pendudukan jepun

24
Tema 3: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa Pendudukan Jepun (1942-1945) mempengaruhi gerakan kebangsaan di Negeri Burma dan Indonesia A.Pengenalan - Jepun menduduki Burma dan Indonesia pada tahun-tahun 1942-45. - Kedua-dua negara ini mengalu-alukan kedatangan Jepun. - Pendudukan Jepun mempengaruhi gerakan kebangsaan Jepun B. Peranan Jepun kepada gerakan kebangsaan Burma 1. Jatuhnya pemerintahan British a. Kekalahan British ditangan Jepun menghapuskan tanggapan bahawa British adalah satu kuasa yang agung. Orang Burma berpendapat bahawa British tidak dapat melindungi Burma, oleh itu orang Burma perlu memikirkan masa depan mereka. b. Kehilangan kuasa British dan kakitanggan kerajaan menyebabkan kekosongan yang mana telah diisikan oleh orang- orang Burma. Peristiwa ini memberi suatu keyakinan kepada orang Burma untuk mentadbir negara mereka sendiri. 2. Latihan dan pengalaman tentera a. Jepun telah memberi latihan dan kelengkapan senjata kepada golongan Thakin pimpinan Aung San ( 30 pahlawan) yang mana kemudian di bentuk menjadi Tentera Kemerdekaan Burma dan seterusnya kepada Tentera Pertahanan Burma di ketuai oleh Aung San. b. Pada akhir tahun 1943 tertubuhnya Tentera Kebangsaan Burma dibawah pimpinan Aung San. Dengan penubuhan TKB menyebabkan pergerakan kebangsaan Burma bercorak ketenteraan. c. Pengalaman TKB dalam bidang tentera kerana mendapat bantuan daripada pihak British(Pihak Berikat) menentang Jepun setelah Aung San ( pada Mei 1945) mengumumkan sokongan kepada Pihak Berikat. Tetapi bantuan British ini telah menguatkan kedudukan TKB untuk menentang British apabila kembali ke Burma selepas perang 3. Tanggungjawab politik dan pentadbiran. a. Jepun menjanjikan bentuk pemerintahan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan menjelang 1943. Oleh itu dibentuk kerajaan baru di bawah Dr Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kabinetnya mengandungi Aung san (Menteri Pertahanan) dan U Nu (Menteri Hal Ehwal Luar).

Upload: cikgucc

Post on 22-Apr-2017

261 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendudukan Jepun

Tema 3: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Pendudukan Jepun (1942-1945) mempengaruhi gerakan kebangsaan di Negeri Burma dan Indonesia

A.Pengenalan- Jepun menduduki Burma dan Indonesia pada tahun-tahun 1942-45. - Kedua-dua negara ini mengalu-alukan kedatangan Jepun.- Pendudukan Jepun mempengaruhi gerakan kebangsaan Jepun

B. Peranan Jepun kepada gerakan kebangsaan Burma

1. Jatuhnya pemerintahan British

a. Kekalahan British ditangan Jepun menghapuskan tanggapan bahawa British adalah satu kuasa yang agung. Orang Burma berpendapat bahawa British tidak dapat melindungi Burma, oleh itu orang Burma perlu memikirkan masa depan mereka.

b. Kehilangan kuasa British dan kakitanggan kerajaan menyebabkan kekosongan yang mana telah diisikan oleh orang-orang Burma. Peristiwa ini memberi suatu keyakinan kepada orang Burma untuk mentadbir negara mereka sendiri.

2. Latihan dan pengalaman tentera

a. Jepun telah memberi latihan dan kelengkapan senjata kepada golongan Thakin pimpinan Aung San ( 30 pahlawan) yang mana kemudian di bentuk menjadi Tentera Kemerdekaan Burma dan seterusnya kepada Tentera Pertahanan Burma di ketuai oleh Aung San.

b. Pada akhir tahun 1943 tertubuhnya Tentera Kebangsaan Burma dibawah pimpinan Aung San. Dengan penubuhan TKB menyebabkan pergerakan kebangsaan Burma bercorak ketenteraan.

c. Pengalaman TKB dalam bidang tentera kerana mendapat bantuan daripada pihak British(Pihak Berikat) menentang Jepun setelah Aung San ( pada Mei 1945) mengumumkan sokongan kepada Pihak Berikat. Tetapi bantuan British ini telah menguatkan kedudukan TKB untuk menentang British apabila kembali ke Burma selepas perang

3. Tanggungjawab politik dan pentadbiran.

a. Jepun menjanjikan bentuk pemerintahan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan menjelang 1943. Oleh itu dibentuk kerajaan baru di bawah Dr Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kabinetnya mengandungi Aung san (Menteri Pertahanan) dan U Nu (Menteri Hal Ehwal Luar).

b. Kekuasaan politik dan pentadbiran yang dijalankan oleh orang-orang Burma ketika zaman pendudukan Jepun telah menguatkan semangat orang-orang Burma untuk menuntut taraf berkerajaan sendiri dengan segera selepas tamat perang.

4. Berkembangnya kesedaran politik

a. Tindakan Jepun memberi peluang yang besar kepada pemimpin-pemimpin Burma dan berlakunya kesengsaraan hidup ketika pemerintahan Jepun, telah melahirkan perasaan kebangsaan Burma.

Page 2: Pendudukan Jepun

b. Pasukan penentang Burma terutamanya Liga Pembebasan Rakyat Anti Facis (Anti Facist Peoples Freedom League) memberi sumbangan yang besar kepada golongan nasionalis menentang Jepun dan kemudiannya British.

C. Pendudukan Jepun di Indonesia

1. Kejayaan Jepun memusnahkan keunggulan Belanda

a. Pemerintah Tentera Belanda tidak menunjukkan semangan perjuangan dalam menghadapi serangan tentera Jepun

b. Peristiwa itu dan tindakan Belanda menyerah kalah kepada Jepun telah menjatuhkan maruah Belanda; tanggapan bahawa Belanda satu kuasa yang unggul telah musnah.

2. Jepun telah menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia yang meluas

a. Jepun telah melarang penggunaan sebarang perkara yang berkaitan dengan Belanda. Ini menjatuhkan budaya Belanda.

b. Penggunaan Bahasa Indonesia dalam semua bidang menyebabkan muncul perasaan penyatuan nasional dikalangan orang Indonesia

3. Jepun meggalakan kegiatan Nasionalis Islam

a. Jepun ingin membentuk gerakan penentangan yang berasaskan kepada Islam untuk menentang penjajah Barat (Belanda)

b. Para pelajar Islam diberi penerangan mengenai kebudayaan Jepun, kepemimpinan idea Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya dan sebagainya.

c. Pemerintah Jepun telah memberi beberapa keistimewaan kepada orang Islam seperti:i. membantu menubuhkan pertubuhan Islam bernama Masjumi (Majlis Syura Muslimin Indonesia) pada tahun 1943.ii. bersetuju untuk menubukan Unuversiti Islam dan menerbitkan al- Quran.iii. Memberi jawatan penting kepada orang Islamiv. Memberi layanan yang lebih baik kepada orang Islam daripada

yang diberi oleh pihak Belanda

4. Jepun menggalakkan kegiatan golongan nasionalis sekular

a. Pemerintah Jepun mahu menggunakan mereka untuk membantu menggerakan rakyat, ekonomi dan lain-lain, bagi menjayakan matlamat peperangan Jepun. Sebagai ganjaran , golongan nasionalis diberikan kebebasan berpolitik.

b. Oleh itu pihak Jepun bertindak membebaskan Sukarno, Hatta, Sjahrir dari penjara. Pada Mac 1943 membenarkan penubuhan (PUTERA) Pusat Tenaga Rakyat) di mana Sukarno menggunakannya untuk mengembangkan idea-idea nasionalis seperti anti penjajahan dan anti imperialis.

5. Kegiatan para pelajar

Page 3: Pendudukan Jepun

a. Jepun meletakkan para pelajar terutamanya golongan radikal di bawah penyeliaannya. Para pelajar diberi motivasi yang berunsurkan kepada semangat kebangsaan.

b. Mereka memasuki organisasi-organisasi yang ditaja oleh Jepun seperti Angkatan Muda dan Asrama, penerangan mengenai faham penjajahan, semangat kebangsaan dan faham Marxis.

c. Hasilnya muncul sekumpulan pelajar yang bersemangat untuk menuntut kemerdekaan sepenunya bagi Indonesia.

6. Dalam bidang pentadbiran

a. Setelah Jepun menduduki Indonesia, berlaku kekosongan dalam pentadbiran kerajaan kerana pegawai dan kakitangan Belanda telah meninggalkan Indonesia. Adanya yang ditangkap oleh Jepun atau terkorban ketika serangan tentera Jepun.

b. Orang-orang Indonesia mengisi Jawatan –jawatan yang kosong itu dan ini menyebabkan wujud perasaan keyakinan diri di kalangan orang Indonesia untuk memerintah sendiri.

7. Jepun memberi latihan tentera kepada gerakan nasionalis

a. Pada September 1943, PETA (Pembela Tanah Air) di mana anggotanya diberi latihan ketenteraan yang bertujuan mempersiapkan diri kepada orang Indonesia.

b. Dalam masa satu setengah tahun PETA mempunyai anggota berjumlah 12,000 orang Pada Februari 1944 PETA bangkit menentang Jepun.

8. Jepun menjanjikan kemerdekaan

a. Pada September 1944, kerajaan Jepun di Tokyo pimpinan Jeneral Koiso Kuniaki menjanjikan kemerdekaan Indonesia.

b. Pada Mac 1945 ditubuhkan Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan.

c. Pada Ogos 1945 Soekarno dengan ditemani oleh Hatta pergi ke Saigon, Vietnam Selatan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan Indonesia dengan Panglima tertinggi Tentera Jepun bagi kawasan Selatan.

d. Pada 14 Ogos 1945 Jepun menyerah kalah, oleh itu pada 17 Ogos Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia.

D. Kesimpulan

-Tindakan Jepun dan ketidak jujuran Jepun menyebabkan penyemarakan semangat nasionalisme di Burma dan Indonesia. -Pedudukan Jepun mempercepatkan pencapaian kemerdekaan .

Page 4: Pendudukan Jepun

Tema 2 : Transformasi Masyarakat

Tajuk : Usaha Pemodanan China dan Jepun

Pengenalan

- China dan Jepun dicerobohi barat. China terlibat dalam Perang Candu 1 dan 2 dan terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking dengan British

- Jepun pula menandatangani Perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat.- Demi mempertahankan Negara-negara masing daripada pecerobohan

seterusnya kedua-dua buah Negara menjalankan pemodenan- Namun pemodenan Jepun berjaya manakala ianya gagal di China

Sebab-sebab kejayaan Pemodenan Jepun dan kegagalan China

1. Kedudukan geografi

a. Jepun: Negeri yang kecil, kekurangan bahan-bahan mentah dan terdedah

kepada laut menyebabkan orang Jepun merasa ‘tidak selamat’ (keselamatan terancam).Faktor ini menyebabkan orang Jepun cepat bertindak dan menerima pengaruh-pengaruh luar.b. China: sebuah negara yang luas, mempunyai unsur-unsur ekonomi

bersifat berdikari menyebabkan China tidak mengamalkan dasar penaklukan. Faktor ini menyebabkan China berpotensi menjadi kuasa dunia dan tidak sensitif kepada cabaran luar.

2. Kedudukan sosial dan institusia. Jepun

i. Orang Jepun adalah rajin berusaha dan mempunyai sikap terbuka.

ii. Kebudayaan Jepun adalah kebudayaan yang meminjam terutama daripada kebudayaan China. Oleh kerana itu tidak menghairankan jika orang Jepun begitu cepat menerima tamadun Barat

iii. Masyarakat Jepun mempunyai pendidikan yang tinggi. Kadar kenal huruf di kalangan orang Jepun adalah tinggi (35 %). Kadar ini ditingkatkan lagi dengan mewujudkan sistem pelajaran moden sampai ke peringkat universiti

iv. Wujudnya ciri pemodenan dalam struktur Feudal Jepun menyebabkan Jepun telah sedia memasuki zaman perindustrian dan mewujudkan kelas perniagaan dan kapitalis.

Page 5: Pendudukan Jepun

v. Semangat kebangsaan yang kuat wujud di kalangan pemimpin-pemimpin Feudal dan samurai yang telah membantu mewujudkan “Kepimpinan” terutama dalan zaman Meiji.

b. Chinai. Orang-orang China bersikap konsevatif. Mereka sangat kuat

mempertahankan institusi, susunan masyarakat dan kebudayaan agar tidak mengambil atau mengikut corak Barat. Falsafah Kung Fu- Tze telah menjadi pegangan pemerintah dan masyarakat China.

ii. China tidak menggalakkan perniagaan dan oleh sebab itu hanya wujud ruang kecil di China bagi golongan peniaga-peniaga kapitalis , saudagar atau pertukangan. Masyarakat China sebahagian besar adalah golongan petani.

iii. Pemimpin-pemimpin China tidak sensitif kepada semangat kebangsaan. Oleh sebab itu apabila brlaku pencerobohan Barat pada pertengahan abad kesembilan belas, pemimpin-pemimpin China tidak merasai ‘Krisis Nasional’ seperti yang wujud di Jepun.

3. Faktor kewangana. Jepun : Jepun mempunyai sumber kewangan yang dapat membantu menjayakan program perindustrian. Perang China –Jepun 1894- 95 memberi keuntungan kepada Jepun kerana Jepun dapat gantirugi sebanyak 200 juta tael ( berdasarkan Perjasnjian Shimnoseki 1895) . Wang ganti rugi ini digunakan oleh Jepun untuk mendirikan bank-bank dan membina kilang-kilang besi yang pertama.b. China : Menghadapi krisis ekonomi dalam negeri. Ini terjadi kerana berlakunya bencana alam( banjir dan kemarau), pemberontakan (Taiping 1851-64 ), dan China terpaksa membayar ganti rugi tidak saja pada Jepun tetapi kepada negara barat.

4. Faktor kepemimpinan.a. Jepun

i. Kebijaksanaan kepimpinan Meiji (1868-1912) telah mewujudkan satu kelas terpelajar yang dapat memberi kepemimpinan yang bekesan.. Kepemimpinan bersifat nasionalis dan sedar tentang krisis yang dihadapi oleh Jepun.

ii. Pemimpin-pemimpin Meiji dapat menjamin kestabilan politik yang sangat perlu untuk menjayakan rancangan perindustrian dan pemodenan.

iii. Meiji menekankan melalui proses perindustrian akan mewujudkan sebuah negara ‘Negara Kaya, Tentera Yang Kuat’. Untuk menjayakanya pemansuhan terhadap institusi Feudal dijalankan(1869-1873)

iv. Kepimpinan Meiji komitted dalam dasar pembangunan ekonomi, terutama dalam menjayakan industri-industri berat.. Galakan dan insentif yang diberikan kepada sektor swasta dalam membangunkan industri ringan.

b. Chinai. Disebabkan sikap yang konservatif menyebabkan kerajaan

China tidak dapat mewujudkan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang berkesan. Mereka kurang perasaan ‘nasional’ sebaliknya

Page 6: Pendudukan Jepun

mempunyai sifat mementingkan diri sendiri. Akibatnya tidak ada rancanmgan-rancangan pembangunan ekonomi utama dijalankan.

ii. Rancangan-rancangan pembangunan dan pemodenan mestilah disesuaikan dengan susunan masyarakat yang ada dan mengikut falsafah Kung Fu-Tze. Oleh sebab itu rancangan ‘Menguatkan Diri’ yang dilancarkan pada tahun-tahun 1860 an hingga 1890 an mengalami kegagalan.

iii. Gerakan Pemulihan 1898 ( Pembaruan 100 Hari ) sebagai usaha terakhir juga mengalami kegagalan setelah mendapat tentangan daripada gokongan konservatif.

C.Kesimpulan - Jepun berjaya menghadapi ancaman barat. Sebagai bukti Jepun berjaya mengalahkan Rusia pada tahun 1905 (Perang Rusia –Jepun 1904-1905).- Sebaliknya China mengalami kegagalan. China dikalahkan oleh Jepun pada

tahun - 1895 ( Perang China –Jepun 1894-95), pencerobohan barat untuk

mendapatkan konsesi di China (1896-1898) dan kegagalan menentang Tentera Bersatu Barat dan Jepun pada tahun 1900.

Viet Minh (Vietnam)

1. Viet Minh ditubuhkan oleh Ho chih Minh pada bulan Mei 1941 untuk mencapai kemerdekaan Vietnam.2. Parti ini mempunyai ramai ahli komunis dan tujuannya ialah untuk menentang pemerintahan Jepun dan Perancis.3. Viet Minh bertujuan menubuhkan sebuah republik komunis Vietnam.4. Viet minh bertindak ganas menentang pemerintahan Jepun sehingga ke akhir pendudukanya.5. Pada tahun 1944 apabila Jepun mula mengalami kekalahan dalan

peperangan, Jepun cuba mendapatkan sokongan rakyat dengan memaksa Maharaja Bao Dai mengumumkan bahawa mereka mengakui kerajaan Bao Dai. Bao Dai sebenarnya adalah sebagai boneka Jepun.

6. Apabila Jepun dikalahkan menjelang bulan Ogos 1945, Ho Chih Minh yang disokong oleh rakyat mengisytiharkan penubuhan Republik Demokratik Vietnam pada 2 september 1945. Beliau menjadi Presiden serta Menteri Luar bagi republik baru itu .

7. Apabila Perancis pulang ke Indo-China, Ho Chih Min bagi pihak Viet Minh menandatangani satu perjanjian dengan Perancis. Perancis mengakui Republik Demokratik Vietnam sebagai sebuah negeri yang bebas.

8. Masalah Cochin-China menyebabkan meletusnya perang saudara antara Perancis dan Viet Minh pada tahun 1946. Viet Minh ingin memasukkan Cochin-China di dalam republiknya tetapi Perancis enggan atas alasan bahawa Cochin-China adalah tanah jajahan Perancis. Oleh sebab itu perang meletus dan Perancis kalah dengan teruknya.

Hukbalahap ( Tentera Rakyat anti-Jepun )

1. Walaupun Jepun menamatkan pentadbiran tenteranya dan mengisytiharkan kemerdekaan Republik Filipina, tetapi ramai orang Filipina masih tidak menyokong langkah itu kerana mereka menganggap Republik Filipina yang baru itu sebagai satu kepalsuan.

Page 7: Pendudukan Jepun

2. Kumpulan-kumpulan penentangan Jepun ditubuhkan. Yang paling terkemuka ialah Pertubuhan Hukbalahap, yakni sebuah pertubuhan komunis yang dipimpin oleh Luis Taruc.

3. Hukbalahap menjadi popular di kalangan orang Filipina kerana revolusi sosialnya. Ahli-ahli Hukbalahap menyerang pertubuhan-pertubuhan Jepun dan menawan tanah dan kemudiannya membahagikan semula kepada kaum tani.

4. Mereka berjaya menghalang bekalan yang sangat-sangat diperlukan daripada sampai kepada orang Jepun. Mereka memainkan peranan yang penting dalam menewaskan Jepun.

5. Pada 3 September, 1945, pendudukan Jepun di Filipina tamat apabila Jeneral Yamashita menyerah kalah kepada pihak Amerika.

Dasar-dasar yang dijalankan oleh Raja Mindon min dan Raja mongkut untuk memelihara kedaulatan negara masing-masing

A.Pengenalan- Raja Mindon Min memenaiki takhta di antara 1852 –78 sementara Raja

Mongkut menaiki takhta di antara 1851- 68.- Kedua-dianya adalah bekas sami Budha di mana banyak masanya dihabiskan

di pagoda.- Kedua-duanya berusaha menjalin hubungan baik dengan negara-negara barat

untuk memelihara kedaulatan negara masing-masing.

B. Perbandingan dasar-dasar oleh Mindon dan Mongkuta. Dasar dan tujuan diplomatik

1. Raja Mindon Mini. Berusaha tetapi gagal untuk mendapatkan semula Burma hilir

daripada British.ii. Mengadakan Perjanjian persahabatan dengan kerajaan British

di India. Perjanjian ditandatangani pada 1862 dan 1867 yang membenarkan penempatan ResidenInggeris di mandalay, dan hak istimewa wilayah kepada Inggeeris di Burma Hulu.

iii. Tetapi cuba mengelakan diri daripada penguasaan British terhadap hubungan luar dengan menjalin hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat, Itali dan peranchis. Pada Tahun 1872 menghantar rombongan ke Eropah di mana ditandatangani perjanjian termasuk perdagangan dengan Itali dan Peranchis

2. Raja mongkut

Page 8: Pendudukan Jepun

i. Menjalin hubungan dan mengadakan perjanjian dengan berbagai kuasa Barat. Dengan ini beliau dapat mengimbangkan tekanan kuasa-kuasa barat di Siam.

j. Menandatangani perjanjian-perjanjian dengan British (1855), Amerika syarikat (1856), Peranchis (1856)Denmark dan Portugal 1859 dan Holland (1860).

k. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani telah memberi keistimewaan (perdagangan, hak istimewa wilayah dan kegiatan mubaligh Kristian.). yang bertujuan menghindarkan campurtangan kuasa-kuasa Barat . Mongkut memberi keistimewaan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan yang berlaku di Burma.

b. Rancangan pembaruan dalam negeri.

1. Raja Mindon Mini. Mengambil orang-orang Perancis dan Itali yang terdiri daripada

mubaligh-mubaligh, jurutera-jurutera dan lain-lain penasihat.i. Memperkenalkan pengangkutan kapal api di sungai-sungai

Burma dan mata wang.ii. Berusaha tetapi mendapat kejayaan yang kecil dalam

menghapuskan sistem Feudal dan kejadian korupsi dalam pentadbiran dengan melantik pegawai-pegawai dan penyelia-penyelia yang bergaji.

2. Raja Mongkuti. Mengambil orang-orang barat (80 orang) daripada berbagai bangsa

untuk membantu pemodenan dalam negeri. Mengambil seorang Belgium sebagai penasihat umum, seorang Perancis untuk menyusun semula tentera, seorang British menjadi pendidik dan penasihat kewangan dan seorang Amerika untuk perkhidnatan kastam.

ii. Menggalakkan rekaan-rekaan dan pemodenan seperti sekolah-sekolah untuk anak-anak golongan bangsawan, pembinaan jalan raya, terusan, dan penggunaan telegraf.

iii. Mengadakan pembaharuan dalam adat seperti menghapuskan sistem buruh paksa, tidak perlu menyembunyikan diri ketika perarakan raja.

iv. Menggalakkan perdagangan luar dan memperkenalkan matawang.

C. Kesimpulan

a. Raja Mindon dan Mongkut berjaya dalam mengekalkan kedaulatan negara masing-masing daripada jatuh ke tangan mana-mana kuasa barat.

b. Hubungan diplomatik antara Siam dengan negara-negara barat adalah lebih luas jika dibandingkan dengan hubungan diplomatik antara Burma dengan negara-negara barat.

c. Hubungan Burma dengan British di India menjadi retak dalam tahun-tahun 1870an disebabkan masalah kasut sementara hubungan Siam dengan British dan negara-negara barat yang lain semakin erat.

Page 9: Pendudukan Jepun

B. Syarat-syarat Perjanjian Nanking 1842a. Hong kong diserahkan kepada Britishb. Sistem monopoli perdagangan Cohong dihapuskan.c. Pelabuhan-pelabuhan Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai

dibuka.d. Pegawai konsular ditempatkan dipelabuhan-pelabuhan perjanjian.e. China diarah membayar ganti rugi sebanyak 21 juta tael.f. Cukai impot dan ekspot yang sederhana .

Perjanjian Saigon

Sebab/ Peristiwa

1. 1857- Maharaja Tu Duc menghukum bunuh Bishop Diaz yang berbangsa Sepanyol di tongking.

2. Angkatan Perancis –Sepanyol dihantar pada Ogos 1858 untuk menakluki Tourane. Tourane ditawan pada tahun 1858.

3. Laksamana Genouilly menakluki Saigon pada Februari 1859 dan menguasai bekalan beras Saigon.

4. Laksamana Bonard (Perancis) menakluki Pulo Condore.5. Maharaja Tu- Duc sendiri meminta pendamaian

Page 10: Pendudukan Jepun

6. Syarat-syarat perjanjian Saigon 1862b. Saigon diserahkan kepada Peranchis.c. Pelabuhan-pelabuhan Tourane, Balat dan Kuang Anh dibuka kepada

perdagangan Peranchis.d. Mubaligh-mubaligh Peranchis diberikan kebebasan untuk menjalankan

kegiatan-kegiatan mereka.e. Kapak-kapal Peranchis dibenarkan belayar di sepanjang Sungai

Mekong.f. Maharaja Tu Duc terpaksa membayar Gantirugi peperangan.

7. Kesan-kesana. Saigon jatuh ke tangan peranchisb. Perluasan kuasa Peranchis di Vietnam.

Kesimpulan/Rumusan perjanjian Bowring , Yandabo , Nanking. Kanagawa dan Saigon Persamaana. Bermulanya dasar buka pintu.b. Penentangan masyarakat tempatan.(Negara thai tidak berapa jelas)c. Penglibatan barat atas sebab ekonomid. Pendedahan kepada unsur-unsur barat

Perbezaana. Burma dan Vietnam dijajahb. China – pencerobohan barat, menjadi sebuah semi koloni.c. Jepun lebih rela menerima barat, semakin moden dan kuat.d. Thailand – moden dapat megekalkan kemerdekaannya

Sebab-sebab negara Thai dapat mengekalkan kemerdekaan

A.Pengenalan- Abad kesembilan belas merupakan zaman perluasan kuasa barat.- Faktor kepemimpinan Siam dapat mengekalkan kemerdekaan Siam.

B.Sebab-sebab

a.Persaingan di antara British dengan Peranchis1. Pihak British meluasakan penguasaan politiknya ke atas Burma dan

Tanah Melayu.2. Peranchis pula meluaskan penguasaan politiknya ke atas Indochina.3. Namun demikian kedua-dua negara sedar perlunya dikekalkan negeri

Siam sebagai negara penampan di antara wilayah=wilayah pengaruh mereka. Kedudukan negeri siam sebagai negara penasmpan akan dapat menghindarkan berlalkunya pertempuran antara British dengan Peranchis.

4. Berdasakan keperluan itu di tandatangani perisythiharan British- Peranchis pada 1896 yang menjamin kemerdekaan Lembah Menam.

Page 11: Pendudukan Jepun

Pada 1904 ditandatangani Persefahaman British- Peranchis yang menetap sempadan pengaruh British dan Perachis di Asia.

b. Dasar-dasar Raja Mongkut dan Chulalongkorn1. Kedua-dua raja bersedia menjalinkan hubungan persahabatan dengan

Barat , mengambil penasihat-penasihat Barat dan melaksanakan beberapa sistem bercorak barat.

2. Menjalankan dasar Buka Pintu melalui Perjanjian Bowring 1855, yang di ikuti oleh negara-negara Barat yang lain seperti Amerika Syarikat , Pertanchis, Denmark, Holland dan sebainya

3. Mengadakan pembaruan-pembaruan politik , ekonomi dan sosial. Bersedia mengubah tradisi- tradisi Siam dan mengamalkan dasar toleransi terhadap agama.

4. Penyerahan wilayah kepada British dan Peranchis. Pada tahun 1867 dan 1893, Siam menyerahkan Kampuchea dan Laos kepada Peranchis, Battambang dan Siem Reap diserahkan kepada Peranchis 1904 dan negeri-negeri Melayu utara kepada British 1909 melalui Perjanjian Bangkok.

c. Kedudukan geografi Siam 1. Negeri Siam terletak Jauh dari jalan perdagangan utama antara timur-

barat.2. Kapal-kapal perdagangan yang singgah di pelabuhan negeri Siam

adalah kurang, berbanding dengan negeri Selat dan China3. Bangkok terletak berhampiran laut dan oleh sebab itu Bangkok

terdedah kepada ancaman-ancaman . Oleh itu negeri Siam tidak dianggap penting, jika dibandingkan dengan negara lain Seperti China dan Burma

d. Kepentingan kuasa-kuasa Barat1. Kuasa-kuasa barat lebih tertarik kepada negara-negara Asia yang lain

seperti India, China dan beberapa negara di Asia Tenggara.2. Oleh sebab itu British menguasai India dan Burma, Peranchis di indo

China dan banyak kuasa Barat menumpukan perhatian ke negeri China.

3. Peristiw-peristiwa penjajahan seperti ini menyedarkan Raja mongkut dan Chulalongkorn tentang pentinnya hubungan berbaik-baik dengan kuasa Barat demi mengekalkan kemerdekaan

C. Kesimpulan

- kejayaan negeri Siam mengekalkan kemerdekaannya dipengaruhi oleh banyak faktor

- Negeri siam terus berjaya merdeka sehingga pertengahan abad ke 20 sedangkan negara-negara lain di Asia Tenggara terus menghadapi penjajahan seperti pendudukan Jepun

Page 12: Pendudukan Jepun

Peranan Thakin dalamgerakan kebangsaan Burma 1935-1945

A. Pengenalan- sebelum 1935 telah pun wujud gerakan kebangsaan di Negeri Burma seperti

YMBA , danGolongan Pongyi.- Persatian-persatuan pelajar bergabung menubuhkan Dobamo Asiayone pada

1935 dan mengelarlkan diri mereka Thakin atau Tuan

B. Kegiatan Thakin 1935-19421. Golongan Thakin mengamalkan taktik perjuangan melaui cara perlembagaan dan tidak meggunakan kekerasan.2. Thakin mendapat sokongan pelajar melalui mogok pelajar di Universiti Rangoon

Page 13: Pendudukan Jepun

pada 1936.Pemimpin Thakin seperti Aung san dan U Nu di anggap wira kebangsaan.3. Thakin mendapat sokongan pekerja kerana membantu golongan pekerja 4. menganjurkan mogok pada tahun 1937-1939. Golongan pekerja menuntut kenaikan gaji dan keadaan yang lebih baik .5. 1939 Golongan Thakin menentang u Pu lalu menubuhkan Blok Pembebasan

dengan bantuan Dr Ba Maw. U Pu menangkap Ba Maw dan U Nu serta beberapa Thakin yang lain.

6. Aung San bersama 30 Thakin melarikan diri ke negeri China dan di sana mereka mendapat bantuan Jepun. 7. 1942 Thakin telah membantu tentera Jepun menyerang Burma dengan harapan Jepun akan memberi kemerdekaan kepada Burma

C. Kegiatan Golongan thakin 1942-19451. Golongan Thakin bekerjasama dengan Jepun. Kejayaan Jepun menakluki Burma telah menjatuhkan maruah British sebagai satu bangsa dan kuasa yang unggul. Peristiwa ini meningkatkan kebangkitan gerakan kebangsaan orang Burma.2. Jepun memberi latihan ketenteraan kepada orang Burma. Pada tahun 1943 dengan bantuan Jepun ditubuhkan Tentera Kebangsaan Burma di bawah pimpinan Aung San.3. Pada 1943 pihak Jepun akan memberi kemerdekaan kepada Burma dengan Syarat kerajaan Burma hendaklah mengisytiharkan perang ke atas pihak Berikat akibatnya sebuah kerajaan baru di bentu dengan Dr Ba Mao sebagai Perdana menteri, Aung San sebagai Menteri Pertahanan dan u Nu sebagai Menteri Hal Ehwal Luar.4. 1944 Aung san dengan bantuan Than Tun telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis dengan tujuan menentang Jepun.5. 1945 Aung San memihak pihak Berikat dan melancarkan serangan ke atas tentera Jepun, dalam bulan Ogos 1945 Jepun menyerah kalah . Dr Ba Maw telah melarikan diri ke Jepun

D. Kesimpulan- Golongan Thakin telahmemberi sumbangan yang besar terhadap gerakan

kebangsaan di Burma.

Penjajahan British di Negara Mynmar

A. Perang Inggeris Burma 1(1824-1826)

1.Sebab-sebab Perang Inggeris Burma 1

a. Dasar perluasan wilayah oleh Burma Burma gagal meluaskan wilayah ke Siam dan Mekong, berali ke daerah- daerah barat seperti wilayah Arakan hingga memasuki wilayah British yang menibulkan ketegangan di kawasan sempadan.

Page 14: Pendudukan Jepun

b. Gagalnya hubugan British Burma 1. British bimbang dengan kedudukannya berhubungan dengan hubungannya dengan Peranchis, Mysore dan Maratha. British dan Peranchis bersaing untuk meluaskan pengaruhnya di India dan Benggala. Mysore dan Maratha sedang berperang dengan British.2. Cubaan British menjalin hubungan dengan Burma adalah untuk mengadakan hubungan dagang dengan China melalui Burma.3. Oleh kerana British menyelesaikan masalah dengan Burma dengan cara damai. British menghantar perwakilan diketuai oleh Michael Symes (1795 dan 1802) dan John Canning (1809 dan 1811) tetapi gagal.

c. Penaklukan Pulau Shahpuri, 1823

1. Pada September, 1823 Burma menakluki Pulau Shahpuri yang terletak di Sungai Naf yang memisahkan Arakan dengan Chittagong.

2. Pihak British membantah terhadap pendudukan Burma ke atas pulau tersebut yang didakwa sebagai wilayahnya.

3. Burma terus bertindak agresif. Pada awal 1824 Burma mengumpulkan tenteranya di sempadan.

4. Memandangkan tamatnya Perang Maratha, pada 5 Mac, 1824, Gabenor Jeneral Lord Amherst mengisytiharkan perang ke atas Burma.

Kesimpulan

1. Perang British- Burma ditamatkan dengan Perjanjian Yandabo (24 Februari, 1826) Syarat-syarat utama perjanjian:-

a. Burma menyerahkan kekuasaan ke atas Manipur, Assam dan Tennaserim kepada British.

b. Burma juga bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupeec. Burma membenarkan penempatan seorang Residen British di Rangoon dan

menghantar wakilnya ke Calcutta.d. Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan perjanjian perdagangan.

2. Malangnya perjanjian itu tidak dapat menyelesaikan perselisihan antara British dengan Burma. Burma menganggap syarat-syarat perjanjian tidak adil dan satu penghinaan. Hubungan menjadi tegang menyebabkan Residen British terpaksa meninggalkan Burma.

Katipunan

1. Pembunuhan Rizal menyebabkan orang-orang Filipina semakin garang dan

berani. 2. Mereka berazam tiggi menentang Sepanyol. Pemimpin-pemimpin lain menubuhkan sebuah lagi pertubuhan yang bergelar Katipunan.

5. Katipunan ditubuhkan secara sulit dalam bulan julai 1892. Katipunan 6. bermaksud Persatuan Anak-Anak Rakyat .

Page 15: Pendudukan Jepun

7. Pemimpin-pemimpinnya adalah seperti Andres Bonifacio dan Emilio Aquinaldo.

8. Katipunan mendapat sokongan dari golongan bawahan dan kaum tani.9. Katipunan bertujuan menmdapatkan kemerdekaan melalui satu

revolusi.10. Perjuangannya adalah melaui akhbar Kalayan yang bermakna

Kebebasan.11. Revolusi Katipunan gagal atas sebab-sebab

b. Kebanyakan pemberontak terdiri daripada petani miskinc. Golongan peniaga dan profesional kurang memberikan sokongan.d. Katipunan belum bersedia melancarkan Revolusi.e. Pemberontak tidak mempunyai senjata yang cukup.f. Perpecahan dikalangan pemimpin-pemimpin Katipunan.

PERANG INGGERIS BURMA II ( 1852)

A.Pengenalan

Page 16: Pendudukan Jepun

- Menjelang awal abad kesembilan belas hubungan Inggeris Burma menjadi tegang. Dasar perluasan oleh Burma ke atas wilayah-wilayah sekitarnya membimbangkan British.Akibatnya tecetus Perang Inggeris Burma Pertama.

- Sungguh pun Perang inggeris Burma ini ditamatkan pada 1826 namun hubungan kedua-duanya tetap runcing dan keadaan ini membawa kepada meletusnya Perang Burma- Inggeis kedua.

B. Sebab-sebab berlakunya Perang inggeris-Burma Kedua

1.Penolakan Perjanjian Yandabo 1826a. Perang Inggeis- Burma pertama yang membawa kepada Perjanjian

Yandabo 1826 menunjukkan hubungan Ingeris- Burma semakin buruk dan tegang.

b. Pihak British mahukan pihak Burma mematuhi segala isi perjanjian sedangkan Burma enggan mematuhi dan menganggap itu sebagai satu penghinaan kepada Burma.

c. British cuba mengenakan tekanan ke atas Burma dan ini tidak disenangi oleh pihak istana Burma.

d. Burma enggan menerima Residen British dan enggan menghantar dutanya ke Calcutta.

e. Akibatnya John Crawford yang dilantik sebagai wakil British pada tahun 1826, pulang ke India.

2.Raja-raja Burma zalim dan anti Britisha. Raja Tharawaddy tidak sahaja anti British malah enggan menerima

perjanjian Yandabo. Henry Burney yang dihantar ke Burma pada Tahun 1830 terpaksa pulang ke India pada 1837.

b. Walaupun British berusaha memulihkan hubungan namun hubungan British- Burma semakin buruk, menyebabkan British terpaksa memindahkan Residensinya ke Ranggon.

c. Pagan Min adalah pemerintah yang lemah dan kejam, Baginda membenarkan pegawai- pegawainya menindas orang-orang British.

3.Aduan daripada pedagang-pedagang Britisha. Atas restu Pagan Min Gabenor Pegu ia itu Maung Ok bersikap angkuh

dan menyekat perdagangan British di Tennaserim dan Ranggon.b. Akibatnya pedagang-pedagang British merayu supaya British menjaga

kepentingan perdagangan mereka.c. Pada 1851 Maung ok menuduh Kapten shepperd and Lewis

melakukan pembunuhan dan penipuan. Mereka didapati bersalah dan didenda 1000 rupi.

4.Dasar imperialisme Dalhousiea. Gabenor General Lord Dalhousie memang bersikap agresif terhadap

Burma.Beliau mengambil keputusan untuk campur tangan di Burma. Lord Dalhousie telahmenghantar Komander Lambert dengan dua buah kapal perang ke Burma.

b. Hubungan British Burma semakin tegang kerana Lambard bersikap anti Burma sementara Gabenor Baru yang menggantikan Maung Ok juga bersifat anti British.

c. Dalhousie menghantar angkatan perang ke Rangoon untuk menuntut ganti rugi satu juta rupi. Apabila Burma enggan , British mengisytiharkan Perang ke atas Burma dan berjaya menduduki Rangoon dan Pegu

C Kesimpulan

Page 17: Pendudukan Jepun

- Perang Inggeris Burma Kedua boleh di katakan sebagai lanjutan daripa Perang inggeris Burma Pertama .

- Pihak Burma masih berdegil dan tidak mahu mengambil pengajaran daripada peperangan Pertama dan kedua yang lalu menyebabkan hubungannya dengan British tidak memuaskan.

- Ini akhirnya membawa kepada Perang Inggeris-Burma ketiga yang menyebabkan seluruh Burma dikuasai British.

Perang Inggeris Burma- Ketiga 1886

Page 18: Pendudukan Jepun

A.Pengenalan- Setelah berlaku dua peperanganan namun hubungan British burma terus

runcing terutama dalam zaman Raja Thibaw. Perang inggeris Burma ketiga meletus 1886

B. Sebaba. Putusnya hubungan diplomatik British Burma

1. Keretakan perhubungan di antara British dengan Burma telah berlaku di akhir-akhir pemerintahan Mindon Min, disebabkan terutamanya oleh masalah kasut di mana Residen British di arah menanggalkan kasut semasa majlis di istana tetapi beliau menolak. Akibatnya sejak tahun 1875, hubungan antara Mindon min dengan residen terputus.

2. Residen British yang terakhir undur dari Burma Hulu pada akhir tahun 1879. Ini mengakibatkan rasa curiga mencurigai dan salah faham antara kedua- dua pihak. Pihak Burma hantar perwakilan untuk membaiki perhubungan tetapi gagal. Permintaan Burma untuk mewujudkan hubungan di tolak oleh kerajaan British

b. Keadaan Politik dan ekonomi yang kucar kacir di bawah Raja Thibaw

1. Raja Thibaw merupakan seorang Raja yang lemah dan zalim. Pentadbirannya kucar kacir akibat penindasan dan pembunuhan. Keadaan ini membawa kepada kacau bilau di mana wilayah-wilayah yang kecil cuba membebaskan diri. Akibatnya timbul desakan supaya British campurtangan.

2. Perdagangan British di Burma juga terganggu dan rakyat British dilayani dengan buruk. Burma juga tidak mematuhi Perjanjian 1862 dan 1867. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puasd hati dan marah kepada pedagang-pedagang British terutama mereka yang berada di Burma Hulu.

c. Ancaman Peranchis di Burma

1. Dasar Raja Thibaw ialah mengadakan hubungan dengan negara-negara barat terutama Peranchis yang bertujuan untuk mengimbangkan pengaruh British

2. Burma cuba mendapatkan bantuan Peranchis untuk menyerang British. Pada 1883 satu utusan Burma melawat Paris untuk mendapatkan sokongan Peranchis.British mula bimbangkan Peranchis yang telah meluaskan penaruhnya di utara Vietnam akan meluasakan kuasanya ke Utara Burma.

3. Pada 1885 Konsol General Peranchis dihantar ke Mandalay untuk membuat Perjanjian dengan Raja Thibaw. Thibaw memberikan keistimewaan perdagangan kepada Peranchis dan Peranchis pula berjanji akan menghantar senjata melalui Vietnam.

4. British bimbang akan berlaku perselisihan faham dengan Peranchis. Bertapaknya Peranchis di Burma Hulu akan menjadi persaingan perdagangan antara Burma dengan negeri China

d. Pertukaran kerajaan di Britain dan Wizurai India

1. Pada pertengahan 1885 Parti konservatif menggantikan Parti Liberal. Kerajaan baru ini mengambil sikap tegas terhadap Burma.

Page 19: Pendudukan Jepun

2. Gabenor General India Lord Ripon telah diganti oleh Lord Duffrin. Beliau juga mempunyai pandangan bahawa tindakan tegas perlu diambil ke atas Burma.

d. Denda ke atas Syarikat Perdagangan Bombay –Burma1. Tindakkan Burma mengenakan denda ke atas Syarikat

Perdagangan Bombay Burma merupakan alasa terakhir untuk British untuk bertindak ke atas Burma.

2. Pada tahun 1885 mengenakan denda berjumlah 23 juta rupi ke atas syarikat pembalakan British itu. Syarikat berkenaan dituduh melakukan rasuah , meneluarkan balak yang lebih daripada yang ditetapkan dalam perjanjian dan tidak membayar secukupnya kepada pekerja-pekerja hutan Burma.

3. Kerajaan British becampur tanggan untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan meminta Istana Ava membawa kes itu bagi perbincangan tetapi Raja Thibawa menolak.

4. Keengana pihak Burma menyebabkan Gabenor General india menghantar kata dua ia itu menuntut ditangguhkan denda sehingga penyiasatan selesai. Residensi hendaklah diwujudkan semula dan hubungan luar Burma hendaklah diletakan di bawah kawalan kerajaan British di India.Raja Thibaw menolak kata dua itu

5. Novemver 1885 British mengisytiharkan perang ke atas Burma

C. Kesimpulan- dengan kekalahan Burma Seluruh Burma jatuh ke tanggan British- Dinasti Konbaung yang diasakan oleh Alaungpaya sejak tahun 1752 tamat.- Raja Thibaw di buang negeri ke India. Burma di letakkan di bawah

pentadbiran indi sehingga 1937.-