pengenalan produk rak a.tulis

20
PENGENALAN PRODUK : Reka Bentuk danTeknologi ( RBT 3118) bertujuan memberi asas dalam melahirkan guru pelatih yang dapat berdikari dan yakin untuk menjalani kehidupan dalam dunia teknologi yang sentiuasa berubah. Subjek ini juga dapat mewujudkan guru pelatih yang mahir dalam bidang reka cipta, pengurusan diri dan bidang perniagaan dan keusahawanan. Malahan secara tidak langsung dapat melahirkan individu yang kreatif, inovasi dan inventif serta boleh menghasilkan rekaan yang sesuai dengan perubahan dan perkembanagn teknologi untuk meningkatkan taraf hidup di samping memberikan sumbangan kearah menetukan hala tuju masa depan. Guru pelatih sem 4 yang mengambil RBT sebagai subjek minor diberikan tugas untuk menghasilkan satu projek tentang kaedah pembuatan prototaip berasaskan kayu dan logam. Soalan ini merupakan soalan pertama dalam tugasan RBT. Oleh itu, untuk memenuhi soalan ini saya memiliki projek rak penyimpanan memo. Tujuan bagi saya mereka projek ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh semua rakyat di dunia ini yang selalu lupa dimanakah mereka meletakkan memo atau surat-surat yang penting. Bagi menyelesaikan masalah mereka ini, saya telah mereka sebuah rak penyimpanan memo. Proses membuat rak ini sangat mudah, tidak rumit, melibatkan kos yang rendah dan mampu dibina oleh semua. Seterusnya, saya berpandapat reka bentuk rak ini akan menarik perhatikan semua pengguna dan meningkatkan permintaan terhadap rak penyimpanan memo ini. MEMO- KEEPER

Upload: hemachandaran-rathnakumar

Post on 07-Feb-2016

513 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

VCFXF

TRANSCRIPT

PENGENALAN PRODUK :

Reka Bentuk danTeknologi ( RBT 3118) bertujuan memberi asas dalam melahirkan guru

pelatih yang dapat berdikari dan yakin untuk menjalani kehidupan dalam dunia teknologi yang

sentiuasa berubah. Subjek ini juga dapat mewujudkan guru pelatih yang mahir dalam bidang

reka cipta, pengurusan diri dan bidang perniagaan dan keusahawanan. Malahan secara tidak

langsung dapat melahirkan individu yang kreatif, inovasi dan inventif serta boleh menghasilkan

rekaan yang sesuai dengan perubahan dan perkembanagn teknologi untuk meningkatkan taraf

hidup di samping memberikan sumbangan kearah menetukan hala tuju masa depan.

Guru pelatih sem 4 yang mengambil RBT sebagai subjek minor diberikan tugas untuk

menghasilkan satu projek tentang kaedah pembuatan prototaip berasaskan kayu dan logam.

Soalan ini merupakan soalan pertama dalam tugasan RBT. Oleh itu, untuk memenuhi soalan ini

saya memiliki projek rak penyimpanan memo. Tujuan bagi saya mereka projek ini adalah untuk

menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh semua rakyat di dunia ini yang selalu lupa

dimanakah mereka meletakkan memo atau surat-surat yang penting. Bagi menyelesaikan

masalah mereka ini, saya telah mereka sebuah rak penyimpanan memo. Proses membuat rak

ini sangat mudah, tidak rumit, melibatkan kos yang rendah dan mampu dibina oleh semua.

Seterusnya, saya berpandapat reka bentuk rak ini akan menarik perhatikan semua pengguna

dan meningkatkan permintaan terhadap rak penyimpanan memo ini.

Projek ini juga, meningkatkan keupayaan seseorang guru pelatih atas diri mereka.

Tambahan pula, memberi peluang kepada guru pelatih meluahkan idea mereka secara kreatif

dan meningkatkan keupayaan mereka sambil melahirkan keyakinan diri.

MEMO-KEEPER

RASIONAL PROJEK

Kerasionalan projek rak penyimpanan memo ini dilaksanakan adalah untuk:

- Memudahkan pengguna untuk meletakkan memo mereka.

- Rak penyimpanan memo ini mampu memuatkan banyak memo atau surat pada

sesuatu masa.

- Projek  ini  akan  dapat  menjimatkan  penggunaan  ruang  dan  menjadikan susunan

ruang menjadi lebih kemas.( Ia boleh digantung di mana-mana sahaja).

MATLAMAT PROJEK

Terdapat matlamat yang akan dapat dicapai melalui pelaksanaan projek penyimpanan memo

ini.  Antaranya ialah:

Mewujudkan daya cipta dan daya saing dalam diri para guru pelatih.

Memberi pengalaman dan kemahiran kepada setiap guru pelatih yang melaksanakan

projek ini untuk mempelajari kaedah pembuatan prototaip berasaskan kayu dan logam.

Melahirkan guru pelatih yang cekap, berpegetahuan serta pakar dalam bidang yang

diceburi.

Melahirkan guru pelatih yang dapat menjana idea secara kreatif dan kritis dengan baik.

OBJEKTIF PROJEK

Terdapat beberapa objektif apabila menghasilkan projek rak alat tulis ini, iaitu;

Memenuhi dan menyempurnakan masalah yang dihadapi oleh para murid, para remaja

atau mahasiswa

Merealisasikan hasrat untuk melahirkan guru yang kreatif, berinovasi serta mampu

menghasilkan rekaan mengikut perkembangan semasa dan mampu menyumbang

sesuatu kepada pembangunan teknologi negara.

Mengenalpasti dan mengaplikasikan kemahiran dengan menghasilkan projek ini

Merancang strategi pemasaran untuk projek yang dihasilkan.

LATAR BELAKANG

MASALAH

Produk-produk yang dikeluarkan dari negara kita atau diimport dari negara luar tidak

sesuai dengan keinginan dan kepuasan kita. Pengusaha produk-produk kilang mereka sesuatu

barang dengan gaya fikiran mereka sendiri. Maka, tidak mementingkan dan memberi

keutamaan kepada permintaan pengguna seperti kita. Disinilah wujud konflik. Kebanyakkan

murid, remaja atau mahasiswa tidak puas hati atas produk rak alat tulis. Sebab produk-produk

jenis ini tidak sepenuhnya memenuhi keinginan mereka. Antara ketidakpuas hatian atas rak alat

tulis adalah terlalu besar. Mereka tidak mencukupi tempat untuk meletak produk yang besar

sebegitu di atas meja. Selain itu, rak alat tulis yang terlalu kecil menyukarkan mereka lebihan

alat tulis. Maka mereka terpaksa meletakka di atas meja atau lain-lain temapt. Seterusnya,

harga yang mahal walaupun kualiti yang rendah.

Saya juga salah seorang pelajar yang mengahadapi masalah ini. Semasa saya

belajar di peringkat sekolah rendah atau menengah tidak mempedulikan masalah ini secara

besar. Sebab pada masa itu saya di bawah tanggungjawab ibu bapa saya dan segala keinginan

dan kemahuan saya dipenuhi oleh mereka. Darisegi kesihatan, pedidikan, kebersihan dan lain-

lain. Apabila saya melepasi peringkat tersebut dan meneruskan pengajian di peringkat tinggi

merasakan masalah-masalah yang tidak disangka. Terutamanya darisegi kebersihan. Di sini

saya ingin menekankan tentang alat-alat tulis yang saya diadakan. Saya juga mempunyai

banyak alat tulis secara berlebihan seperti pensil, pen, gunting, gum, kalkulater, pembaris, pen

penyerlah dan sebagainya. Barang-barang ini sering kali tidak disusun dalam laci dan letak

dengan kemas. Tambahan pula, sentiasa berkelihatan bersepah-sepah di merata-rata tempat.

Saya menghadapi masalah semasa memerlukan salah satu alat tulis. Sebab alat-alat

tulis tersebut sukar untuk dicari dan mendapati. Dengan itu, saya memerlukan masa untuk

mencari dan terpaksa memulakan kerja yang diingini dengan lambat. Atas sebab-sebab ini saya

ingin mereka bentuk satu produk. Saya berharap produk yang saya direka ini pasti

menyelesaikan masalah yang bukan sahaja saya hadapi malah semua dan memenuhi

keinginan dan kepuasan para murid, remaja atau mahasiswa.

MASALAH PRODUK SEDIA ADA :

Kebanyakan rak alat tulis dipasaran membawa masalah yang tidak dijangka. Ia dijual

dengan harga yang mahal dan tidak dapat ditapung oleh pelajar. Tambahan pula, sebahagian

rak dikeluarkan dengan kualiti yang rendah tetapi harga mahal. Ada juga sebahagian rak yang

tidak tahan lama dan membawa padah kepada pengguna. Reka bentuknya juga terhad dan

tidak dapat menampung kuantiti barang yang banyak dan berat. Dan juga, reka bentuknya

kebanyakan rak alat tulis kurang menarik.

PENYELESAIAN MASALAH :

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya, saya telah mereka satu produk iaitu rak

alat tulis. Rak ini mengandungi beberapa ciri yang berkesan. Antaranya kualiti yang tahan lama

dan tidak mudah pecah. Pengguna tidak akan dikecewakan atas pengunaan rak ini. Selain itu,

boleh dibeli dalam kos yang rendah dan dapat memenuhi keinginanya. Rak ini juga ringan dan

mudah dialih dari satu tempat ke tempat yang lain. Seterusnya, rak ini juga direka bertema

menyimpan semua jenis alat tulis. Tambahan pula, reka bentuk rak ini amat menarik dan

berkelihatan cantik.

MENGUMPUL MAKLUMAT DATA :

Bagi direka dengan sempurna dan berkesan, saya mengumpul maklumat dan data untuk

membuat produk rak alat tulis ini melalui beberapa sumber seperti berikut :

Melalui pengalaman sendiri

Melalui kajian dan perbandingan produk sedia ada yang diperbuat daripada plastik atau

kayu yang rendah kualiti mendapatkan idea untuk bentuk, teknologi dan kemasan.

Pemerhatian

Membuat pemerhatian atas pelbagai jenis rak alat tulis melalui pelbagai cara untuk

mendapatkan maklumat tentang cara pembuatan, peralatan yang digunakan, proses

yang diamalkan dan bahan yang digunakan.

Bacaan dan penyelidikan

Menndapat beberapa maklumat penting yang berkaitan produk melalui sumber bacaan

dan mendapatkan maklumat penggunaan bahan yang sesuai, keperluan, masalah dan

fungsi dengan menyoal beberapa orang rakan sekelas, penduduk tempat sebagai

responden.

Lawatan

Saya mengadakan lawatan untuk ke beberapa tempat untuk mendapatkan maklumat

selanjutnya. Contonya ke Pasar raya, Tesco dan kedai-kedai hardware untuk

mendapatkan idea dan maklumat tentang produk pasaran terutamanya bahan dan

kemasan.

Melayari internet

Melayari beberapa laman web yang berkaitan dengan produk saya untuk mendapatkan

maklumat untuk mereka bentuk dan maklumat tentang proses dan peralatan. Saya

dapat melihat pelbagai jenis bentuk rak alat tulis dan melalui itu mendapat idea-idea

yang lebih luas untuk meraka produk yang lebih berkualiti.

Berbincangan

Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan, pensyarah bimbingan, ahli keluarga,

dan responden.

MENGANALISIS MAKLUMAT :

Kekuatan

mudah didapati di pasaran

lebih ringan

terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna

reka bentuk yang kemas

Kelemahan

tiada banyak ruang

tidak tahan lama

kualiti yang rendah walaupun harga mahal

tidak mempunyai banyak pilihan warna

Rumusan

Melalui pemantaun dan maklumat yang saya perolehi, saya berasa yakin produk rak alat tulis ini

akan berkesan kepada pengguna dan permintaan daripada pengguna meningkat semasa ke

semasa. Darisegi ketahanan, kualiti, harga, keselamatan semuanya dipastikan akan memenuhi

keinginan dan memberi kepuasan kepada para pengguna.

PENCETUSAN IDEA :

Senarai pelbagai idea penyelesaian masalah berikutnya:

Rak serbaguna

Rak hiasan

Rak alat tulis

Senarai Idea

PEMILIHAN IDEA TERBAIK :

Mula-mula saya juga menghadapi masalah untuk memilih idea yang terbaik. Sebab

kesemua idea adalah hasil fikiran saya. Tetapi bagi menyelesaikan masalah ini saya terpaksa

memilih idea yang terbaik. Oleh yang demikian, saya memiliki rak alat tulis bagi menyelesaikan

masalah saya ini. Tujuan saya memiliki idea ini adalah untuk mengelakkan masalah bersepah-

sepahan alat tulis di merata-rata tempat, barang-barang ini sering kali tidak disusun dalam laci

dan tidak letak dengan kemas, dan juga ruang yang terhad.

Melalui pemilikan idea ini saya berharap dapat menyelesaikan masalah-masalah

yang dinyatakan diatas. Tambahan pula, saya berhasrat selepas berjaya mereka produk rak

alat tulis ini para pengguna dapat melepasi daridapa masalah emosi yang dihadapinya sebelum

ini. Masalah emosi adalah masalah yang paling banyak yang dihadapi kebanyakan pengguna

sesuatu produk. Dengan perekaan sesuatu produk yang berkesan pengguna berasa bersyukur.

MEMILIH REKA BENTUK PROJEK :

Saya menghadapi masalah semasa memilih reka bentuk projek ini. Bagi memastikan

dan menyempurnakan keinginan pengguan saya memilih reka bentuk yang memberi manfaat

kepada pengguna. Berikut adalah reka bentuk projek :

Fungsi :

Produk yang dihasilkan mestilah memenuhi fungsi yang dihasratkan

Dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan dan

kehendak pengguna.

Menyimpan alat tulis seperti pensil, pen, gunting, gum, kalkulater

pembaris, pen penyerlah dan sbagainya.

Rupa bentuk :

Dapat menarik perhatian pengguna darisegi bentuk, warna dan

rekaan

ringan dan mudah dialih dari satu tempat ke tempat yang lain

dapat menjamin keselesaan dan kesesuaian penggunaannya

Kaedah pembuatan :

Memerlukan kos yang rendah

Kemasan :

Kertas las, syelek

Rujuk lampiran :

Bentuk lakaran dua dimensi (2D), tiga dimensi (3D), perspektif

Penggunaan bahan :

Penggunaan jenis kayu dan logam yang bermutu, berkualiti, tahan lama dan bersesuai

Keselamatan :

Produk yang dihasilkan selamat digunakan, mesra pengguna dan

mesra alam.

Selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna.

MERANCANG PEMBINAAN PROJEK :

i. Rancangan bagi sesuatu pembinaan projek amat diperlukan. Rancangan bertujuan kerja lebih

terancang dan kerja dapat diselesaikan ikut jadual/masa.

Bil Aktiviti Minggu

1 2 3 4 5 6 7 8

1 Perbincangan bersama rakan

2 Perbincangan bersama pensyarah

bimbingan

3 Membuat rujukan

4 Membuat lakaran awal

5 Membuat lakaran terbaik (isometrik

dan ortografik)

6 Mengenalpasti bahan dan alatan yang

hendak digunakan

7 Mengukur, menanda, memotong ,

membentuk dan mencantum

bahagian projek

8 Membuat kemasan

9 Pengiraan kos

10 Pendokumentasian

ii. BAHAN DAN ALATAN TANGAN

Bahan dan alatan yang hendak digunakan mestilah bersesuaian dengan

produk yang hendak dibuat. Maka, sebelum memulakan sesuatu projek perlu

menyenaraikan bahan dan alatan yang diperlukan dan menyediakan barang-

barang tersebut. Tujuannya bagi mengelakkan gannguan semasa membuat

projek dan menjimatkan masa.

SENARAI BAHAN :

Bahan Kuantiti

Kayu beralur 6 keping

Papan lapis 1 keping

Mounting board 1 keping

Perspek 1 keping

Gam 1 botol

Paku, skru 1 x 1 paket

Kepingan logam (ferus)(keluli lembut)

1 keping

Engsel 2 keping

Kertas las 8 keping

Syelek, cat sembur 1 x 1 tin kecil

SENARAI ALATAN TANGAN

Bil Alatan Gambar

1. Pembaris keluli

Untuk mengukur dan memindahkan ukuran.

2. Sesiku L

Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan

3. Gergaji puting

Untuk mengerat secara lurus semasa membuat tanggam.

4. Pahat tepi serong dan rata

Untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya.

5. Ganding kayu

Untuk kerja mengetuk dan membentuk kayu.

6. Pisau penanda

Untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat

7. Apit G

Untuk mengepit kayu ketika proses menggukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.

8. Pita pengukur

Untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel.

9. Kikir parut

Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu.

10. Tukul warington

Untuk mengetuk paku kecil

11. Pencil penanda

Untuk membuat tanda

PENGIRAAN KOS :

Bahan Kuantiti Kos seunit (RM) jumlah (RM)

Kayu beralur 6 RM 2.00 RM 12.00

Papan lapis 1 RM 2.00 RM 2.00

Mounting board 1 RM 3.00 RM 3.00

perspek 1 RM 2.50 RM 2.50

Gam 1 botol kecil RM 1.00 RM 1.00

Paku, skru 1 x 1 paket RM 1.00 RM 2.00

Kepingan logam (ferus)(keluli lembut)

1 RM 2.50 RM 2.50

Engsel 2 RM 2.00 RM 4.00

Kertas las 8 RM 0.50 RM 4.00

Syelek, Cat sembur 1 x 1 tin kecil RM 3.00 RM 6.00

Jumlah RM 39

Mengira kos pengeluaran :

Kos pengeluaran = kos bahan + kos upah + kos overhed

Kos bahan : perbelanjaan untuk membeli bahan mentah

Rm 12(kayu) + Rm3.00 (mounting board) + Rm2.00 (papan lapis) + Rm2.50 (perspek) + Rm1

(gam ) + Rm2 (paku & skru) + Rm2.50 (kepingan logam) + Rm4 (engsel) + Rm4 (kertas las) +

Rm6 (syelek & cat sembur) = RM 39

Kos upah = kos bayaran tenaga kerja untuk menyiapkan kerja

Bilangan pekerja x upah sehari x bilangan hari

(1) x (2) x (3)

= Rm 6

Kos overhed = bayaran bil elektrik, air dan bil telefon.

(bil elekterik) + (bil air) + ( bil telefon)

Rm 0.40 + Rm 0.60 + Rm 1

= Rm 2

Kos pengeluaran = Rm 39 + Rm 6 + Rm 2

= Rm 47

TEKNIK DAN KAEDAH PEMBUATAN :

Terdapat 7 langkah dalam pembuatan. Antaranya:

1) Proses mengukur

Setelah mendapat semua bahan dan alatan yang diperlukan untuk produk rak

alat tulis, boleh bermula amali dengan langkah pertama iaitu pengukuran. Proses

pengukuran amat penting bagi menjamin produk saya ini disiapkan dengan

sempurna dan mengikut ukuran yang telah ditetapkan dalam lakaran saya.

Dengan bantuan pembaris keluli dan pita pengukur dapat mengukur kayu dan

perspek mengikut cadangan dalam lakaran dimensi. Ketepatan semasa

mengukur perlu diambil perhatian.

2) Proses menanda

Proses menanda amat penting semasa menjalankan projek. Bagi rak alat tulis

saya menjalankan proses menanda atas setiap kayu mengikut ukuran yang telah

dibuat dan perspek. Saya membuat tandakan pada bahagian yang hendak

dipotong, dan membuat tanggam dengan bantuan pensel, sesiku L, dan pisau

penanda.

3) Proses memotong

Proses memotong dijalankan selepas proses mengukur dan menanda disiapkan.

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan bahan kepada beberapa bahagian

mengikut saiznya. Saya juga memotong kayu kepada beberapa bahagian

mengikut saiz. Antaranya, 3 kayu dipotong untuk letak pada bahagian sis bersaiz

besar dan kecili, 1 pada bahagian tengah bersaiz sederhana, 1 lagi pada

bahagian bawah pada produk ini mengikut saiz lebih daripada saiz kayu tengah,

dan 3 kayu bagi hadapan bersaiz sederhana. Mounting board pula dipotong

mengikut ukuran saiz besar untuk pasang di belakang. Perspek juga dipotong

mengikut saiz dan bentuk. Alatan tangan yang digunakan adalah pisau

memotong perspek dan gergaji putting.

4) Proses membina tanggam

Proses ini bertujuan untuk mengukuhkan produk saya ini antara satu sama lain.

Saya juga membina tanggam berbentuk tanggam temu, tanggam parit terus,

tanggam rencong bagi kayu bertemu antara satu sama lain.

5) Proses mencantum tanggam

Saya membuat cantuman untuk menghasilkan struktur produk Dengan bantuan

gam dan paku saya mencantum tanggam yang telah dibina.

6) Proses kemasan

Menutup dan penyumbat liang pada ira kayu dengan guna penyumpat sedia

bancuh dan pengikis. Seterusnya, meratakan dan melicinkan kayu-kayu sebelum

disapu bahan kemasan seperti syelek dan cat sembur. Mempunyai beberapa

gred mengikut kekasaran atau kehalusannya. Berdasarkan produk, saya memilih

kertas las gred (00, 0, 1 ) iaitu jenis halus. Akhirnya, menyapu syelek pada

permukaan kayu untuk melicinkan kayu dan menyapu cat sembur pada

permukaan kayu supaya mencantikkan produk rak alat tulis.

7) Proses penyambungan

Proses ini adalah proses terakhir bagi menyempurnakan rak alat tulis ini. Saya

menyambung pintu di hadapan pada sebeleh kanan untuk menyimpan alat tulis

yang bernilai, dan berbahaya dengan menggunakan engsel, dan skru. Saya juga

menyambung kepingan logam (ferus iaitu keluli lembut) pada bahagian pintu

untuk memudahkan membuka dan menyimpan barang.