pengenalan budaya popular dan tradisional

16
PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada tiga kaum utama atau etnik yang berbeza iaitu Melayu Bumiputera, Cina dan India. Walaupun aspek berbilang kaum itu sendiri bukanlah sesuatu yang pelik malahan ianya adalah satu keunikkan kerana negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis etnik yang mampu dikongsikan oleh semua penduduk dan dirasai bersama. Terutama sekali kumpulan-kumpulan etnik ini boleh hidup bersama yang telah lama bersatu untuk melakukan apa sahaja aktiviti dengan mengekalkan identiti mereka yang berbeza. Melalui pelbagai etnik yang ada di Malaysia ini terdapat beberapa budaya yang semakin dilupakan dimana terdapat beberapa perbandingan yang dapat kita lihat dari semasa ke semasa, dari generasi ke satu generasi budaya tradisional seakan akan ditinggalkan dan masyarakat kini lebih terpengaruh dengan budaya popular. Seperti yang kita fahami budaya adalah satu ikutan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat dari generasi ke generasi. Kebudayaan ini diperoleh melalui proses penyerapan ke dalam amalan kehidupan sehari-hari dan ditiru oleh masyarakat berikutnya sebagai mengekal dan menghormati budaya asal. Namun, disebabkan globalisasi yang semakin pesat berkembang ke negara Malaysia ianya telah menyebabkan budaya popular semakin diagung-agungkan sehingga budaya tradisional lenyap dan tidak digunapakai dengan sebaik mungkin, tetapi bukanlah semua yang telah diadaptasi dari budaya tradisional kepada budaya popular,

Upload: fazifaz

Post on 21-Nov-2015

72 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hns

TRANSCRIPT

PENGENALANMalaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada tiga kaum utama atau etnik yang berbeza iaitu Melayu Bumiputera, Cina dan India. Walaupun aspek berbilang kaum itu sendiri bukanlah sesuatu yang pelik malahan ianya adalah satu keunikkan kerana negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis etnik yang mampu dikongsikan oleh semua penduduk dan dirasai bersama. Terutama sekali kumpulan-kumpulan etnik ini boleh hidup bersama yang telah lama bersatu untuk melakukan apa sahaja aktiviti dengan mengekalkan identiti mereka yang berbeza.Melalui pelbagai etnik yang ada di Malaysia ini terdapat beberapa budaya yang semakin dilupakan dimana terdapat beberapa perbandingan yang dapat kita lihat dari semasa ke semasa, dari generasi ke satu generasi budaya tradisional seakan akan ditinggalkan dan masyarakat kini lebih terpengaruh dengan budaya popular. Seperti yang kita fahami budaya adalah satu ikutan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat dari generasi ke generasi. Kebudayaan ini diperoleh melalui proses penyerapan ke dalam amalan kehidupan sehari-hari dan ditiru oleh masyarakat berikutnya sebagai mengekal dan menghormati budaya asal.Namun, disebabkan globalisasi yang semakin pesat berkembang ke negara Malaysia ianya telah menyebabkan budaya popular semakin diagung-agungkan sehingga budaya tradisional lenyap dan tidak digunapakai dengan sebaik mungkin, tetapi bukanlah semua yang telah diadaptasi dari budaya tradisional kepada budaya popular, ini kerana hanya terdapat beberapa yang paling mempunyai pengaruh besar iaitu teknologi ataupun media massa yang telah banyak mempengaruhi pemikiran anak muda khususnya.Dalam konteks yang lebih khusus konsep budaya dalam budaya popular itu merujuk kepada segala perlakuan yang merupakan keperluan manusia atau anggota-anggota masyarakat untuk mengisi keinginan yang lebih tinggi, iaitu bersifat ekspresif dan simbolik. Secara tidak langsung budaya tradisional dari segi pakaian, makanan, agama, kepercayaan, perayaan, bahasa, agen sosialisasi dan sebagainya akan berubah mengikut masa yang bersesuaian dengan sebuah hadis iaitu Didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu dilahirkan yang boleh diselarikan dengan maksud perubahan budaya tradisional kepada budaya popular.PERBANDINGAN BUDAYA POPULAR DAN TRADISIONALTamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan. Dengan itu, kita dapat lihat beberapa perubahan budaya serta perbandingan yang ketara contohnya dari segi amalan atau nilai murni yang dulunya sangat menekankan aspek kerjasama dalam sesuatu majlis seperti gotong royong bagi majlis keramaian, ianya adalah satu budaya tradisional yang masih dikekalkan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan dari segi persediaan gotong royong berkenaan, dimana budaya atau masyrakat sekarang lebih gemar menggunakan khidmat katering dalam penyediaan makanan. Selain itu, penawaran bahan-bahan budaya yang dihasilkan daripada budaya tradisional itu adalah selaras dengan permintaan orang ramai, terutama penduduk bandar yang mengalami perubahan yang pesat. Penawaran bahan-bahan budaya itu umumnya adalah untuk memenuhi atau mengisi keperluan yang lebih tinggi sebagaimana yang dialami penduduk bandar. Jadi, proses modenisasi dan urbanisasi memainkan peranan penting dalam pembangunan budaya itu berubah ke arah budaya popular. Oleh itu, perbezaan budaya ini tidak banyak dapat dikenalpasti tetapi ianya banyak diperbaharui bagi menyesuaikan budaya yang digunapakai itu sesuai dengan peredaran zaman. Walaubagaimanapun, budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kita saling menerima dan memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan. Dengan itu, budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita kerana melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita.Keseluruhannya, di dalam bab ini kami tetap akan membincangkan perbezaan yang ketara bagi memudahkan pemahaman berkenaan budaya tradisional dan budaya popular dari tiga jenis etnik iaitu melayu, cina dan india agar kita didedahkan juga dengan budaya nenek moyang.BUDAYA TEKNOLOGIAbad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Fenomena ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi yang telah menyebarkan satu budaya popular melalui pembelajaran klasik melalui internet yang dianggap satu media yang mampu menghubungkan pelbagai jenis budaya dan etnik sekaligus telah menjadi satu agen yang utama dalam pembentukan budaya baru atau popular.Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global. Disebabkan itulah kita dapat lihat perubahan yang berlaku terhadap perubahan budaya, dimana agen sosialisasi yang semakin berubah ke arah media massa daripada mempelajari adat resam atau etnik yang diturunkan daripada nenek moyang atau keturunan sesebuah keluarga.Jika kita lihat budaya tradisional dahulu akan memperolehi sesuatu berita hanya melalui penyampaian mulut ke mulut dan selalunya ianya tidak akan tersebar luas kerana penyampaian atau metode yang ada ketika itu tidak seperti teknologi yang ada sekarang, dimana semua dihujung jari, segala maklumat dapat disampaikan atau dikongsi dengan pantas sekali, jadi tidak mustahil la apabila dikatakan teknologi telah mengubah budaya tradisional secara menyeluruh segala adat resam, etnik setiap kaum mampu ditinggalkan begitu sahaja kerana banyak lagi budaya barat yang lebih baik atau bagus difikirkan oleh anak-anak muda khususnya golongan remaja yang merupakan pengguna majoriti dalam penggunaan internet.

Apabila menyentuh budaya yang sepatutnya menjadi agen utama dalam penyebaran pembentukan sebuah etnik contohnya perayaan, dahulunya masyarakat sering dilihat hanya menyambut perayaan yang berkenaan dengan agama masing-masing sahaja, namun pada zaman moden kini kesemua perayaan dianggap perlu diraikan bersama, ianya telah dimainkan oleh teknologi semasa atau media massa berkenaan perayaan yang mampu membentuk etnik bersatu, walaupun ianya adalah satu langkah yang bagus, tetapi kita boleh lihat perbandingan budaya dahulu dan sekarang yang telah diperkenalkan supaya setiap perayaan dianggap perayaan utama yang perlu dikongsi bersama.Selain itu perbandingan antara adat resam yang dianggap sebagai satu budaya tradisional bagi kaum melayu, cina dan india contohnya dalam aspek perkahwinan. Budaya tradisional dalam perkahwinan dianggap sebagai satu majlis perkhawinan yang biasa, dimana ianya dilakukan dalam keadaaan yang sederhana, jemputan hanyalah keluarga, kenalan rapat yang tidak memerlukan belanjawan perkahwinan sehingga mencecah ribuan ringgit. Namun pada era globalisasi ini, budaya perkahwinan telah dipopularkan oleh media iaitu bermulanya dengan artis pujaan luar negara mahupan dalam negara, dimana mereka mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, meletakkan mas kahwin pada harga yang sangat tinggi, upacara persandingan yang dahulunya hanya sekali tetapi sekarang siap disediakan pra-perkahwinan, seolah-olah meniru budaya luar yang boleh dilihat melalui perkembangan teknologi internet yang telah mempengaruhi perubahan budaya yang besar.Keseluruhannya, dapat kami simpulkan disini, media massa adalah satu teknologi yang banyak mengubah sesuatu budaya itu, daripada apa yang ditawarkan oleh teknologi telah menarik minat ramai golongan muda. Oleh itu, Fenomena budaya popular didapati merupakan sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden kini. Peranan fenomena itu dalam mempengaruhi pembinaan peradaban manusia tidak dapat dinafikan sekaligus budaya tradisional semakin dilenyapkan, walaubagaimanapun kita perlu ingat bahawa budaya tradisional merupakan budaya yang banyak membentuk nilai murni berbanding budaya popular yang dilihat mampu membawa impak yang negative kepada masyarakat Malaysia khususnya.

BUDAYA PAKAIAN Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket DiRaja yang antik. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Apabila munculnya tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Apabila munculnya pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini.Seperti yang kita tahu budaya tradisional dari segi pakaian bagi etnik melayu ialah baju kurung bagi wanita dan baju melayu untuk lelaki, namun perbezaan yang dapat kita lihat dalam budaya popular baju kurung telah diubahsuai menjadi baju kurung moden yang mempunyai pelbagai jenis fesyen, apatah lagi fesyen yang dibawa oleh negara barat telah berjaya mempengaruhi pereka fesyen untuk merekacipta suatu perubahan yang agak berbeza daripada budaya tradisional. Manakala baju melayu yang dahulunya dipakai satu set penuh, namun sekarang jarang dilihat generasi Y memakai pada hari raya ataupun hari jumaat, kerana baju nmelayu sering dipakai dengan seluar jeans, dan rekaan fesyen baju melayu yang agak pelik sehinggakan baju itu kelihatan melampau.Selain itu, pakaian tradisional masyarakat india pula adalah sari bagi wanita dan Dhoti bagi lelaki. Budaya pakaian yang ada masih digunakan sekarang dan tidak banyak yang dipopularkan atau diubahsuai mengikut peredaran masa, begitu juga dengan pakaian cheongsam bagi wanita dan sam foo bagi lelaki, tidak ada perubahan fesyen yang melampau tetapi hanya menukar cara pemakaian, dimana kesemua pakaian tradisional tidak digunakan tetapi digantikan dengan pakaian seperti T-shirt, jeans dan coat.Kesimpulannya, budaya yang telah dipopularkan melalui pakaian ini masih mampu dikawal perubahannya walaupun pemakaian baju ini digunakan pada waktu formal atau majlis rasmi. Ianya tidak ditinggalkan begitu sahaja, tetapi ianya mengalami satu perubahan yang agak ketara. Namun, cirri-ciri baju itu masih ada Cuma kurangnya penggunaan baju tradisional pada kehidupan seharian berbanding zaman dahulu yang boleh dikatakan setiap hari dan setiap masa tanpa menunggu hari raya atau sebaliknya.

BUDAYA MAKANANVariasi merupakan perkataan yang sesuai apabila kita mengambarkan tradisi makanan di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya makanan. Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia. Bermula daripada budaya tradisional berkenaan makanan boleh juga berubah kepada corak pemakanan yang berbeza apabila masyarakat lebih gemar mencuba makanan yang baru antaranya Fast food.Budaya makanan Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Bagi budaya makanan masyarakat Melayu, pelbagai lauk-pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan sajian nasi. Nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu amnya. Disebabkan itu masakan melayu yang paling digemari sehingga sekarang adalah nasi lemak, namun ianya bukanlah dicari oleh etnik orang melayu sahaja, tetapi semua kaum meminatinya dan turut berniaga nasi lemak yang mungkin berlainan rasanya yang bergantung kepada sesuatu etnik berkenaan. Budaya masih diterapkan tetapi masakan melayu telah banyak dipopularkan oleh etnik lain sehingga ianya menjadi makanan utama rakyat Malaysia khususnya.Tidak dinafikan juga budaya makanan masyarakat Cina turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bahan utama dalam menu masyrakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh kaum Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar dan sebagainya. Melalui budaya yang dibawa ini telah berubah menjadi satu budaya popular yang mampu digunapakai oleh etnik lain, sekaligus telah meningkatkan satu jalinan mesra antara budaya dan dapat menyahut cabaran 1 Malaysia.

Bagi masyarakat India pula, elemen yang menggambarkan keunikan makanan kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Daun hijau yang beraroma itu bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan bahkan membangkitkan selera. Budaya makanan ini telah dipopularkan dimana daun pisang yang digunakan oleh masyarakat india telah diinovasikan dengan membuat sekeping pinggan yang berbentuk daun pisang dan kemudiannya pinggan itu mampu digunakan oleh semua etnik, ini menunjukkan budaya ini sudah dipopularkan dan ianya mampu diterima oleh semua masyarakat.Secara keseluruhannya, dari segi budaya makanan pelbagai etnik ianya tiada banyak perbandingan jikalau kita melihat daripada budaya tradisional iaitu makanan yang telah diperkenalkan kepada budaya popular tidak banyak berubah, Cuma melalui jenis makanan yang ada di Malaysia ini telah membantu masyarakat mengetahui setiap budaya gemar makan apa, dengan itu tiada perubahan besar yang berlaku dalam variasi makan, malah ianya sangat membanggakan penduduk Malaysia kerana setiap budaya mampu berkongsi segala resepi makanan dan mampu duduk bersama dan bercerita berkenaan makanan yang pelbagai.

BUDAYA BAHASABahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam pergaulan manusia. Tanpa bahasa, tidak mungkin berlaku hubungan yang berkesan antara dua pihak termasuk antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Kita boleh mengukur sejauh mana rapatnya hubungan kedua-dua bangsa atau kerajaan melalui penggunaan bahasa antara kedua-dua pihak. Walaupun terdapat perbezaan bahasa antara semua etnik, namun ianya bukanlah satu penghalang untuk kita mengenali seseorang itu dengan lebih dalam, melalui budaya yang telah lama kita pelajari yang dahulunya bahasa utama yang digunakan atau lingua franca (bahasa pengantara) dengan itu tidak mustahil la jikalau semua tahu menggunakan bahasa melayu daripada awalnya. Namun pada zaman kini bahasa yang digunakan semakin berbeza dimana, masyarakat melayu sendiri gemar merojakkan bahasa dengan mencampurkan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Selain itu, bahasa melayu juga turut disalahgunakan dengan penggunaa bahasa tambahan atau bahasa singkatan seperti perkataan sekarang menjadi skunk yang membawa maksud sejenis musang yang mengeluarkan bau busuk.Manakala bagi kaum cina dan india mereka masih tetap dengan pendirian bahasanya iaitu bahasa Kantonis, Mandarin, Hokkien dan Tamil walaupun hanya ada sesetengah masyarakat india dan cina yang duduk di bandar mereka akan lebih menggunakan bahasa inggeris dimana mereka jarang menggunakan bahasanya kerana ia menyenangkan mereka untuk berkomunikasi dengan pihak lain apatah lagi dalam urusan pekerjaan dan sebagainya yang memerlukan mereka tidak menggunakan bahasa ibunda.Apabila kita menonton televisyen,kita akan mendengar berita yang pada zaman dulu kala menggunakan bahasa melayu, namun pada kali ini budaya yang banyak telah mengubah dengan wujudnya berita bahasa melayu, cina, tamil dan inggeris yang sedikit sebanyak membantu setiap kaum tidak berasa terasing dengan penggunaan bahasa yang mereka gunakan. Secara tidak langsung Malaysia merupakan satu negara yang sangat mementingkan budaya dan etnik dalam setiap perkara tanpa meninggalkan mereka terkontang-kanting dengan budayanya sendiri. Dengan itu, budaya popular tidak banyak mengubah budaya tradisional dalam penggunaan bahasa kerana tidak dapat dinafikan semua etnik di Malaysia tahu menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris yang utamanya untuk berkomunikasi.IMPAK PERBANDINGAN BUDAYA KEPADA MALAYSIAAbad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Fenomenon ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Ini telah menarik perhatian para pengkaji masyarakat dan budaya untuk memahami kesan dan pengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-negara maju, dimana terdapat pro dan kontra apabila budaya popular mula diperkenalkan oleh negara luar khususnyaKesan positif yang dapat kita lihat dari segi budaya pakaian, makanan dan bahasa adalah sangat membangun kerana melalui kesepaduan ataupun variasi etnik inilah kita mampu membentuk sebuah negara yang bersatu padu sekaligus mengambil cabaran 1 Malaysia ini sebagai satu perkara yang terbaik dalam mendidik bangsa-bangsa bekerjsama walau apa yang terjadi. Malahan ianya turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan sebagainya ke arah sebuah negara yang membangun kerana masyarakatnya yang mampu bertoleransi antara satu sama lain.Selain itu, fenomenon ini tidak boleh dianggap kurang penting, tetapi perlu diberikan perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan menyusun strategi perancangan pembangunan budaya selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat global. Ini kerana setiap pembangunan sebuah negara itu bergantung kepada bagaimana rakyatnya memainkan peranan sebagai penduduk yang mampu menerima segala jenis perubahan iaitu adakah mereka mampu menghadapi perubahan budaya ataupun tidak. Dengan itu ianya membawa kesan yang positif dengan menunjukkan Malaysia mampu membentuk sebuah negara yang boleh menerima budaya luar dengan hati yang terbuka tanpa mengubah terlalu banyak budaya tradisional walaupun hanya sesetengah sahaja budaya yang dianggap mengalami perubahan yang drastik.

Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita, oleh itu, budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara dengan rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Dengan kemasukan budaya popular yang telah diperkembangkan oleh barat telah menyebabkan beberapa pecahan kaum berlaku. Sepatutnya melalui budaya tradisional, kita akan lebih mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat dan yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.Kesan positif selalunya perlu wujud dalam diri seseorang individu dimana menetapkan matlamat dan berpegang kepada identiti budaya yang ada dan janganlah meninggalkannya, tidak salah jika ingin menerapkan elemen barat dalam kehidupan, cuma kita akan dipandang serong sekiranya pelancong asing bertanyakan berkenaan budaya negara kita tetapi kita tidak mampu menjawabnya, oleh itu kepentingan dalam menjaga budaya supaya terus dikekalkan sebagai satu asset penting setiap rakyat untuk mengetahuinya dan seterusnya mampu mengekalkan warisan budaya.Kesan negatif dapat dilihat melalui penggunaan teknologi iaitu yang merupakan perubahan globalisasi dunia tanpa sempadan yang terbesar dan telah menyebabkan agen sosialisasi berubah mengikut perkembangan semasa, malahan majoriti penduduk atau anggota-anggota masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan muda, termasuk golongan remaja yang mudah terpengaruh dengan media massa terutama sekali media baru iaitu internet. Dimana kesemua budaya baru atau popular boleh didapati di sana, tidak kiralah apa jenis budaya mereka akan meniru dan seperti yang kita tahu remaja akan mempelajari satu pembelajaran melalui pemerhatian mereka tanpa berfikir panjang dan hanya ingin menjadi dan meniru seakan-akan apa yang dilihat oleh mereka.Peranan media massa itu amat penting dalam membina fenomena budaya popular. Sekaligus ianya membawa beberapa kesan negatif kepada pembentukan masyarakat khususnya remaja, namun seperti apa yang diterangkan ianya bergantung kepada individu untuk membendung dirinya daripada terus mengikut barat sehingga lupa kepada budaya tradisional. Walaubagaimanapun, usaha penting dalam mengekalkan sesuatu budaya itu untuk terus kekal.KESIMPULANPenilaian melalui perbandingan budaya tradisional dan budaya popular itu