pencarian minyak di laut dalampencarian minyak di laut dalam nazery khalid permintaan global...

4
PENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAM Nazery Khalid Permintaan global terhadap tenaga hidrokarbon yang hampir tidak terbatas menuntut syarikat-syarikat pengeluar minyak nasional dan antarabangsa untuk menerokai kawasan- kawasan baru untuk mencari deposit minyak. Kemunculan teknologi baru yang canggih memungkinkan aktiviti pencarian dan pengeluaran minyak dilakukan di persekitaran yang mencabar seperti laut dalam. Teknologi mengkagumkan yang digunakan dalam bidang seismik, pemetaan dasar laut dan geologi untuk mencari dan menentukan lokasi tepat kawasan yang kaya dengan deposit minyak membantu aktiviti pembangunan telaga minyak dan pencarian minyak di tapak-tapak baru di laut dalam. Menurut tafsiran industri minyak, laut dalam ialah perairan yang mempunyai kedalaman lebih dari 500 meter. Namun, takrif ini dijangka berubah bila teknologi baru dibangunkan untuk membolehkan syarikat-syarikat minyak untuk menerokai kawasan perairan yang lebih dalam dari itu. Rekod menerokai telaga laut dalam dipegang oleh Chevron yang menggali sedalam 3,051 meter di perairan Teluk Mexico pada tahun 2003. Bayangkan betapa getirnya ujian yang harus dihadapi oleh pekerja-pekerja industri minyak yang harus meninggalkan keluarga untuk tempoh yang panjang untuk bekerja di persekitaran laut bergelora, ombak besar serta tekanan air yang tinggi. Walaupun harga minyak mentah telah turun semenjak beberapa minggu kebelakangan ini seiring dengan penguncupan harga komoditi utama dunia, harga minyak dijangka ’berlegar’ di antara US$30 dan US$40 setong. Walaupun harga ini jauh lebih murah dengan harga minyak paling tinggi dalam sejarah iaitu US$145 setong pada bulan Julai tahun ini, harga di sekitar US$40 setong seepertimana sekarang jauh lebih mahal berbanding ketika harganya berlegar hanya di sekitar US$8 setong pada bulan Disember 1998. Kesan krisis kewangan yang bermula di Amerika Syarikat yang diramal bakal menyebabkan kegawatan ekonomi global tidak dijangka akan menurunkan permintaan terhadap minyak secara terlalu dramatik. Ini disebabkan minyak merupakan komoditi 1

Upload: lynhan

Post on 28-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAMPENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAM Nazery Khalid Permintaan global terhadap tenaga hidrokarbon yang hampir tidak terbatas menuntut syarikat-syarikat pengeluar

PENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAM

Nazery Khalid

Permintaan global terhadap tenaga hidrokarbon yang hampir tidak terbatas menuntut syarikat-syarikat pengeluar minyak nasional dan antarabangsa untuk menerokai kawasan-kawasan baru untuk mencari deposit minyak.

Kemunculan teknologi baru yang canggih memungkinkan aktiviti pencarian dan pengeluaran minyak dilakukan di persekitaran yang mencabar seperti laut dalam.

Teknologi mengkagumkan yang digunakan dalam bidang seismik, pemetaan dasar laut dan geologi untuk mencari dan menentukan lokasi tepat kawasan yang kaya dengan deposit minyak membantu aktiviti pembangunan telaga minyak dan pencarian minyak di tapak-tapak baru di laut dalam.

Menurut tafsiran industri minyak, laut dalam ialah perairan yang mempunyai kedalaman lebih dari 500 meter. Namun, takrif ini dijangka berubah bila teknologi baru dibangunkan untuk membolehkan syarikat-syarikat minyak untuk menerokai kawasan perairan yang lebih dalam dari itu. Rekod menerokai telaga laut dalam dipegang oleh Chevron yang menggali sedalam 3,051 meter di perairan Teluk Mexico pada tahun 2003.

Bayangkan betapa getirnya ujian yang harus dihadapi oleh pekerja-pekerja industri minyak yang harus meninggalkan keluarga untuk tempoh yang panjang untuk bekerja di persekitaran laut bergelora, ombak besar serta tekanan air yang tinggi.

Walaupun harga minyak mentah telah turun semenjak beberapa minggu kebelakangan ini seiring dengan penguncupan harga komoditi utama dunia, harga minyak dijangka ’berlegar’ di antara US$30 dan US$40 setong. Walaupun harga ini jauh lebih murah dengan harga minyak paling tinggi dalam sejarah iaitu US$145 setong pada bulan Julai tahun ini, harga di sekitar US$40 setong seepertimana sekarang jauh lebih mahal berbanding ketika harganya berlegar hanya di sekitar US$8 setong pada bulan Disember 1998.

Kesan krisis kewangan yang bermula di Amerika Syarikat yang diramal bakal menyebabkan kegawatan ekonomi global tidak dijangka akan menurunkan permintaan terhadap minyak secara terlalu dramatik. Ini disebabkan minyak merupakan komoditi

1

Page 2: PENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAMPENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAM Nazery Khalid Permintaan global terhadap tenaga hidrokarbon yang hampir tidak terbatas menuntut syarikat-syarikat pengeluar

yang tidak mempunyai saingan atau alternatif yang boleh dikeluarkan secara kos-efektif dan dan digunapakai dengan meluas.

Lapangan minyak utama dunia seperti di Arab Saudi juga dijangka akan mencapai tahap kematangan malah ada yang hampir mencecah tahap ’kehausan’. Ini tambah mendorong syarikat-syarikat minyak untuk mencari dan menggali komoditi yang digelar ’emas hitam’ itu di kawasan-kawasan baru.

Penemuan beberapa lapangan minyak laut dalam di perairan Asia Pasifik sejak kebelakangan ini telah meletakkan kawasan ini di atas peta dunia kawasan-kawasan utama pengeluar minyak laut dalam. Kawasan-kawasan utama minyak laut dalam lainnya ialah Teluk Mexico, Laut Utara di utara Eropah serta pesisir Braazil dan Angola.

Sebagai tambahan, beberapa penemuan lapangan baru yang prolifik seperti di perairan Phu Kanh di Vietnam, Teluk Bohai di China dan di pesisir Sabah dan Sarawak telah menarik banyak syarikat-syarikat minyak antarabangsa untuk membantu syarikat-syarikat minyak nasional untuk mengeluarkan minyak di laut dalam.

Bagi menarik kehadiran syarikat-syarikat minyak gergasi antarabangsa seperti Shell, ExxonMobil, Halliburton dan Murphy yang mempunyai modal besar, kepakaran serta pengalaman mengendalikan projek laut dalam, syarikat-syarikat minyak nasional harus menawarkan terma kontrak pengeluaran berkongsi (PSC) yang menarik.

Di Asia Tenggara, syarikat-syarikat minyak nasional seperti Petronas (Malaysia), Pertamina (Indonesia) dan Petroviet (Vietnam) seolah-olah berlumba untuk memperbaiki terma PSC mereka untuk ’melamar’ rakan-rakan niaga dari luar negara untuk menerokai laut dalam di negara masing-masing.

Ini penting kerana syarikat-syarikat minyak serantau tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan projek di persekitaran laut dalam yang menuntut penggunaan teknologi tinggi. Mereka juga bergantung kepada syarikat-syarikat gergasi antarabangsa untuk melabur di dalam projek laut dalam yang memerlukan perbelanjaan modal yang sangat tinggi.

Secara puratanya, kos untuk mengorek hanya sebuah telaga minyak di laut dalam boleh menelan kos sehingga AS$50 juta. Pelaburan yang diperlukan untuk membangunkan sebuah lapangan minyak di laut dalam pula boleh menjangkau AS$1 billion!

Perkongsian maklumat, kepakaran dan risiko merupakan kunci kejayaan penerokaan dan pencarian minyak di laut dalam. Syarikat-syarikat yang terbabit harus bekerjasama dan menjalin hubungan strategik sesama mereka bagi menerokai lapangan laut dalam dan menjamin kejayaan projek di persekitaran yang mencabar ini. Tiada satupun syarikat yang boleh bekerja secara bersendirian di lapangan ini tanpa memerlukan perkongsian modal, kebolehan dan pengalaman syarikat-syarikat lain. Apatah lagi di Asia Tenggara di mana lapangan laut dalamnya dikenalpasti mempunyai struktur geologi yang kompleks dna mempunyai telaga-telaga minyak yang jauh jaraknya antara satu sama lain.

2

Page 3: PENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAMPENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAM Nazery Khalid Permintaan global terhadap tenaga hidrokarbon yang hampir tidak terbatas menuntut syarikat-syarikat pengeluar

Mengeluarkan minyak dari lapangan sebegini menuntut kepakaran teknikal yang tinggi, penyelesaian inovatif, pengalaman luas serta teknologi terbaru bagi memastikan kejayaan projek serta pulangan yang menarik kepada pelabur.

Penglibatan syarikat-syarikat minyak nasional serantau di dalam projek laut dalam dan peningkatan kerjasama di atnara mereka dengan kontraktor asing akan memberikan pendedahan berharga kepada mereka untuk meningkatkan tahap kepakaran teknikal mereka di dalam bidang yang mencabar ini.

Dalam hal ini, pemindahan teknologi adalah sangat penting bagi syarikat-syarikat minyak nasional dan syarikat-syarikat perkhidmatan sokongan industri minyak di rantau ini untuk membina portfolio dan meraih pengalaman di dalam projek laut dalam. Ini bakal mempersiapkan mereka untuk melibatkan diri di dalam projek laut dalam yang lebih kompleks samada di negara sendiri atau di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, Petronas telah memanfaatkan penemuan minyak di laut dalam di persisiran Sabah dan Sarawak dengan melibatkan diri secara intensif di dalam aktiviti pencarian dan pengeluaran di lapangan tersebut. Pengalaman yang ditimba serta kepakaran yang diperolehi dari lapangan laut dalam seperti Kikeh dan Gumusut telah membolehkan Petronas menerokai laut dalam dan mengambil bahagian di dalam projek laut dalam di luar negara seperti di Maghribi, Mesir, Pakistan dan Algeria. Penglibatannya di gelanggang antarabangsa ini merupakan lambang keyakinan serta kepakarannya dalam bidang yang mencabar ini.

Ramai bimbang akan kemungkinan merosotnya bekalan minyak dunia akibat jurang yang semakin besar di antara permintaan dan pengeluaran minyak global. Namun, adalah dijangkakan yang pembangunan dan penggunaan teknologi baru dalam aktiviti meneroka, menggali dan mengeluarkan minyak di lapangan laut dalam akan menghasilkan deposit baru dan menampung kehausan sumber-sumber tradisi minyak seperti di Asia Barat dan di kawsan pesisir laut yang berdekatan.

Teknologi canggih akan membolehkan pengeluar minyak memaksimakan pengeluaran telaga laut dalam dan menghantar minyak yang digali ke pasaran dengan cepat secara kos efektif.

Memandangkan projek pencarian laut dalam memerlukan belanja yang sangat besar, dan mencabar, syarikat-syarikat yang terlibat harus bijak mengenalpasti dan menguruskan risiko dalam usaha ini. Mereka juga harus meminimakan kos mereka supaya dapat berdayasaing dengan para pesaing di dalam industri yang sangat kompetitif ini dan mengekalkan margin keuntungan yang selesa.

Untuk tujuan ini, syarikat-syarikat minyak harus mengoptimakan penggunaan teknologi dan penyelesaian terkini bagi menerokai, menggali dan menghantar minyak pada kadar yang paling ekonomik dan menguntungkan.

3

Page 4: PENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAMPENCARIAN MINYAK DI LAUT DALAM Nazery Khalid Permintaan global terhadap tenaga hidrokarbon yang hampir tidak terbatas menuntut syarikat-syarikat pengeluar

Di sebalik keghairahan mengeluarkan minyak di laut dalam, syarikat-syarikat minyak harus memberikan tumpuan kepada aspek kebajikan para pekerja yang berkhidmat di pelantar minyak dan menyokong aktiviti pencarian minyak di persekitaran kerja yang sangat mencabar ini.

Peralatan gergasi dan teknologi canggih dikendalikan oleh tenaga kerja yang berdedikasi dan berani menghadapi cabaran bekerja di dalam suasana yang getir. Oleh itu, adalah wajar yang kesihatan dan keselamatan mereka sentiasa diberikan keutamaan.

Syarikat-syarikat tempat mereka berkhidmat tidak harus berkompromi terhadap memelihara kebaikan kakitangan mereka dalam memenuhi tuntutan dunia yang sentiasa hauskan minyak tapi alpa tentang kebajikan wargakerja yang membolehkan minyak dikeluarkan dari dasar laut.

Pengeluar minyak juga wajar membeirkan perhatian kepada pemeliharaan alam sekitar di persekitaran laut dalam yang mempunyai ekologi yang sensitif. Di laut dalam, tidak banyak mata yang memerhatikan tindak tanduk mereka, maka adalah penting yang syarikat-syarikat yang terbabit memupuk falsafah meraih hasil kekayaan laut secara bertanggungjawab dan berhemah untuk memastikan yang operasi mereka tidak membawa kepada pencemaran.

Masih banyak misteri yang belum dikupas tentang persekitaran yang jauh dari pandangan manusia ini, dan sewajarnyalah mereka yang terlibat di dalam operasi pencarian minyak laut dalam menjalankan usaha mereka berdasarkan prinsip pembangunan lestari dan mampan supaya kekayaan dan persekitaran kawasan anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini boleh dipelihara untuk manfaat generasi akan datang.

NAZERY KHALID ialah Fellow Kanan di Institut Maritim Malaysia (MIMA). Pendapat yang diutarakan ialah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau boleh dihubungi di [email protected]

4