pengenalan kemeja

Upload: muhammad-rizam-hj-bakri

Post on 14-Jul-2015

1.748 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN KEPADA KEMAJA/BLAUSPakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini ia lebih penting sebagai bahan fesyen iaitu sesuatu yang lebih menitikberatkan daya kreatif penciptanya. Mendatangi alaf baru yang serba moden dan canggih, rekabentuk fesyen baju kini divariasikan dengan pelbagai cara yang lebih kreatif untuk menarik minat kita untuk memakainya, kini kaum adam terutamanya yang mengutamakan penampilan yang kemas dan bergaya akan lebih cenderung untuk memilih kemeja dalam pemakaian seharian mereka. Kemeja bukan hanya sehelai pakaian. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal. Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Dalam merekabentuk sehelai kemeja, pelbagai aspek yang penting perlu kita titikberatkan samada dari segi jenis fabrik yang digunakan, stail yang mengikut arus fesyen sekarang dan perinciannya. Dalam pembinaan rekaan sehelai baju kemeja yang kemas dan dapat menarik minat pemakainya, beberapa aspek penting harus di tekankan seperti kolar, manset atau cuff , fabric, corak, warna dan juga saiz. Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 , 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

Penting untuk kita tahu manset atau cuff pada sehelai kemeja.Terdapat dua jenis cuff yang biasa dipakai iaitu French cuff dan Barrel cuff. Bagi kemeja French cuff, memerlukan pemakai menggunakan kafling pelbagai bentuk yang dimasukkan ke dalam lubang butang pada pergelangan lengan kemeja. Manakala Barrel cuff telah diletakkan butang pada pergelangan lengan kemeja. Kemeja jenis ini yang paling biasa di pakai untuk ke pejabat. Setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan kualitinya dan dapat mencipta tekstur. Kita perlu tahu memilih fabrik kemeja yang bersesuaian dengan keadaan cuaca setempat. Fabrik kapas adalah paling sesuai untuk cuaca panas. Kini fabrik campuran kapas dan fiber sintetik (polister, rayon dan nilon) semakin popular. Kita juga perlu tahu, setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan sama ada ia sesuai untuk pemakaian formal atau tidak. Kapas antara fabrik paling sesuai untuk kemeja formal. Mengetahui jenis-jenis fabrik ini membolehkan kita membuat pilihan yang betul sesuai dengan gaya hidup. Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpane dan Pastel. Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti kita tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut kita.

Perkara penting yang mesti kita tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh kita? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk mereka yang berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan kita kelihatan lebih besar. Mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan kita tampil segak bergaya. Jadi sekiranya aspek-aspek ini dititik beratkan semasa membuat kemeja, kita dapat menghasilkan kemeja yang dapat menepati citarasa setiap penggunanya. Maka perhatian yang sepenuhnya harus diberikan bagi menghasilkan sehelai kemeja yang menarik, selesa dan sesuai dipakai.