pengenalan fiqh ibadat topik 1

18
PENGENALAN Anda pasti mahukan diri anda sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih, sama ada zahir atau batin. Islam telah mengajar penganutnya supaya sentiasa membersihkan diri dengan mensyariatkan hukum-hukum menyucikan diri daripada najis, hadas besar dan hadas kecil. Topik pertama ini, akan menghuraikan wuduk sebagai cara menyucikan hadas kecil dan tayammum sebagai cara bersuci daripada hadas besar dan kecil dalam keadaan ada halangan menggunakan air. Diharapkan anda akan membaca topik ini dengan teliti. T T o o p p i i k k 1 1 Wuduk dan Tayammum HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan pengertian wuduk dan hukumnya; 2. Menerangkan rukun, sunat wuduk dan perkara yang membatalkannya; 3. Menghuraikan pengertian tayammum; 4. Menerangkan sebab dan syarat bertayammum; dan 5. Membincangkan rukun dan perkara yang membatalkan tayammum. AKTIVITI 1.1 Pernahkah anda mengalami atau mendengar perbalahan dua orang yang berselisih faham tentang hukum batal wuduk bersentuhan kulit tanpa alas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim? Tuliskan pengalaman anda.

Upload: nooridzam

Post on 10-Sep-2015

187 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengertian berkenaan wuduk dan tayamum dalam fiqh ibadat

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Anda pasti mahukan diri anda sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih, sama ada zahir atau batin. Islam telah mengajar penganutnya supaya sentiasa membersihkan diri dengan mensyariatkan hukum-hukum menyucikan diri daripada najis, hadas besar dan hadas kecil. Topik pertama ini, akan menghuraikan wuduk sebagai cara menyucikan hadas kecil dan tayammum sebagai cara bersuci daripada hadas besar dan kecil dalam keadaan ada halangan menggunakan air. Diharapkan anda akan membaca topik ini dengan teliti.

    TTooppiikk

    11 Wuduk dan

    Tayammum

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan pengertian wuduk dan hukumnya;

    2. Menerangkan rukun, sunat wuduk dan perkara yang membatalkannya;

    3. Menghuraikan pengertian tayammum;

    4. Menerangkan sebab dan syarat bertayammum; dan

    5. Membincangkan rukun dan perkara yang membatalkan tayammum.

    AKTIVITI 1.1

    Pernahkah anda mengalami atau mendengar perbalahan dua orangyang berselisih faham tentang hukum batal wuduk bersentuhan kulittanpa alas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim? Tuliskanpengalaman anda.

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

    2

    WUDUK

    Wuduk adalah merupakan satu ibadat yang sangat penting dalam Islam kerana ia menjadi asas kepada beberapa ibadat yang lain. Tanpa wuduk, ibadat-ibadat tertentu adalah tidak sah di sisi Islam seperti solat, haji dan lain-lain. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan mengenai hukum wuduk dan perkara lain yang berkaitan dengannya seperti kaifiat, perkara yang membatalkannya dan lain-lain.

    1.1.1 Definisi dan Pensyariatan Wuduk

    Dari sudut penggunaan dalam bahasa Arab, wuduk bermaksud kebaikan, kebersihan serta sirna daripada kegelapan dosa. Dari sudut penggunaan istilah syarak pula, wuduk bermaksud perbuatan khusus yang dimulakan dengan niat, membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan membasuh dua kaki sehingga ke buku lali. Kewajipan berwuduk adalah berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

    Dalil al-Quran, firman Allah s.w.t.:

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ingin mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali.

    (Surah al-Maidah, 5:6)

    1.1

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM 3

    1.1.2 Hukum Wuduk

    Hukum wuduk bergantung pada jenis-jenis ibadat yang dilakukan oleh seseorang. Rajah 1.1 menunjukkan dua jenis hukum wuduk.

    Rajah 1.1: Hukum wuduk

    (a) HHukum Wajib Berwuduk

    Terdapat tiga hukum wajib berwuduk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2:

    Rajah 1.2: Tiga situasi diwajibkan berwuduk

    Berikut adalah huraian lanjut mengenai tiga hukum wajib berwuduk.

    (i) MMendirikan solat

    Fuqaha sependapat mengatakan bahawa berwuduk adalah wajib bagi mereka yang ingin mendirikan solat, sama ada solat fardu, sunat atau qada. Dalil yang menunjukkan wuduk wajib bagi mendirikan solat

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

    4

    ialah firman Allah dalam Surah al-Maidah, ayat 5 seperti yang dinyatakan tadi. Fuqaha sepakat mengatakan bahawa perintah berwuduk dalam ayat ini adalah bagi tujuan mendirikan solat.

    (ii) MMengerjakan tawaf Para fuqaha tidak sependapat dalam menentukan hukum wuduk bagi ibadat tawaf di sekeliling Kaabah. Jumhur fuqaha daripada mazhab Malik, Syafie dan Hanbali berpendapat hukumnya wajib dan menjadi syarat sah tawaf. Manakala mazhab Hanafi berpendapat hukum berwuduk adalah wajib dan tidak menjadi syarat sah bagi ibadat tawaf.

    (iii) MMemegang atau menyentuh al-Quran

    Jumhur fuqaha berpendapat orang berhadas dilarang memegang al-Quran (mashaf). Ini berdasarkan firman Allah s.a.w.:

    !"#$ Maksudnya: Tidak menyentuh (mashaf) melainkan orang-orang yang telah bersuci.

    (Surah al-Waqiah, 56:79)

    (b) HHukum Sunat Berwuduk

    Terdapat tujuh hukum sunat berwuduk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM 5

    Rajah 1.3: Tujuh situasi disunatkan berwuduk

    (i) MMemperbaharui wuduk

    Sekalipun seseorang itu yakin wuduknya masih belum batal dia disunatkan memperbaharui wuduknya. Ini didasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku, nescaya aku mewajibkan mereka berwuduk setiap kali mendirikan solat dengan satu wuduk dan mewajibkan mereka bersugi setiap kali mereka berwuduk.

    (ii) MMembaca al-Quran

    Sekalipun wuduknya masih belum batal, apabila seseorang ingin membaca al-Quran dia disunatkan mengambil wuduk. Hukum ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang bermaksud:

    Aku tidak suka berzikir kepada Allah dalam keadaan tidak suci.

    (iii) SSebelum mandi hadas besar

    (iv) MMengulangi persetubuhan dengan isteri sekiranya dalam keadaan berjunub

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

    6

    (v) SSebelum tidur.

    (vi) SSelepas memandikan mayat serta memikulnya.

    (vii) SSa'ei antara Safa dan marwah.

    1.1.3 Rukun Wuduk (Perkara Wajib Semasa Berwuduk)

    Rukun wuduk ada enam perkara: (a) NNiat

    Tempat berniat adalah dalam hati. Lafaznya ialah:

    Aku berwuduk kerana Allah atau Aku mengangkat hadas atau berwuduk untuk mengharuskan solat." Waktu berniat semasa mula membasuh bahagian muka.

    (b) MMembasuh muka Batas muka yang wajib dibasuh panjangnya dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke bawah dagu dan lebarnya dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri.

    (c) MMembasuh dua tangan hingga ke siku Kedua-dua siku termasuk dalam anggota yang wajib dibasuh. Dalilnya, hadis riwayat Jabir menyebut maksudnya: Apabila Rasulullah s.a.w. berwuduk, Baginda meratakan air di kedua-dua sikunya. Sekiranya sebahagian tangan dipotong, para fuqaha sependapat mewajibkan basuh bahagian yang selebihnya hingga ke bahagian siku. Sekiranya bahagian yang dipotong melebihi daripada siku, hukum membasuhnya adalah sunat.

    (d) MMenyapu kepala Maksudnya menyapu bahagian kepala yang ditumbuhi rambut dengan

    tangan yang dibasahi air.

    Para fuqaha tidak sependapat menentukan kadar yang wajib disapu di bahagian kepala. Mengikut mazhab Maliki, kadar yang wajib disapu ialah keseluruhan kepala, manakala bagi mazhab Hanafi, seperempat daripada

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM 7

    kepala wajib disapu. Sementara mazhab Syafie dan Hanbali pula, tidak menentukan kadar tertentu, malah wajib sapu walau sehelai rambut yang terletak di bahagian kepala. Tidak sah sapu hujung rambut yang terkeluar dari kulit kepala.

    (e) MMembasuh dua kaki hingga ke buku lali Ini berdasarkan firman Allah S.A.W:

    Maksudnya: Kaki kamu hingga ke buku lali.

    (Surah al-Maidah, 5:6) Kedua-dua buku lali termasuk bahagian yang wajib dibasuh.

    (f) TTertib

    Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat tertib adalah wajib. Maksud tertib ialah tertib anggota wuduk yang wajib dibasuh mengikut susunan ayat dalam surah al-Maidah ayat 6 tadi. Ini bermakna membasuh muka dahulu, kemudian membasuh tangan, selepas itu menyapu kepala dan akhir sekali membasuh kaki maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ingin mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu, kedua-dua tangan kamu meliputi siku dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kedua-dua belah kaki kamu hingga buku lali.

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

    8

    Rajah 1.4: Rukun wuduk

    1.1.4 Perkara Sunat Semasa Berwuduk

    Terdapat banyak perkara disunatkan semasa berwuduk. Antaranya ialah:

    (a) Membaca Hal ini didasarkan kepada riwayat Anas yang menyebut maksudnya: Sesetengah sahabat mencari air untuk berwuduk, maka mereka tidak mendapati airnya. Lalu Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:

    Adakah sesiapa di kalangan kamu ada air? Maka dibawa air kepada Baginda, lalu Baginda meletak tangannya di dalam bekas yang berisi air, sambil berkata maksudnya:

    Berwuduklah kamu dengan membaca basmalah ketika memulakannya.

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM 9

    (b) Membasuh dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. (c) Bersugi. (d) Berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung. (e) Menyelati janggut yang tebal.

    Sebagaimana dijelaskan dalam hadis, Rasulullah s.a.w., apabila berwuduk Baginda memasukkan tangannya ke bawah janggut dan menyelatinya.

    (f) Menyapu kedua-dua telinga. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Zaid

    berkata maksudnya:

    Sesungguhnya dia melihat Rasulullah s.a.w berwuduk. Baginda menyapu kedua-dua telinganya dengan air yang lain bukan air yang Baginda menyapu kepalanya.

    (g) Membasuh tiga kali setiap anggota wuduk. (h) Memulakan dengan anggota kanan ketika membasuh tangan dan kaki. (i) Membaca tasyahhud dan doa selepas berwuduk iaitu:

    ! " ! #$ %'( ! )*"

    (j) Tidak membazir air semasa berwuduk. Rasulullah s.a.w. berwuduk hanya

    dengan secupak air sahaja. (k) Tidak bercakap semasa berwuduk.

    1.1.5 Perkara Membatalkan Wuduk

    Ada lima perkara yang membatalkan wuduk: (a) KKeluar sesuatu dari qubul atau dubur

    Sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur terbahagi kepada dua kategori:

    (i) Yang biasa seperti kencing, tahi, mani, mazi, wadi dan angin.

    (ii) Yang luar biasa seperti batu ulat, angin dari zakar dan faraj, bulu atau lainnya. Ini didasarkan kepada hadis riwayat Abi Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

    10

    Allah tidak menerima solat seseorang apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk. Lalu salah seorang daripada ahli Hadramaut berkata: Apakah yang dimaksudkan dengan hadas itu, wahai Abu Hurairah? Dia menjawab ia adalah kentut.

    (b) HHilang akal Hilang akal disebabkan mabuk atau pitam atau sakit atau gila.

    (b) TTidur yang tidak tetap papan punggung Jika seseorang tidur dalam keadaan terlentang, wuduknya batal sama ada

    lama atau sekejap kerana keadaan demikian papan punggungnya tidak tetap. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

    Sesiapa tidur hendaklah dia berwuduk.

    Jika tidur lama sambil duduk, para fuqaha tidak sependapat, mengikut mazhab Syafie wuduknya tidak batal, tetapi pendapat mazhab lain ia membatalkan wuduk.

    Jika tidurnya sebentar ia tidak membatalkan wuduk. Hujahnya hadis yang

    menjelaskan para sahabat Rasulullah s.a.w. tidur kemudian mereka solat dengan tidak mengambil wuduk lain (riwayat Bukhari). Dalam riwayat Muslim menjelaskan, kepala mereka terangguk-angguk. Terangguk-angguk menunjukkan mereka tidur tidak lama.

    (c) BBersentuhan antara lelaki dan wanita yang ajnabi Sama ada antara suami isteri atau wanita yang bukan mahram tanpa alas

    sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 4 yang bermaksud:

    Mereka menyentuh wanita-wanita (tanpa alas).

    Para fuqaha khilaf dalam kes ini. Mazhab Syafie berpendapat sentuhan

    silang jantina ajnabi dengan syahwat atau tidak akan membatalkan wuduk. Hanafi berpendapat hanya sentuhan dengan syahwat melampau membatalkan wuduk. Maliki dan Hanbali pula berpendapat sentuhan dengan syahwat membatalkan wuduk.

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM 11

    (d) MMenyentuh faraj sendiri atau orang lain, qubul atau dubur dengan telapak tangan tanpa alas.

    Hujahnya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

    Apabila seorang kamu menyentuh farajnya dengan tangan tanpa alas dia hendaklah berwuduk. (Riwayat al-Daruqutni) Fuqaha berbeza pendapat mengenai isu ini. Imam Syafie mengatakan menyentuh qubul atau dubur membatalkan wuduk. Hanafi mengatakan tidak batal. Menurut Maliki, menyentuh qubul batal tetapi menyentuh dubur tidak batal. Hanbali sama pendapat dengan Imam Syafie perbuatan itu membatalkan solat. Bagi memudahkan anda memahami perbezaan pendapat ini, anda boleh merujuk pada Jadual 1.1.

    Jadual 1.1: Pandangan Beberapa Mazhab dalam Kes Batal Wuduk

    Kes Syafie Hanafi Maliki Hanbali Keluar angin dari faraj

    Batal Tidak batal Batal Batal

    Tidur Batal jika tidak tetap papan punggung

    Sama dengan Syafie

    Batal apabila tidur dengan sangat nyenyak, lama atau sebentar

    Sama dengan Maliki

    Sentuh wanita ajnabi tanpa alas

    Batal jika dengan syahwat atau tidak

    Batal jika dengan syahwat melampau

    Batal jika dengan syahwat

    Batal jika dengan syahwat

    Menyentuh qubul dan dubur tanpa alas

    Batal Tidak batal Batal apabila menyentuh qubul tetapi tidak jika menyentuh dubur

    Batal

    Keluar cecair selain daripada cecair dari qubul dan dubur. Contoh: Darah dan nanah

    Tidak batal Batal jika mengalir atau meleleh dari tempatnya

    Tidak batal Batal jika terlalu banyak

    Muntah Batal Tidak batal Tidak batal Batal

    Sumber pendapat: Al-Zuhaili (1997)

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

    12

    TAYAMMUM

    Memudahkan, bukan menyusahkan. Itulah salah satu kaedah yang diamalkan syariat Islam dalam mempastikan mukallaf dapat melaksanakan kewajipan dalam apa jua keadaan sekalipun. Kaedah ini diaplikasi dalam kes tayammum sebagai ganti kepada wuduk dalam keadaan tidak mampu menggunakan air, sama ada kerana sakit atau ketiadaan air atau ada air tetapi ia diperlukan untuk kegunaan lain yang lebih penting.

    1.2.1 Definisi dan Pensyariatan Tayammum

    Dari segi penggunaan bahasa Arab, tayammum bermaksud berhasrat. Dari segi penggunaan istilah syarak pula, tayammum bermaksud menyapu muka dan dua tangan dengan debu tanah suci berserta niat.

    1.2

    AKTIVITI 1.3

    Anda diminta menemu bual pesakit yang memakai balutan atau simen pada anggota wuduk untuk mengetahui perkara-perkara berikut:

    (a) Apakah mereka menunaikan solat?

    (b) Tahukah mereka cara berwuduk orang sakit seperti mereka?

    (c) Tahukah mereka tayammum boleh menggantikan wuduk dan kalau tahu pandaikah mereka melakukannya?

    SEMAK KENDIRI 1.1

    5. Jelaskan perbezaan pendapat fuqaha mengenai kes membasuh wuduk tangan yang terputus.

    6. Mazhab manakah yang mewajibkan tertib dalam mengambil wuduk?

    7. Apakah pendapat fuqaha mengenai hukum angin yang keluar dari faraj wanita yang berwuduk?

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM 13

    Dalil yang menunjukkan tayammum yang disyariatkan ialah firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 43:

    Maksudnya: Sekiranya kamu tidak mendapati air, maka kamu bertayammumlah dengan debu yang bersih. Sapulah muka dan tangan kamu.

    Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Dijadikan seluruh bumi tempat sujud bagi kami, dan dijadikan debunya untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air.

    1.2.2 Sebab Membolehkan Tayammum

    Ada dua sebab yang menuntut seseorang bertayammum sebagai ganti wuduk atau mandi hadas besar iaitu:

    (a) KKetiadaan air

    (i) Tiada air langsung selepas mencarinya;

    (ii) Ada air tetapi cukup untuk sekadar diminum; atau

    (iii) Air ada tetapi tempat untuk mendapatkannya adalah jauh.

    AKTIVITI 1.2

    Anda dikehendaki merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu tulisan Wahbah al-Zuhaili untuk mendalami perbezaan pandangan fuqaha dalam isu perkara yang membatalkan wuduk dan mempelajari hujah mereka.

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

    14

    (b) KKeuzuran mengguna air

    (i) Disebabkan luka yang dalam;

    (ii) Penggunaan air akan menambah sakit atau melewatkan sembuh penyakit;

    (iii) Keadaan sejuk melampau yang boleh memudaratkan; atau

    (iv) Tidak mampu untuk memanaskan air.

    1.2.3 Syarat Tayammum

    Empat syarat perlu sempurna untuk tayammum dikira sah:

    (a) Telah masuk waktu solat;

    (b) Mencari air terlebih dahulu selepas masuk waktu solat tetapi tiada air dijumpai;

    (c) Debu tanah yang suci; dan

    (d) Menghilangkan najis terlebih dahulu.

    1.2.4 Rukun Tayammum

    Ada tiga rukun perlu sempurna untuk tayammum dikira sah. Rukun tayammum adalah seperti berikut: (a) NNiat Iaitu berniat melakukan tayammum bagi mengharuskan solat. Jika berniat

    untuk mengangkat hadas, tayammum tersebut tidak sah mengikut pendapat mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali. Masa berniat ialah ketika menyapu debu di bahagian muka.

    (b) MMenyapu debu di muka dan kedua-dua tangan hingga ke atas siku Dalilnya ialah firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 43 maksudnya:

    Sapulah muka kamu dan dua tangan kamu.

    Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

    Tayammum dua kali tepukan satu tepukan untuk menyapu muka dan satu tepukan untuk menyapu kedua tangan hingga ke siku.

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM 15

    (c) TTertib Memulakan menyapu muka terlebih dahulu kemudian baru menyapu

    kedua-dua tangan.

    1.2.5 Perkara yang Membatalkan Tayammum

    Ada tiga perkara yang membatalkan tayammum iaitu:

    (a) BBerlaku sesuatu yang membatalkan wuduk Kita telah pelajari perkara yang membatalkan wuduk dalam subtopik 1.1.5.

    (b) MMendapati air semula selepas ketiadaannya Jika mendapati air selepas keluar waktu solat, para fuqaha sependapat tidak wajib mengulangi solatnya. Jika mendapati air masih dalam waktu solat fuqaha khilaf. Mengikut mazhab Syafie dan Maliki tidak wajib mengulangi solat tersebut. Ini berdasarkan hadis riwayat Abu Daud maksudnya: Bahawa dua lelaki keluar musafir, waktu solat pun sampai, kedua-duanya tidak mempunyai air, kedua-dua pun bertayammum dengan debu dan terus solat. Selepas solat, kedua-duanya mendapat air sedangkan waktu solat masih ada. Salah seorang daripada mereka mengulangi wuduk dan solat. Yang seorang lagi tidak mengulangi solat. Kemudian kedua-duanya mengadap Rasulullah s.a.w. dan menceritakan apa yang telah berlaku. Baginda pun berkata kepada yang tidak mengulang solat: Kamu telah menepati sunnah. Solatmu telah memadai. Nabi berkata pula kepada yang mengulangi solatnya: Allah menggandakan kepada mu ganjaran dua kali.

    SEMAK KENDIRI 1.2

    1. Berikan maksud tayammum dalam penggunaan bahasa Arab dan dalam penggunaan istilah syariah.

    2. Bilakah seseorang itu bertayammum? Sebutkan anggota tayammum.

    3. Bagaimanakah cara mengurangkan ketebalan debu pada tapak tangan semasa bertayammum?

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

    16

    (c) HHilang keuzuran yang mengharuskan tayammum Tayammum terbatal apabila hilang keuzuran yang mengharuskannya. Contohnya, seorang pesakit bertayammum kerana kecederaan pada anggota wuduk. Tayammumnya akan terbatal apabila kecederaan tersebut sembuh.

    1.2.6 Perkara Sunat Semasa Tayammum

    (a) Membaca pada permulaan tayammum.

    (b) Mendahulukan menyapu tangan kanan daripada menyapu tangan kiri.

    (c) Membuka jari jemari tangan ketika menepuk debu. Tepukan debu pertama menyapu muka dan tepukan debu kedua menyapu kedua-dua tangan.

    (d) Menipiskan debu dengan cara meniup, menggoyang-goyangkan kedua-dua telapak tangan atau melagakan kedua-dua tapak tangan selepas menepuk ke atas debu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Sesungguhnya sudah cukup kalau engkau memukul kedua-dua telapak tangan ke atas debu tanah. Sesudah itu ditiup, lalu disapukan kedua-duanya ke muka dan ke tangan . (Riwayat Muslim)

    ISU BERKAITAN WUDUK DAN TAYAMMUM

    Setelah kita bincangkan mengenai wuduk dan tayammum, khasnya yang berkaitan dengan syarat dan rukun serta perkara yang membatalkan, elok juga dibincang di sini satu perkara yang sering dilakukan oleh orang Islam yang tidak begitu faham konsep tayammum dan wuduk iaitu pentingnya membasuh anggota badan dengan sempurna semasa mengambil wuduk.

    1.3

    AKTIVITI 1.4

    1. Anda dikehendaki menunjukkan kepada rakan tutorial anda bagaimana cara melakukan tayammum.

    2. Buat pemerhatian di mana-mana hospital, sama ada pihaknya menyediakan debu tanah untuk pesakit bertayammum atau tidak.

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM 17

    Ramai yang mengambil wuduk tetapi wuduknya tidak sah kerana basuhannya tidak meliputi had yang ditetapkan. Antaranya:

    (a) Basuh muka tidak rata. Dia hanya menyapu di depan muka sahaja, sedangkan had muka ialah dari tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke bawah dagu. Manakala lebarnya ialah dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri.

    (b) Demikian juga dengan membasuh tangan hingga ke siku. Ramai orang yang membasuh tidak rata kerana mereka hanya menadah air dengan tapak tangan sahaja dengan membiarkan air itu mengalir hingga ke siku. Dalam banyak hal, di sebelah belakang lengan dan sikunya tidak basah.

    (c) Seperkara lagi ialah membasuh kaki hingga ke buku lali. Selalu didapati orang mengambil wuduk di masjid-masjid membasuh kakinya tidak rata. Selalunya tapak kaki dan tumitnya tidak basah kerana dia hanya membasuh di atas belakang kaki.

    Semua keadaan ini menyebabkan wuduk tidak sah kerana basuhan tidak rata. Wuduk yang tidak sah ini mengakibatkan solat tidak sah, tawaf tidak sah yang menyebabkan haji atau umrahnya tidak sah dan lain-lain amalan yang menghendaki berwuduk.

    Syariat Islam mahukan penganutnya sentiasa bersih, zahir daripada najis

    zahir dan batin daripada najis hukmi.

    Wuduk disyariatkan untuk membersihkan individu daripada najis hukmi.

    Islam mewajibkan mukallaf berwuduk apabila mahu mendirikan solat, tawaf dan menyentuh Quran.

    Syariat Islam telah menjelaskan secara terperinci rukun dan perkara yang membatalkan wuduk.

    Debu tanah digunakan untuk bertayammum sebagai ganti air untuk bersuci daripada hadas besar atau kecil dalam keadaan tidak dapat menggunakan air.

    Antara anggota tayammum ialah muka dan dua tangan hingga ke siku.

    Selain daripada perkara yang membatalkan wuduk, tayammum juga batal disebabkan telah menemui air atau tiada lagi keuzuran menggunakan air.

  • TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

    18

    Batal Hukum Rukun

    Sunat Tayammum

    Wuduk

    Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub

    al-Ilmiyah.

    Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.

    Al-Zuhaili. (1997). al-fiqh al-islami wa adillatuhu. Damsyik: Dar al-Fikr.

    Mustafa, al-Khin. (1987). al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.