pengembaraan dan asas pandu arah

10
PENGEMBARAAN DAN ASAS PANDU ARAH Pengenalan Pada asalnya, mengembara adalah satu aktiviti berjalan kaki, mengembara adalah satu aktiviti yang lebih dari hanya berjalan kaki : ia adalah satu aktiviti yang mengambil peluang untuk menyiasat dan mencari “adventure” tetapi khususnya untuk dapat pengalaman berkaitan dengan sekitar baru. Ini adalah juga satu peluang yang baik untuk menguji pengakap-pengakap sejauh manakah mereka mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemimpinnya. 2. Objektif 2.1 Memberi kefahaman bahawa pengembaraan adalah satu aktiviti penting. 2.2 Peserta akan mengetahui lebih jelas perkara-perkara yang penting dalam persediaan untuk pengembaraan. 2.3 Meningkatkan prestasi sebagai seorang pengembara mematuhi peraturan yang ditetapkan. 3. Tujuan 3.1 Memberi latihan kecekapan pancaindera. 3.2 Melatih semangat tabah dan sabar menghadapi kesusahan. 3.3 Menikmati keindahan alam.

Upload: ranjini-valauthan

Post on 11-Dec-2015

794 views

Category:

Documents


48 download

DESCRIPTION

NOTA BSMM

TRANSCRIPT

Page 1: Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah

PENGEMBARAAN DAN ASAS PANDU ARAH

Pengenalan

Pada asalnya, mengembara adalah satu aktiviti berjalan kaki, mengembara adalah satu aktiviti

yang lebih dari hanya berjalan kaki : ia adalah satu aktiviti yang mengambil peluang untuk

menyiasat dan mencari “adventure” tetapi khususnya untuk dapat pengalaman berkaitan

dengan sekitar baru. Ini adalah juga satu peluang yang baik untuk menguji pengakap-pengakap

sejauh manakah mereka mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemimpinnya.

2. Objektif

2.1 Memberi kefahaman bahawa pengembaraan adalah satu aktiviti penting.

2.2 Peserta akan mengetahui lebih jelas perkara-perkara yang penting dalam persediaan untuk

pengembaraan.

2.3 Meningkatkan prestasi sebagai seorang pengembara mematuhi peraturan yang ditetapkan.

3. Tujuan

3.1 Memberi latihan kecekapan pancaindera.

3.2 Melatih semangat tabah dan sabar menghadapi kesusahan.

3.3 Menikmati keindahan alam.

3.4 Memberi pengalaman baru.

Page 2: Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah

4. Rancangan untuk mengembara

4.1 Bila?

Hujung minggu atau lebih elok dalam masa cuti.

4.2 Di mana?

Seboleh-bolehnya tempat atau kawasan baru. Tetapi elok sekiranya seorang pemimpin atau

penolong pemimpin melawat kawasan-kawasan yang dibincangkan untuk memudahkan

seorang pemimpin itu memberi keterangan dan latihan dengan berkesan.

4.3 Apa dia?

Mengembara bukanlah satu perjalanan bercorak askar tetapi membimbing pengembara dengan

cara yang seronoknya untuk belajar dan bukan untuk menyelesaikan untuk perjalanan itu.

5. Tugas pemimpin

5.1 Menyiasat tempat-tempat pengembaraan.

5.2 Mendapatkan kebenaran daripada:-

a. pihak sekolah

b. pihak ibu bapa/penjaga

c. pihak Pesuruhjaya Pengakap Daerah

d. pihak-pihak lain yang berkenaan

5.3 Mendapatkan bantuan penolong-penolong pemimpin/kelana.

5.4 Menyediakan soalan-soalan untuk aktiviti/kajian.

Page 3: Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah

6. Persediaan peralatan pengembaraan

6.1 Peta topo dan kompas jika perlu.

6.2 Alat-alat pertolongan cemas/peti ubat.

6.3 Alat-alat persendirian.

6.4 Buku catitan/buku log pengembaraan

7. Cara-cara melaksanakan pengembaraan

7.1 Penerangan.

7.2 Pemeriksaan tiap-tiap peserta.

7.3 Beri soalan dan alat-alat pengembaraan.

7.4 Waktu berlepas.

7.5 Pemimpin membuat lawatan susulan.

KEMBARA

Prosedur Sebelum Menjalankan Aktiviti Berkhemah

Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai persiapan dan prosedur

yang perlu diambil perhatian sebelum manjalankan aktiviti berkhemah. Walaupun aktiviti ini

dipandang mudah bagi sesetengah pihak, namun perkhemahan yang dimaksudkan di sini

bukan hanya berkhemah di halaman rumah ataupun tempat yang terdapat banyak kemudahan

awam, tetapi ia melibatkan aktiviti yang jauh dari kediaman serta boleh menyebabkan kesan

yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan orang lain tetapi juga kepada alam sekitar

sekiranya beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidak diambil perhatian oleh

"campers"...!!!

Page 4: Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah

Prosedur

1. Kebenaran

Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah

memohon kebenaran. Kita sebagai seorang remaja, kebenaran daripada ibubapa ataupun

penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada

mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. Melakukan aktiviti luar tidak boleh

dirahsiakan, malahan ia perlu diberitahu kepada orang lain supaya pemergian kita diketahui.

2. Laporkan

Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang

bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa anda akan

melakukan aktiviti perkhemahan didalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk

memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja

menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga

boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut.

3. Kawasan Siapa

Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih itu merupakan kawasan orang contohnya

seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka setibanya anda di sana, anda haruslah

meminta kebenaran daripada tuan punya tanah ataupun ketua kampung untuk bermalam

dikawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda memasuki satu perkampungan yang jauh

terpencil dan mempunyai adat resam yang berlainan. Anda haruslah cuba untuk memperolehi

maklumat daripada mereka mengenai suku kaum & kepercayaan, pantang larang, cara

pergaulan dan keselamatan kampung tersebut. Ini adalah untuk memastikan anda selamat

menetap di kampung tersebut serta kehadiran anda dikawasan mereka tidak mengganggu.

4. Peraturan

Pertauran yang telah ditetapkan disesuatu kawasan mungkin terdapat kelainan. Namun begitu,

anda haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjamin keselamatan dan

kesejahteraan bersama.

Page 5: Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah

Memilih Kawasan Perkhemahan

1. Sumber Asas

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama

untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah

penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda

DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan

dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut

haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir

ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak

menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.Anda juga

TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah

tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda.

Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar

kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti

ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan

khemah. Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang,

sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan

ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki

bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang

diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah

penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan

segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam

hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda

mudah dikesan dari udara.

Page 6: Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah

4. Sinar Matahari

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan

mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan

yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat

memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah

anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang

menggunakan denai tersebut.

Page 7: Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah

1.PENGENALAN 

• Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari

satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. 

• Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan

mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu

titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang

telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. 

• Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan

antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun

(tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan

disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Di samping

menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk

menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang

betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. 

• Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke

barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara;

pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat

perkampungan dan arah tiupan angina.

Page 8: Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah

2.JENIS-JENIS ORIENTEERING

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering

Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O

yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

• Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

• Orienteering Malam (Night Orienteering)

• Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

2.1 Kebaikan sukan orienteering

• Sukan untuk semua

• Meningkatkan kecergasan fizikal

• Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan

• Memberi cabaran & keseronokan