pen gurus an tingkah laku dan disiplin
Post on 07-Apr-2018
230 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
1/26
Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin
1.0 Pengenalan
Disiplin dan tingkah laku baik adalah dua aspek yang mustahak di sekolah. Kedua-duanya adalah
penting atas sebab-sebab pendidikan, sosial dan moral. Sekolah merupakan institusi sosial yang
diwujudkan oleh sesebuah masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran, nilai,
ideologi dan norma masyarakat itu kepada pelajarnya. Keutuhan sesebuah masyarakat akan
bergantung kepada penerimaan nilai dan norma berkenaan oleh pemuda-pemudinya. Orang
ramai juga berharap sistem persekolahan akan menghasilkan warganegara yang
bertanggungjawab dan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menyumbangkan
kepada kemakmuran masyarakat.
Namun, organisasi pendidikan sering menghadapi masalah berkaitan dengan tingkah laku
dan disiplin pelajar. Di dalam sekolah dan di dalam setiap bilik darjah, masalah tingkah laku dan
disiplin memang berlaku, tidak kira apa jenis kepimpinan guru atau apa jenis kepimpinan yang
wujud termasuk disiplin arahan diri iaitu keadaan yang membuat murid-murid mematuhi
peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda, atau diberi ganjaran. Ini
adalah kerana murid-murid terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang mempunyai sahsiah,
intelek, jasmani, rohani dan sosioemosi yang berbeza-beza. Perkembangan masyarakat dengan
pelbagai pengaruh yang kurang sihat di alam sekitar, menyebabkan masalah-masalah disiplin
sekolah masa kini telah bertambah rumit dan kompleks. Masalah-masalah disiplin sekolah yang
timbul pada masa kini boleh dikategorikan kepada empat jenis, iaitu jenayah, kelakuan negatif,
membolos dan menipu. Punca guru tidak menunjukkan prestasi baik dalam aktiviti pengajaran
1
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
2/26
dan pembelajaran adalah kerana mereka gagal mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik
darjah.
Sesetengah pentadbir dan guru berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah dan disiplin
adalah sinonim. Golongan ini sentiasa mentakrifkan pengurusan bilik darjah sebagai kebolehan
guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran
dan mengurangkan tingkah laku dispruptif/mengganggu. Manakala mereka yang cenderung
kepada pendekatan pemusatan murid pula dilihat pengurusan bilik darjah sebagai satu persediaan
murid-murid untuk kehidupan apabila mereka dewasa nanti.
Kian lama disiplin dan pengurusan bilik darjah menjadi tajuk perbincangan hangat dalam
kalangan para pendidik dan orang ramai. Yang biasa menjadi isu ialah betapa serius masalah-
masalah disiplin di sekolah pada hari ini. Apakah sekolah-sekolah masa kini jauh berbeza
berbanding dengan sekolah-sekolah 10 atau 20 tahun yang lalu? Apakah kesan tingkah laku
bermasalah ke atas pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru dalam bilik darjah? Secara
umum, disiplin merangkumi usaha kita dalam membantu murid-murid berinteraksi dengan
rakan-rakan kelas, mengajar mereka berkelakuan selaras dengan norma dan piawaian sedia ada,
memberikan mereka peluang belajar daripada kesilapan, dan sedia menerima konsekuen akibat
keputusan yang mereka buat.
Berdasarkan keterangan di atas maka boleh dikatakan bahawa disiplin bertujuan untuk
membantu murid-murid menjadi individu yang bertanggungjawab dan berkeyakinan diri, boleh
berfikir untuk diri sendiri, prihatin terhadap orang lain dan menjalani hidup yang berguna serta
membawa kepada kepuasan diri.
2
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
3/26
2.0 Pengurusan Tingkah Laku
Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali maneggiare iaitu menangani.
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, pengurusan terdiri daripada pengarahan dan
pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang untuk tujuan
menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia
sering merangkumi sumber-sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semulajadi.
Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekmpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan. Menurut Wan Azmi Ramli, pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan
atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi bethubung dengan segala kaedah-kaedah,
peraturan-peraturannya, tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya.
Pengurusan tingkah laku dapat didefinisikan sebagai suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akademik mahupun sosial. Ini bermakana
tanpa perubahan tingkah laku, pembelajaran tidak berlaku. Dalam hal pembelajaran, perubahan
tingkah laku menjadi kayu ukur bagi menentukan sama ada organisma telah mempelajari sesuatu
yang baru atau tidak, sama ada positif atau negatif. Menurut Dr.Ragbir Kaur a/p Joginder Singh
(2005) pengurusan tingkah laku juga boleh didefinisikan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik
yang sesuai. Setiap guru mestilah mempunyai satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal
bebas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru juga mestilah mampu membimbing tingkah
laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta bebas daripada gangguan. Pengurusan
tingkah laku boleh dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk
perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai
tingkah laku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.
3
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
4/26
Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour
Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai
bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan
suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka
untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan atau
keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.
2.1 Konsep Tingkah Laku
Terdapat dua konsep utama tingkah laku murid iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku
negatif. Tingkah laku positif ialah seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar
cerdas dan proaktif manakala tingkah laku negatif pula ialah tingkah laku yang
menghalang (bergantung), mengganggu dan anti sosial. Tingkah laku negatif juga
dikenali sebagai tingkah laku distruptif.
Menurut Feldhusen (Levin & Nolan, 2004), istilah tingkah laku disruptif
ditakrifkan sebagai gangguan terhadap pelaksanaan proses pengajaran yang lancar.
Berpegang kepada pengertian ini, maka apa jua tingkah laku yang mengganggu
pengajaran guru boleh dianggap sebagai masalah disiplin. Bagi Emmer dan rakan-rakan
(Levin & Nolan, 2004) tingkah laku murid boleh ditakrifkan sebagai disruptif apabila ia
mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk satu jangka
masa tertentu. Manakala Shrigley (Levin & Nolan, 2004) menegaskan bahawa apa jua
tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau yang bersifat tidak selamat dari segi
psikologi mahupun fizikal boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif. Justeru,
4
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
5/26
perbuatan seperti perbuatan berbual-bual sesama rakan-rakan kelas, berbuat bising,
berlari-lari dalam makmal sains, tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa
menggunakan radas sains, mengugut murid-murid yang lain, membuli, dan ejek-
mengejek dikatakan tingkah laku bermasalah bilik darjah.
2.2 Strategi Pengurusan Tingkah Laku
Terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk menguruskan tingkah
laku pelajar. Antaranya ialah pengukuhan interaksi antara guru dan pelajar di bilik darjah,
sistem merit demerit, dan pelan menguruskan tingkah laku pelajar.
2.2.1 Pengukuhan Interaksi antara Guru dan Pelajar di Bilik Darjah
Melalui strategi pengukuhan interaksi antara guru dan pelajar di bilik darjah, guru
memainkan peranan penting sebagai agen pembentukan budaya. Guru merupakan
agen sosial yang hampir kepada pelajar. Oleh yang demikian, sebagai agen
pembentukan budaya, guru hendaklah menerapkan budaya dan cara hidup yang
baik dan sihat kepada pelajar. Guru juga haruslah menginternalisasikan norma
dan nilai dalam diri setiap pelajar serta mengubah cara hidup pelajar yang tidak
baik. Selain itu, guru juga mestilah menggunakan kaedah penguatkuasaan dengan
mengetatkan kaedah peraturan dan hukuman serta meningkatkan komunikasi dan
interaksi dengan pelajar-pelajar.
Selain itu, guru juga dapat mengukuhkan interaksi dengan pelajar dengan
menggunakan teknik berfokus dan hentian. Teknik berfokus merupakan teknik di
mana guru meminta perhatian semua pelajar sebelum memulakan sesuatu
5
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
6/26
pengajaran. Teknik membuat hentian pula ialah guru berhenti selama lima hingga
10 saat supaya semua pelajar senyap. Teknik ini digunakan apabila pelajar
membuat bising yang menyebabkan pengajaran guru terganggu.
Di samping itu, untuk mengukuhkan interaksi antara guru dan pelajar,
guru perlu bersi