pendidikan sekolah rendah · pdf filekerja projek. ini membolehkan para pelajar ... lsp untuk...

13
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Mempersiap Anak Anda Untuk Hari Esok

Upload: vankhanh

Post on 30-Jan-2018

259 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAHMempersiap Anak Anda Untuk Hari Esok

Page 2: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKAN UNTUK SETIAP KANAK-KANAK

MENGASUH ANAK-ANAK KITA UNTUK PERSIAPAN MASA DEPAN

KURIKULUM UNTUK PENDIDIKAN YANG LENGKAP

PENGUASAAN BAHASA SEKITAR PEMBELAJARAN YANG MENERAPKAN PEMBEZAAN

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

MEMILIH SEKOLAH YANG SESUAI

MENAMPUNG PERBELANJAAN PENDIDIKAN ANAK ANDA

IBU BAPA DAN SEKOLAH SELAKU RAKAN

PENDIDIKAN DI SINGAPURA : PANDANGAN MENYELURUH

SOKONGAN DAN HUBUNGAN

01

02

03

05

06

08

10

Kementerian Pendidikan (MOE) mengarahkan pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan. MOE memiliki kuasa terhadap pembangunan dan pentadbiran sekolah-sekolah Pemerintah dan Bantuan Pemerintah di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah dan institut pusat. MOE juga mendaftarkan sekolah-sekolah swasta.

Tahun-tahun semasa anak anda berada di bangku sekolah rendah merupakan fasa penting dalam pembelajarannya. Semasa tahun-tahun pembentukan ini, Kementerian Pendidikan (MOE) ingin membina keyakinan dan keinginan untuk belajar dalam diri setiap anak. Kurikulum kami bertujuan untuk menyediakan anak anda pelbagai pengalaman pembelajaran yang luas supaya dia dapat mengenal pasti bakat dan minatnya.

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH SEPINTAS LALU

• Pendidikan wajib selama enam tahun.

• Pengumpulan berdasarkan subjek untuk memenuhi keperluan kekuatan kanak-kanak yang berbeza.

• Kegiatan Kokurikulum dan kegiatan Nilai dalam Tindakan untuk menyediakan pendidikan yang holistik.

• Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada penghujung tahun keenam.

• Warga Singapura tidak perlu membayar yuran sekolah, kecuali yuran rampaian standard pada kadar $6.50 dan yuran rampaian tingkat kedua sebanyak $6.50 maksimum, sebagaimana yang ditentukan oleh pihak sekolah. Untuk maklumat lanjut mengenai yuran sekolah yang dibayar untuk anak anda, sila lungsuri: www.moe.gov.sg/education/ primary/ dan www.moe.gov.sg/education/admissions/ international-students/general-info/#monthly-school-fees.

Pembangunan Anak Anda Keutamaan Kami

TAHAP-TAHAP PENTING DALAM PENDIDIKAN ANAK ANDA

Peringkat Rendah

Pra-Darjah 1- Memilih Sekolah Rendah

Darjah 4- Memilih Kumpulan Subjek

Darjah 6- PSLE- Memilih Sekolah Menengah

Peringkat Menengah

Menengah 2- Memilih Gabungan Subjek

Menengah 4/5- GCE Peringkat O/N- Memilih Institusi Pendidikan Posmenengah

12

15

17

19

KANDUNGAN

Page 3: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Mengasuh Anak-anak Kita untukPersiapan Masa Depan

0201

Pendidikan untuk Setiap Kanak-kanakDi Singapura, setiap kanak-kanak melalui pendidikan wajib selama enam tahun di peringkat sekolah rendah demi membina asas yang kukuh untuk pembelajaran dan alam pekerjaan pada masa depan.

Untuk membantu setiap kanak-kanak maju pada masa depan yang beteraskan globalisasi dan kemajuan teknologi, sekolah-sekolah kita membentuk Kemahiran-kemahiran Abad ke-21 dalam diri kanak-kanak dan memupuknya untuk menjadi:

Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad ke-21.

Rangka kerja kami bagi Kemahiran-kemahiran Abad Ke-21 merangkumi nilai-nilai dan kemahiran yang telah dikenal pasti sebagai asas dalam pembangunan setiap kanak-kanak. Rangka kerja tersebut meliputi:

• Nilai-nilai teras (hormat-menghormati, tanggungjawab, daya bingkas, integriti, sifat penyayang dan harmoni);• Kecekapan sosial dan emosi (kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, pengurusan hubungan, membuat keputusan yang bertanggungjawab); dan• Kecekapan Abad Ke-21 Baharu (pemikiran kritikal dan berdaya cipta, kemahiran komunikasi, berkolaborasi dan informasi; literasi sivik, kesedaran global dan kemahiran silang budaya).

Semua nilai dan kemahiran ini penting bagi kurikulum menyeluruh.

Guru-guru membangunkan nilai-nilai dan kecekapan murid-murid mereka melalui disiplin subjek, Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE), program pengayaan dan pada masa yang boleh diselitkan pengajaran nilai.

Pelbagai Kegiatan Kokurikulum (CCA) yang ditawarkan di setiap sekolah turut menyediakan platform kepada murid-murid untuk belajar dan menerapkan nilai-nilai dan kecekapan ini, sambil menerokai minat dan bakat mereka.

Kami juga telah mengukuhkan mutu subjek bagi Pendidikan Jasmani, Seni dan Muzik demi memenuhi pembangunan holistik para pelajar. Subjek-seubjek tersebut membolehkan pelajar kami membangunkan ketangkasan fizikal, meningkatkan daya kreatif dan ekspresif serta membentuk jati diri peribadi, budaya dan sosial mereka.

• individu yang yakin, mampu membezakan antara yang betul dengan yang salah, menyesuaikan diri dan berdaya bingkas, mengetahui kebolehan diri, arif membuat penilaian, berfikir kendiri dan kritikal, serta berkomunikasi dengan berkesan;

• pelajar yang berarah kendiri yang mengajukan soalan, membuat renungan, tekun dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri;

• penyumbang yang aktif yang mampu bekerja secara berkesan dalam kumpulan, inovatif, berinisiatif, mengambil risiko selepas menimbangkan baik buruknya dan berusaha mencapai kecemerlangan; dan

• warganegara yang prihatin, bertapak di Singapura, mempunyai rasa tanggungjawab sivik yang utuh, berpengetahuan tentang Singapura dan dunia, serta aktif membantu meningkatkan kehidupan orang-orang di sekelilingnya.

Page 4: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

SUBJEK-SUBJEK YANG DIUJI DALAM PSLE#

Subjek Standard:Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda, Matematik, Sains

Subjek Asas:Bahasa Inggeris Asas, Bahasa Ibunda Asas,Matematik Asas, Sains Asas

Subjek Pilihan:Bahasa Ibunda Lanjutan

LEGENDACCA Aktiviti KokurikulumCCE Pendidikan Perwatakan dan KewarganegaraanPAL Program bagi Pembelajaran AktifPE Pendidikan JasmaniPW Kerja Projek

# Para pelajar mempelajari subjek-subjek standard atau asas bergantung pada keperluan pembelajaran dan kekuatannya dalam setiap subjek.

* Sains akan diajarkan bermula dari Darjah 3.

^ CCE merangkumi Pendidikan Nasional, Nilai-nilai dalam Tindakan dan Waktu Bimbingan Guru Darjah.

~ PW ialah subjek tanpa peperiksaan.

Kurikulum untuk Pendidikan yang Lengkap

0403

Kurikulum sekolah rendah dibentuk untuk memberikan anak anda asas yang kukuh yang meliputi:

- Memupuk nilai-nilai yang sempurna- Menyayangi Singapura- Membangunkan kemahiran literasi dan numerasi

Kurikulum sekolah rendah memberikan tumpuan pada tiga ciri utama pendidikan – disiplin subjek, kemahiran ilmu dan pembentukan keperibadian.

• Disiplin subjek terdiri daripada bidang-bidang subjek seperti bahasa, kemanusiaan & kesenian dan matematik & sains yang direka untuk memberi anak anda asas yang baik dalam subjek merentasi bidang-bidang pengajian yang berbeza.

• Kemahiran pengetahuan yang tertumpu pada membangunkan kemahiran berfikir dan berkomunikasi anak anda. Kemahiran pengetahuan diajar melalui pelbagai subjek dan lazimnya melalui pendekatan kerja projek. Ini membolehkan para pelajar

menggunakan kemahiran pengetahuan mereka dan menunjukkan dengan jelas apa yang telah mereka pelajari, sama ada secara perseorangan atau kolaboratif dalam pasukan.

• Pembangunan perwatakan dijalankan melalui interaksi harian serta melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang dirancang oleh sekolah. Pengalaman ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai yang baik dalam diri anak anda. Anak anda akan ada banyak peluang untuk membangunkan nilai dan kemahiran untuk hidup dan tanggungjawab sivik melalui Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan serta Kegiatan Kokurikular.

Susulan dari pengenalan Pengumpulan Berdasarkan Subjek, anak anda akan mempelajari Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda, Matematik dan Sains sama ada bagi subjek asas atau standard di darjah 5 dan 6, bergantung pada keperluan pembelajaran dan kekuatannya. Tambahan lagi, pada pelajar yang menunjukkan kecekapan dalam Bahasa Ibunda juga boleh mempelajari Bahasa Ibunda Lanjutan.

KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

BAHASA

Bahasa InggerisBahasa Ibunda

KEMAHIRANILMU

PW~

ILMUKEMANUSIAAN

& SENI

Pendidikan Sosial, Seni Lukis, Muzik

Matematik Sains*

KEMAHIRANHIDUP

CCA, CCE^, PAL, PE MATEMATIK

& SAINS

Page 5: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Sekitar Pembelajaran Yang Menerapkan Pembezaan

Penguasaan Bahasa

BAHASA INGGERIS DAN BAHASA-BAHASA IBUNDA

Anak anda akan mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah rendah sebagai bahasa pertama. Bahasa Inggeris ialah lingua franca bagi perniagaan antarabangsa, sains dan teknologi. Oleh itu, penting untuk memupuk dalam diri anak-anak kita sejak awal lagi, asas yang kukuh dalam Bahasa Inggeris.

Anak anda akan mempelajari Bahasa Ibundanya (Bahasa Cina, Bahasa Melayu atau Bahasa Tamil) sebagai bahasa kedua. Kedwibahasaan merupakan tunjang sistem pendidikan kita. Kebolehan ini menjadi satu aset berharga bagi murid-murid kita kerana mereka akan berupaya membina hubungan dan memanfaatkan peluang dalam sekitaran global.

Oleh sebab lebih ramai murid Darjah 1 menggunakan bahasa Inggeris lebih kerap dengan keluarga mereka di rumah, kami akan terus memperhalus pengajaran Bahasa-bahasa Ibunda. Sekolah akan menggunakan pendekatan pembelajaran pembezaan untuk memenuhi keperluan murid-murid daripada latar belakang bahasa yang berbeza-beza.

Kami menggalakkan penggunaan bahasa-bahasa Ibunda dengan penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur.

KURIKULUM BAHASA CINAKURIKULUM BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA TAMIL

• Penekanan pada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.• Lebih tumpuan pada kemahiran interaksi lisan dan interaksi penulisan.• Penekanan pada mendengar, bertutur dan membaca.• Penekanan pada kemahiran berinteraksi.

• Pendekatan bermodul di mana semua pelajar akan mengambil Modul Teras. Pelajar-pelajar yang memerlukan sokongan yang lebih boleh mengambil Modul Titian/Pengukuhan. Para pelajar yang berminat dan berkeupayaan boleh meneruskan untuk mengambil Modul Pengayaan.

• Para pelajar akan berpeluang untuk maju ke pelbagai tahap pencapaian dalam pembelajaran mereka.

• Para pelajar akan berpeluang untuk maju ke pelbagai tahap pencapaian dalam pembelajaran mereka. Mereka juga akan diberikan lebih banyak peluang untuk berlatih Bahasa Tamil Pertuturan.

KURIKULUM BAHASA IBUNDA YANG DISEMAK SEMULA : CIRI UTAMA

PROGRAM SOKONGAN PEMBELAJARAN Sekolah-sekolah mempunyai Program Sokongan Pembelajaran (LSP) untuk murid-murid yang memasuki Darjah 1 bagi memastikan adanya bantuan bagi murid yang memerlukannya.

LSP untuk Bahasa Inggeris menyediakan sokongan kepada para pelajar yang mempunyai kemahiran literasi yang lemah. Murid-murid menghadiri pelajaran satu waktu sehari dalam kumpulan kecil, dan diajar oleh guru-guru yang dilatih secara khusus dengan menggunakan strategi yang akan memperbaiki keupayaan mereka untuk membaca.

LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan kemahiran angka. Murid-murid diajar dalam kelas yang lebih kecil pada masa matematik biasa atau diberi pelajaran tambahan oleh guru-guru yang dilatih khas.

PROGRAM UNTUK PELAJAR BIJAK (GEP)

Program Pendidikan Pelajar Bijak (GEP) disediakan untuk para pelajar yang mempunyai kelebihan intelektual.

Sekolah anak anda akan menawarkannya untuk menyertai Sesi Penyaringan apabila dia di Darjah 3, sebagai sebahagian daripada Sesi Kenal Pasti sebanyak dua peringkat, untuk memilih pelajar-pelajar bagi GEP.

Para pelajar GEP akan diletakkan di sekolah rendah yang terpilih untuk Darjah 4 hingga Darjah 6. Kurikulum GEP yang diperkaya dibentuk daripada kurikulum biasa bagi setiap subjek dan diajar oleh guru-guru yang dipilih dan dilatih oleh Cawangan Pendidikan Pelajar Bijak MOE.

Para pelajar GEP mempunyai banyak peluang untuk belajar dan bermain dengan para pelajar bukan GEP semasa pelajaran dan kegiatan yang dirancang bagi Bahasa Ibunda, Pendidikan Jasmani, Seni dan Muzik serta projek-projek Nilai dalam Tindakan (VIA) dan Kegiatan Kokurikular (CCA).

Bagi, pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang tertentu dan tidak berada dalam GEP, terdapat peluang untuk mengayakan pembelajaran mereka melalui kegiatan-kegiatan berasaskan sekolah dan yang dianjurkan oleh MOE semasa atau di luar waktu sekolah.

0605

Page 6: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Belajar sambil Bermain PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK (SEKOLAH RENDAH)

Pengumpulan Berdasarkan Subjek untuk Sekolah Rendah bermula di Darjah 5 dan berterusan sehingga Darjah 6.

Pengumpulan Berdasarkan Subjek memberi lebih kelonggaran kepada anak anda dengan menawarkannya pilihan gabungan subjek standard atau asas, bergantung pada kekuatannya. Hal ini akan membantunya memberikan tumpuan pada subjek yang mempamerkan kebolehannya dengan lebih kukuh. Pada masa yang sama, dia dapat mengembangkan potensinya serta membina asas dalam subjek-subjek yang kurang dikuasainya.

PADA PERINGKAT DARJAH 4

Murid menduduki peperiksaan yang dijalankan oleh sekolahSekolah akan menyarankan satu gabungan subjek berdasarkan keputusan murid.Ibu bapa mengisi borang pilihan untuk menyatakan gabungan subjek pilihan mereka.

PADA PERINGKAT DARJAH 5

Para pelajar mengambil gabungan subjek yang dipilih oleh ibu bapa

Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda ditawarkan pada peringkat standard dan asas.

Bahasa Ibunda Lanjutan juga ditawarkan. Para pelajar boleh ditawarkan Bahasa Ibunda Lanjutan jika mereka menun-jukkan kecekapan yang baik dalam Bahasa Ibunda mereka.

Sekolah akan menilai kebolehan pelajar menangani gabungan subjek yang sedia ada pada akhir tahun.

Penyesuaian kepada bilangan subjek standard dan asas boleh dilakukan, jika perlu.

PADA PERINGKAT DARJAH 6

Murid mengambil gabungan subjek yang diputuskan oleh sekolahnya dan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada akhir Darjah 6.

BAGAIMANAKAH PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK DIJALANKAN?

MOE telah melaksanakan, secara bertahap-tahap, satu siri peningkatan pada pendidikan sekolah rendah dari 2009 untuk menerapkan cadangan-cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa Semakan dan Perlaksanaan Pendidikan Rendah (PERI). Peningkatan ini bertujuan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna kepada anak anda serta untuk membangunkan kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai yang seimbang dalam diri mereka.

KAEDAH PENGAJARAN YANG LEBIH MENARIKPara guru menghidupkan pelajaran dengan mengamalkan pendekatan strategi pembelajaran yang lebih kreatif. Misalnya, anak anda akan dapat mempelajari konsep-konsep matematik melalui tugasan penyiasatan dan aktiviti-aktiviti kehidupan sebenar, dan kemahiran bahasa boleh dipelajari melalui main peranan dan drama.

WAKTU BIMBINGAN GURU DARJAHOleh sebab Guru Darjah memainkan peranan utama dalam membentuk perkembangan murid-muridnya, Waktu Bimbingan Guru Darjah telah diperkenalkan di semua sekolah rendah sejak tahun 2012.

Pada setiap minggu, satu waktu diperuntukkan agar guru dan murid lebih banyak berinteraksi. Sesi interaksi seperti ini membolehkan guru melengkapkan murid dengan kemahiran sosial dan emosional.

PROGRAM BAGI PEMBELAJARAN AKTIFUntuk menggalakkan pembelajaran di luar bilik darjah, Program bagi Pembelajaran Aktif (PAL) akan memberi anak anda peluang untuk mengetahui minat baharu, mempelajari kemahiran baharu dan membina perwatakannya.

Anak anda akan berpeluang semasa waktu kurikulum untuk mencuba aktiviti sukan dan pendidikan luar darjah, di samping aktiviti dalam seni pentas dan seni visual.

Semua sekolah rendah menawarkan Program untuk Pembelajaran Aktif (PAL) kepada para pelajar Darjah 1 dan 2.

KEGIATAN KOKURIKULUM Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada pendidikan yang menyeluruh dan memainkan peranan yang penting dalam membina perwatakan. Terdapat spektrum kegiatan kokurikulum yang luas yang boleh dipilih oleh anak anda, dari sukan fizikal, kumpulan beruniform, seni visual dan seni pentas, di samping kelab dan persatuan. Ia membantu memupuk nilai yang baik dalam anak anda seperti semangat yang tidak mudah luntur, kesedaran silang budaya, keyakinan diri dan kreativiti.

0807

Page 7: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Memilih Sekolah yang Sesuai

Yang berikut ialah beberapa faktor yang boleh anda pertimbangkan apabila memilih sekolah untuk anak anda.

JARAK DAN MASA PERJALANAN KE SEKOLAHJarak yang lebih singkat dari sekolah ke rumah anda bermakna masa perjalanan yang lebih singkat dan kospengangkutan yang kurang. Hal ini juga menyediakanpeluang yang lebih baik untuk anda menjalin ikatan rapat dengan sekolah pilihan anda.

Ikatan lebih rapat dengan sekolah bermaksud kerjasama lebih baik dalam mengasuh dan mendidik anak anda.

Untuk senarai sekolah yang berdekatan (dalam jarak 1km dan 1 hingga 2km) dengan tempat kediaman anda, kunjungi Perkhidmatan One Map School Query Penguasa Tanah Singapura (www.onemap.sg).

BAHASA IBUNDASekolah menawarkan pelbagai Bahasa Ibunda yangboleh dipilih. Ibu bapa harus mengetahui bahawa:• Bahasa Cina ditawarkan di semua sekolah;• Bahasa Melayu ditawarkan di semua sekolah kecuali Sekolah Rancangan Bantuan Khas; dan• Bahasa Tamil ditawarkan di kebanyakan

sekolah, namun sila dapatkan pengesahan dahulu daripada sekolah pilihan anda.

MINAT ANAK ANDAPertimbangkan minat bukan akademik anak anda seperti sukan, seni persembahan, muzik dan teknologi, dan ketahuilah sama ada pihak sekolah menawarkan aktiviti yang sepadan dengan minat-minat ini.

• Kegiatan Kokurikular Sekolah-sekolah menawarkan pelbagai kegiatan kokurikular seperti sukan, pasukan seragam, kumpulan seni visual dan persembahan serta kelab dan persatuan.

• Program-program Berasaskan Sekolah Jika anak anda berminat dalam bidang seperti sukan atau seni, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai sekolah-sekolah yang menawarkan program-program khusus dalam bidang-bidang ini.

IDENTITI SEKOLAHSetiap sekolah mempunyai kekuatan unik tersendiri. Dapatkan maklumat mengenai sekolah tersebut agar anda tahu mengenai:• Visi dan misi sekolah tersebut;• Budaya sekolah; dan• Kumpulan Sokongan Ibu Bapa.

SEKOLAH BERSEKUTUBeberapa sekolah rendah (kebanyakannya dengan kaitan keagamaan/ pertubuhan suku kaum) mempunyai ikatan rapat dengan sekolah menengah tertentu, dalam bentuk persekutuan.

Anak anda boleh menikmati keutamaan untuk kemasukan ke sekolah menengah yang bersekutu dengan sekolah rendahnya dengan syarat dia memenuhi kriteria kemasukan sekolah tersebut, dan dia memilih sekolah menengah yang bersekutu itu sebagai pilihan pertama.

1009PENILAIAN HOLISTIK BAGI MENYOKONG PEMBELAJARANPenilaian penting dalam proses pembelajaran.

Penilaian Holistik menekankan pembangunan kemahiran dan nilai serta pemerolehan pengetahuan untuk membolehkan anak anda membina keyakinan diri yang lebih dan keinginan yang kuat untuk belajar. Ini akan membantu membina potensi dirinya.

Melalui Penilaian Holistik, sekolah-sekolah telah beralih melangkaui ujian dan peperiksaan. Cara-cara penilaian lain yang sesuai digunakan untuk memberikan maklumat yang berguna untuk menyokong pembelajaran dan pembangunan holistik anak anda.

Semasa Darjah 1, peperiksaan tidak akan dijalankan agar anak anda dapat menyesuaikan dirinya ke alam persekolahan formal dengan lebih lancar.

Sebagai ibu bapa, anda akan menerima maklum balas terperinci yang lebih kerap tentang pencapaian anak anda dan juga cara-cara untuk menambah baik pembelajarannya.

SEKOLAH RENDAH SATU SESIKebanyakan sekolah rendah pemerintah telah melaksanakan struktur satu sesi pada 2016. Ini bermakna sekolah-sekolah mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk menumpukan pada aspek-aspek bukan akademik seperti latihan kepimpinan dan pembangunan perwatakan.

Struktur satu sesi tidak bermakna sekolah sepanjang hari. Masa persekolahan akan hanya dilanjutkan sepanjang satu atau dua jam pada hari-hari tertentu untuk membolehkan anak anda menyertai kegiatan bukan akademik. Sekolah-sekolah diberikan kelonggaran untuk merancang kegiatan ini berdasarkan keperluan sekolah masing-masing.

Infrastruktur baru akan dibina untuk menyokong kegiatan-kegiatan bukan akademik ini. Kemudahan dan ruang sekolah sedang direka semula, termasuk ruang pembelajaran luar darjah dan tempat-tempat tambahan untuk seni persembahan.

Page 8: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

YURAN SEKOLAH

YURAN RAMPAIANSTANDARD YURAN RAMPAIAN TAHAP KEDUA

Warganegara Singapura

$0 $6.50 $6.50Anak anda boleh menggunakan akaun Edusave untuk membayar yuran tambahan tingkat kedua

Penduduk TetapSingapura

$130.00 $6.50 $6.50

Pelajar Antarabangsa (ASEAN)

$390.00 $6.50 $6.50

Pelajar Antarabangsa $550.00 $6.50 $6.50

Menampung Perbelanjaan Pendidikan Anak Anda

SEKOLAH RANCANGAN BANTUAN KHASSekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP) menerapkan satu pemahaman yang mendalam tentang budaya, warisan dan Bahasa Cina dalam diri murid-murid mereka dan ini membolehkan mereka menguasai dwibahasa secara berkesan dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Cina.

SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPED)Sekolah-sekolah Pendidikan Khas (SPED) menyediakan laluan pendidikan alternatif bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan pendidikan khas pada tahap sederhana hingga meruncing. Kanak-kanak ini tidak akan mendapat manfaat pembelajaran daripada sistem persekolahan arus utama. Mereka biasanya memerlukan bantuan khusus secara intensif dalam pendidikan mereka yang bertujuan untuk memaksimumkan potensi serta keupayaan mereka untuk belajar dan hidup berdikari.

Sekolah-sekolah SPED menyediakan program pendidikan dan latihan khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan khas kanak-kanak pada peringkat sederhana hingga meruncing.

Terdapat 20 buah sekolah SPED biaya pemerintah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan Sukarela. Lungsuriwww.moe.gov.sg/education/special-education/untuk maklumat lanjut.

KEPERLUAN KHASSokongan disediakan di semua sekolah nasional bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan pendidikan khas ringan (SEN).

Jika anak anda mempunyai SEN ringan seperti Disleksia, Perhatian Defisit Gangguan Hiperaktif (ADHD) atau Gangguan Spektrum Autisme (ASD) ringan, semua sekolah rendah biasa mempunyai Pendidik Bersekutu (Sokongan

Pembelajaran dan Perlakuan) untuk membantu mereka menyesuaikan diri dalam suasana persekolahan. Tambahan lagi, semua sekolah mempunyai sekumpulan guru teras yang dilatih dalam keperluan khas bagi menyokong para pelajar dalam pembelajaran mereka. Semua sekolah juga boleh menggunakan khidmat pakar psikologi MOE yang memberikan konsultasi dan khidmat nasihat untuk menyokong para pelajar yang mempunyai SEN.

Program Pemulihan Dislexia di Sekolah (SDR) disediakan di semua sekolah rendah. SDR bertujuan untuk mengenal pasti para pelajar yang mempunyai dislexia dan membantu mereka di sekolah semasa darjah 3 dan 4.

Para pelajar yang mempunyai kurang upaya dalam pendengaran, penglihatan atau fizikal boleh menggunakan khidmat sokongan bergerak di sekolah yang disediakan oleh pertubuhan kebajikan sukarelawan terpilih melalui sekolah masing-masing. Khidmat ini disediakan di semua sekolah nasional. Tambahan lagi, terdapat sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan penuh untuk para pelajar yang mempunyai kesukaran fizikal. Sekolah-sekolah ini terletak di lokasi yang berbeza di merata Singapura untuk memudahkan para pelajar ke sekolah tersebut. (Sila lihat lampiran Pendaftaran Darjah Satu di kulit belakang untuk senarai sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan tersebut.)*

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk “Choosing the right school: a parents’ guide for children with special educational needs”, di laman web: https://www.moe.gov.sg/docs/default-source/document/education/special-education/files/parents-guide-children-special-educational-needs.pdf

*Senarai sekolah juga boleh didapati di https://www.moe.gov.sg/education/programmes/support-for-children-special-needs

BAYARAN YURAN BULANAN DI SEKOLAH RENDAH PEMERINTAH DAN SEKOLAH RENDAH BANTUAN PEMERINTAH

Untuk maklumat lanjut mengenai yuran sekolah anak anda, sila layari www.moe.gov.sg/education/primary/ dan www.moe.gov.sg/education/admissions/international-students/general-info/#monthly-school-fees.

SKIM EDUSAVESkim Edusave memaksimumkan peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak warganegara Singapura dengan menyediakan murid dan sekolah dengan dana untuk membayar program pengayaan atau membeli sumber tambahan. Skim ini juga memberi ganjaran kepada murid yang baik kelakonannya atau yang mencatatkan kemajuan dalam bidang akademik dan kegiatan bukan akademiknya.

Anak anda akan menerima sumbangan tahunan ke dalam akaun Edusave, jika dia seorang warganegara Singapura dan berumur 7 hingga 16 tahun atau berada di sekolah rendah dan menengah di sekolah yang dibiayai MOE. Jumlah yang sumbangan bagi 2017 ialah $200 bagi pelajar peringkat sekolah rendah.

DANA EDUSAVE MURID GERAN EDUSAVE

Anak anda boleh menggunakan dana dalam akaun Edusavenya untuk membayar:• Program pengayaan yang dianjurkan oleh sekolahnya; dan• Yuran rampaian tahap kedua di sekolah rendah pemerintah atau sekolah rendah bantuan pemerintah.

Sekolah anak anda juga akan menerima geran tahunan untuk membeli peralatan mengajar atau menganjurkan aktiviti-aktiviti pengayaan yang akan memanfaatkan anak anda.

1211

1 Yuran tambahan tingkat kedua ditentukan oleh sekolah sehingga had 100% yuran tambahan biasa. Perhatian: Yuran tepat pada bulan Mac 2017 tertakluk pada perubahan.

INGIN TAHU LEBIH LANJUT?Sila kunjungi www.moe.gov.sg

Maklumat sekolah rendah tertentu boleh didapati di bahagian Perkhidmatan Maklumat Sekolah di lelaman web MOE (http://sis.moe.gov.sg/).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sekolah pilihan anda, anda boleh mengunjungi lelaman web sekolah, menghadiri Rumah Terbuka, atau menghubungi sekolah berkenaan.

YURAN SEKOLAHMOE telah memperkenalkan inisiatif untuk membantu ibu bapa kanak-kanak yang menghadapi kesulitan kewangan untuk menyekolahkan anak mereka.

Page 9: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

ANUGERAH EDUSAVE Anugerah Edusave mengiktiraf pencapaian para pelajar dalam bidang akademik dan bukan akademik dan menggalak mereka untuk terus cemerlang.

Anak anda layak untuk Anugerah Edusave jika dia seorang warganegara Singapura dan cemerlang dalam bidang-bidang seperti berikut di sekolah.

ANUGERAH EDUSAVE SYARAT KELAYAKAN JUMLAH (SETIAP TAHUN)

• Anugerah Keperibadian Edusave

Sehingga 2% pelajar yang menunjukkan perwatakan dan sikap peribadi yang cemerlang melalui kelakuan dan tindakan mereka.

• $200 untuk Darjah 1 hingga Darjah 3• $350 untuk Darjah 4 hingga Darjah 6

• Biasiswa Edusave 10% pelajar yang terbaik dalam peringkat/kursus dari segi prestasi akademik dan mempunyai kelakuan yang baik.

• $350 bagi Darjah 5 hingga Darjah 6.

• Anugerah Edusave bagi Pencapaian, Kepimpinan dan Khidmat Baik (EAGLES)

10% pelajar terbaik yang telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan, khidmat kepada masyarakat dan sekolah, cemerlang dalam kegiatan-kegiatan bukan akademik dan mempunyai kelakuan yang baik.

• $250 untuk Darjah 4 hingga Darjah 6

• Dermasiswa Merit Edusave

25% pelajar terbaik dalam peringkat/kursus dari segi prestasi akademik dan mempunyai kelakuan yang baik. Pendapatan keluarga mereka tidak melebihi $6,000 (atau pendapatan per kapita* tidak melebihi $1,500).

• $200 untuk Darjah 1 hingga Darjah 3• $250 untuk Darjah 4 hingga Darjah 6

• Anugerah Kemajuan Baik Edusave

10% pelajar terbaik dalam setiap peringkat/kursus yang menunjukkan peningkatan dalam prestasi akademik dan mempunyai kelakuan yang baik.

• $100 untuk Darjah 2 hingga Darjah 3• $150 untuk Darjah 4 hingga Darjah 6

* Pendapatan per kapita ialah Pendapatan Kasar Keluarga yang dibahagikan dengan bilangan anggota keluarga termasuk pelajar itu sendiri, ibu bapa, adik-beradik yang belum berkahwin dan datuk nenek.

SKIM BANTUAN KEWANGAN

Skim bantuan kewangan tersedia untuk memastikan bahawa setiap anak harus mendapat pendidikan walaupun mempunyai masalah kewangan.

Skim Bantuan Kewangan (FAS) MOE memberi kepada murid yang kurang berkemampuan bantuan buku teks percuma, pakaian sekolah, subsidi pengangkutan dan penepian yuran rampaian standard. Murid-murid sekolah rendah yang menerima FAS MOE juga disediakan dengan subsidi makanan.

Sekolah juga menyediakan bantuan budi bicara (contohnya, kupon makanan) dengan menggunakan dana berasaskan sekolah.

Ibu bapa dan murid-murid boleh menghubungi sekolah secara langsung jika mereka memerlukan bantuan kewangan.

DANA KESEMPATAN

Selain skim-skim bantuan kewangan, MOE menyediakan Dana Kesempatan untuk sekolah-sekolah, ITE dan politeknik menyediakan kegiatan pengayaan dan peluang pembangunan kokurikular yang lain bagi para pelajar warganegara Singapura daripada keluarga yang kurang bernasib baik. Dana tersebut boleh juga digunakan sebagai subsidi bagi pembelian komputer untuk para pelajar yang memerlukan di bawah Program NEU PC Plus kelolaan IDA. Ini untuk memastikan mereka tidak dinafikan peluang belajar disebabkan keadaan keluarga mereka.

* Pendapatan per kapita ialah Pendapatan Kasar Keluarga yang dibahagikan dengan bilangan anggota keluarga termasuk pelajar itu sendiri, ibu bapa, adik-beradik yang belum berkahwin dan datuk dan nenek.

SKIM BANTUAN KEWANGAN MOE (FAS) UNTUK SEKOLAH RENDAH PEMERINTAH DAN BANTUAN PEMERINTAH

KELAYAKANYURANRAMPAIANSTANDARD

BUKU TEKSPAKAIANSERAGAMSEKOLAH

MAKANAN PENGANGKUTAN

• Keluarga yang berpendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi $2,500 sebulan • Pendapatan Per Kapita* tidak melebihi $625 sebulan

100%pengecualian

Percuma Percuma Subsidi untuk tujuh waktu makan seminggu (berkuat kuasa dari 1 Januari 2016)

Murid-murid yang menaiki bas sekolah: 50% daripada tambang bas sekolah

Murid-murid yang menggunakan pengangkutan awam: $120 kredit pengangkutan setiap tahun

1413

Page 10: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Ibu Bapa dan Sekolah Selaku Rakan

• Bantunya mengetahui di mana dia boleh mendapatkan bantuan di sekolah (seperti Guru Darjah atau Kaunselor Sekolah) dan cara dia boleh mendapatkan bantuan. Anda juga boleh main peranan dengan anak anda.

• Buat anak anda berasa teruja akan pengalaman baharu, seperti menjalin hubungan rakan baharu atau belajar perkara baharu.

HARGAI ANAK ANDA• Hargai anak anda kerana dirinya, bukan hanya kerana perkara-perkara yang telah dicapai oleh anak anda.

• Bina dan perkukuh hubungan baik dengan anak anda. Hargai pandangannya dan dengar apa yang dia perkatakan.

• Sayangi anak anda walau apa pun keputusannya.

• Perakui usaha anak anda – beri tumpuan pada proses, bukan markah atau gred.

• Bantu anak anda mencapai sasaran yang ditetapkan olehnya. Elak daripada membandingkan prestasi anak anda dengan murid lain.

• Jangan kedekut dengan pujian yang anda beri kepada anak anda.

BINA PERWATAKAN ANAK ANDAIbu bapa memainkan peranan penting dalampendidikan nilai. Dalam kurikulum CCE sekolahrendah, satu segmen baharu bertajuk ‘Masa Bersama Keluarga’ telah disertakan untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak melalui aktiviti-aktiviti cadangan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama-sama anak mereka. Cara ini dapat mengukuhkan perkara yang telah diajar di sekolah.

• Fahami kekuatan dan kelemahan anak anda. Bantu anak anda membangunkan lagi kekuatannya.

• Letakkan harapan dan matlamat yang realistik untuk dicapai oleh anak anda.

• Tetapkan matlamat langkah demi langkah untuk membolehkan anak anda mencapainya dan mengalami kejayaan.

• Disiplin anak anda dengan empati dan kasih sayang. Tingkah laku kurang baik anak anda, walaupun salah, mungkin percubaan terbaiknya untuk memenuhi keperluannya pada ketika itu. Salah laku sedemikian perlu memperlihatkan akibatnya dan diperbetulkan dengan kefahaman dan kasih sayang. Bantu anak anda memahami mengapa tingkah laku yang dipilihnya itu salah, dan cara yang betul untuk memenuhi keperluannya.

BANTU DAN BIMBING ANAK ANDA DALAM PEMBELAJARANNYA• Bantu anak anda untuk membina rutin bagi sekolah dan kerja rumah.

• Wujudkan suasana pembelajaran yang kondusif yang sesuai dengan gaya atau tabiat pembelajaran anak anda.

• Ajar anak anda memantau tingkah lakunya sendiri agar dia dapat memupuk disiplin diri.

• Berwaspada dengan keperluan dan kebimbangan anak anda. Dapatkan bantuan daripada kakitangan sekolah seperti Guru Darjah, Kaunselor Sekolah, Ketua Jabatan (Kebajikan Pelajar), Penyelaras Sokongan Pembelajaran, atau pakar lain, jika perlu.

Membesarkan anak adalah pengalaman yang amat berharga dan bermakna, dan sebagai ibu bapa, anda adalah pengemudi perkembangan anak anda. Perkembangannya bermula di rumah dan di sekolah, dan apabila kedua-dua persekitaran ini saling serasi, anak anda mendapat manfaat yang paling besar. Bekerjasama seiring dengan sekolah akan membantu anda memahami keperluan dan perkembangan anak anda dengan lebih baik, agar anda boleh memberi kepadanya penjagaan, sokongan dan pengukuhan yang diperlukan di rumah.

MOE menggalakkan lebih ramai ibu bapa untuk tampil ke hadapan dan menghulurkan kepakaran mereka dalam program dan kegiatan sekolah. Perkongsian antara rumah dan sekolah, di samping komuniti, boleh memperkaya pengalaman pembelajaran anak anda.

Apabila anak anda memasuki Darjah 1, anda akan menerima satu salinan Buku Kegiatan Ibu Bapa-Anak, yang menjadi sumber bagi ibu bapa untuk menyokong transisi anak mereka dari prasekolah ke Darjah 1. Buku ini menawarkan petua keibubapaan dan menyarankan kegiatan untuk menggalakkan perbualan di rumah. Ia juga membantu anda menegaskan nilai dan rutin yang anak anda amalkan di sekolah.

Yang berikut ialah panduan yang boleh anda gunakan untuk membantu anak anda pada tahun-tahun awal pendidikannya supaya dia mendapat pengalaman pembelajaran yang seronok semasa di sekolah rendah.

BANTU ANAK ANDA MENGENALI SEKITARAN SEKOLAHNYAAnak anda akan berasa lebih bersemangat untuk ke sekolah jika dia dibiasakan dengan persekitaran baharunya lebih awal.

• Kunjungi dan buat lawatan ke kawasan sekolah bersama anak anda atau tunjukkan kepadanya gambar sekolah.

• Berbincang dengan anak anda tentang rutin baharu yang akan dilaluinya setiap hari, seperti memakai uniform sekolah, melawat kantin dan bermain-main dengan rakan sekolahnya pada waktu rehat.

• Galakkan anak anda berlatih kemahiran seperti meminta izin, membeli makanan, menyiapkan beg sekolah dan mengirim pesanan antara sekolah dan ibu bapanya.

1615

Page 11: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

1817 PRIMARYSCHOOL

EDUCATION

1 Para pelajar yang memilih kurikulum aliran utama di Sekolah Pathlight akan menduduki PSLE, dan boleh juga menduduki peperiksaan N- atau O-Level.

2 Sekolah-sekolah khusus menawarkan program yang disesuaikan untuk pelajar yang cenderung ke arah pembelajaran amali dan praktikal. Ada sesetengah sekolah yang turut menawarkan peperiksaan N(T)-Level.

Sekolah-sekolah ini ialah Sekolah Northlight, Sekolah Assumption Pathway, Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra.

3 Sekolah Bebas Khusus menawarkan pendidikan khusus yang memenuhi keperluan para pelajar yang mempunyai bakat dan minatw yang mendalam dalam bidang-bidang khusus, seperti seni, sukan, matematik dan sains, serta pembelajaran gunaan. Sekolah-sekolah ini adalah Sekolah Seni, Sekolah Sukan Singapura, Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS, dan Sekolah Sains dan Teknologi. Para pelajar yang layak daripada Sekolah Sukan Singapura boleh melanjutkan pelajaran secara langsung ke Politeknik Republik. Para pelajar yang layak daripada Sekolah Seni boleh menyertai program diploma di Nanyang Academy of Fine Arts melalui kemasukan khusus selepas pengajian tahun keempat.

4 Kelayakan Alternatif merujuk pada kelayakan yang secara tradisi tidak ditawarkan di sekolah-sekolah aliran utama di Singapura.

5 Program Asas Politeknik (PFP) ialah program asas khusus-diploma yang dikendalikan oleh politeknik meliputi lebih dua semester bagi para pelajar yang telah menyempurnakan Pendidikan Menengah 4N(A). Para pelajar yang telah berjaya melengkapkan PFP boleh melanjutkan pelajaran secara langsung ke tahun pertama dalam kursus diploma politeknik mereka masing-masing.

6 Program Kemasukan Terus ke Progam Politeknik (DPP) adalah melalui laluan langsung ke politeknik bagi para pelajar yang telah menyempurnakan pendidikan Menengah 4N(A). Para pelajar DPP yang telah berjaya melengkapkan dua tahun program Higher Nitec di ITE dan memperoleh skor Purata Mata Gred (GPA) yang layak, mempunyai tempat yang terjamin dalam kursus diploma politeknik yang digariskan dalam kursus Higher Nitec mereka.

7 Individu dewasa dan profesional yang bekerja digalakkan untuk meningkatkan kemahiran atau menggilap kemahiran sedia ada melalui pilihan pembelajaran berkualiti dalam program pembelajaran sepanjang hayat yang disediakan oleh Institusi-institusi Pendidikan Tinggi kita serta pembekal latihan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) Singapura yang menerima akreditasi Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA).

Perhatian: Para pelajar boleh memilih untuk berpindah dalam peringkat yang sama antara Ekspres, N(A) dan N(T), jika penilaian menunjukkan mereka lebih sesuai untuk kursus-kursus ini. (This has not been fully represented in the graphic).

RENDAH

PENDIDIKANKHAS

SEKOLAHPENDIDIKAN KHAS1

PEPERIKSAANTAMAT

SEKOLAHRENDAH(PSLE)

SEKOLAH RENDAH6 tahun

SEKOLAHBIAYAAN PERSENDIRIAN

4-6 tahun

SEKOLAHBEBAS

KHUSUS3

4-6 tahun

KELAYAKANALTERNATIF4

KELAYAKANALTERNATIF4

KELAYAKANALTERNATIF4

UNIVERSITI

MAKTAB RENDAH/INSTITUTTERPUSAT

2-3 tahun

PFP5

1 tahun

DPP6

KERJAYA & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT7

POLITEKNIK2-3 tahun

INSTITUTPENDIDIKANTEKNIKAL

2-3 tahun

INSTITUSISENI

3-6 tahun

EKSPRES4-6 tahun

BIASA(AKADEMIK) [N(A)]

4-5 tahun

BIASA(TEKNIK) [N(T)]

4 tahun

GCE N(T)-LEVEL

GCE N(A)-LEVEL

GCE O-LEVEL

GCE A-LEVEL

SEKOLAHKHUSUS2

3-6 tahun

6 tahun 4-5 tahunMENENGAH PASCAMENENGAH

Sistem Pendidikan Singapura : Gambaran Keseluruhan

Page 12: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

Support andContact19

PRIMARY SCHOOL EDUCATION

SOKONGAN DAN HUBUNGANDapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai program sekolah dan jalinkan hubungan secara kerap dengan guru anak anda; hubungan rapat antara anda dengan pihak sekolah akan membantu anda sentiasa dimaklumkan dan dilibatkan dalam kemajuan anak anda.

Pembangunan holistik anak anda ialah tumpuan usaha sekolah kami. Bersama-sama, kita boleh membantu anak anda mencapai potensi sepenuhnya.

Ibu bapa yang berminat untuk memberikan perkhidmatan boleh menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (PSG) di sekolah anak mereka. Sebagai sebahagian daripada PSG, ibu bapa akan berpeluang bekerja dengan kakitangan sekolah dalam program dan projek yang akan memanfaatkan anak-anak mereka dan sekolah.

Untuk mendapatkan berita terkini mengenai pendidikan dan sorotan mengenai sekolah dan guru, sila layari www.schoolbag.sg dan aplikasi mudah alih Schoolbag yang boleh didapati di Apple iTunes Store (bagi iOS) atau Google Play store (untuk Android).

Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai pendidikan sekolah rendah, layari laman web MOE di www.moe.gov.sg atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MOE di 6872 2220. Anda juga boleh berhubung dengan kami melalui facebook di www.facebook.com/moesingapore.

19

Page 13: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH · PDF filekerja projek. Ini membolehkan para pelajar ... LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk

1 North Buona Vista Drive Singapore 138675 Tel: 6872 2220

Email: [email protected]

www.moe.gov.sg

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM RISALAH INI TEPAT PADA MEI 2017DIHASILKAN OLEH KUMPULAN KOMUNIKASI DAN PELIBATAN MOE