penasihat 2020 final ( 2... · 2021. 1. 21. · institut pendidikan guru. jurnal penyelidikan...

157
1

Upload: others

Post on 20-Jun-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

1

Page 2: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

2

Penasihat

Ketua Editor

Editor

Editor

Grafik & Reka Letak Grafik & Reka Letak

Page 3: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan

limpah kurnia-Nya ”DINAMIKA 2020” telah

berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah diucapkan

kepada Pn Haslina binti Jaafar selaku Ketua Editor

serta barisan sidang redaksi ”DINAMIKA 2020”.

Semoga semua ahli redaksi yang dilantik dapat

memberi sepenuh komitmen dan mengekalkan

semangat kerja berpasukan bagi merealisasikan

penerbitan DINAMIKA yang menjadi tradisi

warga IPGKPT sejak sekian lama.

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar buat

warga IPGKPT dan rakyat Malaysia amnya dalam

menghadapi pandemik COVID-19. Penularan wabak

COVID-19 kepada pelaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 dan

seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

(PKPB) sehingga akhir tahun 2020.

Wadah DINAMIKA memainkan peranan penting sejak ia diterbitkan dalam

menyebarkan maklumat dan informasi kepada warga IPGKPT khasnya. la bukan sahaja

dilihat sebagai media penghubung antara warga IPGKPT tetapi juga merupakan satu

platform perkongsian maklumat, ilmu dan memberi impak terhadap komuniti

pendidik di IPGKPT bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam kehidupan

seharian. Terbitan kali ini turut memuatkan ruangan santai bagi tujuan merehatkan minda

untuk kita berfikir ke dimensi lain dengan suasana yang berbeza setelah penat

menjalankan tugas-tugas harían.

Akhir kata, setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua AJK Penerbitan

DINAMIKA 2020 dan warga IPGKPT yang telah turut sama menyumbang idea dan

tenaga sehingga berjaya menerbitkan DINAMIKA kali ini.

Sekian,

Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Page 4: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat llahi dengan izin dan limpah

kurnia-Nya dapat sekali Iagi kita saksikan sebuah penerbitan “DINAMIKA 2020” yang

menjadi kebanggaan warga IPGKPT. Selaku Ketua Editor, saya mewakili pasukan sidang

redaksi 2020 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga IPGKPT yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan wadah ilmu ini.

Walaupun pada awal tahun ini, dunia dan negara kita khususnya dikejutkan dengan

wabak COVID-19 yang memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB) tetapi atas berkat usaha yang tidak mengenal erti putus asa, akhirnya

pasukan sidang redaksi berjaya menerbitkan ”DINAMIKA 2020”. Setinggi-tinggi syabas

dan tahniah kepada pasukan sidang redaksi 2020. Akhir kata, saya ingin memohon maaf

sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan dalam wadah ilmu ini. Harapan saya agar

penerbitan seterusnya mendapat sokongan dan komitmen dari seluruh warga IPGKPT

bagi memantapkan lagi DINAMIKA kesayangan kita ini dan akan selalu tersemat di hati

warga IPGKPT.

Sekian Wassalam,

Ketua Editor

Page 5: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

5

Nama Jabatan/

Unit

Bilangan

Artikel Nama Penulis

Muka

Surat

Jabatan

Kecermerlangan

Akademik

4

1. Dr. Ahamad Shabudin Yahaya

2. Dr. Nor ‘Azah binti Ahmad Safran

3. Tham Wai Fong

4. Dr. Mohamed Nazul Ismail & Nor ‘Aini Mohamed Nor

7 - 19

Jabatan

Pengajian Melayu

4

1. Abd Hadi bin Haji Kudin

2. Faridah binti Mohamad Saad

3. Ratna Laila Shahidin

4. Badriyatun binti Kamar

20 - 37

Jabatan Ilmu

Pendidikan 1

Murali A/L Murugasen, Fauziah Bt Hashim, Norhayati Bt

Hashim, Dr Hilmi Bin Ahmad Shaghir, Ramli Bin Setapa

38 - 47

Jabatan Bahasa 2 1. John Roy Chacko

2. Norzalimah Binti Mohd Kasim

48 - 54

Jabatan

Pendidikan

Jasmani dan

Kokurikulum

1 1. Dr. Abd Kadir Bin Abd Rahim 55 - 64

Jabatan Sains 2

1. Nizam bin Ijom

2. Hairiah Binti Munip

65 - 72

Jabatan Matematik 2 1. Mohd Razip Bajuri

2. Haslina binti Jaafar 73 - 78

Jabatan Sains

Sosial 1 1. Masriyah Misni 79 - 83

Page 6: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

6

Jabatan

Pendidikan Islam

dan Moral

3

1. Dr. Chander Vengadasalam

2. Jariyati binti Jahri

3. Dr. Tengku Nor Husna binti Tengku Jamil

84 - 97

Jabatan Teknologi

Pendidikan 1

Dr. Sukri Maarof 98 - 101

Jabatan

Perancangan,

Penyelidikan dan

Inovasi

1 Shaharudin Saad 102 - 105

Jabatan

Hal Ehwal Murid 1 Sabariah binti Ismail

106 - 108

Jabatan Sarjana

Pengurusan 4

1. Dr Baharudin Saleh

2. Dr Romy bin Abd Kadir

3. Dr. Rabahyah Tahir

4. Dr. Rabahyah Tahir

109 - 125

Unit Peperiksaan

dan Penilaian 1

Aliza Abdul Manan 126 - 129

Unit Perpustakaan 1 Samsiah Zainuddin 130 - 135

Unit Praktikum 1 Hartini Kana 136 - 137

Unit Latihan

dalam

Perkhidmatan

1 Zanariah binti Sipon 138 - 140

Unit Psikologi dan

Kaunseling 2

1. Fatmawaty bt Mohammad Yusuf &

Amirah Binti Rosdi

2. Fatmawaty bt Mohammad Yusuf &

Nur Amalia bt Saidin

141- 150

Pelajar 3

1. Lai Peh Ming

2. Chan Mun Syuen

3. Pang Sheng Hong

151 - 156

Page 7: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

7

PENGETAHUAN DAN SIKAP TERHADAP KITAR SEMULA SISA PEPEJAL: SATU ANALISIS

Jabatan Kecemerlangan Akademik, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan

Teknik

emel: [email protected] Ahamad Shabudin Yahaya 1, PhD Kartini Abdul Mutalib 2, PhD

emel: [email protected]

Program kitar semula sisa pepejal merupakan salah satu program yang dijalankan

berasaskan kepada hala tuju Dasar Alam Sekitar Negara Malaysia. Dasar Alam Sekitar

Negara merupakan satu strategi kerajaan dalam usaha untuk memulihara, menjaga dan

menguruskan alam sekitar di Malaysia dalam konteks pembangunan lestari sejajar

dengan matlamat Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pendidikan dan kesedaran

yang mendalam tentang konsep kesejahteraan alam sekitar khususnya pengetahuan dan

sikap terhadap mengitar semula sisa pepejal adalah amat penting dilaksanakan di

pelbagai peringkat masyarakat bagi memastikan matlamat dan objektif Dasar Alam

Sekitar Negara tercapai sepenuhnya. Selaras dengan itu juga, salah satu aspek hasil

pembelajaran yang diberi penekanan dalam kurikulum Pendidikan Alam Sekitar di

seluruh negara di dunia, ialah untuk mengubah tingkah laku pelajar supaya menjadi war-

ga negara yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar (Ahamad Shabudin Yahaya &

Kartini Abdul Mutalib, 2012). Ini adalah kerana Pendidikan Kesedaran Alam Sekitar

dianggap sangat efektif dalam membentuk sikap yang positif (Smith et al., 2010) dan

meningkatkan pengetahuan terhadap alam sekitar (Houng & Kato, 2016) dalam kalangan

pelajar.

Kini, Program Kitar Semula yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan mulai tahun 2000 telah mencecah usia selama 18 tahun. Program

Kitar Semula yang dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk menyedarkan rakyat

tentang betapa besarnya impak kitar semula ke atas pengurusan sisa pepejal di Malaysia

(Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2013). Aspek

utama berkaitan dengan pendidikan tentang kitar semula di dalam Akta Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang telah dikuatkuasakan pada 1

September 2011 ialah peruntukan khusus untuk menggalakkan masyarakat melakukan

Page 8: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

8

amalan 3R iaitu kurangkan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Di

Negeri Sembilan, berkuat kuasa 1 Jun 2016, kompaun mula dikenakan terhadap

pemilik-pemilik kediaman dan premis yang gagal melakukan pengasingan sampah atau

sisa pepejal di peringkat punca. Melalui pendidikan, pembangunan lestari akan dapat

dicapai kerana berlakunya perubahan dari aspek persepsi, sikap dan tingkah laku manusia

(Priyanto, Fanani, Soemarno & Sasmitojati, 2013). Masalah berkaitan dengan sampah

atau buangan sisa pepejal bukanlah perkara baru di negara kita malah telah menjadi satu

isu hangat yang sering dipaparkan di akhbar tempatan dan juga media massa. Kerajaan

Malaysia telah membelanjakan sebanyak 40-70% wang cukai tahunan untuk

melaksanakan pengurusan sisa pepejal di seluruh negara (Asmawati, Nor Ba’yah &

Fatimah, 2011). Sisa pepejal dijangkakan akan mencecah 30,000 tan sehari pada tahun

2020 (Asmawati, Nor Ba’yah & Fatimah, 2012) dan situasi ini akan menurunkan kapasiti

kemampanan alam sekitar untuk hidupan (Sidique, Lupi & Joshi, 2010; Banga, 2011).

Analisis terhadap kajian-kajian lalu berkaitan dengan program kitar semula sisa pepejal

mendapati bahawa masih wujudnya persoalan yang timbul dalam kalangan penyelidik

berkaitan dengan pengetahuan dan sikap serta tentang tingkah laku ataupun amalan

mengitar semula sisa pepejal dalam kalangan guru-guru, pelajar, suri rumah mahupun

masyarakat. Ini dikukuhkan lagi dengan penemuan oleh kajian Fazida (2012) yang

mendapati hanya sejumlah 44.62 peratus sahaja guru pelatih yang mengamalkan kitar

semula secara lestari di IPG Kampus Pendidikan Islam. Di samping itu terdapat sejumlah

10.22 peratus guru pelatih yang masih kurang pengetahuan terhadap pengurusan sampah

secara lestari, manakala 10.22 peratus guru pelatih hanya mempunyai tahap pengetahuan

yang sederhana terhadap pengurusan sampah secara lestari daripada sejumlah 148 orang

sampel kajian yang telah dikaji. Malah menurut tulisan Seow & Indera Syahrul (2010),

aktiviti kitar semula bukanlah satu tabiat yang diamalkan oleh warga Malaysia dalam

menguruskan sampah harian menyebabkan kajian perlu dilakukan untuk memahami

pengetahuan dan sikap terhadap kitar semula sisa pepejal dalam kalangan masyarakat.

Tambahan pula kurangnya kesedaran, pengetahuan serta sikap yang negatif dalam ka-

langan komuniti di Malaysia tentang pengurusan sisa pepejal menyebabkan masalah ini

semakin rumit (Asmawati, Nor Ba’yah & Fatimah, 2011).

Page 9: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

9

Dalam penulisan lain Kollmuss & Agyeman (2002) telah mencadangkan satu istilah iaitu

‘Environmental Conscience’ untuk menjelaskan struktur kompleks yang menggambarkan

perhubungan antara pengetahuan alam sekitar, hubungan emosi dalam sikap dan tingkah

laku alam sekitar serta lain-lain kecenderungan afektif yang berkaitan dengan tingkah

laku alam sekitar. Hines, Hugerford & Tomera (1986) menyatakan bahawa tahap

konsistensi antara sikap dan tingkah laku alam sekitar individu dipengaruhi oleh

pengetahuan dan kesedaran, komitmen verbal dan rasa tanggungjawab. Manakala kajian

oleh Hoang & Kato (2016) mendapati bahawa program pendidikan alam sekitar dapat

meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap kemampanan alam sekitar. Usaha bagi

meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat merupakan satu cara yang

berpotensi untuk mengatasi masalah alam sekitar seperti pengurusan sisa pepejal dan juga

krisis air (Siti Nor Bayaah, Nurita & Azlina, 2010).

Usaha ke arah membina satu masyarakat yang lestari dalam kalangan generasi hari ini

dan generasi masa depan perlu dipupuk supaya mempunyai komitmen yang tinggi bagi

melaksanakan aktiviti alam sekitar yang bercirikan 6R iaitu kitar semula (recycle),

mengurangkan (reduce), menggunakan semula (reuse) di samping melakukan amalan

memikirkan semula (rethink), merekacipta semula (redesign) dan berdaya imignasi

semula (re-imagine). Oleh itu setiap IPG Kampus sebagai salah satu institusi pendidikan

perlu menggiatkan lagi usaha dan aktiviti meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan

memupuk sikap yang positif dalam melaksanakan amalan kitar semula sisa pepejal

melalui pendidikan alam sekitar secara non-formal dalam kalangan warga IPG Kampus

masing-masing khususnya kepada guru pelatih, staf akademik dan staf sokongan selaras

dengan matlamat dan dasar Program Kitar Semula peringkat negara Malaysia. Usaha

meningkat pengetahuan dan sikap terhadap kitar semula sisa pepejal serta usaha

mempergiatkan amalan kitar semula sisa pepejal melalui aktiviti pendidikan yang

berterusan dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah di peringkat IPG Kampus perlu

disokong oleh pihak pengurusan atasan. Ini adalah kerana menurut Sait Akbasli & Ali

Meydan (2010), untuk mencapai kejayaan dalam akitiviti kitar semula sisa pepejal di

sekolah pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, pelajar dan ibubapa perlu mengambil

bahagian dan memberikan sumbangan masing-masing. Kesedaran terhadap kitar semula

Page 10: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

10

sisa pepejal juga boleh ditingkatkan melalui ‘Projek Komunikasi’ yang telah dijalankan

di kafetaria sekolah (Lazaros & Shackelford, 2008), mengadakan ‘Program Pendidikan

Alam Sekitar untuk Kemampanan’ (Hoang & Kato, 2016) dan juga menambahkan

bilangan tong kitar semula di kawasan kampus (Fazida, 2012) khususnya di kawasan

strategik berhampiran dengan bangunan pentadbiran, bilik kuliah dan tutorial, cafetaria

dan juga bangunan asrama.

Selain dari itu, penerapan elemen Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam

pengajaran dan pembelajaran bukan hanya mengambil kira tentang pengetahuan dan

sikap guru pelatih tetapi perlu juga memberi lebih tumpuan kepada bagaimana caranya

untuk memupuk minat dan rasa ingin tahu yang mendalam yang membawa kepada

tindakan bertanggung jawab dan penglibatan sepenuhnya dalam aktiviti pengurusan sisa

pepejal yang lebih bermakna dengan jalinan kerjasama bersama komuniti, masyarakat,

agensi-agensi kerajaan dan swasta, persatuan-persatuan alam sekitar serta badan-badan

bukan kerajaan (NGO).

RUJUKAN

Ahamad Shabudin Yahaya. (2010). Penilaian program kitar semula sisa pepejal di sekolah menengah dalam tiga kawasan pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor. (Tesis Kedoktoran tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2012). Tingkah laku alam sekitar dan pengetahuan tentang kitar semula sisa pepejal dalam kalangan guru pelatih KPLI di sebuah Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan dan sikap terhadap mengitar semula sisa pepejal dalam kalangan guru pelatih. Kertas Penyelidikan dibentangkan dalam Prosiding Seminar ZonTengah IPG Kampus Ipoh. 6-7 Ogos 2014. Asmawati, Nor Ba’yah & Fatimah. (2011). A study on the knowledge, attitudes, awareness status and behaviour concerning solid waste management. Procedia Social and Behavioral Sciences, 18, 643-648. Asmawati, Nor Ba’yah & Fatimah. (2012). Waste education and awareness strategy: toward solid waste management (SWM) program at UKM. Procedia Social and Behavioral Sciences, 59, 47-50. Banga, M. (2011). Household knowledge, attitudes and practices in solid waste segregation and recycling: The case of Urban Kampala. Zambia Social Science Journal, 1(2), 27-39. Cutter-Mackenzie, A. (2010). Australian Waste Wise Schools Program: Its Past, Present, and Future. The Journal of Environmental Education, 41(3), 165–178.

Page 11: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

11

Fazida Othman. (2012). Amalan pembuangan sampah dalam kalangan pensyarah, pelajar dan pekerja kafetaria di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari. IPG Kampus Tuanku Bainun, P.Pinang. 19-20 September 2012. Hines, J., Hugerford, H., & Tomera, A. (1986). Analysis and synthesis of research on responsible environmental behavior. Journal Appl. Soc. Psycho., 22, 257-676. Hansen, L.T., Olson, L. Kerr, J. McMellen, C. Kaplowitz, M., Thorp, L. (2008). Recycling attitudes and behaviors on a college campus: Use of qualitative methodology In a mixed- metíhods study. Journal of Ethnographic & Qualitative Research. 2, 173-182. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2013). Buletin KPKT, 3, 14-15. Lazaros, E.J., & Shackelford, R. (2008). Don’t throw it away: Raise recycling awareness

through communications project. Tech Directions, 67(6), 19-23. Priyanto, Y. Fanani, Z., Soemarno& Sasmitojati. (2013). Enviromental awareness as an education paradigm for sustainable development in vocational high school of Kediri, East Java. International Journal of Academic Research, 5(5), 7-12. Rioux, L. (2011). Promoting pro-environmental behaviour: Collection of used batteries by

secondary school pupils. Environmental Educational Research, 17(3), 353-373. Sait Akbasli, & Ali Meydan (2010). An evaluation of the problems of solid wastes at elementary schools depending on the views of school administrators. Environmental Education, 13(2), 407-418. Seow, T. W., & Indera Syahrul Mat Radzuan. (2010). Sikap masyarakat terhadap program kitar semula: Kajian kes di daerah Batu Pahat, Johor. Journal of Techno-Sosial, 75-86. Sidique, S. F., Lupi, F., & Joshi, S. V. (2010). The effect of behavior and attitudes on drop-off

recycling activities. Resources, Conservation and Recycling, 54, 163-170. Siti Nor bayaah Ahmad, Nurita Juhdi &Azlina Shaikh Awadz. (2010). Examination of

knowledge and perceived pro-environmental behavior among students of Universiti Tun Abdul Razak, Malaysia. International Journal of Multidisciplinary Thought, 1(1), 328- 342.

Smith, J.M., Rechenberg, C., Cruey, L., Magness, S., & Sandman, P. (2010). The impact of

recycling education on the knowledge, attitudes, and behaviors of grade school children. Education, 118(2), 262-266.

Page 12: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

12

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) MENINGKATKAN

PENGLIBATAN DALAM TALIAN

Dr. Nor ‘Azah binti Ahmad Safran

Jabatan Kecemerlangan Akademik

Norma baharu dalam dunia pendidikan kini telah merubah pendekatan pedagogi guru

dalam mereka bantuk proses pembelajaran murid. Sebagai guru berhasrat murni

meraikan muridnya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajarannya, elemen suara

dan pilihan murid adalah suatu keutamaan yang perlu dipertimbangkan dalam mereka

bentuk perancangan pembelajaran murid (Quaglia, 2014). Justeru, dalam tempoh

pengajaran jarak jauh ini, di mana guru dan murid berada dalam lokasi yang berbeza dan

dalam konteks ruang pembelajaran (learning spaces) yang lebih luas, satu perancangan

pembelajaran bermakna murid yang teliti perlu dihasilkan. Sehubungan itu, adalah tepat

pada masanya untuk guru mula menggunakan pembelajaran berasaskan projek, yang

mendorong kerja dan kreativiti murid yang sahih.

Pedagogi pandemik yang mencabar kebanyakan guru dalam mengharungi masa-masa

pengajaran mereka dapat diatasi sekiranya guru benar-benar merancang pembelajaran

bermakna secara PBL dalam talian. Guru yang ada kejelasan dapat melihat hubungkait

Guru ⇔ Kandungan melalui merungkai standard yang berkenaan (Fisher, D. et. al.,

2017). Sekaligus guru mereka bentuk kandungan pembelajaran yang dapat

memperincikan keperluan tugasan dan strategi pengajaran menggunakan PBL.

Sehinggakan murid akan timbul rasa keseronokan dalam pembelajaran dan membina

penglibatan di persekitaran yang jauh. Malah mengurangkan beberapa trauma yang

dialami oleh murid-murid tahun ini.

Pada 18 Mac 2020 apabila semua institusi pendidikan diumum tutup, namun proses

pembelajaran murid tetap perlu diteruskan. Guru harus meneruskan kelangsungan

pembelajaran murid, walaupun institusi sekolah ditutup. Justeru guru perlu mereka

bentuk satu pelan pembelajaran murid berasaskan projek (PBL) sekaligus untuk

Page 13: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

13

menangani situasi pembelajaran secara dalam talian. Walaupun pada guru, tidak dapat

menjangkakan apa-apa jaminan keberhasilan pembelajaran murid dalam mendepani

situasi pendemik yang baru bermula, namun pembelajaran bermakna murid berlaku

bukan satu kebetulan tetapi ianya harus dirancang dengan teliti dan baik. Pembelajaran

berasaskan projek (PBL) selalunya merupakan strategi utama di bilik darjah fizikal (Boss

& Krauss, 2014). Namun PBL juga boleh menjadi komponen penting melaksanakan

pembelajaran dalam talian yang terbaik, sekaligus mengubah persepsi limitasi kesesuaian

pelaksanaan PBL kerana PBL dalam talian juga dapat menghasilkan satu pengalaman

pembelajaran bermakna dalam kalangan murid. PBL dapat membawa murid melalui

pembelajaran autentik dunia sebenar.

Pembelajaran autentik (Boss, 2015) tidak perlu terhenti hanya kerana murid belajar dari

rumah. Sebenarnya, keadaan semasa memberi kita banyak peluang yang baik untuk

menunjukkan kepada murid tentang sebab mengapa penting mereka perlu pelajari perkara

tertentu dan bagaimana pembelajaran autentik itu pula berkaitan dengan masalah dunia

nyata. PBL adalah kaedah terbaik untuk mendorong pemahaman murid dan guru hanya

memerlukan beberapa perincian perancangan strategi untuk memudahkan pembelajaran

yang aktif dan menarik bagi persekitaran dalam talian. Melalui PBL murid-murid dapat

menghasilkan pelbagai idea dan projek melalui pembelajaran dalam talian yang mereka

lalui impak daripada reka bentuk perancangan pembelajaran berasaskan projek yang

dihasilkan oleh guru melibatkan gabungjalin (interdisplinary) beberapa mata pelajaran

serta melibatkan pelbagai Tahap (intradisplinary) iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Malah murid

menjadi lebih yakin dan berani serta ada kreativiti tersendiri dalam penghasilan rekaan

ciptaan (inovasi). Paling menarik, ibu bapa di rumah turut memberikan sokongan dan

menjadi rakan pembelajaran kepada anak-anak mereka.

Soalan penting (essential question) adalah teras untuk pembelajaran berasaskan projek,

dan tiada sebab mengapa guru tidak menggunakannya dalam persekitaran maya. Guru

harus fikirkan soalan penting sebagai soalan pencetus idea yang menjadi asas

pertimbangan murid untuk terlibat secara aktif. Cuba untuk berfikir persoalan

bersasaskan konsep seperti “bagaimana” ataupun “apa” yang dapat menimbulkan konflik

konsep dalam pemikiran murid (Nottingham et al., 2018). Contohnya, jika anda seorang

Page 14: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

14

guru sains yang membincangkan pencemaran lautan, boleh bertanya kepada murid,

"Apakah yang akan terjadi kepada alam ini sekiranya laut tercemar? atau "Bagaimana

anda menyelesaikan masalah pencemaran laut?" Murid terdorong mencari jawapan

melalui soalan-soalan penting yang dilontarkan. Otak murid akan mula berfikir dan cuba

untuk mencari penyelesaian yang akhirnya murid akan beroleh kemahiran menyelesaikan

masalah sekaligus meningkatkan keterlibatan mereka. Sehinggalah mereka menemui

hasil penyelesaian kepada masalah dan berasa seronok dengan hasil yang diperolehinya.

Menurut Tomlinson (2001), dalam teorinya tentang pengajaran terbeza menegaskan ba-

hawa setiap murid belajar dengan kadar yang berbeza dan berubah secara drastik mengi-

kut pelbagai gaya pembelajaran mereka. Justeru itu menurutnya lagi, guru perlu mem-

bina persekitaran pembelajaran dan pendekatan yang mencerminkan kepelbagaian terse-

but. Namun sering kali kebanyakan guru mengajar dengan cara yang sama untuk setiap

murid (one size fits all) yang mempunyai pelbagai potensi. Sehubungan itu, pembelajaran

berasaskan projek adalah penyelesaian ideal untuk menyahut cabaran tersebut. Apabila

guru menggunakan pembelajaran berasaskan projek untuk mengajar, termasuk dalam

talian, akan membuka ruang minda murid terhadap kekuatan dan minat mereka sendiri,

yang memungkinkan mereka meraih tahap pencapaian prestasi tertinggi, walaupun dalam

persekitaran pembelajaran yang sukar.

Rujukan :

Boss, S., & Krauss, J. (2014). Reinventing project-based learning: Your field guide to real-world

projects in the digital age. International Society for Technology in Education.

Boss, S. (2015). Implementing project-based learning. Solution Tree Press.

Fisher, D., Frey, N., Quaglia, R. J., Smith, D., & Lande, L. L., (2017). Engagement by design.

Creating Learning environments where student thrive. Corwin Press

Nottingham, J., Nottingham, J., Bollom, M., Nugent, J., & Pringle, L. (2018). Learning Challenge

Lessons, Elementary: 20 Lessons to Guide Young Learners Through the Learning Pit.

Corwin Press.

Russell J. Quaglia & Michael J. Corso (2014). Student Voice : The Instrument of Change. Corwin

A SAGE Company.

Tomlinson, Carol A. (2001). How to differentiate instruction in mixed-ability classroom.

Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD).

Page 15: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

15

谈谈疫情新形态下的线上教学

Tham Wai Fong

为了有效防控新冠病毒的疫情,为了保证学生“停课不停学”, 各师训学院

均采取了线上教学的措施, 以确保师生身体健康和生命安全。院方根据教育部的

指示, 开启了线上教学活动。

师训学院利用“互联网+教育模式”实现线上教学活动, 降低疫情对学习进度

和学习效果的影响。一般学院采用的是谷歌课室的教育平台及Whatsapp等网络平

台为渠道进行线上教学。 讲师应用谷歌课室的视讯功能,在一定程度解决了学生

与讲师之间的交流问题, 但是在教导一些需要即场进行实践学习的科目时具一定

的难度,又或者在演示数学公式时,面对板书功能薄弱的问题。上述科目的教学可

通过上载预先录制的视频解决问题,但是这也导致了教学趋于死板,非真正的课堂

教学可及时获得学生的有效反馈,致使讲师难以掌握学生学习进度的具体尺度,从

而做出调整。线上教学是一种新的教学模式,网络技术的掌握是关键。讲师如果不

熟悉线上教学技术会耽误学生的课程。因此讲师需要充电网络技术,学习各种软件

操作,网上备课及批改作业, 开启线上学习新形态。

线上学习刚开始时学生可能会对网课感到好奇,兴奋,但时间久了则会怀念

面对面的实体教学,因此如何在缺少讲师监督,互动交流减少的情况下,保持学习

热情的持久性, 学生需有极强的自主学习能力及学习动力。学生常用的网课工具

是手机和平板电脑, 因此线上教学考验了学生的自觉性,无可否认,当中有人一

边开着直播,一边玩手机或进行其他活动,再加上网络迟缓的问题导致学习效果欠

佳, 最终线上学习名存实亡。

线上教学适合有一定基础的自学能力优秀的学生。自学能力和自制能力强的

学生,线上学习是优选。反之, 自学能力,自制能力和逻辑能力一般的学生,学

习效果一般。同样的时间如果投入到面对面课程当中,学习效果会比线上学习佳。

线上教学的优势在于可随堂录像,上课没有听明白的地方,可以在课后回放,反复

Page 16: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

16

聆听,直到理解为止。这种学习方式较具灵活性,对于跟不上学习进度,科目基础

差的学生而言极有帮助。无论如何,长时间接触屏幕进行线上教学或学习,对师生

的视力都有一定的负面影响。因此线上教学的学习时间及对课程的安排应有明确的

规划,勿为了满足线上教学和线上学习的指示,强制要求学生每日在线打卡,所以

线上授课时间宜短,控制在30分钟以内,避免伤害眼睛,精神透支。不要为了教

学任务而布置多项的作业,增加了学生的学习负担,这些都不符合在疫情下线上教

学质量的初衷。由于直播课堂一般都禁止连麦,否则大家都在线上发言,音效会出

状况。因此师生讨论互动少导致线上教学的课堂氛围不够热烈。

网络教育,需要师生共同探索,明确学生的需求,不同的学生有不同的的教

学方式与课程内容,讲师能经由学生互动交流的反馈中动态调整,以最适合的教学

方式提升教学质量。网络教育是大势所趋,当前要务教育部应先完善全国学习机构

的软体与硬体设施,否则某些家庭经济能力一般,网络线路不强的乡镇区域会导致

某些弱势学生落后于学习大队,剥夺了他们的学习权力。

总括而言,面对疫情,线上教学变化的是学习环境及学习方式,不变的是教

育立德树人的使命 ,希望所有教育界同道不忘初心,始终如一。

Page 17: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

17

BEKERJA DARI RUMAH: SUATU KEBIASAAN BAHARU

Ts. Dr. Mohamed Nazul Ismail# dan Nor ‘Aini Mohamed Nor

Gambar hiasan

Wow… bestnya dapat kerja dari rumah….

Budaya bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang baharu dalam amalan pekerjaan. Na-

mun dalam konteks penjawat awam, ia merupakan sesuatu yang baharu setelah berla-

kunya penularan Covid-19 pada awal tahun ini. Dalam sektor swasta, memang terdapat

beberapa sektor yang membudayakan bekerja dari rumah. Dalam apa jua situasi, pasti

terdapat pro dan kontra apabila pelaksanaan bekerja dari rumah. Ada yang bersetuju dan

ada yang tidak bersetuju. Ada segmen pekerjaan yang boleh dibuat dari rumah dan ada

juga yang memerlukan kehadiran di tempat bertugas.

Terdapat kajian yang yang menunjukkan bekerja dari rumah dapat menurunkan tekanan,

membantu untuk bekerja secara santai dan menenangkan fikiran. Pastinya dengan

matlamat kerja yang jelas pekerja akan dapat memanfaatkan budaya kerja ini dengan

melakukan kerja pada masa yang fleksibel tetapi perlu disiapkan mengikut jadual,

persekitaran ruang tempat kerja yang perlu diadaptasi, keseimbangan emosi lebih baik

antara rumah dengan pejabat serta tidak perlu terbabit dalam kesesakan lalu lintas.

Mengasuh anak sambil melaksanakan tugas pejabat selain boleh merapatkan kasih sa-

yang, dapat mengurangkan kos serta menjimatkan masa. Ramai antara kita yang

mengambil peluang menyediakan juadah masakan dan mencuba resepi-resepi baharu

yang enak untuk santapan seisi keluarga pada setiap hari!

Page 18: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

18

Cabaran

Tidak mustahil juga ada yang berpandangan sebaliknya ekoran peningkatan bil utiliti di

rumah, namun jika ditimbang semula berbanding kos perjalanan ke tempat kerja dan bel-

anja makan di luar, mungkin hal ini dapat diseimbangkan. Suasana persekitaran rumah

yang hingar-bingar, terpaksa berkongsi peralatan dengan ahli keluarga yang lain juga

boleh mengganggu fokus kerja malahan ada yang lebih kritikal apabila signal telekomu-

nikasi sangat lemah dan capaian internet tidak stabil. Tidak kurang juga jika ada dalam

kalangan kita yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang rendah di dalam sesua-

tu aspek. Kekurangan ini besar kemungkinan menjadi proses kerja menjadi lebih lama

disebabkan rendah motivasi, perlukan masa untuk kuasai pengetahuan dan bina kema-

hiran, sikap sambil lewa bagi sesetengah dalam kalangan kita semua dalam aspek

menunaikan tanggung jawab bekerja. Telefon bimbit perlu sentiasa di sisi dan aplikasi

komunikasi perlu dipastikan berfungsi. Maklumlah maklumat kerja boleh menerjah ke

dalam telefon bimbit bila-bila masa tanpa batasan waktu. Siang atau malam, hari cuti

mingguan dan termasuk cuti tahunan, pendek kata 7 hari seminggu sehingga ada antara

pekerja yang hampir terlupa nama hari. Bagi pekerja yang mempunyai anak-anak kecil,

menyantuni anak-anak ini sudah pasti dijadikan keutamaan. Jika tidak, kerja pejabat tidak

mungkin dapat dibuat dengan selesa, boleh menimbulkan tekanan. Pengurusan masa

boleh jadi merupakan cabaran buat sesetengah pekerja. Guru dan pensyarah misalnya

perlu menepati masa dalam pelaksanaan kelas dalam talian. Menghadiri mesyuarat secara

dalam talian untuk tempoh masa yang lama, adakala melebihi tiga jam berpotensi menda-

tangkan implikasi yang buruk kepada mental dan fizikal seseorang pekerja. Bukan

berkaitan isu produktiviti tetapi lebih kepada integriti. Ini adalah antara cabaran dalam

bekerja dari rumah.

Refleksi

Penularan Covid-19 ada hikmahnya tersendiri. Kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) sama ada secara rela atau terpaksa perlu dikuasai maka anjakan trans-

formasi digital berkembang pesat. Ada dalam kalangan kita yang sanggup mengeluarkan

dana simpanan untuk membeli gajet TMK yang sesuai dengan pekerjaan masing-masing.

Mungkin satu ketika dahulu ada kepimpinan negara yang cuba mengurangkan kos kera-

jaan dengan cara mengecilkan perjawatan sedia ada, lalu cadangan ini mendapat beberapa

Page 19: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

19

tentangan daripada badan bukan kerajaan. Kini sama ada sedar atau tidak, penularan

Covid-19 ini menjadi bukti jelas bahawa bilangan perjawatan boleh dikurangkan dengan

peningkatan kemahiran TMK dalam kalangan penjawat awam dan mengembangkan be-

berapa segmen baharu dalam sektor swasta bagi penjanaan ekonomi negara. Selain itu,

Covid-19 mengajar kita tentang pengurusan kehidupan manusia. Walau hebat mana

sekalipun keintelektualan dan kemahiran kita dalam menguruskan manusia,

sesungguhnya ada satu lagi zat yang maha berkuasa, maha mengurus dan mentadbir sega-

la urusan alam. Covid-19 tidak mengenal siapa, berusia atau pun masih muda, apa jua

agama dan bangsa. Pesan saya untuk yang seagama marilah kita tingkatkan ketaqwaan

dengan cara memperbanyakkan taubat dan amal soleh serta berdoa agar dikurniakan

sebaik-baik keadaan untuk kita semua di dunia dan di akhirat.

# Kini bertugas sebagai

Ketua Penolong Pengarah

Sektor Pelantar Pembelajaran

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Rujukan:

Dr Ismail Sualman. 13April2020. Produktiviti kerja dari rumah.

https://www.sinarharian.com.my/article/78641/KOLUMNIS/Produktiviti-kerja-dari-

rumah.Tarikh dilayari 25.11.2020.

Prof Dr Rusli Ahmad. Konsep bekerja dari rumah: realiti dan cabaran. Tinta Minda.

https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1860228. Tarikh dilayari

25.11.2020.

Page 20: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

20

KONSEP DWIBAHASA, KOD DAN DIGLOSIA DALAM PEMILIHAN BAHASA

Abd Hadi bin Haji Kudin

Jabatan Pengajian Melayu IPGK PT

PENGENALAN

Dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum kita didedahkan dengan pelbagai

jenis bahasa. Kewujudan beraneka jenis bahasa secara tidak langsung mempunyai

implikasi kepada kehidupan sosial, ekonomi, pendidikan dan politik.

Kerencaman bahasa yang ada mengakibatkan situasi pemilihan bahasa sentiasa berlaku.

Kerencaman bahasa kadang-kala menimbulkan kesukaran dalam situasi menjalinkan

hubungan komunikasi atau ketika berinteraksi di antara kaum-kaum menggunakan

bahasa natif yang berbeza. Dalam erti kata lain, memahami bahasa tidak semudah

menyampaikan maklumat seperti keadaan cuaca atau perkara lain tetapi ia juga

merupakan satu cara yang sangat penting dalam mewujudkan dan mengekalkan

hubungan dengan orang lain.

Dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia terdapat ratusan bahasa yang berbeza

dengan bahasa Melayu sama ada mempunyai perbezaan yang kecil seperti melibatkan

aspek variasi sahaja atau pun mempunyai perbezaan yang besar yang melibatkan

perbezaan dari segi sistem bahasa tersebut.

PEMILIHAN BAHASA

Setiap kaum atau etnik dalam masyarakat dwibahasa atau multi bahasa mempunyai

bahasa yang boleh membezakan kumpulan kaum tersebut. Perbezaaan bahasa yang

terjadi ini sangat menarik jika dilihat dari sudut sosiolinguistik. Kajian pemilihan bahasa

dilihat mula berkembang sejak pada tahun 70-an. Dalam bidang kajian sosiolinguistik,

kajian terhadap pemilihan bahasa dapat dilakukan berdasarkan tiga pendekatan, iaitu

pendekatan sosiologi, pendekatan psikologi sosial, dan pendekatan antropologi.

Page 21: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

21

Pemilihan bahasa berlaku kerana penutur atau masyarakat mempunyai kebolehan bertutur

lebih daripada satu bahasa. Pemilihan bahasa boleh berlaku dalam situasi formal atau

tidak formal. Fenomena pemilihan bahasa ini boleh dilihat berlaku dalam domain

pendidikan, domain perniagaan, domain keluarga, domain agama atau domain kejiranan

(Fishman 1972).

Konsep pemilihan bahasa sebagai penggunaan bahasa semasa berkomunikasi yang

memerlukan pertimbangan yang wajar. Sesuatu pertuturan tidak terjadi secara spontan

tetapi orang yang terlibat dalam komunikasi harus mempertimbangkan beberapa faktor

seperti siapa yang diajak bertutur?, Apakah topik yang dibincangkan?, dan Di manakah

situasi itu berlaku?

Berdasarkan Teori Akomodasi Komunikasi (Accommodation Theory) yang dikemukakan

Giles (1977:321-324) “terdapat dua arah akomodasi penutur dalam peristiwa tutur iaitu i.

akomodasi ke atas, yang terjadi apabila penutur menyesuaikan pemilihan bahasanya

dengan pemilihan bahasa teman bicara, dan ii. akomodasi ke bawah, yang terjadi apabila

penutur menginginkan agar teman bicaranya menyesuaikan dengan pemilihan

bahasanya”.

KONSEP DWIBAHASA

Pengertian kedwibahasaan telah berkembang mulai dari pengertian yang agak sederhana

hingga kepada pengertian yang ketat. Permasalahan tentang pemilihan bahasa berkait-

rapat dengan konsep kedwibahasaan. Timbul pula persoalan tentang bagaimana sekiranya

kemampuan seseorang itu dalam bahasa keduanya hanya pada peringkat asas sahaja? dan

Bagaimana sekiranya jika seseorang itu hanya setakat faham makna bahasa kedua tetapi

tidak mampu bertutur dalam praktik penggunaan bahasa yang melibatkan dirinya. Dalam

erti kata lain seseorang yang tidak dapat menggunakannya secara berganti-ganti dalam

pengucapannya.

Page 22: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

22

Blommfield dalam bukunya Language (1935) memberikan batasan kedwibahasaan yang

ketat iaitu penguasaan bahasa yang sama seperti penutur jati (native speaker). Seorang

yang dwibahasa adalah orang yang menguasai dua bahasa dengan sama baiknya. Namun

terdapat beberapa ahli linguistik yang memberikan konsep bilingual atau dwibahasa yang

agak sederhana. Bagi mazhab yang lebih sedrhana ini menyatakan seseorang boleh

dianggap dwibahasa jika dia menguasai bahasa ibunda dan mengetahui B2 pada tahap

asas meskipun kemampuan dalam bahasa keduanya hanya pada tahap yang minima.

Seseorang yang dwibahasa tidak semestinya menguasai kedua-dua bahasa yang

diketahuinya secara aktif. Penguasaan bahasa kedua secara pasif sudah mencukupi

menjadikan seseorang itu dianggap sebagai dwibahasa. Dalam erti kata lain seseorang

yang dwibahasa dirumuskan sebagai boleh menggunakan dua sistem kod yang berbeza

dari B1 atau B2 yang diketahuinya tersebut. Kedwibahasaan bukanlah gejala bahasa

sebagai sistem melainkan sebagai gejala penuturan, bukan ciri kod melainkan ciri

pengungkapan; bukan bersifat sosial melainkan individual; dan juga merupakan karakter

pengguna bahasa. Kedwibahasaan dirumuskan sebagai penggunaan dua bahasa secara

bergantian oleh seorang penutur.

KOD

Kajian pemilihan bahasa dalam disiplin ilmu sosiolinguitik terdapat istilah ‛kod’ yang

sering menjadi perbahasan. Kebiasaannya semasa komunikasi berlaku dalam masyarakat

yang multi bahasa mahupun dwibahasa terdapat beberapa bahasa yang saling digunakan

secara silih berganti dan difahami oleh peserta / penutur.

Pelbagai kod sama ada berupa bahasa, dialek, variasi, dan gaya akan digunakan semasa

komunikasi dan seringkali dalam interaksi sosial masyarakat dwibahasa akan berlaku

peralihan kod atau percampuran kod. Dengan tersedianya kod-kod itu, anggota

masyarakat akan memilih kod yang tersedia sesuai dengan faktor-faktor yang

mempengaruhinya. Penggunaan bahasa yang berlaku silih berganti semasa proses

komunikasi berlaku menunjukkan suatu bentuk ‘variasi linguistik’ atau sebagai satu

Page 23: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

23

sistem kod yang digunakan oleh seseorang yang dwibahasa. Penukaran kod merupakan

satu strategi lisan peserta atau penutur dalam sesuatu komunikasi yang menggambarkan

identiti penutur atau status sosial masyarakat yang dwibahasa.

Penukaran kod yang berlaku dalam sesuatu interaksi atau komunikasi biasanya agak

mudah untuk dikenal pasti kerana boleh dilihat melalui penggunaan beberapa set variasi

bahasa tertentu. Wardhaugh (2006:104) menyatakan Instances of situational code-

switching are usually fairly easy to classify for what they are. What we observe is that

one variety is used in a certain set of what they are. Walaupun untuk mengenal pasti pe-

nukaran kod agak mudah tetapi punca terjadinya penukaran kod agak sukar diter-

jemahkan. Seseorang yang dwibahasa sentiasa berfikir untuk memilih bahasa yang akan

digunakan ketika komunikasi bergantung kepada tajuk perbualan, latar belakang pelaku,

dan situasi.

Semasa proses komunikasi berlaku dalam interaksi sosial antara dua penutur atau lebih

akan berlaku pemilihan sebuah kod yang berbentuk dialek atau bahasa yang boleh

difahami bersama dan kemungkinan pertukaran kod akan terjadi antara perkataan, ayat

atau berlakunya perubahan situasi perbualan (Wardhaugh 1986). Seseorang yang men-

guasai dua bahasa atau lebih harus memilih bahasa mana yang akan ia gunakan.

Campur kod merupakan peristiwa percampuran dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa

dalam suatu peristiwa interaksi. Di dalam masyarakat bahasa, gejala seperti ini cender-

ung mendekati pengertian yang dikemukakan oleh Myers -Scotton (1976) dan Sankoff

(1980) sebagai bahasa campuran (mixture of language), iaitu pemakaian satu kata, ungka-

pan, atau frasa yang boleh memberi isyarat pengenalan kepada identiti etnik penutur.

Dalam kajian bahasa terdapat dua jenis pendapat tentang konsep kod dalam pemilihan

bahasa. Pendapat yang pertama menyatakan switching code (alih Kod) dan mixing code

(campur kod) adalah satu perkara yang sama seperti yang dinyatakan Wardhaugh (2006:

110) “..code switching (also called code-mixing) can occur in conversation between

speakers’ turn or within a single speakers’ turn..”. Pendapat kedua pula menyatakan

Page 24: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

24

antara alih kod dan campur kod adalah dua perkara yang berbeza seperti pendapat

Gumperz & Hymes (1972).

Seseorang yang dwibahasa atau multi bahasa sudah pasti mempunyai kebolehan untuk

menggunakan kod-kod tertentu bahasa yang diujarkan semasa proses interaksi atau

komunikasi. Justeru itu, alih kod boleh diertikan sebagai pertuturan yang terjadi dalam

situasi perbualan pada saat seorang penutur mengalihkan kod bahasanya pada sesuatu

kalimat secara berulang-ulang. Biasanya terjadi peralihan kod apabila penutur memilih

menggunakan bahasa kedua semasa menjawab sesuatu pernyataan semasa komunikasi

berlaku.

DIGLOSIA

Pengertian tentang diglosia yang pada awalnya diperkenalkan oleh Ferguson (1959)

kemudian dikembangkan oleh Fishman (1972). Istilah diglosia tidak hanya dikenakan

pada ragam tinggi dan rendah dari bahasa yang sama akan tetapi juga dikenakan pada

bahasa yang sama sekali tidak serumpun. Beliau berpendapat diglosia tidak hanya wujud

dalam masyarakat yang mengenal satu bahasa dengan dua ragam bahasa semata-mata

namun diglosia juga dapat ditemukan dalam masyarakat yang mengenal lebih daripada

dua bahasa.

Diglosia tidak hanya terdapat dalam lingkungan masyakat yang menggunakan variasi

atau ragam bahasa yang sama tetapi jug boleh wujud dalam dua bahasa yang berbeza.

Dalam erti kata lain, diglosia juga wujud di dalam masyarakat bahasa yang menggunakan

dialek-dialek, laras-laras, atau ragam-ragam jenis bahasa yang berbeza secara fungsional.

Menurut batasan Fishman, diglosia dapat dibezakan melalui (a) masyarakat bahasa yang

bilingual yang wujudnya diglosia, (b) masyarakat bahasa yang bilingual tetapi tidak

wujud diglosia, (c) masyarakat yang tidak bilingual dan tidak diglosia, dan (d)

masyarakat yang tidak bilingual tetapi diglosia.

KESIMPULAN

Secara umumnya dalam pemilihan bahasa terdapat tiga kategori pemilihan iaitu memilih

Page 25: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

25

satu variasi dari bahasa yang sama (intra language variation), melakukan alih kod (code

switching), dan melakukan campur kod (code mixing). Pemilihan bahasa tidak semudah

yang kita bayangkan, iaitu dengan memilih sebuah bahasa secara keseluruhan (whole

language) dalam suatu peristiwa komunikasi. Penukaran kod dapat terjadi karena

beberapa faktor. Faktor pertama bergantung kepada situasi seperti kehadiran orang ketiga

dalam peristiwa tutur yang sedang berlaku dan perubahan topik pembicaraan. Faktor

kedua bergantung pada penekanan perkara tertentu atau penghindaran terhadap kata-kata

yang taboo.

Campur kod merupakan peristiwa percampuran dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa

dalam suatu peristiwa tutur. Dalam konteks pemilihan bahasa terdapat aspek penggunaan

bahasa tinggi (T) atau bahasa rendah (R) yang digunakan iaitu diglosia. Persoalan tentang

diglosia tidak wujud apabila tidak ada variasi tinggi dan rendah iaitu tentang

kemungkinan adanya pemilihan bahasa yang dilakukan masyarakat terhadap penggunaan

variasi bahasa.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar. 1982. Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Ba-

hasa dan Pustaka.

Bloom, J. . and J. G. 1972. Social Meaning in Linguistic Structure : Code Switching in

Norway in Direction in Sociolinguistics. The Ethnography of Communication. (John

Gumperz and Dell Hymes, Ed.).

Fishman, J. A. 1972. Language and Nationalism: Two Integrative Essays. Massachusetts:

Newbury House.

Giles, Howard & St. Clair, R. 1979. Language and social Psychology. Oxford: Basil

Blackwell Publisher.

Giles. H. 1977. Language, Ethnicity and Intergroup Relation. London: Academic Press.

Gumperz, J. J. 1982. Discourse Strategies. London: Cambridge University Press.

Sankoff, D. and P. 1980. A formal grammar for code-switching. Papers in Linguistik, 14,

3–46.

Wardhaugh, R. 2006. An Introduction to Sociolinguistics hlm.Fifth Edit. Victoria: Black-

well Publishing.

Page 26: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

26

WACANA, SUKAR DIFAHAMI TETAPI WUJUD DI ALAM KEBAHASAAN!

Faridah binti Mohamad Saad

Jabatan Pengajian Melayu IPGKPT

WACANA ialah satuan bahasa yang tertinggi selepas ayat atau klausa yang bersinam-

bungan pada peringkat awal hingga akhir sama ada berbentuk lisan atau teks dan mempu-

nyai satu kesatuan gagasan fikiran yang relatif dan sangat kompleks. Dalam konteks lin-

guistik, konsep gagasan fikiran atau idea yang utuh dan bersinambungan antara satu sama

lain lazimnya merangkumi aspek komunikasi linguistik kerana wacana adalah peristiwa

komunikasi. Hal ini demikian kerana setiap peristiwa komunikasi yang berlaku, bahasa

digunakan sebagai wahana perantaraan yang paling berkesan dan ideal. Pada dasarnya,

peristiwa komunikasi ini merangkumi ekspresi diri sendiri, eksposisi, sastera dan pemu-

jukan yang dapat difahami oleh pendengar dan pembaca (Tarigan, 1995:32).

Kini, konsep wacana sebagai satuan bahasa yang terlengkap dan kompleks telah diap-

likasikan secara meluas dalam pelbagai disiplin ilmu selain linguistik seperti antropologi,

sosiologi, falsafah, semiotik dan stilistik (Van Dijk, 1985:2). Penerapan konsep ini dalam

pelbagai disiplin ilmu dikaitkan dengan kesempurnaan hierarki gramatikal dalam sesuatu

bahasa dan sebenarnya berhubung kait dengan definisi wacana.

Dalam penulisan teks, penghasilan paragraf amat dititikberatkan kerana dalam paragraf

tersebut mengandungi satu idea atau isi yang menjadi fokus sesuatu teks. Idea atau isi ini

menjadi tema kecil kepada tema yang lebih besar, iaitu tajuk. Sesuatu idea atau isi perlu

lengkap dan sempurna supaya teks yang dihasilkan berpusat dan berfokus. Ayat-ayat

yang dibina dalam paragraf biasanya satu ayat topik yang mencadangkan kepada pem-

baca tentang idea utama. Idea utama ini termasuklah segala huraian, perbincangan atau

contoh yang ditulis sebagai pelengkap yang dikembangkan dengan ayat sokongan atau

ayat keterangan. Dengan kata lain, ayat yang ditulis dalam paragraf hendaklah berhubung

kait antara satu sama lain dari aspek hubungan idea dan pemikiran dan berpusat hanya

kepada isi atau idea yang dibincangkan dalam paragraf (Abdul Aziz Abdul Tal-

ib,1990:240). Contoh di bawah adalah satu paragraf yang mempunyai keteraturan fikiran.

Buku-buku ialah alat pelajaran yang amat penting. Oleh

Page 27: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

27

sebab itu, buku-buku pelajaran perlu mengandungi perkara-

perkara yang benar dan tepat, terutama tentang sejarah ilmu

alam sesebuah negara. Tambahan pula buku pelajaran san-

gat diperlukan supaya bersesuaian dengan minat dan kema-

huan serta latar belakang kebudayaan kanak-kanak yang

dimaksudkan.

(Teks Ucapan Tun Syed Nasir Ismail, 1996:6)

Berdasarkan contoh di atas, ada sesuatu yang mengikat perkataan-perkataan, klausa dan

ayat sehingga membentuk kesatuan teks yang utuh. Pemilihan perkataan untuk menjelas-

kan tentang buku-buku jelas ada ketentuan kata yang dapat mengiringi kata tersebut.

Penggunaan kata “pelajaran” dan “perkara-perkara yang benar” ada ketentuan rasional

kehadiran kata tersebut kerana ketentuan perkataan buku-buku ialah berkaitan dengan

pelajaran atau ilmu dan sudah tentu mengandungi perkara-perkara yang benar dan tepat

dan relevan dengan tajuk perbincangan. Oleh sebab itu, suatu ayat tidak dapat ditafsirkan

dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya dalam analisis wacana, untuk mendapatkan

makna sebenar, ayat tersebut perlu dihubungkan dengan ayat sebelum atau selepasnya

dalam satu satu paragraf atau keseluruhan teks tersebut barulah teks itu dapat difahami.

Rujukan

Abd. Aziz Abd. Talib. 1990. Konsep gaya, mod wacana dan kesedaran mengenai membaca dalam

penulisan:Implikasi daripada sudut pengajaran dalam Jurnal Bahasa : 70-84

Tarrigan, H.G. 1987. Pengajaran wacana. Bandung:Penerbit Angkasa.

Van Dijk, T.A. 1985. Discourse and literature. Amsterdam: John Benjamins Publishing Compa-

ny

Page 28: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

28

PATRIOTISME DALAM LIRIK LAGU KAU RATNAKU: SEBUAH PERSEPSI

Ratna Laila Shahidin Jabatan Pengajian Melayu IPGKPT

Keringkanlah pipimu Ratnaku

cubalah senyum

kerna tangisanmu akan hanya

menambah dukaku.

Duka di dalam hati

dan luka diperlakukan

lakonan mereka berpura-pura

tak mengertikan tak pernah merasakan

sengsara di dalam cinta dan rindu.

Oh, aku patrikan sumpah cinta setia

di atas kaca jiwaku

yang benar bila mencerminkan kebenaran

pada malam bintang hilang di pandangan

pada malam pabila bintang terang

menerangkan kenyataan ooo.

Lagu: M.Nasir

Lirik: Nurbisa @ Loloq @ Rosli Khamis

Album: Roy (1993)

SERINGKALI kita mendengar lagu-lagu patriotik, dengan lirik yang mudah difahami

memaparkan kecintaan mendalam terhadap tanah air. Diksi-diksi yang dipilih biasanya

berkisar di sekitar kata dan frasa klise, “merdeka”, “nusa dan bangsa”, “bersatu teguh”

atau “bahasa jiwa bangsa”. Memang sewajarnya demikianlah kata-kata itu dipilih kerana

tema lagu bersandar kepada liriknya. Namun, jika anda meneliti lirik-lirik yang ditulis

oleh Allahyarham Loloq (21 Mei 1958-30 Januari 2008), tidak kira ketika beliau

Page 29: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

29

bekerjasama dengan seniman M.Nasir atau kumpulan legenda Alleycats, Amy Search

atau kumpulan Spider; majoriti liriknya benar-benar menepati elemen sastera, yakni

bersifat ambiguous. Lebih 1000 lirik yang dihasilkan beliau, antaranya Mentera Semerah

Padi, Di Ambang Wati, Nurnilam Sari, Laila Namamu Teratas, Apokalips, Ghazal Untuk

Rabiah, Keroncong Nostradamus, Aladin dan banyak lagi; seringkali memiliki makna

berlapis.

Menulis lirik lagu sama seperti kita menulis sajak yang saat kita menikmatinya, persis

kita menikmati hidangan yang di dalamnya terkandung segala rasa. Segala rasa itu pula

terhasil daripada proses adunan emosi, ketepatan memilih diksi yang menzahirkan

makna, gaulan pemikiran dan sukatan ritma yang akhirnya melengkapkan resipi sebuah

sajak atau lirik. Ertinya, ia bukan semata-mata mainan emosi, tetapi mampu melontarkan

pemikiran, nostalgia, pengajaran dan rencam peristiwa lewat diksi yang dipilih (Ratna,

2017).

Karya-karya yang ambiguous memungkinkan pelbagai penafsiran yang melangkau

makna tersurat (Rahman Shaari,1987). Ini jelas sekali dalam lirik Kau Ratnaku yang

memungkinkan kepelbagaian makna menurut persepsi individu. Daya cipta yang unik

dan luar biasa, apa lagi jika digandingkan dengan seniman M.Nasir, karya-karya Loloq

dilihat berbeza, kelihatan misterius, lain daripada karya yang ada di sekitar pentas

seninya. Hal yang sedemikian sebenarnya memang wujud dalam penulisan puisi.

Contohnya Syair Perahu oleh Hamzah Fansuri. “Perahu” yang ditulisnya bukan perahu

dalam erti kata sebenar tetapi melambangkan perjuangan menuju ke destinasi akhir

kehidupan manusia (Zainon,1997).

Dalam menikmati lirik, ada sinikalnya di sebalik diksi, berbeza dengan lirik lagu era

tiktok yang majoritinya menggunakan bahasa denotatif. Lirik Kau Ratnaku memiliki

kedua-dua unsur bahasa denotatif dan konotatif. Bahasa konotatif bermaksud bahasa

yang mempunyai maksud perbandingan, tersirat serta menimbulkan kesan emosi kepada

yang membaca atau mendengarnya.

Page 30: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

30

Diksi yang tepat dan baik dalam sesebuah karya adalah diksi yang sesuai dengan

persoalan dan perasaan yang terdapat dalam karya tersebut. Allahyarham Loloq

mengutamakan aspek puitika bahasa meskipun lirik-lirik yang dihasilkan menyentuh

seputar tema-tema berat seperti tema ketuhanan, kemanusiaan, falsafah dan semangat

patriotik.

“Ratna” menurut pengertian Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bermaksud permata

yang berharga; merujuk kepada tanah air tempat tumpah darah yang nilai cintanya

infiniti. Tanah air yang memiliki budaya material dan bukan material, yakni harta milik

negara yang menjadi kebanggaan warga. Dalam rangkap pertama, liriknya seakan merayu

agar tanah air tercinta menghentikan tangisannya ekoran pelbagai pergeseran yang

berlaku sehingga mencetuskan kegusaran, memudarkan kecintaan terhadap negara,

menghakis semangat perpaduan yang dibina sejak sekian lama, malah mewujudkan

semakin ramai kelompok enau dalam belukar, mengakibatkan permata yang berharga

semakin tidak terjaga.

Lirik dalam rangkap kedua memaparkan pengertian bahawa wujud dalam kalangan warga

yang hipokrit, yang manis di mulut tetapi tidak di hati. Mereka membajak hasil bumi

semahu-mahunya, merosakkan segala kelestarian alam atas tiket pembangunan,

menggugat perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan; kerana mereka tak pernah

merasakan sengsara di dalam cinta dan rindu para pejuang dahulu yang sanggup

berpisah dengan keluarga tercinta, demi perjuangan mewujudkan Malaysia yang megah

berdiri di atas paksinya.

Rangkap ketiga mengisahkan tentang sumpah dan janji yang diungkapkan untuk kekal

setia mencintai tanah air walau apa pun yang berlaku. Allahyarham memilih ayat di atas

kaca jiwaku. Kenapa kaca? Kenapa tidak kayu jati atau besi? Pada persepsi saya, selain

daripada mengekalkan nilai estetika dalam penulisan liriknya, pemilihan diksi kaca

memiliki impak berbeza. Kaca bersifat lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai dan secara

biologinya merupakan bahan yang tidak aktif lalu boleh dibentuk menjadi permukaan

yang tahan dan licin. Kaca selalu membias perlakuan-perlakuan orang yang

menggunakannya. Kaca juga kadangkala boleh pecah berderai jika tidak dijaga dengan

Page 31: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

31

rapi, malah mampu melukakan sesiapa sahaja. Kaca akan mencerminkan kebenaran

meskipun pada mulanya kebenaran itu tidak dapat dilihat oleh manusia. Lirik akhir ini

mengandungi harapan bahawa suatu hari nanti, seluruh generasi di Malaysia akan

menyedari bahawa tiada tanah lain yang senikmat tanah air sendiri, iaitu ketika pada

malam pabila bintang terang, menerangkan kenyataan.

Kesimpulannya, cakupan kreativiti sangat luas dan bersifat subjektif. Penikmat lagu yang

sebenar tidak hanya terpesona dengan gubahan melodi tetapi juga mesej yang diam

bersembunyi di sebalik liriknya. Menjadi kreatif membawa konotasi menjadi lebih

cerdik, meninggalkan kejumudan menjadi sampah-sampah yang barangkali boleh dikitar

semula! Apa pun, mencintai tanah air itu dituntut seperti kata-kata ini, hanya ada satu

tanah yang dapat disebut tanah airku. Ia berkembang dengan usaha dan usaha itu

adalah usaha kita (Dr. H. Mohammad Hatta @ Bung Hatta).

Rujukan:

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. (1987). Glosari Istilah Sastera. K Publishing & Distributors Sdn Bhd.

Ratna Laila Shahidin. (2017). Kumpulan Puisi Benarlah Katamu Cetakan Kedua. Penerbit UUM

Press.

Zainon Sheikh Ahmad. (1997). Kesusasteraan Melayu Tradisional STPM. Penerbit Elman.

Page 32: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

32

VUCA DAN CABARANNYA

Badriyatun binti Kamar

Jabatan Pengajian Melayu IPGKPT

Apakah itu VUCA? VUCA mula muncul pada tahun 1987 setelah diperkenalkan oleh

tentera Amerika untuk menggambarkan situasi geo-politik pada ketika itu. Army War

College memperkenalkan istilah VUCA untuk menggambarkan geopolitik di

Afghanistan dan Iraq setelah Perang Dingin. Istilah tersebut kemudiannya digunakan

dalam pelbagai bidang, bermula daripada bidang perniagaan hinggalah ke pendidikan

dan dalam kalangan masyarakat yang lebih luas. Kehidupan hari ini yang penuh dengan

ketidakjelasan sedang menyerang semua kalangan masyarakat.

VUCA merupakan Akronim dari perkataan-perkataaan berikut iaitu Volatility,

Uncertainity, Complexity, dan Ambiguity.(Benny Danang,2018) Volatility

merupakan suatu keadaan yang cepat berubah.Sesuatu itu berubah terlalu drastik.

Belumpun sempat kita mengaplikasikan sesuatu yang kita pelajari, sudahpun berlaku

perubahan. Sehingga kita tidak mampu mengejar perubahan ini. Contohnya telefon

bimbit, komputer atau teknologi lain. Sewaktu zaman tenang pada sekitar tahun 1970

-an - 1980-an, sesuatu keadaan itu stabil dalam tempoh yang lama.Oleh sebab itu kita

dapat membuat ramalan atau jangkaan mengenai apa yang akan berlaku seterusnya.

Sekarang jika lambat membuat jangkaan, kita akan tertinggal jauh ke belakang.

(Sohor Kini, 2019)

Uncertainity pula merupakan satu keadaan yang tidak menentu, tiada kepastian dan

ketidaktentuan. Pada zaman kini tidak ada satu pun yang benar-benar pasti. Kita

tidak boleh lagi banyak bercakap tanpa pandai bertindak. Tidak perlu bermesyuarat

dalam tempoh yang lama tetapi tiada tindakan yang diambil bagi menangani

ketidaktentuan tersebut. Sebagai ketua atau pemimpin kita perlu banyak mendengar

penjelasan daripada orang bawahan kerana mereka yang lebih tahu apa yang berlaku

di lapangan. Pemimpin perlu mendengar dan menilai sesuatu perkara dari setiap

sudut. Tidak boleh lagi membuat keputusan sendiri tanpa mempedulikan sudut

pandang orang lain. Contohnya apabila mahu menerangkan sesuatu, ia perlu

disampaikan dengan jelas. gunakan bahasa yang difahami oleh semua orang. Dalam

Page 33: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

33

dunia VUCA, ia sangat membuang masa apabila kita mengambil masa yang lama

untuk memahami sesuatu perkara. Tindakan yang diambil perlu tepat. Libatkan orang

bawah atau pekerja dalam setiap perbincangan mengenai visi syarikat atau

organisasi. Jangan buatkan orang bawahan kita perlu mengambil masa untuk

memahami sesuatu. (Sohor Kini, 2019)

Complexity bermaksud satu keadaan yang kompleks. Dunia sekarang banyak

masalah dan serabut. Banyak perkara yang tidak jelas. Seorang pemimpin perlu ada

visi atau KPI yang jelas, bersasar dan mempunyai skop kerja yang terarah.

Seharusnya tiada arahan yang bertindih. Setiap pekerja perlu dinyatakan perkara

yang boleh dilakukan dan yang dilarang dan beritahu dengan jelas kehendak syarikat

atau organisasi agar tidak menimbulkan permasalahan. Oleh itu dalam zaman VUCA

ini setiap arahan perlu sentiasa jelas dan mampu menjelaskan agar tidak timbul

permasalahan yang kompleks. (Sohor Kini, 2019)

Ambiguity pula membawa maksud tiada kejelasan, iaitu sesuatu itu dalam kesamaran

dan wujud pelbagai maksud bagi sesuatu perkara itu terhadap persekitaran. Masa

hadapan yang semakin samar-samar. Dalam dunia VUCA, semuanya samar-samar

kerana keadaan berubah terlalu laju. Dalam keadaan ambiguity ini, kita tidak perlu

banyak merungut atau bersungut. Kita perlu belajar menerima arahan yang berubah -

ubah kerana sebagai ketua, mereka mahukan kepastian dan kestabilan. (Sohor Kini,

2019) Setiap keputusan yang diambil perlu melibatkan proses yang kompleks. Ini

kerana seorang ketua tidak dapat membuat ramalan yang tepat atau hampir tepat.

Bidang pendidikan juga terkesan dengan VUCA ini. Lihatlah sekarang dalam

menghadapi pendemic Covid-19 ini kita sudah jadi tidak karuan (Sayyidatul

Khoiridah,2020) Kita tiada persediaan dalam menangani uncertainity dalam

menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, tidak kira lah di

peringkat sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi

Page 34: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

34

Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dalam amanatnya pada 14

Januari 2019, mengakui bahawa kita sedang hidup dalam zaman VUCA. Kita tidak

dapat mengelak malah perlu mendepani arus globalisasi melalui pendidikan yang relevan

dengan generasi millenial. Menurutnya lagi, golongan pendidik perlu faham dengan

karakter generasi yang intim dengan teknologi, lebih jagat dan berfikiran terbuka.

Oleh itu, menurutnya lagi, anak-anak kita perlu dilengkapkan dengan pengetahuan

teknologi dan komunikasi (ICT), malah kementerian juga akan berusaha

memanipulasi teknologi blockchain, kepintaran buatan (Artificial intelligence) dan

‘penjagatan internet’ (Internet of things) di dalam sistem pendidikan untuk

membantu proses pengajaran dan pembelajaran serta penyimpanan data.

Para guru dan pendidik mesti berada di depan setiap masa seperti dalam memahami

terma teknologi untuk memastikan dapat menghasilkan pelajar berbakat dengan

kemahiran yang boleh dipasarkan. Cara pendidikan dalam era milenium tidak hanya

menjadi perpindahan pengetahuan di kalangan sekumpulan pelajar oleh seorang guru

tetapi perlu ada campur tangan teknologi agar objektifnya adalah untuk merangkul dan

mengadaptasi teknologi dengan cara yang paling berkesan dan bermakna.

Di seluruh dunia institusi pendidikan kini berubah secara tiba-tiba bagi mengoperasikan

pendidikan dalam persekitaran VUCA yang ditekan oleh Covid-19. Pemikiran dan

kepimpinan VUCA memerlukan corak penyampaian pendidikan yang lebih produktif dan

maju bagi memastikan proses pendidikan dilaksanakan sebagaimana biasa meskipun

dalam persekitaran dunia yang berubah. Contohnya pengajaran dan pembelajaran dalam

talian secara segerak dan tidak segerak dengan menggunakan pelantar Google Classroom

seperti yang telah dilaksanakan oleh para pensyarah di IPG Kampus pendidikan Teknik,

sangat membantu dalam keadaan yang tidak menentu sekarang ini. Sekurang-kurangnya

para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran dan yang utamanya ialah para pensyarah

turut berubah secara drastik dalam menyampaikan ilmu.

Page 35: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

35

Memandangkan dunia sekarang sangat tidak keruan dan tidak stabil, tidak menentu,

kompleks dan tidak masuk akal, sistem aliran maklumat semasa sangat penting dan

menjadikannya lebih berkesan dan telus supaya setiap pihak berkepentingan menyedari

sepenuhnya kemajuan dan pembangunan yang berlaku dalam sistem pendidikan yang

telah berubah 360 darjah.

Para pelajar perlu disediakan dengan segala ilmu dan keperluan pada masa hadapan.

Silibus perlu dibuat dan disemak sejajar dengan keperluan semasa. Silibus yang

lapuk dan berbentuk konvensional harus dibuang dan diganti dengan yang lebih

dinamik dan terkehadapan. Jika tidak, pelajar kita akan jauh di belakang jika

kejayaan hanya diukur dengan bilangan A yang diperoleh. Sejarah telah

membuktikan bahawa hanya dengan keinginan untuk mengumpulkan rakan -rakan

dalam reunion maka Mark Zuckerberg mencipta inovasi Facebook. Jack Ma yang

hanya ingin menolong sahabat-sahabatnya di China untuk berdagang lahirnya Ali

Baba.Com. Larry Page yang tujuan asalnya hanyalah untuk membantu rakan -

rakannya agar tidak membawa buku-buku yang berat dalam membuat rujukan,

akhirnya lahirlah Google.(Ary, Ginjar.2019) Inovasi seperti inilah yang perlu ada

dalam kalangan pelajar kita dalam mendepani dunia VUCA.

Sebelum kita mengubah pelajar, kepimpinan pendidikan perlu terlebih dahulu cakna

dengan dunia VUCA ini. Mereka perlu terlebih dahulu untuk berfikir, berusaha, dan

bertindak dalam mendepani dunia VUCA ini. Persoalannya ialah ramaikah pemimpin

pendidikan yang tahu, memahami, mempunyai keupayaan untuk mengubah lanscape

pendidikan didunia VUCA (Kemeruapan, Ketidakpastian, Kerumitan dan Kekaburan).

Bagaimanakah kita perlu mendepani dunia VUCA ini? Dunia VUCA ini perlu kita hadapi

dengan VUCA itu sendiri. Lawan dari VUCA adalah stability (kestabilan), certainty

(kepastian), simplicity (kesederhanaan) dan clarity (kejelasan). Keempat-empat poin

tersebut akan menukarkan VUCA yang penuh dengan kecelaruan kepada VUCA

yang penuh dengan keamanan. (Ary, Ginjar.2019)

Page 36: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

36

Bagi mendepani Volatility (kemeruapan) kita perlu ada visi. Kita perlu mempunyai

kemahiran meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan

keadaan semasa. Kita juga perlu memastikan diri kita sentiasa mengikuti

perkembangan semasa dan terkini. Uncertainty pula kita hadapi dengan certainty

iaitu kejelasan yang cemerlang. Kita perlu menghentikan ancaman dengan

memanfaatkan peluang baharu. Complexcity kita hadapinya dengan bertindak balas

terhadap sesuatu yang komlpeks dengan penjelasan. Perjelaskan komunikasi dan

perkenalkan kerja berpasukan dan kolaboratif. Ini akan memberikan arahan yang jelas

dan menggalakan mereka untuk untuk menyelesaikan masalah yang kompleks secara

bersama-sama. Dan akhirnya Ambiguiti kita hadapi dengan melawan kekaburan itu

dengan ketangkasan. Sesuaikan diri dalam keadaan yang tidak menentu. Memberi

galakan dengan skil yang baharu dan merangsang perdebatan secara sihat, dan

mengalakkan kreativiti.

Hanya individu yang mahu berubah dan ingin berubah sahaja yang boleh mendepani

dunia VUCA. Kita tidak boleh lagi mengenang masa lampau tanpa ada visi untuk

menjengah masa hadapan. Kemahiran teknologi, nilai dan visi menjadikan kita mampu

mendepani dunia VUCA.

Ini terungkap seperti yang dikatakan oleh Sun Tzu dalam bukunya Art of War

(Feng,2007), pemahaman tentang medan pertempuran akan membuat seorang jenderal

dapat mengatur strateginya tanpa harus mengorbankan banyak pihak.

Page 37: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

37

Rujukan:

Ary Ginanjar. Era VUCA & Cara Menghadapi Perubahan - Spiritual Samurai Eps 8

Video Motivasi. https://www.youtube.com/watch?v=8HxNKLkq29k. 15 Jun 2019.

Benny Danang Sutianto, Gustav Anandhita. Unika Dalam Wacana Publik 2017-2018:

Transformasi Inspiratif. Jakarta. 2018

Sayyidatul Khoiridah, Dian Ferisswara. Merdeka Berpikir: Catatan Harian Pandemi

Covid-19. UNITOMO PRESS. Jawa Timur. 2020

Sun-Tzu. Sun-Tzu on the Art of War: The Oldest Military Treatise in the World.Global

Language Press. USA.2007

https://www.studilmu.com/blogs/details/pengertian-konsekuensi-dan-keterampilan-di-era

-vuca

https://www.wartaekonomi.co.id/read202181/apa-itu-vuca

https://www.nutriclub.co.id/article-balita/stimulasi/tumbuh-kembang-anak/mendidik-

anak-siap-menghadapi-era-vuca

https://investor.id/investory/vuca-norma-baru-pasar-era-covid19

https://sarawakvoice.com/2019/01/14/amanat-menteri-pendidkan-pendidikan-untuk-

semua-tanggungjawab-semua/

https://kheru2006.livejournal.com/1865012.html- Transformasi Pendidikan Melalui

VUCA

https://www.facebook.com/SohorKini/posts/dunia-vucadunia-sekarang-ialah-dunia-vuca-

ia-turut-dipanggil-the-new-normalkita-/375244653131513/ - Dunia Vuca. 15 Julai 2019.

Page 38: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

38

Towards the Effective School: Context and Strategies for Improvement

MURALI A/L MURUGASEN, FAUZIAH BT HASHIM, NORHAYATI BT HASHIM,

DR HILMI BIN AHMAD SHAGHIR, RAMLI BIN SETAPA

Definition

Schools are different. Some are lively, some are happy. When we walk into the schools,

and more so when we live and have our history in them as pupils ad teachers, we can feel

the differences. Schools have their own tone, their own vibrations ad soul that set them

apart and make them unique. This tone or culture or ethos or climate, as it has been vari-

ously called is a result of the way in which the individuals in the school interact, how

they behave towards each other and their expectations of one another. A school’s culture

has a very powerful influence on the life of those within it and on the success, in academ-

ic, social an personal terms, that the individuals within the school achieve. To say this is

not to say anything new. We all know it from our own experiences. If we do not feel it

on a day-o-day basis, our memory soon conjures up images and feelings from our past.

We can all put our own achievements into its proper context- the social milieu, the good

and bad teachers, the successful and unsuccessful moments and so on.

Despite the authenticity of our feelings, it is only since the late 1990’s that educationalists

have begun o come to terms with what the culture of the school is all about. Rutter and

his colleagues went on to demonstrate that individual schools do make the difference to

pupils’ behaviour and attainment. Although their results have been criticised on methodo-

logical grounds (Goldstein, 1990), the substance of their arguments stands. Moreover,

other researchers (Reynolds et al, 1986) have published books and research reports with

similar findings, all of which support the notion that schools are different and can have an

important impact on the lives of their pupils, teachers and communities. What is particu-

larly can and do make a difference to pupils’ achievement, but that these schools’ cli-

mate, culture or ethos and their ‘quality’ as a social systems.

By implication, therefore, two pupils from similar social backgrounds and of similar in-

tellectual abilities can perform differently at two outwardly similar schools because of the

unique blend of academic and social circumstances to be found within the two establish-

Page 39: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

39

ments. Equally, they have the ability to change their present direction and become really

efficient and effective agents of pupils’ learning and development - or do just opposite.

Thus, good schools may increase pupils’ achievements. Bad schools decrease them. The

importance of correlation cannot be overemphasised. It is a crucial matter, especially in a

competitive society and in an era of accountability - which leads us to another point.

It is all very well keep talking about ‘effectiveness’ but what does it mean? There is al-

ways more than one view of what ‘effectiveness’ really is? For instance, is ‘effectiveness’

simply about producing people most likely to contribute to the nation’s wealth? Alterna-

tively, is it about producing educated, autonomous individuals? There again, how does

one really define ‘school effectiveness’? While most laymen, probably think they know

what effectiveness means, the term is practically hard to define in a educational sense. In

fact, it is noticeable that the literature is devoid of definition. To be effective means the

best possible use must be made of what is available to achieve the desired end. Therefore,

effective schools must capitalise on their staff, resources and the pupils abilities to

achieve the required outcomes. Providing a system of schooling that meets the value of

judgements of those directly engaged within the service as well as those whose value

judgements are held to be of importance in the wider community. This includes meeting

national needs, moral and economic requirements as well as the needs of a rapidly chang-

ing technological age.

The diversity of these answers speak for itself. So does the lack of precision. Yet, in a

sense, they are all right. Each answer has something to offer, to commend it. This is hard-

ly surprising when we consider the scope of the topic. For example, what is covered by

the term effective:

the atmosphere of the school which should be one conducive to learning?

. self-evaluation and school evaluation on a professional level?

. a suitable, well-taught and balanced curriculum?

. consistent discipline?

. good managerial practice?

Page 40: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

40

These are difficult and complicated questions which demand a great deal of tome and

thought.They reflect the different everyday uses of the word ‘effective’. The students’

answer indicate that an individual can be effective at one level, on one topic, with one

class, but not at another level, with different topics or groups. Hence, the whole concept

of effectiveness is fraught with definitional difficulties. Yet an understanding of the con-

cept is important because it is currently central to the debates in education about account-

ability, the curriculum, management, cost effectiveness, teacher education and much

more. If we cannot confidently define ‘school effectiveness’ and it may derivatives, we

should at the very least reflect on its meaning and question what we are doing in schools.

Self Effectiveness and Change Processes

Several commentators (the Schmucks, 1984; Cuban, 1994, Fullan, 1995) have argued that

because ‘change is a process not an event’, schools need to improve - and make more

effective - not only their ‘change process capacity’, but also their understanding of the

dynamics of change. The goal is effective implementation of innovations; it is the effect-

ing of change. ‘Policy ‘ argue Pressman and Wildavsky (1989), is effectively made by

the people who implement it. Within what Holy (1996) refers to as ‘development cul-

ture’, schools are encouraged both to recognise this fact and to support their teachers in

adopting and implementing desired changes effectively. Fullan (1985), makes much the

same point when he maintains the teachers, administrations and support agents should

‘share the considerable burden of development required by long- term improvement’.

The incremental, innovation-focused strategy needs to be established on a school-wide

basis . When successful improvements are accomplished, they involve individuals work-

ing in a small groups and other collective ways, obtaining technical mastery, a sense of

success and new meanings. This, of course, explains the enormous popularity of Rutter

Report (1989) in the United States. What looked like ‘research’ was saying just what the

Americans wanted to hear - that schools can make a difference. Cuban (1994), is noting

that the initial impulse behind the study of effective schools. Cuban (1994) rounds off his

critique of the ‘effective schools movement’ by asking a central question - does the lack

of focus on schools with high test scores mean they are OK? Purkey and Smith (1995)

argue that ‘using test scores alone to evaluate and compare individual teachers and ad-

Page 41: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

41

ministrators is likely to have a chilling effect’. They go on to say that collaboration is

most likely to occur in an atmosphere that supports innovation and risk-taking but grad-

ing teachers is hardly conducive to such an environment. Fullan (1981) agrees, insisting

that the political use of evaluation data can inhibit effective implementation. Staff devel-

opment that explicitly recognises the experience and expertise of staff members and en-

courages them to work together to change their school…and which involves the collabo-

rative identification and solution of the school’s problems… should be based on the ex-

pressed needs of teachers.

The Effective Schools/school Improvement Debate

There are two strands in the current effective schools debate. The effective schools litera-

ture is concerned to develop criteria that characterise the effective school; to provide a

model for effective schooling. The schools improvement studies’ on the other hand, are

more action and developmentally oriented. They embody the long-term goal of moving

towards the vision of the ‘problem-solving’ or thinking or relatively autonomous school

ans are more concerned to promote and evaluate school improvement strategies. These

two approaches are, of course complementary, so we will briefly review them both before

looking at the similarities and outlining a strategy for implementation. We begin by con-

sidering some of the lessons learnt from school improvement studies.

The current OECD/CERI International School Improvement Project has identified six

areas of focus which reflect the contemporary emphasis on school improvement such as

school-based review improvement; principals and internal change agents in the school

improvement process; the role of eternal support in school improvement; research and

evaluation in school improvement, school improvement policy; conceptual mapping of

school improvement.Our assumption is that change does not occur unless the particulars

of a school and its context are taken into account. A second is that school staff will not be

committed to a change effort unless they have the opportunity to be involved in decisions

concerning the shape of the project. A third is that effective schools are characterised by a

school-wide focus - a set of shared goals and a unified approach to instruction as opposed

to several seperate, uncoordinated projects and approaches. Finally, proponents of school

based strategies believe that any planning effort that encourages self-awareness and re-

flection on the part of school staff will greatly increase the chances that behaviours will

change.

Page 42: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

42

Lessons From America Best-Run Schools

Thomas Peters and Robert Waterman (19920 unleashed about America’s best-run

schools:

Commitment: Good schools project a raison d’etre. The school’s mission that is asserted

by individual stafff members may seem imprecise, but collectively the staff has arrived at

an agreed upon set of behaviours and outcomes that are sufficiently specific to accultur-

ate new organisational members.

Expectations: Good schools and school systems are populated by confident people who

expect others to perform to their personal level of quality. The attitude of success crosses

categories and feeds on itself. Teachers expect students to achieve. Students know they

are expected to achieve and they expect in turn, to have involved, competent teachers.

Principals are surprised by teachers who fail. Teachers are surprised by administrators

who ask little of themselves and others.

Action: People in good schools do things. They have a bias for action, proclivity for suc-

cess, and sense opportunism. They plan for now, seize decision options when they arise,

try new ideas, drop bad trials, and play within their strengths.

Leadership: Peters and Waterman (1994), pressed the point that innovative companies

foster many leaders and many innovators throughout the organization. People with high

levels of efficacy and expectancy who are trying and experimenting cannot be restricted

to designated leadership positions. Effective educational organizations spawn primary

work groups and individual champions in unusual numbers. The designated leaders create

an environment for trial and a tolerance for failure so that leaders can emerge and be sus-

tained at all levels of the school system.

Focus: Good schools pay attention to the task in hand. Student achievement in the class-

room commands the attention of teachers and administrators. More classroom time is al-

located to academic learning; more of the allocated time is engaged in academic learning

time for students. Staff development programmes concentrate on classroom-oriented

skills and understandings. Good schools know what their core tasks are and focus on

those jobs.

Page 43: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

43

Climate: At a minimum, good schools maintain an orderly and safe environment for stu-

dents and teachers. But they are much more than orderly. Successful schools work for all

people in the building. They are not schools for students; nor are they schools for teachers

and administrators. They work for adults and children and adolescents. Good schools are

good places to live in and work, for everybody.

Slack: Good schools have reasonable level of human resources and slack time. Time is

necessary for teachers to participate in staff development activity and to incorporate new

practices into their already crowded professional lives. Good practice is facilitated by a

reasonable level of the organizational redundancy and slack at the classroom level. Toler-

ance for failure, encouragement of experimentation, and the capacity to invent and adapt

innovations are not achievable in organizational settings where effectiveness is regularly

traded off for efficiency.

Some Characteristics of Effective Schools

There is no simple combination of variables that will produce an effective school

(Brookover et all, 1989). Consequently, there is no universal recipe for success. While all

reviews assume that effective schools can be differentiated from ineffective ones, there is

no consensus yet on just what constitutes an effective school. Every school is unique, a

miniature society (Shipman, 1997). Therefore, each school has its own characteristics

which are shaped by such factors as its location, pupil intake, size, resources and most

importantly , the quality of its staff.

The literature is also deficient on how schools can be altered in order to make them more

effective. Obviously a school with a weak staff simply cannot redeploy or replace inef-

fective teachers at will. The school leaders are forced to improve their institutional

strengths through time-consuming activities such as staff development schemes and in-

service training. There is a world of difference between theoretical and practical solutions

which will work on the ‘shop floor’. The practical difficulties impose considerable con-

straints upon researchers and often leave them open to the charge of providing unworka-

ble or unrealistic solutions. What will work at one level in one school will not prove ef-

Page 44: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

44

fective in another. There is no certainty that the same combination of ingredients, used in

different schools at various times, will produce similar results. There are simply too many

intangibles for teachers and researchers to control. Research in undertaken in the real

world, it is impossible to eliminate all the negative features of schools, however hard we

try. We cannot, for example, control pupil intakes or pupils’ socio-economic back-

grounds. Sometimes therefore, researchers have either been unsure quite what to recom-

mend to improve certain schools, or thought that specific proposals were not necessary

(Purkey and Smith, 1993).

The search for results, too, has other problems. For example, in focusing on school man-

agement and school improvement, we cannot ignore other levels of a school’s system. A

school is a combination of ‘nested layers’ (Barr and Dreeben, 1991) in which each organ-

izational level sets the context and defined the boundaries for the layer below, although

there is a reciprocal influence. If the locus of the educational process is at the lowest

structural level, the classroom, it is nevertheless in which the classroom functions. The

quality of the process at classroom level will be enhanced or diminished by the quality of

activity at the level above it (Purkey and Smith, 1993). In practical terms, it might mean

running the school in such a way that the sanctity of the class period is seldom violated

by external interference (Stallings, 1991). Alternatively, it might lie in supposing that

classroom discipline or good management is a necessary, though not sufficient, prerequi-

site for learning for most students (Duffy, 1990). Just as orders in the corridors is en-

hanced by order in the classroom (Stallings and Hentzell, 1988), control is difficult to

maintain behind a classroom door if the hall, dining room and other classrooms are in

chaos.

Hence if we are concerned with making entire schools more successful, it is logical to

treat the school as a whole entity. Only when schools maximise the chance of efficient

learning taking place in every classroom for every pupil will they be judged effective. It

is only then that teacher-specific or management led interventions will succeed.

Page 45: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

45

Disadvantaged and Disaffected Pupils: Social, Parental and School Processes

There are some hints in the literature- little else- that some schools do particularly well

for low-ability pupils but not for high-ability pupils. Just what these schools are like re-

mains unclear. They are also a minority. Since they may represent authentic positive dis-

crimination in action or be true working-class comprehensives, we really do need to find

out how they manage to excel. Ironically, some of these schools may be regarded less

highly by the general public than others because of their poorer external examination re-

sults.

Perhaps the major problem, though. Is that while we have only a limited idea of what

makes a good school, we have as yet no idea at all of how to prevent disadvantage and

disaffection taking hold of some schools. The vicious circle whereby failure generates

reactions which ensure the continued failure of siblings, lives on. These processes them-

selves may, in turn, lead to confrontation between teachers and pupils in a variety of

ways (McLouglin, 1993). First, the importance of the school as a contributory factor in

pupils disadvantage and disaffection has only recently begun to receive increased atten-

tion.

School Processes

We will now briefly consider some of the school processes related to disadvantage and

disaffection. These include home-school links, parental perspectives, the curriculum, un-

derachievement, deviance, school differences, rules and regulations, teachers’ expecta-

tions, teacher-pupil and peer group relationships, and bullying. Although unhappy child-

hood experiences are no longer considered to be irreversibly damaging, Rutter (1985),

believes there is little doubt that parents help shape the child’s behavior by means of their

selective encouragement and discouragement of particular behaviours, by their discipline

and by the amount of freedom which they allow. Inconsistent and lax discipline as well as

parents adopting different criteria and operating on different planes within the home, ap-

pears to have negative effects on children. So does the timing and quality of parental re-

sponses. Maintaining effective and consistent standards of discipline in the home is never

easy, as any parent will testify. Parents have to cope with a number of pressures and dis-

tractions on a daily basis. Nevertheless, Rutter (1993), claims that the parents of troubled

children differ quite early on from other parents in being less good at intervention, in giv-

Page 46: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

46

ing less encouragement and praise for good behavior, in responding erratically to bad be-

haviour and in giving naughty children too much attention for their misdemeanor.

Implications for Teachers

The evidence to date seems to suggest that schools have to find ways of striking balance

overt disciplinary measures and laxness. In practice, this means that teachers need to be

able to maintain control at all times while creating a relaxed atmosphere conducive to

successful learning and harmonious interaction. In reality, the acquisition of these skills

depends as much upon outlook, personality and temperament as anything else. It needs to

be remembered that while effective pastoral care teams support and prop up weak teach-

ers, they cannot replace or change incompetence or ineffective work overnight. Change

takes time. Helping weak teachers overcome their difficulties should be one of the main

thrusts od good school-based in-service and staff development, practiced through and un-

der the auspices of the head teacher. Regrettably, too few schools practice this art at pre-

sent.

Conclusion

It must also be remembered that school generate an individual culture (Sarason, 1982).

This internal culture has been variously described as the school ethos or school climate,

and in many cases reflects the internal capacity of the school to change. The external

ecology is composed of environmental pressures which are a function of government pol-

icy, social climate, local culture, etc. Conceptualising school improvements in this way

assists in understanding why activities vary from country to country and within national

and local boundaries. We can contrast these aspirations and their rather global perspec-

tive with the more specific concerns of the effective school research. Not only does the

effective schools research conclude that schools do make a difference, but there is also

broad agreement on the factors that are responsible for that difference. The review con-

ducting by Purkey and Smith (1983) is well known, and their distinction between organi-

zations and process factors widely accepted. Although more attention has been paid to the

former, the latter are arguably the most important.

Page 47: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

47

The process factors provide the means for achieving organizational change; they lubricate

the system and ‘fuel the dynamics of interaction’. The process factor remain similar from

setting to setting; be it a large American urban school, a Welsh rural school or a multi-

national company. It is the organizational factors that may vary from context to context

and so it is important that we are clear about our criteria for effectiveness.

REFERENCES

Apple, M. W. (1979) Ideology and Curriculum , London: Routledge and Kegan Paul.

Averch, H. et al (1981). How Effective is Schooling? New York: Englewood Educational Tech-

nology Publications.

Barnes, D. (1992). Practical Curriculum study, London: RKP

Bolam, R. (ed) (1992). School Focused In-service Teacher Education, Heinemann.

Clarke, D. et al (1984). ‘Effective Schools and School Improvement’, Educational Administration

Quarterly 20, 3, Summer, 41-68.

Delamont. S. (1986). Interaction in the Classroom, London: Methuen.

Edmonds, R.R. (1989). Effective Schools for the Urban Poor, Educational Leadership 37, 15-27.

Hopkins, D. (1997). Improving the Quality of Schooling, Farmer Press.

Hargreaves, D. (1989). Improving Secondary Schools, Report of the committee on the curriculum

and organization of secondary schools, London: ILEA.

Mortimore, P. (1992). Underachievement: a framework for debate: Secondary Education journal,

12, 3, 3-6.

Nisbet, J. (ed) (1983). Creativity of the School, Paris: OECD.

Nuttall, D. et al (1997). Cases in School Evaluation, Lewes: Falmer.

Reid, K. (1991). The self-concept and persistent school absenteeism, British Journal of Educa-

tional Psychology: The Counsellor 3, 5, 25-30.

Page 48: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

48

WE ARE NOT JUST ACADEMICS

John Roy Chacko

Language Department

The advanced technology that could help mankind, positively change the way we live our

lives and change the way we view the world through augmented reality. As everyone is

connected to each other through the Internet, a virtual world is created. Students bringing

cell phones to classes are no longer uncommon. Even the fledgling learners owns a de-

vice hidden in their pockets of even their backpacks. The term “the dignity deficit” in In-

stitute of Teacher Trainings fascinates my ever-swelling intelligence.

We have to look at our teachers-to-be, who use a lot of smart technology but have

a terribly poor sense of basic human values, even when they are taught these values from

young. Despite the progresses we enjoy in contemporary life, we are nowhere and are

regressing quickly to the point where we risk being downgraded by tangible social, eco-

nomic and spiritual development.

A recent study found that 95% of students have held on to their phones during classes,

92% used their phones during class time, and 10% brazenly admitted that they have

texted during an exam on at least once in their lifetime” (Tindell & Bohlander, 2012).

Students use their mobile devices in the class a mean of more than 11 times a day.

(“Should Cell Phones Be Allowed In Classrooms? | Oxford Learning,” 2019).

A report issued by Common Sense Media found that 50% of teens are "addicted"

to their mobile devices, and 59% of their parents agree that their children are addicted.

Furthermore, parents and children are worried about the effects the use of mobile devices

has on their daily lives; from driving to the dinner table to even basic everyday tasks, it

all involves the usage of mobile devices. (New Report Finds Teens Feel Addicted to Their

Phones, Causing Tension at Home | Common Sense Media, 2016)

Page 49: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

49

This can total up to a lot of time spent distracted and it is well known that students who

are easily distracted, end up having a higher level of stress, frustration and demotivation.

Almost 20% of students’ in-class time is wasted on texting, emailing, and checking social

media. This is the main reason why the debate on having cell phones allowed during class

hours is still being discussed about up until this day. (“Should Cell Phones Be Allowed In

Classrooms? | Oxford Learning,” 2019)

It is undeniable that cell phones are a very practical device; allowing students to access

helpful learning tools and high quality information online. However, it definitely is a

challenge to establish if the device is being used for school-related task and it can quickly

escalate from being an exceptional device into a disastrous distraction.

Distraction caused by mobile devices is definitely something to be worried about. Jeffrey

Kuznekoff studied communications at Miami University Middletown in Ohio. For a re-

cent project, he let college students take notes during a video lecture. Afterward the stu-

dents took a test on the material. During the video, one group of students could text or

tweet about anything while another group could text and tweet only the messages related

to the lecture. There was also a control group who couldn’t text or tweet at all.

“Texting on things that are unrelated to class can hurt student learning,” Kuznekoff

found. Overall, the control and class-related-message groups did 70 percent better on the

test than the students that could text and tweet about anything at all. The students who

texted regarding unrelated matters scored very low which on the same test. “You’re put-

ting yourself at a disadvantage when you are actively engaged with your mobile device in

class and not engaged in what’s going on,” warns Kuznekoff. (Kuznekoff et al., 2015)

Page 50: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

50

Cons of allowing cell phones include:

1. Distractions and interruptions

Even the most interesting chapter becomes boring as soon as a notification light

up the device. It leads to distraction for students as well as their peers. Teachers will

probably have to spend more time advising students to switch their devices off during

class than actually teaching their syllabus.

2. Cyberbullying

Cell phones can also lead to increased bullying within our out of school premises.

Cyberbullying is definitely harder to see than other forms of bullying, making it hard for

teachers to identify, control and stop it when it is happening.

3. Cheating

Again, cell phones can be an exceptional learning tool in class. But they can also

be used by students to access information while taking an exam and this is clearly cheat-

ing, making it an unfair advantage.

4. Disconnection from face-to-face activities

Cell phones lead to less in-person discussion and fewer learning opportunities be-

tween students. Learning to work together with others is a crucial part of students’ educa-

tion journey, and can be easily lost with excessive dependency on cell phones.

There’s no easy answer: there are both pros and cons to learners having cell phones

in class and although they are very helpful devices, they can quickly become a problem.

This means for educators who decide to allow the use of cell phones or any other digital

device for that matter, should most certainly set ground rules and keep a close watch on

how they are being used. My simple advice to teachers-to-be is to give the dignity of full

attention to whoever you are listening to at any one time.

Page 51: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

51

References:

Kuznekoff, J. H., Munz, S., & Titsworth, S. (2015). Mobile Phones in the Classroom: Ex-

amining the Effects of Texting, Twitter, and Message Content on Student Learning.

Communication Education, 64(3), 344–365. https://

doi.org/10.1080/03634523.2015.1038727

New Report Finds Teens Feel Addicted to Their Phones, Causing Tension at Home |

Common Sense Media. (2016). Common Sense Media. https://

www.commonsensemedia.org/about-us/news/press-releases/new-report-finds-teens-

feel-addicted-to-their-phones-causing-tension-at

Should Cell Phones Be Allowed In Classrooms? | Oxford Learning. (2019). In Oxford

Learning. https://www.oxfordlearning.com/should-cell-phones-be-allowed-

classrooms/

Tindell, D. R., & Bohlander, R. W. (2012). The Use and Abuse of Cell Phones and Text

Messaging in the Classroom: A Survey of College Students. College Teaching, 6 (1),

1–9. https://doi.or

Page 52: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

52

The effectiveness and impact of online classes for TLSB3203 Multicultural

Literature and GEC1033 English As Effective Communication

Norzalimah Binti Mohd Kasim

Jabatan Bahasa

As the world becomes increasingly interconnected, so do the risks we face. There is no

denying the impact that the coronavirus disease (COVID‐19) outbreak has had on many

aspects of our lives. The COVID-19 pandemic has not stopped at national borders only.

It has affected people regardless of nationality, level of education, income or gender. But

the same has not been true for its consequences, which have hit the most vulnerable hard-

est. Thus, the challenge for our education system is to leverage technology in a way to

create relevant learning experiences that mirror students' daily lives and the reality of

their futures in order to survive the “aftermath” of the lockdown and to move on in the

new norm. Therefore, based on experiencing the teaching and learning from January

2020, there are some of the ups and downs that I would like to share in managing the

TLSB3203: Multicultural Literature and GEC1033: English As Effective Communica-

tion.

In the era of 4.0, we know that technologies have changed the traditional way of educa-

tion to the modern way of learning in higher education. Online learning activities are be-

coming a common component of higher education. While such activities began as a sup-

plemental form of interaction, they have now become a central aspect of many graduates.

As acknowledged, the two subjects are from two different programmes. TLSB3203Multi-

cultural Literature is Semester One TESL students from the 1PISMP. Their mode of

learning and teaching has been fully online for the Semester June 2020, whereby

GEC1033English As Effective Communication are the newly fresh intake that started to

register after the first phase of the MCO.

Page 53: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

53

A large literature on the effectiveness and impact of online learning has developed since

the 21st-century classroom being implemented. According to a journal article ... : The Ef-

fectiveness and Impact of Online Learning in Graduate Education (retrieved: from

https://www.jstor.org/stable/44428305?seq=1#metadata_info_tab_contents)

There are literally thousands of studies that examine the

many different ways of using computer networks in teaching

and learning and the various outcomes of this form of interac-

tion. The overwhelming conclusion from these studies is that

online learning activities are well suited for graduate-level

education. When compared to traditional classes: student sat-

isfaction with online courses is higher; GPA and other

measures of student achievement are the same or better; a

higher level of critical thinking and problem- solving is re-

ported, and there is often more discussion among students

and instructors in a course. Instructors are able to track the

progress of their students in a detailed way and have a better

understanding of what students are/are not learning. Finally,

computer networking provides a more "authentic" learning

environment in the sense that students can easily communi-

cate with other educational professionals outside of the class

group if they desire.

As is well documented in the literature on online learning, the nature of the learning and

teaching experience is quite different for an online course compared to a traditional class-

room. The strength of the online class is the high degree of interactivity. Many students

seem almost thrilled by the fact that they can ask the lecturer a question and receive a

personal response immediately, and communicate with their friends online. This hap-

pened during the Google Meet for the PPISMP students, for the activity seemed to be a

Page 54: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

54

new experience for them. Unfortunately, with large classes, time constrains, and heavy

teaching loads had prevented me from giving personal responses and made interaction

more complicated what more with a variety of personality and social psychological fac-

tors of students.

Online learning is often theory-based and lacks practice-based learning. Theoretical

knowledge refers to facts, theories, and reasoning whereas practical knowledge is based

on hands-on endeavours and tasks. Online teaching is quite a different kind of experience

for me in teaching literature and language skills. This is because, it is known that online

courses are student-centred, therefore it is very difficult to lecture in an online learning

context. I feel quite uncomfortable and would be impossible when I needed to give input

during literature class since students are free to engage in as much private messaging

among themselves as they wish or they will have their profile mode in still pictures and

not live during google meet.

Inasmuch, I attained beneficial by having online classes too. Online classes increase my

efficiency by supplementing access to tools that facilitate discussion and active participa-

tion. In an online environment, I can reach students with different learning styles more

easily. For example, I could post a video lecture for those who learn best by listening, a

diagram, photos or video for those who learn best by seeing and an interactive game for

those who learn by doing via Google Classroom

Nevertheless, as an educator, I uphold the benefits of online education more than its neg-

ative aspects. In order to help my teacher trainees to face the modern world, I have to ac-

quire certain training via handheld devices to strongly embrace new technologies.

References:

https://www.jstor.org/stable/44428305?seq=1#metadata_info_tab_contents)

Multiculturalism and multicultural education: A case study of teacher candidates’ perceptions | Cogent OA

Page 55: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

55

ANALISIS SWOT TERHADAP KEBARANGKALIAN BERLAKUNYA

JANGKITAN COVID-19 DI KAMPUS INSTITUT KAMPUS PENDIDIKAN

TEKNIK (IPGKPT)

Dr. Abd Kadir Bin Abd Rahim Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum

1.0 Pengenalan

Suasana di kampus IPGKPT pada hari-hari biasa dapat digambarkan sebagai tenang wa-

laupun sibuk dengan aktiviti-aktiviti akademik dan kokurikulum. Para guru pelatih pada

kebiasaannya dilihat meneruskan rutin harian mereka mengikut jadual yang telah ditetap-

kan. Begitu juga dengan pihak pentadbir, pensyarah, staf pelaksana, pengawal kesela-

matan dan pekerja pembersihan sentiasa tekun melaksanakan tugas dan tanggungjawab

masing-masing. Gambaran kesibukan di kampus seperti itu sudah tidak lagi kelihatan

sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kini suasana

sedemikian telah berubah sama sekali. Kampus kelihatan sunyi tanpa pelajar. Malah ke-

hadiran staf juga telah dihadkan kepada tidak lebih 30 peratus daripada bilangan sebenar.

Langkah menghalang pelajar kembali ke kampus dan pengurangan staf bekerja di premis

ini bertujuan mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 berlaku di kampus.

Adakah kampus IPGKPT benar-benar bebas daripada wabak ini? Setakat manakah risiko

ini dapat diminimumkan atau dihapuskan. Persoalan-persoalan ini memerlukan

penelitian dan analisis khusus untuk menjawabnya.

Sehingga kehari ini, kebimbangan global semakin memuncak berikutan wabak yang be-

lum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Malah, semakin hari kes Covid-19 semakin

bertambah sedangkan vaksin yang ditunggu-tunggu masih belum menjadi kenyataan.

Statistik pada hari ini menunjukkan kes-kes yang berkaitan dengan wabak Covid-19 se-

makin meningkat. Setiap hari berita di pelbagai media akan menghidangkan pembaca

dengan perkembangan semasa wabak corona virus yang amat ditakuti pada masa ini.

Masyarakat umum amat berminat dengan statistik tentang wabak yang memberi gam-

baran bilangan pesakit yang positif, kritikal dan yang paling menggusarkan ialah angka

kematian yang semakin meningkat. Selain ingin mengetahui perkembangan wabak di

peringkat dunia, masyarakat tertunggu-tunggu pengumuman Kementerian Kesihatan

yang memaklumkan tentang perkembangan wabak di dalam negara. Masing-masing

Page 56: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

56

mengharapkan ada khabar gembira ke arah penurunan kadar wabak atau setidak-tidaknya

kemunculan vaksin baru yang dapat meredakan wabak tersebut.

2.0 Mengenali Corona virus

2.1 Latarbelakang Penyakit

‘Tak kenal maka tak cinta’. Ungkapan ini amat tepat memandangkan setiap orang perlu

mengenali penyakit tersebut dengan lebih jelas supaya dapat menghindarinya. Menurut

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (2020), Coronavirus adalah satu keluarga besar

virus yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan seperti Severe Acute Respiratory

Syndrome (SARS) dan Middle East Respiratory Syndrome-related Coronavirus (MERS-

CoV). Coronavirus terbaharu dan menjadi pandemik di seluruh dunia kini dikenali se-

bagai Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). COVID-19 telah mula dikesan di negara

China dengan kes pertama disahkan pada 7 Januari 2020 di Wuhan, Hubei, China. Dalam

tempoh tiga (3) minggu seterusnya, kes-kes disahkan di Thailand, Nepal, Amerika Syari-

kat, Korea Selatan, Singapura, Perancis, Vietnam, Malaysia, Australia, Canada, Cambo-

dia, Sri Lanka dan Jerman. Kes pertama di Malaysia disahkan pada 25 Januari 2020. Se-

hingga kini, penyakit COVID19 masih lagi menular di Malaysia. Sejak 20 September

2020, Malaysia sudah memasuki permulaan gelombang ketiga COVID-19 susulan pen-

ingkatan mendadak kes jangkitan virus COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia dan

pihak berkuasa terus menjalankan program dan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi

membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Cara penularan novel coronavirus COVID

-19 daripada individu kepada individu yang lain adalah melalui titisan dari hidung atau

mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin.

2.2 Gejala Penghidap Atau Disyaki Penghidap

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2020), seseorang itu disyaki menghidap pen-

yakit COVID-19 apabila dia memenuhi kriteria secara klinikal dan epidemiologi.

Kriteria Klinikal

Sekurang kurangnya mengalami dua daripada gejala berikut:

• Demam

Page 57: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

57

• Kesejukan

• Menggigil

• Sakit otot

• Sakit kepala

• Sakit tekak

• Loya atau muntah

• Cirit-birit

• Kelesuan

• Hidung tersumbat atau selesema secara tiba-tiba

ATAU

Salah satu daripada gejala berikut:

• Batuk

• Sesak nafas

• Kesukaran bernafas

• Hilang deria bau secara tiba-tiba

• Hilang deria rasa secara tiba-tiba

ATAU

Mengalami penyakit pernafasan yang teruk dengan sekurang-kurangnya satu daripada

gejala berikut:

• Radang paru-paru (pneumonia)

• Sindrom kecemasan respiratori akut (Acute Respiratory Distress Syndrome)

Kriteria Epidemiologi

• Pernah menghadiri majlis atau kawasan yang dikaitkan dengan kluster COVID-19 atau

zon merah.

ATAU

• Pernah mengembara/tinggal di luar negara dalam masa 14 hari sebelum bergejala.

Page 58: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

58

ATAU

Kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari sebelum bergejala.

3.0 Analisis SWOT Risiko Jangkitan Covid-19 di Kampus IPGKPT

Analisis SWOT biasa digunakan dalam bidang pengurusan khususnya dalam

menganalisis kemampuan sesebuah organisasi dalam merancang dan melaksanakan

sesuatu program atau projek yang biasanya melibatkan untung rugi kewangan sesebuah

organisasi. Justeru, pihak organisasi akan berhati-hati dalam membuat keputusan supaya

keputusan yang diambil itu tidak tersalah langkah yang akhirnya membawa kerugian

kepada organisasi. Untuk itu, setiap aspek berkaitan keputusan tersebut akan diteliti ter-

lebih dahulu buruk baiknya sebelum membuat keputusan.

Menurut Pochobradská (2019), Analisis SWOT adalah alat yang sangat berguna dan mu-

dah untuk mengenal pasti keadaan sebenar, perubahan yang diperlukan, potensi risiko

dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan dan

menghilangkan risiko. Ia adalah alat yang sangat berguna pada peringkat awal

merancang, mereka bentuk atau membuat keputusan. Analisis ini membolehkan sistem

tertentu dilihat menggunakan empat sudut pandangan iaitu S (Kekuatan), W

(Kelemahan), O (Peluang), dan T (Ancaman).

Meski pun kaedah ini biasanya digunakan dalam dunia perniagaan, namun tidak mustahil

jika ia digunakan dalam konteks lain di luar daripada dunia perniagaan. Belum ada usaha

setakat ini untuk menggunakan analisis ini untuk mendalami dan merungkai isu atau ma-

salah dalam dunia pendidikan khususnya yang berkaitan dengan kesihatan dan kesela-

matan warga kampus.

Isu pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia amnya merupakan isu

kesihatan yang menjadi topik perbincangan utama dimana-mana termasuk dalam dunia

Pendidikan. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malay-

Page 59: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

59

sia atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengekang penularan virus terse-

but. Antaranya ialah dengan melaksanakan penutupan institusi-institusi Pendidikan ter-

masuk IPG dan mengaktifkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp)

secara dalam talian. Di peringkat nasional, pihak kementerian sudah tentu mempunyai

asas pertimbangan dan mekanismanya sendiri dalam membuat keputusan tersebut me-

mandangkan impaknya yang besar kepada pelbagai pihak. Di peringkat kampus, selain

daripada dasar kementerian yang wajib dilaksanakan, pihak pengurusan kampus juga

boleh menilai sendiri kebarangkalian berlakunya wabak di kampus berdasarkan situasi

setempat yang mungkin berbeza dengan kampus-kampus lain. Justeru, analisis SWOT

ini dibuat bagi menilai kemungkinan berlakunya wabak Covid 19 berasaskan kekuatan,

kelemahan, peluang dan ancaman yang ada di kampus IPGKPT ini. Mudah-mudahan

kampus ini dapat dijauhkan daripada musibah tersebut setelah langkah-langkah pencega-

han terbaik diambil hasil daripada analisis SWOT ini.

3.1 Strength (Kekuatan)

Kampus IPGKPT dilihat mempunyai kekuatannya sendiri dalam mengekang penularan

wabak Covid-19 dalam kampus. Antaranya adalah seperti berikut;

3.1.1 Sempadan Kampus

Kekuatan pertama yang dimiliki kampus IPGPT ialah sempadan kampus yang jelas dan

dipagari dengan pagar yang kukuh yang tidak memungkinkan pergerakan secara tidak

sah untuk keluar masuk ke kawasan kampus. Semua pergerakan keluar dan masuk hanya

dipastikan secara sah dan terkawal melalui hanya satu laluan sahaja iaitu pintu masuk

utama. Selain daripada itu, tiada laluan rasmi lain dibuka dan setiap sempadan adalah

berpagar. Tiada kemungkinan pagar ini dapat dibolosi oleh sesiapa yang mungkin men-

jadi pembawa wabak. Malah, sebahagian besar sempadan kampus terdiri daripada kawa-

san ladang kelapa sawit yang tiada penduduk. Manakala sebahagian lagi kawasan pula

bersempadan dengan institusi-institusi pendidikan lain seperti English Language Training

Center (ELTC) dan Kolej Tunku Khursiah (TKC) yang juga mempunyai prosedur operasi

standard (SOP) keselamatan mereka sendiri bagi mengekang pencerobohan.

3.1.2 Kawalan Keselamatan

Page 60: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

60

Kawalan keselamatan yang ketat merupakan antara kekuatan yang dimiliki oleh kampus

IPGKPT. Pengawal keselamatan mempunyai SOP tertentu untuk menyediakan kawalan

keselamatan yang mencukupi untuk memastikan kampus ini selamat dari ancaman pen-

cerobohan pihak luar. Kawalan keselamatan dibuat selama 24 jam dengan bilangan petu-

gas yang mencukupi dan memadai untuk memastikan keselamatan kampus terjaga. Petu-

gas keselamatan juga mengamalkan sistem rondaan berkala yang akan memastikan

keselamatan terbaik di setiap penjuru kampus pada setiap masa.

3.1.3 Warga Yang Berdisiplin

Sebahagian besar warga kampus ini merupakan warga pendidik yang berilmu dan mampu

menjaga disiplin serta berintegriti. Nilai insaniah yang sedia terbina dalam kalangan war-

ga pendidik membolehkan mereka mengawal diri supaya berdisiplin dan bertanggungja-

wab menjaga diri sendiri, komuniti setempat dan persekitaran. Kekuatan ini sangat pent-

ing dan perlu ada untuk memastikan segala peraturan dan tanggungjawab menjaga SOP

berkaitan pandemik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

3.1.4 Kursus Generik GKK1043 Wajib Untuk Setiap Pelajar Baru PPISMP

Antara kekuatan yang menjadi identiti program PPISMP ialah setiap pelajar baharu tanpa

mengira bidang akan mengikuti kursus wajib generik iaitu Kecergasan dan Kesihatan

Diri yang kandungannya berkaitan dengan amalan penjagaan kesihatan dan kecergasan

diri. Ilmu yang diterima daripada kursus ini jika diamalkan sudah cukup untuk membole-

hkan setiap pelajar kekal cergas dan sihat serta terhindar dari risiko penyakit. Gaya hidup

sihat yang disarankan untuk diamalkan akan menjadi sebahagian daripada benteng untuk

mempertahankan diri daripada serangan penyakit.

3.1.5 Lokasi Kampus Yang Nyaman dan Terasing Dari Sumber Jangkitan

Dari segi lokaliti, kedudukan kampus boleh dianggap selamat kerana ia berada agak ter-

pencil dalam Kompleks Pendidikan Nilai ini. Dengan persekitaran yang menghijau, nya-

man, berbukit bukau saujana mata memandang serta terasing daripada kesibukan bandar,

menjadikan kampus ini terpelihara daripada sebarang pencemaran termasuk unsur yang

menyebabkan jangkitan.

3.2 Weaknesses (Kelemahan)

Di sebalik kekuatan, terdapat kelemahan-kelemahan sedia ada yang mungkin boleh diat-

Page 61: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

61

asi atau ditambahbaik bagi mengurangkan risiko.

3.2.1 Pergerakan Keluar Masuk Harian ke Kampus

Sebahagian besar staf yang bertugas di kampus tinggal di merata tempat di luar kampus.

Oleh itu, akan berlaku pergerakan keluar masuk harian pada kadar yang tinggi disebab-

kan oleh faktor tersebut. Walaupun suhu badan mereka yang masuk diperiksa oleh

pengawal keselamatan di pintu masuk, namun risiko jangkitan masih tetap ada. Kelema-

han sedia ada ini perlu diberi lebih perhatian supaya risiko dapat diminimumkan.

3.2.2 Pergaulan dan Kontak Sosial di Asrama

Pergaulan dan aktiviti sosial pelajar sewaktu menginap di asrama adalah sukar untuk

dikawal sepenuhnya. Pihak penguruan kampus hanya mampu memberikan garis panduan

dan nasihat. Selebihnya adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri untuk menjaga

dan mematuhinya kerana agak mustahil untuk memantau setiap aktiviti harian mereka

semasa di asrama. Kelemahan ini juga perlu diberi perhatian dan cuba diatasi atau dimin-

imumkan.

3.2.3 Lokasi Kampus Berada Berhampiran Dengan Potensi Sumber Jangkitan

Sungguhpun kampus ini mempunyai persekitaran yang terpencil dan sangat kondusif un-

tuk menempatkan sebuah institusi Pendidikan, namun kedudukannya berhampiran

dengan beberapa premis yang pernah dijadikan pusat kuarantin Covid-19 seperti Akade-

mi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Institut Aminudin Baki (IAB) sedikit

sebanyak menimbulkan kebimbangan. Tambahan pula, kawasan Salak Tinggi yang

dikenakan perintah PKPD baru-baru ini hanya terletak beberapa kilometer sahaja da-

ripada kampus IPGKPT. Faktor-faktor ini boleh disenaraikan sebagai kelemahan dalam

analisis ini.

3.3 Opportunity (Peluang)

Terdapat beberapa peluang yang boleh dimanfaatkan untuk membantu mengekang penu-

laran wabak Covid-19 ini di kampus IPGKPT.

3.3.1 Pelajar Bercuti Di Kampung dan Tidak Dibenarkan Kembali Semula Ke

Kampus

Sebahagian pelajar telah meninggalkan kampus untuk bercuti di kampung halaman mas-

ing-masing selama seminggu bermula pada 19 Oktober 2020. Malah terdapat kumpulan

Page 62: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

62

pelajar semester 3 yang telah meninggalkan kampus lebih awal seminggu iaitu pada 12

Oktober 2020 untuk urusan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Mereka semua di-

jangka pulang ke kampus pada 23 Oktober 2020 iaitu setelah selesai cuti pertengahan se-

mester. Namun, seiring dengan pengumuman perlanjutan tempoh PKPB di seluruh nega-

ra, kesemua pelajar telah diarahkan untuk terus tinggal di rumah masing-masing dan

meneruskan aktiviti pdp dalam talian dari rumah. Keputusan ini sebenarnya merupakan

satu peluang dalam analisis SWOT kerana populasi pelajar dalam kampus secara tidak

langsung dapat dikurangkan bagi memastikan persekitaran kampus yang lebih selamat

dikekalkan.

3.3.2 Pengurangan Kakitangan Yang Bertugas Di Premis

Pengurangan populasi kampus juga berlaku disebabkan oleh arahan pihak atasan yang

menetapkan operasi premis hanya akan digerakkan dengan kekuatan 30 peratus daripada

kapasiti staf sebenar di pejabat manakala selebihnya akan bekerja dari rumah. Arahan ini

juga dianggap sebagai satu peluang yang patut diambil untuk mengurangkan kesesakan

kampus dengan bilangan warganya yang ramai. Apabila bilangan pelajar dan staf telah

berkurang, isu penjarakan sosial di kampus tidak timbul dan risiko jangkitan dapat dimin-

imumkan.

3.3.3 Kemudahan Komunikasi

Kemudahan komunikasi yang boleh dicapai oleh semua warga kampus boleh dianggap

sebagai satu peluang yang boleh dimanfaatkan. Walau pun berada di seluruh pelusuk

tanah air, semua pelajar masih boleh diakses pada bila-bila masa dengan menggunakan

kemudahan gajet yang mereka miliki. Segala maklumat, peringatan dan arahan yang

berkaitan dengan wabak penyakit ini boleh disampaikan dengan cepat melalui aplikasi

Whatsapp, Telegram, Instagram dan sebagainya. Maklumat yang tepat dan cepat amat

penting untuk disampaikan kepada semua warga kampus sebagai langkah berjaga-jaga.

Begitu juga sebaliknya, maklumat tentang kesihatan pelajar yang berada di luar kampus

juga dapat dipantau dengan baik oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan

adanya kemudahan komunikasi.

3.4 Threat (Ancaman)

Terdapat beberapa ancaman yang dapat dikesan dan berkemungkinan meningkatkan risi-

Page 63: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

63

ko jangkitan Covid-19 di kampus IPGKPT.

3.4.1 Staf Menginap Di Kawasan Zon Merah

Antara faktor kelemahan yang tidak dapat dikawal ialah staf tinggal di luar kampus me-

nyebabkan berlakunya pergerakan masuk dan keluar staf bagi memenuhi tuntutan bertu-

gas pada waktu pejabat. Disebabkan tempat tinggal staf tidak dapat dikawal, kemung-

kinan sebahagian daripada mereka ada yang menetap di zon merah yang berisiko tinggi.

Apabila staf tersebut berisiko, sudah tentu warga kampus yang lain akan turut me-

nanggung risiko apabila mereka bertugas di kampus.

3.4.2 Pergaulan Staf Dengan Ahli Keluarga/Anggota Masyarakat Berisiko

Risiko jangkitan juga mungkin boleh berpunca daripada pensyarah dan staf serta pekerja

swasta yang bertugas di kampus IPGKPT. Jangkitan mungkin bukan berpunca daripada

mereka sendiri tetapi kerana pergaulan mereka dengan ahli keluarga dan jiran-jiran yang

berisiko semasa di rumah boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan risiko.

3.4.3 Status Kesihatan Pelajar Apabila Kembali ke Kampus

Kembalinya pelajar ke kampus setelah balik bercuti di kampung halaman masing-masing

di seluruh pelusuk tanahair sebenarnya mengundang risiko jangkitan. Semasa di kam-

pung, pelajar telah bergaul dengan ahli keluarga yang status kesihatannya boleh diragui.

Sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga mereka yang mungkin dijangkiti, sudah tentu

pelajar terbabit turut akan menjadi punca risiko jangkitan di kampus. Keadaan ini akan

meningkatkan risiko jangkitan di kampus dan dianggap sebagai satu ancaman. Sebesar

mana ancaman tersebut bergantung kepada tahap penularan wabak di luar kampus dan

bagaimana pelajar yang kembali ke kampus nanti diuruskan mengikut SOP.

4.0 Penutup

SWOT adalah satu kaedah untuk menilai dan menganalisis situasi tentang kekuatan,

kelemahan, peluang dan ancaman sebelum membuat sesuatu keputusan. Analisis yang

begitu sinonim dengan pengurusan perniagaan ini telah cuba diaplikasikan dalam mem-

buat penilaian berhubung dengan isu membendung jangkitan wabak Covid-19 di kampus

IPGKPT. Telah terbukti bahawa analisis SWOT ini boleh juga digunakan untuk menilai

Page 64: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

64

situasi di kampus bagi tujuan tersebut. Dapatan daripada hasil analisis berkenaan adalah

terperinci dan mencakupi semua aspek yang berkaitan isu tersebut yang perlu dipertim-

bangkan. Diharapkan kaedah analisis ini dapat membantu mengekang dan mengha-

puskan terus ancaman penularan wabak Covid-19 bukan sahaja di kampus IPGKPT ma-

lah di mana-mana tempat sekali pun di muka bumi ini.

Rujukan

Pochobradská, K. (2019). Swot Analysis as Tool for Evaluation of Process Supply and Strategy Design. Economics & Management (1802-3975), 1, 44–51. Portal Rasmi MyHEALTH KKM (2020). Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019. Di-akses pada 24 November 2020 daripada http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/SOALAN-LAZIM-COVID-19.pdf

Page 65: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

65

JOM KURANGKAN PLASTIK

Nizam bin Ijom Jabatan Sains

Penciptaan plastik telah dimulakan oleh Alexander Parkes di Birmingham, England pada

tahun 1856 dan dipatenkan sebagai Nitrocellulose. Warga Amerika Syarikat, John Hyat

telah menambah baik plastik menjadi lutsinar. Beliau menamakannya sebagai Celluloid

pada tahun 1873. Namun begitu istilah plastik hanya mula digunakan pada awal abad

kedua puluh. Plastik merupakan suatu polimer sintetik yang dicipta dan dipatenkan pada

tahun 1907 oleh Leo Baekelite dengan nama “baekelite” atau bakelit yang keras, tahan

haba dan bersifat penebat. Beliau turut memperkenalkan istilah plastik yang berasal dari

perkataan Latin “plasticus” dan istilah Greek “plastikos” bermaksud sesuatu yang mudah

dibentuk. Terma plastik bermaksud suatu produk yang dihasilkan daripada bahan sintetik

berasaskan petroleum.

Botol dan beg daripada plastik digunakan dengan jumlah yang sangat tinggi. Sebanyak

480 billion plastik dilaporkan telah terjual hanya pada tahun 2016 di seluruh dunia.

Dianggarkan satu juta botol plastik terjual setiap minit atau bersamaan 20 ribu botol

setiap saat. Malangnya dari jumlah botol plastik yang terjual hanya separuh sahaja dikitar

semula. Laporan yang diterbitkan oleh oleh United Nations Environment Programme

(UNEP) bertajuk Single-use Plastic: A Roadmap for Sustainability menunjukkan

sejumlah lima trilllion beg plastik digunakan setiap tahun. Sebahagian besarnya hanya

digunakan sekali sahaja dan dibuang sebagai sampah atau bahan buangan.

Mantan Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, YB Yeo Bee Yin

menyatakan Malaysia berada pada tangga pertama dalam rantau ASEAN dalam

penggunaan plastik pada tahun 2019. Secara puratanya setiap penduduk negara ini

menggunakan plastik melebihi tiga kali ganda purata penggunaan plastik di rantau

ASEAN. Kajian yang dijalankan oleh Ipsos Sdn. Bhd. (Ipsos) mendapati bahawa setiap

rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 75 kg plastik dalam tempoh setahun dan ini

merupakan satu jumlah yang amat besar dan membimbangkan. Penggunaan plastik yang

amat banyak ini akhirnya dibuang sebagai sampah yang akan mencemarkan alam sekitar.

Sampah plastik seperti beg plastik, pembalut barang, pembungkus gula-gula, cawan dan

botol minuman plastik mengambil masa sehingga 1000 tahun untuk terurai. Botol plastik

mengambil masa sehingga 450 tahun, sebaliknya kertas hanya memerlukan 4 hingga 6

minggu untuk terurai.

Page 66: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

66

Kajian pencemaran plastik oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Jenna R.

Jambeck menunjukkan Malaysia berada pada tangga kelapan negara pengeluar sisa bu-

angan plastik terbesar dunia pada tahun 2015. Pada tahun 2010, sebanyak 0.94 juta tan

sisa plastik terbuang dengan 40 peratus dibuang di lautan. Malahan dikatakan semenjak

tahun 1950-an lagi hanya sembilan peratus sahaja plastik daripada sejumlah 6.3 billion

tan yaang dihasilkan. Lebih membimbangkan setiap tahun dianggarkan 8 juta tan sisa

plastik dibuang ke sistem perairan seperti sungai dan terus ke lautan mampu memberikan

kesan kepada hidupan marin dan manusia. Berdasarkan situasi yang semakin sukar

dikawal, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres

telah memberi amaran menjelang tahun 2050 plastik lebih banyak berbanding ikan di

lautan. Dr. Rosazlin Abdullah, pensyarah Institut Sains Biologi Universiti Malaya

menjelaskan peningkatan sisa plastik boleh memudaratkan ekosistem bumi di darat dan

juga lautan termasuklah manusia. Plastik yang tidak mudah mereput akan pecah menjadi

partikel kecil dan terurai apabila terdedah kepada sinaran ultraungu, oksigen, suhu tinggi

dan aktiviti mikroorganisma dalam tempoh masa tertentu. Plastik yang pecah dan terurai

dalam laut akan menjadi mikroplastik dan nanoplastik (saiznya lebih kecil daripada

mikroplastik) yang akan membahayakan biodiversiti marin termasuk plankton, spesis

ikan mengundang bahaya kepada kepelbagaian hidupan laut seperti plankton, plebagai

ikan dan juga burung. Zarah plastik yang mengandungi bahan kimia akan menyerap ke

dalam tisu haiwan seperti ikan yang merupakan sumber protein manusia. Memakan

makanan laut yang dicemari mikroplastik dan nanoplastik boleh mengancam kesihatan

manusia.

Kajian-kajian yang dijalankan mendapati mikroplastik dikaitkan dengan logam-logam

berat seperti kadmium, plumbum dan kromium yang membahayakan kesihatan manusia.

Bahan-bahan ini menyebabkan kanser, endometriosis, merosakkan sistem saraf dan

pembiakan, mengganggu sistem endokrin dan keimunan yang boleh menjejaskan

pertumbuhan bayi. Bolehkah sisa plastik dikurangkan tanpa mencemarkan lautan? Suatu

persoalan yang sukar dijawab. Sisa plastik jika dibakar akan membebaskan gas beracun

yang berbau dan mencemarkan udara, akhirnya mengganggu kesihatan manusia dan

ekologi. Tanpa disedari, pembakaran plastik boleh mendatangkan kesan buruk kepada

alam sekitar melalui penipisan ozon dan menyebabkan perubahan iklim global.

Page 67: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

67

Menghentikan penggunaan plastik secara drastik adalah sukar. Ini akan menjejaskan

industri penghasilan plastik dan mendapat tentangan daripada pengilang. Persatuan

Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) umpamanya telah mencadangkan program yang

lebih menyeluruh seperti mengurang, mengguna semula dan mengitar semula plastik

berbanding menghentikan penggunaan plastik apabila kerajaan negeri Pulau Pinang

melaksanakan hari tanpa plastik pada tahun 2009. Bermula tahun 2009 dan seawal tahun

2010 Pulau Pinang dan Selangor memulakan hari tanpa beg plastik untuk mengurangkan

penggunaan plastik di pasaraya dan kedai-kedai runcit. Penjual akan mengenalkan caj 20

sen untuk setiap beg plastik pada setipa hari Sabtu di seluruh negeri Selangor, manakala

di Pulau Pinang pada hari Isnin. Kutipan caj plastik ini akan dimasukkan dalam Tabung

Amanah Kerajaan Negeri Selangor bagi membiayai program berkaitan alam sekitar.

Memandangkan hari tanpa beg plastik telah menunjukkan kesan yang positif, mulai 2017

setiap hari diisytiharkan sebagai hari tanpa beg plastik di Selangor.

Kejayaan pelaksanaan hari tanpa beg plastik di Pulau Pinang dan Selangor telah diikuti

oleh negeri-negeri lain. Melaka menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari bebas

beg plastik pada tahun 2014, malah lebih awal menjadikan sepanjang minggu hari bebas

beg plastik iaitu pada Januari 2016. Hari Sabtu dan Ahad sebagai hari bebas beg plastik

pada Julai 2017 di Pahang. Manakala negeri terakhir melaksanakan hari tanpa beg plastik

adalah Perlis mulai 7 Mac tahun ini. Negeri tersebut juga menetapkan dalam tempoh 2

tahun untuk mencapai hasrat setiap hari tanpa beg plastik. Di peringkat ASEAN, negara

Brunei juga melaksanakan setiap masa bebas dari penggunaaan beg plastik pada tahun

2019. Kerajaan Singapura juga mengambil langkah kempen mengurangkan penggunaan

beg plastik, penyedut minuman dan botol-botol plastik sejak tahun 2018. Ini kerana

penduduk Singapura menggunakan 820 juta beg plastik di pasaraya, secara purata 146

beg plastik setiap rakyat. Hanya empat peratus sahaja yang dikitar semula. Langkah lain

mengurangkan sampah plastik adalah kempen seperti Hari Alam Sekitar. Menyedari

kepentingan meningkatkan kesedaran dan melindungi alam sekitar tarikh 5 Jun mulai

tahun 1972 dipilih sebagai Hari Alam Sekitar Dunia yang disambut serentak di seluruh

dunia dengan tema yang ditetapkan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (UNEP). Bagi tahun 2018 tema “Menghapuskan Pencemaran Plastik”

sangat bertepatan dengan situasi pencemaran plastik berada pada tahap membimbangkan.

Selaras dengan Pelan Hala Tuju Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang

Page 68: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

68

diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kempen

Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna dilancarkan sempena sambutan Hari Alam

Sekitar Negara 2019. Kempen yang disasarkan kepada semua organisasi kerajaan sama

ada di peringkat persekutuan, mahu pun di peringkat negeri termasuklah syarikat

berkaitan kerajaan. Tujuan kempen adalah untuk menggalakkan kakitangan kerajaan

mengurangkan penggunaan plastik sekali guna melalui beberapa kaedah seperti

menggantikan penggunaan beg plastik dengan beg yang boleh digunakan berulang kali

seperti woven bag, membawa botol air sendiri, menghidangkan air dalam jag dan gelas,

membawa bekas sendiri untuk membeli makanan dan sebagainya. Matlamat akhir

kempen ini akan dapat diperluas kepada organisasi swasta seperti sektor perkhidmatan

seperti sektor pembekalan makanan dan minuman (food and beverages) dan perhotelan.

Rujukan Azrina Sobian. (2019). Perjuangan Menghentikan Penggunaan Plastik Sekali Guna. http://

www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2019/02/11/perjuangan-menghentikan-penggunaan-plastik-sekali-guna

Dziyaul Afnan Abdul Rahman. (2020). Sabtu Hari Tanpa Beg Plastik di Perlis. Berita Harian. 7

Mac 2020. Kerajaan negeri Pulau Pinang. (2017) Garis Panduan Penguatkuasaan Kempen Hari Tanpa Beg

Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang 2017. https://www.penang.gov.my/images/Garis%20Panduan%20Bag%20Plastik%202.0%20Penguatkuasaan.pdf

Kerajaan Negeri Selangor. (2019). Garis Panduan Pelaksanaan Program Kutipan Caj Beg Plastik

di Negeri Selangor. http://www.mdsb.gov.my/sites/default/files/lampiran_3_-_selangor_am_garis_panduan_pelaksanaan_program_kutipan_caj_beg_plastik_di_negeri_selangor.pdf

FOMCA. (2019). Melestari alam sekitar tanpa beg plastik. http://www.fomca.org.my/v1/

index.php/fomca-di-pentas-media/543-melestari-alam-sekitar-tanpa-beg-plastik. Jabatan Alam Sekitar (2019). Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna. https://

www.doe.gov.my/portalv1/wp-content/uploads/2019/09/8.-Kempen-Hindari-Penggunaan-Plastik-Sekali-Guna.pdf.

Muhammad Yusri Muzamir. (2019). Tiada beg plastik di Pulau Pinang setiap Isnin. Berita Hari-

an. 8 Jun 2019. Nik Sukry Ramli. (2019). Semua Premis Perlu Jayakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik. Berita

Harian. 27 Jun 2019. Reuters. (2020). Report: Malaysian Asia’s Big Plastics Consumers. New Straits Times. 17 Feb

2020.

Page 69: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

69

MEMAHAMI JANGKITAN DAN KESTABILAN CORONAVIRUS DISEASE 2019

(COVID-19)

Hairiah Binti Munip, PhD

Jabatan Sains

Tahun 2020 merupakan tahun yang amat getir bagi penduduk di seluruh dunia kerana te-

lah dikejutkan dengan wabak penyakit yang merbahaya iaitu penyakit yang disebabkan

oleh Coronavirus (CoV). Coronavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan

jangkitan ke atas salur pernafasan. Terdapat beberapa jenis Coronavirus seperti severe

acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-

related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah

dikenali sebagai Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh me-

nyebabkan spektrum bersimptom daripada selesema biasa kepada radang paru-paru

(pneumonia) yang teruk yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang tiga penemuan awal berkaitan jangkitan

dan kestabilan Covid-19. Penyelidikan pertama dijalankan oleh penyelidik di Imperial

College London, Columbia yang bekerjasama dengan Universiti Tsinghua di China.

Hasil penyelidikan mereka telah berjaya membina satu model komputer bagi menjelaskan

mengapa Covid-19 tersebar dengan cepat. Mereka juga mendapati kehadiran virus tidak

dapat dikesan sehingga berminggu-minggu lamanya dan hasilnya, ramai yang telah di-

jangkiti di beberapa daerah di China tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala. Oleh

sebab itu, langkah pencegahan jangkitan tertangguh, menyebabkan bilangan individu

yang dijangkiti semakin meningkat.

Page 70: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

70

Penemuan berikutnya juga menunjukkan keseriusan jangkitan SARS-CoV-2 (Covid-19).

Penemuan ini menjelaskan penyebaran geografi Covid-19 yang pesat dan menunjukkan

bahawa pembendungan virus ini akan menjadi semakin mencabar. Virus influenza pan-

demik H1N1 2009 juga menyebabkan banyak kes ringan dengan cepat merebak ke per-

ingkat global, dan akhirnya menjadi kes endemik. Pada masa ini, terdapat empat strain

Coronavirus endemik yang beredar bebas dalam populasi manusia (229E, HKU1, NL63,

dan OC43) namun penyebarannya agak perlahan berbanding Covid-19. Sekiranya Covid

-19 mengikuti corak influenza pandemik H1N1 2009, ia juga akan merebak ke seluruh

dunia dan menjadi coronavirus endemik yang kelima di dalam populasi manusia. Kajian

ini mengesahkan apa yang telah dijelaskan oleh pengamal perubatan iaitu Covid-19 tidak

menunjukkan gejala dengan segera, tidak seperti SARS di mana individu yang dijangkiti

akan menunjukkan gejala dengan cepat.

Oleh yang demikian saranan daripada Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) adalah

sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 perlu mengasingkan diri

secepat mungkin, memaklumkan kontak rapat yang lain dan memaklumkan pihak Ke-

menterian Kesihatan. Kajian ini menunjukkan bahawa SARS-CoV-2 dan SARS-CoV-1

mempunyai persamaan dari segi kadar jangkitan. Walau bagaimanapun, wabak SARS

hanya melanda beberapa negara Asia, manakala Covid-19 telah menjadi satu pandemik.

Salah satu kemungkinan adalah kerana pesakit SARS menunjukkan gejala secara lang-

sung dan terus mengasingkan diri. Gejala pada pesakit Covid-19 pula amat perlahan (atau

tiada gejala langsung) dan tanpa sedar, mereka telah menyebarkan jangkitan kepada

orang sekeliling

Dalam satu kajian kestabilan Covid-19, penyelidik di National Institutes of Health (USA)

telah menggunakan Nebulizer untuk menyembur SARS-CoV-2 (virus Covid 19) dan

SARS-CoV-1 (virus menyebabkan SARS) ke dalam tangki kultur bagi mengkaji ketahan-

an virus tersebut selepas tempoh masa yang berlainan. Kajian menunjukkan Virus boleh

bertahan melebihi 3 jam di udara. Virus juga boleh bertahan selama 4-8 jam di per-

mukaan kertas dan tembaga, manakala di atas permukaan plastik dan logam keluli Virus

boleh bertahan selama 72 jam. Kajian ini mengesahkan apa yang telah disarankan oleh

Page 71: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

71

KKM bahawa seseorang individu boleh dijangkiti oleh pesakit Covid-19 melalui batuk

dan bersin. Justeru, saranan daripada KKM ialah individu yang dijangkiti perlu memakai

topeng muka sebelum menghampiri individu lain. Penjarakan sosial perlu diteruskan:

duduk di rumah dan jika keluar, pakai pelitup muka dan jarakkan diri 3-6 kaki dari orang

lain. Kajian ini juga menjelaskan bahawa virus mampu bertahan di permukaan plastik

dan keluli berbanding tembaga dan kertas. Maka, permukaan plastik dan keluli perlulah

dibersihkan dengan teliti. Tisu yang telah digunakan ketika bersin perlulah dibuang

dengan cara yang betul.

Dalam mengharungi situasi ketidaktentuan yang belum pernah terjadi di sepanjang hayat

kita disebabkan pandemik Covid-19 ini juga, Akademi Sains Malaysia telah menubuhkan

Special Interest Group (SIG) on COVID-19 yang terdiri daripada Felow Akademi.

Tujuannya adalah untuk menilai hasil penyelidikan di seluruh dunia dan mengeluarkan

lembaran fakta bagi membantu masyarakat memahami implikasi dan batasan penyelidi-

kan. Akademi Sains Malaysia menjelaskan sehingga kini, belum ada rawatan yang ter-

bukti berkesan untuk COVID-19. Pengurusan klinikal hanya tertumpu kepada mengu-

rangkan simptom dan rawatan sokongan, seperti mengawal cecair dan memastikan

pemakanan tubuh kekal seimbang dan sihat serta menyokong fungsi fisiologi pesakit.

Usaha giat sedang dilakukan bagi mengenalpasti kaedah terapeutik yang paling berkesan

untuk merawat COVID-19. Setakat ini, terdapat beberapa agen terapeutik telah dikenal-

pasti seperti Chloroquine, Hydroxychloroquine, Lopinavir-Ritonavir, Favipiravir,

Remdesivir, Azithromycin, Ribavirin, Interferon, plasma pemulih, steroid, atau anti-IL-6

yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19. Pemilihan agen terapeutik dibuat ber-

dasarkan keberkesanan sifat anti-virus dan/ atau anti-keradangan agen melalui ujian ter-

hadap sel, atau lebih dikenali sebagai teknik eksperimen in vitro.

Page 72: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

72

Penyelidikan dan inovasi sains akan menjadi penting dalam menstabilkan dan mengu-

rangkan kesan-kesan daripada pandemik COVID-19 yang berkembang pesat. Malaysia

merupakan salah sebuah negara yang dipilih untuk terlibat dalam kaji selidik Solidariti

oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengkaji keberkesanan dan kesela-

matan agen teraputik lain seperti Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir, Lopinavir/ Ritonavir

dengan Interferon beta-1a, dan Chloroquine atau Hydroxychloroquine. Rasional di se-

balik percubaan peringkat global ini adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pe-

sakit daripada 90 buah negara melalui reka bentuk percubaan klinik yang sudah melepasi

piawaian. Melalui usaha ini, keputusan dapat diperolehi dengan cepat yang mana mampu

memberikan bukti kukuh dalam menentukan keberkesanan untuk rawatan yang paling

berkesan. Coronavirus atau COVID-19 adalah virus Corona yang baru dan KKM senti-

asa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) untuk mempelajari characteristic and behavior virus ini. Kita mengharapkan

penemuan bagi kajian klinikal untuk Covid-19 akan berjaya menemukan agen teraputik

pada suatu hari nanti.

Rujukan:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), (2020). Laman web khas COVID-19 http://covid-19.moh.gov.my/

MERCY Malaysia Wakaf COVID-19 @ MERCY Malaysia, (2020). https://www.mercy.org.my/donate/wakaf-covid19/

UNICEF Malaysia, (2020). Gedung maklumat mengenai COVID-19 termasuk artikel, soalan

lazim, tip dan maklumat penting https://www.unicef.org/malaysia.

Page 73: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

73

Konsep Ilmu Dalam Integrasi Disiplin STEM : Satu Kupasan Ringkas Pendekatan

STEM dari Perspektif Falsafah

Mohd Razip Bajuri, Jabatan Matematik

Pendekatan integrasi disiplin STEM dalam konteks falsafah ilmu boleh difahami melalui

tiga konsep utama. Konsep pertama ialah konsep bentuk kewujudan ilmu atau ontologi

ilmu. Dalam konsep ini, ilmu dalam integrasi STEM terbina dari dua bentuk iaitu mutlak

dan relatif. Konsep kedua falsafah ilmu dalam integrasi STEM ialah konsep proses pem-

binaan ilmu melalui pendekatan STEM atau lebih dikenali sebagai epistemologi STEM.

Konsep ketiga adalah konsep nilai ilmu melalui pendekatan STEM atau aksiologi dalam

pendekatan STEM. Ketiga-tiga konsep tersebut perlu dibincangkan dari aspek falsafah

sebagai asas untuk membina kefahaman agar kelistarian terhadap pendekatan tersebut

dapat dibina (Chesky & Wolfmeyer 2015; Yanez et al. 2019). Melalui ketiga-tiga konsep

tersebut juga, pendekatan integrasi disiplin STEM mampu membina dimensi-dimensi ter-

tentu yang boleh memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.

Konsep ontologi dalam STEM masih kurang dibincangkan secara khusus dalam konteks

integrasi disiplin STEM. Hal ini disebabkan dari kurangnya literature yang mengaitkan

integrasi disiplin STEM dengan konsep bentuk kewujudan ilmu selain dari ia hanya di-

anggap sebagai konsep yang tidak mempunyai kaitan dengan integrasi STEM secara

praktikal. Namun ia merupakan suatu aspek falsafah yang mempunyai nilai kebenaran

dan merupakan aspek dasar dalam pembinaan pengetahuan. Justru, banyak ruang boleh

diteroka dalam aspek falsafah ilmu pengetahuan melalui pendekatan integrasi STEM. Hal

ini perlu diterapkan terlebih dahulu sebagai asas, yang mana kebanyakan permasalahan

dalam pendekatan integrasi disiplin STEM secara umumnya melibatkan aspek asas yang

perlu disesuaikan mengikut spektrum sesuatu golongan sasar. Ia seterusnya akan menen-

tukan metodologi pelaksanaannya. Menurut Osman (1998), metodologi dalam mempela-

jari sesuatu disiplin ilmu amat bergantung pada sifat mutlak dan relatif sesuatu bentuk

ilmu. Dengan cara tersebut manusia mampu melakukan sintesis terhadap permasalahan

yang dihadapi (Koh & Chapman 2019). Integrasi disiplin STEM itu sendiri sebenarnya

Page 74: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

74

terdiri dari gabungan antara ilmu sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi yang

mempunyai sifat mutlak dan relatif (Osman 2016). Nadelson dan Seifert (2017) menegas-

kan bahawa pada masa kini, dunia berada dalam fasa transisi revolusi digital dan teknolo-

gi maklumat kepada era dunia sintesis. Dalam era dunia sintesis ini, Pengajaran dan

Pemudahcaraan (PdPc) perlu difokuskan kepada domain kepakaran baru yang perlu di-

capai, antaranya ialah seperti kebolehan menilai dan menerapkan pengetahuan yang ber-

beza-beza, menyesuaikan diri dengan pengetahuan dan teknologi baru yang canggih,

mempersiapkan diri dengan kebolehan kerjaya merentas disiplin dan menggabungkan

pelbagai disiplin untuk keperluan yang lebih mencabar (Brown & Bogiages 2019; Moser,

Ivy & Hopper 2019). Kesemua aspek-aspek tersebut memerlukan seseorang untuk

melakukan sintesis dan akhirnya mampu membezakan antara sifat-sifat hakiki dan relatif.

Konsep epistemologi dalam integrasi disiplin STEM pula membincangkan bagaimana

caranya untuk melakukan integrasi disiplin STEM. Natijahnya kemampuan untuk mem-

bina dimensi-dimensi seperti kompetensi kerjaya (Brown & Bogiages 2019), penghasilan

karya dan akhirnya mampu untuk memenuhi tuntutan dalam agama (Osman 2016) juga

dapat dicapai. Dimensi-dimensi ini boleh dicapai dengan nelalui penerapan prinsip-

prinsip seperti prinsip integrasi disiplin STEM sebagai suatu bentuk penyelesaian masa-

lah yang bukan mementingkan kepada jawapan yang khusus bagi sesuatu persoalan, na-

mun ia lebih mementingkan aspek proses bagaimana masalah itu diselesaikan (Neill et al.

2019). Meluli konsep epistemologi dalam pendekatan STEM, prinsip pemindahan penge-

tahuan adalah prinsip yang merangkumi konsep bagaimana ilmu dalam integrasi disiplin

STEM berlaku Sun dan Looi (2019). Prinsip ini mampu untuk membina dimensi kompe-

tensi dalam kerjaya, dorongan dan motivasi untuk menggunakan pendekatan integrasi

disiplin dan seterusnya penghasilan sesuatu karya. Dalam prinsip pemindahan penge-

tahuan, secara praktikalnya ia boleh dilakukan dengan cara menerapkan elemen-elemen

seperti aktiviti penyampaian sesuatu ilmu pengetahuan kepada orang lain, menggunakan

ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang untuk menyelesaikan masalah dalam bidang

yang lain dan pengembangan sesuatu pengetahuan dalam konteks yang lebih pelbagai.

Page 75: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

75

Konsep aksiologi ilmu pengetahuan dalam integrasi disiplin STEM pula adalah satu kon-

sep bagi memastikan nilai ilmu yang dibangunkan hasil dari integrasi disiplin STEM

merupakan ilmu yang dapat memberikan sumbangan dan manfaat sesama (Bourdeau

2019; Brown & Bogiages 2019). Melalui konsep ini dimensi-dimensi seperti memenuhi

tuntutan dalam agama dan keupayaan dalam penghasilan sesuatu karya dapat dicapai

(Syyed Hossein 2005). Dimensi-dimensi tersebut boleh dicapai dengan cara menerapkan

elemen-elemen seperti keupayaan mengaitkan ilmu sains dengan konsep akidah dan rasa

ingin tahu terhadap sesuatu fenomena dan melihat ilmu sains sebagai ilmu yang ber-

sepadu serta memahami kewujudan ilmu sebagai suatu bentuk ilmu hakiki (Yusof et al.

2015; Seyyed Hossein 2008) dan relatif manakala integrasi disiplin hanyalah sebagai satu

ikatan dan adunan antara bidang-bidang ilmu mengikut sesuatu peraturan.

Rujukan

Bourdeau, D. 2019. What Is Humanistic STEM and Why Do We Need It? Journal of Humanistic Mathematics, 9(1`),

205–216.

Brown, R. E. & Bogiages, C. A. 2019. Professional Development Through STEM Integration: How Early Career Math

and Science Teachers Respond to Experiencing Integrated STEM Tasks. International Journal of Science and

Mathematics Education, 17(1), 111–128.

Koh, K. & Chapman, O. 2019. Problem-Based Learning, Assessment Literacy, Mathematics Knowledge , and Compe-

tence in Teacher Education. Postsecondary Learning and Teaching, hlm. 74–80. University of Calgary.

Mohd Yusof, O., Azami, Z., Mashitoh, Y., Faszly, R., Ibnor Azli, I. & Zulkifli Mohd, N. 2015. Tauhidic Science :

What & Why. Recent Advances in Computer Supported Education, (September), 63–71.

Moser, K. M., Ivy, J. & Hopper, P. F. 2019. Rethinking content teaching at the middle level: An interdisciplinary ap-

proach. Middle School Journal, 50(2), 17–27.

Nadelson, L. S. & Seifert, A. L. 2017. Integrated STEM defined: Contexts, challenges, and the future. Journal of Edu-

cational Research, 110(3), 221–223.

Neill, M. O., Adams, M. P., Bandelt, M. J., Chester, S. A., Cai, W. & Nadimpalli, S. P. V. 2019. Cohort Learning: Sup-

porting Transdisciplinary Communic ation and Problem-solving Skills in Graduate STEM Researchers. Interna-

tional Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 31(1), 166–175.

Osman, B. 1998. Classification of Knowledge in Islam. Islamic Texts Society,. Cambridge: Islamic Texts Society.

Osman, B. 2016. Science and Technology for Mankind’s Benefit: Islamic Theories and Practices – Past, Present, and

Future. Dlm. Kamali (pnyt.), Daud (pnyt.), & Bakar (pnyt.). Islamic Perspectives on Science and Technology,

hlm. 17–35. Kuala Lumpur: Springer.

Seyyed Hossein, N. 2008. The Garden of Truth. New York: Harper Collins.

Sun, D. & Looi, C. 2019. An Inspiration from Border Crossing: Principle of Boundary Activity for Integrating Learn-

ing in the Formal and Informal Spaces. Dlm. Looi (pnyt.). Seamless Learning, hlm. 73–88. Singapore: Springer

Nature Singapore Pte Ltd.

Syyed Hossein, N. 2005. The Need for a Sacred Science. Richmond: Curzon Press.

Yanez, G. A., Thumlert, K., de Castell, S. & Jenson, J. 2019. Pathways to sustainable futures: A “production peda-

gogy” model for STEM education. Futures,.

Page 76: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

76

APLIKASI ALGORITMA ISIHAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Haslina binti Jaafar Jabatan Matematik

Algoritma isihan merupakan satu set nombor untuk menyelesaikan sesuatu masalah ter-

tentu. Algoritma berasal dari nama penulis buku Arab yang terkenal, Abu Ja'far Muham-

mad Ibn Musa al-Khuwarizmi. Algoritma isihan merupakan kemahiran memproses

maklumat atau senarai nombor yang tidak tertib kepada susunan tertib mengikut perintah

angka berkenaan dengan menggunakan cara yang tertentu. Proses algoritma telah diasas-

kan oleh seorang tokoh matematik Islam yang dikenali sebagai Al-Khawarizmi, seorang

matematikawan, ahli astronomi, dan ahli geografi dari Persia. Terdapat lima kaedah algo-

ritma isihan yang sangat popular dan sering digunakan dalam menyelesaikan masalah

kehidupan seharian iaitu isihan tukar ganti, isihan buih, isihan shuttle, isihan penyelitan

dan isihan pantas. Kesemua kaedah yang berkenaan menggunakan alternatif dan sifat

yang tersendiri. Namun demikian, walaupun kesemua kaedah berkenaan adalah berlainan

antara satu sama lain, namun is masih mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk me-

nyusun suatu angka mengikut tertib yang diingini. Sehubungan dengan itu saya akan

menjelaskan mengenai kepentingan algoritma isihan ini.

Seperti teori matematik lain yang diguna pakai di dalam kehidupan seharian kita,

kesemuanya telah dicipta dengan tujuan yang satu iaitu untuk memudahkan aktiviti

manusia sehari-harian. Persoalannya di sini bagaimanakah algoritma isihan dapat mem-

bantu manusia di dalam sesuatu permasalahan. Antara kaedah algoritma isihan memban-

tu ialah dengan berfungsi sebagai alat untuk menyusun sesuatu perkara sama ada objek,

individu, angka atau sebagainya berdasarkan luas, tinggi, jumlah mahupun nilai. Dengan

adanya algoritma isihan, manusia dapat menyusun data dengan lebih efisien dan pantas

kerana sistem algoritma isihan adalah sistematik dan teratur. Selain itu, kesilapan

penyusunan juga dapat dielak dengan menggunakan kaedah algoritma isihan.

Di sini saya akan membincangkan contoh kaedah isihan shuttle di dalam kehidupan

seharian. Di dalam satu skuad kawat askar, seorang komander menginginkan kesemua

ahli skuad kawat disusun berdasarkan ketinggian mereka masing-masing secara menaik

dari kanan ke kiri. Skuad kawat berkenaan mengandungi ahli seramai sepuluh orang yang

mempunyai ketinggian yang berbeza kesemuanya.

Page 77: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

77

Gambar askar-askar Malaysia yang berkawat mengikut ketinggian

Kaedah algoritma isihan shuttle boleh ditonjolkan di dalam bentuk jadual di bawah.

ASKAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

KETINGGIAAN 182 181 177 184 186 178 179 180 176 187

ASAL Lalu-an 1

Lalu-an 2

Lalu-an 3

Lalu-an 4

Lalu-an 5

Lalu-an 6

Lalu-an 7

Lalu-an 8

Lalu-an 9

182 181 177 177 177 177 177 177 176 176

181 182 181 181 181 178 178 178 177 177

177 177 182 182 182 181 179 179 178 178

184 184 184 184 184 182 181 180 179 179

186 186 186 186 186 184 182 181 180 180

178 178 178 178 178 186 184 182 181 181

179 179 179 179 179 179 186 184 182 182

180 180 180 180 180 180 180 186 184 184

176 176 176 176 176 176 176 176 186 186

187 187 187 187 187 187 187 187 187 187

Bilangan Bandingan

1 2 1 1 5 5 5 8 1

Bilangan Tukaran

1 2 0 0 4 4 4 8 0

JUMLAH BANDING

29

JUMLAH TUKAR 23

Page 78: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

78

Jadual berkenaan menunjukkan bagaimana senarai ketinggian askar yang pada asalnya

tidak mengikut turutan disusun menggunakan kaedah isihan shuttle lalu bertukar menjadi

satu aturan menaik mengikut ketinggian setiap askar tersebut. Penyusunan dilakukan me-

lalui banding beza dan pertukaran kedudukan yang dilakukan di sepanjang proses berke-

naan. Kesemua proses berkenaan telah dibahagikan kepada sembilan laluan seperti yang

terdapat di dalam jadual. Zon yang berwarna gelap menandakan bahawa ia telah disusun.

Kesimpulannya algoritma isihan mempunyai pelbagai bentuk dan jenis yang mampu

digunakan dalam kehidupan seharian bergantung kepada situasi dan kesesuaian masing-

masing. Algoritma isihan dapat membantu dari segi proses untuk menyusun sesuatu data

yang memudahkan dan menjimatkan masa. Memahami konsep isihan dapat membantu

dalam tugasan seharian yang akan memberi banyak manfaat kepada kita.

RUJUKAN

Daniel H. Greene, Donald E. Knuth. (2009). Mathematics for the Analysis of Algorithms.

United State: Springer Science & Business Media.

Edward A. Bender, Stanley Gill Williamson. (2005). Mathematics for Algorithm and Sys-

tems Analysis. New York: Courier Corporation.

Jan Dangerfield. (2018). MEI Further Maths: Modelling with Algorithms. United King-

dom: Hachette UK.

Thomas H Cormen, Charles E Leiserson, Ronald L Rivest, Clifford Stein. (2001). Intro-

duction To Algorithms. Massachusetts: MIT Press, McGraw-Hill Publishing Com-

pany.

Page 79: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

79

Peranan patriotisme dan nasionalisme dalam pembinaan negara bangsa Malaysia

Oleh Masriyah Misni Jabatan Sains Sosial

Pembinaan negara bangsa diperlukan sejajar dengan matlamat negara untuk menjadi se-

buah negara maju menjelang 2020. Wawasan negara menggariskan bahawa kemajuan

yang hendak dicapai itu mengikut acuan dan wajah Malaysia sendiri. Bagi mencapai

matlamat ini, pengertian dan penerimaan konsep bangsa Malaysia diperlukan. Sebagai

bangsa yang bermaruah, generasi muda Malaysia wajar kembali kepada acuan budaya

sendiri bagi mengekalkan jati diri dan identiti Malaysia. Di sinilah nasionalisme dan pat-

riotisme diperlukan untuk berfungsi sebagai penentu utama arah tujuan negara dan

penyelamat bangsa.

Harapan dan impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju dengan bangsa

Malaysia yang kukuh memerlukan bekalan dalaman yang kuat dan tidak mudah lentur.

Bekalan dalaman ini merujuk kepada semangat nasionalisme dan patriotisme yang ku-

kuh, pragmatik dan berterusan yang perlu ada dalam diri setiap individu dan masyarakat.

Walau bagaimanapun, rata-rata masyarakat Malaysia masih lagi tidak memahami konsep

negara bangsa dan kepentingan semangat patriotisme dan nasionalisme menyebabkan

mereka tidak snaggup untuk berkongsi nilai, budaya dan identiti yang sama. Selain itu

wujudnya politik perkauman menyukarkan lagi proses pembinaan negara bangsa. Ini dit-

ambah lagi dengan pemisahan fizikal tempat kediaman serta perbezaan sosio ekonomi

antara kaum.

Masalah wujud dalam usaha membina negara bangsa disebabkan faktor kewujudan ke-

pelbagaian dalam masyarakat. Menurut Rustam Sani (1993), kebanyakan negara yang

mempunyai masyarakat majmuk dicirikan oleh keanekaragaman ikatan primordial yang

kuat dengan sistem-sistem kekerabatan, kelompok, ras , bahasa dan agama yang pelbagai.

Perbezaan yang ketara dalam masyarakat ini menghasilkan persaingan dan konflik etnik

kerana antara mereka cuba memperjuangkan pegangan dan kepentingan kaum mereka

berbanding dengan survival negara. Kekaburan tentang konsep, keanekaragaman dan un-

sur perkauman yang kuat yang sering mengancam perpaduan dan kesatuan politik, serta

kehidupan satu negara satu identiti ini. Justeru, konsep negara bangsa perlu dibina bermu-

la daripada akar umbi bagi memastikan kelangsungan dan survival negara.

Page 80: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

80

Abdul Latif (1996) menyatakan patriotisme dan nasionalisme sebagai fakor yang menjadi

teras kepada cepat atau lambatnya proses pembinaan negara bangsa. Dalam hal ini kepri-

hatinan dan suntikan semangat patriotisme serta nasionalisme yang jitu dalam diri setiap

individu secara tidak langsung membolehkan seseorang itu menunaikan tanggungjawab

sebagai warganegara. Ancaman globalisasi menjadi faktor utama pembinaan sebuah

negara bangsa yang kukuh dan mantap perlu diwujudkan.

Malaysia pernah melalui zaman kolonialisme untuk tempoh yang lama. Hari ini Malaysia

secara fizikalnya sudah terlepas daripada belenggu penjajahan. Namun negara ini masih

belum bebas daripada ancaman penjajahan bentuk baharu pada era globalisasi atau

dikenali sebagai neokolonialisme. Malaysia perlu berusaha mencari jalan agar tidak men-

jadi mangsa neokolonialisme yang berselindung di sebalik topeng globalisasi.

Globalisasi telah, sedang dan akan memaksa proses perubahan demografi, teknologi,

penghapusan sempadan, penembusan budaya, perkahwinan bahasa dan pelbagai lagi ter-

hadap manusia. Begitu juga dengan sikap individualistik dan materialistik yang menjadi

aliran hidup masa kini. Banyak kajian menunjukkan bahawa generasi hari ini paling

terkesan dengan pengaruh globalisasi. Mereka berhadapan dengan globalisasi setiap hari

sama ada melalui pekerjaan, pergaulan, penggunaan internet terutama melalui laman-

laman sosial dan pengaruh budaya yang lebih luas terhadap gaya hidup (Edwards & Ub-

er, 2008). Oleh itu setiap warganegara Malaysia sekurang-kurangnya perlu mempamer-

kan tindak tanduk dan keperibadian yang mencerminkan rakyat Malaysia yang menjun-

jung perlembagaan serta berusaha mempertahankan kelangsungan survival identiti nega-

ra. Kekuatan dan survival sesebuah negara bangsa banyak bergantung kepada per-

kongsian nilai serta semangat nasionalisme dan patriotisme yang kukuh.

Semangat petriotisme dan nasionalisme sangat penting dalam era globalisasi yang mem-

buka ruang untuk pengaliran maklumat, sumber serta nilai budaya seluruh dunia. Kedua-

duanya prasyarat untuk pengukuhan nasional supaya bangsa dan negara Malaysia terhin-

dar daripada pencemaran agama, kemerosotan budaya, moral, jati diri dan ikatan

perpaduan yang goyah. Generasi hari ini khasnya remaja perlu dipersiapkan dengan

ketahanan dalam menghadapi gelombang globalisasi. Jika aspek nasionalisme dan patri-

otism dijadikan paksi dalam menjalani arus globalisasi, pastinya bangsa Malaysia tidak

akan menjadi mangsa neoimperialisme (Ruhanie, 2005).

Semangat nasionalisme dan patriotism yang wujud dalam diri akan mendorong seseorang

Page 81: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

81

individu untuk mematuhi undang-undang negara dan mengelakkan huru-hara yang boleh

menjejaskan imej negara di mata dunia. Masyarakat yang sudah kukuh tersemai semangat

nasionalisme dan patriotisme menjadi lebih peka kepada semua aspek, politik, ekonomi

dan isu-isu semasa negara. Mereka akan berusaha mempertahankan kedaulatan dan men-

jaga imej negara di mata dunia.

Proses pembinaan negara bangsa bukanlah merupakan persoalan pentadbiran sebuah

wilayah yang telah ditentukan batas-batas daerah dan diakui kedaulatannya. Persoalan

yang lebih besar ialah persoalan menanamkan sentimen keanggotaan dan kesetiaan dalam

kalangan warganegara terhadap negara bangsa tersebut. Kedua-dua konsep nasionalisme

dan patriotism mensasarkan semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara

yang terletak di atas satu identiti negara yang sama. Sentimen berbangsa satu dan

bernegara satu inilah merupakan mekanisme penggerak yang berupaya mempengaruhi

gerakan nasionalisme sesebuah negara.

Kepentingan nasionalisme dan patriotisme pelru ditanam dalam jiwa setiap masyarakat

Malaysia khususnya remaja. Kepentingan kedua-dua ini dihubungkaitkan dengan

kesedaran bahawa remaja dan belia perlu disediakan dengan pendidikan formal dan tidak

formal yang boleh membantu mereka menyediakan diri untuk menjalani hidup sebagai

warganegara yang baik, produktif, bermoral, berdisiplin, bertanggungjawab dan memper-

tahankan kedaulatan negara (Robiah & Zahara, 1992).

Semangat nasionalisme dan patriotisme beruoaya mengajar remaja mendisiplin diri,

mebina jati diri dan menjadi benteng paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir asing

yang mempamerkan acuan di luar rupa bangsa Malaysia. Oleh itu, beberapa strategi pen-

erapan semangat patriotisme dalam kalangan remaja perlu diterapkan. Antaranya ialah

melalui pendidikan. Nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme perlu diterapkan melalui ku-

rikulum dan ko-kurikulum di sekolah dan juga di institusi pengajian tinggi. Subjek-subjek

seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik, Sejarah

mestilah memberi penekanan terhadap nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme dan disep-

adukan dalam topik-topik yang diajar. Perasaan cinta negara akan wujud sekiranya rakyat

mengetahui fakta sejarah negara. Melalui sejarah, seseorang akan dapat mengetahui dan

memahami pelbagai peristiwa termasuk pertumbuhan, perkembangan, pembangunan

bahkan perjuangan sesebuah bangsa dan negara (Zainal Abidin, 1985).

Page 82: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

82

Melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat menyemai perasaan

nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Contohnya Wawasan

2020 yang menggariskan Sembilan cabaran perlu ditangani sebelum negara diiktiraf se-

bagai negara maju mengikut acuan sendiri. Acuan negara bangsa yang dimaksudkan ialah

melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bukan sahaja bersedia berkongsi destinasi dan

masa hadapan malah sanggup menumpukan taat setia dan pengabdian yang tidak ber-

belah bahagi terhadap bangsa dan negara (Cheah, 2005).

Peranan media massa turut menyumbang sebagai satu cara atau strategi penerapan

semangat patriotisme dan nasionalisme rakyat Malaysia. Media massa sama ada cetak

atau elektronik mampu memberi pengaruh besar. Program-program yang disebarkan me-

lalui media massa dapat membangkitkan rasa kecintaan kepada tanah air. Hal ini boleh

dilakukan dengan menerbitkan komik, cerpen, drama, filem, puisi, iklan dan sebagainya

yang berbentuk patriotik. Strategi ulang tayang filem dan dokumentari atau penyiaran

lagu-lagu patriotik di radio atau televisyen berupaya menyuntik semangat sehingga

menggerakkan jiwa masyarakat untuk lebih menghayati nilai patriotisme dan nasional-

isme ini.

Selain itu penganjuran pogram, kegiatan sukan, seni dan kebudayaan juga dilihat

mampu menyuntik semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan masyarakat.

Contohnya melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana dijadikan landasan

dalam pembentukan jati diri dan identity bangsa Malaysia yang cemerlang (Sapora,

2004). Selain itu, program Rakan Muda serta pertubuhan belia perlu diperbanyak dengan

menjadikan elemen nasionalisme dan patriotisme sebagai teras. Seterusnya melalui

kegiatan sukan popular seperti bola sepak dan badminton yang dilihat majoriti anggota

masyarakat cepat terkesan dengan elemen ini. Hal ini terbukti apabila seluruh rakyat Ma-

laysia tanpa mengira latar belakang etnik menonton serta memberi sokongan penuh kepa-

da Lee Chong Wei ketika mewakili negara dalam perlawanan badminton semasa Sukan

Olimpik 2012 (Fahmi, 2012).

Page 83: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

83

Proses pembinaan negara bangsa yang dilalui Malaysia berhubung secara langsung

dengan cita-cita kenegaraan, semangat nasionalisme dan patriotisme yang tidak berbelah

bahagi. Kefahaman terhadap sejarah negara, penghayatan dan semangat patriotisme dan

nasionalisme yang pragmatik merupakan paksi utama dalam usaha pembinaan negara

bangsa Malaysia. Hanya dengan nilai-nilai yang murni dan sejati masyarakat akan

menghargai nikmat kemerdekaan, berusaha membangun dan memajukan serta bersedia

berkorban demi menjaga kedaulatan negara tercinta.

Secara keseluruhannya konsep negara bangsa adalah mengatasi lingkungan rasa atau

masyarakat, kaum dan etnik, mempunyai satu identiti nasional yang sama serta sanggup

berkorban demi kepentingan negara. Pembentukan negara bangsa akan berjaya dil-

aksanakan jika semua rakyat bersedia untuk menerima nilai-nilai bersama dan juga mas-

ing-masing bersetuju untuk membawa aspirasi atau cita-cita pembentukan satu bangsa

dan satu negara sebagai satu keutamaan melebihi kepentingan diri dan kaum sendiri. Apa

yang penting, semangat nasionalisme dan patriotisme ini harus disuburkan dengan ilmu

pengetahuan yang tinggi, murni dan sejati serta bukan semata-mata bersifat superficial.

Masyarakat perlu bersedia dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan

bersedia menghadapi cabaran. Bangsa Malaysia yang lahir bukan sahaja secara luarannya

mempunyai sifat patriotik tetapi semangat patriotisme dan nasionalisme yang wujud

dapat menjamin survival negara menjadi negara maju pada zaman yang mencabar dan

kompetetif.

Rujukan Abdul Latif Abu Bakar. (1996). Konsep patriotisme dan nasionalisme. Dlm. Abdul Latif Abu

Bakar. Melaka dan arus gerakan Kebangsaan Malaysia. Penerbit Universiti Malaya. Cheah Boon Kheng. (2005). Ethnicity in the making of Malaysia. Dlm. Wang Gungwu. Nation-

building: Five Southeast Asian Histories (hlm. 91-116). Institute of Southeast Asian Studies. Edwards, R., & Usher, R. (2008). Globalisation and pedagogy (2nd ed.). Routledge. Fahmi, F. (2012). The Lee Chong Wei Effect. Malaysian insider. Dicapai daripada

http://www.themaalaysianinsider.com/opinion/article/the-lee-chong-wei-effect Robiah Sidin, & Zahara Aziz. (1992). Pendidikan sivik sejak merdeka: Satu penilaian. Dlm. Jaffar

& Hazami Habib. Isu-isu dalam Pendidikan Sivik. Institut Kajian Dasar. Ruhanie Hj Ahmad. (2005). Patriotisme Malaysia: Pemangkin neoimperialisme. Utusan

Publications & Distributors. Rustam A. Sani. (1993). Melayu baru dan bangsa Malaysia. Utusan Publications & Distributors. Sapora Sipon. (2004). Pelihara hasrat murni PLKN. Utusan Malaysia. Zainal Abidin Abdul Wahid. (1985). Peranan sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

untuk menanamkan semangat cintakan negara. Universiti Malaya.

Page 84: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

84

DOMAIN APPROACH IN TEACHING AND LEARNING MORAL EDUCATION

Dr. Chander Vengadasalam

[email protected]

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Introduction

Moral development process and formation of an individual’s personality are related to

education approach for moral education which depends on learning theories. Through this

approach, we could observe the methods of learning theories that have been used in

learning and teaching instruction. By mastering this approach, a teacher may develop

suitable techniques in teaching. While choosing a suitable technique, the teacher needs to

consider the moral maturity level of a student, value suitability, situation and also the

moral issues to be focused in a particular lesson (Brooks, J., Block, T., Narvaez, D.

2013).

Domain Approach

Domain approach in moral education facilitates students to understand the social world

by investigating critical social issues in the social convention domain and moral domain

(Nucci, 2001). As these domains are different, students necessarily should develop both

of the domains so that they could develop themselves as constructive citizens with high

moral values generally and individuals specifically. The Domain Approach exactly focus-

es on developing reflexive behavior assessment in relationship with the moral and social

convention domains (Nucci, L.P., & Powers, D.W. 2014).

Studies and theories have proved that Moral education displays a significant difference in

terms of moral development concept and social convention (Nucci, L. 2016). These past

researches not only show the conceptual difference between moral domain and social

convention, it also underlines the interaction of individual environment. From the peda-

gogical viewpoint it is also found that the interaction of individual environment affects

the moral interaction which is correlated with the domain aspect provided in the lesson.

These findings can be used for student development based on moral education (Turiel,

Killen, & Helwig, 1987). The findings call attention to the level of student’s moral devel-

opment, and suggest using the reflective approach in education such as discussion (Gee,

Page 85: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

85

R. 2016). Usually in accordance with the Moral education development approach to pro-

duce a “domain appropriate” lesson (Nucci, L. 2016).

Moral Domain and Social Convention Domain are also introduced in the Malaysian Mor-

al Education syllabus. For example, values related to honesty, justice and freedom of ex-

pression are included in the Moral Domain. While values related to prudishness, main-

taining the family tradition and mutual cooperation among each other are categorized as

values into the Social Convention Domain. Hence, this approach may be experimented

for its suitability in our schools as it encourages academic usage of contents of values in

discussion (Chander, V. & Wan Hasmah, 2011).

The findings of the study consist of elements by focusing on three themes. The first

theme is justice, second is altruism and the third one is autonomy. The current study sys-

tematically followed the steps of Kemmis and McTaggart’s model of action research

(Creswell, J.W., & Guetterman, T, C., 2018). The steps were planning, action plan, data

collection, reflection, re-planning and discussion on moral domain action. The findings of

the study are thematically categorized into three: Justice, Altruism and Autonomy.

Justice

Justice is an important standard in moral assessment and it is related to the principle that

allows procedures to distribute profit between individuals and society (Taylor, R,M.,

2015) Certainly the value of justice also ensures individuals not to show favoritism nor

greed of personal interest (Toremen, F, 2011). On the other hand, it also means fair,

square, balanced and equal in all terms. Value of fairness and impartiality are important

things in a morally decisive situation. In the teaching and learning process on fair justice

and balanced aspects, it becomes focal in emphasis before focusing on other aspects and

this is known as moral component treatment (Abdullah, Mahdi & Roslina, 2014)

Altruism

God created humans to live peacefully in a conciliatory situation (Li, Kirkman &

Porter, 2014). But, because of human greed disasters and catastrophes befall the human

self. Moral action taken by human is in accordance with moral principle namely humane

Page 86: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

86

or merciful. Moral actions without intentions based on welfare, humane, mercy, sympa-

thy, and empathy are not acceptable.

In this modern world of materialistic gain, the words of people stood apart with humane

urge of feeling the difficulty and sufferings of the needy and poor people (Ward & Dur-

rant, 2013). Vested self-interests are not prioritized; instead, others’ needs are more im-

portant and given preference. In order to consider someone’s case, the participants en-

gage in a discussion to decide mutually in order to give comfortable protection of the per-

son involved in the crisis. People also become caring and sympathetic in this practice of

thinking about others’ welfare.

Autonomy

To observe the autonomy principle, the retrieval interview shows that study participants

are sensitive on righteousness issues. The autonomy principle explains the free considera-

tion concept. Consideration and behavior made by result of coercion from outside actual-

ly could not be categorized as moral (Maase, P., Gornitzka, A., Fumasoli, T., 2017).

Moral consideration is more essential in order to uplift the learners’ thinking capacity.

The issues and situations mentioned in this research could easily guide the students in

order to understand the matter immediately (Maxwell, B., Beaulac, G., 2013). Even

though consideration and behavior of an individual are based on the result of interaction

with the superior in power. For example, a police officer takes action on an individual

due to bribe issue and due to the instruction given by the superior officer. The action tak-

en by force or order would not bring any positive effects for a long term period. Individu-

als must have the assurance to realize that all the actions are carried out voluntarily and

independently.

Research findings revealed that the students were interested in learning Moral Education

using the Domain Approach which involves the Moral Domain and Social Convention

Domain (Nucci, 2001; 2016). Applying the Domain approach in teaching morality in the

classroom is not very easy. There may be some challenges to overcome in the teaching

and learning process.

Page 87: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

87

To teachers, the toughest challenge was making clear the difference between the Moral

Domain and Social Convention Domain. Some of the participants mixed up the domains

when discussing the issues given to them. However, finally most of the students managed

to understand the difference and increased their moral knowledge (Midgette, A. J., Liten,

G. R., Powers, D. W., Murata, A., Nucci, L., 2018).

Domain Approach in Moral Education gives teachers a way or option to associate moral

content more creatively. This approach can forecast the understanding, thinking and rea-

soning level of the students in some situation (Nucci, 2014; Turiel, 1983). Nucci (2001)

affirmed that students’ thinking level in moral domain will be increased by using the Do-

main Approach

Domain Approach empowers students to engage themselves in discussions on moral is-

sues. They can give ideas and opinion about justice, altruism and autonomy. Giving opin-

ion using the domain approach can also be used to solve real situation or problems faced

in everyday life. At the same time students could think and share ideas on appropriation

and give logical reasons which relates to trust (Nucci, L., Murata, A., Midgette, A., Gee,

R.& Powers, D., 2018). In the world of globalization, it is important to use various types

of approaches in teaching Moral Education. Domain Approach in Moral Education gives

opportunity for students to understand the social world by investigating critical social is-

sues in the Moral Domain and Social Convention Domain.

References

Abdullah, Z. O., Mahdi, S. & Roslina, S. (2014). Pengantar Pendidikan Moral : Siri IPT. Kuala Lumpur: Peneritan Multimedia.

Brooks, J., Bock, T., Narvaez, D. (2013). Moral Motivation, Moral Judgement and Antisocial Behavior. Journal of Research in Character Education.

Chander, V. & Wan Hasmah. (2011). Pendekatan Domain : Satu Alternative dalam Pendekatan Pendidikan Moral Tingkatan Empat. International Seminar Comparative in Educational System between Indonesia and Malaysia. Indonesia.

Page 88: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

88

Creswell, J.W., & Guetterman T, C. (2018). Educational Research: Planning, Conducting, and Eval-uating Quantitative and Qualitative Research (6th ed.). New Jersey: Pearson Education, Inc

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action research planner. Geelong, Vivtoria, Australia: Deakin University Press.

Li, N., Kirkman, B. L., & Porter, C. O. (2014). Toward a model of work team altruism. Academy of Management Review, 39(4), 541-565.

Maasen, P., Gornitzka, A., Fumasoli, T. (2017). University Reform and Institutional Autonomy: A Framework for Analysing the Living Autonomy. Higher Education Quarterly.

Maxwell, B., Beaulac, G. (2013). The Concept of the Moral Domain in Moral Foundations Theo-ry and Cognitive Developmental Theory: Horses for Courses. Journal of Moral Educa-tion.

Midgette, A. J., Liten, G. R., Powers, D. W., Murata, A., Nucci, L. (2018). Using Lesson Study in Teacher Professional Development for Damain-Based Moral Education. Journal of Mor-al Education.

Nucci, L. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press.

Nucci, L., Murata, A., Midgette, A., Gee, R., & Powers, D. (2018). Using Lesson Sudy in Teach-er Professional Development for Domain Based Moral Education.

Nucci, L. P., & Powers, D.W. (2014). Social cognitive domain theory and moral education. In L. P. Nucci & D. Narvaez (Eds.). Handbook of mora and character education (2nd ed.)

Nucci, L. (2016). Recovering the Role of Reasoning in Moral Education to Address Inequity and Social Justice. Journal of Moral Education.

Taylor, R. M. (2015). The Ethics of Teaching for Social Justice: A Framework for Exploring the Intellectual and Moral Virtues of Social Justice. Democracy and Education.

Toremen, F. (2011). The responsibility education of teacher candidates. Educational Sciences: Theory and Practice, 11(1),263-277.

Turiel, E. (1983). The development of social knowledge: Morality and convention. Cam-bridge, England: Cambridge University Press.

Turiel, E., Killen, M., & Helwig, C. (1987). Morality: It’s structure, functions, and vagar-ies. In J. Kagan & S. Lamb (Eds.), The emergence of morality in young children. Chicago: Uni-versity of Chicago Press.

Ward, T., & Durrant, R. (2013). Altruism, empathy, and sex offender treatment. International Journal of Behavioral Consultation and Therapy, 8(3-4), 66-71.

Page 89: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

89

ISLAM : AGAMA BENAR, INDAH LAGI MUDAH

Jariyati binti Jahri

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Islam adalah agama yang benar yang diturunkan oleh Allah .Al-Quran dan As-Sunnah

merupakan sumber utama. Islam adalah agama universal .Islam bukan sekadar agama

berkaitan keyakinan kepada kepercayaan terhadap rukun iman , amalan dan penghayatan

melalui rukun Islam , malah ia lengkap meliputi akhlak dan peribadi mulia .

Menurut Zainul Abidin (2020), para ulama Asya’irah menjadikan hukum akal lebih be-

rautoriti berbanding hukum naqli dalam isu akidah. Para ulama’ memilih jalan pembuk-

tian kebenaran Nabi Muhammad SAW berdasarkan mukjizat , kerana mukjizat hanya

boleh dibuktikan kebenarannya berdasarkan hukum akal.

Kebenaran kerasulan dan agama dibawa para rasul dibenarkan oleh Allah melalui muk-

jizat.Mukjizat ialah perkara luar biasa yang “mencarikan adat” seperti mukjizat Nabi Al-

lah Ibrahim tidak terbakar oleh api yang marak dan mukjizat nabi Musa yang membelah

Laut Merah. Rasul Akhir zaman Nabi Muhammad saw dikurniakan Al-Quran sebagai

Mukjizat terbesar .

Al-Quran terbukti dari Allah Taala kerana kandungannya yang benar sama ada dari aspek

ayat yang berkaitan dengan ketuhanan , hukum syarak, kisah-kisah para nabi , kejadian

alam dan lain lain ayat berkaitan sains seperti proses kejadian manusia dan sebagainya .

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tem-

pat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga tern-

Page 90: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

90

yata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belum kah ternyata kepada

mereka kebenaran itu dan belum kah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhan mu mengetahui

dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?( Surah Fussilat:53)

Firma Allah Taala bermaksud : Kami membacakan kepadamu sebagian dari kisah Musa

dan Fir'aun dengan benar untuk orang-orang yang beriman.(al-qashash-ayat-3)

Mukjizat –mukjizat para nabi adalah suatu perkara yang sangat luar biasa pada

pemikiran dan di luar logik akal manusia. Ia Mustahil berlaku kepada manusia biasa

kecuali dengan keizinan dan kekuasaan Tuhan yang maha Agung .

Kesimpulannya di sini , Islam agama mudah difahami . Kebenaran agama Islam dan ke-

percayaan kepada Tuhan yang Satu adalah suatu yang memang mampu dijangkau oleh

akal pemikiran manusia melalui bukti- kejadian alam semesta dan penurunan Al-Quran

sebagai mukjizat terbesar. Al-quran kekal hingga ke hari ini dan dijamin Allah terpelihara

tanpa sebarang perubahan. Firman Allah Taala :

Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang

memelihara dan menjaganya. (Surah 15 Al-Hijr, Ayat 9-9)

Ini menunjukkan Islam itu mudah lagi indah dari semua aspek sama ada dari sudut

penahaman konsep ketuhanan,kenabian dan kerasulan dan lain-lain.

Page 91: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

91

Al-Quran adalah sumber rujukan utama dalam Islam. Al-Quran mengiktiraf akal manusia

sebagai wasilah untuk berfikir dalam mengenal tuhan dan memilih agama yang benar.

Seiring dengan dasar meraikan akal fikiran ini , hukum syariah meletakkan syarat mu-

maiyyiz dan akal yang sempurna untuk seseorang itu dianggap seorang yang mukallaf

atau ada tanggung jawab dalam hukum –hukum agama. Seorang yang gila atau kanak-

kanak yang belum baligh tidak diwajibkan lagi dengan semua tanggung jawab agama

seperti solat , puasa dan sebagainya. Islam sangat mudah dan sangat tidak membebankan

dalam semua hukum hakam ditetapkan.

Islam sebagai agama yang syumul mempunyai sistem perundangan yang sangat lengkap .

Islam adalah suatu cara hidup yang membawa manusia kepada ketenangan, keharmonian

dan kebahagiaan. Kedamaian ini tidak mungkin diperolehi melalui mana mana sistem

ciptaan manusia. Matlamat perundangan dalam Islam adalah untuk memelihara agama,

nyawa, maruah, akal, keturunan dan harta.

Keindahan Islam terlihat melalui 3 demensi Ilmu fardhu ain yang menjadi kewajipan se-

tiap muslim mempelajarinyabagi memiliki akidah yang benar, ibadah yang sempurna

dan akhlak yang mulia.Tuntutan mempelajari semua rukun agama ini yang menjadi

kewajipan fardhu ain menjadi keutamaan dan keperluan kepada semua muslim sebelum

mendalami disiplin ilmu-ilmu yang lain.

Ilmu akidah asas pertama perlu dipelajari. Keyakinan kepada rukun iman yang

lima menjadikan seseorang itu sangat bertanggung jawab, amanah dan berintergri-

ti tinggi. Seorang muslim mengimani bahawa setiap tindakan akan dipersoalkan di

akhirat kelak. Ilmu berkaitan hukum dan syariat Islam atau ilmu Fekah pula san-

gat penting bagi mempastikan amal ibadah sempurna dan diterima Allah.

Adapun ilmu tasawwuf akan menjadikan semua amal ibadah dilakukan dengan ikhlas

dan tidak mengharapkan pujian atau imbuhan dunia semata-mata. Menurut al- Indune-

sia al -Mandili (2017) ,ikhlas ialah mengosongkan hati daripada yang lain daripada

Allah dan menghiasinya dengan hanya mengharap dan memandang kepada Allah

semata-mata

Page 92: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

92

Seorang muslim akan tetap tenang dan damai setiap masa dan di dalam apa jua situasi.

Semasa ditimpa musibah atau ujian hidup dia bersabar dan apabila dia menerima nikmat

dia bersyukur.

Ketenangan dan kedamaian dalam Islam diperoleh melalui riyadah al-nafs . Ia adalah

satu latihan jiwa secara beransur-ansur sehingga menjadi amalan kebiasaan dengan

menempuh kesukaran untuk keluar daripada sifat tercela menuju kepada sifat terpuji (Al-

Ghazali, 2000 ; Abd al-Mun‘im al-Khafifi ,1980).

Ia juga diperolehi melalui amalan wirid dan zikir, mujahadatun nafs atau melawan hawa

nafsu untuk meninggalkan maksiat, juga mendampingi orang-orang soleh.

Isu mencegah wabak yang sedang melanda disesuatu daerah misalnya, Islam melarang

daripada yang berada di dalam kawasan wabak daripada keluar ke kawasan tidak berlaku

wabak dan begitu sebaliknya. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau diperketatkan

yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia sekarang sejajar dengan dasar Islam ini.

Page 93: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

93

Antara dalil yang menjelaskan akan hal ini adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh

Sa’d Ibn Abi Waqqash R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : Apabila kamu mendengar bahawa taun menimpa sesuatu tempat maka jan-

ganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam ka-

wasan yang terdapat padanya taun, janganlah kamu keluar daripadanya.

Riwayat Al-Bukhari (5728)

Islam adalah agama praktikal dan bukan teori atau kepercayaan semata-mata. Islam ada-

lah agamayang menitik beratkan elemen spiritual yang menjamin kesejahteraan insan dan

juga tidak menafikan aspek material.

Jelaslah di sini bahawa Islam agama yang benar, indah dan mudah .Islam satu satunya

agama yang mampu memberi impak positif dalam mengharmonikan kehidupan ummah

pada semua zaman dalam mendepani arus materialistik. Islam menjamin keselamatan

hidup dunia dan akhirat.

Rujukan

Al-Ghazali (2000), Ihya’ `Ulum al-Din, “Kitab al-‘Ilm”, J.1, Kaherah: Dar al-Taqwa li al-

Turath

Al-Indunesia Al-mandili, Abdul Qadir bin Abdul Mutallib.(2017) Terjemahan Penawar

Bagi Hati. Batu Caves, Selangor: Al-Hidayah Publications.

Al-Quran Pelangi, Terjemahan Tajwid Berwarna. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman

Zainul Abidin , Sifat 20 Imam Sanusi , Sejarah Ringkas, Perkembangan dan Pengha-

yatan.2020.Cetakan Pertama.Kuala Nerang, Kedah:Terbitan Pusat Tarbiah Dan

Pengajian Darul Hikmah.

Page 94: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

94

MENELUSURI ‘SOP’ DI MASJID DAN SURAU DI MUSIM PANDEMIK

Dr. Tengku Nor Husna binti Tengku Jamil

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Melalui proses NPDL (New Pedagogy for Deep Learning) yang sering dikaitkan dengan

pembelajaran bermakna, 150 orang pelajar kursus Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam

Sekolah Rendah (PIMK3013) telah melalui proses kajian di lapangan dengan membuat

kajian lapangan di masjid dan surau yang berhampiran dengan kediaman mereka. Tin-

jauan dilakukan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang prosedur operasi

standard di masjid dan surau ketika negara dilanda wabak covid 19. Berdasarkan kepada

ketetapan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli

Mohamad al-Bakri masjid dan surau boleh melaksanakan solat berjemaah dan solat Ju-

maat berdasarkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

(MKN) dan Kementerian Kesihatan bermula dengan Solat Jumaat pada 12 Jun 2020.

Justeru itu, antara SOP yang telah ditetapkan ialah membuat saringan kesihatan, memakai

pelitup muka, menggunakan QR kod sejahtera, menjaga penjarakkan sosial satu meter

setiap jemaah, membawa sejadah daripada rumah dan menyekat kehadiran ke surau atau

masjid bagi kanak-kanak dan jemaah lelaki yang berumur 60 tahun keatas. Bagi jemaah

yang demam, batuk dan selsema juga tidak dibenarkan hadir ke masjid.

Page 95: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

95

Kira-kira 150 masjid dan surau telah menjadi tumpuan pelajar-pelajar Major Pendidikan

Islam, selain mengenal pasti SOP yang dilaksanakan, para pelajar turut memberi

penilaian terhadap standard operasi yang telah dilaksanakan oleh pihak surau dan masjid.

Pendedahan yang diberikan kepada pelajar ini membuka minda mereka terhadap perkem-

bangan surau dan masjid yang berhampiran dengan kediaman mereka. Usaha ini diharap-

kan dapat mendekatkan diri pelajar dengan surau dan masjid disamping memberi

pendedahan kepada mereka tentang tugas-tugas jawatankuasa masjid dan surau serta

sumbangan yang boleh diberikan oleh mereka sebagai bakal AJK surau dan masjid

setelah mereka ditempatkan sebagai seorang guru Pendidikan Islam.

Tinjauan ini telah dilakukan oleh pelajar pada Oktober 2020 dengan kebenaran yang

diberikan oleh Tuan Pengarah IPGKPT, Tuan Romai Noor bin Rabbu. Kebenaran yang

diberikan telah membuka ruang pelajar-pelajar Major Pendidikan Islam membuat tin-

jauan di semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak. Ketika kajian ini dilaksanakan negeri

Selangor telah menghadapi perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) namun

keadaan ini tidak mematahkan semangat mereka meneruskan kajian. Pelbagai aplikasi

digunakan untuk membuat sesi temubual bersama jawatankuasa masjid, antara aplikasi

yang digunakan ialah whatsap, telegram, google meet dan zoom. Walaupun ada antara

AJK masjid dan surau tidak mahir menggunakan aplikasi namun, kerjasama yang baik

tetap diberikan iaitu melalui panggilan telefon secara langsung.

Melalui temubual yang dijalankan bersama jawatankuasa masjid dan surau, kebanyakan

masjid dan surau akur dan patuh kepada ketetapan dan SOP yang telah ditetapkan oleh

kerajaan. Bagi melaksanakan solat berjemaah di masjid dan surau jemaah mesti akur

kepada proses sebelum solat iaitu melakukan saringan kesihatan, semasa solat iaitu men-

jaga penjarakkan ketika solat dan selepas solat tidak lagi melakukan aktiviti bersalaman

sebagaimana yang menjadi kebiasaan kepada masyarakat selepas solat. Melalui proses

temubual ini telah membina kematangan pelajar dalam membincangkan beberapa perma-

salahan berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Antara permasalahan yang

menjadi perbincangan pelajar adalah melaksanakan solat berjemaah menggunakan pe-

litup muka, membasuh tangan menggunakan sanitizer, membuat penjarakkan ketika

melakukan solat. Setiap permasalahan yang dinyatakan oleh pelajar disertakan dengan

hujah yang bernas dan merangsang pelajar untuk memberikan pandangan dan pendapat

serta kritikan yang membina.

Page 96: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

96

Melalui penelitian terhadap hasil penulisan pelajar, majoriti pelajar sangat berpuashati

terhadap SOP yang telah dilaksanakan oleh pihak masjid dan surau. Pelajar melahirkan

rasa kepuasan melalui penilaian mereka terhadap masjid dan surau yang mereka kunjun-

gi. Pelajar juga turut mencadangkan beberapa tindakan yang perlu ditambah baik oleh

pihak surau dan masjid bagi memastikan masyarakat lebih memahami tentang kepent-

ingan menjaga keselamatan dan kesihatan disaat negara dilanda wabak covid 19.

Page 97: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

97

Covid 19 merupakan satu penyakit yang dibawa daripada negara Cina dan telah me-

nyerang negara Malaysia pada penghujung tahun 2019. Apabila wabak ini tidak berjaya

dibendung pada 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah menetapkan perintah kawalan

pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia bagi memutuskan rangkaian penularan wabak ini.

Hasil usaha kerajaan dan kepatuhan serta keprihatinan masyarakat penyakit ini telah ber-

jaya dibendung pada awal Ogos, namun setelah beberapa insiden, wabak ini semakin

meningkat sehingga hari ini. Oleh yang demikian semua pihak mestilah mengambil cakna

dalam menjaga keselamatan dan kesihatan bagi mengelakkan diri daripada terkena

jangkitan ini. Diharapkan dengan usaha ini mampu mendidik pelajar mengelakkan diri

daripada penyakit ini dan melaksanakan langkah-langkah penjagaan diri yang betul.

Akhirnya, setiap hasil kerja pelajar telah dinilai oleh pensyarah yang bertanggungjawab

terhadap kursus PIMK3013 dan dibukukan dalam satu dokumen ebook yang boleh akses

secara atas talian. Usaha murni ini sebagai salah satu pembuktian keprihatinan pelajar

terhadap wabak yang melanda negara dan pelajar secara tidak langsung dapat mengenali

penerimaan masyarakat terhadap sesuatu isu yang melanda negara. Diharapkan kajian ini

memberi impak yang tinggi dan natijah yang positif kepada para pelajar.

RUJUKAN

Ellyza Karim dan Azlin Mohd Rosdi, 2018, Pedagogi Baru Untuk Pembelajaran Bermakna,

IPGKPT, Buletin Dinamika Gelombang Revolusi Industri 4.0.

Ghazali Basri, 2008, Falsafah Pendidikan Islam, Huraian Konsep dan Aplikasi, Brunei Da-

rusalam, Kolej Universiti Perguruan Agama Seri Begawan, Cetakan Pertama.

https://www.sinarharian.com.my/article/74100/KHAS/Koronavirus/Covid-19-Perintah-Kawalan-

Pergerakan-di-seluruh-negara-bermula-18-Mac. Akses pada 23 November 2020

https://www.mkn.gov.my/web/ms/2020/09/15/warga-kota-patuh-sop-solat-jumaat/. Akses pada

23 November 2020

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4406-irsyad-al-fatwa-siri-

ke-480-susunan-saf-solat-jenazah-semasa-berlakunya-wabak. Akses pada 23 November 2020

Page 98: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

98

Pelantar Pembelajaran Digital: Digital Educational Learning Initiative Malaysia

(DELIMa) Kementerian Pendidikan Malaysia

Dr. Sukri Maarof

Jabatan Teknologi Pendidikan

DELIMa atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia ialah pelantar pembelaja-

ran digital KPM berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) digital yang meli-

batkan guru dan murid. Pada 1 Julai 2019, KPM telah mula menggunakan pelantar

Google for Education (GFE) dan Google Classroom (GC) sebagai aplikasi PdP dalam

talian yang menggantikan FrogVLE.

Untuk masa depan murid Malaysia, KPM mestilah menyediakan pelbagai aplikasi dan

perkhidmatan (services) yang relevan supaya murid dapat mendepani cabaran Revolusi

Industri Ke-4. Ini bermakna aplikasi, servis dan kandungan digital DELIMa mestilah me-

menuhi kehendak Malaysia dan global. Oleh itu, kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi

tempatan dan luar negeri untuk mendapatkan aplikasi, servis dan kandungan digital ter-

baik untuk guru dan murid menjadi keutamaan KPM.

1. APA DIA DELIMA

Delima merupakan platform baharu pembelajaran digital KPM yang sedang diguna pakai

oleh semua pensyarah, guru dan pelajar yang di bawah KPM. Dalam keadaan ini peranan

DELIMa adalah: -

Page 99: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

99

1.1. Penjenamaan semula platform MOE Digital Learning

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia.

Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang

dibangunkan oleh KPM dalam pasca Frog VLE. DELIMa merupakan platform tunggal

yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber

pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar

secara dalam talian.

1.2. Diakses menggunakan satu ID

MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman

Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan pelajar boleh

mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang te-

lah dibekalkan kepada semua pensyarah, guru dan pelajar. Platform ini mengekalkan reka

bentuk antaramuka sedia ada, cuma ia membawakan beberapa menu tambahan serta pen-

ampilan logo baharu DELIMa.

1.3. Disokong tiga rakan strategik utama: Google, Microsoft dan Apple

Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft Education dan

Apple menerusi Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global

sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat. Mereka menyokong inisiatif terkini

KPM ini dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan

serta membekalkan idea serta modul-modul pembelajaran.

Penyertaan ketiga-tiga gergasi digital terkemuka ini sebagai rakan stategik membuktikan

KPM kini lebih terbuka dalam penggunaan sebarang teknologi pembelajaran. Google

menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu ekosistem

pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud computing). Mi-

crosoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google, manakala Apple

menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti kepada guru dan pelajar.

Page 100: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

100

1.4. Disokong oleh pelbagai rakan dalam penyediakan kandungan DELIMa

KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, AS-

TRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan pem-

belajaran kepada para guru dan pelajar. Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-

buku percuma kepada guru dan pelajar, MDEC menyediakan kandungan pembelajaran

bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi manakala DIGI pula menyediakan modul

Keselamatan Siber dan banyak lagi rakan yang akan menyediakan kandungan pembelaja-

ran di platform ini pada masa hadapan.

1.5. Menawarkan ruang kerjasama dengan lebih ramai pihak

Budaya baharu yang ingin diwujudkan adalah memberi demokrasi kepada pembelajaran,

memantapkan kemahiran pelajar untuk keperluan masa hadapan serta pembangunan

komuniti dengan galakan perkongsian kepakaran dan kemahiran. Oleh itu, platform DE-

LIMa telah membuka ruang kerjasama kepada lebih ramai pihak dalam usaha me-

nyokong ekosistem pembelajaran dalam talian di Malaysia.

1.6. Memperkasa perkongsian idea daripada guru

DELIMa merupakan platform perkongsian dan kolaborasi yang menyediakan ruang un-

tuk para guru mengetengahkan idea-idea dalam pendidikan. Oleh itu, mereka menye-

diakan platform yang dikenali sebagai Ruang Ilmu. KPM mempelawa para guru untuk

berkongsi sebarang kandungan pendidikan menerusi halaman khas yang disediakan

menerusi platform ini. Ini untuk mengalakkan guru berkongsi sumber pembelajaran serta

membolehkan guru menyokong antara satu sama lain.

Page 101: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

101

2. IMPAK KEPADA PELAJAR DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara maya atau dalam talian perlu dil-

aksanakan sepenuhnya di negara ini kerana ia banyak memberi faedah dan manfaat kepa-

da semua pihak terutamanya pelajar. Impak yang ketara adalah dapat mengurangkan

pengunaan bahan–bahan seperti kertas dan pada masa yang sama, pelajar juga dapat

didedahkan dengan pelbagai jenis aplikasi dan teknologi terkini yang boleh mengasah

bakat dan kemahiran mereka untuk menghadapi dunia moden masa kini dan akan datang.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

dalam talian seperti masalah kekurangan akses kepada internet dan kemudahan, ia tidak

seharusnya dilihat sebagai batu penghalang bagi melaksanakan sepenuhnya kaedah dalam

talian ini.

3. HARAPAN

Di dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam men-

galami transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara digital. Pelaksanaan pembela-

jaran dalam talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai

mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan. Justeru, pendidik perlu bijak dengan

mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan di sepan-

jang proses pengajaran dan pembelajaran, serta matlamat utama pembelajaran secara ho-

listik dan inklusif tercapai.

Page 102: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

102

“DIGITAL MONEY”

Shaharudin Saad

Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi

Apakah itu Digital Money ?

Cryptocurrency atau lebih dikenali dengan mata wang kripto merupakan mata wang digi-

tal yang berfungsi sebagai wang alternatif kepada wang fiat. Mata wang digital ini

menggunakan teknologi kriptografi dimana setiap transaksi dirahsiakan dengan cara di-

sulitkan (encryption) supaya data ini sukar untuk dipalsukan disamping transaksi yang

lebih selamat.

Mata wang kripto (atau kriptowang) ialah aset digital yang direka untuk berfungsi se-

bagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan

mengawal penciptaan unit tambahan mata wang. Mata wang kripto ialah subset mata

wang alternatif, atau khusus untuk mata wang digital.

BAGAIMANA MATA WANG KRIPTO AKAN MENGAMBIL ALIH MATA

WANG FIAT DI DUNIA?

WHO mengatakan bahawa mata wang fiat mungkin boleh menyebarkan coronavirus, ia

amat membimbangkan terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah yang menggunakann-

ya hampir setiap hari

Ramai bertanya mengapa harus ada wang kripto sedangkan wang fiat juga boleh dijadi-

kan wang digital melalui perbankan dalam talian, pembelian dalam talian, debit card, E

wallet dan sebagainya.

Page 103: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

103

Salah satu fungsi wang kripto ialah ia kalis inflasi, ia kalis faktor politik dan Negara. Ia

tidak di kawal oleh mana-mana Negara atau mana-mana kerajaan. Andaikan kerajaan itu

menghadapi masalah dan mata wangnya jatuh, buatnya kerajaan itu tidak cukup masalah

ekonomi, hadapi pula masalah politik makin teruk mata wang tersebut jatuh.

Ini berbeza dengan mata wang kripto perkara ini tidak menjejaskan nilai mata wang ter-

sebut kerana ia tidak bergantung kepada Negara atau kerajaan mana-mana Negara. Ia di

tentukan oleh semua masyarakat dunia yang memiliki dan menggunakannnya.

Fakta asas yang perlu difahami dalam perbincangan ini adalah kita kembali kepada asas

paling logik. Kita gunakan keadaan semasa hari ini untuk lebih mudah faham. Kita

gunakan kes corona virus atau covid19 sebagai contoh paling mudah kerana kes

COVID19 merupakan ancaman besar dunia pada ketika ini. Jika ketidakstabilan politik

dan ekonomi yang merundum menyebabkan mata wang Negara jatuh, covid19 juga me-

nyebabkan mata wang Negara tersebut jatuh kerana ia bersangkut paut dengan ekonomi.

Lagi tinggi kes covid19 di Negara tersebut, lagi kesan mendalam dari sudut ekonomi,

perlancongan dan politik di Negara tersebut akan tinggi maka mata wang Negara tersebut

akan terus rendah. Adilkah kepada rakyat Negara tersebut yang menggunakan mata wang

tersebut keRana nilai mata wang tersebut adalah bergantung kepada keadaan Negara itu.

fiat ketika ini dikaitkan oleh WHO (World Health Organization) sebagai salah satu alat

yang boleh menyebarkan Covid19.

Bagaimana ini boleh terjadi?.

Duit kertas atau duit syiling berubah dari tangan ke tangan. Dari pelancong ke pelancong,

dari pelancong ke orang tempatan, dari ibu ke anak, dari anak ke murid lain, dan se-

terusnya. Bayangkan jika ada duit kertas atau duit tersebut ada kesan bersin, sentuhan

dari pesakit covid19?. Bayangkan yang pegang duit fizikal ini ialah golongan tua, kanak-

kanak atau mereka yang berpenyakit dan imunisasi rendah?.

Baik kita faham, masa untuk menggunakan sepenuhnya bayaran online, E wallet dan beli

belah online. Pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah mungkin selepas ini boleh

menggunakan Ewallet untuk membayar segala harga makanan di kantik sekolah.

Page 104: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

104

Mata wang digital tidak dipengaruhi oleh faktor Negara, kerajaan atau di kawal oleh ma-

na-mana bank pusat dunia atau di kawal oleh Negara terbesar . Mata wang kripto ini

dikawaL oleh seluruh pemilik mereka di dunia. Sebagai contoh mata wang kripto paling

popular bitcoin. Bitcoin hanya terdapat 21 juta sahaja di dunia ini. Ia tidak boleh dit-

ambah dan cetak dengan mudah seperti wang fiat. Ia dari hasil kerja mesin yang me-

nyelesaikan permasalahan rumit matematik. Paling penting anda harus tahu membezakan

kegunaan mata wang kripto ini dan asas wang kripto.

Bagaimana Mata Wang Kripto / Digital (Aset Digital) mendapat nilai? Naik harga dan

turun harga? Apa itu crypto currency / mata wang kripto / digital?. Mata wang kripto ini

adalah aset / harta.

Aset terbahagi kepada 2 :-

Fizikal Aset (rumah, kereta, tanah), manakala Digital Aset (mata wang digital / kripto,

akaun instagram, FB Pages, blog, youtube chanel, kedai di mall online seperti Shopee,

Lazada)

Mata wang kripto / digital (crypto currency), juga ada nilai capital gain dan capital lost.

Contoh seperti mata wang digital Ripple, XRP. Ia mempunyai aplikasi yang menyokong

teknologi perbankan seperti remittance (pemindahan wang ke luar Negara). Maka nilai

Ripple, XRP ini makin naik (capital gain).

Seperti kenaikan harga rumah yang di sokong oleh meningkatnya kemudahan

pengangkutan awam, tempat beli belah dan sebagainya. Mata wang digital / kripto pula di

sokong oleh aplikasi yang memudahkan penggunaan kripto dan komunitinya.

Sumber: Blockchain And Distributed Ledger Technology (DLT) Initiatives In Malaysia 2019

Page 105: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

105

Untuk mata wang digital/ kripto (crypto currency). Harga permulaan ditetapkan oleh

syarikat mata wang digital yang di panggil ICO (initial coin offering).

Harga terakhir pembelian adalah harga terkini (nilai/ value) untuk mata wang kripto ter-

sebut.

Aset digital seperti kripto juga tidak lari dari spekulasi dan berita ekonomi dan kewangan.

Spekulasi ini juga boleh menjejaskan nilai turun naik sesuatu mata wang kripto itu

sendiri.

Dunia mata wang kripto kini di hujani dengan ratusan jenis dan nama wang kripto. Ter-

dapat banyak mata wang kripto yang di gelar mata wang kripto ‘sampah’ yang lansung

tidak mempunyai nilai hatta ia adalah mata wang kripto tulen.

Selain perlu memastikan wang kripto itu adalah tulen dengan menggunakan blockhain

tulen, banyak lagi perkara yang perlu dititik beratkan dalam memilih mata wang kripto

yang berpotensi untuk naik dan membina komuniti sendiri, sekaligus mempunyai nilai

(value). Contoh wang kripto yang kuat komunitinya ialah Ethereum. Ethereum membina

komuniti dengan membuka ruang kepada mata wang digital lain untuk menggunakan

platform mereka. Selain itu Ethereum juga di sokong oleh aplikasi hebat yang dinamakan

‘smart contract’.

Ada banyak lagi perkara mengenai wang kripto yang perlu di jelaskan dengan terperinci.

Oleh kerana mata wang digital / kripto ini masih terlalu baru di popularkan di dunia luar,

ia agak sukar di fahami oleh mereka yang tidak biasa dengan dunia pengaturcaraan dan

bahasa computer juga dunia mata wang kripto itu sendiri.

Rujukan:

Economic and Financial Developments in the Malaysian Economy in the Third Quarter.

(2020). Bank Negara Malaysia.

Lariba (2020). Matawang Dalam Islam: Isu-Isu Matawang Crypto Bitcoin. Lariba Insti-

tute of Muamalat.

Page 106: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

106

Pengembangan Diri: Mengubah Tingkah laku

Sabariah Ismail

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Tingkah laku merupakan perlakuan yang boleh dilihat dan diperhatikan. Perlakuan

menggambarkan perwatakan peribadi seseorang. Buruk tingkah laku seseorang itu maka

buruklah perwatakannya, baik perlakuan seseorang itu maka baiklah

perwatakannya. Tingkah laku yang telah sebati di dalam diri sukar diubah sama ada

tingkah laku itu baik atau buruk. Jika tingkah laku baik menjadi tabiat atau amalan maka

beruntunglah individu itu tetapi jika tingkah laku buruk menjadi tabiat atau amalan maka

rugilah individu itu. Namun memang terdapat kesukaran untuk berubah. Beberapa

pengkaji telah membuat analisis tentang kesukaran untuk berubah ini. Antara dapatan

diperoleh melalui beberapa kajian iaitu kesukaran untuk berubah antaranya disebabkan

oleh kelewatan keputusan untuk bertindak (Lehner, 2004; Mitchell dan Nault, 2007);

proses kepimpinan (Carmelli & Sheaffer, 2008) dan belum ada kesediaan untuk berubah

(Weiner, Amick & Lee, 2008)

Tingkah laku yang telah menjadi tabiat adalah sukar untuk diubah. Aristotle pernah

mengatakan; “ Kita adalah apa yang kita selalu lakukan, kecemerlangan bukannya usaha,

tetapi perlakuan baik yang telah sebati di dalam diri kita”. Jadi untuk menjadi manusia

cemerlang kita perlu membiasakan untuk melakukan tingkah laku yang baik. Perlakuan

yang baik akan menjadi sebati di dalam diri. Apabila ia menjadi sebati, maka

kecemerlangan telah pun menghampiri kita. Individu yang cemerlang ialah apabila kita

tidak perlu lagi memaksa diri untuk menjadi cemerlang kerana diri kita telah terbiasa ke

arah kecemerlangan. Beberapa tips bagaimana mengubah tingkah laku lama yang negatif

kepada tingkah laku baharu yang positif boleh difikirkan. Melalui pengalaman dan

pemerhatian penulis beberapa perkara di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk

memotivasikan diri kita ke arah perubahan tingkahlaku yang kita harapkan.

Tidak ada manusia yang tidak boleh berubah kecuali mereka tidak mahu berubah. Peru-

bahan boleh berlaku secara terpaksa atau secara sukarela. Jika dipaksa hasilnya akan men-

jadi separuh. Semua perkara yang dibuat akan menjadi separuh hati. Tetapi jika peru-

bahan itu berdasarkan sukarela dan keikhlasan maka perubahan itu akan kekal dan ber-

panjangan. Melakukan tingkah laku baik atau buruk adalah mudah. Tetapi untuk mengu-

bah tabiat yang buruk kepada tabiat yang baik memerlukan usaha yang bersungguh-

sungguh dan dengan hati yang cekal. Apa juga yang kita fikirkan, fikirkanlah bahawa kita

boleh mengubah tabiat dengan syarat kita mahu berubah.

Page 107: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

107

Ramai orang yang tidak boleh mengubah tabiat kerana mereka sering memikirkan susah

untuk berubah. Mereka menangguhkan waktu. Mereka menunggu masa yang sesuai un-

tuk berubah atau mereka menunggu sehingga dipaksa untuk berubah. Mereka mem-

berikan pelbagai alasan untuk menangguhkan perubahan. Akhirnya mereka terlupa untuk

berubah. Kita seronok duduk di dalam zon selesa. Maka akhirnya kita takut untuk men-

cuba sesuatu yang baharu di dalam hidup kita. Akhirnya sikap kita, perlakuan kita masih

duduk pada tahap lama. Dorongan untuk berubah perlu datang dari kawalan dalam diri

sendiri. Kitalah yang menguasai diri kita untuk berubah. Kita tidak boleh membiarkan

perasaan kita yang lemah menguasai diri kita. Disiplin diri perlu tinggi.

Kita tidak boleh membuat semua kerja serentak. Kita tidak akan dapat mengubah semua

tabiat dalam satu masa. Jika kita melakukan semua kerja, akhirnya kita akan terbeban dan

kita akan merasa lelah. Apabila kita letih tenaga untuk berubah kepada sesuatu yang ba-

haru akan menjadi lemah. Dorongan dalaman akan menjadi lesu. Akhirnya kita te-

was. Kita perlu memilih apakah tabiat yang ingin kita ubah berdasarkan tahap dan masa.

Contohnya terdapat tiga tabiat buruk di dalam diri. Menangguhkan kerja, membuang ma-

sa dan sering terlupa. Pilihlah satu di antara tiga dan beri fokus kepada tingkah laku yang

perlu diubah dahulu. Setkan jangka masa, langkah-langkah tindakan, bagaimana ia perlu

dilaksanakan dan pastikan perubahan itu nampak jelas berlaku.

Pilih tingkah laku yang paling mudah untuk diubah. Dalam tiga contoh di atas mungkin

perkara “sering lupa” merupakan tingkah laku atau tabiat yang ingin diubah. Lupa meru-

pakan satu tabiat yang telah menjadi sebati di dalam diri apabila seseorang itu tidak mem-

beri perhatian atau bersikap sambil lewa. Ia juga mungkin berpunca dari sikap tidak suka

membuat catatan atau membuat senarai semak. Maka kita bermula dengan memberi per-

hatian, mencatat atau menyemak senarai sebagai perlakuan pertama untuk mengubah per-

lakuan kita. Begitulah seterusnya dengan perubahan perlakuan-perlakuan yang lain.

Mengubah tingkah laku memerlukan latihan yang konsisten dan jangka masa yang sesuai.

Menurut pakar, perubahan tingkah laku boleh berlaku dalam lingkungan 20-30 hari jika

seseorang itu secara konsisten dan berlatih untuk melakukan perubahan dan mengamalkan

tingkah laku baru. Sikap dan latihan merupakan faktor utama kejayaan. Ingatkan fakta ini

iaitu 99% kejayaan adalah dari sikap (attitude) manakala 1% kejayaan adalah dari bakat

(aptitude). Oleh itu kejayaan untuk berubah sangat bergantung kepada sikap dan usaha

Page 108: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

108

kejayaan. Ingatkan fakta ini iaitu 99% kejayaan adalah dari sikap (attitude) manakala 1%

kejayaan adalah dari bakat (aptitude). Oleh itu kejayaan untuk berubah sangat bergantung

kepada sikap dan usaha yang konsisten.

Menuliskan perlakuan yang ingin diubah akan menguatkan lagi keinginan dan usaha kita

untuk berubah. Apabila kita melihat perkara yang ingin kita ubah di dalam bentuk tulisan

kemahuan kita untuk berubah akan menjadi kuat. Perancangan yang kita tulis akan mem-

buatkan kita melihat langkah-langkah ke arah mencapai matlamat dengan lebih jelas.

Kita perlu tahu dan faham apa dan mengapa kita perlu berubah. Jika kita ingin berubah

saja untuk suka-suka maka kita akan membuang masa kita. Kita perlu insaf bahawa per-

lakuan lama mendatangkan masalah kepada kita oleh itu kita ingin mengubah dan menga-

malkan tingkah laku baru yang lebih memberi faedah.

Kesimpulan

Perubahan sikap merupakan sesuatu yang sukar dilakukan kerana ia selari dengan

kepercayaan dan keyakinan kita. Seseorang yang yakin bahawa dia mempunyai sikap dan

perlakuan yang sangat positif sedangkan khalayak menyaksikan bahawa sikap dan

perlakuannya sangat buruk maka bagaimanakah dia akan dapat mengubah dirinya? Oleh

itu setiap orang perlu membuat refleksi dan muhasabah diri dan perkara ini perlu

dilakukan setiap masa. Mereka yang telah menyedari tentang kelemahan sikap dan

perlakuan mereka ini maka beberapa strategi perlu dilakukan untuk perubahan itu akan

menjadi satu kenyataan.

Rujukan

Carmeli, A., Sheaffer, Z (2008). How learning leadership and organizational learning from failures en-

hance perceiced organizational capacity to adapt to the task enviroment. The Journal of Applied Behavior-

al Science, 33(4), 468-489).

Lehner, J. (2004). Strategy implementation tactics as response to organizational strategic, and enviromental

imperatives. Management Resourses 15(4), 460-471.

Mitchell, V.L., & Nault, B.R. (2007). Cooperative planning, uncertainty, and managerial control in concur-

rant design. Management Science, 53(3), 375-389.

Weiner, B.J., Amick, H., & Lee, S.D. (2008). Review: Conceptualization and measurement of

organizational readiness for change. Medical Care Research adn Review, 65 (5), 379-436.

Page 109: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

109

Keperluan Aspek Kualiti Reka Bentuk Dalam Penghasilan Produk Masa Kini

oleh: Dr Baharudin Saleh

Jabatan Sarjana Perguruan

Perkembangan teknologi pembuatan produk masa kini semakin pesat, maka proses

pengeluaran produk tidak hanya terhad kepada pasaran dalam negara sahaja tetapi harus

berkembang ke pasaran global. Penghasilan produk kini perlu melalui proses yang ber-

sistematik dan dirancang dengan teliti agar setiap produk yang dikeluarkan memenuhi

kriteria dan standard yang ditetapkan (Tayal, 2013). Sebagaimana, pengurangan kos pem-

buatan produk dapat diminimumkan dengan penghasilan produk yang memenuhi kualiti

dan spesifikasi. Pihak industri pembuatan masa kini perlu berupaya untuk membuat

penyesuaian dalam meningkatkan produktiviti dengan mengambil kira kos minimum-

maksimum penghasilan produk, memberi respons terhadap perubahan dan pembuatan

pantas, kawalan kos, memilih proses reka bentuk optimum bagi menyelesaikan tugas ter-

tentu dan mengenal pasti persaingan dalam industri.

Pembangunan reka bentuk sesebuah produk dilihat semakin penting bagi menarik per-

hatian pengguna untuk memiliki setiap produk yang direka. Penjanaan pendapatan indi-

vidu, syarikat dan industri yang lumayan, diperoleh dengan mengekalkan kesetiaan

pengguna dalam memilih reka bentuk produk. Reka bentuk yang menarik dan berkualiti

bergantung pada ciri-ciri produk seperti estetika, ergonomik, warna, bentuk keseluruhan,

fungsi, keselamatan dan lain-lain amat mempengaruhi pemilihan pengguna bagi

mendapatkan produk (Baxter, 2018).

Keperluan bagi menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti dan bermanfaat untuk

keperluan pengguna dirangsang oleh minat pengguna dan sifat fizikal produk tersebut.

Penyelesaian masalah kualiti dalam proses pembuatan dengan reka bentuk produk

berkualiti merupakan aktiviti penting dalam usaha organisasi melaksanakan penam-

bahbaikan berterusan. Industri pembuatan sentiasa berusaha dan bersaing untuk menge-

Page 110: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

110

luarkan produk yang mempunyai ketepatan yang tinggi dan kualiti yang lebih baik. Se-

tiap individu dalam organisasi pembuatan perlu memastikan prestasi kualiti sentiasa be-

rada pada tahap yang cemerlang kerana sebarang kecacatan dan kekurangan dalam proses

pembuatan akan memberi kesan kepada produk yang dikeluarkan (Zaharuzaman, Ahmad

Mahir & Zainol 2012).

Di samping itu, faktor utama yang mempengaruhi kebolehgunaan dan kebolehpasaran

produk yang direka bentuk adalah dengan mengenal pasti kehendak pengguna seperti ru-

pa bentuk produk yang menarik, produk selesa digunakan, kos yang ditawarkan berpatu-

tan dengan kualiti produk dan faktor keselamatan dititikberatkan semasa penggunaan

produk (Sheng et al. 2015). Bagi menangani masalah konsep produk perlu dijana selaras

dengan cita rasa pengguna, berdasarkan keperluan reka bentuk afektif yang mewakili

suara pengguna, elemen inovasi memainkan peranan penting dalam mencetus idea-idea

bernas dan kreatif dalam penghasilan reka bentuk produk yang berkualiti. Justeru, keper-

luan aspek kualiti reka bentuk dalam penghasilan produk berkualiti amatlah dituntut da-

lam proses merancang sehingga terbina sesuatu produk.

Maka, aspek kualiti reka bentuk produk seperti estetika, ergonomik, warna yang

terdapat pada produk, kebolehgunaan produk dan keselamatan produk merupakan elemen

penting dalam penghasilan produk. Aspek kualiti diguna pakai sebagai faktor petunjuk

kepada kualiti produk yang direka bentuk melalui proses-proses reka bentuk yang telah

dinyatakan di atas. Hal ini kerana dalam sesuatu reka bentuk produk, penekanan kepada

aspek kualiti adalah amat dituntut dan diutamakan di samping memenuhi kehendak

pengguna.

Elemen estetika merupakan bagaimana produk kelihatan, terasa, berbunyi dan

berbau. Respons pelanggan terhadap dimensi ini ialah perkara yang melibatkan pertim-

bangan peribadi dan pilihan individu. Penilaian terhadap estetika pada sesuatu produk

adalah merupakan suatu yang subjektif. Setiap seorang adalah berbeza dan mempunyai

pandangan dan pemahaman yang mungkin tidak sependapat dalam memberi pandangan,

minat dan idea dalam penghasilan sesuatu produk (Lee & Koubek, 2012). Walau

Page 111: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

111

bagaimanapun, situasi ini tidak mempengaruhi sesuatu produk. Namun, tafsiran yang

diberikan berkaitan dengan estetika adalah merujuk kepada ciri-ciri dan penampilan

produk seperti keindahan, kecantikan, kemesraan, kekemasan fungsi dan keharmonian

sesuatu produk (Soni et al., 2013). Estetika juga adalah sejauh mana penampilan reka

bentuk produk dapat menarik minat pengguna untuk memiliki produk. Isu penting yang

mempengaruhi estetika ialah ergonomik, sejauh mana baiknya reka bentuk memenuhi

keselesaan pengguna.

Sementara itu, dalam bidang reka bentuk industri, ergonomik pula memainkan peranan

yang penting dalam pembangunan sesuatu produk dan ditafsirkan sebagai kajian saintifik

tentang fizikal, keupayaan dan kriteria pengguna terhadap produk. Ergonomik adalah

berkait dengan kajian terhadap pengguna dengan persekitaran kerja. Secara teknikalnya

ergonomik menekankan kepada keselesaan pengguna semasa menggunakan produk sep-

erti postur fizikal pengguna, penggunaan bahan dan keselamatan persekitaran. Sebagai

contoh reka bentuk kerusi pejabat harus menekan postur fizikal supaya pengguna tidak

merasa sakit terutama di bahagian belakang. Ergonomik juga berkait rapat dengan mesra

pengguna, terutamanya dari segi keselesaan atau pengendalian semasa menggunakannya

(Das & Mishra, 2015).

Selain itu, warna mempunyai kesan ke atas kehidupan manusia yang amat ketara. Selain

kesan visual, warna melalui deria visual memberikan tahap perbezaan ke atas mental dan

persepsi fizikal individu. Keutamaan visual untuk warna perlu diberi keutamaan supaya

tidak menjejaskan reka bentuk produk yang boleh menjejaskan pemasaran produk dan

keinginan pelanggan untuk membeli. Justeru itu, proses reka bentuk, rupa, gaya dan

persembahan warna produk akhirnya akan ditentukan oleh keberkesanan pelaksanaan pe-

lan warna dan pengoptimuman reka bentuk warna. Ini dapat membantu dalam proses

membuat keputusan dan meningkatkan penerimaan persembahan produk. Justeru per-

mukaan yang digunakan dalam reka bentuk warna juga perlu mengambil kira prinsip reka

bentuk susunan warna produk dan tujuan penggunaan sesuatu produk (Chen & Wang,

2012).

Page 112: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

112

Manakala, faktor keselamatan terhadap produk pengguna merupakan elemen yang diti-

tikberatkan untuk memastikan produk tersebut terus mendapat perhatian dan permintaan

di pasaran. Keselamatan juga merupakan perkara yang ditekankan semasa bermulanya

proses mereka bentuk. Manakala, pengeluar atau pengilang dikehendaki untuk memasti-

kan setiap produk yang dikeluarkan berada pada tahap minimum dari segi kebarangkalian

berlakunya kemalangan dan kecederaan. Keselamatan produk dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu: (i) keselamatan struktur bentuk, iaitu merujuk pada bahan yang

digunakan, mutu pengeluaran dan komponen produk, dan (ii) keselamatan rekaan yang

bermaksud konsep yang dipersembahkan mempunyai daya tahan yang tinggi dan tidak

mendatangkan kecederaan atau kesilapan penggunaannya (Ullman, 2010).

Kesimpulannya, penghasilan reka bentuk produk berkualiti yang mampu memenuhi ke-

hendak pengguna seperti aspek estetika (rupa bentuk produk, kemasan akhir dan fungsi

produk) dan elemen ergonomik (keselesaan produk kepada pengguna dan kebole-

hfungsian produk) masih boleh dipertingkatkan. Justeru itu, penekanan terhadap aspek

kualiti semasa mereka bentuk produk membolehkan sesuatu rekaan yang dihasilkan oleh

pereka mahupun pelajar mencapai piawaian yang ditetapkan. Seterusnya, rekaan produk

yang memenuhi aspek kualiti juga mampu kekal berdaya saing di peringkat global

mengikut trend masa kini.

Page 113: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

113

Rujukan

Baxter, M. 2018. Product Design : A Practical Guide to Systematic Methods of New Product

Development. Boca Raton: CRC Press.

Chen, K.-M. & Wang, M.-J. (2012). Computer aided three-dimensional colour planning and

visualisation system for product design. Journal of the International Colour Association,

7, 1–26.Das, S. P. & Mishra, P. (2015). Ergonomics and Its Impact on Workplace

Productivity with Special Reference to Employees of Various Sectors in Mumbai. The

International Journal of Business & Management, 3(4), 28.

Lee, S. & Koubek, R. J. (2012). Users’ perceptions of usability and aesthetics as criteria of pre-

and post-use preferences. European Journal of Industrial Engineering, 6(1), 87–117.

Sheng, Z., Wang, Y., Song, J. & Xie, H. (2015). Customer requirement modeling and mapping of

numerical control machine. Advances in Mechanical Engineering, 7(10), 1–11.

Soni, S., Khanna, P. & Tandon, P. (2013). Knowledge Support System for Aesthetics in Product

Design. Journal of Computing and Information Science in Engineering, 13(1), 11006.

Tayal, S. P. (2013). Engineering Design Process. International Journal of Computer Science and

Communication Engineering, 1–5.

Ullman, D. G. (2010). The mechanical design process. McGraw-Hill New York.

Zaharuzaman, J., Ahmad Mahir, R. & Zainol, M. (2012). Persepsi ke atas penggunaan alat dan

teknik kualiti terhadap prestasi kualiti dalam industri pembuatan. Journal of Quality

Measurement and Analysis (JQMA), 8(2), 1–8.

Page 114: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

114

Pembelajaran Maya (Virtual Learning) Cabaran Baharu Dunia Pendidikan Akibat

Pandemik Covid-19.

Dr Romy bin Abd Kadir Jabatan Sarjana Perguruan

Siapa sangka pandemik Covid-19 telah memberi impak besar kepada dunia. Kesan dan

akibat pandemik covid-19 ini telah menyebabkan kebanyakan negara mengalami

keruntuhan ekonomi termasuk di Malaysia. Bukan sahaja ekonomi, malahan aktiviti so-

sial juga telah terbantut disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik

ini.

Dunia pendidikan juga tidak ketinggalan menerima kesan dan akibat pandemik covid-19.

Selama ini guru-guru, pensyarah dan pelajar banyak menghabiskan masa di bilik darjah

dan bilik kuliah. Namun pada hari ini bilik tidur, ruang tamu dan segenap ruang di rumah

telah menjadi kelas bagi guru dan pelajar. Begitu juga pensyarah di Institut Pendidikan

Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) kebanyakan pensyarah menggunakan medi-

um Google Classroom (GC), Google Meet, Zoom Cloud Meeting dan Youtube sebagai

wahana untuk menyampaikan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Page 115: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

115

Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet serta aplikasi dalam

talian dilarang dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknya apabila dunia pendidikan be-

rada dalam alam maya dan dilakukan di rumah. Tiada siapa dapat menjangkakan perkara

ini akan berlaku.

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pengajaran

dan pemudahcaraan secara bersemuka (face to face) tertangguh, bahkan menjadikan tu-

gasan guru di sekolah mahupun pensyarah di universiti dan Institut Pendidikan Guru

(IPG) semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma ke-

hidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses PdPc dilaksanakan secara dalam

talian (online learning).

Pendidikan abad ke-21 yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat,

tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian.

Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi

teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac dan kini Perintah Ka-

walan Pergerakan Bersyarat (PKPB), guru-guru serta pensyarah tidak boleh duduk diam

dan terus mencurah ilmu menerusi PdPc dalam talian.

Semua guru dan pensyarah perlu meningkatkan ilmu pengetahuan (knowledgeable), ber-

ketrampilan, mempunyai kompetensi, berkeupayaan, berkemahiran dan kesiapsiagaan

dalam menerima normal baharu dalam pendidikan terutama pembelajaran dalam talian.

Kesiapsiagaan ini akan dapat dilihat perubahan dari aspek pengajaran, pentaksiran dan

penyampaian ilmu yang mencabar tugas keguruan.

Page 116: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

116

Guru dan pensyarah perlu mempunyai anjakan paradigma untuk menerima senario ba-

haru pendidikan global dan menyiapkan generasi yang celik teknologi maklumat. Ini

penting dalam menyiapkan pelajar bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan

bersedia menjadi generasi digital.

Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang tinggal di kawasan terpencil yang tiada kemu-

dahan internet serta tiada telefon pintar perkara ini harus difikirkan oleh guru dan pen-

syarah bagi menyampaikan ilmu. Setiap guru dan pensyarah perlu memastikan pelajar

mampu meneruskan pelajaran tidak kira di mana dan pada bila-bila masa.

PKP beri peluang guru dan pensyarah berjinak-jinak dengan dunia pendidikan digital.

Antara hikmah Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah

golongan guru dan pensyarah sedikit sebanyak dapat melihat betapa perlunya memanfaat-

kan teknologi untuk mendidik anak pelajar dalam tempoh sebegini.

Persoalan yang lebih penting perlu difikirkan bagaimanakah pengajaran dan pembelaja-

ran bercorak amali perlu diteruskan terutama bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional

(TVET). Perkara ini masih menghantui setiap guru dan pensyarah yang mengajar subjek

atau kursus berkaitan amali. Setakat ini subjek atau kursus berbentuk amali tidak sesuai

untuk dijalankan secara dalam talian. Sama-samalah kita fikirkan sementara menunggu

pandemik Covid-19 ini berakhir.

Rujukan :

Losius. G., Ahsly. K., Marcelus. K. (2020). Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh (PDPCJJ) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PPD Ranau, Sabah.

Page 117: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

117

PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM ERA DIGITAL : PELUANG

DAN CABARAN

oleh: Dr. Rabahyah Tahir

Gelombang Revolusi Industri 4.0 yang melanda dunia bukan sahaja membawa transfor-

masi terhadap sektor pembangunan sains dan teknologi negara tetapi juga keseluruhan

gaya hidup masyarakat. Oleh itu, semua sektor harus merancang dan melakukan peru-

bahan seiring dengan transformasi digital untuk memastikan mereka kekal berdaya saing

di samping memanfaatkan gelombang transformasi. Begitu juga halnya dengan bahasa

Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan agen pem-

binaan negara bangsa di Malaysia. Lantaran itu, usaha pemerkasaan bahasa Melayu da-

lam era digital harus dilakukan agar bahasa Melayu kekal menjadi bahasa hebat se-

bagaimana suatu ketika dahulu bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dalam

komunikasi pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Bahasa Melayu perlu mengalami trans-

formasi agar terus relevan sebagai bahasa pilihan dalam komunikasi segenap kehidupan

masyarakat yang mewarisinya walaupun tidak dinafikan usaha tersebut pasti berdepan

dengan cabaran seiring dengan modenisasi dan digitalisasi dunia sekarang.

Dominasi aplikasi digital dalam kehidupan kini memberi kuasa kepada hujung jari untuk

mengeksplorasi dunia tanpa sempadan. Justeru, akses terbuka (open access) memberi ru-

ang dan peluang kepada sesiapa sahaja mengakses ilmu atau informasi yang dikongsikan

secara maya melalui platform tersebut. Menurut Bailey (2006), akses terbuka merupakan

bahan penulisan oleh ahli akademik dan penyelidik yang dapat diakses secara percuma

dengan menggunakan internet. Secara tidak langsung pemanfaatan akses terbuka akan

memberi ruang kepada para pengkaji untuk menyebarluaskan dapatan/teori kajian mereka

lantaran kebolehcapaian untuk mengakses ilmu/informasi tersebut adalah sangat tinggi.

Sehubungan dengan itu, kajian oleh Mohammad Zakuan Mohd Fadzil, Jama’yah Zakaria,

dan Norazlina Mohd Kiram (2018) mendapati bahawa akses terbuka memberi ruang un-

tuk memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana enjin carian seperti Google,

Bing, Yahoo,Ask.com, AOL.com, dan Baidu yang merupakan enjin carian secara percu-

ma membolehkan seluruh dunia menyaksikan kemampuan bahasa Melayu mengungkap-

Page 118: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

118

kan ilmu-ilmu moden di dunia. Tambahan pula, enjin carian paling popular, iaitu Google

yang turut menawarkan aplikasi lain Google Maps, Google Translate, Google Images,

Google Books, Google Scholar, Google News pastinya memberi lebih banyak platform

untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu seantero dunia. Secara tidak langsung hal ini

membuka ruang seluas-luasnya untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam era digital.

Di samping itu, arus modenisasi dan globalisasi ternyata menguji kemampuan bahasa

Melayu berkembang segerak dengan arus semasa tanpa perlu meminggirkan identiti ba-

hasa yang diwarisi sejak turun temurun. Oleh itu, sifat dinamis yang ada pada bahasa Me-

layu harus diolah secara kreatif, inovatif dan realistik agar penggunaannya tetap relevan

dalam membicarakan apa-apa juga bidang dalam kehidupan mahupun dalam

mengungkap ilmu moden masa ini (Salleh Abdul Rashid dan Shuhairimi Abdullah,

2015).

Menyedari keperluan tersebut, usaha memperkasakan bahasa Melayu dilakukan dengan

melaksanakan kaedah terjemahan bahasa dan memperkaya perbendaharaan kata bahasa

Melayu. Lantaran itu, Bahagian Peristilahan Dewan Bahasa Pustaka memainkan peranan

dengan aktif dalam usaha mengumpul, membentuk, memperbanyak istilah dan seterusnya

menerbitkan istilah bahasa Melayu daam pelbagai bidang ilmu. Lantaran itu, Pangkalan

Data Peristilahan yang bersistem telah diwujudkan selaras dengan matlamat untuk me-

nyebarkan dan memasyarakatkan istilah. Selain DBP, agensi lain seperti Unit Pemodenan

Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) juga telah mengeluarkan

hebahan istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara berkala kepada setiap

agensi kerajaan. Umpamanya istilah pustakawan siber (cybrarian), pensirnaan (zapping),

tanpa sangkalan (non-repudiation), perekah komputer (computer cracker) dan perisian

jenayah (crimeware) merupakan antara istilah (ICT) yang telah dikeluarkan secara berka-

la dari tahun 2018-2020. Usaha meningkatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu ini pastinya akan memartabatkan nama bahasa Melayu di persada dunia.

Sehubungan dengan itu, usaha memperkasakan bahasa Melayu ternyata bukan sahaja dil-

akukan oleh agensi kerajaan tetapi era digital kini menyaksikan semua orang berpeluang

untuk memperjuangkan bahasa Melayu mengikut cara dan kecenderungan masing-

Page 119: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

119

masing. Rakyat kini bukan lagi penonton media yang pasif sebaliknya penonton media

aktif yang mampu membina kandungan media mereka sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah,

dalam media sosial, kerap berlaku teguran daripada netizen apabila mereka mendapati

ada kandungan media sosial yang menyalahi budaya mahupun jauh tersimpang daripada

citra dan identiti bahasa Melayu itu sendiri. Hal yang sedemikian secara tidak langsung

membuktikan bahawa pengguna media sendiri boleh bertindak untuk mengawal sebarang

tindakan yang mencemarkan atau mengganggu gugat citra dan identiti bahasa Melayu.

Di samping itu, laman media sosial juga membolehkan pencinta bahasa membugarkan

ilmu kebahasaan mereka dengan melayari dan mengikuti perkembangan ahli linguistik

idola mereka dalam laman sosial. Umpamanya Facebook Awang Sariyan Kembara Baha-

sa Melayu Mahawangsa yang penuh dengan informasi dan aktiviti kebahasaan merentas

dunia sememangnya mempunyai pengikut yang ramai. Perkongsian ilmu kebahasaan da-

lam facebook beliau secara tidak langsung menjentik kecintaan terhadap bahasa Melayu

dalam kalangan komuniti bahasa Melayu.

Selain itu, kewujudan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) memberi peluang dan

ruang kepada pengguna bahasa Melayu untuk merujuk sebarang permasalahan berkaitan

dengan bahasa Melayu. PRPM yang diselenggara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka men-

jadi pusat rujukan orang ramai di alam maya. Dalam bahasa yang mudah, PRPM menjadi

kamus maya yang boleh dirujuk di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Oleh itu, tiada

alasan untuk tidak berbahasa Melayu dengan betul kerana bukan sahaja pengertian per-

kataan boleh dirujuk di PRPM tetapi juga cara sebutan yang betul.

Walaupun prospek untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam era digital tampak cerah

dan mudah tetapi usaha tersebut tidak semudah yang disangkakan. Hal ini kerana zaman

digitalisasi ini memberi ruang seluas-luasnya kepada setiap orang untuk berkomunikasi

bukan sahaja bersemuka secara fizikal, tetapi juga bersemuka di alam maya. Konsep ter-

buka ini juga menyebabkan sukar melakukan kawalan terhadap fenomena yang berlaku.

Hal ini demikian kerana media baharu seperti media sosial membolehkan maklumat

disampaikan secara meluas tanpa mengira masa dan tempat.

Page 120: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

120

Walau bagaimanapun media baharu ini menyaksikan wujudnya fenomena kerancuan ba-

hasa yang sukar dikawal. Kajian oleh Hidayah Shafiee et al. (2019) mendapati bahawa

terdapat tiga subtema istilah bahasa rojak yang digunakan di media baharu, iaitu istilah

campuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, campuran bahasa Melayu dengan ba-

hasa ibunda/bangsa/loghat, dan istilah baharu. Sikap mencampuradukkan bahasa Melayu

dengan bahasa Inggeris dalam komunikasi merupakan ancaman tehadap kelestarian baha-

sa Melayu di bumi Malaysia kerana kajian oleh Lee Lam (2014) mendapati bahawa su-

dah menjadi kebiasaan pengguna bahasa Melayu untuk menyelitkan bahasa Inggeris da-

lam percakapan mereka. Lebih membimbangkan apabila pengguna bahasa pula sewenang

-wenangnya mewujudkan slanga yang jelas jauh berbeza daripada citra bahasa Melayu

itu sendiri. Oleh itu, wujud bahasa rojak yang begitu popular di media sosial seperti

pishang (bosan), koyak (emosi atau sentap), kunyit (lelaki lembut), raklu (gerak dulu),

abam sado (lelaki yang berotot) dan hati sado (hati kental). Jelas bahawa, era digital ini

menyaksikan bahasa Melayu berhadapan dnegna fenomena kerancuan bahasa yang perlu

dikawal untuk memelihara kelestarian dan identiti bahasa Melayu itu sendiri.

Di samping itu, perasaan tidak yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu dalam

mengungkapkan ilmu-ilmu baharu menyebabkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan mahupun bahasa rasmi ada kalanya dipandang sebelah mata sahaja. Sikap

sebegini sememangnya menyukarkan usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu di ma-

ta dunia. Lebih menyedihkan apabila ada pihak yang tidak yakin bahawa program

pengajian bahasa Melayu mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, malah mula memper-

soalkan ilmu kebahasaan yang dipelajari di peringkat pengajian tinggi (Kartini Abd

Wahab, Sa’adian Ma’alip, Maslida Yusof, dan Kattim Harun, 2016). Ternyata ramai yang

tidak menyedari bahawa penguasaan komunikasi lisan mahupun bertulis dalam bahasa

Melayu itu sebenarnya kemahiran insaniah yang membentuk keperibadian sebagai orang

yang disenangi dalam organisasi lantaran penjagaan konsep kesantunan berbahasa dalam

komunikasi.

Kesimpulannya, usaha memperkasakan bahasa Melayu dalam era digital bukan suatu

usaha mudah yang boleh dicapai dengan usaha sesetengah pihak sahaja. Komuniti bahasa

Melayu itu sendiri memainkan peranan yang jauh lebih besar daripada pihak lain kerana

rasa cinta yang membara terhadap bahasa itulah titik tolak perjuangan memartabatkan

Page 121: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

121

bahasa di persada dunia. Ayuh kita bangkitkan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan

kita, bahasa Melayu bahasa jiwa bangsa.

Bibliografi

Hidayah Shafiee et al.(2019). Pengaruh Bahasa Rojak di Media Baharu Terhadap Bahasa Kebangsaan. International Journal of Law, Government and Communication Vol.4(15), 141-153.

Kartini Abd Wahab, Sa’adian Ma’alip, Maslida Yusof, Dan Kattim Harun (2016). Ke-bitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu:Persepsi Dan Harapan Mahasiswa. Jurnal Melayu Bil. 15(2),176-195.

Mohammad Zakuan Mohd Fadzil, Jama’yah Zakaria, dan Norazlina Mohd Kiram (2018). Akses Terbuka sebagai Medium Pemartabatan Bahasa Melayu. Jurnal Komunikasi Jilid 34 (2), 263-277

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Kementerian Kerja Raya. Istilah ICT

http://www.kkr.gov.my/ms/istilah-ICT

Salleh Abdul Rashid dan Shuhairimi Abdullah (2015). Mendaulatkan Bahasa Melayu se-bagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Analisis. Journal of Human Devel-opment and Communication Vol.4, 125-134.

Page 122: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

122

CABARAN KOMUNIKASI DI ALAM MAYA DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0

oleh: Dr. Rabahyah Tahir

Revolusi industri 4.0 yang melanda seluruh dunia bukan sahaja memberi tempias kepada

kehidupan seharian tetapi juga dalam aspek komunikasi manusia. Perkembangan teknolo-

gi automasi, kecerdasan buatan, Internet dan pengkomputeran awan secara tidak langsung

mempengaruhi bentuk komunikasi manusia bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi

juga masyarakat di kawasan pedalaman. Menurut Ribka Alan (2015) dalam kajiannya

terhadap 365 orang masyarakat Orang Ulu di Sarawak mendapati bahawa mereka juga

menggunakan saluran komunikasi moden seperti telefon bimbit, radio dan televisyen

selain komunikasi perseorangan walaupun 63.2% responden berpendapatan kurang da-

ripada RM1500 sebulan.

Senario tersebut menunjukkan bahawa komunikasi zaman sekarang bukan sahaja terbatas

pada komunikasi perseorangan tetapi wujud pelbagai medium komunikasi di alam maya

sama ada melibatkan komunikasi sehala mahupun dua hala. Kepelbagaian medium

komunikasi itu sememangnya membolehkan sebaran komunikasi dilakukan tanpa batasan

ruang mahupun waktu. Walau bagaimanapun, situasi sedemikian telah memberi cabaran

kepada konsep komunikasi itu sendiri.

Perkembangan teknologi telah memungkinkan medium komunikasi di alam maya men-

jadi pilihan untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan organisasi. Oleh itu,

cabaran utama untuk menjadikan komunikasi alam maya sebagai saluran komunikasi or-

ganisasi ialah memastikan setiap ahli organisasi mudah akses kepada internet. Aspek mu-

dah akses kepada internet merupakan keperluan bagi setiap ahli organisasi. Mahu tidak

mahu setiap ahli organisasi perlu bersedia untuk menerima maklumat tentang organisasi

melalui medium komunikasi di alam maya tanpa mengira masa dan tempat demi kema-

juan organisasi. Hal ini demikian kerana kajian Ahlam Abdul Aziz (2015) mendapati ba-

hawa penggunaan Facebook page UiTM dapat meningkatkan pencapaian kerja ka-

kitangan kerana halangan komunikasi seperti struktur dan persekitaran dalam organisasi

dapat diatasi.

Page 123: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

123

Di samping itu, pembangun medium komunikasi di alam maya perlu memastikan medi-

um tersebut mampu menyampaikan komunikasi yang tepat dan mencukupi kepada

pengguna sasaran. Sehubungan dengan itu, kajian oleh Nor Arinah Mohamed Zemudin

dan Mohd Azul Mohamad Salleh (2017) mendapati bahawa aspek kebergunaan dan mu-

dah guna sesuatu laman web mempengaruhi kepuasan pengguna dan penerimaannya.

Misalnya, aspek kebergunaan dan mudah guna yang tinggi bagi laman web UKM telah

menjadikannya sebagai satu saluran komunikasi yang berkesan kepada pelajar an-

tarabangsa di UKM malah 82.6% daripada mereka melawat laman web tersebut satu

hingga dua kali sehari. Oleh itu, laman web yang dibangunkan haruslah bersifat mesra

pengguna dan menyampaikan informasi penting yang mencukupi dan diperlukan oleh

pengguna sasarannya.

Selain itu, lambakan informasi yang merupakan komunikasi sehala di alam maya memer-

lukan pengguna bijak menilai maklumat yang disampaikan. Kemunculan Youtube yang

diperkenalkan di Malaysia pada 22 Mac 2012 telah membawa kepada kemunculan fe-

nomena ‘ustaz youtube’ (penceramah tanpa tauliah) yang belum pasti kesahihan sumber

maklumatnya dan dikhuatiri boleh menjejaskan pemahaman akidah umat Islam. Oleh itu,

ceramah ‘ustaz youtube’ itu dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Norizah

Aripin et al., 2016). Walau bagaimanapun, dalam keghairahan mendengar ceramah-

ceramah agama di Youtube, pengguna tidak boleh menerima bulat-bulat isi ceramah ter-

sebut terutamanya jika terdapat unsur yang meragukan sebaliknya pengguna perlu bijak

dengan merujuk sumber daripada pihak yang berautoriti. Umpamanya, mereka boleh

merujuk laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengandungi banyak soa-

lan lazim (FAQ) yang mungkin sepadan dengan kemusykilan mereka. Begitu juga halnya

apabila pengguna alam maya yang meragui maklumat yang disampaikan di blog-blog

peribadi, maka mereka boleh merujuk laman web sebenarnya.my yang telah dibangunkan

oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Page 124: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

124

Di samping itu, komunikasi dalam Revolusi Industri 4.0 pula menyaksikan penggunaan

bahasa Inggeris menyaingi bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Oleh itu, kerap kali

ciri kerancuan bahasa, iaitu percampuran kod (code switching) berlaku dalam komunikasi

di media sosial. Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin dan Normahdiah

Sheikh Said (2014) mendapati majoriti responden kajian yang merupakan pengguna Fa-

cebook berumur 16 tahun dan ke atas mencampurkan bahasa semasa berkomunikasi. Satu

daripada faktor mereka mencampurkan bahasa ialah nilai makna sesuatu istilah dalam

bahasa asal. Hal ini berlaku apabila mereka tidak menemukan makna yang sepadan da-

lam bahasa yang digunakan bagi istilah bahasa asal. Oleh itu, dalam contoh yang

ditemukan, iaitu “mula-mula creates satu fail, kemudian drag fail anda ke dalam main-

folder, di situlah fail anda berada” menunjukkan bahawa kata bahasa Inggeris seperti cre-

ates dan drag digunakan kerana pengguna tidak menemukan kata yang sepadan dengann-

ya dalam bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, komunikasi di alam maya juga menyebabkan bercambahnya

penciptaan dan penggunaan kata baharu sehingga digunakan di luar daripada talian oleh

generasi Y (Nur Azlina Jalaluddin, & Nurhasyinda Shahidan, 2017). Kewujudan per-

kataan baharu seperti ‘kekwat’ semasa komunikasi dalam Facebook secara tidak lang-

sung menambahkan lagi ketidakteraturan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, pengguna ba-

hasa Melayu harus memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang melambangkan jati

diri bangsa Malaysia walaupun dicabar hebat oleh penggunaan bahasa asing. Hal ini

demikian kerana hak linguistik ialah hak individu, maka jika bukan bangsa Malaysia

yang menjulang bahasa kebangsaannya kepada siapa lagi kita harus bergantung harap?

Page 125: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

125

Kesimpulannya, walaupun pelbagai cabaran perlu didepani untuk berkomunikasi dalam

Revolusi Industri 4.0 namun kita masih dapat berkomunikasi dengan berkesan jika caba-

ran-cabaran tersebut ditangani secara bijaksana. Hal ini demikian kerana cabaran-cabaran

tersebut menjadikan kita pengguna yang lebih bijak dan bertanggungjawab, iaitu ber-

tanggungjawab untuk tidak menyelitkan propaganda atau diayah palsu demi kepentingan

peribadi, bertanggungjawab menilai setiap maklumat yang disampaikan, bertanggungja-

wab membangunkan saluran komunikasi yang benar-benar memenuhi keperluan

pengguna sasaran dan bertanggungjawab mempertahankan hak bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dalam komunikasi di alam maya.

Bibliografi

Ahlam Abdul Aziz. (2015). Penggunaan Facebook Page sebagai Faktor Perantara bagi Perkaitan Halangan Komunikasi dengan Pencapaian Kerja dalam Organisasi.

(Tesis PhD, UPM, Selangor). Nor Arinah Mohamed Zemudin dan Mohd Azul Mohamad Salleh. (2017). Mudah Guna dan Kebergunaan Laman Web Universiti dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa dalam Journal of Social Science and Humanities Vol. 12(1), 1-12.

Norizah Aripin, Awan Ismail, Mohd Sobhi Ishak, Nik Adzrieman Abdul Rahman, Mohd Nizho

Abdul Rahman, Mot Madon dan Mohd Faisal Mustaffa. (2016). “Youtube” dan Generasi Muda Islam: Satu Pendekatan Kelompok Fokus dalam Kalangan Pelajar Universiti dalam Malaysian Journal of Communication Jilid 32 (1), 371-400.

Nur Azlina Jalaluddin dan Nurhasyinda Shahidan. (2017). Modenisasi Bahasa di Ka-langan

Gen Z. E-Prosiding PASAK 2 - Jilid 2: Subtema Ilmu Bahasa, Nilai-nilai Sejagat, Sejarah & Ekonomi, Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Islam Selangor.

Ribka Alan.(2015). Peranan Komuniti dalam Hubungan Penggunaan Saluran Komu-nikasi terhadap Peningkatan Kualiti Hidup Masyarakat Orang Ulu di Sarawak (Tesis PhD, UPM, Selangor).

Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin dan Normahdiah Sheikh Said. (2014).

Kekeliruan Jati Diri Punca Bahasa Bercampur Aduk dalam Jurnal Bahasa Jilid 14(1), 134-158.

Page 126: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

126

PENILAIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aliza Abdul Manan

Unit Peperiksaan dan Penilaian

PENDAHULUAN

Dalam pendidikan, istilah penilaian merujuk kepada pelbagai kaedah atau alat yang

digunakan oleh pendidik untuk menilai, mengukur, dan mendokumentasikan kesediaan

akademik, kemajuan pembelajaran, pemerolehan kemahiran, atau keperluan pendidikan

pelajar agar keputusan yang tepat boleh dibuat. Penilaian juga merupakan satu proses

mengumpul maklumat untuk membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkem-

bangan, penguasaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Menurut Stufflebeam

(1985), penilaian ialah proses untuk menggariskan sempadan, memperoleh dan menye-

diakan maklumat berguna untuk menilai keputusan alternatif. Menurut Sudjnana (1989)

pula, penilaian adalah satu tindakan atau kegiatan untuk melihat sejauh mana tujuan

tujuan instruksional telah dapat dicapai atau dikuasai oleh pelajar dalam bentuk hasil-

hasil pelajar yang diperlihatkannya setelah mereka menempuh pengalaman belajarnya.

KEPENTINGAN PENILAIAN

Penilaian dalam pendidikan seharusnya mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran;

pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran; dan matlamat ke arah mencapai hasil

pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga merupakan suatu proses mendapatkan

maklumat berguna sekaligus menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan

pembelajaran. Pelaksanaan proses penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa dan

selepas proses pengajaran berlangsung.

Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa penilaian melibatkan aspek pengujian, pen-

gukuran, penganalisisan dan merumuskan data yang diperoleh. Mok Soon Sang (2009)

menyatakan bahawa tujuan pelaksanaan penilaian dalam pendidikan adalah seperti beri-

kut: 1) Mendapatkan maklum balas berkaitan;

Page 127: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

127

∙ Pencapaian pelajar terhadap hasil pembelajaran yang telah ditetapkan sebe-

lum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

∙ Keberkesanan kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan oleh pendidik terhadap pelajar-pelajarnya.

2) Mengenal pasti perbezaan individu pelajar dari aspek fizikal dan mental melalui

pencapaian mereka dalam penilaian yang dilaksanakan.

3) Merekod dan mengumpul maklumat pencapaian pelajar di dalam buku rekod atau

fail pelajar.

4) Mengenal pasti, memilih dan membina struktur kurikulum yang sesuai dengan

perkembangan semasa pelajar secara amnya.

5) Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baharu.

FUNGSI PENILAIAN

1) Sebagai alat untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar. Penilaian dalam

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan membolehkan pendidik mengesan

kekuatan dan kelemahan pelajar di dalam kelas.

2) Mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan kaedah pengajaran yang

digunakan.

Penilaian yang dijalankan melalui ujian-ujian tertentu akan membantu pendidik untuk

menilai keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan dalam satu-satu proses pem-

belajaran. Hal ini penting bagi membolehkan pendidik mendapatkan maklum balas kes-

esuaian kaedah yang digunakan berdasarkan tahap pengetahuan pelajar pada masa terse-

but. Kaedah pengajaran yang digunakan perlulah bersesuaian dengan tahap pengetahuan

pelajar agar objektif pembelajaran dapat dicapai.

Page 128: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

128

3) Menilai prestasi dan kemajuan pelajar

Penilaian yang dijalankan boleh mengesan tahap prestasi dan kemajuan pelajar melalui

ujian-ujian yang dijalankan. Ujian formatif yang dijalankan sepanjang tahun atau ujian

sumatif yang dijalankan pada akhir sesi akademik akan memberi maklumat prestasi dan

kemajuan pelajar.

4) Membolehkan pendidik membuat klasifikasi tahap kebolehan

Penilaian yang dijalankan secara berterusan akan dapat memberi ruang kepada pendidik

untuk membuat kategori dan klasifikasi tahap kebolehan dan kemahiran pelajar. Hal ini

penting kerana pencapaian pelajar akan menjadi rujukan kepada pendidik untuk membina

klasifikasi pelajar mengikut tahap pencapaian sama ada pada tahap lemah, tahap seder-

hana, atau tahap baik. Oleh yang demikian, pada pembelajaran selanjutnya, pendidik

dapat merangka satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap-tahap tersebut.

SKOP PENILAIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1) Kognitif

Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif pelajar. Pendidik

perlu menilai sejauh mana berlaku perkembangan intelek atau peningkatan aspek penge-

tahuan pelajar. Ini adalah kerana objektif pembelajaran perlu dicapai pada setiap akhir

pembelajaran. Oleh sebab itu, pendidik perlu mengukur tahap kefahaman pelajar ter-

hadap sesuatu tajuk pembelajaran dengan menilai perkembangan intelek mereka.

2) Afektif

Penilaian ini meliputi aspek perasaan pelajar yang merangkumi perkembangan minat,

motivasi, rohani, dan emosi pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang

dilalui. Pelajar akan melalui pelbagai pengalaman sepanjang proses pembelajaran.

Penilaian yang dilakukan oleh pendidikan akan dapat mengesan sejauh mana perkem-

bangan afektif pelajar berlaku.

Page 129: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

129

3) Psikomotor

Penilaian ini meliputi aspek perkembangan sikap dan tingkah laku pelajar hasil daripada

proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui. Semasa proses pembelajaran, pelajar

akan didedahkan dengan pelbagai perkara menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang

berbeza. Oleh itu, penilaian terhadap perkembangan psikomotor pelajar ini penting bagi

menilai tindak balas positif pelajar sama ada dalam bentuk tingkah laku atau sikap sema-

sa proses pembelajaran.

KESIMPULAN

Penilaian memainkan peranan yang penting dalam penambahbaikan pengajaran dan

pembelajaran guru dalam bilik darjah. Penilaian perlu dilakukan dengan sempurna dan

berkesan untuk menentukan kualiti pelajar yang dilahirkan hasil pengajaran dan pem-

belajaran di semua peringkat pengajian. Hasil penilaian juga sangat bergantung kepada

jenis-jenis ujian yang dikendalikan di samping aspek kesahan dan kebolehpercayaan

ujian. Melalui aktiviti penilaian, pendidik dapat memastikan perkembangan potensi

secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

RUJUKAN

Mok Soon Sang (2009). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar.

Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Stufflebeam, D.L. & Shinkfield, A. J. (1985). Systematic Evaluation. Boston: Kluwer

Nijhoff.

Sudjana, N. (1989). Dasa-dasar Proses Belajar Mengajar. Bandung: Sinarbaru.

Vincent Pang, Dennis Lajium (2014), Penilaian Dalam Pendidikan. Kota Kinabalu:

UMS

3

Page 130: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

130

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERPUSTAKAAN:

CABARAN KEPADA

PROFESION KEPUSTAKAWANAN

oleh

Samsiah Zainuddin

Abstrak

Peranan perpustakaan dan bidang kepustakawanan kini kian mencabar dengan

kewujudan teknologi dan kemudahan terkini seperti Internet. Persoalan utama yang

sering dikemukakan “apakah masih relevan perkhidmatan perpustakaan dan peranan

pustakawan dengan kewujudan dan kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi

maklumat (ICT). Pendekatan sewajarnya perlu diambil bagi memastikan peranan yang

dimainkan oleh perpustakaan dan pustakawan terus relevan dan mendapat perhatian

daripada pengguna. Penggunaan secara maksimum kepelbagaian teknologi yang wujud

perlu dilakukan bagi memastikan tambah nilai terhadap perkhidmatan perpustakaan

dapat dilakukan dan secara tidak langsung menarik minat pengguna perpustakaan untuk

terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan di samping meningkatkan kredibiliti

bidang kepustakawanan secara tidak langsung.

PENGENALAN

Peranan perpustakaan secara umumnya dapat disimpulkan sebagai sebuah agensi yang

bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan maklumat kepada pengguna perpustakaan.

Perpustakaan dan pustakawan merupakan entiti yang bertanggungjawab di dalam

memastikan ketersediaan bahan di perpustakaan. Walau bagaimanapun peranan yang

dimainkan oleh perpustakaan dan pustakawan kini kian berubah dan tidak hanya

tertumpu kepada pengurusan koleksi di perpustakaan. Peranan yang dimainkan kepada

learning organization dengan pustakawan yang bertindak sebagai Information Officer

dan Information Specialist yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan.

Page 131: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

131

CABARAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Dalam usaha menjadikan perpustakaan sebagai organisasi maklumat dan pembelajaran

yang mampu memenuhi keperluan maklumat seluruh penggunanya, pelbagai cabaran

yang dihadapi oleh perpustakaan. Cabaran yang dihadapi dapat dibahagikan kepada 2

(dua) kategori iaitu cabaran dalam dan luaran.

Pentadbiran/ Pengurusan

Cabaran dalaman yang dihadapi perpustakaan dapat dilihat daripada pihak perpustakaan

itu sendiri. Dalam usaha menjadi perpustakaan yang baik, kekangan tertentu daripada

aspek pengurusan/pentadbiran dilihat menjadi penghalang utama. Kejayaan sebuah

perpustakaan memainkan peranannya dalam menyediakan perkhidmatan maklumat yang

cekap dan berkesan pastinya bergantung kepada kerjasama dan sokongan yang diberikan

oleh pentadbiran atau pengurusan. Sokongan pengurusan atasan dalam hal ini dapat

dilihat daripada aspek perhatian yang diberikan terhadap perkhidmatan perpustakaan dan

juga daripada aspek kewangan. Perkhidmatan yang disediakan patut digunakan oleh

pengurusan atasan itu sendiri bagi memberi contoh kepada pengguna perpustakaan yang

lain. Selain itu pengurusan atasan perlu menggalakkan pengguna perpustakaan atau

kakitangan organisasi menjadikan perpustakaan sebagai sebuah institusi yang

dimanfaatkan sepenuhnya dan bukan hanya menggunakan perpustakaan pada masa-masa

tertentu sahaja. Dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan,

perpustakaan memerlukan sumber kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti

dan menyediakan perkhidmatan seperti penyediaan koleksi terkini, langganan pangkalan

data berbayar di samping melengkapkan perpustakaan dengan fasiliti terkini. Suasana

perpustakaan yang menarik dengan kemudahan yang lengkap merupakan antara faktor

yang mampu menarik minat pengunjung untuk ke perpustakaan. Semua ini dapat

dilaksanakan sekiranya sesebuah perpustakaan itu memperoleh peruntukan kewangan

yang mencukupi.

Page 132: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

132

Modal Insan

Sebuah perpustakaan yang cantik dan dilengkapi pelbagai kemudahan terkini tidak ber-

makna sekiranya aspek modal insan tidak diberi penekanan. Sebuah perpustakaan dapat

berperanan dengan baik sekiranya kedua-duanya kemudahan perpustakaan dan modal

insan yang ada dapat digunakan dengan baik. Kemudahan yang disediakan dan teknologi

terkini yang diaplikasikan di sesebuah perpustakaan tidak dapat digunakan sepenuhnya

sekiranya modal insan yang ada tidak berpengetahuan dan berkemahiran. Ilmu dan kema-

hiran merupakan dua aspek penting untuk menjadikan seseorang pustakawan itu berkali-

ber. Ilmu dan pengetahuan dalam pelbagai bidang serta isu-isu semasa mampu membantu

pustakawan dalam melaksanakan peranannya. Umum berpendapat tugasan pustakawan

hanya terhad kepada menyusun buku-buku di perpustakaan. Realiti sebenar adalah ber-

beza. Di negara maju seperti USA dan England, bidang kepustakawanan merupakan bi-

dang yang dipandang tinggi. Persepsi masyarakat terhadap bidang kepustakawanan tidak

berubah kerana sikap pustakawan itu sendiri. Keengganan untuk berubah, kurang ilmu

pengetahuan dan kemahiran serta sikap negatif seperti enggan menghulurkan bantuan,

tidak mesra pengguna membawa kepada persepsi negatif ini. Sifat begini

menenggelamkan professionalism yang ada pada seorang pustakawan yang merupakan

information professional.

Kerenah Pengguna

Tidak semua kehendak dan juga keperluan pengguna dapat dipenuhi oleh sesebuah per-

pustakaan. Kadangkala kerenah pengguna yang pelbagai atau pengguna yang terlalu

cerewet menjadi punca utama kehendak dan keperluan maklumat pengguna perpustakaan

tidak dapat dipenuhi. Manakala kekangan yang dihadapi oleh perpustakaan dalam aspek

kewangan terutamanya menjadi antara punca perkhidmatan yang disediakan oleh per-

pustakaan kurang berkualiti dan tidak memenuhi kehendak pengguna. Peruntukan

kewangan yang terhad menghalang sesebuah perpustakaan dalam menyediakan pengguna

dengan perkhidmatan yang baik. Realiti sebenar dihadapi oleh perpustakaan adalah jauh

berbeza. Perkhidmatan yang disediakan tidak dapat memenuhi kehendak pengguna

disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi di samping kerenah birokrasi yang ka-

dangkala mengakibatkan perjalanan proses (terutamanya dalam aspek perolehan) menye-

diakan perkhidmatan perpustakaan memakan masa yang lama. Di samping itu sesebuah

Page 133: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

133

perpustakaan juga terikat dengan peraturan dan garis panduan yang memberi kekangan

terhadap perpustakaan di dalam usahanya menyediakan perkhidmatan maklumat yang

cekap dan berkesan.

Perpustakaan vs Internet

Perkembangan dalam bidang ICT terutamanya kewujudan Internet menjadi cabaran uta-

ma dalam perkhidmatan perpustakaan masa kini. Generasi kini tidak memandang

perkhidmatan perpustakaan sebagai sesuatu yang masih relevan. Memang benar kita

mampu mendapatkan semua maklumat dengan melakukan pencarian di Internet, tetapi

tanpa kita sedari maklumat yang diperoleh melalui pencarian di Internet adalah terlalu

luas. Hal ini berbeza dengan maklumat yang diperolehi menerusi perkhidmatan per-

pustakaan. Maklumat yang kita ingini lebih lengkap dan menjurus kepada bidang atau

topik yang dipilih. Di sini pustakawan memainkan peranannya dalam membantu pencari-

an maklumat pengguna di mana pustakawan akan menggunakan teknologi terkini iaitu

pencarian maklumat menerusi Internet dan sumber maklumat perpustakaan yang lain un-

tuk memenuhi permintaan penggunanya.

Promosi & Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan

Hebahan makluman menerusi medium elektronik seperti e-mel berkaitan perkhidmatan

perpustakaan, koleksi terkini, dan juga perkongsian maklumat (artikel, laman web yang

mempunyai nilai ilmu) antara kaedah yang digunakan oleh perpustakaan dalam aktiviti

promosinya. Di samping menggunakan kaedah terkini, perpustakaan juga masih

mengekalkan kaedah promosi lama seperti edaran risalah dan brosur berkenaan per-

pustakaan, membuka kaunter pendaftaran keahlian semasa berlangsungnya program jab-

atan, penganjuran program perpustakaan seperti hari terbuka/bersama perpustakaan, pro-

gram ilmiah seperti ceramah dan lain-lain lagi. Aspek tren pengguna masa kini seperti

pengguna yang cenderung memilih kepada sumber maklumat yang diperoleh daripada

sumber Internet perlu diberi penekanan dalam penyediaan perkhidmatan perpustakaan.

Menerusi analisis dan pemerhatian yang dijalankan, perpustakaan seterusnya boleh men-

gadaptasi marketing strategies yang bersesuaian untuk mempromosi perkhidmatan yang

disediakan.

Page 134: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

134

Di samping marketing, perpustakaan juga perlu mementingkan aspek public relation

(PR) dalam aspek pengurusannya. PR yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan per-

pustakaan boleh dikategorikan kepada 2 (dua) aspek utama iaitu PR perpustakaan dengan

pihak pentadbiran/pengurusan dan PR perpustakaan dengan penggunanya. PR yang baik

dengan pihak pentadbiran/pengurusan memudahkan perpustakaan di dalam urusan pen-

tadbiran dan kewangannya. Manakala PR yang baik di antara perpustakaan dan penggun-

anya memastikan perpustakaan itu terus mendapat sokongan daripada pengguna yang

amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan (PR) yang diberikan. PR yang baik

menggamit pengguna untuk kembali menggunakan perkhidmatan yang diberikan oleh

perpustakaan.

KESIMPULAN

Tidak ada perkara yang dapat dilakukan dengan mudah. Setiap perkara yang dilakukan

pastinya menghadapi cabaran dan daripada cabaran itulah wujudnya kemanisan atau val-

ue dalam setiap perkara yang dilakukan. Begitulah juga dengan perkhidmatan per-

pustakaan. Semakin banyak cabaran yang dihadapi menjadikan perkhidmatan per-

pustakaan yang disediakan lebih bernilai.

PENUTUP

Peranan yang dimainkan oleh profesional bidang kepustakawanan amat penting dalam

menghadapi cabaran ini. Perkhidmatan perpustakaan tidak seharusnya mati. Ia sebaliknya

perlu terus hidup dan terus menambah value perkhidmatan yang diberikan dengan senti-

asa mengadaptasi kewujudan teknologi terkini dengan perkhidmatan yang disediakan. Di

samping itu, profesional bidang ini juga perlu terus berusaha menghadapi apa juga caba-

ran dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang cekap dan berkesan tidak kira

cabaran itu datang faktor manusia, teknologi mahupun peraturan dan garis panduan. Hal

ini amat penting bagi memastikan profesion kepustakawanan dapat diteruskan dan

mengelakkan perkhidmatan perpustakaan menjadi tidak relevan dan diambil alih oleh

perkembangan teknologi.

Page 135: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

135

RUJUKAN

Credaro, A.B. The Relationship between School Libraries and Academic Achievement:

Now We’ve Got the Internet, Why Do We Still Need Libraries. Worriorlibrarian.

2002. Retrieved from http://www.warriorlibrarian.com/RESEARCH/

libresearch.html.

De Sa’ez & Eileen, E. (2002). Marketing Concepts for Libraries and Information Ser-

vices. 2nd ed. London: Facet Publishing.

Irma Indayu Omar. (2005). Panduan mengurus perpustakaan. Bentong, Pahang: PTS

Pub.

Kessler, D. (2010). Library Marketing: The Next Big Challenge for Content Marketing.

Content marketing Institute. Retrieved from http://

www.contentmarketinginstitute.com/2010/07/merchandising-your-content-library

-the-next-big-challenge/.

Mohamad Nazri. (2009). Internet dan Cabaran kepada Perkhidmatan Perpustakaan. Re-

trieved from http://www.scribd.com/doc/23877476/Internet-Dan-Cabaran-Kepada

-Perkhidmatan-Perpustakaan.

Page 136: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

136

Mengapa praktikum penting untuk cikgu-cikgu pelatih di IPG

Hartini Kana

Unit Praktikum

Perkataan praktikum tidak asing lagi bagi cikgu-cikgu pelatih yang menuntut di IPG.

Praktikum merupakan sebahagian dari pengajaran yang bertujuan untuk menguji dan

melaksanakan kefahaman guru-guru pelatih terhadap sesi pembelajaran dalam keadaan

nyata.

Saya akan menghuraikan mengapa praktikum begitu penting untuk dilaksanakan kepada

guru-guru pelatih sebelum mereka mengajar dalam keadaan sebenar setelah tamat

pengajian kelak. Kepentingan praktikum yang utama ialah untuk membantu guru pelatih

mendidik kesabaran, daya usaha dan ketahanan fizikal dan mental dalam membentuk

mereka menjadi guru yang berkualiti.Selain itu praktikum juga membantu meningkatkan

semangat dan mengurangkan rasa rendah diri dalam setiap diri guru pelatih. Dengan ini,

sekaligus dapat membantu kestabilan emosi mereka kerana melalui praktikum mereka

akan didedahkan kepada pengalaman sebenar profesion perguruan.

Selain itu melalui praktikum juga memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk prak-

tikkan perancangan jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum. Guru pelatih juga dapat

berkomunikasi dan berbincang secara langsung dengan pihak pengurusan sekolah agar

dapat menjalinkan hubungan secara professional. Pendedahan kepada keadaan sebenar

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat membuka minda guru pelatih untuk

mengendalikan keadaan yang sulit ketika pnpc. Hal ini akan memberi pengalaman bagi

setiap guru pelatih agar boleh dijadikan pengajaran kepada diri masing-masing dan mem-

bolehkan mereka untuk berfikir secara rasional dan matang untuk menghadapi segala

kesulitan ataupun apa apa situasi di masa depan.

Page 137: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

137

Program praktikum haruslah dijalankan dengan berkesan agar mempunyai impak yang

besar kepada kualiti guru pelatih antaranya ialah untuk memastikan guru pelatih men-

guasai sepenuhnya aspek pedagogi pengajaran, mewujudkan iklim pembelajaran yang

kondusif serta dapat mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi serta dapat mem-

buktikan IPG berupaya melahirkan guru yang benar-benar berkualiti dan berkompeten.

Akhir kata, sebagai guru pelatih anda haruslah menyedari fokus utama yang perlu diberi-

kan perhatian lebih lagi dalam aspek pedagogi pengajaran yang meliputi perancangan

pengajaran, pelaksanaan pengajaran, sikap dan sahsiah diri dan nilai profesionalisme

keguruan.

Rujukan;

Bahagian Sekolah Harian (2015). Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan

dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menrngah. KPM. Selangor

Page 138: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

138

PENGERTIAN DI SEBALIK PENGHIJRAHAN

Zanariah binti Sipon

Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Pembukaan pengoperasian IPG Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek, Negeri

Sembilan bermula pada tahun 2013. Pejabat Unit Latihan Dalam Perkhimatan (ULDP)

berada di Blok A, Blok Pentadbiran di Aras 2 sementara bilik-bilik latihan berada di Blok

D, Blok Akademik di Aras 1. Memandangkan pejabat ULDP dan tempat latihan yang

terpisah agak jauh, menyukarkan urusan pentadbiran, maka pada tahun 2015, pejabat

ULDP telah berpindah ke Blok D, agar urusan pentadbiran berjalan lebih lancar. Alham-

dullillah, sepanjang lima tahun di situ, perjalanan pentadbiran berjalan dengan baik.

Memandangkan IPGKPT menerima jumlah pelajar yang semakin ramai, maka kelas-

kelas akademik perlu diperbanyakkan. Oleh itu, tercetuslah idea oleh Tn Pengarah, En.

Romai Noor bin Rabbu untuk mengklusterkan Blok Akademik untuk pra-perkhimatan

sementara bangunan di Teknik dan Vokasional (TVET) untuk dalam-perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, pejabat dan bilik latihan ULDP telah berpindah daripada Blok

Akademik ke Blok TVET pada bulan Oktober 2020. Tujuan penghijrahan ini, lain tidak

bukan, adalah untuk memperkasakan ULDP, khasnya dan IPGKPT, amnya. Idea untuk

membezakan perkhidmatan iaitu perkhidmatan kepada pra-perkhidmatan dan dalam

perkhidmatan di blok-blok yang berlainan adalah idea yang bernas.

Struktur pengkhususan boleh dibahagikan kepada 4 jenis; iaitu pengkhususan mengikut

profesion, pengkhususan mengikut proses, pengkhususan mengikut kawasan dan

pengkhususan antarabangsa. Menurut Ketels (2020) menyatakan pengkhususan mengikut

kawasan menimbulkan senang tafsiran yang juga dikenali sebagai kluster. Pengkhususan

mengikut kluster ini diharap dapat meningkatkan lagi keupayaan dalam mendepani caba-

ran-cabaran mendatang sama ada dari segi ekonomi dan produktiviti.

Page 139: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

139

Perpindahan atau hijrah ini banyak mengajar kami, staf di ULDP secara langsung serta

tidak langsung. Hijrah memerlukan ketahanan fizikal, mental dan rohani yang tinggi.

Apabila kita sudah berada di sesuatu tempat yang selesa dan kita perlu berpindah, ia me-

merlukan perubahan paradigma dan memerlukan pemikiran yang positif agar dapat

mendepani cabaran yang mendatang. Langkah-langkah yang perlu diambil ialah per-

muafakatan antara ahli-ahli dalam unit di mana ia perlu dibincangkan dalam mesyuarat

agar perancangan yang teliti dapat dibuat. Selain daripada perancangan yang teliti, sifat

sabar dan semangat kekitaan yang tinggi perlu ada.

Perpindahan ini memerlukan iltizam yang tinggi, baik di pihak ULDP dan di pihak

TVET. Penerimaan baik oleh pihak TVET di atas perpindahan amatlah dihargai. Ucapan

terima kasih diucapkan kepada KJ TVET, Dr. Wan Ameeran bin Wan Mat dan seluruh

staf TVET di atas penerimaan ini. Kerjasama yang padu di antara ULDP dan TVET su-

dah lama termeterai apabila kursus-kursus anjuran bersama dijalankan. Pihak TVET ber-

murah hati menyediakan prasarana yang selesa kepada ULDP. Saya melihat kerjasama

erat ini terbentuk adalah untuk kebaikan kampus ini.

Sebelum perpindahan ini berlaku, idea-idea dari staf ULDP untuk menyusun atur pejabat

dibuat dengan teliti kerana struktur bangunan amat berbeza, di mana di Blok D, banyak

dinding untuk melekatkan papan-papan maklumat pengoperasian ULDP sementara di

Blok TVET, pula banyak tingkap. Perubahan gaya penyampaian perlu berbeza untuk me-

nyesuaikan keadaan fizikal yang berbeza. Menurut K. Chandrasekar (2011) menyatakan

tentang kepentingan tempat kerja yang kondusif untuk meningkatkan motivasi dan

produktiviti pekerja. Oleh itu, penyusunan aset-aset sedia ada perlu difikirkan semula

kerana keadaan fizikal bangunan yang berbeza. Perbezaan pendapat dalam menyusun

atur aset, tanda tempat oleh pihak ULDP dan PTV juga perlu ditangani dengan semangat

kekitaan. Ianya bukanlah suatu perkara yang mudah apabila kita perlu menyesuaikan

dengan keadaan setempat.

Page 140: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

140

Semasa pandemik Covid19, studio rakaman LDP telah diwujudkan bagi memenuhi tuntu-

tan latihan secara dalam talian. Selain berkursus menggunakan apps Google Meet, Zoom

dan Skype, salah satu cara untuk menjaga kualiti penyampaian latihan adalah melalui

rakaman persembahan. Satu bilik telah dibuat khas untuk tujuan tersebut. Namun

peralatan studio perlu ditambahbaik agar satu studio rakaman yang berkualiti di-

wujudkan. Selain memerlukan talian internet yang stabil, pemilihan perabot yang betul

juga perlu agar proses rakaman dan siaran lancar.

Besarlah harapan dan cita-cita kami, agar pada masa hadapan ULDP IPGKPT akan dapat

bangunan khas yang lengkap dengan fasiliti studio-studio rakaman dan siaran, bilik-bilik

seminar bersaiz kecil, sederhana dan besar dengan alatan persembahan digital terkini, ru-

ang makan dan solat yang selesa serta ruang laman yang luas untuk aktiviti fizikal. Semo-

ga ULDP IPGKPT dapat memperkasakan latihan yang berkualiti untuk warga pendidik

bukan sahaja untuk kampus ini malah lebih jauh lagi di peringkat Malaysia, khasnya dan

di peringkat antarabangsa amnya.

Rujukan:

Ketels, Christian H.M. (2020), Cluster Presence & Economic Performance : A New

Look Based

on European Data, Retrived from https://www.researchgate.net/publication

343558224

K.Chandrasekar (2011), Workplace Environment and Its Impact On Organisational Per-

formance

In Public Sector Organisations, International Journal of Enterprise Computing &

Business System (Online), Retrived from https://www.ijecbs.com/January2011/

N4Jan2011.pdf

Page 141: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

141

PADEMIK COVID-19: PEMBUANGAN KERJA DAN KESAN TERHADAP

KESIHATAN MENTAL

Pn. Fatmawaty bt Mohammad Yusuf ; Amirah Binti Rosdi

Unit Psikologi dan Kaunseling IPGKPT

Gambar Sekadar Hiasan

Kini, krisis wabak Pendamik Covid-19 telah menjejaskan banyak perkara bukan sahaja

di Malaysia, malah di seluruh dunia sama ada entiti pemerintahan sesebuah negara,

sektor perniagaan, individu dan masyarakat. Dalam berdepan dengan wabak ini, Malay-

sia turut terkesan secara langsung apabila kerajaan telah membuat keputusan untuk

melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu. Menurut

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena sambutan

Hari Pekerja baru-baru ini, negara telah mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion sehari

yang menjadikan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM63 bilion

sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Impak negatif ekonomi ini telah banyak menjejaskan sektor perniagaan khususnya sektor

pengangkutan udara, pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Me-

mandangkan negara kini berhadapan gelombang ketiga penularan Covid-19 dengan cata-

Page 142: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

142

tan kes harian yang tinggi sejak kebelakangan ini, kemungkinan kerisauan masyarakat

akan kembali untuk menghadapi tekanan, gangguan emosi serta kemurungan. Mungkin

ada yang mengatakan negara kita pernah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) selama tiga bulan, dan untuk melaluinya sekali lagi dalam tempoh pendek ia tidak

menjadi masalah. Namun, cabaran

ekonomi yang dilalui ramai pihak sebelum ini membuktikan bahawa tidak semua mampu

untuk mengharunginya sekali lagi.

Statistik Kadar pengangguran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Page 143: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

143

Sumber daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020

Berdasarkan statistik, jumlah pengangguran meningkat 17.1 peratus kepada 610.5 ribu

orang berbanding 521.3 ribu orang bulan yang sama tahun 2019. Kadar pengangguran

pada bulan Mac 2020 meningkat kepada 3.9 peratus, tertinggi semenjak Jun 2010

(3.6%). Kadar pengangguran yang tinggi pada Mac 2020 dipengaruhi oleh impak negatif

PKP ke atas pasaran buruh. Kadar pengangguran (pelarasan musim) pada Mac 2020 juga

meningkat kepada 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Bukan itu sahaja, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul

Halim Mansor berkata, pekerja hotel adalah antara yang paling teruk terjejas dengan ada

dipotong gaji, dipaksa bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan lebih

teruk lagi terus dibuang kerja. Beliau difahamkan lebih 30,000 orang di dalam industri

perhotelan di seluruh negara hilang pekerjaan, lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji dan

lebih 6,000 pekerja dipotong gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup

Peningkatan Masalah Kesihatan Mental Semasa Gelombang Ketiga dalam Ka-

langan Pekerja

Page 144: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

144

Gelombang ketiga menyaksikan begitu tinggi kes harian tercatat sehingga ianya

mempengaruhi ekonomi semasa. Menurut sumber Harian Metro bertarikh 1 jun 2020,

telah melaporkan seorang bekas juruterbang maut selepas bertindak terjun dari unit kon-

dominiumnya di Puchong, Selangor, akibat tekanan kerana hilang pekerjaan dan punca

pendapatan. Tekanan kehilangan pekerjaan ini juga melanda seorang tukang masak di

Taman Berjaya, Simpang Renggam, Johor, yang membunuh diri dengan menggantung

dirinya akibat diberhentikan kerja. Laporan-laporan sebegini bukanlah bertujuan

menakutkan mana-mana pihak, namun perkara ini menjadi penanda aras tekanan yang

bakal dihadapi masyarakat jika wabak ini tidak dapat diatasi dengan cepat mungkin.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini juga tular kisah seorang lelaki yang dikatakan terpaksa

berbohong kepada isterinya bahawa dia keluar bekerja sedangkan realitinya, sudah tiga

bulan lalu dia diberhentikan kerja sewaktu tempoh pelaksanaan PKP. Lelaki tersebut

dikatakan telah diberhentikan kerja tanpa notis berikutan pandemik COVID-19 dan kini

melakukan kerja-kerja biasa bagi menampung perbelanjaan harian. Perkara sebegini be-

gitu berat sekali mata memandang namun, bahu yang memikul juga pastinya tidak terta-

han dek bebanan yang begitu dasyat sekali untuk dihadapi. Perkara sebegini dibimbangi

mempengaruhi kesihatan mental pekerja, majikan dan khususnya kepada masyarakat

yang mana kita faham semakin menongkah zaman, semakin tinggi kos sara hidup yang

terpaksa kita tanggung.

Langkah Meningkatkan Kesedaran Terhadap Penjagaan Kesihatan Mental dalam

Kalangan Masyarakat

Isu kesihatan mental perlu dibincangkan secara terbuka dan menjadi isu yang sangat

penting diberi perhatian terutama apabila ianya melibatkan tahap kesihatan diri masyara-

kat. Sebagai langkah meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat berhubung pen-

jagaan kesihatan mental, peranan pengamal profesional dalam bidang kaunselor, pakar

psikiatri, psikologi klinikal, pekerja sosial perlu diiktiraf bagi meningkatkan kualiti pen-

yampaian khidmat psikologi dan kaunseling. Hal ini kerana, kesihatan dan keselamatan

pekerja bukan hanya bergantung kepada aspek fizikal semata-mata bahkan melibatkan

aspek psikologi yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerja. Hal ini akan memban-

tu individu meluahkan dan mencari jalan penyelesaian secara bersama untuk berdepan

dengan situasi yang dihadapi disamping mendapatkan kembali kesejahteraan psikologi

semasa covid ini. Contohnya jika pekerja mempunyai masalah kesihatan mental seperti

Page 145: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

145

burn out, stres yang tidak terkawal, ia akan memberi kesan langsung kepada kesihatan

fizikal mereka.

Bukan itu sahaja, majikan perlu bersikap prihatin dan melaksanakan intervensi kesihatan

mental dalam kalangan pekerja kerana terdapat juga pekerja yang mengalami masalah

kesihatan mental akibat perhubungan antara pekerja dan majikan selain daripada isu

keluarga. Malah, organisasi juga perlu untuk membantu mengekang isu kesihatan peker-

ja dengan menubuhkan ‘Kumpulan Rakan Pembimbing’ yang terlatih di tempat kerja

untuk membantu mengekang isu berkenaan di tempat kerja sekaligus mempamerkan

keprihatinan majikan dalam menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja

mereka.

SUMBER RUJUKAN

Harian Metro, 2020. 30,000 Hilang Kerja, 10,000 Dicutikan. Dicapai pada 10 September

2020 daripada https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/584580/30000-hilang kerja-

10000-dicutikan

Hamka Rosli, 2020. Cabaran Kesihatan Mental Pekerja, Majikan Dalam Mengharungi

Gelombang Ketiga COVID-19. Dicapai pada 10 September 2020 daripada https://

www.koolfm.com.my/koolhiburan-cabaran-kesihatan-mental-pekerja majikan -dalam-

mengharungi-gelombang-ketiga-covid-19/

Mohd Uzir Mahidin, 2020. Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, Mac 2020. Jabatan

Perangkaan Malaysia

Page 146: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

146

IMPLIKASI PEMBELAJARAN ATAS TALIAN KE ATAS PELAJAR

SEMASA PANDEMIK COVID-19

Pn Fatmawaty bt Mohammad Yusuf; Nur Amalia Amani bt Saidin

Unit Psikologi dan Kaunseling IPGKPT

Gambar 1: Gambar Hiasan

Menurut Dr Ehwan Ngadi (2020), pada Januari 2020 Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) telah mengisytiharkan situasi pandemik akibat penularan sejenis virus baharu

jenis Korona yang menyebabkan wabak COVID19. Selaras dengan pengisytiharan wa-

bak ini, semua negara telah menutup semua sektor termasuklah sektor pendidikan.

Langkah penutupan sektor pendidikan ini menyebabkan semua sekolah dan pusat

pengajian tinggi ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak yang berbahaya ini.

Akibatnya, proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka yang telah diamalkan

sejak zaman dahulu lagi secara terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP).

Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah menuntut seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menjalan-

kan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian. Dalam usaha untuk

memastikan semua pelajar tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran, kelas secara

atas talian telah

digunakan sebagai opsyen mengajar oleh warga pendidik. Pelbagai kegusaran yang tim-

Page 147: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

147

bul apabila ingin melaksanakan kaedah pembelajaran secara atas talian ini. Hal ini

demikian kerana, ada pelajar yang tidak mempunyai gajet atau telefon pintar peribadi,

ada yang tidak mempunyai data internet yang mencukupi dan ada pula yang tidak

mempunyai capaian internet langsung. Bagi pendidik pula, wujud kesangsian dalam

menggunakan platform digital manakah yang sesuai untuk

dijadikan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Wa-

laubagaimanapun, terdapat pelbagai aplikasi atau platform digital yang bersesuaian boleh

digunakan seperti Whatsapp, Google Classroom, Webex, Zoom dan sebagainya untuk

meneruskan aktiviti PdP meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang diarahkan oleh kerajaan

Rajah 1: Penggunaan ICT oleh individu di Malaysia tahun 2018 dan tahun 2019

Menurut Nur Fauziana (2020), statistik penggunaan ICT oleh individu di Malaysia yang

dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan peratusan

penggunaan internet oleh individu iaitu sebanyak 3% daripada 81.2% pada tahun 2018

kepada 84.2% pada tahun 2019. Peratusan bagi penggunaan komputer oleh individu juga

menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6% daripada 70.5% pada tahun 2018 kepada

72.1% pada tahun 2019. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit oleh individu masih

kekal sebanyak 97.9% pada tahun 2018 dan 2019. Daripada statistik yang ditunjukkan,

Page 148: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

148

ianya jelas bahawa sekurang-kurangnya sebanyak 70% individu di Malaysia

menggunakan ICT dalam kehidupan mereka samada menggunakan internet, computer,

atau telefon bimbit. Oleh hal demikian, PdP secara atas talian adalah medium kedua ter-

baik untuk memastikan kesinambungan proses pembelajaran sewaktu pandemik COVID-

19 yang sedang melanda negara.

KEBOLEHCAPAIAN

KEMUDAHAN INTERNET

PENGURUSAN EMOSI ATAS TALIAN

SUASANA

PEMBELAJARAN TIDAK

KONDUSIF

Rajah 2: Implikasi Pembelajaran Atas Talian ke atas Pelajar Semasa Pandemik

Covid-19

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian ini telah menjadi cabaran besar

kepada pelajar. Tiga implikasi yang dikenalpasti menjadi cabaran kepada pelajar iaitu

kebolehcapaian kemudahan internet, pengurusan emosi, serta persekitaran pembelajaran

yang kurang kondusif.

Menurut Dr Hasnah (2020), kebolehcapaian kemudahan internet menjadi salah satu

cabaran utama dalam menjalani pembelajaran secara atas talian oleh pelajar. Pembelaja-

ran semestinya mewajibkan untuk semua pelajar mempunyai data dan capaian kemu-

dahan internet. Oleh hal demikian, pelajar perlu membeli perisian terkini untuk

mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf

ke internet berkelajuan tinggi. Pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar secara

atas talian berkemungkinan akan terkesan kerana kekurangan kemudahan akses internet

berbanding dengan mereka yang mampu membeli segala perisian serta internet berke-

lajuan laju. Malah, menjadi kebimbangan kepada pelajar apabila mereka tinggal di kawa-

san yang kurang mendapat liputan internet. Oleh itu, mereka akan ketinggalan minit-

Page 149: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

149

minit tertentu sepanjang pembelajaran atas talian berlangsung.

Selari dengan norma baharu, pembelajaran secara atas talian merupakan medium terbaik

bagi kesinambungan pembelajaran yang dapat digunakan sepanjang tempoh PKPB ini.

Komitmen dan sokongan tidak terhingga ibu bapa amat diperlukan dalam membantu

pelajar menjalani pembelajaran atas talian dengan penuh bermotivasi. Ibu bapa juga per-

lu memahami norma baharu pendidikan, memberikan ruang kepada anak-anak

menghadiri kelas atas talian serta turut

memantau sesi pembelajaran. Usaha luar biasa ini tidak terkecuali memerlukan komitmen

pelajar yang tidak berbelah bahagi. Penglibatan pelajar dalam kelas atas talian ini bukan

sahaja sekadar mendengar celoteh pendidik, tetapi memberikan respons serta menyiap-

kan tugasan yang diberikan. Sekiranya pelajar tidak memberikan komitmen secukupnya,

ia seakan ‘bertepuk sebelah tangan’, manakan jadi ilmu yang dihulurkan bersambut

kepada pelajar. Jelas bahawa keupayaan

memberikan khidmat pendidikan yang terbaik kepada murid semasa wabak COVID19 ini

memerlukan usaha dan tenaga yang luar biasa daripada semua pihak, ibu bapa, pendidik

dan pelajar.

Namun begitu, peranan yang sama-sama dapat membantu pelajar sepanjang menjalani

pembelajaran atas talian adalah kaunselor iaitu dengan mewujudkan kaunseling khas di

institusi pendidikan. Platform ini perlu diwujudkan dan diuar-uarkan kepada pelajar bagi

membolehkan mereka menghubungi pegawai kaunseling yang bertugas sekiranya mere-

ka memerlukan bantuan

atau mengalami ketidakstabilan emosi. Sokongan kaunseling amat diperlukan semasa

perintah kawalan pergerakan ini selain membantu murid berdepan dengan norma baharu

pembelajaran. Kesimpulannya, Pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan yang

mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mereka terpaksa membiasakan diri

mereka melakukan aktiviti yang di luar norma kebiasaan mereka. Kita semua tidak tahu

bilakah COVID-19 akan hilang, tetapi adalah menjadi tanggungjawab semua pihak un-

tuk memastikan virus ini tidak terus tersebar. Para pelajar terutamanya, perlu bijak men-

guruskan masa, emosi, dan kesihatan agar pembelajaran mereka tidak terganggu dan me-

manfaatkan teknologi yang ada untuk peningkatan akademik mereka.

RUJUKAN

Page 150: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

150

Dr Ehwan, N. (2020, August 05). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembela-

jaran Atas Talian. Retrieved November 23, 2020, from https://

www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19- implikasi-pengajaran-dan-

pembelajaran-atas-talian/

Dr Hasnah, H. (2020, September 2). Kesan Covid-19 Kepada Pelajar UMP: Satu

Kajian Ringkas. Retrieved November 23, 2020, from http://news.ump.edu.my/

experts/kesan-covid-19-kepada pelajar-ump-satu-kajian-ringkas

GPS Bestari (Ed.). (2020, April 17). Akses internet terhad antara cabaran bela-

jar, mengajar dalam talian. Retrieved November 23, 2020, from

https://www.gpsbestari.com/berita/kuala-lumpur/akses-internet-terhad-

antara-cabaran belajar-mengajar-dalam-talian-1.934103

Mohd Salleh, Nor. (2020). PANDEMIK CORONAVIRUS (COVID-19): PEM-

BELAJARAN DAN PENGAJARAN SECARA ATAS TALIAN SUATU

KEPERLUAN DI MALAYSIA.

TVET Institution and Consultation (Ed.). (2020, June 24). Cabaran Pembela-

jaran Online - Cadangan Mengatasinya: Program URise. Retrieved November

23, 2020, from http://jpkmalaysia.com/cabaran-pembelajaran-online-

cadangan-mengatasinya/

Page 151: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

151

CABARAN PENDIDIKAN ERA PANDEMIK COVID-19

Lai Peh Ming

Pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ini telah mengakibatkan seramai

1.5 bilion orang pelajar daripada lebih 165 buah negara tidak dapat meneruskan

persekolahan akibat daripada penutupan sekolah. Tindakan penutupan sekolah untuk

membendung COVID-19 daripada penularan telah diambil oleh Malaysia setelah

mendapati peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak. Dalam situasi sebegini,

penutupan sekolah akibat COVID-19 yang berpanjangan ini akan memberi impak yang

negatif kepada sistem Pendidikan Malaysia. Persoalannya, apakah yang akan berlaku

kepada pendidikan kanak-kanak Malaysia dan bagaimana pelbagai pihak boleh memban-

tu dengan pembelajaran mereka sepanjang pandemik COVID-19 ini?

Antara perubahan yang nyata adalah penukaran pendekatan pengajaran konvensional

terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Proses pembela-

jaran telah digantikan dengan pembelajaran atas talian (e-learning). Perubahan ini telah

membawa pelbagai cabaran dan kekangan kepada pembelajaran. Antara krisis yang telah

wujud adalah terdapat satu kelompongan besar dalam jurang digital antara murid bandar

dan luar bandar. Hal ini kerana seseorang murid perlu mempunyai akses kepada platform

seperti Google Classroom, Google Meet, Frog VLE dan platform yang lain untuk

mendapatkan pembelajaran atas talian. Dari segi mengakses platform e-learning,

seseorang itu memerlukan sambungan internet dan peranti seperti komputer, komputer

riba, tablet atau telefon pintar. Akan tetapi, masalah kekurangan peranti dan ketidakstabi-

lan internet telah menjadi halangan yang besar dalam merealisasikan kaedah e-learning.

Pernyataan ini telah dibukti oleh Laporan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) yang

menyatakan bahawa dianggarkan 463 juta kanak-kanak berdepan kekurangan kelengka-

pan atau akses elektronik bagi meneruskan pembelajaran jarak jauh. Sebahagian besar

kawasan luar bandar dan pedalaman seperti kampung-kampung Orang Asli di Semenan-

jung Malaysia, Sabah dan Sarawak berdepan masalah capaian internet yang lagi teruk.

Sehinggakan sesetengah kampung ada yang tidak mempunyai akses kepada tenaga el-

ektrik, ataupun penggunaan yang hanya terhad pada waktu malam.

Page 152: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

152

Cabaran yang seterusnya pula adalah ramai lagi guru yang kurang berkemahiran ada-

lam penggunaan digital. Hasil kajian Nor Zaira Razali et al., (2017) telah membuktikan

bahawa masih terdapat guru-guru yang kurang mahir dalam kemahiran Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT) khasnya guru-guru yang berusia. Krisis ini telah me-

maparkan kekurangan sistem pendidikan kita dari segi kesediaan dan amalan penggunaan

digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sebahagian besar guru ada yang ku-

rang berkemahiran dengan ICT dan mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan pengaja-

ran atas talian. Platform-platform atas talian ini dahulu hanya merupakan bahan bantu

mengajar kepada PdP dalam kelas. Kini, platform-platform ini telah menjadi satu-satunya

cara untuk mencapai dan mengajar para pelajar. Oleh yang demikian, para guru terpaksa

menukar dari kaedah pembelajaran secara konvensional iaitu belajar bersemuka kepada

penggunaan digital dengan sepenuhnya pada masa krisis ini. Ini dapat disokong oleh Ket-

ua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang mengakui bahawa penularan pandemik

COVID-19 banyak mengubah proses pengajaran serta pembelajaran yang mana

penggunaan teknologi digital diadaptasi sepenuhnya dalam pendidikan. Pandemik

COVID-19 ini telah memberi peluang guru berjinak dengan pendidikan digital secara tid-

ak langsung.

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian

yang berkesan. Pihak kerajaan perlu mengambil pendekatan yang tepat untuk me-

nyelesaikan masalah yang berlaku akibat krisis pandemik ini. Antara cara penyelesaiann-

ya adalah pengedaran peranti pintar dan meningkatkan akses kepada e-learning. Con-

tohnya, peranti boleh diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau Institut Pendidikan Tinggi

(IPT). PTPTN juga boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu mem-

beli peranti bagi tujuan tersebut. Ini dapat mengurangkan perbezaan jurang digital secara

holistik dan memudahkan pembelajaran murid dari rumah. Wan, Ya Shin. (2020)

menyatakan bahawa bagi mengurangkan jurang digital, banyak negara telah mengambil

langkah seperti mengedarkan peranti-peranti supaya akses kepada kelas atas talian diting-

katkan. Di Finland, beberapa negeri di China, dan Amerika Syarikat, para pelajar

dibenarkan meminjam peranti digital dari pihak sekolah untuk mengakses platform e-

learning. Terdapat juga syarikat-syarikat swasta yang menyumbangkan peranti peranti

kepada kanak-kanak yang memerlukan. Di Malaysia pula, sektor pendidikan yang

menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2021 telah diminta menggunakan seba-

Page 153: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

153

hagian daripada dana itu untuk menyediakan data dan peranti kepada pelajar dalam usaha

membantu mereka dari segi ketersambungan maya terutama bagi murid pedalaman, Sa-

bah dan Sarawak.

Jika meninjau dari sudut yang lain pula, televisyen juga merupakan salah satu

penyelesaian untuk meluaskan capaian pembelajaran digital. Penggunaan televisyen un-

tuk menyiarkan pembelajaran perlu diperluaskan lagi. Berdasarkan kajian penggunaan

dan capaian ICT oleh Individu dan Isi rumah yang dijalankan pada tahun 2019 telah

mendapati bahawa isi rumah yang mempunyai akses yang tertinggi ke televisyen iaitu

97.6% jika berbanding dengan peranti lain yang hanya 71.3% isi rumah mempunyai

peranti komputer. Oleh itu, liputan kepada para pelajar melalui televisyen adalah lebih

luas berbanding platform atas talian. Buat masa sekarang, para pelajar sekolah rendah dan

menengah boleh mengakses pembelajaran atas talian di eduwebtv dan cikgootube. Ber-

mula dari 6 April 2020, Kelas@Rumah telah ditayangkan di televisyen di saluran TV

Okey pada pukul 9 pagi dan 1 tengah hari pada setiap hari. Para guru juga mempunyai

akses tambahan kepada bahan-bahan latihan dan sokongan melalui platform seperti Portal

e-Guru. Ibu bapa dan para pelajar pula boleh mengakses bahan-bahan tersebut me-

lalui eduwebtv dan cikgootube.

Sebagai penutup kata pemanis bicara, segala dasar kerajaan perlu berpandangan jauh ter-

hadap tindak balas pandemik COVID-19 sepanjang tempoh PKP ini. Satu kertas kerja

oleh UNICEF telah mempersoalkan konsep bahawa pendidikan pada waktu kecemasan

ialah satu langkah sementara untuk kembali kepada kebiasaan. Respon dan langkah

jangka pendek diperlukan untuk meneruskan e-learning tetapi perancangan jangka pan-

jang pasca- PKP juga perlu ada. Tidak dapat dinafikan bahawa pandemik COVID-19 ini

merupakan satu pemangkin perubahan pendidikan. Pandemik ini telah mempercepatkan

Revolusi Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran. Sebaliknya, dasar pendidikan harus

dipastikan agar kanak-kanak tidak ketinggalan dan dipinggirkan dalam mengiku-

ti pembelajaran terutamanya golongan murid orang asli, dan murid-murid yang tinggal di

kawasan pedalaman. Kita wajib melindungi pendidikan dan masa hadapan kanak-kanak

sewaktu krisis COVID-19 ini.

Page 154: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

154

Bibiliografi

Berita Harian. (2020). COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat

guru. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/

nasional/2020/05/689322/ covid-19-pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran

-baharu-buat-guru

Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador & Mohd Kasri Saidon. (2017). Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Penggunaan Vle Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah

Menengah. Proceedings of the ICECRS 1(1): 1023–1032.

Wang, Y. (2020). The Practices of Chengdu. Retrieved from UNESCO Institute for Life-

long Learning:https://uil.unesco.org/system/les/chengdu_presentation_0401.pdf

Page 155: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

155

Wira di Barisan Hadapan

Chan Mun Syuen

Saya tidak tahu nama kalian,

Tapi saya melihat kalian berdiri tegak, menongkah arus,

di tsunami COVID-19.

Kalian hampiri kawasan berpuaka,

Menyelamatkan mereka yang nyawa-nyawa ikan,

Menyembuhkan pesakit yang parah,

Menjadi panji yang tidak akan pernah tumbang,

Kalian retrograde yang paling dikagumi di bumi.

Saya tidak tahu nama kalian,

Tapi saya tahu kalian berselisih dengan ajal,

Selagi ada pesakit, pasti ada angka letih kalian,

Topeng muka, sarung tangan , pakaian PPE menjadikan peluh kalian meruap-ruap,

Kalian retrograde yang paling berani,

Kalian adalah wira yang paling anggun.

Saya tidak tahu nama kalian,

Tapi saya yakin bahawa kalian akan menang dalam memerangi wabak ini,

Kalian akan dapat melaksanakan misi yang sukar ini,

Dalam onak dan duri, megah dan syukur menghias bunga yang mekar,

Pada kalungan retrograde yang paling gagah dan perkasa.

Page 156: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

156

春秋两季,美景遍地

Pang Sheng Hong

Shao Ru Xin

春天,我看见一排大树,那些是漂亮的樱花树。

樱花树一般都会在日本才能看见,遍地落下的樱花仿佛是通往幸福的道路。

盛开的樱花让路过的人都不得不停下脚步欣赏。有些人甚至不知道自己曾经路过

樱花树,因为它不开花而错过了。

一阵春风吹来,飘下一朵粉嫩的樱花。我接住了它,像收到春天的来信。信里讲

述着樱花成长的故事。

秋天,我看见一棵大树,那是一棵古老的银杏树。

听老人说,银杏树有三百岁了。啊,这是多么长,多么长的日子啊!

我爷爷小时候在这棵树下乘过凉吧,我爸爸小时候在这棵树下做过游戏吧!

三百岁,经历了多少春夏秋冬,挨过多少风吹雨打啊!

一阵秋风吹来,飘下一片金黄的叶子。我接住了它,像收到秋天的来信。信里讲

述着三百年的故事。

Page 157: Penasihat 2020 Final ( 2... · 2021. 1. 21. · Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153. Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan

157