pengajian malaysia: peruntukan malaysia

3
MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA Course Leader: Sharliana Che Ani COURSE NOTES MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik Subtopik 7 : Peruntukan Utama Perlembagaan 1.1 Pengenalan 1.1.1 Federalisme 1. K.C Wheare (1953), system federalisme merupakan satu kedah untuk membahagikan kuasa antara dua peringkat kerajaan, dan di mana di dalam bidang kuasa tertentu, kuasa sebuah kerajaan ke atasnya adalah sama atau kadang kala lebih tinggi. 2. Jayum A. Jawan (2001) menjelaskan lanjutan daripada definisi yang dikemukakan oleh Wheare di atas, pelbagai penghalusan telah diberikan mengenai ciri/sifat federalisme seperti : a) terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis tentang fungsi kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai kuasa bebas ke atas sekurang- kurangnya satu bidang perkara. b) Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan kepadanya. c) Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya. d) Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. e) Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini ( yang terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui) dengan sendiri f) Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri. 3. Satu ciri utama sistem persekutuan ialah pembahagian kuasa yang jelas dan bertulis di antara tingkat-tingkat kerajaan. 4. Setiap tingkat kerajaan adalah agung di dalam bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. 1

Upload: brenda-rachel-maxrie

Post on 13-Jan-2015

365 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia

MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIACourse Leader: Sharliana Che Ani

COURSE NOTES

MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik

Subtopik 7 : Peruntukan Utama Perlembagaan 1.1 Pengenalan

1.1.1 Federalisme1. K.C Wheare (1953), system federalisme merupakan satu kedah untuk membahagikan

kuasa antara dua peringkat kerajaan, dan di mana di dalam bidang kuasa tertentu, kuasa sebuah kerajaan ke atasnya adalah sama atau kadang kala lebih tinggi.

2. Jayum A. Jawan (2001) menjelaskan lanjutan daripada definisi yang dikemukakan oleh Wheare di atas, pelbagai penghalusan telah diberikan mengenai ciri/sifat federalisme seperti :

a) terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis tentang fungsi kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai kuasa bebas ke atas sekurang-kurangnya satu bidang perkara.

b) Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan kepadanya.

c) Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya.d) Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat.e) Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini ( yang terkandung dalam

perlembagaan yang dipersetujui) dengan sendirif) Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri.

3. Satu ciri utama sistem persekutuan ialah pembahagian kuasa yang jelas dan bertulis di antara tingkat-tingkat kerajaan.

4. Setiap tingkat kerajaan adalah agung di dalam bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya.

5. Di Malaysia, pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga jelas dan terkandung di dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

6. Terdapat tiga senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengagihkan kuasa ini iaitu:

a) Senarai Persekutuanb) Senarai Negeric) Senarai Bersama

7. Perbezaan di antara bidang kuasa yang disenaraikan di dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri adalah bergantung kepada sifat-sifat bidang kuasa berkenaan.

8. Biasanya bidang kuasa yang disenaraikan dalam senarai Persekutuan adalah bidang kuasa yang menyeluruh dan mempunyai implikasi ke atas persekutuan keseluruhannya.

9. Senarai Negeri pula mengandungi bidang kuasa yang bersifat kenegerian atau wilayah.

1.1.2 Demokrasi Berparlimen

1

Page 2: Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia

1. Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat.

2. Maka kerajaan yang telah terpilih perlu memikat hati rakyat yang telah memilihnya.3. Kerajaan berkewajipan menjalankan segala tugasnya secara terbuka supaya diketahui,

difahami dan akhirnya mendapat sokongan rakyat.4. Tindakan ini menunjukkan bahawa kerajaan menitikberatkan kebajikan rakyat dan

bukannya membelakangkan mereka.5. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen dikatakan mampu mewujudkan

satu pemerintahan yang stabil, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.

1.1.3 Raja Berpelembagaan1. Raja berpelembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan

iaitu Perlembagaan Malaysia.2. Dalam sistem Raja Berpelembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang Dipertuan

Agong dan Majlis Raja-raja.3. Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan

raja melayu.4. Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebutkan dalam

Perlembagaan Malaysia iaitu Ketua Utama Negara.5. Sistem raja berpelembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab

antara raja yang menaungi dan rakyat yang dinaungi, demi kemakmuran dan kemantapan masyarakat sendiri.

6. Bagi menjamin kemurnian sistem, institusi Majlis Raja-raja dan institusi Yang dipertuan Agong, mempunyai struktur dan prosedur yang jelas seperti yang tersusun dalam Perlembagaan Malaysia.

7. Antara susunan terpenting adalah:a) soal keanggotaan Majlisb) Sistem giliranc) Sistem pemilihan Yang Dipertuan Agongd) Peraturan persidangane) Bentuk dan perlaksanaan kuasa f) Fungsi dalam proses undang-undang dan pemerintahan negara.

2.1 Aktiviti Tutorial

Bincangkan kepentingan konsep raja berpelembagaan di Malaysia.

2