penda hulu an

12
1.0 PENDAHULUAN Bahasa slanga bermaksud bahasa yang digunakan oleh satu kelompok manusia dan hanya kelompok berkenaan sahaja yang memahaminya. Bahasa slanga merupakan satu trend komunikasi yang popular kerana ia melibatkan golongan remaja, dewasa dan kanak-kanak dalam pelbagai konteks komunikasi tidak formal. Penggunaannya, tidak terhad kepada komunikasi “verbal” tetapi juga melibatkan “nonverbal” seperti yang terdapat dalam khidmat pesanan ringkas (sms) dan laman sosial. Kajian ini menekankan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari. Terutama sekali, penggunaan bahasa slanga di dalam kelas. Sebagai contoh, berkomunikasi diantara pelajar dan guru. Kebiasaannya, bahasa digunakan oleh pelajar-pelajar SMK Khir Johari adalah tidak formal dan tidak baku. Hal ini terjadi, akibat penggunaan bahasa yang telah di modenkan dan diajadikan trend baharu kepada segelintir golongan pelajar. Oleh itu, bahasa slanga boleh mempengaruhi gaya percakapan pelajar yang lain dan boleh menyebabkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan kita semakain pudar dan menurun disebabkan hal ini. Secara umumnya, bahasa slanga dikenali sebagai bahasa kutu atau rocker. Antara ciri

Upload: dharshini-gangatharan

Post on 21-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa slanga bermaksud bahasa yang digunakan oleh satu kelompok manusia dan hanya

kelompok berkenaan sahaja yang memahaminya. Bahasa slanga merupakan satu trend

komunikasi yang popular kerana ia melibatkan golongan remaja, dewasa dan kanak-kanak dalam

pelbagai konteks komunikasi tidak formal. Penggunaannya, tidak terhad kepada komunikasi

“verbal” tetapi juga melibatkan “nonverbal” seperti yang terdapat dalam khidmat pesanan

ringkas (sms) dan laman sosial. Kajian ini menekankan penggunaan bahasa slanga dalam

kalangan pelajar SMK Khir Johari. Terutama sekali, penggunaan bahasa slanga di dalam kelas.

Sebagai contoh, berkomunikasi diantara pelajar dan guru. Kebiasaannya, bahasa digunakan oleh

pelajar-pelajar SMK Khir Johari adalah tidak formal dan tidak baku. Hal ini terjadi, akibat

penggunaan bahasa yang telah di modenkan dan diajadikan trend baharu kepada segelintir

golongan pelajar. Oleh itu, bahasa slanga boleh mempengaruhi gaya percakapan pelajar yang

lain dan boleh menyebabkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan kita semakain pudar dan

menurun disebabkan hal ini. Secara umumnya, bahasa slanga dikenali sebagai bahasa kutu atau

rocker. Antara ciri utama bahasa slanga ialah kosa kata yang kelihatan seperti biasa tetapi

diberikan pengertian khusus atau ciptaan yang baharu mengikut kumpulan yang tertentu.

1.1 PENGENALAN

Kajian ini dilaksanakan mengikut keadaan semasa mengenai Bahasa Slanga dalam

kalangan pelajar sekolah SMK Khir Johari,.

1.2 LATAR BELAKANG

Bahasa Slanga sering digunakan sebagai singkatan dalam perbualan dan sering

diadaptasikan daripada perkataan Bahasa Inggeris. Malahan.isu bahasa slanga juga

wujud apabila pengunaan dialek negeri masing-masing.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

1.3.1 Menggunakan bahasa yang tidak formal setiap hari.

Pertuturan merupakan satu medium penyampaian maklumat yang sangat penting. Gaya

penyampaian yang tidak betul dan jelas boleh mengakibatkan maklumat yang diberikan tidak

difahami sepenuhnya oleh penerima. Hal ini terjadi akibat daripada komunikasi dengan rakan-

rakan setiap hari. Ini mempengaruhi penggunaan bahasa melayu dari segi lisan atau tulisan

dalam kalangan pelajar sekolah semakin merosot.

1.3.2 Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan

tergugat

Selain itu, pencemaran bahasa juga menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selaras

dengan bahasa kebangsaan negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka Bahasa Melayu

dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah.

1.3.3 Kualiti penulisan di sekolah semakin menurun.

Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di universiti semakin menurun malah

pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada

pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin

menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak

mengenal apa itu pantun dan syair.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Penggunaan Bahasa Slanga dari segi singkatan dalam kalangan pelajar sekolah SMK Khir

Johari.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Menyenaraikan Bahasa Slanga yang digunakan dalam pertuturan responden.

Mengenalpasti pengaruh penggunaan Bahasa Slanga dalam pertuturan dalam kalangan

responden.

Mengenal pasti makna perkataan Bahasa Slanga dalam pertuturan dalam kalangan

responden.

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Mengapakah penggunaan Bahasa Slanga sangat popular dalam kalangan pelajar sekolah.?

Sejauhmanakah impak penggunaan bahasa slanga kepada pelajar sekolah.?

Bagaimanakah cara mengatasi perkara ini?

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan terhadap bahasa slanga yang digunakan oleh pelajar-pelajar SMK Khir

Johari. Bahasa slanga ini kebiasaannya digunakan oleh golongan-golongan remaja. Bahasa ini

sebagai bahasa tutur adalah lebih mudah difahami berbanding bahasa-bahasa lain.Istilah di dalam

bahasa slanga ini adalah bersifat tidak formal, tidak baku serta tidak kekal. Selain itu, bahasa

slanga yang digunakan mempunyai maknanya yang tersendiri yang difahami oleh segelintir

pelajar sahaja

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Penggunaan bahasa slanga juga dapat memudahkan kumpulan individu yang menuturkannya

untuk menyebut perkataan-perkataan baru yang dicipta sekaligus membolehkan mereka

mengingati setiap perkataan yang diujarkan.

Berupaya menghasilkan idea-idea baru sesuatu perkataan untuk dipraktikkan dalam kalangan

pelajar.

Mengkaji tentang kepetingan penggunaan bahasa yang betul dalam kalangan pelajar SMK Khir

Johari untuk mengekalkan bahasa baku agar tidak pupus untuk generasi akan datang.

1.9 DEFINISI KONSEP

Menurut Fischer (1996), slanga muncul pada abad ke-18 yang bermaksud “origin uncertain ”

iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi,  kata  slanga berasal  daripada perkataan

“sling” yang dihubungkaitkan dengan “beggar language dan rogues language” iaitu bahasa

kelompok pengemis dan anak jalanan.

Brooke (1973), telah mengungkapkan bahawa variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa diberi

beberapa nama oleh ahli bahasa berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Umpamanya, variasi

atau ragam bahasa mengikut penggunaan sebagai register atau laras dalam ilmu sosiolinguistik.

Antara variasi bahasa yang lain termasuklah variasi seperti dialek, diglosia, slanga dan idiolek.

Nik Safiah Karim (1996), menjelaskan bahawa slanga  memiliki kecenderungan yang diguna

pakai secara paling asas dan umum untuk memenuhi fungsi sosialnya. Perkara seumpama ini

terjadi dalam semua bahasa di dunia, tambahan pula kosa kata slanga ditakrif seusia atau lebih

awal dengan sesebuah bahasa bagi bangsa itu sendiri.

Asmah Haji Omar (1993), menegaskan bahawa bahasa slanga mempunyai ciri-ciri unik dalam

bentuk ungkapan dan pengujaran sehingga akhirnya menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar

umbi untuk membentuk identiti kumpulan.

Ajid Che Kob (1998), berpendapat kata kunci dalam pengajaran bahasa slanga yang merupakan

ciri-ciri uniknya yang bertujuan menguat, memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti

kelompok sosialnya.

1.10 KESIMPULAN

Kajian ini telah menggambarkan pengunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar.

Tidak dapat dinafikan penggunaan bahasa slanga dari pelbagai apek dapat dilihat dan

diperhati oleh setiap individu.Bahasa Slanga memberi impak,aura dan pengenalan kepada

individu serta kumpulan menerusi pelbagai medium iaitu media dan kehidupan sosial

mereka.

3.0 metodologi kajian

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian ini amat penting bagi memastikan kajian dilaksanakan dengan

sempurna.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Bagi reka bentuk kajian kami telah mencari artikel dan buku-buku yang berkaitan

dengan bahasa slanga.

3.3Instrumen

Antara instumen yang digunakan untuk kajian ini ialah:

kamera

Telefon bimbit

Pen

Kertas

Mesin pencetak

Komputer riba

3.4 Populasi