pendidikan keusahawanan sekolah rendah

Upload: geeanna-arienna-amadeus

Post on 04-Jun-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Pendidikan Keusahawanan Sekolah Rendah

    1/1

    PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN SEKOLAH RENDAH(NURTURE BUSINESS MINDED)Ipoh, Sabtu: 30 Oktober 2010 / 22 Zulkaedah 1431

    9/10 rezeki berpunca daripada bidang perniagaan. Hadith berkenaan begitu selaras denganmodel pusingan aliran pendapatan dalam teori ekonomi. Interaksi antara isi rumah denganfirma di pasaran barang (dan perkhidmatan), serta di pasaran faktor (pengeluaran)hakikatnya membabitkan urus niaga jual beli.

    Pendedahan tentang bab perniagaan dan keusahawanan perlu dipupuk sejak alam kanak-kanak lagi. Perniagaan ialah suatu ibadah selama mana diikhlaskan demi keredaan-Nya,serta mematuhi segala hukum-hakam yang ditetapkan. Etika dan nilai murni wajib menjadipegangan setiap peniaga jika ingin bertahan lama dalam bidang perniagaan yang penuhpeluang, risiko dan saingan.

    Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh (SKSA) buat kesekian kalinya berjaya menganjurkan

    karnival hari keusahawanan. Menurut Yang Mulia Raja Zainal Abidin, guru besar SKSA,projek tahunan sekolah itu bertujuan menyemai semangat keusahawan dalam kalanganmurid sejak tahun satu. Lot niaga diserahkan kepada kelas terpilih untuk kendalian murid,di bawah bimbingan dan pengawasan guru.

    Beliau mengakui bahawa ketahanan murid menjaga gerai mungkin sukar sampai lima jam,iaitu jumlah masa yang diperuntukkan. Sebagai kanak-kanak yang tidak betah duduk diam,mereka juga teringin untuk berlegar-legar meninjau gerai-gerai yang lain. Sebab itulahmenjelang pukul 10 pagi, gerai mula "diserahkan" di bawah kendalian guru pembimbingmereka!

    Namun, pendedahan kira-kira dua jam awal berkenaan sudah cukup sebagai titik tolakinspirasi keusahawan. Mereka sudah boleh mempelajari pengalaman sebenar urus niagadan mengaplikasikan kemahiran interpersonal yang selama ini dipelajari di dalam bilikdarjah. Kenangan yang diperoleh pasti sukar dilupakan walaupun barangkali merekamemilih bidang yang lain sebagai punca pendapatan masa hadapan mereka.

    Selain ruang niaga, SKSA turut menjemput beberapa organisasi untuk menjayakan pamerandan promosi keluaran masing-masing. Walaupun di bandaraya Ipoh ibu bapa bolehmembawa anak mengunjungi pameran yang lebih besar, kedatangan petugas organisasiyang bersedia melayani pertanyaan murid sekolah rendah dirasakan mempunyai impakyang tersendiri. Lagi pun, bahan-bahan pameran bersesuaian dengan objektif karnival yangturut menekankan keusahawanan yang luhur dan sihat.

    Sebagai daya tarikan supaya ibu bapa dan murid menunggu lebih lama dan barang jualanlebih laris, beberapa acara sampingan diadakan. Terdapat pertandingan bola jaring, futsaldan tarik tali yang bermula dari awal pagi hingga ke penghujung karnival. Kedatangan ibubapa yang "dipaksa" oleh anak-anak merupakan satu lagi peluang untuk berkomunikasidengan pentadbiran dan guru-guru SKSA...