pengenalan dr.sun yat-sen

3
Pengenalan Pada penghujung abad ke-19 telah menyaksikan kemasukan negara asing ke China seperti kuasa-kuasa besar Barat dan Jepun. Selepas termeterainya protokol Boxer, kedaulatan China telah digugat d engan syarat-syarat yang dikenakan. Namun begitu, Maharani Balu Tzu His telah menjalankan pembaharuan untuk memulihkan kelemahan kerajaan Dinasti Ch’ing. 1  Akan tetapi, pembaharuan yang dibawa oleh beliau tidak mendapat sokongan daripada  penduduk China sepenuhnya. Rakyat telah melihat gerakan pembaharuan yang telah dibuat sebenarnya untuk menutup kelemahan kerajaan Dinasti Ch’ing yang semakin lemah dan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka percaya y ang kerajaan Dinasti Ch’ing telah hilang mandat daripada syurga. Oleh yang demikian, gerakan anti   Manchu telah bangkit semula pada abad ke-20 melalui kebangkitan seorang pemimpin China yang prihatin terhadap kebajikan rakyat dan negaranya iaitu Sun Yat-Sen. Sun Yat-Sen merupak an seorang tokoh nasionalisme yang sangat penting dalam kebangkitan China pada abad ke-20. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Honolulu dan disanalah bermulanya semangat revolusi beliau untuk membebaskan China daripada kerajaan Manchu dan k uasda-kuasa asing. Di samping itu, semangat nasionalisme untuk berubah jug a semakin meningkat selepas meletusnya perang China-Jepun. 2  Pada 24 November, tahun 1894, Dr.Sun Yat-Sen telah menubuhkan Persatuan Pemulihan China(Hsing-Chung hui) yang mempunyai keahlian seramai 112 orang . Di samping itu, setiap ahlinya telah mengangkat sumpah “untuk menyingkirkan orang Manchu, memulihkan orang Cina dan menubuhkan republik persekutuan”. Pada 16 Mac 1895, seramai 3000 orang telah dikumpulkan oleh  persatuan untuk menawan Canton dan menjadikannya sebagai pusat revolusi. 3  Tambahan lagi, Sun Yat-Sen telah menubuhkan Persatuan Pembelajaran Pertanian untuk di Canton bagi melindungi Persatuan Pemulihan China. Rancangan awalnya menggerakkan revolusi ialah dengan menggunakan Triad Society. Akan tetapi, gerakan tersebut diketahui kerajaan China dan ini telah mengagalkan usaha mereka. Sun Yat-Sen telah lari ke Hong Kong dan kemudiannya Jepun dan seterusnya ke London pada tahun 1896. 1  Suffian Mansor.(2009).Sejarah China Moden.Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 99. 2  Harold Z. Schiffrin.(1970).Sun Yat-Sen and the Origins of the Chinese Revolution.  Berkeley:University of California Press. Hlm 18. 3  Chun-Tu Hsueh.(1961).Huang Hsing and the Chinese Revolution. Stanford: Stanford University Press. Hlm 29.

Upload: asaripin

Post on 04-Jun-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Dr.sun Yat-Sen

8/13/2019 Pengenalan Dr.sun Yat-Sen

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-drsun-yat-sen 1/3

Pengenalan

Pada penghujung abad ke-19 telah menyaksikan kemasukan negara asing ke China seperti

kuasa-kuasa besar Barat dan Jepun. Selepas termeterainya protokol Boxer, kedaulatan China

telah digugat dengan syarat-syarat yang dikenakan. Namun begitu, Maharani Balu Tzu Histelah menjalankan pembaharuan untuk memulihkan kelemahan kerajaan Dinasti Ch’ing. 1 

Akan tetapi, pembaharuan yang dibawa oleh beliau tidak mendapat sokongan daripada

 penduduk China sepenuhnya. Rakyat telah melihat gerakan pembaharuan yang telah dibuat

sebenarnya untuk menutup kelemahan kerajaan Dinasti Ch’ing yang semakin lemah dan ini

telah menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka percaya yang kerajaan Dinasti Ch’ing telah

hilang mandat daripada syurga. Oleh yang demikian, gerakan anti  – Manchu telah bangkit

semula pada abad ke-20 melalui kebangkitan seorang pemimpin China yang prihatin terhadap

kebajikan rakyat dan negaranya iaitu Sun Yat-Sen.

Sun Yat-Sen merupakan seorang tokoh nasionalisme yang sangat penting dalam

kebangkitan China pada abad ke-20. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Honolulu dan

disanalah bermulanya semangat revolusi beliau untuk membebaskan China daripada kerajaan

Manchu dan kuasda-kuasa asing. Di samping itu, semangat nasionalisme untuk berubah juga

semakin meningkat selepas meletusnya perang China-Jepun.2  Pada 24 November, tahun

1894, Dr.Sun Yat-Sen telah menubuhkan Persatuan Pemulihan China(Hsing-Chung hui) yang

mempunyai keahlian seramai 112 orang. Di samping itu, setiap ahlinya telah mengangkat

sumpah “untuk menyingkirkan orang Manchu, memulihkan orang Cina dan menubuhkan

republik persekutuan”. Pada 16 Mac 1895, seramai 3000 orang telah dikumpulkan oleh

 persatuan untuk menawan Canton dan menjadikannya sebagai pusat revolusi.3  Tambahan

lagi, Sun Yat-Sen telah menubuhkan Persatuan Pembelajaran Pertanian untuk di Canton bagi

melindungi Persatuan Pemulihan China. Rancangan awalnya menggerakkan revolusi ialah

dengan menggunakan Triad Society. Akan tetapi, gerakan tersebut diketahui kerajaan Chinadan ini telah mengagalkan usaha mereka. Sun Yat-Sen telah lari ke Hong Kong dan

kemudiannya Jepun dan seterusnya ke London pada tahun 1896.

1 Suffian Mansor.(2009).Sejarah China Moden.Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 99.

2

 Harold Z. Schiffrin.(1970).Sun Yat-Sen and the Origins of the Chinese Revolution. Berkeley:University ofCalifornia Press. Hlm 18.3 Chun-Tu Hsueh.(1961).Huang Hsing and the Chinese Revolution. Stanford: Stanford University Press. Hlm 29.

Page 2: Pengenalan Dr.sun Yat-Sen

8/13/2019 Pengenalan Dr.sun Yat-Sen

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-drsun-yat-sen 2/3

Di London, Sun Yat-Sen telah mendapat idea tentang Tiga Prinsip Rakyat( San-Min chu-i)

setelah melakukan pemerhatian tentang perkembangan politik dan sosial yang berlaku di

Eropah. Seterusnya, Tiga Prinsip Rakyat ini telah menjadi falsafah perjuangan revolusinya.

Pada 20 Ogos 1905, Chinese Union League telah ditubuhkan bagi memperkuatkan lagi

 jentera untuk menumbangkan kerajaan Manchu. Tidak lama kemudian, tercetuslah Revolusi

1911 yang berlaku secara tidak sengaja setelah sebutir bom meletop di landasan kereta api

dekat dengan ibu pejabat pihak revolusi di Wuchang yang memperlihatkan kebangkitan pihak

revolusi secara radikal. Semakin lama semakin banyak kawasan telah jatuh ke tangan pihak

revolusi dan wilayah-wilayah lain turut sama menuntut kemerdekaan daripada kerajaan

Ch’ing seperti Hunan(22 Oktober), Kiangsu(3 November) dan Chekiang(4 November).4 Oleh

yang demikian, kerajaan Ch’ing telah melantik dan memberikan kuasa penuh kepada Yuan

Shih-Kai dengan bantuan Kuo- Chang dan Tuan Ch’i-jui untuk menumpaskan pihak revolusi.

Kejayaan Yuan Shih-Kai menawan Hankow dan Hanyang daripada pihak revolusi telah

memberikan tamparan hebat kepada pihak revolusi. Atas dasar tolak-ansur, pihak revolusi

telah bersetuju untuk melantik Yuan Shih-Kai sebagai presiden dan Sun Yat-Sen telah

meletak jawatan sebagai presiden sementara

Setelah Dinasti Ch’ing telah disingkirkan daripada tampuk pemerintahan China, Parti

Kebangsaan ataupun Kuomintang(KMT) telah ditubuhkan pada Disember 1912. Yuan Shih-

Kai telah memerintah dengan tamak dan suka merasuah. Rakyat tidak menyukai sikap beliau

dan paling teruk ialah beliau telah terlibat dalam kes pembunuhan presiden Kuomintang iaitu

Sung Chiao-jen. Oleh yang demikian, KMT telah kembali berkuasa setelah menawan Canton

 pada tahun 1920 dan melantik Sun Yat-Sen sebagai presiden. Sun Yat-Sen telah merancang

untuk melancarkan kempen melindungi pelembagaan dan menyatupadukan China. Tetapi,

cita-citanya tidak tercapai kerana masih ramai lagi warlord yang menguasai daerah masing-

masing. Setelah berlaku perselisihan faham dengan kumpulan Wu Pei-fu yang diketuai Chen

Chiung-Ming, Sun Yat-Sen bangkit kembali bersama KMT untuk meneruskan akspedisi ke

utara bagi menghapuskan Warlord dan menyatupadukan China di bawah satu kerajaan

republik sebelum bersama Parti Komunis China(PKC) yang mempunyai agenda yang berbeza

sehingga berlaku perjalanan jauh(Long Mutch) . Justeru, terdapat beberapa faktor dan

matlamat yang telah menjadi titik tolak bermualnya ekspedisi ke Utara dan perjalanan

 jauh(Long Mutch).

4 Jean Chesneaux, Marianne Bastid & Marie-Claire Bergere.(1976). China:From the opium Wars to the 1911

Revolution. Loughborough: harvester wheatsheaf. Hlm 327.

Page 3: Pengenalan Dr.sun Yat-Sen

8/13/2019 Pengenalan Dr.sun Yat-Sen

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-drsun-yat-sen 3/3