pengenalan.docx

13
KPD 6044 - AMALAN DAN KAJIAN DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF PENGENALAN Pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Tugas guru semakin mencabar dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Perancangan pengajaran yang baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan bermotivasi kepada pelajar. Pelajar juga digalakkan untuk membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu maslah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd.Fazli, 2001). Salah satu pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran koperatif. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Di peringkat sekolah pelajar-pelajar perlu diajar dan diterapkan nilai pembelajaran kendiri dan berdikari agar PEMBELAJARAN KOPERATIF

Upload: thivya-narayasamy

Post on 22-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN.docx

PENGENALAN

Pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan

perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan negara

memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Tugas guru semakin mencabar

dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu

setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Perancangan

pengajaran yang baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang digunakan

adalah faktor untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan

bermotivasi kepada pelajar. Pelajar juga digalakkan untuk membina jalan

penyelesaian terhadap sesuatu maslah dengan menggunakan idea dan hipotesis

yang telah dibina (Mohd.Fazli, 2001). Salah satu pendekatan yang sesuai adalah

pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran koperatif.

Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk

memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui

pengalaman mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam

strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Di peringkat

sekolah pelajar-pelajar perlu diajar dan diterapkan nilai pembelajaran kendiri dan

berdikari agar mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Kaedah

kumpulan sama kebolehan, membolehkan guru membimbing pelajar mengikut

kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan

mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan telah

memberi peluang mengamalkan pengajaran rakan sebaya, memupuk semangat

kerjasama dan bertimbangrasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial.

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi

pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di

dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Page 2: PENGENALAN.docx

secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan

masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan

meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan memberi gred berdasarkan

pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu.

Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri daripada empat

hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh

tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan dan Sharan,1992). Semua

kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bertanggungjawab ke atas

pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka

sendiri. Selain daripada idea berkerjasama, kaedah pembelajaran pasukan pelajar

memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan,

ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang

diperlukan (Slavin, 1990).

Menurut Borhan, (2001) pembelajaran koperatif atau pembelajaran

berkumpulan terbimbing adalah merupakan pembelajaran dalam kumpulan.

Pembelajaran koperatif juga merupakan pendekatan pembelajaran yang mempunyai

kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan

berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri.

Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan pelajar Kaedah kumpulan membolehkan guru membimbing pelajar

mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan

pemulihan mengikut keperluan masing masing.

Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja

untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam

pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri

sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif

menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya terhadap pencapaian iaitu

yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad,

2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan

Page 3: PENGENALAN.docx

dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing

(Kamaruddin Tahir, 2005).

ASPEK-ASPEK PEMBELAJARAN

KOPERATIF

Saling Bergantung Di

Antara Satu Sama Lain

Secara Positif

Saling Berinteraksi

Secara Bersemuka

Akauntabiliti Individu Atas Pembelajaran

Diri Sendiri

Kemahiran Koperatif /

sosial

Pemprosesan Kumpulan

Page 4: PENGENALAN.docx

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang

memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan berkerjasama dalam kumpulan kecil

untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran

yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga rakan-rakan yang lain.

Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan

menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.

Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of

Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada

sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling

kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha

orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar

berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuna boleh dicapai melalui

usaha, input dan sinergi orang lain.

Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan

diberikan kepda kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut

sumbanagan setiap individu. Setiap ahli akan menerima markah mengikut

sumbangan setiap individu. Setiap ahli akan menerima markah mengikut

sumbanagn idea mereka. Penilaian boleh dibuat secara individu.

Pembelajaran koperatif tidak hanya di jalankan di dalam bilik kuliah sahaja. Ia

melengkapkan pengajaran berbentuk tradisional iaitu pembelajaran bertemu semuka

Saling Bergantung Di Antara Satu Sama Lain Secara Positif

Saling Berinteraksi Secara Semuka

Akauntabiliti Individu Atas Pembelajaran Diri Sendiri

Page 5: PENGENALAN.docx

(face to face). Harasim(1990) telah menyatakan kelebihan social afektif dan kognitif

yang terhasil daripada interaksi sekumpulan pelajar dengan kaedah “face to face”.

Pembelajaran koopertif memberi ruang dan kesempatan yang luas kepada

setiap anggota kelompok untuk bersemuka saling memberi informasi dan saling

mempelajari sesuatu yang baru. Interaksi secara semuka akan memberikan

pengalaman yang berharga kepada setiap anggota kelompok untuk bekerja sama,

menghargai setiap perbezaan, memanfaatkan kelebihan masing-masing dan

mengisi kekurangan masing-masing.

Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk

berkerja secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan

sesebuah kumpulan berfungsi dengan baik. Kemahiran-kemahiran tersebut

merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi

dan pengurusan konflik. Kemampuan ini sangat penting kepada pelajar supaya

dapat menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat pada kelak nanti. Oleh sebab

itu, guru perlu terus melatih kemahiran ini sehingga pelajar menjadi mahir kedua-dua

kemahiran ini.

Kumpulan pembelajaran koperatif dibentuk secara hiterogen, yang berasal

dari budaya, latar belakang sosial dan kemampuan akademik yang berbeza.

Perbezaan semacam ini akan menjadi modal utama dalam proses saling

memperkaya antara ahli kumpulan. Semasa interaksi kumpulan pelajar boleh

berbincang dan menganalisis aktiviti yang telah dijalankan. Guru juga boleh

menerangkan kebaikan berkongsi kumpulan, contohnya pelajar yang membantu

rakan menyelesaikan masalah hendaklah diberi pujian. Pelajar dalam kumpulan

boleh membuat refleksi tentang hasil kerja secara berkumpulan, segala kelemahan

yang timbul akan dapat diatasi bersama.

Kemahiran Koperatif / Sosial

Pemprosesan Kumpulan

Page 6: PENGENALAN.docx

Pendekatan pembelajaran koperatif boleh dikategorikan kepada dua kategori

utama iaitu kumpulan koperatif formal dan kumpulan koperatif infromal. Teknik

kumpulan formal boleh digunakan untuk mengajar isi kandungan tertentu atau

kemahiran penyelesaian masalah manakala teknik kumpulan informal boleh

digunakan untuk memastikan proses kognitif yang aktif berlaku semasa kaedah

kuliah dijalankan. Kombinasi penggunaan pendekatan ini boleh menyediakan satu

struktur yang pelbagai kepada pelajar.

Dalam kumpulan koperatif, pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai

objektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu:

i) untuk memaksimakan pembelajaran mereka sendiri dan

ii) untuk memaksimakan pembelajaran kesemua ahli kumpulan.

Terdapat beberapa langkah umum dalam pendekatan ini. Prosedur umum

langkah-langkah pembelajaran berikut boleh digunakan dalam aplikasi pembelajaran

koperatif.

Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

Pilih strategi pembelajaran kooperatif yang akan digunakan untuk

menjalankan tugasan.

Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan

kaedah penilaian dijelaskan.

Berikan bantuan jika diperlukan.

Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan

yang dicapai oleh kumpulan.

Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan.

Page 7: PENGENALAN.docx

Teknik-teknik pembelajaran koperatif yang dipilih untuk merancang aktiviti-

aktiviti yang boleh memotivasikan pembelajaran koperatif di kalangan murid-murid

Tahun 3, dalam matapelajaran Bahasa Malaysia adalah seperti berikut :

Three Step Interview

Tajuk : Simpulan Bahasa

Objektif : 1. Pelajar dapat mengenalpasti maksud simpulan bahasa.

2. Pelajar dapat menggunakan simpulan bahasa dalam ayat dengan betul

Aktiviti Pembelajaran Koperatif:

Setiap ahli kumpulan memilih ahli lain sebagai pasangan. Dalam langkah

pertama, pelajar pertama meminta pasangannya dengan bertanya maksud simpulan

Three Step Interview

Think-Pair-Share

Round Robin BrainstormingJigsaw

Two Minute Paper

Page 8: PENGENALAN.docx

bahasa untuk mendapatkan penjelasan. Pada pusingan kedua, pasangan bertukar

peranan dan pada langkah akhir, ahli-ahli berkongsi hasil kerja berpasangan dengan

kumpulan dan membina ayat dengan simpulan bahasa yang dipelajar.

Think-Pair-Share

Tajuk : Membina Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Objektif : 1. Pelajar dapat menulis karangan bertajuk “ Faedah-faedah Membaca

Buku”.

Aktiviti Pembelajaran Koperatif

1. Guru memberikan tajuk “ Faedah-faedah Membaca Buku” untuk difikirkan

secara ringkas oleh pelajar mula-mula secara individu.(fasa ‘think’)

2. Kemudian dibincangkan tajuk tersebut bersama dengan rakan di sebelah

(Fasa ‘pair’),

3. Kemudian beberapa pasangan mengongsikan hasil perbincangan mereka

dengan kelas.

4. Teknik ini melibatkan tiga langkah:

i) Masa berfikir secara individu- pelajar mencari jawapan kepada soalan yang

diberikan secara individu;

ii) Pelajar berbincang dan bertukar pendapat tentang jawapan secara

berpasangan dan

iii) Hasil perbincangan berpasangan dikongsi dengan kumpulan lain/kelas.

Two Minute Paper

Tajuk : Ayat Majmuk

Objektif : 1. Pelajar dapat membina ayat majmuk dengan struktur ayat yang betul.

Aktiviti Pembelajaran Koperatif:

1. Guru beri pelajar masa dua minit untuk menulis ayat majmuk.

2. kemudian minta mereka kongsikan dengan rakan di sebelah.

Page 9: PENGENALAN.docx

3. Kemudian, guru pilih beberapa orang kongsikan ayat yang dibina oleh mereka

kepada kelas.

4. Pada akhir kelas, guru memilih ayat yang tebaik dan memberi hadiah atau

pujian kepada murid tersebut.

Jigsaw

Tajuk : Keistimewaan Tempat-tempat pelancongan di Malaysia

Objektif : 1. Pelajar dapat mengenali tempat-tempat pelancongan di Malaysia serta

keistimewaanya.

Aktiviti Pembelajaran Koperatif:

1. Dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama pelajar belajar dalam

kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya

bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah-langkah dalam Jigsaw

ialah:

Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza

(Contoh: Tempat pelancongan yang berlainan).

Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza

membentuk kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A

dari semua kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini

dipanggil kumpulan pakar).

Langkah 3: Ahli kumpulan balik ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan

mereka bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.

Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan

tugasan yang diberi atau mengambil ujian/penilaian.

Round Robin Brainstorming

Tajuk : Penjodoh Bilangan

Objektif : 1. Pelajar dapat mengenali penjodoh bilangan dan dapat memberi contoh

yang sesuai.

Page 10: PENGENALAN.docx

Aktiviti Pembelajaran Koperatif:

1. Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-6 orang) dengan seorang

dilantik sebagai pencatat.

2. Guru mengarahkan murid menyebut penjodoh bilangan dan satu contoh yang

sesuai.

3. Pelajar diberikan masa untuk memikirkan jawapannya.

4. Selepas masa berfikir diberikan, ahli-ahli bergilir-gilir memberikan respon

jawapan. Pencatat mencatat semua jawapan ahli.

Teknik-teknik pembelajaran koperatif tersebut secara menyeluruh memberi

faedah terhadap aspek-aspek berikut :

Aktiviti individu

Aktiviti kooperatif.

Kriteria untuk kejayaan.

Penilaian

Akauntabiliti individu

Tingkah laku yang diharapkan

Kerjasama antara kumpulan