pengenalan.docx

18
IKHTISAS OLAHRAGA PADANG ( QSI 3012 ) GROUP C TAJUK ACARA MEREJAM LEMBING AHLI KUMPULAN NAMA NO MATRIK Mohamad Farhan Nizam Bin Mohd Nor D20141066457 Mohd Rizal Bin Mohd Bakar D20141066453 Nur Fasihah Binti Kamil D20141066462 Nur Shafiqah Binti Abdul Rahim D20141066464 PENSYARAH DR. SANMUGA NATHAN A/L K.JEGANATHAN

Upload: manrunner

Post on 19-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan.docx

IKHTISAS OLAHRAGA PADANG ( QSI 3012 )

GROUP

C

TAJUK

ACARA MEREJAM LEMBING

AHLI KUMPULAN

NAMA NO MATRIK

Mohamad Farhan Nizam Bin Mohd Nor

D20141066457

Mohd Rizal Bin Mohd Bakar D20141066453

Nur Fasihah Binti Kamil D20141066462

Nur Shafiqah Binti Abdul Rahim D20141066464

PENSYARAH

DR. SANMUGA NATHAN A/L K.JEGANATHAN

TUTOR

WAN KHAIRUDDIN BIN WAN MOHAMMAD

Page 2: Pengenalan.docx

1.0 PENGENALAN/SEJARAH

Acara rejam lembing adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan

sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata

dalam peperangan. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan

Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam

sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita.

Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada

tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua

acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

2.0 TOKOH-TOKOH

Jaguh acara merejam lembing iaitu Petronoff dari Rusia yang mempunyai susuk

badan yang tegap dan berbadan sasa telah berjaya merejam lembing melebihi 90 meter dan

rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga

merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing sehingga sekarang.

Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua

mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-

an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari

acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh

ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam yang

terbaik dalam acara ini.

3.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM ACARA MEREJAM

LEMBING

Page 3: Pengenalan.docx

1. Peserta akan melakukan rejaman mengikut giliran yang ditentukan menerusi undian

sebelum pertandingan bermula.

2. Sekiranya jumlah peserta ialah seramai lapan orang atau kurang, setiap peserta akan

diberikan enam kali rejaman. Jika jumlah peserta melebihi, lapan orang, tiga rejaman

diberikan kepada semua peserta dan lapan peserta terbaik mengikut jarak akan mara ke

pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga rejaman seorang. Peserta

yang mencapa jarak terbaik daripada semua rejaman yang sah dikira pemenang.

3. Peserta hendaklah memegang lembing pada bahagian pemegangnya. Semasa membuat

rejaman, peserta hendaklah meletakkan lembing pada bahu, dengan cara memegang serta

kedudukan lembing bergantung kepada keselesaan dan pilihan peserta.

4. Peserta hendaklah memulakan rejaman atau pergerakan dari tempat yang disediakan

dengan tangan memegang lembing.

5. Ketika melakukan rejaman, peserta hendaklah berlari dalam lorong larian landas yang

ditetapkan, serta lembing direjam mendarat di dalam sekitar yang ditanda. Lembing yang

direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, tetapi memadai dengan kepala

menyentuh tanah dan meninggalkan kesan pendaratan untuk dijadikan titik ukuran jarak

rejaman.

6. Peserta yang melakukan rejaman paling jauh dan tidak dibatalkan rejamannya dikira

pemenang. Jika terdapat dua atau lebih peserta yang memperoleh jarak yang sama,

pemenang ditentukan oleh rejaman kedua lebih jauh.

7. Peserta hendaklah melakukan rejaman mengikut giliran yang ditetapkan setelah pengadil

atau pegawai pertandingan memanggil untuk melaakukan rejaman.

8. Rejaman akan dikira batal jika bahagian selain daripada kepala lembing yang menyentuh

Page 4: Pengenalan.docx

tanah dahulu.

9. Peserta dilarang menggunakan alat sokongan atau bantuan dengan tujuan memberi

kelebihan kepada lemparan masing-masing kecuali tali pinggang untuk menyokong

pinggang.

10. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum

mendarat. Apabila keluar dari kawasan rejaman, peserta hendaklah melalui laluan

bahagian belakang kawasan ‘arc’ dan dua garisan lurus di kiri kanannya.

11. Terdapat minimum empat pengadil atau pegawai pertandingan untuk menjalankan acara

ini. Pengadil pertama akan memastikan sama ada peserta memijak penanda ‘arc’ atau

tidak. Pengadil kedua memastikan peserta memgang lembing dengan betul atau tidak.

Pengadil ketiga dan keempat akan menentukan titik pendaratan lembing sama ada sah

atau tidak. Pegawai yang akan membuat pengukuran jarak sama ada terdiri daripada

kalangan empat pegawai ini atau mungkin pegawai lain.

12. Pegangan atau rejaman lembing yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang

yang ditetapkan, akan dianggap batal atau tidak sah.

13. Sekiranya lembing patah atau pecah semasa peserta sedang melakukan rejaman,

percubaan itu tidak dikira sebagai rejaman. Akan tetapi jika peserta telah membuat

rejaman dan lembing terpatah atau menjadi rosak, kesahan rejaman itu adalah atas budi

bicara pegawai pertandingan.

14. Peserta hendaklah mendapat arahan daripada pegawai pertandingan untuk melakukan

rejaman, bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini, terutama dari

segi keselamatan.

Page 5: Pengenalan.docx

15. Peserta hendaklah membuat rejaman mengikut aturan dan undang-undang yang

ditetapkan.

16. Setiap permainan mempunyai peraturannya yang tersendiri, begitu juga bagi acara rejam

lembing. Antara peraturan-peraturannya ialah peraturan-peraturan Am Rejam Lembing

penggunaan kasut, pita pengukur.

17. Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang

peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan setiap

peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke pusingan

akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.

18. Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike. Jika menggunakan

kasut getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutama pada bahagian

tapaknya.

19. Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang lebih panjang ukurannya. Pengukuran

dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda.

20. Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh peserta acara

merejam lembing. Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau yempat yang

dikhaskan.

21. Peserta melakukan larian awal di luar lorong atau kawasan yang disediakan. Peserta

teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia untuk membuat rejaman.

22. Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai untuk melakukan

larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh atau melepasi penanda arc.

Page 6: Pengenalan.docx

4.0 PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING

1. Peserta hendaklah sanggup menjalankan latihan khusus untuk acara ini disamping

menyediakan dirinya dari aspek mental dan fizikal.

2. Peserta yang mengmbil bahagian dalam sesuatu pertandingan harus mempunyai

matlamat tertentu, sama ada untuk dirinya sendiri ataupun pasukannya.

3. Peserta hendaklah mempunyai sikap positif terhadap latihan, pertandingan dan

penyertaannya.

4. Peserta hendaklah sanggup menerima latihan, teguran dan arahan yang diberikan

jurulatih atau guru pengawas.

5. Peserta hendaklah sanggup meningkatkan prestasi menerusi latihan sendirian, selepas

mengikut latihan jurulatih. Bagaimanapun, setiap sesi latihan hendaklah diawasi

jurulatih.

6. Peserta hendaklah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan, walaupun

mengalami kekalahan.

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu;

Gaya Amerika

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Page 7: Pengenalan.docx

Gaya Pegangan – U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

5.0 ALATAN/LANDASAN

Berat & panjang lembing untuk lelaki: 2.60 meter, 800 gram untuk perempuan: 2.20 meter,

600 gram

BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing

terdiri daripada kepala, grip dan ekor.

Page 8: Pengenalan.docx

Kawasan rejaman lembing Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan

atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian

tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut

29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan

ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

6.0 TEKNIK-TEKNIK MEREJAM LEMBING

Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua

gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. Gaya

rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu.

Gaya memegang lembing Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu; Gaya Amerika

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah. Gaya Pegangan – U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN

Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam

kawasan bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain. Sebaliknya, rejaman

dilakukan daripada lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada

jarak lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara seorang peserta

dengan peserta lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian

yang dibuat dan cara membuat pelepasan lembing.

Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan rejaman umumnya adalah

sama, sama ada lembing itu di rejam oleh peserta lelaki ataupun wanita. Ada beberapa

peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama ada yang

baru menceburi diri dalam acara ini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus dapat

memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada

kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin.

Peringkat- peringkat itu adalah seperti berikut.

Page 9: Pengenalan.docx

Cara memegang lembing adalah Larian awal, Peringkat rejaman lembing, Peringkat

pendaratan lembing dan ikut lajak, Peringkat mengundurkan diri.

LARIAN AWAL

Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakna dia sudah bersedia

untuk memulakan pergerakan membuat rejaman pada lembing yang dipegangnya itu. Untuk

itu peserta berkenaan hendaklah dalam keadaan bersedia termasuk dari segi mental juga.

Peserta tidak seharusnya cuba melakukan pergerakan secara tergesa-gesa kerana akan

mengakibatkan pergerakan menjadi kurang sempurna. Berikut adalah di antara perkara yang

boleh dijadikan panduan pada peringkat melakukan larian awal ini.

Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan merapatkan kedua-dua belah

kaki di dalam kawasan larian yang disediakan sambil tangan memegang lembing mengikut

cara pegangan yang telah dipelajari. Jika boleh pastikan jumlah langkah atau jarak larian

yang bakal dilakukan daripada lorong larian yang disediakan dengan cara umpamanya

membuat check-mark seperti dalam larian untuk lompat jauh atau lompat kijang. Peserta

meletakkan lembing pada bahu dengan siku tangan yang memegang lembing dibengkokkan

ke hadapan. Jika peserta memegang lembing pada bawah bahunya, dia hendaklah meluruskan

tangannya seakan-akan selari dengan lembing.

Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah menggunakan mana-mana kaki

mengikut jumlah langkah yang akan dibuat dan pada kelajuan sederhana. Peserta hendaklah

menumpukan perhatian penuh terhadap lembing yang bakal direjamkan, tanpa mempedulikan

keadaan sekitarnya. Peserta melakukan larian hingga langkah terakhir mendarat dibelakang

penanda arc dengan menggunakan tumit atau seluruh kaki hadapan. Ketika membawa

lembing sambil berlari, badan condong sedikit ke belakang.

PERINGKAT MEMBUAT REJAMAN

Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam keseluruhan acara merejam

lembing ini. Jarak yang akan dicapai daripada rejaman lembing akan ditentukan pada

peringkat ini. Ini bermakna peserta harus memberikan sepenuh perhatian pada peringkat ini.

Page 10: Pengenalan.docx

Harus diingat bahawa peserta akan melakukan rejaman sambil dirinya cuba memberhentikan

keseluruhan badan supaya tidak melepasi penanda arc. Sering terjadi, peserta gagal

mengimbangkan diri diperingkat ini sehingga menyebabkan kakinya terpijak atau melepasi

penanda itu. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam pergerakan

peringkat ini.

Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta hendaklah cuba

membuka atau membuat langkah seluas mungkin supaya keseimbangan badan diperoleh.

Peserta hendaklah mendarat pada kaki kanan berhampiran dengan penanda arc tanpa

menyentuh, melangkah atau melepasi garisan tersebut. Peserta boleh juga membuat

lompatan pada langkah akhir ini sambil tangan membantu mendapatkan keseimbangan

badan. Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35 hingga 40 daripada

permukan padang, dengan menggunakan kekuatan yang maksimum. Tangan yang tidak

memegang lembing hendaklah mengawal rejaman dan kedudukan badan semasa larian

sehingga membuat rejaman.

PERINGKAT PENDARATAN LEMBING DAN IKUT LAJAK

Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi pergerakan sebenar dalam

acara ini masih belum selesai. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan

memberhentikan keseluruhan badan di hadapan penanda arc, tanpa kaki menyentuh atau

melepasi penanda. Jika peserta melepasi penanda ini atau terkeluar dari kawasan rejaman,

bermakna rejaman akan dibatalkan. Begitu juga jika peserta terjatuh atau tangannya

menyentuh kawasan selepas arc untuk menggelakkan dirinya daripada terjatuh, juga akan

dibatalkan.

Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada peringkat ini. Peserta

hendaklah memberhentikan diri di hadapan penanda arc tanpa menyentuh atau melepasi

penanda arc. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan rejaman sehingga lembing

mendarat atau terjatuh ke kawasan pendaratan yang disediakan. Pegawai pertandingan akan

menentukan sama ada rejaman itu sah atau tidak berdasarkan cara lembing itu mendarat.

Peserta hendaklah menumpukan perhatian dan pandangan kepada lembing yang baru

Page 11: Pengenalan.docx

dilontarnya sehingga lembing mendarat, sekurang- kurangnya peserta dapat melihat tempat

pendaratan.

PERINGKAT BERUNDUR DIRI

Kini semua pergerakan dalam acara merejam lembing telah selesai dan jarak rejaman

juga dapat dilihat secara kasar oleh peserta. Tetapi, peserta tidak boleh terus meninggalkan

kawasan rejaman sesuka hati. Dia hendaklah beredar dari kawasan itu ke belakang dari

penanda arc, kerana undang-undang acara ini akan membatalkan rejaman seseorang peserta

yang beredar dari kawasan rejaman melalui dan melepasi penanda arc.

Akhirnya, peserta hendaklah kembali ke tempat peserta menunggu untuk rejaman

seterusnya mengikut giliran yang ditetapkan. Dengan demikian, tamat pusingan pertama

peserta merejam lembing. Pelakuan yang sama akan diulangi untuk rejaman kedua, ketiga

atau sehingga kali keenam. Jika semua rejaman dilakukan dengan sempurna, maka jarak

terbaik daripada rejaman ini akan menentukan kedudukan peserta itu dibandingkan dengan

peserta yang lain.

7.0 FASA-FASA

Page 12: Pengenalan.docx

1. Fasa persediaan

Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan

menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian

ialah: Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang lembing mengikut

gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala

dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah

kawasan rejaman Pandang kearah kawasan rejaman

2. Fasa lari landas

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan

terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Mulakan larian sambil memegang

lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal

Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan

menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke

lembing sebelum memasuki fasa rejaman.

3. Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi

kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam

keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi

dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang Tolak lembing

ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing Perlakuan ini

memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

4. Fasa ikut lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara

yang perlu diberi perhatian ialah: Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke

hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi

Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan

supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan.

Page 13: Pengenalan.docx

8.0 ANSUR MAJU

Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara

memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya

sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya

melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus

semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah

perlu kepada para pelatih

9.0 PENUTUP

Kesimpulan bagi acara ini, kita dapat mempelajari bagaimana acara ini dipermainkan,

fasa-fasa, teknik-teknik dan terdapat pelbagai otot yang terlibat seperti “biceps, triceps,

deltoid, hamstring, gastrocnemius, quadriceps, pactoralis major, pactoralis minor, trapezius,

brachioradialis”.