penanda wacana

8
PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2 Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut: 1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,Selanjutnya, seterusnya, di samping 2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,Kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya 3. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan 4. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,Umpama, bagai, bak kata, sebagai 5. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai Kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata 6. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,Bertentangan dengan 7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada Mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya 8. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,Dengan itu

Upload: smktsj2

Post on 20-Jan-2015

9.060 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Penanda wacana

PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang

berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang

semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan

tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan

seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan

perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:

1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,Selanjutnya,

seterusnya, di samping

2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,Kemudian, kemudian

daripada itu, akhirnya

3. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang

diterangkan

4. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,Umpama, bagai,

bak kata, sebagai

5. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai Kesimpulan, akhir

kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,Bertentangan

dengan

7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada Mulanya,

lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

8. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran,

jadi,Dengan itu

Page 2: Penanda wacana

PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2

9. Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama Juga

dengan

10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun,

namun begitu, bertentangan dengan

11. Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya,

tentulah,pastilah, sememangnya*

Penanda wacana

i) penanda permulaan karangan

a) pada era globalisasi ini,

b) pada zaman pascakemerdekaan ini,

c) dalam meniti arus kemodenan ini,

d) dewasa ini,

e) pada masa ini,

f) kini,

g) dasawarsa ini,

h) dalam meniti kehidupan pada marcapada,

i) sejak sedekad yang lalu,

j) sejak negara menikmati arus kemerdekaan,

k) kebelakangan ini,

l) belakangan ini,

m) sejak akhir-akhir ini,

· sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di

segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …

· era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal

dan minda kita telah ….

· sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri

ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran

dan rintangan yang bakal menghambat.

· dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu

dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada

dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai

permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita

sendiri.

· dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

· sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat

menyaksikan …

Page 3: Penanda wacana

PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2

Penanda wacana untuk ayat terakhir pendahuluan karangan

· oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan

akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

· sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang

menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

· usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif

dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah

bersarang lama di negara kita ini.

· setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju

dengan pendapat yang menyatakan …….

· tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,

sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar

masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

ii) penanda memulakan isi baharu

a) selain itu,

b) di samping itu,

c) sementara itu,

d) lebih-lebih lagi,

e) dalam pada itu,

f) lain daripada itu,

g) pada waktu yang sama,

h) dalam pada itu,

i) seterusnya,

iii) penanda huraian isi karangan

a) hal ini demikian kerana

b) hal ini berlaku kerana

c) hal ini terjadi kerana

d) hal ini disebabkan oleh

e) hal ini wujud akibat daripada

f) hal ini bersangkut-paut dengan

g) hal ini berpunca daripada

h) hal ini tercetus apabila

i) hal ini timbul apakala

iv) penanda memberi contoh dalam karangan

a) misalnya,

Page 4: Penanda wacana

PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2

b) contohnya,

c) sebagai contoh,

d) tamsilnya,

e) sebagaimana yang kita sedia maklum,

f) antaranya adalah seperti

v) penanda menghuraikan contoh

a) hal ini mengakibatkan

b) hal ini menyebabkan

c) oleh itu,

d) maka,

e) oleh hal yang demikian,

f) oleh sebab itu,

g) jelaslah bahawa

h) justifikasinya,

I) sebagai contohnya

j) biar kita lihat

k) biar kita ambil contoh

l) bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

m) sebagai analoginya,

n) contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

vi) penanda menutup isi

a) kesannya,

b) natijahnya,

c) akibatnya,

d) akhirnya,

e) dengan itu,

f) dengan berbuat demikian,

g) dengan keadaan sedemikian,

vii) penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

contoh:

masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang

memeningkan kepala (huraian 1)_(x)_ membimbangkan semua

pihak. (huraian 2)

a) justeru

b) malah

c) malahan

Page 5: Penanda wacana

PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2

d) tambahan pula

e) sementelahan

f) sekali gus

g) di samping

h) bahkan

i) malar-malar

viii) penanda memulakan perenggan penutup

a) kesimpulannya,

b) intihanya,

c) secara tuntas,

d) konklusinya,

e) sebagai penutup wacana,

f) sebagai penghias bicara akhir,

g) sebelum mengakhiri wacana ini,

h) secara keseluruhan,

i) secara total,

j) sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

k) dengan ini diharapkan

l) bukan itu sahaja

m) mudah-mudahan perkara ini

n) dengan keizinan tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa

o) jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki,

ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …

p) demi merealisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita bersama-

sama

ix) penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) walau bagaimanapun,

b) walakin begitu,

c) namun demikian,

d) daripada perspektif yang berbeza,

e) jika dilihat dari sudut lain,

f) dengan kata lain,

g) kontradiksinya,

i) di sebalik itu,

j) dalam pada itu,

k) dari sudut lain,

Page 6: Penanda wacana

PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2

x) penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) bak kata peribahasa, .......

B) bak kata peribahasa melayu, ............

C) bak kata orang tua-tua, ...........

D) bak kata mutiara, .........

E) bak peribahasa, ............

F) bak kata cendekiawan, .............

G) persis kata peribahasa, ............

H) persis kata peribahasa melayu, .............

I) persis kata orang tua-tua, ............

J) persis kata mutiara, ............

K) persis peribahasa, ...............

L) persis kata cendekiawan, .............

M) hal ini sama dengan peribahasa ..........

N) senario ini persis dengan peribahasa melayu, yakni .......

O) fenomena ini dikatakan

p) masalah ini sama dengan peribahasa ...........

Q) saya yakin rakyat malaysia mengenali peribahasa ..........

Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan

a) kita dapat menyaksikan betapa…

b) kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

c) lazimnya, dalam keadaan …

d) namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan

ialah …

e) pada hemat saya …

f) pada pandangan saya …

g) pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

h) sebagaimana yang kita ketahui

i) sebagaimana yang kita maklumi

j) sejak awal lagi

k) sejak kebelakangan ini

l) selain itu, pada masa ini juga

n) umum mengetahui bahawa

o) lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

penanda wacana untuk ayat 2 dan seterusnya dalam karangan

Page 7: Penanda wacana

PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2

· bagi sesetengah orang …

· begitu juga dengan …

· begitu juga halnya dengan …

· bertitik tolak daripada itu …

· bukan itu sahaja …

· dalam hal ini …

· dalam konteks ini ..

· dalam zaman yang serba canggih ini …

· daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …

· dengan adanya …

· dengan berbuat demikian …

· dengan perkataan lain ..

· disebabkan hal itu

· disebabkan keistimewaan inilah kita ..

· hal ini berlaku disebabkan

· hal ini penting dalam

· hal ini serupa dengan

· hal yang serupa berlaku apabila

· ini disebabkan

· ini membuktikan bahawa

· ini menggambarkan bahawa

· ini secara tidak langsung akan

· ini semua meninggalkan kesan kerana

· ini tentu sekali membuatkan

· jadi kita perlu

· jadi kita hendaklah

· keadaan ini tentunya

· lantaran itu sehingga kini

· kesemua ini menyumbang kepada

· kita mengakui hakikat bahawa

· kita sering menonton di kaca televisyen

· kita sering membaca di dada-dada akhbar

· memandangkan keadaan yang sedemikian

· namun sejak kebelakangan ini

· oleh itu, bolehlah dikatakan

· secara logiknya masa yang

· sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

· keadaan ini seharusnya boleh

Page 8: Penanda wacana

PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2

· walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

· kendatipun demikian, kita masih

· yang paling nyata ialah

· yang perlu kita pastikan ialah

penanda wacana untuk menyatakan statistik

· berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

· bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini

menunjukkan

· statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian …..

Pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………