pendidikan teknik dan vokasional dalam pendidikan negara

Upload: hawati-hasan

Post on 04-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN NEGARA

    1/9

    1.0 PENGENALAN

    Malaysia berhasrat menjadi negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan

    seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan menjelang 2020.

    Perubahan pesat dunia hari ini menuntut Malaysia untuk segera berubah supaya mampu

    melonjak ke tahap maju dengan mengetengahkan bidang pendidikan sebagai lonjakan

    terakhir ke arah mencapai status negara maju yang dicita-citakan (Mohd Fuad 2007). Sistem

    pendidikan di Malaysia turut berubah dan tidak ketinggalan perubahan yang begitu ketara

    berlaku dalam pendidikan teknik dan vokasional seiring perkembangan arus globalisasi.

    Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting dalam pembangunan sesebuah negara

    khususnya jika mahu menjadi sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020 (Azila

    Dason et.al, 2011).

    Sistem pendidikan di Malaysia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pendidikan

    teknik dan vokasional, pendidikan akademik atau umum serta pendidikan agama. Bidang

    teknik dan vokasional mementingkan pengetahuan dan kemahiran serta menyediakan peluang

    pekerjaan yang baik kepada golongan muda (Siti Syahirah 2011). Menyedari pentingnya

    pengetahuan dan kemahiran dalam tenaga kerja di Malaysia, sistem pendidikan dilihat

    mampu memenuhi kehendak komersil dan industri di samping dapat menghasilkan tenaga

    kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran (Suzana et al 2011).

    Perkara ini turut disokong oleh Ahmad et al. (2009), pendidikan teknik dan vokasional

    dilihat sebagai agenda penting bagi menjana kepesatan industri dan mencapai status negara

    maju.

    2.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI

    MALAYSIA

    Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1964 iaitu di

    bawah Jabatan Pengurusan Teknik kini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Teknik dan

    Vokasional (BPTV). Tujuannya adalah menyediakan pelajar untuk memasuki bidang

    pekerjaan dan langkah mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk memajukan bidang ekonomi

    dalam perindustrian. Pelajaran Teknik dan Vokasional yang di bawah pentadbiran bahagian

    ini termasuklah :

  • 7/29/2019 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN NEGARA

    2/9

    a) Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)terdiri daripada Sekolah Menengah Teknikdan Sekolah Menengah Vokasional yang menyediakan pendidikan teknik, pertanian,

    perdagangan dan mata pelajaran bidang pekerjaan lain.

    b) Politeknik ditubuhkan untuk memberikan latihan kepada juruteknik peringkatpertengahan dalam bidang kejuruteraan dan pegawai kerja muda dalam bidang

    perdagangan dan keusahawanan.

    c) Ia berhubung rapat dengan agensi lain yang berkaitan dengan melatih tenaga kerja mahirdan separuh mahir.

    d) Mengawal selia sekolah-sekolah teknik dan vokasional.e) Menguruskan pembangunan sekolah-sekolah teknik dan vokasional.f) Menggubal dan menyediakan kurikulum sekolah-sekolah teknik dan vokasional.g) Memperuntukkan kewangan sekolah-sekolah teknik dan vokasional.

    Selain itu, bagi menambah bilangan tenaga kerja dalam bidang teknik dan teknologi

    yang amat diperlukan dalam sektor perkilangan dan perindustrian pada masa kini dan akan

    datang, Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan penting pada tahun 1995 dengan

    menggubal Pelan Tindakan Peningkatan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal yang

    menyebut bahawa :

    Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan

    keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi

    terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah

    menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di beberapa buah

    sekolah menengah atas serta pengembangan sekolah menengah teknik dan politeknik.

    (Kementerian Pendidikan 1996:45)

    Daripada apa yang direncanakan dalam Pelan Tindakan Peningkatan Pengeluaran

    Tenaga Manusia Teknikal di atas, perlulah kita mengimbau kembali sejarah perkembangan

    pendidikan teknik dan vokasional (PTV) di Malaysia.

    Menurut Shahril dan Habib (1999), dalam bukunya bertajuk Isu Pendidikan di

    Malaysia, Sorotan dan Cabaran menjelaskan sejarah perkembangan pendidikan teknik dan

    vokasional di negara ini boleh dibahagikan kepada enam peringkat iaitu :

  • 7/29/2019 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN NEGARA

    3/9

    i. Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940)ii. Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945)

    iii. Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1957)iv. Pada Awal Kemerdekaan (1957-1969)v. Pada Tahun 1970-1990

    vi. Pada Tahun 1990 hingga 2000vii. Pada Tahun 2000 hingga kini

    PTV Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940)

    Awal abad 1900-an tidak ada dasar mengenai pendidikan teknik dan vokasional di Tanah

    Melayu. Menyedari kelemahan dan kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir pada

    ketika itu, kerajaan Inggeris telah menubuhkan Jawatankuasa Lemon pada tahun 1918. Ia

    bertujuan mewujudkan pendidikan teknikal dan perindustrian bagi Negeri-negeri Selat

    (Wong Hoy Kee & Ee Tiang Hug 1975).

    Dengan itu tertubuhnya Sekolah Teknik Treacher pada tahun 1906 di Kuala Lumpur

    bagi melatih juruteknik-juruteknik khasnya bagi Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah

    Melayu. Pada tahun 1942, sekolah teknik ini telah dinaiktaraf ke maktab dan dinamakan

    Maktab Teknik. Kini Maktab teknik ini telah dinaiktaraf kepada universiti yang dikenali

    sebagai Universiti Teknologi Malaysia.

    Pada tahun 1925, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melihat latihan dalam

    bidang vokasional. Jawatankuasa tersebut diberi nama The Winsted Committee on Industrial

    and Technical Education. Hasil daripada jawatankuasa ini telah tertubuh empat buah sekolah

    ketukangan dengan tujuan utamanya menyalurkan satu cabang pendidikan bagi pelajar

    sekolah rendah yang lemah akademik supaya mengikuti bidang vokasional bagi persediaan

    untuk memasuki alam pekerjaan. Kursus ini mengambil masa tiga tahun. Antara kursus yang

    ditawarkan ialah bidang mekanik am, elektrik dan pertukangan kayu peringkat asas. Walau

    bagaimanapun kursus-kursus ini tidak mendapat sambutan daripada pelajar kerana :

    a) Sikap masyarakat itu sendiri yang memandang rendah terhadap pekerjaan kolar biru.b) Peluang pekerjaan amat berkurangan dalam sektor perindustrian kerana Negara

    masih bergantung kepada sektor pertanian.

  • 7/29/2019 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN NEGARA

    4/9

    c) Ibu bapa masih menitikberatkan kepada pencapaian dalam akademik daripadapendidikan vokasional.

    d) Sekolah ketukangan dan kursus yang disediakan dipandang rendah dan hanya sesuaiuntuk murid-murid sekolah rendah yang pencapaian akademiknya rendah. (Yahya

    Emat 1995:3).

    PTV Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945)

    Ketika ini sekolah-sekolah teknik dan pertukangan yang ada terus memberikan pendidikan

    teknik dan vokasional kepada pelajar dan penduduk Tanah Melayu yang bekerja dalam

    bidang teknik dan Vokasional.

    PTV Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1957)

    Kejatuhan pemerintahan Jepun telah datangnya semula pihak Inggeris ke Tanah Melayu.

    Sistem pendidikan dikaji semula dan pada tahun 1950 seorang tokoh pendidikan dari England

    bernama Barnes Oxford. Beliau telah mencadangkan agar pendidikan vokasional di Tanah

    Melayu dilengkapi dengan sebuah sekolah Menengah Vokasional Moden dan mengutamakan

    pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga (Shahril Marzuki, 1993:48).

    Namun cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan dana.

    Dalam pilihanraya 1955, parti Perikatan telah dipilih untuk berkuasa dan berjanji

    membentuk satu sistem pendidikan yang sama untuk semua penduduk. Pada tahun 1956

    terbentuklah Jawatankuasa Pendidikan yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Perubahan

    penting dalam PTV telah diserapkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan diberi

    keutamaan. (Yahya Emat 1993:4).

    PTV Awal Kemerdekaan (1957-1969)

    Pada peringkat ini Laporan Rahman Talib telah menjadi Akta Pendidikan 1961. Antara syor-

    syor yang telah dibuat ialah mengenai sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah

    teknik hendaklah diwujudkan. Kerajaan telah membuka lapan buah sekolah ketukangan di

    luar bandar dan akhirnya ditukar kepada sekolah lanjutan kampung tetapi tidak mendapat

  • 7/29/2019 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN NEGARA

    5/9

    sambutan kerana sistem tidak menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Sistem

    pendidikan Aneka Jurusan telah ditubuhkan pada tahun 1965 bagi sekolah menengah rendah.

    Pada tahun 1968 pula, tiga buah sekolah teknik telah dibina dengan tujuan

    menyuburkan kebolehan pelajar dalam bidang kejuruteraan. Di sini, mata pelajaran akademik

    juga dititikberatkan di samping mata pelajaran teknikal yang ditawarkan. Pendidikan pelajar

    berorientasikan peperiksaan juga diperkenalkan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi pelajar

    yang cemerlang akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik atau Institusi

    Teknologi MARA atau kolej teknikal yang lain.

    PTV Pada Tahun 1970-1990

    Pada peringkat ini pula, matlamat pendidikan selain membasmi buta huruf, ia juga bertujuan

    mencapai matlamat ekonomi negara. Oleh itu pada tahun 1970-1989, beberapa sekolah

    menengah teknik dan vokasional ditubuhkan. Ia bertujuan menampung permintaan pelajar

    yang berminat dalam sistem PTV. Bilangan politeknik juga semakin bertambah.

    PTV Pada Tahun 1990 hingga 2000

    Pada tahun 1990-an, permintaan memasuki sekolah teknik dan vokasional semakin

    bertambah. Bukan sahaja daripada golongan pelajar lemah malah sambutan hangat daripada

    pelajar cemerlang lulusan SRP. Oleh yang demikian, persaingan mendapatkan tempat untuk

    belajar di sini semakin sengit. Ini kerana kesedaran ibu bapa pelajar bahawa pentingnya

    pendidikan teknik dan vokasional dalam era negara menuju negara perindustrian, ditambah

    dengan permintaan guna tenaga yang tinggi. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan

    menggubal semula matlamat dan tujuan PTV agar ia dapat menampung kekurangan yang

    ada. Tujuan dan objektif PTV ialah :

    a. Pendidikan TeknikTujuannya adalah untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik

    di peringkat pendidikan menengah atas melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

    Objektif pendidikan teknik ialah memberikan pendidikan akademik yang seimbang

    dan menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi.

    (Kementerian Pendidikan Malaysia 1986:50).

  • 7/29/2019 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN NEGARA

    6/9

    b. Pendidikan VokasionalTujuannya ialah melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional di

    peringkat menengah atas. Kursus yang diadakan membolehkan pelajar mendapatkan

    pengetahuan asas vokasional dan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat

    pekerjaan sebagai tenaga kerja mahir atau separuh mahir dalam industri.

    Pada tahun 1995 pula, beberapa perubahan telah berlaku dalam PTV termasuklah

    penstrukturan semula 69 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah

    Teknik (SMT). Ini bermakna semua SMV menjadi SMT dan pendidikan vokasional

    dijalankan oleh agensi kerajaan yang terlibat. Beberapa mata pelajaran teknikal juga telah

    diubah.

    PTV Pada Tahun 2000 hingga kini

    Pada tahun 2000 pendidikan vokasional telah mengalami perubahan dan pengubahsuaian dari

    segi struktur dan kurikulumnya. Ini bertujuan memberi latihan yang lebih sesuai untuk

    memenuhi keperluan dan permintaan tenaga mahir di Malaysia. Menyedari keperluan

    penguasaan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu kepada pelajar, perubahan kurikulum

    PTV dilakukan bagi membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar yang cenderung dan

    berkeupayaan dalam bidang teknikal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

    tinggi.

    Selaras dengan tuntutan semasa, Jabatan Pendidikan Teknikal telah menyemak

    semula kurikulum aliran vokasional. Semakan semula itu mengambil kira kehendak semasa

    industri bagi membantu pelajar mencapai kemahiran yang mencukupi untuk membolehkan

    lulusan aliran PTV memilih bidang pekerjaan yang sesuai dalam sektor kejuruteraan,

    perdagangan, pertanian dan perkhidmatan. Ini kerana hala tuju perindustrian negara sudah

    berubah dari labour intensive kepada capital intensive yang memberi penekanan kepada

    penggunaan teknologi terkini serta keperluan tenaga manusia berkemahiran dan

    berpengetahuan saintifik dan teknikal.

    Satu proses penasihatan atau pemantauan diwujudkan dalam sistem pendidikan di

    Malaysia untuk tujuan ini. Proses vokasionalisasi telah mendapat perhatian KPM dengan

    menaiktaraf pendidikan teknik dan vokasional seperti memperkenalkan Sijil Terbuka pada

  • 7/29/2019 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN NEGARA

    7/9

    peringkat SPM mulai tahun 2000. Berdasarkan perkembangan ini, suatu majlis atau

    jawatankuasa penasihat (JP) diwujudkan di sekolah-sekolah SMV dan SMT. Dengan

    wujudnya JP, satu proses penasihatan dan pemantauan yang berkaitan dengan keperluan

    dan perkembangan PTV telah diberi perhatian khusus.

    Selari dengan keperluan terhadap modal insan dalam bidang teknikal dan kemahiran,

    sistem PTV diberi ruang untuk diperbaiki dan ditambah nilai khususnya bagi memastikan

    akses dan ekuiti pelajar diambil kira. Pada tahun 2008, KPM telah mengarusperdanakan PTV

    dalam merealisasikan matlamat menjadikan pendidikan lebih berdaya saing dan hal itu

    diterjemahkan dengan penggubalan sistem latihan dan kemahiran yang berfokus kepada

    peperiksaan. Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu yang berucap di majlis Konvensyen

    Guru-Guru Vokasional dan Kemahiran berkata :

    Masyarakat perlu tahu bahawa konotasi orang cemerlang seharusnya bukan

    bergantung pada kecemerlangan akademik semata-mata tetapi harus juga diukur

    melalui pencapaian seseorang itu di dalam kehidupan

    (Datuk Razali Ismail 2008)

    Kesinambungan daripada mengarusperdanakan PTV, dalam ucapan oleh Y.A.B

    Perdana Menteri di Dewan Rakyat semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh

    bagi tempoh 2011- hingga 2015, beliau telah menyatakan pelajar perlu melihat keperluan

    pendidikan teknikal dan latihan vokasional dalam prospek kerjaya yang lebih baik.

    Pendidikan teknikal dan latihan vokasional menyediakan landasan alternatif yang baik bagi

    para pelajar merealisasikan potensi mereka. Seramai 100,000 lepasan SPM memasuki

    pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran. Bagi membolehkan mereka

    mendapat pendidikan teknikal dan latihan vokasional, kemudahan pendidikan teknikal dan

    latihan vokasional dipertingkatkan.

    Jabatan Pembangunan Kemahiran dijadikan agensi tunggal dalam pembangunan dan

    pengesahan kualiti kurikulum pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Sijil Kemahiran

    Malaysia pula akan dijadikan persijilan kebangsaan yang diiktiraf bagi kemasukan dalam

    perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi. Hal ini akan meningkatkan keyakinan dan

  • 7/29/2019 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN NEGARA

    8/9

    mendorong lebih ramai lepasan sekolah melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan

    teknikal dan latihan vokasional.

    Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam melatih pekerja berkemahiran

    tinggi, Kerajaan telah mengambil langkah berikut :

    a. Memperluas pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yangmelibatkan kandungan latihan sebanyak 70 peratus secara hands on di tempat kerja

    dan 30 peratus latihan teori di institusi latihan;

    b. Mempergiat pelaksanaan pengiktirafan pencapaian terdahulu atau Recognition ofPrior Learning, iaitu menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia kepada 60,000

    pekerja setahun dengan mengiktiraf pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pekerja

    yang diperoleh di tempat kerja dan

    c. Menggalakkan sektor swasta dalam menyediakan latihan kemahiran dan vokasional.

    Transformasi PTV akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2013 maka aliran ini

    tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai

    tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pengumuman sistem baru

    ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melonjakkan kedudukan

    aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan

    hingga ke peringkat yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara.

    Usaha memartabatkan PTV dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap di mana

    aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di

    negara-negara maju. Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada

    jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional. Bilangan ini dikira kecil

    jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia

    51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara

    OECD yang berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%. Perubahan diperlukan tidak

    untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara

    untuk memasuki pasaran pekerjaan.

    Bidang kemahiran dan teknikal serta pendedahan dengan latihan amali sejak di

    bangku sekolah akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam

  • 7/29/2019 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN NEGARA

    9/9

    pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali

    sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.

    Sorotan daripada sejarah perkembangan PTV, jelas menunjukkan bahawa sistem

    pendidikan formal PTV adalah penting dan saling melengkapi untuk melatih pekerja mahir

    dalam membantu negara mencapai matlamat Dasar Perindustrian Negara menjelang 2020.