penerapan pemikiran inventif dalam · pdf file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi...

11
756 PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH RENDAH 1 Faiza Hasbullah & 2 Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 1 [email protected] , 2 [email protected] ABSTRAK Pemikiran inventif merupakan salah satu subdimensi yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21. Kajian ini membincangkan tentang penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis keberkesanan tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan jantina murid, gred sekolah dan kategori sekolah dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran tahap tinggi. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan deskriptif dan inferensi dengan menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian adalah seramai 150 orang murid daripada empat buah sekolah kebangsaan di daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah telah dilaksanakan dan menunjukkan kesan positif. Analisis ujian-t membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan jantina murid, gred sekolah dan kategori sekolah. Penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu perlu diterapkan dan diperluaskan lagi untuk melahirkan generasi yang sentiasa berani bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Kata Kunci: pemikiran inventif, kemahiran berfikir, bahasa Melayu ABSTRACT Inventive thinking is one of the subdimensions contained in 21st century skills. This study discusses about the application level of inventive thinking in learning of Malay language among primary school’s student. The purpose of this study is to analyze the effective of the application of inventive thinking in learning of Malay language among primary school’s student based on the gender, school grades and school categories. It can be seen from their flexibility and complexity management, self regulation, curiosity, creativity, risk tolerance and hight-level thinking. This study used a descriptive and inference review buy using questionnaire instrument. Data obtained from 150 students from four schools in Hulu Langat, Selangor. The study found that the application level of inventive thinking in learning of Malay language among primary school’s students has been implemented and it showed a positive impact. T-test analysis proves that there is no difference in the application of inventive thinking in learning of Malay language among students based on their gender, school grades and school category. The application of inventive thinking in learning of Malay language needs to be applied and expanded in schools to produce a generation that is dare and ready to face every challenges ahead. Key words: inventive thinking, thinking skills, Malay language PENGENALAN Transformasi sistem pendidikan negara yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013) memberi fokus kepada kemajuan dan peningkatan dalam pencapaian akademik yang lebih tinggi. Selari dengan hasrat dan kehendak murni ini, sistem pendidikan yang terancang dan bersesuaian menerusi pembelajaran abad ke-21 perlulah diaplikasikan untuk menganjak paradigma pemikiran murid-murid seperti yang diinginkan. Hal ini dan seterusnya akan dapat melahirkan generasi yang berfikiran kreatif dan kritis. Bagi menghadapi cabaran dunia globalisasi, generasi kini perlu melengkapkan diri dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa. Menerusi domain kemahiran abad ke-21, terdapat lima komponen utama, iaitu kemahiran literasi era digital, pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan, penghasilan produktiviti tinggi, dan norma dan nilai kerohanian. Dalam konteks ini, pemikiran inventif adalah salah satu komponen penting dalam kemahiran abad ke-21 untuk mengukur tahap dan kebolehan murid berfikir secara kritis, menganalisis masalah dan mengumpulkan maklumat, berkomunikasi dan berkolaborasi, kreativiti dan inovasi bagi memenuhi aspirasi negara.

Upload: vannhan

Post on 06-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

756

PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH

RENDAH

1Faiza Hasbullah & 2Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] , 2 [email protected]

ABSTRAK Pemikiran inventif merupakan salah satu subdimensi yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21. Kajian ini membincangkan tentang penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis keberkesanan tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan jantina murid, gred sekolah dan kategori sekolah dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran tahap tinggi. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan deskriptif dan inferensi dengan menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian adalah seramai 150 orang murid daripada empat buah sekolah kebangsaan di daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah telah dilaksanakan dan menunjukkan kesan positif. Analisis ujian-t membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan jantina murid, gred sekolah dan kategori sekolah. Penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu perlu diterapkan dan diperluaskan lagi untuk melahirkan generasi yang sentiasa berani bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Kata Kunci: pemikiran inventif, kemahiran berfikir, bahasa Melayu

ABSTRACT Inventive thinking is one of the subdimensions contained in 21st century skills. This study discusses about the application level of inventive thinking in learning of Malay language among primary school’s student. The purpose of this study is to analyze the effective of the application of inventive thinking in learning of Malay language among primary school’s student based on the gender, school grades and school categories. It can be seen from their flexibility and complexity management, self regulation, curiosity, creativity, risk tolerance and hight-level thinking. This study used a descriptive and inference review buy using questionnaire instrument. Data obtained from 150 students from four schools in Hulu Langat, Selangor. The study found that the application level of inventive thinking in learning of Malay language among primary school’s students has been implemented and it showed a positive impact. T-test analysis proves that there is no difference in the application of inventive thinking in learning of Malay language among students based on their gender, school grades and school category. The application of inventive thinking in learning of Malay language needs to be applied and expanded in schools to produce a generation that is dare and ready to face every challenges ahead. Key words: inventive thinking, thinking skills, Malay language

PENGENALAN Transformasi sistem pendidikan negara yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013) memberi fokus kepada kemajuan dan peningkatan dalam pencapaian akademik yang lebih tinggi. Selari dengan hasrat dan kehendak murni ini, sistem pendidikan yang terancang dan bersesuaian menerusi pembelajaran abad ke-21 perlulah diaplikasikan untuk menganjak paradigma pemikiran murid-murid seperti yang diinginkan. Hal ini dan seterusnya akan dapat melahirkan generasi yang berfikiran kreatif dan kritis. Bagi menghadapi cabaran dunia globalisasi, generasi kini perlu melengkapkan diri dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa. Menerusi domain kemahiran abad ke-21, terdapat lima komponen utama, iaitu kemahiran literasi era digital, pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan, penghasilan produktiviti tinggi, dan norma dan nilai kerohanian. Dalam konteks ini, pemikiran inventif adalah salah satu komponen penting dalam kemahiran abad ke-21 untuk mengukur tahap dan kebolehan murid berfikir secara kritis, menganalisis masalah dan mengumpulkan maklumat, berkomunikasi dan berkolaborasi, kreativiti dan inovasi bagi memenuhi aspirasi negara.

Page 2: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

757

Pemikiran inventif merupakan elemen penting dalam perkembangan kemahiran abad ke-21. NCREL dalam enGauge 21st Century Skills for 21st Century Learners (NCREL, 2003) menyatakan pemikiran inventif sebagai salah satu set tabiat minda (habits of mind) dan menegaskan bahawa setiap murid dalam abad ke-21 ini perlu berkeupayaan berfikir secara total kerana setiap cabaran atau permasalahan perlu dihadapi dengan berstruktur dan bersistem dalam situasi kini. Menurut Maria Abdullah (2010), pemikiran inventif merangkumi enam elemen, iaitu fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup mengambil risiko dan pemikiran tahap tinggi. Menurut Aliamat Omar Ali (2014), terdapat enam dimensi atau kemahiran yang saling melengkapi pemikiran inventif, iaitu penyesuaian diri dan pengurusan kesukaran (adaptability and managing complexity), pengarahan kendiri (self direction), keberanian mengambil risiko (risk taking), sifat ingin tahu (curiosity), kreativiti (creativity) dan pemikiran aras tinggi dan penaakulan yang baik (higher order thinking and sound reasoning). Dimensi-dimensi ini perlu dikuasai oleh murid hari ini bagi memastikan mereka sentiasa bersedia dan berupaya menghadapi cabaran merentasi abad ke-21 yang lebih mencabar.

PERNYATAAN MASALAH Pemikiran inventif menuntut murid-murid agar sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian dengan idea-idea baru dan bersedia untuk menghadapi persaingan dalam penyelesaian masalah yang serba mencabar. Bagi menghadapi saingan dan cabaran ini, murid-murid perlu diterapkan dengan kemahiran-kemahiran pembelajaran menerusi pembelajaran abad ke-21 ini. Cabaran pendidikan abad ke-21 menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah yang lebih kondusif serta dinamik. Selain itu, pelaksanaan bahan pengajaran berasaskan teknologi dan maklumat dittitikberatkan untuk impak pembelajaran yang lebih efektif dan relevan dengan perkembangan dunia hari ini. Pembelajaran murid bukan diajar untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan sahaja, tetapi perlu menterjemahkan dan menghayati apa yang dipelajari sama ada dalam menyelesaikan masalah di alam pekerjaan atau menjalankan kehidupan seharian mereka dengan baik dan teratur. Dalam konteks pembelajaran Bahasa Melayu, penerapan pemikiran inventif dilaksanakan sepenuhnya di dalam bilik darjah bagi mencapai tujuan tersebut. Namun, persoalan yang timbul adakah penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berkesan kepada murid? Matlamat untuk melahirkan murid yang mampu berdaya saing di peringkat global menjadi cabaran kepada warga pendidik. Pendekatan pembelajaran yang berbeza dan bersesuaian perlu dilaksanakan bagi mencapai tujuan pendidikan abad ke-21. Pendidik perlu menggunakan pendekatan PdPc yang lebih bersifat efektif yang menunjukkan perbezaan ciri-ciri pembelajaran abad ke-20 dengan abad ke-21. Hal ini kerana, ciri pembelajaran abad ke-20 lebih berpusatkan guru dan berfokuskan peperiksaan (Kamisah Osman, Zanaton Iksan dan Lilia Halim, 2007). Menurut Azizah Mat Ail (2015), sistem pendidikan di Malaysia telah sebati dengan teknik “suapan” yang merujuk kepada murid hanya mengambil input pembelajaran daripada pendidik semata-mata. Sekiranya teknik pembelajaran seperti ini berterusan, ia akan melahirkan murid yang pasif dan tidak berupaya untuk melontarkan pendapat dan buah fikiran sepertimana yang ingin diterapkan dalam pemikiran inventif. Malahan, murid juga tidak boleh mengaplikasikan pembelajaran mereka dalam sesuatu bidang sekaligus tidak berupaya menangani cabaran sesuatu perubahan. Pendapat ini disokong oleh Roselan Baki (2003), yang menyatakan bahawa kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid-murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Dalam pada itu, hasil daripada analisa data dalam kajian yang dijalankan oleh Siti Rahayah Ariffin dan Nor Azaheen Abdul Hamid (2009), menunjukkan bahawa peratusan min untuk murid perempuan adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid lelaki bagi keempat-empat konstruk (reasoning, analytical and logical, disposition dan assumption) yang diuji. Hal ini menunjukkan bahawa murid perempuan mempunyai tahap pemikiran kritikal yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid lelaki. Perbezaan ini memberi kesedaran tentang corak pemikiran antara jantina yang mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor. Justeru, penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat meningkatkan pencapaian murid dan membataskan jurang perbezaan antara murid lelaki atau perempuan. Selain itu, pencapaian pembelajaran dalam kalangan murid bandar dan luar bandar juga menunjukkan perbezaan. Hasil kajian yang dijalankan oleh Zalika Adam, Faridah Kasim dan Mohamad Johdi Salleh (2009), mendapati bahawa kualiti pendidikan di sekolah luar bandar berada pada tahap yang sangat rendah. Tahap pencapaian yang rendah disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah tiada budaya cintakan ilmu pengetahuan, kurang amalan tabiat membaca dan tahap kemiskinan murid. Ini membataskan peranan guru dalam usaha meningkatkan bilangan murid yang boleh membaca secara lancar dan seterusnya meningkatkan tahap pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif. Pembangunan pendidikan juga seharusnya mengambil kira lokasi sesebuah sekolah. Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Banyak kajian telah

Page 3: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

758

dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar (Mohd Hisham Zahari, 2000; Siti Sara Hamzah, 2000; Suryanti Dewiyana Mohd Jonit, 2000). Didapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan. Kajian mengenai pemikiran iventif merupakan perkara baharu dalam konteks pendidikan di negara ini. Hal ini kerana kajian mengenai pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu sangat kurang dilaksanakan di Malaysia. Kajian-kajian mengenai pemikiran inventif sebelum ini kebanyakannya dijalankan di luar negara seperti kajian oleh Barak dan Mesika (2007). Dalam pada itu, terdapat dua kajian yang dijalankan di negara Brunei Darussalam oleh Maria Abdullah (2010 dan 2011). Keadaan ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan dan seterusnya dijadikan panduan untuk melaksanakan kajian ini. Selain itu, kajian mengenai pemikiran inventif juga dilaksanakan dalam bahasa Inggeris seperti kajian Maria Abdullah (2010 dan 2011). Walau bagaimanapun, terdapat satu kajian mengenai pemikiran inventif dalam bahasa Melayu tetapi masih dilaksanakan di luar negara, iaitu di negara Brunei Darussalam. Kajian yang dijalankan oleh Aliamat Omar Ali (2014) dilaksanakan dalam bahasa Melayu, tetapi dijalankan di negara Brunei Darussalam.

OBJEKTIF KAJIAN Secara khususnya, objektif kajian mengenai tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah adalah untuk: Menganalisis keberkesanan tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan jantina murid, gred sekolah dan kategori sekolah dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran tahap tinggi.

PERSOALAN KAJIAN Kajian ini memberikan tumpuan kepada tiga soalan untuk mengetahui dan mengenal pasti tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah.

i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan jantina murid dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran tahap tinggi?

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan gred sekolah dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran tahap tinggi?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kategori sekolah dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran tahap tinggi?

HIPOTESIS KAJIAN Sebanyak tiga hipotesis kajian yang dibentuk bagi menjawab soalan kajian nombor satu hingga tiga. Hipotesis kajian dibentuk untuk mengenal pasti tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan jantina, gred sekolah dan kategori sekolah. Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa

Melayu berdasarkan jantina murid dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran tahap tinggi.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan gred sekolah dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran tahap tinggi.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kategori sekolah dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran tahap tinggi.

Page 4: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

759

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang dijalankan secara tinjauan. Kajian berbentuk tinjauan merupakan reka bentuk yang paling sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara yang sedang berlaku (Mohd Najib, 2003). Penggunaan soal selidik pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai fakta, kepercayaan, kehendak, dan sebagainya. Reka bentuk kajian ini dianggap sesuai kerana bersifat menyeluruh, mudah dikendalikan, pungutan data yang cepat, melibatkan saiz sampel yang besar, maklumat secara terus, pemerihalan fenomena semulajadi, dan keupayaan keputusan kajian digeneralisasikan (Mohd Anuar Husain, 2012).

Populasi dan sampel Kajian Populasi kajian ini tertumpu kepada sekolah-sekolah rendah di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 150 orang murid yang menduduki kelas pertama bagi aliran tahun enam di empat buah sekolah terpilih dipilih sebagai responden atau sampel kajian. Salah satu sebab mengapa murid tahun enam dipilih sebagai responden kerana pengalaman mereka sebagai murid yang lebih senior di sekolah memandangkan kajian ini tertumpu kepada murid sekolah rendah. Seterusnya, murid tahun enam juga dirasakan lebih lebih matang dan mudah memahami kehendak soalan untuk menjawab setiap item yang dikemukakan oleh pengkaji. Hal ini supaya, soal selidik yang dikemukakan dapat dijawab mengikut pemahaman masing-masing tanpa ragu.

Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat kajian utama untuk mengukur tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah yang diadaptasi dan diubah suai daripada instrumen soal selidik Maria Abdullah (2011). Soal selidik mudah ditadbir dan ringkas bagi tujuan mengawal keutuhan maklumat yang diberi oleh sampel. Soal selidik juga akan membantu dan memudahkan sampel menjawab dengan cepat dan tepat. Oleh itu, sampel akan lebih bertanggungjawab dan mudah untuk memberikan kerjasama. Menurut Sulaiman Ngah Razali (2002), soal selidik merupakan kaedah paling mudah untuk memperoleh maklumat. Data dan maklumat yang diperoleh melalui soal selidik adalah lebih tepat (Mohd Najib Ghafar, 2003). Kaedah ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malahan memudahkan responden untuk memberikan kerjasama dengan melengkapkan maklumat dan item-item yang dikemukakan.

Terdapat dua bahagian dalam borang soal selidik ini, iaitu Bahagian A mengenai demografi responden merangkumi jantina, bangsa, umur, kategori sekolah dan gred sekolah. Bahagian B mermpunyai 30 item yang dikemukakan kepada responden merangkumi lima item bagi setiap subdimensi dalam pemikiran inventif, iaitu fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran aras tinggi.

ANALISIS DATA Data yang dikumpul melalui soal selidik dianalisis mengikut keperluan yang telah ditetapkan dalam kajian. Data-data dalam bahagian A dan Bahagian B diproses dengan menggunakan perisisan komputer SPSS 22.0 for Windows (Statistical Packages for Social Science). Terdapat dua analisis utama yang digunakan ke atas pemboleh ubah kajian ini, iaitu stastistik deskriptif yang menggunakan nilai frekuensi dan peratus untuk menganalisa damografi respondan seperti yang terdapat pada bahagian A. Statistik inferensi pula digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Bagi tujuan pengujian hipotesis, ujian-t dijalankan untuk menganalisis perbezaan tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah dari segi jantina, gred sekoldah, dan kategori sekolah.

DAPATAN KAJIAN

Demografi Responden Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 150 orang murid yang menduduki kelas pertama aliran tahun enam di empat buah sekolah rendah yang dipilih berdasarkan objektif kajian. Dua buah sekolah telah dipilih berdasarkan gred sekolah, iaitu sekolah gred A – Sekolah Kebangsaan Saujana Impian dan sekolah gred B – Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2). Dalam pada itu, dua buah sekolah berdasarkan kategori sekolah, iaitu sekolah bandar – Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya dan sekolah luar Bandar – Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma. Demografi responden dalam kalangan murid tahun enam ini dihuraikan mengikut maklumat seperti yang terdapat dalam borang soal selidik. Rujuk Jadual 1.

Berdasarkan analisis deskriptif yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa daripada 150 orang responden ini, didapati bilangan murid lelaki seramai 73 orang dengan (48.7%) manakala bilangan murid perempuan pula seramai 77 orang dengan (51.3%). Bilangan responden dari sekolah gred A melebihi 10 orang, iaitu seramai 85 orang dengan (56.7%), manakala bilangan responden dari sekolah gred B seramai 65 orang dengan (43.3%). Bilangan responden dari sekolah bandar dengan sekolah luar bandar pula menunjukkan perbezaan seramai 64 orang, iaitu 107 orang dengan (71.3%), manakala responden dari sekolah luar bandar pula adalah seramai 43 orang dengan (28.7%).

Page 5: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

760

Jadual 1: Demografi responden kajian

Kriteria Kumpulan Frekuensi Peratusan (%) Jantina Lelaki 73 48.7 Perempuan 77 51.3 Gred Sekolah Gred A 85 56.7 Gred B 65 43.3 Kategori Sekolah Bandar 107 71.3 Luar bandar 43 28.7 Jumlah 150 100

Perbezaan Penerapan Pemikiran Inventif dalam Pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan Jantina dari Segi Fleksibiliti dan Pengurusan Kompleksiti, Regulasi Kendiri, Sifat Ingin Tahu, Kreativiti, Sanggup Menghadapi Risiko, dan Pemikiran Tahap Tinggi Untuk melihat perbezaan tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan jantina, iaitu antara lelaki dan perempuan dengan lebih jelas, perbandingan skor min telah dilakukan secara terperinci. Jadual 2 menunjukkan analisis ujian-t dan skor min tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan jantina.

Jadual 2: Analisis ujian-t berdasarkan jantina

Bil Pemikiran Inventif

lelaki Perempuan

Nilai-t Df N Min

Sisihan N Min

Sisihan

Piawai Piawai

1

Fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti 73 2.468 .509 77 2.514 .514 36.958 149

2 Regulasi kendiri 73 2.646 .459 77 2.677 .424

3 Sifat ingin tahu 73 2.673 .465 77 2.74 .385

4 Kreativiti 73 2.53 .635 77 2.62 .908

5 Sanggup menghadapi risiko 73 2.567 1.174 77 2.638 .607

6

Pemikiran tahap tinggi

73

2.687

.525

77

2.718

.462

Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan analisis ujian-t bagi menentukan perbezaan min yang signifikan penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan jantina. Seramai 73 orang bilangan murid lelaki dan bilangan murid perempuan pula seramai 77 orang. Penerapan pemikiran inventif pemikiran tahap tinggi menunjukkan nilai skor min tertinggi bagi murid lelaki dan perempuan, iaitu 2.687 dengan sisihan piawai .525 dan 2.718 dengan sisihan piawai .462. Walau bagaimanapun, pemikiran inventif kreativiti bagi murid lelaki menunjukkan nilai skor min terendah, iaitu 2.53, manakala pemikiran inventif fleksibiliti dan kompleksiti bagi murid perempuan menunjukkan nilai skor min terendah, iaitu 2.514 dan sisihan piawai .514. Nilai skor min bagi pemikiran inventif fleksibiliti dan kompleksiti dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid lelaki ialah 2.486 dan sisihan piawai .509. Bagi pemikiran inventif regulasi kendiri dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid lelaki menunjukkan nilai skor min 2.646 dan sisihan piawai .459 dengan nilai skor min murid perempuan ialah 2.677 dan sisihan piawai.424. Pemikiran inventif sanggup menghadapi risiko murid lelaki menunjukkan nilai skor min2.567 dan sisihan piawai 1.174, manakala murid perempuan menunjukkan nilai skor min 2.638 dan sisihan piawai .607. Bagi analisis ujian-t menunjukkan tidak

Page 6: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

761

terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu antara murid lelaki dan murid perempuan dengan nilai-t (149) = 36.958, p>.05.

Perbezaan Penerapan Pemikiran Inventif dalam Pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan Gred Sekolah dari Segi Fleksibiliti dan Pengurusan Kompleksiti, Regulasi Kendiri, Sifat Ingin Tahu, Kreativiti, Sanggup Menghadapi Risiko, dan Pemikiran Tahap Tinggi Jadual 3 menunjukkan hasil analisis ujian-t terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan gred sekolah. Seramai 85 orang murid dari sekolah gred A dan seramai 65 orang murid dari sekolah gred B. Pemikiran inventif sifat ingin tahu bagi sekolah gred A menunjukkan nilai skor min tertinggi, iaitu 2.698 dengan sisihan piawai .452, manakala pemikiran inventif sanggup menghadapi risiko bagi sekolah gred B menunjukkan nilai skor min tertinggi, iaitu 2.760 dengan sisihan piawai 1.209. Pemikiran inventif fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti bagi sekolah gred A dan B menunjukkan nilai skor min terendah, iaitu 2.480 dengan sisihan piawai .497, dan 2.443 dengan sisihan piawai .533. Selain itu, skor min pemikiran inventif regulasi kendiri sekolah gred A ialah 2.661 dan sisihan piawai .414, manakala bagi sekolah gred B ialah 2.664 dan sisihan piawai .477. Nilai skor min bagi pemikiran inventif pemikiran tahap tinggi bagi sekolah gred B menunjukkan nilai yang lebih tinggi, iaitu 2.741 dan sisihan piawai .466 berbanding sekolah gred A, iaitu 2.675 dan sisihan piawai .511. Pemikiran inventif kreativiti bagi sekolah gred A dang red B menunjukkan terdapat perbezaan yang tidak ketara, iaitu nilai skor min 2.581 dan sisihan piawai .914 berbanding nilai skor min 2.578 dan sisihan piawai .608. Analisis ujian-t membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan gred sekolah dengan nilai-t (149) = 35.307 . p>.05.

Jadual 3: Analisis ujian-t berdasarkan gred sekolah

Bil Pemikiran Inventif

Gred A Gred B

Nilai-t Df N Min

Sisihan N Min

Sisihan

Piawai Piawai

1

Fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti 85 2.480 .497 65 2.443 .533 35.307 149

2 Regulasi kendiri 85 2.661 .414 65 2.664 .477

3 Sifat ingin tahu 85 2.698 .452 65 2.726 .398

4 Kreativiti 85 2.581 .914 65 2.578 .608

5 Sanggup menghadapi risiko 85 2.628 .608 65 2.760 1.209

6

Pemikiran tahap tinggi

85

2.675

.511

65

2.741

.466

Perbezaan Penerapan Pemikiran Inventif dalam Pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan Kategori Sekolah dari Segi Fleksibiliti dan Pengurusan Kompleksiti, Regulasi Kendiri, Sifat Ingin Tahu, Kreativiti, Sanggup Menghadapi Risiko, dan Pemikiran Tahap Tinggi Berdasarkan Jadual 4 menunjukkan hasil analisis ujian-t terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kategori sekolah. Seramai 107 orang murid dari kategori sekolah bandar dan seramai 43 orang murid dari kategori sekolah luar bandar. Nilai skor min bagi pemikiran inventif fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti sekolah kawasan bandar lebih rendah berbanding sekolah luar bandar, iaitu 2.446 dan sisihan piawai .517, manakala nilai skor min sekolah luar Bandar ialah 2.506 dan sisihan piawai .497. Pemikiran inventif regulasi kendiri sekolah bandar menunjukkan nilai skor min 2.641 dan sisihan piawai .440, manakala sekolah luar bandar menunjukkan nilai skor min 2.716 dan sisihan piawai .444. Pemikiran inventif sifat ingin tahu bagi sekolah bandar menunjukkan nilai skor min tertinggi, iaitu 2.700 dan sisihan piawai .461, manakala pemikiran inventif pemikiran tahap tinggi bagi sekolah luar bandar menunjukkan skor min tertinggi iaitu, 2.753 dan sisihan piawai .769. Nilai skor min pemikiran inventif kreativiti bagi kedua-dua kategori sekolah ini menunjukkan nilai terendah, iaitu bagi sekolah bandar menunjukkan nilai skor min 2.573 dan sisihan piawai .876, manakala sekolah luar bandar menunjukkan nilai skor min 2.595 dan sisihan piawai .580. Pemikiran inventif sanggup menghadapi risiko sekolah bandar menunjukkan nilai skor min 2.699 dan sisihan piawai 1.069, manakala sekolah luar bandar menunjukkan nilai skor min 2.651 dan sisihan piawai .594. Analisis

Page 7: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

762

ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kategori sekolah dengan nilai-t (149) = 34.732, p>.05.

Jadual 4: Analisis ujian-t berdasarkan kategori sekolah

Bil Pemikiran Inventif

Bandar Luar Bandar

Nilai-t Df N Min

Sisihan N Min

Sisihan

Piawai Piawai

1

Fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti 107 2.446 .517 43 2.506 .497 34.732 149

2 Regulasi kendiri 107 2.641 .440 43 2.716 .444

3 Sifat ingin tahu 107 2.700 .461 43 2.734 .279

4 Kreativiti 107 2.573 .876 43 2.595 .580

5 Sanggup menghadapi risiko 107 2.699 1.069 43 2.651 .594

6

Pemikiran tahap tinggi

107

2.684

.505

43

2.753

.769

PERBINCANGAN Hasil daripada analisis data mendapati bahawa penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Secara umumnya, terdapat enam subdimensi yang terkandung dalam pemikiran inventif, iaitu fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran aras tinggi. Berdasarkan kajian yang dijalankan, keenam-enam subdimensi ini telah diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah masing-masing. Penerapan yang dilaksanakan adalah mengikut kreativiti dan pengetahuan guru kerana guru-guru mempunyai keupayaan untuk menetapkan matlamat yang berkaitan dengan pembelajran, merancang kejayaan setiap matlamat, berdikari, bijak mengurus masa, mampu menilai kualiti pembelajaran berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka (Ermerta Johari dan Zamri Mahamod, 2017). Hasilnya, murid-murid menunjukkan ciri-ciri positif dan berpotensi menjadi generasi yang mampu menghasilkan idea-idea baru yang belum pernah diciptakan lagi.

Secara keseluruhannya, penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu memberikan impak positif kepada murid-murid, terutamanya murid sekolah rendah. Hal ini kerana pada peringkat usia murid-murid sekolah rendah lebih mudah menerima sebarang input berdasarkan faktor usia mereka. Secara umumnya, penerapan pemikiran inventif merupakan aktiviti kognitif, iaitu aktiviti yang menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini mendorong minat murid-murid terhadap pembelajaran sekiranya proses PdPc itu berlangsung dalam suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan. Memandangkan penerapan pemikiran inventif ini terkandung di dalam kemahiran abad ke-21, proses pembelajaran itu perlu berlangsung dalam suasana yang lebih aktif dan menarik. Penggunaan bahan bantu belajar yang disokong dengan penggunaan IT dirasakan sangat bersesuaian untuk menerapkan pemikiran inventif dalam pembelajaran. Oleh itu, murid-murid akan mudah menerima pembelajaran dan seterusnya memberikan kesan positif terhadap objektif pembelajaran yang dirancang oleh guru. Peranan guru sebagai pemudah cara juga sangat penting dalam membentuk murid-murid yang memiliki kemahiran abad ke-21 untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan ini. Guru juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pelbagai kemahiran bagi memenuhi tuntutan dunia pendidikan hari ini. Selari dengan Ermerta Johari dan Zamri Mahamod (2017), guru perlu mempunyai pemikiran inventif supaya murid-murid dapat dibentuk untuk menjadi generasi yang bersiaga dengan kehidupan penuh mencabar.

Penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran bahasa melayu berdasarkan jantina murid dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran aras tinggi. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah berdasarkan jantina adalah positif.

Page 8: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

763

Hal ini kerana, tidak terdapat perbezaan tahap penerapan pemikiran inventif antara murid lelaki dan perempuan. Dalam konteks ini, murid lelaki mahupun murid perempuan telah diterapkan dengan keenam-enam subdimensi pemikiran inventif kerana mereka dapat berfikir dan menggunakan minda dengan baik. Menurut Hafisah (2008), murid-murid perlu menggunakan minda untuk meneroka sesuatu idea bagi menyelesaikan masalah. Penyataan ini selari dengan matlamat yang terkandung dalam model kemahiran abad ke-21 enGauge (enGauge 21st Century Skills). Dalam pada itu, murid-murid perlu dilatih dengan kemahiran berfikir aras tinggi. Selari dengan kajian Phawani Vijayaratnam (2002), guru-guru perlu menyediakan kaedah pembelajaran aktif untuk melatih murid-murid bersedia dengan kemahiran berfikir aras tinggi. Pelbagai bentuk pembelajaran aktif yang boleh diterapkan seperti problem based learning, project based learning, discovery learning, dan sebagainya. Hal ini kerana, pembelajaran yang menyeronokkan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid sekalipun pembelajaran tersebut mencabar dan menuntut mereka menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Dapatan ini disokong oleh Nasyimah Ismail dan Zamri Mahamod (2015), yang menyatakan bahawa pendedahan guru dengan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi misalnya dapat meningkatkan minat belajar dan motivasi dalam kalangan murid. Selain itu, kesedaran murid lelaki dan perempuan akan kepentingan untuk belajar adalah tinggi. Penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran menyeru murid-murid supaya menggunakan minda untuk mentafsir situasi dan juga masalah yang bakal dihadapi. Situasi ini dapat menyedarkan murid-murid akan kepentingan belajar dan cabaran masa depan. Elemen-elemen fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran aras tinggi yang diterapkan dalam PdPc menyebabkan murid-murid sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan untuk bersaing secara positif. Penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu juga memastikan murid mampu mengaplikasikan keenam-enam subdimensi tersebut dalam bilik darjah. Hasil kajian mengenai penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu juga mendapati murid-murid berani mengambil risiko apabila membuat keputusan. Berani mengambil risiko merujuk kepada keyakinan diri murid-murid menjawab setiap item yang dikemukakan dalam soal selidik. Menurut Hasliza Hassan (2002), individu yang berani membuat keputusan merupakan individu yang dapat menentukan matlamat sebelum membuat keputusan. Mereka akan mempertimbangkan risiko dalam membuat keputusan supaya keputusan yang dibuat itu tidak merugikan. Pendapat ini disokong oleh Ahmad Firdaus Mohd Noor (2007), yang menyatakan bahawa membuat keputusan ialah memilih satu jalan penyelesaian yang terbaik bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran bahasa melayu berdasarkan gred sekolah dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran aras tinggi. Bagi aspek penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan gred sekolah, analisis ujian-t membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah gred A dan sekolah gred B. Dalam konteks ini, dapatan analisis menunjukkan bahawa gred sekolah bukanlah faktor yang menentukan perbezaan untuk murid-murid menerima pengetahuan dan kemahiran abad ke-21 ini. Hal ini kerana, transformasi sistem pembelajaran hari ini lebih berfokuskan kepada kecanggihan teknologi maklumat (IT). Walaupun sekolah gred A atau gred B, penggunaan IT dan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di sekolah semakin meluas. Pelbagai kemudahan disediakan untuk guru mahupun murid. Selari dengan pendapat Ahmad Rafizi Salleh (2000), penggunaan IT dalam bidang pendidikan merupakan satu keperluan yang sangat penting. Sistem pendidikan hari ini memerlukan penyerapan teknologi dalam proses PdPc. Justeru, guru perlu sentiasa bersedia memainkan peranan masing-masing untuk menerapkan pelbagai kemahiran dalam proses PdPc di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Ermetah Johari dan Zamri Mahamod (2017), mendapati guru-guru bahasa Melayu telah diterapkan dengan pemikiran inventif. Pemikiran inventif memberi peluang kepada guru untuk melatih dan meluaskan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid di sekolah, samada sekolah gred A atau gred B. Hal ini menjelaskan tentang kesediaan guru mengajar dengan mengaplikasikan pengetahuan pemikiran inventif sedia ada. Seterusnya, sukatan pelajaran juga menyeru agar guru-guru menyerapkan kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc bagi mengelakkan jurang perbezaan pencapaian antara sekolah gred A dan sekolah gred B. Oleh itu, pelbagai pihak harus memainkan peranan untuk meningkatkan tahap penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran.

Penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran bahasa melayu berdasarkan kategori sekolah dari segi fleksibiliti dan pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup menghadapi risiko, dan pemikiran aras tinggi. Hasil kajian mengenai penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kategori sekolah juga menunjukkan tahap yang tinggi. Kategori sekolah yang dimaksudkan ialah sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan penerapan pemikiran inventif antara murid sekolah bandar dan murid sekolah luar bandar. Dalam arus permodenan dan transformasi sistem pendidikan negara, kemajuan dapat dilihat tidak kira lokasi sesebuah sekolah. Dalam konteks ini, penerapan pemikiran inventif dalam PdPc telah diterapkan oleh guru-

Page 9: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

764

guru sama ada di sekolah bandar mahupun di sekolah luar bandar. Nor Shayaumil Qhairil Eemann Muhammad Nor dan Jamaludin Badusah (2017), mendapati bahawa kesediaan guru-guru dalam melaksanakan PdPc telah dilakukan melalui pelbagai cara seperti penyediaan skop soalan, perbincangan, dan pelbagai aspek penyoalan, analisis, kefahaman, dan maklum balas murid-murid. Selari dengan pendapat Emerta Johari dan Zamri Mahamod (2017), guru-guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid lebih berminat untuk belajar di samping meningkatkan kemahiran berfikir. Aspek-aspek inilah yang membantu peningkatan dan penerapan pemikiran inventif dalam PdPc umumnya dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya. Justeru, peranan guru sangat penting untuk menghasilkan murid-murid yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran seperti yang termaktub di bawah aspek pemikiran inventif. Dalam pada itu, hasil kajian mendapati bahawa murid sekolah luar bandar telah diterapkan dengan pemikiran inventif dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan analisis kajian, penerapan pemikiran inventif dalam kalangan murid sekolah luar bandar berada pada tahap tinggi dan positif. Hal ini menunjukkan bahawa murid sekolah luar bandar juga mampu bersaing dengan murid sekolah bandar. Kajian yang dijalankan oleh Norhasnida Che Md Ghazali, Siti Rahayah Ariffin, Nor Azaheen Abdul Hamid dan Rosseni Ariffin (2014) mendapati bahawa murid sekolah bandar menunjukkan pemikiran kritikal bagi reasoning, analytical and logical, dan disposition. Murid sekolah luar bandar pula menunjukkan pemikiran yang kritikal bagi disposition dan assumption. Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam pemikiran kritikal antara murid bandar dan luar bandar. Murid luar bandar juga mampu bersaing dan memajukan pemikiran mereka setanding murid bandar. Selari dengan kajian Nor Shayaumil Qhairil Eemann Muhammad Nor dan Jamaludin Badusah (2017), murid-murid di sekolah luar bandar turut mempelajari kemahiran berfikir aras tinggi walaupun berada pada lokasi yang jauh atau luar bandar. Murid-murid luar bandar juga mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengubah status sosial sesebuah keluarga di samping menitiberatkan aspek pendidikan. Pendapat ini selari dengan penyataan yang disuarakan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung jurang pencapaian UPSR murid bandar dan luar bandar yang semakin mengecil (Harian Metro, Selasa, 17 November 2015).

KESIMPULAN Kajian mengenai pemikiran inventif sangat penting kerana dapat membantu guru-guru untuk merealisasikan hasrat dan matlamat kerajaan dalam mentransformasikan sistem pendidikan pendidikan. Hal ini kerana pemikiran inventif terkandung dalam kemahiran abad ke-21. Penerapan pemikiran inventif dalam pembelajaran bukan sahaja bertujuan untuk mengukur tahap dan kebolehan murid berfikir secara kritis, menganalisis masalah dan mengumpulkan maklumat, berkomunikasi dan berkolaborasi, kreativiti dan inovasi, malah dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid melalui enam subdimensi yang terkandung di dalamnya.

RUJUKAN Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2008). Bakat dan Kemahiran Memimpin. PTS Profesional: Kuala Lumpur. Ahmad Firdaus Mohd Noor. (2007). Hubungan di Antara Kemahiran Generik dengan Pencapaian Pelajar Tahun Empat

Pendidikan Teknik Kejuruteraan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai. Ahmad Rafizi Sallah. (2000). Penggunaan Teknologi Maklumat di dalam Pendidikan Jarak Jauh Pada Abad ke-21: Isu-

isu Cabaran dan Penyelesaian. Dalam Abdullah Mohd Noor. Strategising Teaching and Learning in The 21st Century. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2005). Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu?. PTS Consultant Sdn. Bhd: Batu Caves. Akbariah Mohd. Mahdzir. (2009). Penerokaan ciri-ciri psikometrik instrumen pentaksiran pemikiran kraitis Malaysia

(IPPKM) dan model pemikiran kritis Malaysia. Tesis PHD, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. Aliamat Omar Ali. (2014). Pemerkasaan Pemikiran Inventif di Negara Brunei Darussalam: Satu Percubaan Awal dalam

Pengajaran dan Pembelajarannya dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. ICLALIS 2013. Procedia – Social and Behavioral Sciences 134 (2014), 416 – 425.

Azizah Mat Ail. (2015). Analisis Penguasaan Kemahiran Penaakulan Saintifik, Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Abad ke-21 dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Jajahan Bachok, Kelantan. Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim.

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn Bhd: Batu Caves.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Barak M. & Mesika, P. (2007). Teaching methods for inventive problem-solving in junior high school. Thinking Skills and Creativity2, 19 – 29.

Barak M. (2009). Idea focusing versus idea generating: a course for teachers on inventive problem solving. Innovations in Education and Teaching International 46 (4), hlm.345-356.

Page 10: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

765

Bowyer, D. (2008). Evaluation of the Effectiveness of TRIZ Concepts in non-technical Problem-Solving Utilizing a Problem Solving Guide. Sebuah disertasi Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Pepperdine University yang diterbitkan secara atas talian oleh ProQuest Dissertations & Theses A&I.

Ermetah Johari & Zamri Mahamod. (2017). Tahap Pelaksanaan Pemikiran Inventif dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Daerah Beufort. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6, 2017. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Garavalia, L. S. & Gredler, M. E. (2002). An exploratory study of academic goal setting, achievement calibration and self-regulated learning. Journal Instructional Psychology, 29 (4), 221 – 213.

Hamidah Razali. (2012). Tahap Pemikiran Kreatif dan Inovatif Secara Holistik Melalui Mata Pelajaran Reka Cipta. Tesis Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Hasliza Hassan. (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: Tidak Diterbitkan.

Ikhsan Othman & Norila Md Salleh. (2005). Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.: Selangor.

Kamisah Osman, Zanaton Iksan & Lilia Halim. (2007). Sikap Terhadap Sains dan Sikap Saintifik di Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan 32, 39 – 60. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Kanammah Manukaram, Melissa Ng Lee Yen Abdullah & Shahizan Hasan. (2014). Pengaruh Faktor Psikologi Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah. Asia Pacific Journal of Educators and Education.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Kreativiti dan Inovasi: Elemen Merentas Kurikulum dalam KSSR. Bahagian Pendidikan Guru: Putrajaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Modul Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu: Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21. Bahagian Pendidikan Guru: Putrajaya.

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Mcgraw: Selangor. Maria Abdullah & Kamisah Osman. (2010). Scientific Inventive Thinking Skills among Primary Students in Brunei.

International Conference in Learner Diversity 2010. Procedia – Social and Behavioral Sciences 7 (C) (2010), 294 – 301.

Maria Abdullah. (2011). 21st Inventive Thinking Skills in Science among Primary Students in Malaysia and Brunei. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. (2008). Peranan Guru dalam Memupuk Kreativiti Pelajar. Jurnal Pengajian Umum. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Mohd Anuar Husain. (2012). Stail Berfikir dan Stail Pembelajaran Pelajar Tingkatan Empat. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Mohd Hisham Zahari. (2000). Faktor-faktor yang Menyebabkan Ponteng Sekolah di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Luar Bandar dalam Daerah Kuala Kangsar, Perak. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Mohd Najib Ghafar. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai. Musliha salma Mohd Radzi. (2010). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pembelajaran Berasaskan

Masalah. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai. Nasyimah Ismail & Zamri Mahamod. (2015). Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar Terhadap Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi dalam Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

NCREL: enGauge 21st Century Skills. (2002). Digital Literacies for a Digital Age. http://www/ncrel/org/engauge/skills/skills.htm

Ng, C. H. (2002). Relationship between motivational goals, beliefs, strategy use and learning outcomes among university students in distance learning mode: A longitudinal study. Paper presented at the Annual Conference of Australian Association for Research in Education, Brisbane, 1–5 December.

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran: Penelitian Semula Konsep-konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011.

Norhasnida Che Md Ghazali, Siti Rahayah Ariffin, Nor Azaheen Abdul Hamid & Rosseni Ariffin. (2014). Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah Murid. Transformasi dan Inovasi dalam Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Nor Shayaumil Qhairil Eemann Muhammad Nor & Jamaludin Badusah. (2017). Penerapan Pemikiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Belaga. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6, 2017. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Pintrich, P. R. (1999). The Role of Motivation in Promoting and Sustaining Self- regulated Learning. International Journal of Educational Research, 31, 459-470.

Page 11: PENERAPAN PEMIKIRAN INVENTIF DALAM · PDF file... pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan ... kalangan murid bandar dan luar bandar juga ... di sekolah luar bandar berada

766

Premavathy Ponnusamy. (2005). The Influence of Self-regulated Learning Tendency, Achievement Goal Orientation, Class and Gender on Academic Help-seeking Behavior among Form Four Students. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

Phawani Vijayaratnam. (2002). Developing Students’ Higher-Order Thinking Skills (HOTS) Through the Process GenreAapproach. INTI International University College, Malaysia.

Razak Abd. Samad Yahya. (2007). Aktiviti Penyelesaian Masalah Fizik di kalangan Bakal Guru Siswazah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Robinson J.P. (2000). The Workplace. Alabana Cooperative Extansion System. Tidak Diterbitkan. Rohaila Yusof, Norasmah Othman & Faridah Karim. (2005). Strategi Pengajaran Pembelajaran Berasaskan Model Kolb

dalam Pendidikan Perakaunan, Jurnal Pendidikan 30, Universiti Kebangsaan Malaysia, 113 – 128. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Roslan Baki. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu: senario, Teori dan Panduan untuk Guru dan Pelajar. Karisma Publication: Shah Alam.

Sabitha Marican. (2006). “Penyelidikan Sains Sosial - Pendekatan Pragmatik.” Edusystem Sdn Bhd: Selangor. Saemah Rahman, & John Arul Philip. (2006). Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian

Akademik Pelajar Universiti. Jurnal Pendidikan Guru, 31, 21 – 39. Universiti Pertanian Malaysia: Serdang. Sarimah Ismail dan Abreza Atan. (2011). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam pengajaran Mata Pelajaran

Teknikal dan Vokasional di Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Educational Psychology and Counseling. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Savranksy, S. D. (2000). Engineering of creativity - Introduction to TRIZ methodology of inventive problem solving: CRC Press.

Siti Norbaizura Awad. (2006). Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Pendekatan Problem Based Learning (PBL) Suatu Tinjauan Di Universiti Sains Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Siti Rahayah Ariffin & Nor Azaheen Abdul Hamid. (2009). Profil Kemahiran Pemikiran Kritikal Antara Pelajar Aliran Sains dan Bukan Sains. Malaysian Education Dean‟s Council Journal. June. Volume 3, 20 27.

Siti Sara Hamzah. (2000). Hubungkait di Antara Konsep Kendiri dengan Masalah Disiplin di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 dan 4 Di Sekolah-sekolah di Kawasan Luar Bandar Kota Tinggi: Satu Tinjauan. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Siti Zuliana Abd Hamid. (2004). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (Kbkk) di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima dalam Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat di Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Sokol, A., Oget, D., Sonntag, M., & Khomenko. N. (2008). The development of inventive thinking skills in the upper secondary language classroom. Thinking Skills and Creativity3, 34 – 46.

Suraya Hanis Ilias & Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pengajaran Penulisan dalam Kalangan Guru Novis Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Suryanti Dewiyana Mohd Jonit. (2000). Persepsi Pelajar Sekolah Luar Bandar Terhadap Aktiviti Sukan di SMK Gelang Patah, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Wan Norehan Wan Mamat. (2013). Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Batu Pahat.

Zaidatun & Mohd Salleh. (2003). Analisis Data Komputer SPSS 11.5 for Windows. VENTON Publishing: Kuala Lumpur.

Zalika Adam, Faridah Kassim & Mohamad Johdi Salleh, Phd, Memperkasakan Pendidikan Luar Bandar dalam Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah.

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Universiri Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim.

http://community.ump.edu.my/ecommstaff/includes/viewNewsToPublic.jsp?rf=20821diakses pada 2 Februari 2017.

http://smileyluckystar.blogspot.my/2012/10/kepentingan-kemahiran pemikiran.html diakses pada 15 Disember 2016.

http://nainialan.blogspot.my/2012/09/kemahiran-inventif-inventive-skills.html diakses pada 2 Februari 2017.