penanda buku thn 5.docx

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2014 Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas : 5 USM Tarikh : 3 April 2014 Bilangan Murid : ….. / 21 orang murid Bidang : Membentuk dan membuat binaan Tajuk : Penanda Buku Teknik : Guntingan, lipatan dan tampalan Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi (60 minit) Objektif pengajaran dan pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat ; 1) Menghasilkan penanda buku. 2) Menggunakan warna yang menarik di dalam penghasilan penanda buku. Alat dan bahan : Templat penanda buku, oil pastel / pensel warna, gunting, Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Lagu, contoh kartun, contoh penanda buku, contoh garisan dan carta tunjuk langkah. Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui rupa kartun kegemaran mereka. Penerapan Nilai : Kerjasama, kebersihan dan kerajinan. Strategi Pengajaran : 1. Belajar cara belajar - Murid belajar dengan menggunakan deria yang berbeza iaitu visual, auditori dan kinestetik. 2. Konstruktivisme - Murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengalaman sedia ada berkenaan rupa kartun kegemaran

Upload: hayatun-syamila-mohd-mansor

Post on 25-Nov-2015

185 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

membentuk dan membuat binaan

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2014

Mata pelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas : 5 USMTarikh : 3 April 2014Bilangan Murid : .. / 21 orang muridBidang : Membentuk dan membuat binaanTajuk : Penanda Buku Teknik : Guntingan, lipatan dan tampalanMasa : 7.30 pagi 8.30 pagi (60 minit)Objektif pengajaran dan pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat ;1) Menghasilkan penanda buku.2) Menggunakan warna yang menarik di dalam penghasilan penanda buku.

Alat dan bahan : Templat penanda buku, oil pastel / pensel warna, gunting, Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Lagu, contoh kartun, contoh penanda buku, contoh garisan dan carta tunjuk langkah.Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui rupa kartun kegemaran mereka.Penerapan Nilai : Kerjasama, kebersihan dan kerajinan.Strategi Pengajaran : 1. Belajar cara belajar - Murid belajar dengan menggunakan deria yang berbeza iaitu visual, auditori dan kinestetik. 2. Konstruktivisme - Murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkanpengalaman sedia ada berkenaan rupa kartun kegemaran mereka.KBKK : Menjana idea untuk menggunakan garisan yang pelbagai serta warna yang menarik

dalam menghasilkan penanda buku.

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

LANGKAH/MASA

ISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURIDSTRATEGI P&P / ABM/ NILAI

Set Induksi(5 minit)

Aktiviti penjanaan idea.Pelaksanaan aktiviti penjanaan idea melalui dendangan lagu.

Penyoalan berkenaan kartun kegemaran. Apakah kartun kegemaran awak? Apakah warna yang terdapat pada kartun tersebut? Bagaimanakah rupa kartun tersebut?

1) Guru memperdengarkan lagu Spongebob Squarepant di dalam kelas.2) Murid mendengar lagu tersebut sambil menyanyikannya bersama-sama.3) Guru menyoal murid perkara berkaitan lagu yang telah diperdengarkan.4) Murid menjawab soalan guru berdasarkan pemahaman mereka. 5) Guru menerangkan tajuk pembelajaran pada hari ini.BBM :Lagu.

Strategi pengajaran :Belajar cara belajar.

Penerapan nilai : Kerjasama.

Langkah 1(10 minit)

Pengenalan kepada tajuk pembelajaran kepada murid

Pengenalan kepada : Penanda buku alat untuk menanda halaman buku.

Contoh gambar kartun :

Contoh penanda buku :

1) Guru menunjukkan contoh gambar kartun dan contoh penanda buku di hadapan kelas.2) Guru menunjukkan jenis-jenis garisan yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya.3) Murid melihat contoh yang ditunjukkan oleh guru.4) Guru menerangkan tentang penanda buku kepada murid di hadapan kelas.5) Murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru.6) Murid melihat contoh hasil karya yang ditunjukkan oleh guru.

BBM : Contoh gambar kartun, contoh garisan dan contoh penanda buku.

Penerapan nilai : Kerjasama.

LANGKAH/MASA

ISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURIDSTRATEGI P&P / ABM/ NILAI

Contoh garisan :

Langkah 2(10 minit)

Edaran alat, bahan dan tunjuk langkah bagi menghasilkan penanda buku.Edaran alat dan bahan serta tunjuk langkah-langkah bagi menghasilkan penanda buku.

Langkah-langkah:1.Gunting kertas mengikut garisan yang telah disediakan.2. Lipat kertas sehingga menjadi bentuk segi empat.3. Gamkan kertas pada bahagian yang telah dilipat.4. Lukis dan hias lipatan kertas agar menjadi rupa kartun yang diingini. Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan penanda buku. Murid melihat dan mendengar penerangan guru. Guru mengedarkan alat dan bahan kepada setiap kumpulan. Guru menunjukkan langkah untuk menghasilkan penanda buku. Murid mendengar arahan serta melihat langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.BBM :Kertas tunjuk langkah, contoh gambar kartun, contoh garisan dan contoh penanda buku.

Alat dan bahan : Kertas lukisan, oil pastel, gunting.

Penerapan nilai :Kerjasama.

Strategi pengajaran:Belajar cara belajar.

Langkah 3(30 minit)

Pelaksanaan aktiviti oleh murid.Proses karya oleh murid di dalam kelas. Murid melaksanakan aktiviti mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru.1) Murid melaksanakan aktiviti di dalam kelas.2) Guru memantau sambil membantu murid yang memerlukan bantuan semasa menyiapkan karya tersebut.3) Murid mendengar arahan guru dan menghasilkan penanda buku.

Alat dan bahan : Gunting, gam dan pensel warna

Strategi pembelajaran: Konstruktivisme.

KBKK :Menjana idea untuk menggunakan garisan dan warna yang menarik. Penerapan nilai : Kerajinan

LANGKAH/MASA

ISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURIDSTRATEGI P&P / ABM/ NILAI

Penutup (5 minit)

Apresiasi dan rumusan.

1) Dendangan semula lagu Spongebob Squarepant.

2) Sesi apresiasi dan penilaian. Menghasilkan penanda buku bertemakan watak kartun kegemaran. Mempelbagaikan penggunaan garisan serta warna yang menarik di dalam karya.

1) Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk membuat ulasan karya. Penilaian dibuat berdasarkan tiga tahap iaitu : Baik Sederhana Lemah2) Murid membuat ulasan di hadapan kelas.3) Murid diminta untuk mengemaskan meja dan alatan serta bahan yang telah digunakan.Penerapan nilai :Kerjasama dan kebersihan.

Hasil karya murid..