pendapat berita 1-5

3
BERITA 1 : MURID TERCUCUK BESI LONGKANG DI SABAH Pada pandangan saya, berita tersebut amat membimbangkan. Semua pihak bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang penting demi mengelakkan berlakunya kejadian tersebut selepas ini. Misalnya, pihak kerajaan harus memastikan bahawa keadaan jalan raya, kemudahan- kemudahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan yang selamat. Pihak kerajaan juga boleh memberi dendaan atau saman kepada individu yang merosakkan kemudahan yang disediakan. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh kerap mengadakan perjumpaan PIBG, supaya memberi kesedaran kepada para ibu bapa demi mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan sentiasa menjaga mereka semasa berjalan di jalan raya. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan yang boleh meragut nyawa. Selain itu, media massa juga boleh memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat, supaya sentiasa berwaspada semasa berada di luar terutamanya di jalan raya. BERITA 2 : PELAJAR SEKOLAH AGAMA MATI DALAM PERGADUHAN Menurut pandangan saya, masalah yang ditemui di dalam berita tersebut merupakan salah satu gejala sosial yang sering berlaku di dalam negara kita. Bagi menangani masalah tersebut, pihak pentadbiran sekolah harus memainkan peranan amat penting. Pihak pentadbiran sekolah harus menetapkan peraturan-peraturan yang ketat yang boleh menakutkan para pelajar daripada melakukan perbuatan yang salah disisih peraturan dan undang-undang. Selain itu, para guru juga boleh mengadakan pembelajaran koperatif dan juga aktiviti-aktiviti berkumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, para guru dapat mengeratkan hubungan antara pelajar. Hal ini juga dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham antara pelajar. Tambahan pula, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni

Upload: logesha-eva

Post on 17-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NJJH

TRANSCRIPT

Page 1: Pendapat Berita 1-5

BERITA 1 : MURID TERCUCUK BESI LONGKANG DI SABAH

Pada pandangan saya, berita tersebut amat membimbangkan. Semua pihak bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang penting demi mengelakkan berlakunya kejadian tersebut selepas ini. Misalnya, pihak kerajaan harus memastikan bahawa keadaan jalan raya, kemudahan-kemudahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan yang selamat. Pihak kerajaan juga boleh memberi dendaan atau saman kepada individu yang merosakkan kemudahan yang disediakan. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh kerap mengadakan perjumpaan PIBG, supaya memberi kesedaran kepada para ibu bapa demi mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan sentiasa menjaga mereka semasa berjalan di jalan raya. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan yang boleh meragut nyawa. Selain itu, media massa juga boleh memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat, supaya sentiasa berwaspada semasa berada di luar terutamanya di jalan raya.

BERITA 2 : PELAJAR SEKOLAH AGAMA MATI DALAM PERGADUHAN

Menurut pandangan saya, masalah yang ditemui di dalam berita tersebut merupakan salah satu gejala sosial yang sering berlaku di dalam negara kita. Bagi menangani masalah tersebut, pihak pentadbiran sekolah harus memainkan peranan amat penting. Pihak pentadbiran sekolah harus menetapkan peraturan-peraturan yang ketat yang boleh menakutkan para pelajar daripada melakukan perbuatan yang salah disisih peraturan dan undang-undang. Selain itu, para guru juga boleh mengadakan pembelajaran koperatif dan juga aktiviti-aktiviti berkumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, para guru dapat mengeratkan hubungan antara pelajar. Hal ini juga dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham antara pelajar. Tambahan pula, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka sejak kecil. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk seseorang individu menjadi seorang insan yang mulia dan elakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.

BERITA 3 : 260,000 PEKEBUN KECIL GETAH TERIMA BANTUAN RM500

Pada pandangan saya, saya juga berbangga dan gembira terhadap bantuan kerajaan kepada pekebun kecil getah akibat kejatuhan harga getah. Bantuan kewangan iaitu RM 500 yang diberikan oleh kerajaan amat membantu para pekebun kecil getah untuk menyara kos perbelanjaan keluarga masing-masing. Tambahan pula, saya juga mencadangkan bahawa bantuan kewangan kepada pekebun kecil getah ini harus diteruskan supaya dapat membantu

Page 2: Pendapat Berita 1-5

menyara kos pelajaran anak-anak pekebun tersebut. Di samping itu, kerajaan juga harus membantu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada individu yang belum memiliki sebarang perkerjaan (penganggur). Hal ini dapat membantu individu tersebut untuk menyara kos hidupnya.

BERITA 4 : 22 WARGA FILIPINA DIDAKWA GUNA KAD PENGENALAN PALSU

Sejak kebelakangan ini, negara kita menghadapi pelbagai gejala sosial. Gejala sosial ini bukan sahaja dilakukan oleh warganegara Malaysia tetapi warganegara asing yang datang ke negara kita secara haram juga merupakan salah satu faktor pencetus gejala sosial ini. Pendatang asing yang haram juga boleh mencalarkan imej dan identiti negara. Jadi, pihak kerajaan, pihak polis serta pihak kastam juga harus sentiasa berwaspada dalam hal kemasukan pendatang asing ke negara kita demi mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang membawa impak negatif.

BERITA 5 : 26, 020 LITER DIESEL DIRAMPAS

Saya cukup berbangga terhadap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang berjaya merampas 26, 020 liter diesel, dan juga beberapa lori mengandungi bahan bakar. Namun, terdapat juga pihak yang masih menyorokkan atau menyembunyikan bahan-bahan seperti diesel, petrol, logam yang sebenarnya merupakan hak milik kerajaan. Hal ini merupakan salah satu penghalang kepada pembangunan ekonomi negara kita. Jadi, saya juga mencadangkan bahawa pihak KPDNKK boleh menubuhkan beberapa kumpulan yang efektif yang boleh melakukan pengawasan yang mantap demi mengelakkan berlakunya sebarang masalah pencurian atau penyembunyian bahan-bahan hak milik kerajaan.

Page 3: Pendapat Berita 1-5