penandaarasan di sk semerah padi 1.docx

6
HURAIAN MENGENAI SEKOLAH 1.1 Sejarah Sekolah Sekolah Kebangsaan Semerah Padi merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di penghujung sebuah kampung (Kampung Semerah Padi) di Jalan Depo, kira-kira 8 kilometer dari Bandaraya Kuching. Keluasan tapak sekolah ialah kira-kira 20,016 ekar (8.1 hektar) dan kos pembinaannya berjumlah RM 2.3 juta. Pecah tanah serentak untuk pembinaan sekolah dan sekolah menengah yang letaknya bersebelahan dilakukan oleh YAB Datuk Patinggi Hj Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) pada 25 Mac 1996 dan dijangka siap pada tahun 1999. Reka bentuk sekolah ini dibuat oleh Jabatan Kerja raya, Kuala Lumpur dan pembinaannya dilakukan secara rundingan terus.Penyerahan tapak kepada pihak kontraktor dibuat pada 08 Disember 1997. Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai SK Semariang Baru mula beroperasi pada 17 Januari 2000 dengan jumlah murid seramai 676 orang dengan tenaga pengajarnya 21 orang dan kaki tangan sokongan seramai 2 orang. Pada semester 1 tahun 2000, 12 buah kelas telah dibuka di mana 2 buah kelas untuk setiap Tahun 1 hingga Tahun 6. Murid

Upload: elot-chot

Post on 26-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENANDAARASAN DI SK SEMERAH PADI 1.docx

HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1 Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Semerah Padi merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di

penghujung sebuah kampung (Kampung Semerah Padi) di Jalan Depo, kira-kira 8 kilometer dari

Bandaraya Kuching. Keluasan tapak sekolah ialah kira-kira 20,016 ekar (8.1 hektar) dan kos

pembinaannya berjumlah RM 2.3 juta. Pecah tanah serentak untuk pembinaan sekolah dan

sekolah menengah yang letaknya bersebelahan dilakukan oleh YAB Datuk Patinggi Hj Abdul

Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) pada 25 Mac 1996 dan dijangka siap pada tahun 1999.

Reka bentuk sekolah ini dibuat oleh Jabatan Kerja raya, Kuala Lumpur dan pembinaannya

dilakukan secara rundingan terus.Penyerahan tapak kepada pihak kontraktor dibuat pada 08

Disember 1997.

Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai SK Semariang Baru mula beroperasi pada 17

Januari 2000 dengan jumlah murid seramai 676 orang dengan tenaga pengajarnya 21 orang dan

kaki tangan sokongan seramai 2 orang.

Pada semester 1 tahun 2000, 12 buah kelas telah dibuka di mana 2 buah kelas untuk

setiap Tahun 1 hingga Tahun 6. Murid tahun 1 adalah terdiri daripada anak-anak dari kampong

dan Taman Perumahan yang berhampiran (Taman Anib dan Lorong Cenderawasih). Bagi murid

tahun 2 hingga tahun 6 pula mereka diambil dari sekolah-sekolah berikut secara pukal oleh

Jabatan Pendidikan Daerah Kuching untuk mengurangkan kesesakkan di sekolah berikut :

(i) SK Semariang

(ii) SK Encik Buyong

(iii) SK RPR Jalan Astana

(iv) SK Gita.

Page 2: PENANDAARASAN DI SK SEMERAH PADI 1.docx

Walau bagaimanapun terdapat juga pemindahan murid dari sekolah lain seperti :

(i) SK Cemerlang

(ii) SK Rakyat Tupong

(iii) SK Gersik

(iv) SK Pulo

(v) SK Astana

(vi) SK Merpati Jepang

(vii) SK Rakyat Hj Bolhassan

(viii) SK St Thomas

(ix) Sekolah Lodge.

Pada masa yang sama seramai 607 orang pelajar bersama 29 orang guru dan 5 orang kaki tangan

sokongan dari SMK Petra jaya No. 2 telah menumpang di SK Semariang baru sehingga

penghujung bulan Mac 2000.

SK Semariang Baru telah mendapat pertambahan murid dan guru pada semester 2 tahun

2000 di mana jumlah kelas dibuka menjadi 18 buah dan 9 orang guru baharu telah mendaftar

untuk berkhidmat di sini.

Setelah beroperasi selama 1 tahun 8 bulan, SK Semariang Baru telah dibuka dengan

rasminya serentak dengan sekolah menengah oleh YAB Pehin Sri (Dr) Hj Taib bin Mahmud,

Ketua Menteri Sarawak pada 12 September 2001 bersamaan 24 Jamadilakhir 1422 dan bermula

dari tarikh tersebut nama sekolah telah ditukar menjadi SK SEMERAH PADI.

JADUAL 1 : SENARAI NAMA GURU BESAR DI SK SEMERAH PADI

BIL NAMA GURU BESAR TAHUN BERKHIDMAT

1. HAJJAH MAZNAH BTE KADERI 2000

2. HJ FAUZI BIN TAMPURONG 2008

3. HJ MORSHIDI BIN UDIN 2012

Page 3: PENANDAARASAN DI SK SEMERAH PADI 1.docx

4. HJ ABANG SAPALI BIN HJ ABANG SEPAWI ABS 2013 - KINI

GAMBAR GURU BESAR.

HJ FAUZI HJ MORSHIDI HJ ABANG SAPALI

Page 4: PENANDAARASAN DI SK SEMERAH PADI 1.docx

1.1.2 Motto Sekolah

BERILMU BERAMAL.

Motto ini tertera di bawah lingkaran padi.

1.1.3 VISI DAN MISI SEKOLAH.

VISI

SEKOLAH CEMERLANG

MISI

BERSATU MEMBERI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KE ARAH

KECEMERLANGAN UNTUK AGAMA, BANGSA DAN AGAMA.

1.1.4 Matlamat Sekolah

Matlamat yang disasarkan oleh sekolah ialah berusaha dengan penuh iltizam untuk mencapai

kecemerlangan akademik, ko kurikulum, keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah di

samping mewujudkan suasana kondusif untuk kegiatan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdP).

1.1.5 Objektif Sekolah

Page 5: PENANDAARASAN DI SK SEMERAH PADI 1.docx

Terdapat EMPAT objektif yang digariskan oleh pihak sekolah iaitu :

(i) Meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan ko kurikulum.

(ii) Membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca,

menulis dan menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira.

(iii) Menguasai kemahiran belajar dan berfikir serta mewujudkan suasana sekolah yang

kondusif, bermotivasi, harmoni dan ceria melalui penerapan konsep sekolah

penyayang dan budaya berpasukan

(iv) Memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berfokus, profesionalisme,

sistematik dan efisyen.