penapaian dan penyulingan ethanol

Upload: ahmad-faizal-mohd-fauzi

Post on 16-Jul-2015

168 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHANSTATUS TESIS IJUDUL: VIDEO STMULASI EKSPERIMEN PENAPAIAN DAN PENYULINGAN ETANOL TULEN DARIPADA GLUKOSA KIMIA TINGKATAN LIMA

I Sf,SI PENGAJIAN: 2010/20I

Saya

NOOR ASHIKIN

BINTI IBRAHIM

(HURUF BESAR) mengakumembenarkan tesis(PSMiSarjan#Del*o+Salsafah)* disimpandi Perpustakaan ini Universiti TeknologiMalaysiadengansyarat-syarat kegunaan sepertiberikut: 1. 2. 3. 4. Tesisadalah hakmilikUniversitiTeknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti TeknologiMalaysiadibenarkan membuat salinanuntuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuatsalinantesisini sabagai pertukaran antarainstitusipengajian tinggi. **Sila tandakan ) ({

I tf E

SULIT

(Mengandungi maklumatyang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysiasepertiyangtermaktubdi dalam (AKTA RAHSTARASMr 19?2) (Mengandungi maklumat TERHAD yangtelahditentukan oleh organisasi/badan manapenyelidikandijalankan) di

TERHAD

TIDAKTERHADDisahkan Oleh,

ANGAN PENULIS) Alamat Tetap: W3/63KAMPUNG LEMAL., I7OOO. PASIRMAS KELANTAN.

(TAI{DATANGAN PENYELIA)

(NAMA PENYELIA)

T a r i k h :l l M E I 2 0 l ICATATA){: * ** r

Tarikh: l l MEI 20l l

yangtidakberkenaan. Potong Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. sila lampirkansuratdaripadapihak berkuasa,/organisasi berkenaan denganmenyatakan sekalisebabdan tempohtesisini perlu dikelaskansebagai SULIT atauTERHAD. Tesis dimaksudkansebagaitesis bagi Ijazah Doktor Falsafahdan Sarjanasecarapenyelidikan, atau disertasibagi pengajiansecarakerja kursusdan penyelidikan,atau LaporanProjek Sarjana \{uda tPSM).

PENGESAHAN PENYELIA

"Saya akui bahawa sayatelah membacakarya ini dan pandangansayakarya ini adalahmemadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan pengamrgerahanljazah SarjanaMuda SainsDan Komputer Serta Pendidikan ( Kimia)"

Tandatansan Nama Penyelia Tarikh

: : Dr. Noraffandy Bin Yahaya : l1 MEl2Ol I

VIDEO SIMULASI EKSPERIMEN PENAPAIAN DAN PENYULINGAN ETANOL TULEN DARIPADA GLUKOSA KIMIA TINGKATAN LIMA

NOOR ASHIKIN BINTI IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

"Saya akui karya ini adalahhasil kerja sayasendirikecuali nukilan dan ringkasan telah sayajelaskansumbernya'" yang tiap-tiapsatunya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh NOOR ASHIKIN BINTI IBRAHIM 1 1M E I 2 0 1 l

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat insan yang ku sayangi dan kasihi..

Untuk Ma & Abah. Siti Esah@Hasanah Binti Che Ismail & Ibrahim Bin Mohamad Tanpa kamu berdua tidak mungkin ku berada di puncak menara gading ini.. Terima kasih kerana membesarkan ku dengan penuh kasih sayang Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan dari segi mental dan fizikal Hanya doa dan ucapan terima kasih yang mampu ku balas..kerna wang ringgit belum tentu mampu menebus segala pengorbanan yang kamu lakukan.

Buat kekanda-kekandaku yang dikasihi dan dihargai ..

Terima kasih atas sokongan,bantuan wang ringgit dan nasihat yang tidak pernah jemu diberikan Segala nasihat dan dorongan kalian akan ku ingat dan semat di dada

Dan buat teman-teman seperjuanganku..terutama teman baik ku..

Terima kasih kerana turut memberi sokongan,bantuan dan idea-idea dalam menjayakan projek ini. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah serta inayahNya, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi. . Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Noraffandy Bin Yahaya, selaku

penyelia projek sarjana muda ini. terima kasih atas sokongan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Segala yang dipelajari daripada beliau amat berguna dalam menjayakan projek ini. Kepada kedua ibu bapa saya, Siti Esah@Hasanah Binti Che Ismail & Ibrahim Bin Mohamad yang tidak pernah jemu-jemu memberi sokongan dan semangat semenjak saya melihat dunia. Terima kasih di atas dorongan, doa dan sentiasa menjaga keperluan saya, jasa kalian amat saya hargai dan tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Tidak dilupa juga, kepada adik beradik saya, yang sentiasa memberi sokongan, dorongan,wang ringgit dan nasihat. Jasa kalian tidak mungkin ku lupakan. Ucapan jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan dan rakan karib saya, Noorfadhilah Md. Amir, kerana mereka telah banyak memberikan dorongan, idea dan bantuan kepada saya sepanjang proses merealisasikan projek ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan sokongan, cadangan dan sebagainya. Tanpa sokongan dan dorongan dari kalian, tesis ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Terima kasih.Wassalam.

v

ABSTRAK

Setiap pelajar yang mengambil matapelajaran kimia wajib melibatkan diri secara aktif dalam melakukan kerja-kerja amali. Hal ini, menjadi satu masalah bagi pihak guru apabila adanya kerja amali yang ditetapkan dalam silibus menjadi isu dalam perlaksanaannya. Terdapat beberapa kekangan dan faktor yang menyebabkan guru mengambil jalan mudah dengan mengabaikan eksperimen-eksperimen tersebut. Jadi pembangunan bahan bantu mengajar bagi video simulasi ini, adalah untuk membantu mengurangkan faktor penghalang dalam melaksanakan eksperimen. Eksperimen yang dipilih dalam perlaksanaan video simulasi ini ialah eksperimen Penapaian dan Penyulingan Etanol Tulen bagi Glukosa di bawah subtopik Alkohol, dalam tajuk Sebatian Karbon untuk matapelajaran Kimia tingkatan lima. Video simulasi ini dimasukkan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dengan menggunakan perisian seperti Sony Vegas Movie Studio 4.0, Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS3, Window Movie Maker 2.6 dan Sony Sound Forge 8.0. Projek ini dibangunkan berlandaskan Teori Konstruktivisme - Inkuiri-Penemuan dan berasaskan model ADDIE untuk pembangunan.

vi

ABSTRACT

Every student who is learns chemistry subjects, must actively involved in doing practical work. However, this has become a problem for the teacher when there is a set of practical work in the syllabus to be an issue, in the implementation of it. There are a number of constraints and factors that cause teachers to take the easy way by ignoring these experiments. So, the development of teaching aid based on video simulation will help the student to reduce the barriers in implementing the experiments. The experiments which is selected in this video simulation, is an experiment of pure ethanol fermentation and distillation of sugar under subtopics of Alcohols, in the topic of Chemical Compounds of Carbon in Form Fives Chemistry subjects. This video simulation are included several multimedia elements such as text, graphics, animations, audio and video by using software like Sony Vegas Movie Studio 4.0, Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS3, Windows Movie Maker 2.6 and Sony Sound Forge 8.0. This project is based on Constructivism theory - Inquiry-based discovery and the development is based on ADDIE model.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv

viii

1

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Rasional Pembangunan Perisian Skop Dan Batasan Kajian Definisi Dan Istilah Penutup

1 4 7 8 8 9 10 12

2

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2 2. 3 2.4 2.5 2.6 2.7

Pengenalan Kerja Amali Di Sekolah Bahan Bantu Mengajar Teori Konstruktivisme-Inkuiri Penemuan Simulasi Video Model-Model Pembangunan Perisian Multimedia

13 13 15 16 21 23 24

ix

2.7.1 Model ADDIE 2.7.2 Model ASSURE 2.7.3 Model Hannafin & Peck 2.8 Penutup

24 26 27 29

3

METODOLOGI KAJIAN

3. 1 3.2

Pengenalan Rasional Memilih Model Reka Bentuk Perisian

30 31

3.3

Implikasi Model Pembangunan Perisian ADDIE 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 3.3.5 Fasa Analisis Fasa Rekabentuk Fasa Pembangunan Fasa Perlaksanaan Fasa Penilaian

33

34 35 38 38 39 40

3. 4

Penutup

x

4

HASIL PEMBANGUNAN 4.1 4. 2 4.3 Pengenalan Aliran video simulasi Penutup 41 42 61

5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 5. 2 5.3

Pengenalan Perbincangan Masalah Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Projek 5.3.1 5.3.2 5.3.3 Masalah masa Masalah Teknikal Masalah Kepakaran

62 63 64

64 65 66 66 70 71 72 73

5. 4 5.5 5.6 5.7 5.8

Hasil Penilaian Pembangunan Melalui Soal Selidik Kelemahan Dan Kelebihan Perisian Cadangan Kesimpulan Penutup

RUJUKAN LAMPIRAN

74 80

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

Skrip Maklumat Responden Penilaian sebenar eksperimen Penilaian perisian : Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian perisian : Fleksibiliti Penilaian perisian : Isi kandungan perisian

35 67 68 68 69 70

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Inkuiri Penemuan Dan Konstruktivisme Menuju Kepada Pembelajaran Berfikrah

19

2.2 2.3 2.4 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

Model ADDIE Model ASSURE Model Hannafin and Peck Implikasi Model ADDIE Paparan Montaj Paparan animasi Dunia Eksperimen Paparan dua orang pengacara Paparan lakonan Paparan dua orang pengacara membuat ulasan Paparan animasi MAKMAL DUNIA

25 26 28 33 42 43 43 44 45 46

EKSPERIMEN 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 Paparan animasi Penapaian Etanol Paparan gambar yang berkaitan penapaian Paparan soalan Paparan definisi penapaian Paparan soalan Paparan bahan untuk proses penapaian Paparan radas untuk proses penapaian dan penyulingan 47 48 49 50 50 51 52

xv

4.14

Paparan tajuk bahan dan radas untuk proses penapaian

52

4.15

Paparan bahan yang akan digunakan untuk penapaian

53

4.16 4.17 4.18 4.19 4.20 4.21 4.22 4.23 4.24 4.25 4.26

Paparan tajuk prosedur Paparan prosedur penapaian Paparan persoalan proses penapaian Paparan animasi yis menghasilkan enzim zymase Paparan animasi proses pencernaan glukosa Paparan secara simbol proses penapaian Paparan uji karbon dioksida Paparan pengujian gas karbon dioksida Paparan pengujian etanol Paparan tip penting Paparan dua pengacara membuat kesimpulan

54 54 55 56 56 57 58 58 59 60 60

xvi

SENARAI SINGKATAN

ABM BBM DBP KBSM OS P&P PBK PPBKM RAM SPC SPK SPM

-

Alat Bantu Mengajar Bahan Bantu Mengajar Dewan Bahasa dan Pustaka Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Operating System Pembelajaran Dan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer multimedia Random-access memory Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) Sijil Pelajaran Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pada era kecanggihan teknologi, pelbagai perkara yang sukar selama ini dapat dipermudahkan. Dunia telah mengalami revolusinya, di mana manusia berterusan mencuba dan mencipta sesuatu yang baru, walhal inilah manusia kini telah hampir menguasai keseluruhan ilmu teknologi yang bermula sejak lama dulu lagi. Hari ini manusia sudah mengenali teknologi komputer, pelbagai aplikasi yang digunakan dengan wujudnya teknologi pengkomputeran ini. Aplikasi ini digunakan untuk tujuan tertentu, antaranya adalah untuk menyampaikan maklumat dan juga meringkaskan maklumat yang terlalu diskrit ataupun abstrak. Kewujudan kemudahan ini, telah dapat membantu meningkatkan

keberkesanan penghantaran maklumat tersebut. Elemen-elemen multimedia yang biasa diselitkan di dalam aplikasi teknologi pengkomputeran ialah video, audio,teks, grafik dan animasi. Elemen-elemen ini digabungkan menjadi satu bahan simulasi ataupun medium penghantar maklumat yang amat popular pada dewasa kini. Medium penghantar maklumat ini digunakan meluas dalam pelbagai bidang

2

terutamanya bidang pendidikan. Ianya telah menukarkan gaya pembelajaran dan pengajaran (P&P) pada masa kini, terutamanya di sekolah. Sebagai contoh, penggunaan elemen-elemen tersebut dalam penghasilan makmal maya.

Pendekatan pembelajaran melalui persekitaran makrnal maya menekankan penggunaan pendekatan konteksual, simulasi,visual dan audio dengan konsep dua hala yang dijangka dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan kritis (Dillenbourg,2000). Peranan seorang guru berubah daripada seorang pengajar tradisional kepada pengurus sistem pengajaran. Ini tidaklah bermakna tugas guru digantikan sepenuhnya tetapi sebaliknya peranan guru akan lebih berkembang melalui teknologi ini (Pua Yoke Ching, 2006).

Konsep pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang menggunakan metod tradisi, telah dapat diubah menjadi lebih interaktif. Guru-guru masih cenderung untuk menggunakan pengajaran berbentuk tradisi dan pendekatan penemuan ini menjadikan satu bebanan kepada para pelajar kerana tujuan utama adalah untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan (Mohd Najib dan Mohd Yusuf, 1995). Dengan kehadiran elemen-elemen multimedia dalam pendidikan para pelajar dapat menikmati kemudahan aplikasi ini dengan lebih selesa terutamanya di dalam subjeksubjek yang abstrak terutamanya dalam matapelajaran sains. Sebagai contoh, pelajar perlu membayangkan pergerakan elektron mengelilingi orbitnya dalam atom. Zarah atom ini terlalu diskrit, sehinggakan pelajar tidak dapat melihatnya dengan mata kasar mereka. Jadi, guru dapat menerangkan keadaan diskrit ini dengan menggunakan aplikasi komputer walaupun ianya sebagai gambaran sahaja.

Tanpa aplikasi komputer ini, mereka perlu membayangkan atom itu berdasarkan idea mereka sendiri dan dibantu dengan gambaran yang dinyatakan oleh guru mereka. Hal ini boleh menyumbang kepada miskonsepsi pelajar dimana mereka tidak dapat gambaran sebenar tentang konsep atom yang terlalu abstrak itu. Justeru itu, model saintifik perlu digunakan oleh guru untuk menerangkan sesuatu konsep yang tidak dapat dilihat bagi memudahkan kefahaman pelajar. (Hodgson dalam Treagust, 1995) dalam (Faizunniza Yahini,2008).

3

Dalam jurnal Pua Yoke Ching (2006), kesukaran pembelajaran ini kebanyakannya disebabkan oleh keabstrakkan konsep sains yang dipelajari (Johnstone, 1974). Kaedah penyampaian yang kurang berkesan atau masalah dalam kerangka alternatif pelajar itu sendiri (Driver dan Erickson, 1983).Menurut Sanger dan Green Bowe (1997), penggunaan komputer dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman terhadap konsep sains khususnya konsep-konsep yang abstrak.

Menurut Zol Azlan (2000) yang menyatakan maksud sains dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) edisi 1993 ialah sebagai ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan merupakan cabang ilmu 2 pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata. Menurut Zol Azlan (2000) lagi, kaedah saintifik bermula daripada menyatakan suatu pernyataan berkenaan masalah yang ingin dikaji dan kemudian satu penjelasan berbentuk hipotesis dibuat bagi menyatakan penerangan dan juga ramalan atau jangkaan yang boleh diuji dan di buktikan kesahihannya melalui eksperimen yang terancang dan bersistem.

Oleh yang demikian, ini dapat membuktikan bahawa pembelajaran sains bukannya berlandaskan teori semata-mata tetapi mestilah diperkukuhkan lagi dengan menjalankan eksperimen. Antara pecahan kecil ilmu sains adalah mata pelajaran Kimia, kerana merupakan satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara mikroskopik, penghasilan dan penggunaan bahan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Matapelajaran sains memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Maka, kemahiran saintifik perlu diberi penekanan sepenuhnya.

Tambahan pula, subjek kimia juga berkait rapat dengan kehidupan seharian kita, maka para pelajar dituntut untuk memahami dan menerokai ilmu tersebut untuk diaplikasi didalam kehidupan mereka. Hal ini, mengukuhkan lagi bahawa eksperimen wajar dijalankan dan dimasukkan kedalam pembangunan kurikulum

4

sekolah. Menurut Leman Tarhan, Burcin Acar Sesen (2010), melaporkan bahawa dengan memberikan para pelajar peluang untuk terlibat di makmal kimia, dapat membantu mempertingkatkan kemampuan kognitif mereka.

Dalam kajian lain,Hofstein, Navon, Kipnis dan Mamlok-Naaman (2005), menyatakan pelajar yang melakukan eksperimen kimia yang berkaitan dengan asidbes, stoikiometri, pengoksidaan dan penurunan, ikatan kimia, tenaga kimia, keseimbangan kimia, dan tahap reaksi, mendapati bahawa pelajar tersebut mempunyai pengalaman dalam mengajukan pertanyaan di makmal kimia dan mereka berkemampuan untuk mengajukan soalan lebih banyak dan lebih baik. Namun demikian, tidak semua eksperimen disekolah dapat dijalankan dengan lancar kerana berdasarkan beberapa kemungkinan yang dihadapi di sekolah, samada berhubung dengan pelajar, guru ataupun eksperimen itu sendiri.

1.2

Latar Belakang Masalah

Aktiviti makmal adalah sebagai tempat berlakunya pembelajaran aktif, yang mengharuskan pelajar untuk terlibat dalam mengamati atau memanipulasi benda dan bahan. Makmal mempunyai peranan khas, serta menjadi pusat untuk pembangunan pemahaman konsep sains, disamping meningkatkan kemahiran kognitif dan mengembangkan sikap positif (Brown, Collins, & Duguid, 1989 et al) dalam Leman Tarhan, Burcin Acar Sesen (2010). Oleh itu, semua pelajar harus terlibat dalam aktiviti makmal di sekolah untuk memperkukuhkan dan mengaplikasi teori yang diajar oleh guru mereka.

5

Namun yang demikian, tidak semua eksperimen yang dicadangkan dalam silibus kurikulum sekolah dapat di ikuti. Hal ini kerana, terdapat beberapa kekangan yang mungkin berlaku semasa aktiviti makmal ini di jalankan. Seperti yang dinyatakan oleh Van Praagh (1981) dalam Syamsul Anuar Mustafa Kamal (2008),dalam sukatan mata pelajaran sains moden, pelajar lebih banyak membuat latihan amali berbanding dengan apa yang biasa dilakukan di masa-masa yang lalu dan hal ini boleh menimbulkan beberapa masalah di sesetengah sekolah.

Antaranya ialah berkenaan dengan para pelajar yang kekurangan pengetahuan tentang cara pengendalian bahan dan radas dalam makmal yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Ada juga antara pelajar yang secara sengaja melanggar peraturan ketika berada dalam makmal. Menurut (John dan Margaret, 1976) dalam Syamsul Anuar Mustafa Kamal (2008), disebabkan kes-kes kemalangan tidak boleh dijangka, pihak-pihak yang terlibat haruslah sentiasa mengikuti langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan semasa berada di dalam makmal. Disebabkan itulah, guru sentiasa diperlukan untuk mengawal keadaan makmal ketika kerja amali sedang dijalankan.

Menurut Hunt dan Block (1993) dalam Syamsul Anuar Mustafa Kamal (2008), ketika menjalankan kerja amali sains, pelajar didedahkan dengan alatan yang baru, prosedur yang baru, bahan kimia yang baru dan kemungkinan bahan kimia tersebut berbahaya kepada kesihatan. Dalam makmal kimia terdapat pelbagai jenis bahan kimia yang beracun, menghakis dan juga mudah meletup serta yang terlalu reaktif. Oleh yang demikian, para pelajar terdedah kepada bahaya kerana pengendalian bahanbahan tersebut tanpa mengikut prosedurnya akan mendatangkan bahaya.

Tambahan pula, terdapat eksperimen yang mempunyai prosedur terlalu panjang dan rumit, serta memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil. Ini menyebabkan kebanyakan guru,mengabaikan eksperimen yang prosedurnya terlalu panjang dan memerlukan masa yang lama dengan hanya menerangkan teori sahaja.

6

Menurut (Garratt, 1997) dalam Maria Limniou , Nikos Papadopoulos, Christopher Whitehead (2009), The limited laboratory time in traditional pre-laboratory sessions does not allow teachers to clarify students misconceptions or to provide students with the opportunity to refresh their knowledge by making the connections between previous and new knowledge.

Walaupun pelajar dapat menjalankan aktiviti makmal dengan sempurna, namun tidak semua daripada mereka yang dapat mengaplikasikan teori pembelajaran kedalam amali (eksperimen) tersebut. Hal ini kerana, mereka gagal membayangkan konsep- konsep kimia yang abstrak yang sedang berlaku dalam eksperimen yang dijalankan. Rozaimi(1991) dalam jurnal Faizunniza Yahini (2008), kesukaran pelajar memahami konsep tindak balas kimia adalah disebabkan oleh kegagalan pelajar menggambarkan sesuatu konsep yang abstrak Menurut kajian Briggs dan Holding dalam kajian Barker (1995), kajian terhadap pelajar berusia 15 tahun, pelajar tersebut menerangkan bahawa tindak balas kimia wujud apabila berlaku perubahan jisim, isipadu dan warna pada bahan. Perkara ini menunjukkan bahawa pelajar hanya dapat menerangkan sesuatu perkara yang dapat dilihat dengan mata kasar iaitu aras makroskopik.

Biasanya guru kimia hanya menerangkan prosedur-prosedur penting dalam menjalankan eksperimen. Guru beranggapan bahawa pelajar sudah membaca prosedur kerja amali yang bakal dilakukan. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat gambaran yang jelas tentang eksperimen yang akan mereka lakukan. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengikut prosedur eksperimen dengan betul dan mereka juga gagal mendapatkan hasil eksperimen yang baik. Ini juga mendatangkan risiko kepada pelajar, kerana mereka tidak dapat mengendalikan bahan dan radas dengan betul. Jadi, mereka akan terdedah kepada bahaya penggunaan bahan kimia dan juga radas tersebut.

Hal ini bertambah buruk lagi apabila guru yang mengendalikan eksperimen itu tidak mahir mengendalikan bahan dan radas dalam makmal kimia. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bematlamatkan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar bergantung pada pengetahuan profesional pendidik yang berlaku

7

dalam pelbagai bentuk (Putnam, Heaton, Prawat, & Remillard, 1992). Pendidik tidak berupaya mengajar sekiranya tidak tahu apa yang hendak diajar. Kenyataan ini berkaitan dengan keyakinan diri, dan banyak kajian yang telah dijalankan mengenai perkaitan antara apa yang pendidik tahu dan bagaimana pendidik mengajar (Shulman, (1986); Wilson, Shulman, & Richert, 1987). Maka risiko terhadap kemalangan serta kegagalan mendapatkan hasil daripada kerja amali amatlah besar.

1.3

Pernyataan Masalah

Kurikulum Kimia bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kimia dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem.Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kemahiran saintifik disekolah dapat dibentuk melalui aktiviti di makmal Kimia itu sendiri,iaitu ketika para pelajar melakukan kerja-kerja amali.

Hal ini menunjukkan para pelajar di sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kerja-kerja amali. Kimia di sekolah melainkan ianya mempunyai alasan-alasan tertentu. Oleh itu, semua pelajar terdedah kepada risiko dalam makmal kimia,samada dengan penggunaan bahan yang beracun dan berbahaya ataupun pengendalian alat itu sendiri. Para pelajar merupakan tanggujawab ibu bapa yang diberikan kepada guru-guru di sekolah pada waktu persekolahan. Lantaran itu, guru perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajar dibawah jagaan mereka. Namun, mampukah seorang guru mengawal puluhan pelajarnya dalam masa yang sama menjadi persoalan.

8

Oleh yang demikian, beberapa idea untuk mengatasi masalah ini dibentuk iaitu dengan membangunkan video simulasi eksperimen kimia bagi tajuk penapaian dan penyulingan etanol daripada glukosa. Eksperimen ini diambil dibawah tajuk Sebatian Karbon bagi subtopik alkohol untuk silibus tingkatan lima. Pelajar tingkatan lima merupakan pelajar yang akan menduduki SPM , jadi pada tahun ini jadual mereka akan terlalu padat dan masa mereka sangat terhad. Guru-guru pula, kebiasaanya akan memfokuskan teori semata-mata berbanding amali. Disebabkan proses penapaian dan penyulingan etanol tulen mengambil masa yang lama, maka video simulasi dapat membantu meringkaskan dan menjelaskan kandungan dan prosedur eksperimen tersebut. Tambahan pula, eksperimen ini mempunyai konsep abstrak yang perlu dibayangkan oleh pelajar. Jadi dengan pembangunan video simulasi ini, pelajar dapat melihat dan mendapat gambaran konsep abstrak melalui animasi yang dipaparkan.

1.4

Objektif

Objektif utama projek pembangunan bahan bantu mengajar video simulasi ini ialah :

a) Mereka

bentuk

video

simulasi

dengan

menerapkan

elemen-elemen

multimedia b) Membangunkan bahan bantu mengajar bagi tajuk eksperimen penapaian dan penyulingan etanol daripada glukosa