pengetahuan kurikulum

6
5.1.1 Pengetahuan kurikulum Pengetahuan kurikulum ditakrifkan oleh Shulman (1986) sebagai alat iaitu bahan atau program yang tersedia bagi setiap mata pelajaran. Manakala Turner-Bisset (2004) pula berpendapat, pengetahuan ini merujuk kepada pengetahuan tentang kurikulum itu sendiri mencakupi pengetahuan keseluruhan kurikulum yang disediakan, program pengajian, dan jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk mengajar setiap mata pelajaran. Sementara Wiseman et al. (1999) mempunyai pendapat tersendiri mengenai maksud kurikulum iaitu hasil akhir bagi pembelajaran pada peringkat tertentu. Beliau menambah, ia juga merujuk kepada pemilihan BBM dalam pengajaran dan juga maklumat guru mengenai pengetahuan sedia ada pelajar bagi memulakan pembelajaran suatu tajuk. Kejayaan pelaksanaan suatu kurikulum lazimnya ditentukan oleh faktor guru. Faktor ini berpengaruh secara signifikan terhadap minat dan komitmen pelajar terhadap suatu mata pelajaran dan juga mampu mengubah sikap dan status pelajar terhadap suatu kurikulum (Salleh, 2003).Justeru, guru perlu memahami dan dapat melaksanakan kurikulum sebaik mungkin untuk mendapatkan hasil positif seperti di atas. Hasil ini boleh dicapai dengan cara menimbulkan kesedaran ke dalam diri setiap guru agar meningkatkan komitmen dengan meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta membentuk sikap bersesuaian dengan mata pelajaran yang hendak diajar (Zurida & Hashimah, 2004). Ini kerana, kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam apa keadaan sekalipun ditentukan oleh guru sebagai pelaksana pengajaran (Chia & Abdul Rahim, 2012). a. Tasawur kurikulum

Upload: aden-san

Post on 15-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Komponen pedagogi

TRANSCRIPT

Page 1: Pengetahuan kurikulum

5.1.1 Pengetahuan kurikulum

Pengetahuan kurikulum ditakrifkan oleh Shulman (1986) sebagai alat iaitu bahan atau

program yang tersedia bagi setiap mata pelajaran. Manakala Turner-Bisset (2004) pula

berpendapat, pengetahuan ini merujuk kepada pengetahuan tentang kurikulum itu sendiri

mencakupi pengetahuan keseluruhan kurikulum yang disediakan, program pengajian, dan

jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk mengajar setiap mata pelajaran. Sementara

Wiseman et al. (1999) mempunyai pendapat tersendiri mengenai maksud kurikulum iaitu

hasil akhir bagi pembelajaran pada peringkat tertentu. Beliau menambah, ia juga merujuk

kepada pemilihan BBM dalam pengajaran dan juga maklumat guru mengenai pengetahuan

sedia ada pelajar bagi memulakan pembelajaran suatu tajuk.

Kejayaan pelaksanaan suatu kurikulum lazimnya ditentukan oleh faktor guru. Faktor

ini berpengaruh secara signifikan terhadap minat dan komitmen pelajar terhadap suatu mata

pelajaran dan juga mampu mengubah sikap dan status pelajar terhadap suatu kurikulum

(Salleh, 2003).Justeru, guru perlu memahami dan dapat melaksanakan kurikulum sebaik

mungkin untuk mendapatkan hasil positif seperti di atas. Hasil ini boleh dicapai dengan cara

menimbulkan kesedaran ke dalam diri setiap guru agar meningkatkan komitmen dengan

meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta membentuk sikap bersesuaian

dengan mata pelajaran yang hendak diajar (Zurida & Hashimah, 2004). Ini kerana, kejayaan

pelaksanaan kurikulum dalam apa keadaan sekalipun ditentukan oleh guru sebagai pelaksana

pengajaran (Chia & Abdul Rahim, 2012).

a. Tasawur kurikulum

Page 2: Pengetahuan kurikulum

Dapatan kajian menunjukkan, guru KKQ mempunyai tasawur yang sangat baik terhadap

pelajaran tajwid al-Quran. Umpamanya dalam hal penentuan nilai persetujuan guru KKQ

terhadap item berkaitan kedudukan tajwid al-Quran dalam KKQ, guru KKQ sependapat

dalam mengatakan bahawa pelajaran tajwid al-Quran merupakan salah satu bidang pelajaran

dalam KKQ. Dapatan ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa kesemua guru KKQ

jelas mengenai kedudukan pelajaran tajwid al-Quran sebagai salah satu komponen dalam

kemahiran al-Quran.

Pada masa yang sama, guru KKQ juga tahu bahawa pengajaran tajwid al-Quran

berlaku dalam setiap tingkatan dalam kelas KKQ. Pelajaran ini wujud dalam kurikulum KKQ

bermula dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Dalam hal berkaitan persepsi terhadap

tanggung jawab mengajar pelajaran ini kepada pelajar KKQ, kesemua guru bersetuju jika

tugas mengajar pelajaran ini merupakan tanggungjawab guru KKQ itu sendiri. Kesimpulan

dapatan kajian bagi konstruk ini mendapati terdapat keselarasan antara dapatan kajian ini

dengan pendapat Turner-Bisset (2004) dalam hal berkaitan tasawur kurikulum. Turner-Bisset

(2004) menjelaskan bahawa, guru perlu memiliki gambaran menyeluruh mengenai suatu

kurikulum yang dilaksanakan terutamanya dalam hal berkaitan sejarah, kelangsungan dan

perubahan yang berlaku dalam kurikulum tersebut. Andaian terhadap kurikulum sebagai

sebuah entiti yang ditentukan tidak memadai melainkan guru perlu mempunyai kesedaran

dan pemahaman kritis tentang tenaga yang mencorakkan kurikulum tersebut.

b. Kesinambungan kurikulum

Dapatan kajian menunjukkan, guru mempunyai pengetahuan mengenai kesinambungan

kurikulum pelajaran tajwid al-Quran yang tinggi. Tinjauan terhadap nilai persetujuan bagi

Page 3: Pengetahuan kurikulum

item kesinambungan pelajaran tajwid al-Quran bagi setiap tingkatan mendapati, kesemua

guru memberikan nilai persetujuan yang tinggi bagi item ini. Ini menggambarkan bahawa,

guru KKQ bukan setakat mahir dalam mengajar pelajaran tajwid al-Quran bagi suatu

tingkatan sahaja bahkan turut mahir dalam mengajar pelajaran ini pada tingkatan yang lain.

Pengetahuan ini memberi impak positif terhadap pengajaran guru KKQ (Turner-

Bisset, 2004). Guru KKQ dilihat kerap mengaitkan suatu topik pelajaran baru dengan topik

yang telah dipelajari, sama ada topik dalam tingkatan yang sama atau topik dalam tingkatan

yang lain. Pengajaran sebegini sebenarnya sangat membantu guru KKQ dalam meningkatkan

keberkesanan pengajaran tajwid al-Quran. Ini kerana kefahaman mengenai tajwid al-Quran

yang telah dipelajari oleh pelajar pada masa yang lepas memudahkan topik baru yang

berkaitan dapat diserap masuk dengan mudah oleh pelajar (Ahmad Arifin et al., 2013).

Perkara ini berlaku kerana, pengetahuan baru tersebut sudah pun mempunyai tapak asas

dalam sistem pengetahuan pelajar, justeru mudah bagi ilmu baru untuk berasimilasi dengan

ilmu sedia ada (Ee Ah Meng, 2003).

c. Pelaksanaan kurikulum

Dapatan kajian menunjukkan, guru KKQ mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam aspek

pelaksanaan kurikulum tajwid al-Quran. Item bagi pelaksanaan pengajaran tajwid al-Quran

mengikut sukatan pelajaran mendapat nilai persetujuan yang tinggi daripada kedua-dua

kumpulan responden guru dan pelajar KKQ. Ini menunjukkan, guru KKQ mengutamakan

pengajaran tajwid al-Quran seperti yang telah digariskan oleh pihak berwajib berbanding

mereka cipta topik pengajaran sendiri.

Page 4: Pengetahuan kurikulum

Pelaksanaan kurikulum menuntut guru untuk mendalami pengetahuan kandungan

dalam suatu mata pelajaran termasuklah pelajaran tajwid al-Quran (Turner-Bisset, 2004).

Turner-Bisset (2004) menambah, pengetahuan terhadap suatu mata pelajaran perlu disokong

oleh pelbagai pengetahuan lain yang berkaitan dengan mata pelajaran yang disampaikan.

Selain mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai pengetahuan substantif dan sintaktik,

guru juga perlu tahu perkaitan suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Dalam

konteks pengajaran tajwid al-Quran, guru KKQ juga perlu menguasai kemahiran al-Quran

yang lain seperti kemahiran tarannum, qiraat Sab’ie, ulum al-Quran dan hafazan. Ini kerana,

perkara ini akan meningkatkan keberkesanan pengajaran tajwid al-Quran.

Penguasaan guru KKQ dalam bidang al-Quran yang lain turut memudahkan guru

untuk mengenal pasti perbezaan cara pengajaran bagi setiap bidang tersebut. Perkara ini telah

pun dipersetujui oleh guru KKQ dengan nilai persetujuan yang tinggi terhadap item

pengajaran tajwid al-Quran berbeza dengan pengajaran kemahiran al-Quran yang lain.

Mereka turut bersetuju jika, cara pelaksanaan tajwid al-Quran adalah berbeza mengikut

kesesuaian topik yang terkandung dalam pelajaran ini. Dalam hal ini, Turner-Bisset (2004)

menegaskan bahawa, guru perlu membuat penelitian mendalam terhadap semua bahan

kurikulum dengan pemahaman bijak dan kritis. Jika perkara ini gagal dilaksanakan,

perancangan pelaksanaan pengajaran akan menjadi sia-sia, rancangan yang dilakukan hanya

bermatlamat untuk menjayakan pengajaran semata-mata tanpa mempertimbangkan aspek

kefahaman pelajar yang berbeza-beza.

d. Kandungan sukatan pelajaran

Page 5: Pengetahuan kurikulum

Dapatan kajian menunjukkan, guru KKQ turut berpengetahuan tinggi mengenai kandungan

sukatan pelajaran tajwid al-Quran. Guru KKQ bersetuju jika mereka sentiasa menggunakan

buku terbaru dalam pengajaran tajwid al-Quran sekali gus menjelaskan bahawa guru KKQ

sangat peka terhadap perubahan kurikulum yang berlaku dalam pelajaran ini. Guru KKQ juga

menegaskan bahawa mereka tidak bermasalah dengan sebarang perubahan kurikulum yang

berlaku dalam pelajaran tajwid al-Quran. Hal ini tidak lain merupakan hasil daripada

pengetahuan guru KKQ yang mendalam mengenai konsep utama, kemahiran dan proses mata

pelajaran tajwid al-Quran. Pengetahuan terhadap aspek-aspek ini dapat membantu guru untuk

memahami perkaitan sebenar antara fenomena-fenomena yang berlaku dalam suatu mata

pelajaran termasuk perubahan yang berlaku dalam kurikulum itu sendiri (Turner-Bisset,

2004).

Dapatan kajian seterusnya menunjukkan, guru KKQ turut menguasai perbezaan

kandungan topik tajwid al-Quran dalam setiap tingkatan. Pengetahuan ini selain dapat

membantu guru KKQ dalam menyusun ilmu tajwid al-Quran, ia juga dapat membantu guru

untuk mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk diselaraskan dengan pengetahuan

yang baru. Hal ini selaras dengan saranan Turner-Bisset (2004) kepada setiap guru agar

mengetahui kesinambungan kurikulum bagi mata pelajaran yang diajar. Bagi guru yang tidak

mengetahui kesinambungan kurikulum bagi suatu mata pelajaran, beliau menganjurkan agar

mereka melaksanakan pembacaan, perbincangan mahupun penulisan berkaitan mata

pelajaran yang diajar. Tinjauan terhadap item seterusnya mendapati, guru KKQ mempunyai

kemahiran yang tinggi dalam setiap topik yang terkandung dalam pelajaran tajwid al-Quran.

Dapatan ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa, guru KKQ mempunyai keupayaan

yang tinggi dalam pengajaran pelajaran KKQ.