pengajian malaysia: peruntukan malaysia 1

6
MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA Course Leader: Sharliana Che Ani COURSE NOTES MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik Subtopik 6 : Peruntukan Istimewa Perlembagaan 1.1 Pengenalan Peruntukan istimewa yang dibincangkan adalah berkaitan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahsa rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, hak asasi, Islam sebagai Agama Persekutuan, kewarganegaraan dan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak. 2.0 Peruntukan Istimewa dalam Perlembagaan Malaysia 2.1 Bahasa - Peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan - Bahasa melayu adalah bahasa rasmi - Tidak ada sesiapa boleh dilarang daripada menggunakan bahasa asing Rasional 1. Bhs perantaraan – Melaka 2. Mudah dipelajari 3. Tekal – istilah dan sebutan – cina – dialek 4. Tulisan – rumi dan jawi (BI- rumi) 5. Mudah dieja 2.2 Peruntukan Khas Perkara 153 1. Menurut perlembagan Perkara 160 (2) orang melayu – seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu 2. Bumiputra Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) berhak menerima keistimewaan ini 3. Keistimewaan dari segi perkhidmatan awam, lapangan ekonomi dan pelajaran 2.3 Hak Asasi Kebebasan diri 1

Upload: brenda-rachel-maxrie

Post on 13-Jan-2015

300 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1

MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIACourse Leader: Sharliana Che Ani

COURSE NOTES

MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik

Subtopik 6 : Peruntukan Istimewa Perlembagaan 1.1 Pengenalan

Peruntukan istimewa yang dibincangkan adalah berkaitan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahsa rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, hak asasi, Islam sebagai Agama Persekutuan, kewarganegaraan dan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.

2.0 Peruntukan Istimewa dalam Perlembagaan Malaysia2.1 Bahasa

- Peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan- Bahasa melayu adalah bahasa rasmi- Tidak ada sesiapa boleh dilarang daripada menggunakan bahasa asing

Rasional1. Bhs perantaraan – Melaka2. Mudah dipelajari 3. Tekal – istilah dan sebutan – cina – dialek4. Tulisan – rumi dan jawi (BI- rumi)5. Mudah dieja

2.2 Peruntukan Khas Perkara 1531. Menurut perlembagan Perkara 160 (2) orang melayu – seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu2. Bumiputra Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) berhak menerima keistimewaan ini3. Keistimewaan dari segi perkhidmatan awam, lapangan ekonomi dan pelajaran 2.3 Hak Asasi

Kebebasan diriBahagian Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa:1. Seseorang tidak boleh dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-

undang2. Seseorang tidak boleh ditahan kecuali penahanannya itu sah di sisi undang-

undang3. Seseorang yang ditangkap atau dituduh melakukan sesuatu perkara berhak

mendapat bantuan peguam untuk membela diri4. Nyawa seseorang itu tidak boleh diambil (dibunuh) kecuali dibenarkan oleh

undang-undang

Keabdian dan kerja paksa adalah dilarangPerkara 6, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa.

1

Page 2: Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1

Tetapi undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan untuk mengadakan perkhidmatan kerahan untuk negara.

Kesamarataan di sisi undang-indangPerkara Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang samaFasal (2)- seseorang warganegara tidak boleh dibezakan atas dasar agama.

Kebebasan bergerakPerkara 9, Perlembagaan Persekutuan membolehkan rakyat Malaysia

1. Menetap dan bermastautin di semua negeri dalam Persekutuan2. Bergerak dalam Persekutuan3. Tidak boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam

Persekutuan kecuali atas sebab-sebab berikut: Menjaga keselamatan Persekutuan Menjaga ketenteraman awam Menjaga kesihatan awam Menghina Negara dan Yang diPertuan Agong semasa berada di luar Negara

Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan PersatuanPerkara 10, Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa:1. Setiap warganegara bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan2. Setiap warganegara berhak berhimpun secara aman3. Setiap warganegara berhak menubuhkan persatuan untuk menjalankan aktiviti selaras dengan matlamat penubuhannya seperti yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Kebebasan tersebut akan ditarik balik sekiranya: Keselamatan awam terancam Keselamatan Negara tergugat Keharmonian kaum terganggu Tidak selaras dengan prinsip Rukun Negara

Kebebasan AgamaPerkara 11, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:1. Setiap orang yang telah dewasa boleh memilih agamanya sendiri. Walaubagaimanapun, pada 2 Mac 1990, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa seseorang di bawah umur 18 tahun tidak berhak memilih agamanya sendiri2. Setiap kaum diberikan kebebasan untuk menganuti sesuatu agama. Pada masa yang sama setiap menganut tidak boleh menghina agama lain 3. Setiap orang kan menguruskan hal ehwal agamanya sendiri tanpa diganggu oleh orang lain Tetapi semua perkara di atas tertakluk kepada: Undang-undang negeri Kuasa Raja-raja Majlis Agama Islam Perintah Yang diPertuan Agong

2

Page 3: Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1

Hak Untuk Mendapatkan PendidikanPerkara 12, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kerajaan harus melakukan perkara-perkara berikut:1. Mengenakan bayaran yang sama ke atas semua kaum sewaktu pelajar mendaftar

diri untuk bersekolah2.Tidak boleh membezakan warganegara berdasarkan kaum atau tempat lahir

sewaktu menyediakan kemudahan persekolahan (kecuali selaras dengan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan)

Hak Terhadap hartaPerlembagaan Persekutuan memberi kebebasan bahawa1. Harta seseorang warganegara tidak boleh dirampas oleh kerajaan kecuali mengikut undang-undang2. Jika kerajaan hendak mengambil harta seseorang, maka kerajaan mesti memberikan pampasan yang mencukupi kepada orang tersebut sebagai ganti rugi

2.4 Islam Sebagai Agama Persekutuan- Peruntukan Perkara 3 (1)- Agama Islam adalah agama bagi persekutuan- Kebebasan kepada semua orang untuk mengamalkan agama lain

dengan cara aman dan harmoni- YDPA ketua agama Islam di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang,

Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan, Sabah dan Sarawak.

Kepentingan Sebagai asas hidup Agama mengajar kepada kebaikandan melarang melakukan perkara yang jahat Persefahaman pelbagai agama

2.5 KewarganegaraanBahagian 3 Bab (1)Merupakan status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah negara.

Keistimewaan1. Berhak jadi pemilih – pilihanraya2. Ambil bahagian dalam politik3. Jawatan eksklusif – warganegara sahaja4. Bebas milik hartanah – keistimewaan pembangunan harta5. Berhak menerima pelbagai faedah dan kemudahan seperti kebajikan, pelajaran6. Bebas bergerak dalam seluruh negeri7. Tidak boleh dibuang negeri

Tuntutan1. Bagi perkhidmatan negara – tentera jika dikehendaki2. Mematuhi undang-undang dan membantu dalam perjalanan sistem dalam

negaranya3. Menyumbang kepada produktiviti negara

3

Page 4: Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1

4. Menyertai dan menyokong program nasional

- Peruntukan Bahagian 3, Perkara 14-22, Perkara 23 dan Perkara28- Cara untuk mendapatkan kewarganegaraan ialah:

i. Kuatkuasa undang-undangii. Pendaftaran / permohonan

iii. Naturalisasiiv. Cantuman wilayah

4 cara:

1. Jus Soli 2. Jus Sanguinis 3. Kahwin 4. Naturalisasi

Tempat lahir – Malaysia 31 Ogos 1957 & Okt. 1962Automatik

Keturunan darahBapa warganegara

Wanita asing jadi warganegara

Bagi yang tidak lahir di persekutuan

c) Kewarganegaraan boleh dilucutkan atas sebab berikut:

1. Menolak kewarganegaraan2. Melakukan perkara – perkara yang salah disisi undang-undang:

a) Warganegara asingb) Pilihanraya / passport asingc) Kahwin dengan lelaki asingd) Bertindak –ve / tidak taat kepada Malaysiae) Berniaga/ berhubung dengan negeri musuhf) Dihukum 5 tahun, penjara 12 bulan denda RM 5000 (bagi yang

mendapatkan kewarganegaraan melalui pendaftaran)g) Berkhidmat kepada negeri lain tanpa kebenaranh) Tinggal di negara asing 5 tahun berturut-turuti) Peroleh kewarganegaraan secara penipuanj) Warga asing yangberkahwin dengan lelaki warganegara – bercerai

dengan suami

2.6 Peruntukan Tambahan Sabah dan Sarawak1. Per. 161 -menjelaskan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa

Bumiputera dalam negeri Sabah dan Sarawak2. Per. 161A – menjelaskan kedudukan istimewa bumiputera negeri-

negeri Sabah dan Sarawak3. Per. 161 B – sekatan mengenai perluasan hak orang-orang yang tidak

bermastautin untuk menjalankan amalan sebagai peguam di mahkamah dalam Negeri-negeri di Sabah dan Sarawak.

4. Per. 161E – Pemeliharaan kedudukan dari segi perlembagaan Negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

2.1 Aktiviti TutorialHuraikan unsur-unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

4