dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar topik yang berkaitan?

Tahun1

TemaSains Fizikal

TopikMata untuk Melihat

ArasMengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.

Hasil PembelajaranMengelaskan objek mengikut ciri yang dipilih sama ada warna, saiz atau bentuk. Mengelaskan bendabenda yang berbau dan tidak berbau berdasarkan penyiasatan. Mengelas pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa manis, masin, pahit, dan masam dengan menjalankan penyiasatan. Membezakan ciri bahan iaitu panas, sejuk, kasar, halus, keras dan lembut melalui penyiasatan. Mengelaskan bahan mengikut ciri bahan. Mengenal pasti pelbagai bunyi yang diperdengarkan.

Hidung untuk Menghidu

Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai bau. Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai rasa.

Lidah untuk Merasa

Kulit untuk Menyentuh dan Merasa

Menganalisis ciri fizikal bahan.

Telinga untuk Mendengar

Memahami pelbagai bunyi dan kepentingannya. Mengaplikasi pengetahuan tentang deria.

Menggunakan Semua deria

Mengelaskan objek mengikut ciri dengan menggunakan deria.

2

Tahun2

TemaPembelajaran Tentang Benda Hidup

TopikBenda Hidup dan Bukan Hidup

ArasMengelaskan apa yang nampak kepada benda hidup dan bukan hidup

HasilUntuk membuat pemerhatian dan menggunakannya dalam pengelasan benda hidup dan bukan hidup. Menyatakan objek manakah yang lebih panjang atau tinggi

Pembelajaran Tentang Dunia Sekeliling Kita

Panjang dan Pendek

Memerhati dan membandingkan jarak

Tahun3

TemaPembelajaran Tentang Benda Hidup

TopikHaiwan

ArasMengelaskan haiwan berdasarkan persamaan ciri-ciri luaran Mengelaskan haiwan dengan pelbagai cara. Mengelaskan tumbuhan berdasarkan persamaan ciri-ciri luaran. Mengelaskan tumbuhan dengan pelbagai cara.

HasilMengelaskan haiwan berdasarkan persamaan ciri-ciri luaran. Haiwan boleh dikelaskan dengan pelbagai cara

Tumbuhan

Mengelaskan tumbuhan berdasarkan persamaan ciri-ciri luaran. Tumbuhan boleh dikelaskan dengan pelbagai cara.

Pembelajaran Tentang Dunia Sekeliling

Magnet

Elektrik

Penyerapan

Magnet menarik beberapa jenis bahan sahaja. Sesetengah bahan mengalirkan elektrik. Beberapa bahan dapat menyerap air.

Mendemostrasikan magnet menarik beberapa jenis bahan. Meramalkan bahan yang mengalirkan elektrik Mengenalpasti bahan yang menyerap air.

3

Bahan Campuran

Bahan yang berbeza mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Menyatakan ciri-ciri bahan yang beza dari segi lahiriah, bau, rasa dan warna. Menyatakan perbezaan bahan yang mempunyai ciri yang berbeza.

Tahun4

TemaMenyiasat Alam Kehidupan

TopikKepelbagaian Hidupan Dalam Alam

ArasMengenal pasti hidupan dan bukan hidupan. Mencirikan hidupan dan bukan hidupan. Mengelaskan pelbagai hidupan kepadamanusia, haiwan dan tumbuhan. Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri. Mengelaskan tumbuhan berdasarkan ciri.

HasilMemahami manusia, haiwan dan tumbuhan adalah hidupan.

Memahami ciri haiwan dan tumbuhan boleh digunakan untuk pengelasan.

Hidupan dan Proses Hidup

Membandingkan dan membezakan keperluan asas antara hidupan. Membandingkan dan membezakan cara hidupan menjalani respirasi. Mengelaskan haiwan mengikut pemakanan.

Memahami hidupan memerlukan keperluan asas untuk hidup. Memahami hidupan menjalani respirasi.

Memahami hidupan makan makanan yang berbeza.

4

Memadankan Memahami haiwan/tumbuhan hidupan dengan cara membiak. pembiakan. Mengelaskan haiwan/ tumbuhan berdasarkan cara pembiakan. Mengenal pasti bahan asli dan bahan sintetik. Mengelaskan jenis bahan asli/sintetik yang digunakan untuk membuat objek. Mengenal pasti sumber semula jadi bahan asli/ sintetik. Menyenaraikan perkara yang berupaya dilakukan oleh manusia dan perkara di luar keupayaan manusia. Membandingkan dan membezakan teknologi dahulu dan teknologi sekarang.

Menyiasat Alam Bahan

Bahan Asli dan Bahan Sintetik

Memahami bahan asli dan bahan sintetik boleh digunakan untuk membuat objek.

Menyiasat Dunia Teknologi

Perkembangan Teknologi

Memahami teknologi.

Memahami perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang.

5

Tahun5

TemaMenyiasat Alam Fizikal

TopikCahaya

ArasMengelaskan objek berdasarkan sifat lutsinar, lutcahaya dan legap. Mengelaskan bahan kepada pepejal, cecair dan gas. Mengelaskan bahan kepada bahan berasid, beralkali dan neutral.

HasilMensintesiskan idea tentang pergerakan cahaya menembusi objek.

Menyiasat Alam Bahan

Pepejal, Cecair dan Gas

Asid dan Alkali

Mengaplikasikan idea tentang keadaan pepejal, cecair dan gas. Mensintesiskan idea tentang bahan berasid, beralkali dan neutral.

6

Menyiasat Alam Bahan

Pengendalian Mengenal Bahan pasti bahan Buangan buangan yang boleh diguna semula dan dikitar semula. Mesin Mengenal pasti jenis mesin ringkas.

Mengaplikasikan guna semula dan kitar semula bahan buangan.

Menyiasat Dunia Teknologi

Menganalisis mesin ringkas.

3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran?

Aktiviti classifying buttons ini boleh digunakan untuk murid lebih memahami cara untuk mengelaskan objek kemahiran proses sains. Pada peringkat semasa menjalankan pertama, saya akan

6

menunjukkan kepada murid sebuah kotak yang mempunyai bahagianbahagian tertentu yang diisi dengan butang yang berwarna- warni. Kemudian, saya akan menjalankan sesi soal jawab kepada murid, bagaimana untuk memudahkan saya mengambil butang di dalam kotak tersebut mengikut warna dan bentuk butang. Hasil daripada soal jawab, saya akan meminta murid membentuk kumpulan dan mengambil setiap satu set butang yang pelbagai jenis. Proses fasilitasi berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan dimana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab didalam hasil pembelajarannya ( Van Maurik, 1994). Murid mengelaskan butang tersebut mengikut ciri- ciri yang sama dan berbeza. Saya akan meminta murid melakar dan mewarnakan setiap butang yang telah dikelaskan di atas kertas mahjung. Selepas itu, murid diminta untuk membentangkan hasil lakaran setiap kumpulan masingmasing. Selepas itu, saya akan meminta murid menegelaskan haiwan mengikut ciri- ciri yang ada dengan memberi lembaran kerja kepada mereka.

4. Kreativiti adalah elemen penting dalam bekerja dan befikir secara saintifik. Apakah ciri- ciri yang kreatif dalam kemahiran proses

pengelasan ? Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru 7

terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran. Edward de Bono dalam buku beliau yang berjudul I am Right You Are Wrong (1990) mendefinisikan berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Maka, murid perlu berfikir secara kreatif untuk

mengelaskan objek berdasarkan pemerhatian yang dilihat sepunya atau tidak. Ciri- ciri yang kreatif dalam kemahiran proses pengelasan ialah kemahiran untuk mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Selain itu, pengelasan dapat menigkatkan kreativiti murid untuk berfikir yang manakah ciri yang sama atau perbezaan sesuatu objek atau fenomena tersebut.

5. Dalam perkembangan kebolehan kanak- kanak untuk berfikir dan bekerja secara saintifik, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menggalakkan perkembangan kreativiti ini. Bincangkan beberapa teknik yang boleh anda gunakan. Beberapa tenik yang boleh digunakan untuk menggalakkan perkembangan kreativiti: 8

1. Peristiwa Bercanggah Kaedah ini merupakan kaedah yang menghasilkan hasil yang lain daripada ramalan murid pada kebiasaannya. Teknik ini bertujuan menimbulkan persoalan kepada murid serta terdapat percanggahan antara ramalan murid dengan pemerhatian yang dilakukan. Ini akan menyebabkan berlakunya konflik kognitif iaitu ketidakseimbangan yang berlaku dalam minda murid disebabkan oleh percanggahan tersebut. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian murid dan memperbetulkan miskonsepsi murid melalui pengalaman mereka yang lalu (Misiti,2000,p. 34). Murid akan mendapat motivasi intrinsik kerana akan cuba untuk merungkai konflik kognitif tersebut dan berada di zon selesa. Oleh yang demikian, murid secara tidak langsung melalui proses asimilasi dan akomodasi skema lama mereka dengan skema yang baru. Dengan itu, sifat ingin tahu murid dapat ditingkatkan dan membuat mereka berusaha untuk tahu dengan lebih lanjut. Menurut Piaget (1971) nota- nota, situasi yang menghairankan akan mewujudkan ketidakseimbangan kognitif yang menyebabkan murid melalui proses asimilasi dan akomodasi. Proses ini akan menyebabkan murid menggunakan pengalaman sedia ada untuk berhadapan dengan situasi baru serta membentuk satu skema atau pengetahuan baru. 2. Teknik main peranan Main peranan melibatkan murid memegang suatu peranan sama ada sebagai dirinya atau benda lain.Main peranan merupakan kaedah kumpulan berorientasikan proses, di mana pelajar berlakon atau simulasikan situasi kehidupan sebenar. Ia merupakan salah satu daripada model sosial. Menurut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih murid menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks untuk menyelesaikan masalah. Kaedah ini memberi penekanan kepada kualiti atau mutu aksi yang dihasilkan murid serta kepekaan dalam peranannya. Main peranan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan melahirkan pelbagai perasaan mengikut situasi yag dimainkan. Bagi , subjek

9

sains model ini boleh digunakan apabila murid memainkan peranan semasa sesi pembelajaran menyiasat lama kehidupan. 3. Teknik demonstrasi Demonstrasi ialah guru menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar murid lain boleh mencontohi seperti memasang litar elektrik mudah dengan betul. Kaedah ini mengaplikasikan kaedah di mana guru menunjukkan langkah- langkah melakukan sesuatu cara atau perbuatan di hadapan murid terlebih dahulu. Berdasarkan inkuiri sains, kaedah ini akan digunakan sekiranya eksperimen tersebut sukar untuk dijalankan dan memerlukan tempoh masa yang panjang bagi murid dapat memahami eksperimen tersebut. Oleh itu, guru akan menjalankan demonstrasi terlebih dahulu contohnya mengelaskan pensel diikuti dengan penerangan guru mengenai sesuatu prinsip. Proses ini melibatkan penjelasan dan

pendengaran serta yang baik antara guru dan murid. Setelah itu, murid akan diminta untuk melakukan demonstrasi tersebut berdasarkan demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh guru. Menurut Bandura (1977), manusia belajar melalui pemerhatian terhadap orang lain. Melalui sukatan kurikulum bersepadu sekolah rendah, terdapat beberapa tajuk bagi subjek sains yang dapat mengguna pakai kaedah ini iaitupenyediaan slaid dan mikroskop untuk melihat benda halus, eksperimen yang melibatkan pemasangan suatu alat dan radas. Segala eksperimen yang melibatkan bahan api dan mudah terbakar juga perlu diadakan demostrasi terlebih dahulu seperti penggunaan alkohol untuk menjalankan ujian kewujudan kanji pada daun, ciri- ciri udara dan air. Langkahlangkah demonstrasi yang berkesan ialah guru memberi

penerangan terlebih dahulu mengenai objektif, prinsip yang ingin dipelajari dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai di akhir pembelajaran. Kaedah lima fasa Needham juga dapat diaplikasikan iaitu guru mencipta satu set induksi di awal pengajaran supaya murid dapat mencipta idea tentang apa yang bakal dipelajari. Oleh itu, melalui teknik ini, dapat merangsang minda murid supaya berfikir dengan lebih kreatif.

10

4. Eksperimen Eksperimen bermaksud kaedah yang pengajaran dan pembelajaran yang memberi pengalaman amali secara langsung kepada murid. Kaedah ini merupakan kaedah lanjutan daripada aktiviti penyiasatan. Kaedah ini digunakan sekiranya murid dikehendaki untuk mengkaji sesuatu untuk menambah kefahaman mereka. Konsep kaedah eksperimen yang melibatkan proses- proses seperti merancang, memerhati, merekod pemerhatian, menganalisis dan

menginterpretasi data yang dikumpul dapat meningkatkan daya pemikiran murid. Selain bagi menambah kefahaman murid, objektif eksperimen adalah untuk menguji sebab dan kesan yang menyebabkan sesuatu fenomena dan kejadian. Eksperimen yang bertujuan ini sering dinamakan sebagai eksperimen kawalan. Eksperimen ini melibatkan kawalan yang rapi tentang faktor kawalan yang disyaki terlibat sebagai contoh suhu, kuantiti air, jirim dan kuantiti bahan. Oleh itu, dua eksperimen yang sama akan dijalankan, salah satunya dijadikan sebagai eksperimen kawalan. Smith (1971) dan Tamir (1977) menyatakan kaedah ini mengandungi tiga peringkat pengajaran iaitu pre-lab, lab work dan post- lab. Kepelbagaian ini memerlukan kemahiran guru menjadi pengurus yang baik, Charles dan Senter (2002). Pada peringkat prelab, guru akan menyoal dan menerang bagi merangsang murid untuk terlibat dalam aktiviti. Murid pula akan merancang merancang aktiviti yang aka dilakukan dan cara penyelesaian yang dipilih melalui panduan daripada guru. Seterusnya pada peringkat lab- work, guru hanya berperenan sebagai fasilitator dengan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti. Peranan murid ialah untuk mengambil dan memasang segala peralatan dan bahan berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh guru. Manakala, pada peringkat post- lab, guru akan melakukan perbincangan bersama murid. Menginterpretasi segala maklumat daripada data yang dikumpulan.

5. Penyiasatan 11

Sekiranya semua kandungan kurikulum sains ini dirumuskan dalam satu perkataan, saya akan merumuskannya sebagai penyiasatan(Einstein).

Teknik penyiasatan didefinisikan sebagai proses mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan kaedah yang boleh duji kebenarannya (APU, 1991). Proses menyelesaikan masalah ini memberikan autonomi kepada pelajar pada tahap tertentu bagi mencari jalan penyelesaian dengan mengaplikasikan proses kognitif, kemahiran dan konsep-konsep yang dimiliki (Trowbridge et al, 2004; Got dan Dugan, 1996). Penyiasatan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hanya melibatkan membuat pemerhatian, proses- proses mudah dalam sains seperti mencari rujukan dan perbincangan dalam

kumpulan. Objektif kaedah ini lebih kepada ingin mengadakan ujian untuk mengetahui idea yang sedia ada pada murid mengenai alam sekitar dan ciptaan manusia. Penyiasatan lebih memerlukan murid membuat keputusan sendiri berbanding kaedah eksperimen. Guru tidak memberikan bimbingan sepenuhnya. Hasil kaedah ini murid turut dapat belajar kemahirankemahiran berikut; Merancang Mengumpul bukti Mencatat dan menyampaikan Mengenalpasti

Maka, murid perlu menggunakan proses pemikiran mereka secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan permasalahan yang diberikan dengan menggunakan kaedah yang saintifik melalui teknik penyiasatan ini. 6. Inkuiri penemuan Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Tenik ini memerlukan murid mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama 12

dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Dalam menjalankan teknik ini murid perlu membuat pengesahan kebenaran atau pengetahuan yang melibatkan pemikiran kritis, melakukan pemerhatian dan mengemukakan soalan. Contoh soalan inkuiri yang boleh diajukan kepada murid ialah bagaimana untuk mengelaskan haiwan atau tumbuhan? Peranan murid semasa teknik ini ialah membuat rumusan naluri ingin tahu, melakukan kaji siasat, tidak dipengaruhi pendapat atau prasangka sendiri. Murid perlu mengumpulkan data melalui nota pemerhatian, gambar- gambar, lakaran dan diagram, video dan rakaman audio. Akhir sekali, membuat generalisasi dengan berfikir secara kreatif dan menggunakan maklumat yang diperolehi bagi membuat pengelasan. 7. Pembelajaran berasaskan projek Pengajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning/PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Dengan itu, guru boleh meminta murid untuk melakukan projek Kotak Butang. Projek ini memerlukan murid untuk membuat bahagian di dalam kotak bagi mengelaskan butang mengikut cirri tertentu. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi cara pembelajaran yang pelbagai, berorientasikan dunia sebenar, menggunakan kaedah pengalaman handson dan persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran. Selain meningkatkan kreativiti kanak- kanak berfikir ia turut menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi.

13

RUJUKAN Buku : Choong , L. K. (2011). Murid dan Alam Belajar. Subang Jaya: Percetakan Seasonsal SDN. BHD.

Noriati, A. R. (2005). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar SDN. BHD. 14

Laman Web : FRC. Kemahiran Mengelas (2011). Didapatkan Februari 25, 2012, daripada blogspot.com: http://kemahiran-sains.blogspot.com/2011/04/kemahiransains_14.html

Kathleen, C. (1998, May). Classroom Qustioning .Didapatkan Februari 25, 2012, daripadastioning.pdf

learner.org:

http://www.learner.org/workshops/socialstudies/pdf/session6/6.ClassroomQue

Salleh, K. (2010,Februari, 22). Kemahiran Berfikir Secara Berfikir . Didapatkan Februari 25, 2012, daripada blogspot.com:http://adf.ly/1349656/banner/http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kemahi ran-berfikir-secara-kreatif.html

Jurnal : K, Nikolopoulou (2000). Development of Pupils' Classification Skills in Science Lessons: An Intervention of Computer Use . Journal of Science Education and Technology, 9, 2.

15