pendahuluan - tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · web...

22
Laporan Tahunan Hospital Jerantut JABATAN PESAKIT LUAR 1.Pendahuluan Jabatan Pesakit Luar Hospital Jerantut telah memulakan operasinya pada tahun 1977 sewaktu penubuhan hospital ini. Sebagai tunggak utama perkhidmatan kesihatan, sudah tentulah ianya dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di daerah ini. Sejumlah 86,700 penduduk Daerah Jerantut (Statistik 2004) mendapat akses kepada perkhidmatan yang diberikan oleh hospital ini. Pada tahun 1992 kerajaan telah mengubah polisi perkhidmatan rawatan pesakit luar yang berkonsepkan penjagaan kesihatan primer. Bahagian Kesihatan Awam KKM telah mengambil alih perkhidmatan ini termasuk anggota perkhidmatannya ditadbir urus sepenuhnya oleh pentadbiran Pejabat Kesihatan Jerantut dengan fasiliti utamanya dikekalkan di kawasan hospital. Setelah 12 tahun di bawah pentadbiran pejabat kesihatan daerah, perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar kini diserah kembali kepada pentadbiran perubatan (Hospital Jerantut) mulai 18 Julai 2005 melalui surat Bil(27) dlm.PKJ/100/13 bertarikh 7 Julai 2005. Penyerahan ini termasuk juga anggota perkhidmatan dan aset. Keputusan kerajaan ini melibatkan seluruh negara setelah megambilkira kepentingan anggota perkhidmatan, masyarakat dan juga negara. 2.Objektif Jabatan Pesakit Luar Sedia memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang berkualiti, bertanggungjawab dan profesional berasaskan pemuafakatan proaktif dan inovatif lagi efisyen untuk mencapai hospital cemerlang. 24

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

JABATAN PESAKIT LUAR

1.Pendahuluan

Jabatan Pesakit Luar Hospital Jerantut telah memulakan operasinya pada tahun 1977 sewaktu penubuhan hospital ini. Sebagai tunggak utama perkhidmatan kesihatan, sudah tentulah ianya dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di daerah ini. Sejumlah 86,700 penduduk Daerah Jerantut (Statistik 2004) mendapat akses kepada perkhidmatan yang diberikan oleh hospital ini.Pada tahun 1992 kerajaan telah mengubah polisi perkhidmatan rawatan pesakit luar yang berkonsepkan penjagaan kesihatan primer. Bahagian Kesihatan Awam KKM telah mengambil alih perkhidmatan ini termasuk anggota perkhidmatannya ditadbir urus sepenuhnya oleh pentadbiran Pejabat Kesihatan Jerantut dengan fasiliti utamanya dikekalkan di kawasan hospital.Setelah 12 tahun di bawah pentadbiran pejabat kesihatan daerah, perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar kini diserah kembali kepada pentadbiran perubatan (Hospital Jerantut) mulai 18 Julai 2005 melalui surat Bil(27) dlm.PKJ/100/13 bertarikh 7 Julai 2005. Penyerahan ini termasuk juga anggota perkhidmatan dan aset. Keputusan kerajaan ini melibatkan seluruh negara setelah megambilkira kepentingan anggota perkhidmatan, masyarakat dan juga negara.

2.Objektif Jabatan Pesakit Luar

Sedia memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang berkualiti, bertanggungjawab dan profesional berasaskan pemuafakatan proaktif dan inovatif lagi efisyen untuk mencapai hospital cemerlang.

Untuk mempastikan semua pelanggan/pesakit diberi perkhidmatan dengan sewajarnya berdasarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan.

3.Perkhidmatan

Walaupun pengurusan Jabatan Pesakit Luar telah ditadbir urus sepenuhnya oleh pengurusan hospital, ciri-ciri dan polisi perkhidmatan masih berteraskan kesihatan primer. Perlaksanaan perkhidmatan kesihatan primer seperti saringan (”screening”) yang meliputi ”screening for risk factor” dan ”screening for complications” adalah asas pengujudan “wellness clinic” bagi pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Bagi memudahkan pengurusan perjalanan Jabatan Pesakit Luar telah dibahagi kepada beberapa sub-perkhidmatan.

24

Page 2: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

a) Klinik Pesakit Luar Amb) Klinik Khasc) Promosi Dan Kualiti

a) Klinik Pesakit Luar Am

Klinik ini melaksanakan program perkhidmatan seperti berikut.

Merawat semua kes pesakit luar termasuk kes termasuk kes rujukan dari fasiliti lain meliputi rawatan, siasatan makmal, pengimejan dan sebagainya.

Membuat saringan pelbagai penyakit meliputi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

Merujuk kes ke disiplin kepakaran tertentu mengikut keutamaan dan keperluan.

Merawat kes-kes ulangan (penyakit konik) mengikuit tarikh temujanji yang diberikan.

Menjalankan program pemeriksaan kesihatan seperti permohonan kemasukan ke pelbagai intitusi pendidikan, pengesahan jawatan, tawaran perjawatan, permohonan menunaikan haji dan sebagainya.

Melakukan prosedur kecil seperti suntikan , pengambilan sampel, dektrostik dan urin protin.

b) Klinik Khas

Klinik Khas yang telah memberi perkhidmatan di Jabatan Pesakit Luar ini ialah Klinik Diabetis . Klinik Dada dan Perkhidmatan baru yang diperkenalkan mulai bulan Mac 2007 ialah Klinik Berhenti Merokok, Klinik IGT/Obesiti . Walaubagaimanapun perrkidmatan baru ini masih diperingkat awal kerana beberapa masalah teknikal terutamanya sumber manusia.

Klinik Khas ini lebih kepada meguruskan sistem klinik tersebut seperti pendaftaran , saringan (screening) , kauseling, ’tracing defaulter’, ’tracing contact”, temujanji ,statistik , notifikasi dan sebagainya.

25

Page 3: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

c) Promosi / Kualiti

Meliputi promosi kesihatan , pameran kesihatan dan sebagainya

Kajian masa menunggu dan kajian kepuasan pelanggan

Projek HSR, Inovasi, KMK dan HSA/QA

4.Statistik

Kedatangan Pesakit Luar

4663644901

43515 44917

50821

3800040000420004400046000480005000052000

2003 2004 2005 2006 2007

Kedatangan Pesakit Luar Hospital Jerantut 2003-2007

Kedatangan Pesakit

Graf 1

Graf 2 diatas menunjukkan kedatangan tahunan pesakit di Jabatan Pesakit Luar. Kedatangan pesakit meningkat bermula tahun 2005 meningkat 1402 (3.22%) kepada 44917 pada tahun 2006. Peningkatan lebih ketara pada tahun 2006 ke tahun 2007 dengan pertambahan 5904 kedatangan (13.14%). Peningkatan mendadak ini ada kaitan dengan beberapa penambahbaikan dari segi pendaftaran dan data dikemaskini sejak bulan Mac 2007.

26

Page 4: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Selain dari itu mutu perkhidmatan rawatan yang lebih baik dan masa menunggu yang kurang juga boleh dikira sebagai penyebab kenaikan. Permulaan waktu bekerja berperingkat dan penetapan Pegawai Perubatan seramai 3 orang dan seorang Penolong Pegawai Perubatan bertugas bermula jam 8.00 pagi juga faktor yang menarik lebih ramai pelanggan. Faktor kesedaran orang awam untuk mendapatkan rawatan juga boleh diambil kira sebagai faktor yang mempengaruhi keadaan ini.

Kedatangan Pesakit Jabatan Pesakit Luar Hospital Jerantut Jan-Dis 2007

4155

3324

4050 41154307

46824895

4522

4158 4251 43304032

20031695

1284 13231573

1848 1855

1446 14641180 1276

1531

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec

Jumlah Kedatangan Kes Baru

Graf 2

Graf diatas menunjukkan kedatangan kes baru dan jumlah kedatangan dari Jan-Dis 2007. Secara kasarnya tiada banyak beza dari segi kedatangan dari unjuran bulanan yang ditunjukkan. Sejumlah 50821 kedatangan dan 36.4% (18478) adalah kes baru. Dengan itu purata kedatangan sehari bekerja bagi Jabatan Pesakit Luar ialah 207 kes .

27

Page 5: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Kedatangan Pesakit J abatan Pesakit Luar Hospital J erantut 2007 (Etnik Kaum)

71.12%

0.44%7.77%

19.00%

1.67%

Melayu Cina India Lain-Lain Bukan Warganegara

Graf 3

Graf di atas menunjukkan kedatangan pesakit 2007 mengikut etnik kaum, sesuai dengan populasi kependudukan Daerah Jerantut yang didominasi kaum Melayu. Secara kasarnya kuam Melayu 36144 (71.12%), Cina 9658 (19%), India 3947 (7.77%), Lain-lain Kaum 222 (0.44%) dan bukan warganegara 850 (1.67%). Tidak banyak beza dari tahun ketahun unjuran dari segi kompisisi kedatangan kaum.

5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan

Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang diberi kepada pelanggan di unit ini.Antaranya ialah permohonan pemeriksaan bagi pengesahan jawatan, kemasukan ke intitusi pengajian, pemeriksaan anggota perkhidmatan awam, menunaikan haji dan lain-lain. Mulai tahun 2007 perkhidmatan ini telah diperkemaskan bagi kemudahan pelanggan dan juga pengurusan hospital. Ianya juga melibatkan unit lain seperti hasil, makmal dan perkhidmatan pengimejan. Pihak pengurusan telah menempatkan Penolong Pegawai Perubatan U29 mengendalikan proses saringan / temujanji dan dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan/Penolong Jururawat.Perkhidmatan ini menetapkan kadar had diterima bagi mengendalikan pemeriksaan kesihatan iaitu 20 pelanggan sehari. Dengan sistem yang telah disediakan kini jabatan telah dapat mengendalikan perkhidmatan dengan lebih sempurna terutama semasa permintaan permohonan tinggi terutama dimusim kemasukan ke pelbagai intitusi pengajian.

28

Page 6: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Jumlah Permohonan Pemeriksaan Kesihatan 2007 Hospital Jerantut

917

605

246

182

0 200 400 600 800 1000

Lain-Lain

Kemasukan IPT

Taw aran Jaw atan

AnggotaPerkhd.Aw am:

Graf 4

Graf di atas menunjukkan jumlah permohonan mengikut pelbagai kategori. Bagi kategori kemasukan ke intitusi pengajian tinggi yag meliputi IPT awam dan swasta /kolej dan politeknik sebanyak 31.03% (605), penerimaan jawatan kerajaan/swasta 12.62% (246), pemeriksaan anggota perkhidmatan awam 9.33% (246). Perkhidmatan lain-lain termasuklah permohonan pemeriksaan orang kurang upaya, kemasukan asrama murid sekolah, PLKN, JPJ dan sebagainya sejumlah 47.03% (917)

6. Beban Kerja Jabatan Pesaki Luar.

Mulai tahun 2007 pengumpulan data bebankerja dikemaskini mengikut kriteria yang mana tiada data diperolehi secara sistematik pada tahun seblumnya. Dari jadual data dibawah dapat disimpulkan bebankerja agak tinggi terutamanya prosedur yang dilakukan di bilik H.

29

Page 7: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Jadual 1

Dari jadual di atas sejumlah 31109 prosedur kecil diljalankan. Antara prosedur yang dijalankan ialah pengambilan sampel darah 9505 (30.6%), diikuti pengambilan dekstrotik 7007(22.5%) , urin albumin 6116 (19.6%) dressing 4399 (14.1%) dan ECG 1026 (0.03%)

6.Klinik Khas

Klinik Diabetis.

Klinik Diabetis yang mula beroperasi pada Mac 2002 pada dasarnya adalah program kesihatan awam. Klinik Diabetis telah diambil alih oleh pengurusan hospital sejajar dengan arahan penyerahan Jabatan Pesakit Luar kepada pengurusan Hospital Jerantut. Klinik ini diterajui oleh seorang Jururawat U29 yang mngendalikan secara khusus program-program yang telah ditetapkan mengikut protokol pengurusan diabetis.

30

Page 8: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Antara programnya ialah pemantauan berkala dari segi perawatan kes-kes diabetis, ceramah, senaman kaki dan sebagainya.

2925

199

2805

152

3513

254

5769

244

6508

211

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

7000

2003 2004 2005 2006 2007

Kedatangan Kes Diabetis/Kes baru Tahun 2003-2007

Jumlah Kedatangan Klinik Diabetis Kes Baru

Graf 5

Dari Graf didapati kedatangan pesakit diabetis meningkat dari tahun ke tahun, pada tahun 2007 kedatangan pesakit kes diabetis ialah 6508 meningkat 739 (12.9%).Peningkatan ini menyebabkan beban kerja bertambah. Dari segi kedatangan harian purata sehari bekerja ialah 26 kes dirawat. Sistem registri diabetis berakhir 2007 menunjukkan kenaikan kepada 1920 kes (Graf 6)

1036

0

1188

0

1442

0

1708

0

1920

1655

0

500

1000

1500

2000

2003 2004 2005 2006 2007

Kes Berdaftar Diabetis / Hipertensi 2003-2007(Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit)

Bil Kes Diabetis Berdaftar Bil Kes Hipertensi Berdaftar

Graf 6

31

Page 9: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Rawatan Hipertensi.

Rawata kes hipertensi masih tidak diselenggara dengan baik sehingga pihak pengurusan khasnya Puan Pengarah Hospital menegur sistem rawatan penyakit hipertensi. Keputusan Jabatan Persakit Luar membuat satu inovasi iaitu kad rawatan khas (berkonsepkan rawatan diabetis) telah dilaksanakan mulai Mei 2007 menampakkan kebaikannya baik dari segi pengurusan kad dan juga sistem carian/filling dengan lebih mudah. Sehingga Disember 2007 kesemua kes hipertensi telah didaftarkan berjumlah 1655.dari segi pemantauan kes hipertensi diperlihatkan ada perkembangan yang baik kerana hampir 70% pesakit tellah menjalani screening for comlication atau ujian tahunan.

Klinik Berhenti MerokokKlinik yang baru bermula Mac 2003 ,. Walaubagaimanapun setelah berbincang dengan bahagian pengurusan aktiviti lebih dipertingkatkan terutama dari segi promosi seperti mengingatkan orang awam tentang minggu tanpa tembakau dan mempelbagaikan kempen melaui poster-poster.Walaupun pendaftaran peserta yang diterima sehingga Jun 2006 hanya 6 orang ianya cukup bermakna kerana ianya baru bermula dengan pelbagai kekurangan terutamanya dari segi sumber manusia. Klinik ini hanya memberi khidmat kaunseling sahaja , jika peserta memerlukan gantian nikotin (NRT) peserta akan dirujuk ke HoShas

Klinik Dada

Klinik Dada Hospital Jerantut adalah kategori klinik pakar , walaubagaimanapun kerana poses perawatan pesakit melaui Jabatan Pesakit Luar maka ia ditadbir urus kendaliannya di bawah JPL Ianya diterajui oleh seorang Jururawat U29 (Tibi)Klinik ini merangkumi 2 unit perawatan iaitu Unit Tibi dan Unit Kusta.Objektif utama ialah pengerusan perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang telah disahkan Tibi/KustaPekhidmatan lain ialah pemeriksaan kontek , proses saringan & rawatan susulan.

32

Page 10: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Jumlah Kedatangan Klinik Dada / Kes Baru Tibi 2003-2007 JPL Hospital Jerantut

729835

1566

2169

1606

50 48 66 49 610

500

1000

1500

2000

2500

2003 2004 2005 2006 2007

Jumlah Kedatangan Kes Baru Tibi

Graf 5

Graf 5 menunjukkan kedatangan tahunan dan kes baru tibi/pindah masuk sepanjang 5 tahun. Dari segi kedatangan menunjukkan penurunan 563 (25%) dari tahun 2006 ke tahun 2007, ini kerana pada tahun 2006 terdapat kes TB disebuah sekolah menyebabkan ramai kontek diberi perawatan.Bagi kes baru pertambahan sebanyak 12 kes (23.5%) pada tahun 2007 berbanding tahun sebelumnya.

7.Promosi/ Kualiti.

Jabatan Pesakit Luar terus giat mempromosi kesihatan melalui poster-poster kesihatan yang ditampal di sekitar ruangan menunggu dan tempat strategik. Baner-baner yang mempromosi kesihatan juga digantung disana-sini bagi mempromosi kesihatan secara berterusan. Jabatan Pesakit Luar Juga akan mempromosi hari-hari kesihatan yang telah ditetapkan tarikh kepada orang ramai .Anggota Jabatan Pesakit Luar juga bersama-sama bergading bahu dalam program ’medical camp’ seperti yang telah dilaksanakan pada bulan Mei 2007 di Pusat Serenti Jerantut.

8. Kajian Masa Menunggu/Kepuasan Pelanggan .

Sejajar denga arahan Jabatan Kesihatan Negeri menyelaraskan kajian tersebut mengikut format yang ditetapkan, pihak pengurusan Jabatan Pesakit Luar telah selesai melaksankannya dan segala keputuisan kajian telah disemak oleh Pengarah Hospital sebelum dihantar ke JKNP.hasil keputusannya telah dibentangkan di JKN di Mesyuarat Kajian Masa Menunggu / Kepuasan Pelanggan . Dari kajian tersebut lebih 93% pesakit menunggu dalam sasaran iaitu kurang dari 90 minit masa menunggu.Walaubagaimanapun kajian kepuasan pelanggan didapati kurang memuaskan dan perlu dibuat penambahbaikan dari segi mutu perkhidmatan.

33

Page 11: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

9. Health Service Research

Jabatan Pesakit Luar dalam sejarah membuat kajian HSR bertajuk Status Kepatuhan pesakit diabetis yang medapatkan rawatan susulan di Klinik Pesakit Luar Hospital Jerantut. Proposal telah dihantar ke JKNP dan akan dibentangkan di UIAM Kuantan pada 17-18 Julai 2007.

Satu projek HSA bertajuk ’Appropriate management of diabetis juga telah siap dan telah dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk penilaian.

10.Penambahbaikan Yang Telah Dilaksanakan Sepanjang Tahun 2007

Penukaran sistem nombor bagi ‘filling’ kad-kad rawatan pesakit dari sistem nombor 3 digit kepada 4 digit. Pengarah hospital telah mengarahkan sistem tersebut diubah serta merta. Hasil kerja sama Unit Rekod Perubatan dan anggota perkhidmatan lain satu sistem nombor 4 digit mengikut prosedur yang standard Kementerian Kesihatan. Sistem ini berdasarkan Booklet Pengurusan Rekod Perubatan yang dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dan Dokumentasi, KKM bertarikh Julai 1990. Sistem 4 digit bagi filling kad bermula secara rasminya pada 1.5.2007.

Kad-kad pesakit luar yang sebelum ini dipegang dan boleh dibawa pulang oleh pesakit telah mula di simpan kembali oleh pihak hospital bermula pada Mac 2007 selaras dengan arahan Kementerian yang menyatakan segala dokumen berkaitan rawatan pesakit hendaklah disimpan oleh pihak hospital dengan kadar masa-masa tertentu.

Bermula Jun 2007 sistem susunan nombor menunggu rawatan telah diubah kepada sistem tiket . Dengan kaedah ini peranan kakitangan untuk menyusun nombor semula setelah selesai sessi rawatan telah tiada dan kakitangan boleh melaksanakan tugas lain yang lebih penting. Walaubagaimanapun sistem tiket ini melibatkan kos sekitar RM3,600.00 bagi tempahan tiket selama setahun.

Melaksanakan sistem kaunter terbuka bagi megujudkan kaedah penyampaian yang lebih berkesan dan mesra pelanggan. Kaunter pendaftaran yang sedia ada telah diperbaiki dan dijadikan kaunter terbuka mulai Julai 2007, perkara ini diputuskan oleh Pengarah Hospital melalui Mesyuarat Pengurusan Bil 5/2007.

34

Page 12: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Keselesaan dan mesra pengguna antara pelanggan dan petugas kaunter .

Melaksanakan waktu anjal (Waktu Bekerja Berperingkat) selaras dengan arahan kerajaan melalui surat pekeliling perkhidmatan Bil 2/2007. Jabatan Pesakit Luar telah menetapkan beberapa anggota yang terlibat dalam waktu bekerja tersebut mulai Julai 2007.

Melaksanakan sistem registri pesakit hipertensi dan sistem pemantauan rawatan kes hipertensi. Pengarah hospital telah menegur system rawatan kes hipertensi yang tidak dipantau mengakibatkan ada kes hipertensi yang menerima komplikasi penyakit ini akibat tidak dibuat ‘screening’ yang berjadual. Dengan kerjasama kakitangan maka ujudlah system registri berkomputer yang dikira satu kejayaan besar dalam program rawatan pesakit luar di hospital ini.Dengan system ini juga pesakit-pesakit dapat dipantau dengan lebih berkesan.

Susulan sistem registri hipertensi yang diujudkan proses carian dan filling kad rawatan pesakit hipertensi telah bertambah mudah. Satu inovasi yang akan dilaksanakan padatahun 2008 menjurus kepada system yang telah diujudkan ini.

35

Page 13: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Susunan kad Hipertensi kelihatan kemas dan teratur- satu projek QA dan Inovasi 2008

11.Penutup

Satu harapan yang unjurkan pada tahun 2008 ini ialah mengemaskini sumber manusia bagi memantapkan perkhidmatan dengan memaksimakan sumber yang ada. Menyuburkan semangat profesionalima antara kakitangan dan pelanggan. Pemantapan dari segi promosi kesihatan dengan menubuhkan unit pameran berkala. Selain itu juga akan mengemaskini data pesakit kronik terutamanya kes perubatan jiwa.Sekalung penghargaan kepada semua anggota yang menjalankan tugas , bagi Pengarah Hospital diucapkan terima kasih kerana memberi panduan dalam proses penambah baikan perkhidmatan di Jabatan Pesakit Luar .

36

Page 14: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

KLINIK LAWATAN PAKAR

1. Pengenalan.

KLINIK LAWATAN PAKAR adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal

yang disediakan di hospital ini yang telah mula beroperasi sejak tahun 2003.

Kaunter klinik ini mengendalikan pelbagai disiplin kepakaran secara lawatan

(Visiting Specialist) Selain memberikan perkhidmatan rawatan kepakaran bagi

kes ulangan ia juga mengendalikan kes rujukan oleh pegawai perubatan di hospital

secara temujanji

2.

Objektif

Komited dalam memberikan rawatan lanjutan (follow-up) kes baru yang memerlukan

rawatan lanjutan, kepakaran secara profesional, efektif, dan efisyen untuk mencapai

perkhidmatan yang berkualiti serta menepati kehendak pelanggan

3. Perkhidmatan yang disediakan

i. Mengendalikan klinik pakar berdasarkan sistem temujanji

ii. Memberi rawatan kepakaran bagi kes baru dan ulangan

iii. Menerima kes-kes rujukan dari Pegawai Perubatan Hospital dan Klinik

Kesihatan secara temujanji.

iv. Menyediakan kepakaran dengan disiplin berikut:

-Pakar O&G - Hospital Kuala Lipis-Pakar Perubatan - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Temerloh -Pakar ENT - Hospital Tengku Ampuan Afzan

Kuantan-Pakar Orthopedik - Hospital Tengku Ampuan Afzan

Kuantan-Pakar Psikiatrik - Hospital Tengku Ampuan Afzan

Kuantan-Pakar Kanak-Kanak - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Temerloh-Pakar Mata - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

37

Page 15: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Temerloh

4. Jadual Klinik Pakar

Minggu 1 Minggu ke 2

Minggu ke 3

Minggu ke 4

Pakar O&G Selasa SelasaPakar Perubatan RabuPakar ENT KhamisPakar Orthopedik RabuPakar Psikiatrik KhamisPakar Kanak-Kanak RabuPakar Mata SelasaPakar Bedah Rabu ( 2

ptg)

5. Statistik

Graf 1

Graf 1 menggambarkan kekerapan kedatangan pakar-pakar yang memberi rawatan .

Pakar O&G merupakan kepakaran yang paling kerap memberi perkhidmatan 22

(28.95%) dan yang terendah Pakar Mata 1 (1.3%). Pakar O&G datang dari Hospital

Kuala Lipis dengan jadual 2 kali sebulan.

Pakar Mata hanya sekali sahaja datang dalam tahun 2007 akibat kekurangan Pakar

Mata di HoShas.

38

Page 16: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

Graf 2

Bagi graf 2 menggambarkan pola jumlah kedatangan sepanjang 5 tahun. Pada

tahun 2007 menampakkan kenaikan 391 (31.94%).

Graf 3

Garf 3 menjajarkan kedatangan pesakit ke klinik pakar sepanjang tahun 2007

mengikut disiplin-disiplin yang dinyatakan. Kedatangan ini mengambilkira

kedatangan pakar yang membuat lawatan. Pesakit O&G sejumlah 493. (30.5%) dari

39

Page 17: Pendahuluan - Tripod.comehojer.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/... · Web view5.Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Program ini merupakan antara perkhidmatan utama yang

Laporan Tahunan Hospital Jerantut

jumlah kedatangan tahun 2007. Pesakit displin kepakaran mata hanya 12 (0.01%), ini

memandangkan pakar mata hanya datang sekali sahaja pada tahun 2007.

KESIMPULAN

Perkhidmatan klinik pakar di Hospital Jerantut pada keseluruhannya telah mencapai

objektifnya tanpa menghadapi masalah besar. Ini adalah kerana kerjasama dari semua

pihak termasuk pelanggan dalaman dan pelanggan luar. Perkhidmatan ini akan

diteruskan demi memberi rawatan pakar kepada pesakit-pesakit yang memerlukan

rawatan pakar terutamanya pesakit luar bandar .

40